BAB 63

Romance Completed 13711

Salsabila Hana kelihatan begitu pucat. Dari semalam dia berasa kurang sihat. Dia masih gagahkan dirinya kerana ingin melihat Harris Iskandar kembali sihat seperti sediakala. Dia gagahkan dirinya untuk melakukan rutin harian bersama Harris Iskandar.

"Tuan, esok pagi kita kena ke hospital. Tuan kena jalani rawatan fisioterapi" beritahu Salsabila Hana sambil menuang segelas susu segar untuk diberikan kepada Harris Iskandar.

"Emmm.. Aku dah tahu. Jap lagi aku nak cuba berjalan di taman. Kau tak payahlah asyik nak ikut aku je. Aku bukan budak kecil lagi. Faham!" terang Harris Iskandar.

Salsabila Hana hanya tersenyum. Walaupun Harrks Iskandar sudah beribu kali melarangnya, dia tetap akan menjaga Harris Iskandar sepanjang masa dan juga seumur hidupnya. Itulah tekad yang Salsabila Hana ingin lakukan untuk sentiasa memenangi hati suaminya, Harris Iskandar.

"Hana.... Kau tolak aku sampai ke sana" pinta Harris Iskandar apabila dia selesai menikmati sarapan pagi.

"Baik, tuan" balas Salsabila Hana lalu menolak kerusi roda Harris Iskandar ke taman di tepi banglo Harris Iskandar.

Harris Iskandar mencuba sedaya upaya untuk berdiri sendiri tanpa bantuan Salsabila Hana. Apabila dia sudah berjaya berdiri, dia mula mengatur tapak sambil memegang alat bantuan berjalan. Salsabila Hana hanya memerhatikan Harris Iskandar dari jauh. Dia juga sudah bersiap sedia jika ada sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan.

Harris Iskandar hilang imbangan ketika dia cuba berjalan dan melepaskan alat bantuan berjalan. Salsabila Hana berlari sekuat hati untuk menghalang Harris Iskandar daripada jatuh.

"Tuan..." pekik Salsabila Hana lalu menahan badan Harris Iskandar daripada jatuh ke tanah dengan menggunakan badannya.

"Aduhhh.... Kau ni selalu ganggu aku" marah Harris Iskandar apabila Salsabila Hana datang membantunya. Harris Iskandar terselamat dan tiada sebarang kecederaan.

"Emmm... Aduhhh... Sakitnya" Salsabila Hana mengerang kesakitan. Darah mengalir dari dahinya. Salsabila Hana jatuh tersembab ke tanah dan dihempap pula dengan badan Harris Iskandar.

Salsabila Hana cuba untuk bangun. Harris Iskandar pula tidak berganjak. Salsabila Hana cuba menolak badan Harris Iskandar tetapi dia dimarahi.

"Tuan, saya nak bagun. Sakit kepala saya ni" beritahu Salsabila Hana supaya Harris Iskandar bergerak dari menghempap tubuh badannya.

"Ishhh.. Kau ni memang suka menyusahkan aku. Aku dah larang jangan ganggu aku. Tapi kau degil. Ni lah balasannya" pekik Harris Iskandar cuba berganjak untuk memberi ruang kepada Salsabila Hana untuk bangun.

Salsabila Hana mengalami luka kecil di dahi. Harris Iskandar hanya melihatnya tanpa melakukan apa-apa untuk membantu Salsabila Hana. Salsabila Hana membantu Harris Iskandar supaya duduk kembali di atas kerusi roda. Salsabila Hana menolak masuk Harris Iskandar kerana dia perlu mengambil ubatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience