BAB 7

Romance Completed 13711

Jam di dinding menunjukkan jam 7.00 pagi. Pagi yang indah dan mendamaikan. Salsabila Hana terjaga dari tidur, rupa-rupanya dia tertidur semalaman di atas sofa di ruang tamu ketika menunggu kepulangan Harris Iskandar.

"Ya Allah, terlepas subuh aku hari ni. Macam mana la aku boleh tak sedar. Tidur mati agaknya" leter Salsabila Hana seorang diri sambil bangun dari sofa. Dia melangkah longlai menuju ke biliknya.

Usai mandi serta merapikan diri. Salsabila Hana mula melakukan rutin hariannya. Rutin hariannya bermula apabila dia sah bergelar isteri kepada Harris Iskandar semenjak 6 bulan yang lalu.

Aktiviti harian yang perlu dilakukannya seperti mengemas rumah, mencuci pakaian dan menyiram pokok bunga diawal pagi dan juga menyediakan sarapan untuk suaminya, Harris Iskandar. Makan malam juga akan disediakan apabila disuruh oleh Harris Iskandar.

"Ishhhh.. Risaunya aku. Ke mana la dia pergi agaknya? Sebelum ni, dia tak pernah tak balik rumah. Aku kena call dia sekarang juga" omel Salsabila Hana sambil melangkah ke ruang tamu untuk mengintai kereta Harris Iskandar.

"Kereta pun tak ada. Dia tak balik lagi. Dia tidur di mana semalam?" mengeluh Salsabila Hana apabila dia mendapati Harris Iskandar belum pulang ke rumah.

Salsabila Hana hanya menanti dan terus menanti untuk menyambut kepulangan Harris Iskandar. Jam di dinding sudah menghampiri 6.30 petang. Waktu yang telah menjadi kebiasaan Harris Iskandar pulang dari pejabat.

Kedengaran enjin kereta Harris Iskandar. Salsabila Hana terus berlari untuk mendapatkan Harris Iskandar. Dia berasa sedikit tenang tetapi dia perlu tahu ke mana Harris Iskandar tidak pulang semalam untuk menghilangkan kegelisahan di jiwanya.

"Alhamdulillah.... Tuan dah balik. Risau saya semalaman saya tunggu tuan. Saya call pun tuan tak jawab" ujar Salsabila Hana lalu memandang wajah Harris Iskandar dengan penuh kegembiraan.

"Ishhhh... Apalah kau ni, nak risaukan aku kenapa? Aku bukan budak-budak lagi. Pandailah aku jaga diri sendiri" balas Harris Iskandar berlalu menaiki tangga terus ke biliknya. Dia kelihatan penat. Mungkin kerana dia sibuk di pejabat.

Salsabila Hana terus ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Dia gembira apabila dia dapat memandang wajah suaminya. Keselamatan suaminya adalah keutamaannya sekarang. Walaupun dia tahu yang dirinya tidak pernah diperlukan oleh Harris Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience