BAB 75

Romance Completed 13711

Setelah selesai memasukkan beg ke dalam bonet kereta. Harris Iskandar dan Salsabila Hana bertolak ke Cameron Highland untuk menikmati percutian seperti yang dirancang.

"Abang, Hana tak pernah bercuti di Cameron Highland. Terima kasih abang sudi bawakan Hana ke sana" beritahu Salsabila Hana dengan nada yang girang.

"Emmmm..... Sama-sama" balas Harris Iskandar ringkas.

"Nanti kita sampai di sana mesti dah malam. Seronoknya. Hana tak sabar nak pergi bersiar- siar di sana nanti" ucap Salsabila Hana apabila dia terbayangkan keadaan Cameron Highland yang begitu dingin dan berkabus.

Harris Iskandar hanya mendiamkan diri. Dia langsung tidak bersuara sepanjang perjalanan mereka ke Cameron Highland. Pelbagai cara digunakan oleh Salsabila Hana untuk menarik perhatian Harris Iskandar tetapi masih tidak berhasil.

Akhirnya mereka tiba di Cameron Highland. Lewat juga mereka tiba di tempat penginapan. Harris Iskandar telah menempah 2 bilik untuk mereka berdua. Satu untuk dirinya dan satu lagi untuk Salsabila Hana.

"Kenapa abang tempah dua bilik? Membazir je abang ni" tanya Salsabila Hana.

"Emmm... Kita tidur bilik masing-masing. Nah ni kunci bilik kau. Bilik aku nombor 412 bilik kau pula 423" balas Harris Iskandar.

Harris Iskandar terus pergi meninggalkan Salsabila Hana untuk ke biliknya. Salsabila Hana masih lagi keliru dengan apa yang sedang berlaku. Dia berasakan seperti bermimpi, antara nyata atau fantasi.

Malam itu, Salsabila Hana keseorang di biliknya. Dia juga berasa takut kerana berada di tempat yang asing bagi dirinya. Tergamak Harris Iskandar membiarkan dirinya keseorangan di situ.

"Apalah salah yang aku dah buat? Kenapa dia langsung tak perdulikan aku? Sekarang dia dah mula bercakap aku kau" mengomel Salsabila Hana apabila terfikirkan Harris Iskandar yang telah banyak berubah.

"Emmm... Tak apalah. Aku kena terima baik atau buruk. Aku ni bukan siapa-siapa pun" bisik hati Salsabila Hana.

"Ishhhh.. Lapar pula. Aku sarapan pagi tadi je. Perut pun dah berbunyi. Aku nak pergi ke tak bilik dia ni? Kalau tak pergi, aku lapar. Kalau aku pergi aku dapat apa pula" Salsabila Hana berfikir lagi.

Salsabila Hana ke bilik Harris Iskandar. Sudah beberapa kali dia mengetuk pintu bilik. Tetapi Harris Iskandar tetap tidak muncul. Salsabila Hana mengambil keputusan untuk kembali semula ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience