Puan Sri Helena mendongakkan wajah. Merenung Ryu dan Lana silih berganti tanpa rasa bersalah.
“Hah! Dah sihat kan? Aku dah agak dah, kau cuma berpura-pura nakkan perhatian. Yang lain bolehlah kau perbodohkan, tapi bukan aku! Ni mata aku ni hah, semua kejahatan kau terpampang jelas di sini tau tak?!” Tempelak Puan Sri ketika melihat Lana menghampiri sambil menunjuk mata sendiri.
“Maknya Ryu, apa kau lupa pesan aku?” Pak Samad bersuara tanpa memandang Puan Sri, cuma tangannya rancak menggosok-gosok bilah pedang samurai di sisi.
“Aku peduli apa! Tu, anak aku dah datang untuk selamatkan aku! Korang semua boleh pergi mampusss!!!”
Melihat Puan Sri Helena bergegas mahu bangun, pantas Pak Samad menjulang tinggi samurai berkilatnya hingga naik silau mata yang memandang.
Terkejut Puan Sri bila bilah samurai tu Pak Samad letak betul-betul di atas kepala dia secara terlentang. Badan kaku serta merta.
“Ryu…Tolong mummy…” Separuh merayu dengan suara tergagap-gagap.
“Nampaknya kau sudah lupa tazkirah aku semalam kan? Nak aku ulang balik?” Cepat kepala Puan Sri tergeleng bila dengan ugutan Pak Samad. Tak sanggup nak dengar, satu malam dia hadap ceramah Pak Samad!
“Ryuuu…bawa mummy balik.” Merayu-rayu Puan Sri sambil pandang Ryu dengan wajah tertekan.
Ryu merenung kosong. Sekosong perasaan yang dia rasakan buat seorang insan yang bernama ibu ketika itu.
“You killed my child.” Ryu bersuara lemah.
Puan Sri membesarkan iris mata. Rahang terketap kuat.
“Hah! Now kau salahkah mummy? Yang perempuan tu tak bagitahu dia tengah mengandung tu pehal?! Kalau mummy tahu eya pastilah mummy tolong masa dia terjatuh depan mummy kan… Bukan salah mummy! Perempuan tu yang bodoh sangat sampai terjatuh, dia yang menyebabkan anak dia tu mati. Dah jelas yang dia sendiri tak mahukan bayi tu!”
Lana menurunkan bola mata menekur lantai. Buku lima terkepal erat.
“Kau jangan melampau ya!” Bilah samurai yang dilentangkan Pak Samad hentak kuat di atas kepala Puan Sri. Terpacul keluar jeritan kesakitan Puan Sri.
“Keluarga ni memang kurang ajar!!! Cepat bawa mummy keluar dari sini Ryu. Kau tak perlukan anak dari keturunan primitif macam deorang ni. Lisa tengah mengandungkan anak kau Ryu. Ceraikan perempuan ni dan menikah dengan Lisa! Kau dengar tak ni?!”
Semua mata yang ada di situ kini terpaku ke arah Ryu Rozzan. Masing-masing menunggu keputusan yang bakal dibuat oleh lelaki itu. Ryu tunduk merenung lantai.
“Mulai hari ini saya, Ryu Rozzan memutuskan perhubungan dengan mummy. Saya bukan anak mummy lagi. Saya perlu lindungi isteri saya! Suatu hari, jika hati mummy mulai terbuka untuk menerima pilihan hati saya, saya janji saya akan datang bersujud menyembah kaki mummy untuk memohon kemaafan.”
Pak Samad mengangguk-angguk. Hanya Puan Sri yang kelihatan sudah panas punggung. Wajah merah terbakar!
“Kau dah gila ke Ryu Rozzan? Kau pilih mereka berbanding darah daging kau sendiri? Mummy yang mengandungkan dan melahirkan kau! Kau pilih mereka? Kau tahu tak lelaki tua ni kejar mummy dengan pedang dan tolak mummy masuk ke dalam lumpur becak hingga seluruh tubuh mummy dipenuhi kotoran? Tu, bini dia tu! Dia curi beg tangan mummy sampai mummy tak dapat nak balik tau. Keluarga macam ni ke yang kau nak hah?!”
“Aku kenal keluarga ni. Mereka bukan macam mummy yang penuh dengan tipu muslihat. Bapak…” Wajah Puan Sri langsung tidak dipandang oleh Ryu. Bola mata dipaku ke arah Pak Samad.
“Saya tahu tindakan mummy sudah keterlaluan. Saya serahkan semuanya pada bapak untuk ambil tindakan selanjutnya. Saya takkan campur tangan. Papa sendiri pun dah bagi keputusan muktamad, dia takkan terima mummy semula sekiranya mummy dilepaskan begitu sahaja tanpa hukuman setimpal atas perbuatannya itu.”
Puan Sri Helena terkesima. Merenung Ryu dengan riak wajah tidak percaya.
“Hahaha! Kau cakap apa ni Ryu? Papa kau tak mungkin berpaling dari mummy, begitu juga dengan kau!”
“Tak mummy! Mummy dah lakukan kesilapan yang terlalu sukar untuk kami maafkan. Papa dah pergi tinggalkan mummy.”
“Tak mungkin!” Puan Sri meramas dada yang terasa sempit dan sakit. Nafas mulai tercungap-cungap.
“Ryu…tolong bawa mummy ke hospital.” Puan Sri bercakap dengan suara tersekat-sekat. Ryu membuang wajah. Hatinya sudah mati buat mummy.
Hanya Lana dan Puan Meliana yang mulai panik melihat keadaan Puan Sri.
“Mertua kau tu sakit apa Lana?” Emak terus berbisik di telinga Lana.
“Jantung mak.” Terkejut Puan Meliana mendengarnya.
“Begitu ke perangai orang yang ada penyakit kronik?” Tergeleng kepala Puan Meliana ketika menutur kata.
Melihat wajah Puan Sri mulai bertukar jadi pucat lesi dan bibir juga berubah menjadi hitam kebiru-biruan, Lana terus menerpa diikuti oleh Puan Meliana.
“Puan Sri! Ya Allah, puan okay tak ni?” Dada Puan Sri Lana gosok perlahan. Mencerlung bola mata Puan Sri. Tangan Lana ditepis kasar.
“Ryu!” Panggil Puan Sri. Panggilan itu langsung tak dipedulikan.
“Abang! Kita kena bawa mak abang ke hospital sekarang!” Lana menjerit kecil, panik melihat badan Puan Sri terbaring atas lantai.
“I don’t care! Lana ikut abang sekarang. Kita pergi jauh. Sayang nak kan? Wanita tu sudah tiada kaitan dengan abang.”
Terpempan sekejap Lana mendengar kata-kata balasan yang diberikan oleh Ryu. Tak kejam ke macam tu? Sejahat-jahat Puan Sri, dia masih tetap ibu kandung Ryu Rozzan.
“Abang jangan macam ni. Kita kena selamatkan mummy.” Lana cuba memujuk dengan suara lembut.
“Mummy dah bunuh anak aku Lana! Anak kita! Kau nak aku buat macamana hah?! Maafkan wanita tu dah teruskan hidup seolah tiada apa berlaku? Aku takut sayang. Hari ni anak… entah esok lusa aku akan kehilangan kau pula! Bagaimana aku nak teruskan hidup? Pilihan apa yang aku ada sekarang?”
Lana merenung dalam-dalam pada Ryu Rozzan. Hati menjadi hiba. Adakah disebabkan dia Ryu Rozzan berubah dari anak yang penurut kini menjadi seorang pemberontak tanpa ada rasa simpati?
“Dahlah korang. Nanti saja sambung gaduh. Tak nampak ke perempuan tu dah bertukar jadi zombie? Ryu! Tolong bapak papah perempuan ni. Kita ke hospital sekarang!” Arahan bapak umpama sebuah arahan yang terpacul dari mulut seorang kolonel rejimen perang, sangat digeruni dan langsung dituruti tanpa sebarang bantahan.
“Bawa mummy pada doktor Johar. Hanya dia yang mummy percayai.” Ryu menjeling mummy dengan sebal. Sedang dipapah pun, masih sempat Puan Sri buat permintaan.
Ryu memandu manakala bapak berada di sebelah tempat duduk. Di belakang kereta, menyusul sebuah kereta Viva yang dipandu oleh Lana ditemani oleh ibunya.
Terbeliak mata Puan Sri sebaik sahaja mereka tiba di depan sebuah hospital desa.
“Kenapa bawa mummy ke hospital buruk ni?” Tiada seorangpun yang peduli omelan Puan Sri.
Gigih Ryu dan Pak Samad memapah Puan Sri masuk ke perut hospital. Rontaan tanda memberontak Puan Sri langsung tidak dipedulikan.
“Aku tak nak dirawat di hospital daif ni!” Mulut Puan Sri tak henti-henti mengomel.
“Jangan kau pandang rendah hospital ni! Tenaga pakar di sini kadang-kadang sampai dipinjam oleh hospital berdekatan tau.” Tak tahan, akhirnya Pak Samad jawab sambil pamer wajah menyampah.
Dua orang jururawat menghampiri sambil menolak sebuah kerusi roda. Puan Sri didudukkan di atas kerusi roda tersebut lalu dibawa masuk ke dalam bilik kecemasan.
Tidak lama kemudian, Lana dan Puan Meliana menghampiri.
“Macamana keadaan mummy?” Lana terus bertanya dalam nada risau.
“Tak tahu lagi Lana, masih dirawat.” Bapak menyampuk lalu duduk di kerusi berhampiran.
“Ni bapak nak tanya. Bapak tau masa tak sesuai, sepatutnya bapak nak bincangkan hal ni tadi tapi tak sempat pula. Korang berdua duduk dulu.”
Lana dan Ryu akur tanpa sepatah kata. Pak Samad merenung sebentar, silih berganti pada mereka berdua.
“Sebelum itu, bapak nak minta ampun pada korang berdua. Jika difikirkan, semua berpunca dari bapak. Kalaulah masa itu bapak tak kahwinkan korang berdua, pasti hal macam ni tak berlaku.”
Lana dan Ryu terus menekur lantai. Seorangpun tak sanggup nak pandang wajah sedih Pak Samad ketika itu.
“Ryu…mengapa tak bagitahu bapak masa tu yang kau dah punya pilihan hati?” Laju kepala Ryu terangkat, memandang bapak dengan wajah terkejut.
“Teman wanita kau dah mengandungkan anak kau sekarang ni bukan?”
Kelu lidah! Tidak tahu harus jawab apa. Kepala Pak Samad terangguk-angguk melihat reaksi Ryu Rozzan.
“Sekarang barulah bapak faham mengapa ibu kau sanggup bertindak di luar kewarasan. Pasti wanita itu adalah pilihan keluarga kau kan? Semua silap bapak, bertindak ikut hati hingga memusnahkan hidup anak sendiri.”
“Pak! Jangan cakap macam tu. Lana bahagia pak. Lana tak pernah salahkan bapak.” Lana bersuara hiba. Air mata mulai menuruni pipi.
“Bapak, Ryu akui yang Ryu pernah bercinta dengan Lisa. Tapi cinta kami berakhir bila Lisa tinggalkan Ryu demi mengejar cita-cita dia. Hubungan kami telah lama tamat, yakni sebelum Ryu jumpa dengan Lana lagi pak.”
“Dah berakhir ya? Tapi boleh pulak sampai termengandung?” Pedas sungguh sindiran Pak Samad. Tertelan segumpal air liur mendengar.
“Itu…Perkara tu masih sedang Ryu siasat pak.” Ryu menjawab dalam keadaan tergagap-gagap.
“Kau harus bertanggungjawab Ryu. Nikahi perempuan itu, selamatkan maruah dia juga anak kau yang bakal dilahirkan. Walaupun bapak ni cuma bapak mertua kau, bapak rasa bapak juga berhak menasihati kau.”
“Bapak!” Terjerit kecil Ryu akibat terperanjat dengan keputusan Pak Samad. Laju bola mata diarah pada Lana. Hati tersayat-sayat melihat Lana tunduk menyembunyikan tangisan.
“Sayang…” Jemari Lana digenggam erat.
“Lana juga setuju dengan usul bapak.” Putus Lana dengan suara bergetar. Ryu menggeleng laju.
“No Lisa Alana! Kita hanya perlu lari dan bina kehidupan jauh dari mereka semua yang cuba menyimbah toksik pada hubungan kita!”
“Bapak tak pernah ajar anak-anak bapak jadi pengecut dan lari dari tanggungjawab Ryu. Bagaimana jika adik perempuan, adik sepupu ataupun ahli keluarga kau yang mengalami nasib yang sama seperti yang menimpa teman wanita kau tu?”
“Bapak…” Suara Ryu kini kedengaran lebih kepada merayu supaya dia dikasihani dan tidak terusan dipaksa untuk mengambil keputusan yang dia sendiri tidak rela untuk lakukan!
“Bila ibu kau dah sihat, kau bawalah dia balik dan uruskan hal itu secepat mungkin. Bapak dan keluarga dah maafkan ibu kau Ryu. Tapi suruh dia jangan muncul lagi di kampung ini apatah lagi kalau sampai menyentuh anak aku sekali lagi. Bapak tak janji masa itu dia akan selamat seperti sekarang.”
Ryu merenung sayu Lana di sisi. Lana sedari tadi hanya menekur lantai, jemari sekali sekala naik menyeka air mata.
“Lana…abang terlalu sayangkan Lana. Tak mungkin abang mampu lakukan semua ini Lana. Tolong pujuk bapak untuk ubah keputusan tu. Please Lana…” Lana mendongakkan wajah lalu merenung sayu pada Ryu.
“Sejujurnya, Lana juga sokong bapak dalam hal ini abang. Apa yang bapak kata tu betul. Lana sayangkan abang tapi Lana juga seorang perempuan abang. Lana sendiri menyaksikan bertapa sukarnya mengandung dan bersalin tanpa suami di sisi. Lana bukan seorang yang pentingkan diri sendiri. Lana hanya manusia biasa. Tak sehebat perempuan lain yang rela dimadukan. Pergilah abang, Lana undur diri dengan rela.” Tangan Ryu yang mengenggam erat jemari Lana ditolak perlahan. Ryu renung Lana dengan mata merah basah sambil menggeleng-geleng kepala.
“Don’t do this to me Lisa Alana.” Rayu Ryu dengan suara sebak.
“I can’t live without you.”Seraya berkata, kedengaran esakan halus terbit dari bibir Ryu Rozzan.
“Don’t leave!” Buru-buru lengan Lana disambar bila Lana kelihatan mahu berdiri. Lana merenung Ryu lalu menarik nafas dalam-dalam. Lana duduk mencangkung di hadapan Ryu. Kedua belah pipi Ryu dia sentuh perlahan.
“Dengar sini baik-baik Ryu Rozzan. Keadaan tidak mengizinkan untuk kita terus bersama. Kau dan aku, malah banyak pihak akan terluka sekiranya kita terus bersama. Anggap perpisahan ini sebagai peluang untuk kita muhasabah diri dan fikirkan yang terbaik untuk diri masing-masing. Kau sekarang adalah milik Qarlisa. Dia dan bayi yang dikandung itu sangat memerlukan kau. Beri peluang pada Lisa. Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan korang berdua.” Ryu terus menggeleng. Wajah sudah dibasahi air mata.
“Setapak kau melangkah pergi, kau akan lihat nyawa aku melayang Lisa Alana!”
Jatuh terus rahang Lana!
Serius? Ryu ugut dia dengan cara penuh kebudak-budakan?
“Are you kidding me Ryu Rozzan?”
“Tak Lana! Hari ini, bilah samurai berkilat bapak akan kenyang dengan darah aku! Kau ingat, dengan buat keputusan tak masuk akal untuk aku tu, aku akan bahagia ke? It’s good to take care of others Lana, tapi janganlah keterlaluan sangat. Lebih-lebih lagi pada manusia macam Lisa tu!”
Lana bingkas bangun. Ryu menegakkan postur badan lalu jemari naik untuk mengeringkan sisa air mata.
“Aku dah bosan diatur-atur oleh orang lain. Sekarang I’m not listening anymore! I’ll do what’s the best for me, not for others!”
Dalam diam, Pak Samad memaku renungan penuh kagum pada Ryu Rozzan. Senyum kecil terukir di wajah tua itu. Kepala terangguk perlahan. Meliana di sebelah menyedari lalu menyenggol lengan Pak Samad.
“Kenapa bapaknya?” Meliana bertanya hairan.
“Nyata naluri aku tak pernah salah Meliana.” Jawab Pak Samad penuh bangga dengan suara separuh berbisik. Meliana renung tidak mengerti.
“Aku tak berniat nak lari dari tanggungjawab. Kalau betul bayi yang dikandung oleh Lisa itu anak aku, aku akan bertanggungjawab dan jadi ayah yang baik pada bayi itu.” Lontar Ryu dengan penuh yakin.
“Jadi aku pinta jangan terus menghukum aku macam ni bapak, Lana…berikan aku masa untuk selesaikan hal ini. Aku…”
Bunyi deringan telefon bimbit mencantas kata-kata Ryu. Mereka saling berpandangan sebelum Ryu menarik henfonnya keluar dari dalam kocek seluar. Sebaik sahaja melihat nama yang tertera di skrin, laju je jemari Ryu menolak panggilan tersebut. Wajah terus berubah kelat.
“Siapa tu? Kenapa tak sambut?” Bapak yang memang terkenal dengan sikap penyibuk terus bersuara.
“Err…Itu Lisa bapak.” Tergagap-gagap Ryu menjawab bila terima renungan tajam bapak.
Henfon Ryu berdering lagi. Mati-mati Ryu menyumpah si pemanggil dalam hati.
“Sambutlah Ryu, mungkin ada hal penting tu.” Mendengar permintaan bapak, dengan berat hati panggilan Lisa disambut.
“Ryu Rozzan!!! Kau tak nak mengaku anak yang aku kandung ni anak kau kan? Dah kau sentuh aku sedap-sedap, bila aku jadi macam ni kau nak larikan diri kan? Baik, aku juga tak mahukan anak ini! Aku akan bunuh anak kau Ryu!!!”
Tersentap tangkai jantung mendengar ugutan Aileen Qarlisa.
“Lisa! Tolong bertenang dulu. Bayi tu tak berdosa!”
“Aku sampai berkurung dalam rumah gara-gara malu dengan perut yang memboyot tanpa suami. Kau pula? Selepas apa yang kau dah buat, sibuk mengejar perempuan tak guna tu! Sekarang kau nak aku bertenang? Dengan perut bulat aku ni?”
“Lisa, tolong jangan buat apa-apa dan tunggu aku datang. Kalau kau berani bunuh bayi itu, aku takkan lepaskan kau, faham tak ni?” Panggilan terus dimatikan oleh Ryu.
“Pergilah Ryu. Selesaikan masalah kau dan jangan biarkan apa yang terjadi pada Lana berulang pada perempuan tu.” Bapak memberikan restu dengan ikhlas. Wajah juga terpamer penuh tenang.
Ryu menoleh memandang Lana. Bola mata mereka bertaut buat seketika. Perlahan, kepala Lana terangguk. Ryu pantas menghampiri lalu memeluk Lana erat-erat.
“Thank you sayang. Tunggu abang kembali. Abang sayangkan Lana.” Ubun-ubun Lana dikucup dengan lembut.
“Ryuuu!!!” Separuh perjalanan, bapak tiba-tiba menjerit kuat memanggil. Ryu menoleh kehairanan.
“Habis tu mak kau macamana?”
Masing-masing berbalas pandangan. Ya tak eya! Macamanalah mereka boleh lupa pada Puan Sri yang masih berada di dalam bilik kecemasan?
“Err…Nanti Ryu hantar seseorang untuk tengokkan mummy. Lana, bawalah bapak dan emak balik dulu. Korang pasti sangat letih. Tak perlulah tunggu mummy.” Usai berkata, Ryu terus berlari anak keluar dari bangunan hospital menuju ke keretanya.
Lana kemudian mengajak emak dan bapak untuk beredar dari situ. Sempat dia titipkan pesan pada jururawat yang bertugas supaya menelefon ke nombor yang dia tinggalkan sekiranya ada apa-apa yang perlu disampaikan oleh doktor nanti.
Hari sudah menginjak ke lewat petang ketika mereka keluar dari hospital. Lana memandu perlahan masuk ke jalan menuju kampung halamannya. Ketika melalui kebun kelapa sawit, tiba-tiba seekor bintang yang kurang jelas fizikalnya meluru ke arah jalan.
BUK!
Jantung Lana hampir berhenti berdegup. Jari jemari terus menggigil. Aduh! Matike binatang tu? Nak elak macamana kalau bintang tu sendiri yang menabrak keretanya!
“Ya Tuhan! Kau langgar apa tu Lana oii!” Bapak mulai bising lalu membuka tali pinggang keledar. Lana turut berbuat demikian. Mereka bergegas turun untuk melihat.
Lana terus mencekup mulut bila lihat seekor anak rusa terbaring kaku di tengah jalan. Bapak terus pandang sekeliling.
“Dari mana rusa ni datang? Setahu bapak tiada rusa di kampung ini. Ini petanda tak baik Lana.”
Deg!
Terasa macam nak melompat keluar jantung dari dada.
bala x abes lagi huhu
Share this novel