BAB 16

Humor Completed 412741

Lana menggosok-gosok buku lima yang terasa sedikit perih akibat ditusuk sekuat hati ke tulang rusuk Aizaff dekat bawah tadi. Celaka, keras sungguh isi daging Aizaff, macam nak berkecai tulang tangan Lana. Puas hati dapat kerjakan Aizaff walaupun riak wajah Aizaff sikitpun tak menunjukkan rasa sakit. Tak guna betul! Lana je yang hampir terkinja-kinja melompat menahan sakit..Adeh!

Tak tunggu lama, Lana terus angkat kaki tinggalkan Aizaff yang tak tahu malu itu. Bergema namanya di ruangan lobi dijerit oleh Aizaff. Lana hanya mampu tebalkan muka dan buat-buat tak tahu.

"Kau pergi ambil fail ke pergi bertelur Lisa?!!" Melengking boss hijau macam orang kesurupan akibat silap baca mantera.

Marah benar nampaknya, sampai marak menyala bola mata beriris coklat jernih itu! Orang bukannya pergi berjam-jam pun, tak sampai sejam kot, agaknya dalam 30 minit je. Ada berbaki 30 minit lagi untuk mereka gerak bertemu klien. Kena angin beranak ke bos hijau ni, tiba-tiba je..

"Kau buat apa dekat bawah tadi? Jumpa boyfriend?"

Huish..Terundur setapak di buatnya. Macamana Ryu boleh menebak dengan tepat hah? Menghairankan!

"T..Tak!! Lana..Eh aku! Aku mana ada boyfriend boss..Aku ni still single and available.."

Semakin mencerlung bola mata Ryu Rozzan. Lana buat-buat tak nampak..Ek elehh.. Nak marah ke? Ryu tu pulak yang sungguh-sungguh nak rahsiakan perkahwinan mereka kan? Jadi betullah tindakan dia..Takkan nak canang satu bangunan yang dia dah kahwin kan? Tak pasal-pasal terciduk!

"Kau jumpa Aizaff kan?!!" Naik seoktaf, siap ada getaran akibat menahan marah.

Terkejut Lana mendengar, namun wajah tetap maintain setenang permukaan tasik Chini.

"Ehh..Hebatlah boss, acane tau ni?"

"Lisa Alana!! Told you to stay away from that jerk!!" Berdengung corong telinga! Ryu melengking sampai keluar urat besar di leher.. Marah sampai ke paras merbahaya dah tu!

"Lek ah boss, Aizaff tu yang datang terhegeh-hegeh, aku tak layan pun!" Mulai gentar sebenarnya bila lihat wajah bengis Ryu Rozzan.

"Tak layan?!! Siap berpeluk, berpegang-pegang tu kau kata tak layan?!!"

Lana terpinga-pinga!

Pantas bola mata berguling memerhati sekeliling. Apa Ryu ada pasang kamera ke sampai semua details dia tahu? Lana bergegas menghampiri meja kerja Ryu yang selama ini langsung tak diberi perhatian. Oh damn!! Terpapar di skrin komputer atas meja kamera cctv di beberapa sudut penting bangunan, termasuklah lobi. No wonder!

"Tak sengaja, aku hampir jatuh!" Mulai rasa bersalah sebenarnya. Tapi bukan kemahuannya, berlaku tanpa disengajakan, ada excuse kan? Hehe..

Ryu mencengkam kedua belah bahu Lana lantas menolak Lana ke belakang dengan kasar. Terhenti hanya bila belakang Lana bertemu dengan dinding konkrit. Malangnya Ryu tidak berhenti, terus merapat hingga tubuhnya menghimpit tubuh Lana. Oh dear...Jantung mula buat hal!

"Kau tahu kan hukuman bila kau langgar syarat aku?"

Glup!!

Terus tertelan segumpal air liur. Ryu cengkam rahang Lana, lalu ditolak untuk menengadah selaras dengan wajah Ryu. Bibir Lana cuba dipagut, malangnya Lana pantas memalingkan wajah, dah agak dahh..Buaya ni nak ambil kesempatan! Ryu mendongkol lalu dipicit kuat tulang rahang Lana.

"Arghh!!" Lana terjerit kecil, menahan sakit.

Laju bibir Ryu mendarat di atas bibir Lana yang sedikit terbuka. Terpempan lalu tertelan air liur tanpa sengaja bila lidah lembut Ryu Rozzan menerobos masuk. Bulat mata Lana merenung Ryu Rozzan! Lana cuba meronta, namun pergerakan telah dikunci oleh Ryu. Ciuman itu tak berlangsung lama, bila Lana langsung tak bagi respon. Ryu menarik wajah lalu merenung Lana dengan riak berang.

"Kau..Kau tak suka?" Lana mengesat bibir dengan kasar. Makin membuntang bola mata Ryu.

"Walaupun kita sah dan halal, aku tak rela disentuh dengan cara seperti itu, paksaan! Kau buat aku seperti seorang perempuan yang tiada harga diri!"

Ryu terpempan. Perlahan, berundur setapak untuk memberi ruang di antara mereka. Lana sengaja melanggar kuat bahu Ryu ketika melintas. Mata merah yang mulai basah dikesat perlahan. Pergelangan tangan pantas dipaut oleh Ryu.

"Lisa...Maafkan abang.."

"Urghh! It's Lana..L.A.N.A!!"

"Whatever.." Lana ditarik mendekati lalu dipeluk dari arah belakang oleh Ryu.

Terkejung otot!

"Maafkan abang.."

"Lepas..Macamana nanti kalau ada yang nampak?"

"No one dares to come up here sayang.."

Ahh..Hampir terlupa tentang itu!

"I'm sorry..I'll treat you dinner tonight. Sayang tak perlu masak..Maafkan abang ya.."

Argh..Dah cair dahhh..

Ryu Rozzan memang playboy berkualiti tinggi kot, kejap je dah berjaya membuat hati Lisa Alana berbunga-bunga kembali..Takleh jadilah macam ni. Bahaya! Sebaik sahaja pelukan dilepaskan, Lana kelam kabut mahu beredar. Malangnya dengan pantas Ryu memaut bahu Lana lalu dipusing menghadapnya. Jemari Ryu melekap di bawah bibir Lana lalu mengelus lembut bahagian bawah dan tepi bibir Lana.

"Maaf, abang dah comotkan lipstik sayang. Nampaknya sayang kena pakai balik."

Eiii..Maluu!!!

Lana cepat-cepat tunduk menyembunyikan pipi bertompok merah jambunya. Ishhh..Asal comel sangat minah ni? Hati kecil Ryu mendesis geram. Lana buka langkah besar-besar meninggalkan Ryu. Sebaik sahaja berada di luar bilik, pantas Lana berlari menuju ke bilik air. Hampir terpeleot oleh kasut tumit tinggi yang dipakai.

"Wake up Lana!! Jangan tewas dengan pesona playboy tu!! Kau nak nanti hati kau tambah merana ke hah?!! Tak cukup dengan Aizaff, kau nak tambah dengan playboy tu lagi?!!" Sambil bercakap sendirian di depan cermin, pipi ditampar-tampar halus.

Okey..Hati dah tenang!

Gincu berona pink cair dioles rata atas bibir. Setelah puas hati dengan penampilan diri, Lana melangkah keluar dengan penuh keyakinan. Kali ini, pesona boss hijau itu pasti bisa ditangkis..Harus!!

"Opocot mak kau hjiau!!"

Malang tidak berbau, sekali lagi Lana menabrak tubuh sasa yang entah sejak kapan terpacak betul-betul di depan pintu tandas. Mana mungkin dapat dielak! Siap letak kedua belah tangan di tulang pintu..Macam pengawal tandas terlebih gaya ketika dipantau oleh penyelia!

Arghhh!! Wangian maskulin dan kehangatan tubuh itu meresap terus sampai ke relung jantung. Cair lagi huhu...

Bercop lipstik pink Lana di kemeja putih, tepatnya di dada Ryu Rozzan. Merah seperti tomato ranum wajah Lana sebaik menyedarinya. Terkocoh-kocoh mengeluarkan tisu pembersih mekap dari dalam beg tangan.

"Maaf boss...Maaf sangat-sangat. Tapi tulaa, yang boss terpacak depan pintu tandas tu kenapa boss?" Membebel sambil jemari rancak membersihkan kesan lipstik di baju Ryu Rozzan.

"Kau tak keluar-keluar, ingat nak panggil. Kita kena gerak sekarang."

Lega bila lihat kesan lipstik mulai pudar.

"Biarkan je kesan tu Lisa, jom..Kita dah lambat ni!"

Lana terpaksa menurut bila Ryu menarik tangannya untuk pergi.

Tidak lama kemudian, mereka tiba di sebuah bangunan gergasi tinggi mencakar langit dengan signboard besar bertulis Lion Holdings. Disambut di depan pintu masuk lalu terus dibawa ke tingkat atas, iaitu sebuah mini hall yang lebih ke arah conference room.

"Mr Ryu..Please have a seat."

"Thank you Mr Haqi."

Lelaki separuh umur yang masih kelihatan gagah perkasa itu mengangguk. Di sebelahnya, seorang gadis muda kelihatan tersipu-sipu.

"Oh..Meet my daughter, Natasha Emma..She's still learning about business.."

Ryu angguk sambil berbalas pandangan dengan gadis tersebut. Lana di sebelah buat-buat tak nampak. Dasar buaya kan, pantang nampak gadis cantik..Mulailah gatal punggung!

Lana langsung tidak memberi perhatian pada keadaan sekeliling. Sibuk benar dia mendengar setiap butir perbincangan mereka dan membuat catatan seperti yang dipinta oleh Ryu.

"Thank you Mr Haqi, I'll send all the details tomorrow by fax. Is that okay?"

"Of course Mr Ryu."

"Then, we shall leave. See you soon Mr Haqi." Usai bersalaman, Ryu melangkah keluar. Lana mengekori dari belakang.

"Give me your notes!" Sampai di kereta, Ryu terus meminta nota yang ditulis oleh Lana. Meneliti sebentar sebelum menyerahkan nota itu kepada Lana semula.

"Siapkan laporan sebelum jam lapan pagi esok dan letak atas meja aku ya."

Lana angguk lalu menyandarkan badan di kerusi. Letih! Seharian berada di bangunan Lion menadah telinga. Ryu mengerling sekilas.

"Let's have dinner before we go home. How's that?"

Lana angguk, tak larat mahu menjawab. Dia suka je, lagipun memang dia tak larat sampai rumah bergendang pulak dekat dapur. Silap haribulan maggi je jadi santapan malam ni. Ryu menghentikan kereta tidak jauh dari Lion Holdings. Kebetulan kawasan tersebut adalah di tengah bandaraya, jadi tak susah mahu mencari tempat makan.

"Nak makan apa?" Ryu hulur menu.

Lana main tunjuk-tunjuk je, tak beri perhatianpun. Dia bukannya lapar sangat, lagipun dia bukan cerewet pasal makanan. Ryu turut meminta set yang sama tanpa melihat menu.

"Ryu Rozzan!" Ahh..Ada suara gedik menyapa!

Lana buat dek, dah boleh agak siapa. Tak kenal tapi yang pasti mesti teman wanita si playboy di depannya ni. Huh!

"Eh..Err...M...Mira?"

"Daralah darling..Siapa pulak Mira tu?"

"Ops, sorry! Sandara kan? Takde siapa-siapa. Datang dengan siapa ni?"

"Family I, kita dinner tuu..Kat meja hujung. Jemputlah join..Kau kan biasa dengan daddy.. Jomlah Ryu.." Lengan Ryu dipaut manja.

Ryu pandang Lana, memberi isyarat melalui mata supaya membantunya. Huh! Lana mencebik lalu buang muka.

"Ehhh!! It's really you..Ryu my baby..." Ahh, muncul lagi seekor ayam serama gedik entah dari mana.

Ryu terperangah! Berkali-kali dijeling Lisa Alana yang buat-buat tak tahu. Kaki di bawah meja diayun, tepat mengena lutut Lana..Terjegil bola mata Lana memandang Ryu.

"Ryu sayang..Remember me? Deena..Ardeena!" Tersorong ke belakang gadis bernama Sandara, bila Ardeena mara mendekati Ryu.

Ahh..Nampaknya tak lama lagi mereka bakal menyaksikan drama tarik rambut.

"Hey!! Kau siapa hah?" Sorang mulai memekik.

"Aku girlfriend Ryu! Kau pulak siapa hah?!" Sorang lagi mulai bercekak pinggang.

"Ryuuu!!! Omgg!! Tak sangka boleh jumpa kat sini!" Adehhh...Ada lagi sorang! Berapa punya banyaklah spare playboy ni!

"Esha sayang..Eshaa!! Tak ingat? Kejam tau, Esha sentiasa tunggu sayang lepas pertemuan pertama kita.."

Tiga lawan satu, mampuslah Mr Playboy kali ini!

"Maaf semua! Seingat saya, kita takde hubungan istimewa kan? Cuma keluar makan, tu pun cuma sekali sekala." Ryu mulai gelabah dikerumuni oleh tiga gadis cantik tersebut.

"Sayang, I cintakan you!"

"Tak, I yang lebih dulu cintakan you!"

"Hey! He belongs to me!"

Ya ampun!!

Lana bingkas bangun. Badan yang letih bertambah letih jadinya, hilang terus selera makan. Pantas Ryu menangkap pergelangan tangannya.

"Jangan lari Lisa..Tolong aku.." Berbisik dengan suara tertahan-tahan.

"Mr Ryu!!" Ahh, yang ni lain spesis!

Serentak Lana dan Ryu menoleh. Kelihatan Encik Haqi dan anak perempuannya, Natasha Emma berdiri tidak jauh dari mereka.

"Kita baru nak dinner, tak sangka jumpa kat sini. Come and join us, boleh sambung sembang pasal hal tadi. Saya ada tempah bilik VVIP kat atas."

Pucuk dicita ulam mendatang ni! Pantas Ryu menoleh ke arah Lana.

"Tolong settlekan gadis-gadis ni Lisa. Jap aku datang balik."

Tak guna punya hantu hijau! Dia punya masalah, bolehnya dengan selamba pass dekat orang suruh selesaikan?! Lana mengancing rahang menahan rasa mendongkol dalam hati.

"Ryuu!!"

"Ehh!! Nak ke mana tu? Boss aku ada meeting dengan klien." Pantas Lana menahan gadis-gadis itu dari mengejar Ryu Rozzan.

"Gini aja, korang tinggalkan nombor henfon, nanti bila boss aku selesai aku akan bagitau yang korang tunggu panggilan dia. Macam?"

Masing-masing mengeluarkan kad dari dalam dompet. Setelah menabur janji-janji manis, berjaya juga dipujuk minah-minah tu untuk beredar. Lana terduduk lesu. Hidangan yang barusan dihantar langsung tidak membangkitkan selera. Kalau tahu dia bakal ditinggalkan seorang diri, lebih baik tak perlu dia ikut Ryu ke sini bukan? Bengkak hati! Argh Lisa Alana..Apalah yang kau harapkan dari lelaki playboy itu?

Lana bingkas bangun. Mahu ke tandas sebelum keluar dan memanggil grab. Wajah yang nampak lesu dibasuh dengan berhati-hati, tak mahu membasahkan rambut dan pakaian. Setelah dikeringkan dengan tisu, bedak compact ditempel pada kulit wajah dan bibir yang nampak sedikit pucat diwarnakan.

Bila sudah puas hati menilik wajah sendiri di depan cermin, Lana mengorak langkah untuk keluar. Terkejut hingga hampir terlompat bila melihat sepasang kekasih sedang bergomolan di tepi pintu tandas. Eww!! Tak menyempat langsung..Laju badan dipusing, mahu segera beredar dari situ.

"Lisa?! Lisa Alana?"

Owhh, tak baik macam ni!!

Nak toleh ke tak?! Sedang hati berbelah bagi, pergelangan tangannya digenggam dengan lembut.

"Wahh..Makin cantik Lana sekarang..Body pun semakin mengancam..Geram I tengok!"

Lana ketap bibir, menahan hati yang mulai memanas. Sempat bertentang mata dengan wanita pertengahan umur yang sibuk mengemaskan pakaiannya yang terlondeh. Dahi berkerut.

"K..Kak Dayah!"

Yup, Kak Dayah pekerja senior berstatus janda anak satu di anak syarikat Ryu Rozzan, tempat kerja Lana yang pertama sebelum dipecat oleh Ryu Rozzan.

"Dayah..Dayah pergi tunggu abang Mir dekat luar. Abang ada hal nak bincang dengan Lana. Pergi cepat!"

Dan lelaki buncit di depan Lana yang sedang memandang Lana seolah Lana dalam keadaan bogel itu ialah Tuan Amir Khan, bekas boss gatalnya.

Terkocoh-kocoh Kak Dayah pergi sebaik sahaja Tuan Amir memberi arahan. Lana tak tunggu lama, sedar niat jahat si tua miang keladi itu. Malangnya Tuan Amir lebih tangkas, tak padan betul dengan usia. Tangan Lana ditarik kasar hingga tubuh Lana terhempas di dinding tandas. Berpinar pandangan akibat hentakan kuat di kepala.

"Tuan buat apa ni?.Lepaskan saya!.Tolonggg!!" Mulut Lana dicekup pantas.

"Panggil abang Mir sayang..Lana kan dah tak kerja dengan abang Mir lagi..Lana tahu, dah lama abang Mir mendambakan tubuh indah Lana ni tau. Sampai mimpi basah abang Mir teringat-ingat."

"Tolong tuan..Jangan sentuh saya!! Tuaann!!" Malangnya Lana tidak mampu menjerit sekuat hati bila mulutnya dicekup oleh tangan besar dan kasar Tuan Amir Khan.

Tubuhnya mulai dijelajahi oleh sebelah lagi tangan kasar itu, manakala bibir Tuan Amir mulai merayap ke serata wajah hingga leher. Menggigil tubuh badan Lana, cuba meronta sekuat hati namun tubuhnya benar-benar tersepit, pergerakan terkunci!

"Celakaaa!! jembalang sund*l bolong!!!"

PANG!!

Terteleng kepala Tuan Amir bila satu tamparan deras hinggap di pipi. Lana kelam kabut mengesot, hampir tidak mampu menggerakkan badan akibat menggigil ketakutan.

"Dasar perempuan sund*l!!! Tak cukup ke lelaki bujang di dunia ni sampai laki aku yang dah tua bangka, perut boroi macam ni pun kau nak cekau hah?!!"

PANG!!

Giliran kepala Lana terteleng. Malangnya, Lana ditampar bukan sekali, entah berapa kali jemari gemuk dan tebal milik wanita berbadan gempal itu hinggap di pipi Lana. Terjelepok jatuh atas lantai, pandangan mulai berbintang-bintang. Lana bukan seorang gadis yang lemah, dia boleh je melawan wanita yang sedang dibakar api cemburu tu kalau saja mereka berada dalam situasi berbeza.

Ketakutan akibat perbuatan Tuan Amir membuatkan Lisa Alana menggigil, masih terasa tangan kasar itu merayap hingga ke bahagian sulit, masih terasa bibir sejuk dan basah itu mencium, menghisap, menjilat malah mengigit setiap pelusuk kulit Lana... Menjijikkan!! Ianya lebih sakit dari kesan tamparan di wajah. Lana yang masih menggigil menangis teresak-esak, Terasa diri benar-benar kotor saat itu.

"Sayang..Abang tak salah! Perempuan tak tahu malu ni yang goda abang tadi..Abang tak nak, abang setia pada sayang seorang je tau.." Tuan Amir cuba memujuk sang isteri, dipeluk lalu dicium isteri dengan penuh kasih sayang.

"You ni bodoh!! Dah penat I ingatkan, perempuan yang dekat you tu cuma mahukan duit you! You ingat ada ke perempuan yang betul-betul ikhlas nakkan you hah?"

"I tau sayang, cuma you yang ikhlas cintakan I. Dahlah, jom balik. Jangan buat hal kat sini, malu sayang.."

"Habis tu you nak I lepaskan perempuan tu macam tu je?"

"Dahlaa, I janji lepas ni I takkan tergoda lagi. Agaknya I diberi ubat perangsang tak? Selalunya I tak macam ni, selama ni you percayakan I bukan?"

"Kurang ajar!! Berani kau guna taktik kotor untuk perangkap laki aku?!!!"

Lana dihampiri. Rambut Lana ditarik kasar.

"Perempuan sund*l!!!"

Lana tidak mampu melawan, tenaga sudah berada di hujung tanduk. Pandangan mulai berpusing-pusing.....

Tiba-tiba semuanya bertukar jadi gelap gelita!

Tungkus lumus overtime hihi

Share this novel

halimatun nur
2022-08-28 01:28:43 

bila nk sambung ni

husmafiq enterprise
2022-08-28 00:42:24 

lemah tul Lisa ni...SmackDown je


NovelPlus Premium

The best ads free experience