“Lepaslah! Hish!!! Kau nak aku mampus kehabisan oksigen ke apa?!” Tangan Haraees ditolak kasar. Geram sungguh bila diperlakukan sesuka hati oleh boss gorila tu!
“Kau ni memang jenis tak reti bahasa ke? Aku dah warning tadi sebelum masuk kan? Do… Not…Talk!!! Why tak ikut arahan aku? Kau memang nak kena goreng sotong ni!”
Terkejut dengar ugutan Haraees, Lana segera meleretkan sengih lebar.
“Baik tuan, maklumat diterima dan sangat difahami. Kalau takde apa-apa lagi, saya balik dulu tuan. Roger and out!” Siap tabik hormat!
Tegang urat wajah Haraees merenung Lana dengan bola mata terbelalak!
“Kau nak ke mana nyet?!” Belum sempat melarikan diri, atas kepala Lana dicengkam kuat. Ngam-ngam muat satu tapak tangan lebar Haraees! Terhenti terus pergerakan Lana.
“Nak balik boss, ke boss nak angkut saya sekali balik rumah boss? Tak baik boss, haram! Lagipun, saya ni is…”
“Haah!!! Tula perangai tak senonoh kau nyet, cuba cuci dulu otak tu! Aku lempar kau dalam gaung kang!”
Adeh…Lupa yang Haraees Reza ni selain kejam orangnya, mulut juga boleh tahan jahatnya!
“Tuan, lepaslah. Saya nak balik ni!”
“Tu…Tak nampak?” Bola mata Haraees melirik ke arah pintu masuk hotel. Lana ikut menggolekkan bola mata ke arah tersebut.
Rupa-rupanya mereka sedang asyik diperhatikan oleh ibu Haraees. Lana langsung tak perasaan kalau bukan Haraees bagitahu.
“Just follow me and say nothing!”
Argh!!! Mahu tak mahu Lana terpaksa menurut bila Haraees tarik kepala Lana membuntutinya. Badan Lana ditolak masuk ke dalam kereta lalu pintu ditutup kuat. Kurang asam! Sampai terhenjut bahu akibat terkejut.
Bibir monyong sepanjang perjalanan. Hari sudah bertukar gelap, tak tahu mana arah tujuan Haraees, Lana malas mahu buka mulut. Dia beranggapan yang Haraees akan menghantarnya ke pejabat kerana kereta dia berada di situ. Haraees memang sedia maklum tentang itu.
“Nyet? Aku nak hantar kau ke mana? Hutan bersama spesis kau?”
See? Bukankah menyebalkan gorila seekor ni? Mulut dia… Takleh nak hadap!
“Balik pejabatlah boss, kereta aku di sana. Tak hingin bersama spesis boss dekat hutan tu. Tengok!” Jari telunjuk terus terarah ke kumis nipis yang ditrim sempurna.
“Boss lebih menyerupai…Banyak tumbuh! Penuh kot satu badan!”
Bergerak rahang Haraees menahan bengkak di hati.
“Nak tengok?” Perlian pedas terus terlontar dari bibir Haraees.
“Ei tak payah…Haram!”
Celaka! Haraees ketap bibir. Wajah terpamer jengkel.
“Aku malas nak pusing balik ke office. Bagitahu je rumah kau, aku hantar! Tak pun aku tinggalkan je kau di tepi jalan.”
Haraees Reza memang kejam! Tegakah nak tinggalkan seorang wanita seorang diri di tepi jalan malam-malam macam ni? Tak gentleman langsung! Lana berfikir sejenak.
“South Avenue Housing.”
Berkerut sedikit dahi Haraees. Dijeling sekilas ke arah Lana.
“Serius? Monyet tinggal dekat situ?”
Benci! Lana terus paling satu badan menghadap jendela. Jangan layan Lana, jangan layan! Anggap je suara jembalang sedang cuba menakut-nakutkan…Hati kecil memujuk.
Ikut hati memang Lana tak nak dah balik dekat villa mewah Ryu Rozzan. Tapi dia perlu mengambil beberapa barang penting dekat situ. Tak banyak mana pun sebenarnya, barang-barangnya yang lain masih berada di rumah doktor Fiona.
Lana yakin sangat yang Ryu Rozzan pasti sibuk melayan karenah Puan Sri di hospital, silap haribulan berkampung terus Ryu Rozzan di hospital. Melihat perangai Puan Sri, rasanya tak mudah kot Ryu melepaskan diri!
“Rumah nombor berapa?” Tersentak dari lamunan bila suara maskulin Haraees menyapa pendengaran. Terpinga sekejap, terkejut melihat mereka sudah berada di kawasan perumahan.
“Paling hujung.” Lana jawab pendek.
Selepas mengucapkan terima kasih, Lana keluar dari perut kereta. Keadaan rumah yang gelap gelita membuat Lana menghembus nafas lega. Seperti yang dia jangkakan, memang rumah itu tidak berpenghuni sekarang!
Dengan yakinnya Lana melenggang masuk. Suis lampu ditekan. Dengan cahaya terang benderang, Lana terus buka langkah besar-besar menuju ke tangga tingkat atas.
“Ahh…Berseri betul wajah kau lepas dari dating ya!”
Hampir terbalik Lana di anak tangga yang ketiga mendengar sergahan sinis berbaur kemarahan itu. Kepala kelam kabut dipaling. Ryu Rozzan sudah terpacak berhampiran, siap cekak pinggang.
“Dari pagi dating tak puas-puas lagi ya? Sambung sampai ke malam pula? Aku dah berkulat tunggu kau kat sini Lisa Alana!!! Kau buat apa dengan lelaki tu hah?”
Lana mencebik. Riak wajah langsung tak terpamer rasa bersalah. Badan terus dipusing menghadap Ryu. Lengan disilangkan di dada.
“Aahh…Kau berkepit ke hulu ke hilir dengan bekas kau tu boleh pulak ya? Aku keluar dari pagi bukan pergi berdua dan berkepit! Lewat pun bukan kerana pergi dating…Ni pun baru sekali, kau punya bunyi macam anjing melolong-lolong di tengah malam!”
“Pokoknya aku tak suka kau keluar dengan mana-mana lelaki terutama Haraees Reza!!!”
“Ah, tak suka ya? Habis tu aku ni sukalah kau usung perempuan lain ke sana ke sini Ryu Rozzan?”
Ryu terdiam sejenak. Kening terjongket tinggi.
“Adakah itu tandanya kau cemburu wahai Lisa Alana?”
Terpempan terus Lana! Soalan itu menusuk hingga ke sanubari.
“Adakah itu bererti…Kau juga dah jatuh sayang dekat laki kau ni? Tell me Lisa Alana…” Melihat Ryu mula buka langkah mahu merapat, Lana berundur. Memanjat naik anak tangga secara membelakang hanya kerana mahu mengawasi pergerakan Ryu.
Ini tak baik! Sungguh tak baik… Benda tak baik harus dielak bukan?
“Why not…Kita berterus terang sekarang Lana? Kau buat aku penasaran. Bila aku cuba mendekat, kau tolak dengan pelbagai alasan. Bila ada perempuan lain mendekat, pandai pula kau mengamuk dan tuduh aku macam-macam. Tell me Lisa Alana…Do you love me?”
Semakin Ryu mendekat, semakin berat pula kaki Lana menapak naik ke anak tangga seterusnya. Terkejung-kejung urat sarat menerima panahan arus elektrik berkuasa tinggi melalui renungan Ryu. Sampai berjatuhan skru dari tempurung lutut..Ah, terlebihlah pulak!
Otak berkeras menuruh Lana melarikan diri jauh dari Ryu Rozzan kerana lelaki itu dianggap terlalu merbahaya untuk hati. Malangnya, hati pula membantah…Tunggu Lana, jom tengok apa Ryu akan buat! Itulah bisikan hati Lana.
“Love or hate…Mahu Ryu Rozzan atau tak nak Ryu Rozzan. Mudah je jawapan dia kan? But why…What took you so long to answer?”
Lana telan air liur. Bingung dengan diri sendiri kerana hati dan otak sedang rancak berperang. Tak sedar Ryu sudah berdiri begitu hampir. Kedua belah tangan Ryu juga sudah melingkar, membelit pinggang Lana. Kepala ditundukkan sedikit, selaras dengan wajah Lana. Ryu merenung seketika anak mata Lana. Renungan yang terasa tembus ke jiwa.
“When I said I hate seeing you with another men, I mean it Lana. I was a man with jealousy when I’m in love.” Ryu merapatkan wajah hingga dahi bertemu. Hujung hidung bersentuhan. Nafas hangat membelai kulit wajah, menghadirkan getar dalam jiwa.
Ryu memang sengaja mahu membangkitkan suasana romantis, sengaja mahu mengusik Lana yang sudah tidak keruan di situ. Sengaja menggesel-gesel hidungnya pada hidung Lana, hujung bibir juga saling bergeseran tanpa sengaja. Ke memang sengaja, mahu membangkitkan rasa itu?
Tak sedar, kedua belah tangan Lana naik memeluk belakang tengkuk Ryu. Hujung leher baju Ryu Lana genggam.
“Do you love me Lana?”
Love? Itu masih jauh kot! Sayang…Adalah sikit-sikit…Itu kata hati, tapi macam tak betullah pulak! Ah, egonya seketul Lisa Alana, nak mengaku perasaan sendiri pun susah sangat ke?
“Cinta? Aku tak…” Tak sempat habis, bibir dipagut rakus oleh Ryu Rozzan.
Tercengang dan kejung satu badan!
Mr Playboy mulai menunjukkan kemahiran. Membelai Lisa Alana hingga tujuan asal hampir dilupakan. Saling berbalas ciuman, malah pelukan semakin erat. Ah, playboy yang sangat bijak main peranan! Mana-mana perempuan pun pasti akan tertewas, tak terkecuali Lana!
“Do you want me?” Lana kerut dahi bila Ryu tiba-tiba menarik wajah dan berkata. Erk… Tawaran tak tahu malu apa pulak tu? Melelong diri sendiri ke?
“Coz I want you Lana…” Merah padam terus wajah Lana. Mulai faham maksud sebenar Ryu.
Bola mata terus dilarikan dari terusan direnung oleh Ryu. Dapat Lana rasakan gelora dalam jiwa Ryu sekarang kerana dia juga merasakannya. Dia harus buat apa? Menolak dan terus menolak sedangkan jauh di sudut hati dia juga menginginkannya? Dia manusia normal, rasa itu pasti akan wujud bila sudah berdua-duaan.
“Lana…I want you, be mine sayang…” Bisikan lembut penuh romantis buat jiwa Lana semakin bergelora. Bibir Ryu mulai memburu bibir Lana semula.
“Ryu darling!!! Where are you?!” Tak sempat bibir mendarat, jeritan nyaring dari muka pintu menyentakkan mereka berdua.
Bertindak secara refleks, tubuh Ryu yang melekat di badan laju ditolak menjauh. Apalagi, jatuh tergolek tubuh sasa itu hingga ke anak tangga terakhir. Mujurlah tak jauh, hanya beberapa anak tangga.
“Biniku…jangan ganas sangat please, sakit tau!” Ryu membiarkan badan terlentang di atas lantai buat seketika. Wajah diraup perlahan. Ada penampakan kekecewaan pada raut wajah tampan itu.
“Omo!! Ryu sayang, what happened?” Aileen Qarlisa muncul dan kelihatan sangat terkejut melihat Ryu terbaring di atas lantai. Laju Qarlisa berlari mendapatkan Ryu.
“Sayang! Okay tak ni? Ada cedera kat mana-mana tak? Ishhh..Melampau betul!!!” Bola mata terus dicerlung ke arah Lana yang masih berdiri tegak di salah satu anak tangga.
“Hoi perempuan!!! Kau memang dah melampau! Tak cukup kau kerjakan mummy, sekarang Ryu pula kau nak gasak?! Setan! Celaka!!! Aku dah lama tahan hati tengok perangai tak tahu malu kau tu! Awas kau! Ingat aku akan berdiam diri?!! Kau tunggu sial!!!”
“Lisa!” Pantas Ryu menarik lengan Qarlisa bila gadis itu mahu menyerang Lana.
“Lepaskan tangan I sayang! Biar I ajar perempuan tak guna tu!”
Lana jongket sebelah kening. Dia perhati je gaya dua manusia di depannya itu.
“Why are you here Lisa?” Dingin suara terlontar.
“Of courselah nak check on you. Tiba-tiba menghilang, I risau tau. Manalah tahu you sakit ke, cedera ke…Dahlah mummy kat hospital, nanti siapa yang jaga you kalau ada apa-apa kan?” Suara memang sengaja dilantangkan, nak bagi Lana dengarlah tu. Terjuih bibir Lana, mahu saja meludah depan Qarlisa untuk tunjukkan bertapa meluatnya Lana lihat perangai mengada-ngada Qarlisa ketika itu.
“Kau lupa ke buat-buat lupa Lisa? Aku dah ada seorang isteri yang cantik dan solehah. Kau tak perlulah nak sibuk, sekarang lebih baik kau balik!” Tersenyum-senyum Lana dengar. Terbit bunga-bunga bahagia dalam hati.
“Sayanggg! Mengapa cakap macam tu? Lupa pesan mummy ke? Ceraikan isteri tak guna sayang tu dan kahwin dengan I. You sampai hati ke nak lukakan hati mummy? I jauh lebih baik dari perempuan tu tau, I lebih sayangkan you!”
“Eh dahlah! Pergi sekarang Lisa!”
“Nak pergi ke mana? I kan tinggal kat sini.” Qarlisa berkeras, malah lengan Ryu dipaut manja.
“Kau tak boleh tinggal di sini sekarang, mummy takde.”
“Tapi you kan ada.”
“Aileen Qarlisa! Blah sebelum aku berkasar!!!” Ryu mulai melengking bila kesabaran semakin menipis.
“Sampai hati sayang! Mummy pengsan lagi. Penat-penat I datang nak bagitahu, apa I dapat? You marahkan I pula! I cuma ambil berat tentang keluarga you, salahke?”
Terbeliak sepasang mata Ryu. Bahu Aileen ditarik pantas.
“Mummy…Pengsan?”
“Yela, pengsan! Tu tujuan sebenar I cari you!”
Ryu bergegas mendapatkan kunci kereta lalu berlari laju menuju ke luar rumah. Qarlisa sempat melemparkan pandangan ke arah Lana.
“Perempuan tak tahu malu! I nak you keluar dari rumah ini!!! You fikir mummy akan lepaskan you macam tu je ke selepas apa yang you dah buat kat mummy? Ryu…Will be mine! You jangan nak mimpi di siang hari!” Usai berkata, Qarlisa buru-buru keluar mengejar Ryu.
Terkebil-kebil Lana ditinggalkan seorang diri di situ. Ryu pergi begitu sahaja tanpa pamitan selepas merayu memujuk Lana sebentar tadi? Aneh! Adakah rayuan tu cuma lakonan semata-mata? Cuba bersangka baik, mungkin saja Ryu panik bila dengar ibu dia pengsan kan, terus terlupa pada Lana.
Lana pusing badan, mahu naik ke atas. Walaupun hati dah dipujuk, tetap juga Lana rasa sebak. Terasa seolah diri langsung tak penting buat seorang Ryu Rozzan. Meniti anak tangga dengan longlai, wajah mendung, macam nak nangis pun ada.
Bunyi derapan tapak kaki tiba-tiba kedengaran. Seperti sedang berlari laju menghampiri. Laju badan terpusing, bersedia pasang kuda-kuda kerana kalau bukan Qarlisa datang menyerang, pastilah perompak!
“Maaf sayang…Abang benar-benar terlupa tentang sayang!” Lengan Lana ditarik merapat lalu tubuhnya dipeluk dengan erat.
Terharu! Ingatkan Lana dah dilupakan, rupanya tidak! Ryu berpatah balik, peluk sambil minta maaf dekat Lana. Tak romantik lagi ke tu? Tak cair lagi ke diperlakukan seperti itu? Sampai berkaca mata Lana kerana terharu yang amat sangat.
“Maaf sayang, abang tak ajak sayang kerana abang tahu sayang tak nak tambah keruhkan keadaan. I love you Lisa Alana, bertahanlah. Abang janji akan selesaikan semua ini secepat mungkin.” Usai berkata, bibir Ryu singgah beberapa saat di dahi Lana. Bola mata Ryu tertutup rapat ketika mencium dahi isteri yang mulai bertakhta di hati.
Pelukan dilepaskan. Wajah Lana ditatap buat seketika. Sebuah senyum manis terlakar di wajah tampan Ryu. Sebelah mata dikenyit, bibir muncung sedepa ketika membuat aksi mencium siap dengan bunyi decitan.
“Abang pergi dulu.” Ryu terus berlari semula menuju ke pintu.
Lana masih terpegun, kaku dengan bola mata tak berkelip merenung ke arah pintu. Macam mimpi! Apa sudah jadi? Kemahuan yang hanya memenuhi minda tiba-tiba termakbul. Kalau betul nasib menyebelahi, lepas ni dia nak Qarlisa si pacat kulit tebal tak lut dengan rasa malu tu lenyap dari hidup Ryu. Erk! Bolehkah begitu? Hurm…
Usai membersihkan diri, Lana terus berbaring. Akibat keletihan seharian terlari sana terlari sini, sekejap saja Lana sudah nyenyak dibuai mimpi.
Terbangun bila alarm jam di tepi katil berbunyi nyaring. Terkuak sahaja mata, terus menoleh ke sisi. Kosong! Kecewa sekali lagi namun rasa itu cepat-cepat diusir pergi.
Lana terus bersiap. Setelah berpuas hati melihat penampilan diri di depan cermin, Lana turun lalu masuk ke dalam dapur. Dia bercadang mahu mengambil sarapan ringan kerana risau jika Haraees tiba-tiba membawanya kerja diluar kawasan sekali lagi.
Secawan coklat panas dan dua potong bread kosong dibawa ke meja makan. Sedang menyuap makanan sambil bola mata meneliti jadual kerja Haraees sepanjang hari ini di skrin henfon, tiba-tiba kedengaran bunyi derapan tapak kasut tumit tinggi keletak keletuk masuk ke dalam rumah.
Hampir tersembur keluar makanan dalam mulut bila lihat Puan Sri Helena melenggang masuk dengan lagak penuh angkuh. Bola mata mereka bertembung sesaat sebelum Puan Sri membuang wajah.
“Mana Ryu?” Mahu tak mahu je bertanya. Lana kerut dahi.
“Sejak semalam Ryu tak balik mu…Err…Puan Sri.”
Terherot bibir Puan Sri. Bola mata bergolek memandang sekeliling.
“Iya ke? Semalam Ryu takde dekat hospital. Katanya nak balik berehat dengan Lisa.”
Hati mulai curiga namun segera diusir rasa itu. Lana ukir senyum, cuba beriak seperti biasa. Depan Puan Sri jangan sesekali tunjuk diri tu lemah, kelak habis dipijak kepala.
“Lana tak tahu Puan Sri. Dah lewat ni, Lana keluar dulu!” Lana mahu beredar selepas mencuci cawan yang digunakan. Malas nak hadap Puan Sri lama-lama. Buat hati bengkak tak pasal-pasal di pagi hari!
“Hey!! Kau memang perempuan tak guna! Laki sendiri pun tak reti nak jaga! Apa tujuan kau kahwin dengan Ryu sebenarnya hah? Kau nak kikis harta Ryu? Kau ingat semudah itu?”
Lana membalas renungan berapi Puan Sri dengan berani. Penumbuk dikepal erat.
“Kalau pasal tu, Puan Sri kena tanya anak puan sendiri. Lana memang takleh nak jawab. Lana pergi dulu.” Mujurlah Lana masih mampu mengawal suara. Lebih baik dia cepat-cepat pergi sebelum pergaduhan terletus.
“Hey!!!” Laju je tangan Puan Sri Helena menarik rambut Lana ketika Lana melintas di depannya.
Lana terjerit kecil. Terkejut bercampur dengan rasa sakit.
“Kau takkan berjaya perempuan busuk hati! Aku akan pastikan kau takkan dapat sesen pun duit anak aku, kau faham tak?!!!”
Rambut Lana ditarik sekuat hati, hingga menyondong tubuh Lana akibat ikut tertarik. Nak melawan, takut pula mati terkejung orang tua ni kan. Lana terpaksa menahan hati.
“Puan Sri…Tolong lepaskan rambut Lana. Jangan buat macam ni. Kita boleh berbincang baik-baik kan, tak perlu guna kekasaran.” Lana cuba memujuk, sambil berusaha mengawal nada suara. Ya, dia memang sudah memanas! Siapapun pasti akan mengamuk sekiranya berada di tempat dia. Mujurlah Lana masih punya belas kasihan dan rasa hormat.
“Assalamualaikum! Ada orang tak? Kami dari Jabatan Pencegah Maksiat!”
Tersentak Lana! Puan Sri cepat-cepat melepaskan rambut Lana lalu bergegas keluar. Lana terkesima sesaat. Dia tak salah dengar kan? Laju kaki dituju ke arah pintu hadapan.
“Saya puan besar dalam rumah ni. Encik siapa?” Puan Sri terus memperkenalkan diri dihadapan sekumpulan lelaki bersongkok.
“Kami dari Jabatan Pencegah Maksiat. Kami dapat laporan bahawa ada pasangan yang melakukan zina di rumah ini. Sila beri kerjasama ya, kami akan melakukan pemeriksaan.”
“Apa maksud tuan? Tiada pasangan lain yang tinggal di sini kecuali saya dan suami serta ibubapa suami saya. Tuan yakin ke rumah ini yang dimaksudkan?” Lana cepat-cepat mencelah. Yakin sungguh yang mereka tersalah serbu rumah.
“Betul puan. Kita tak silap rumah. Jangan risau, kita cuma ikut prosedur, kalau laporan yang diberikan palsu dan bertujuan untuk memfitnah, kita akan siasat dan si pelaku akan dikenakan hukuman setimpal. Sekarang, izinkan kami membuat pemeriksaan dahulu.” Lana terpaksa akur lalu berundur, memberi ruang supaya rombongan itu dapat masuk ke dalam dan meneruskan kerja.
“Bilik terletak di tingkat atas tuan.” Puan Sri memberitahu tanpa ditanya.
Mahu tak mahu, Lana terpaksa mengekori kumpulan tersebut. Puan Sri terus membawa rombongan tersebut menuju ke bilik yang dihuni sementara oleh Aileen Qarlisa. Lana mulai merasa tak sedap hati. Asal bilik Qarlisa? Hati tertanya-tanya.
“Lisa!” Puan Sri memanggil lembut sambil mengetuk daun pintu beberapa kali.
Bila tiada jawapan diberikan, Puan Sri memandang rombongan tersebut sambil tersenyum-senyum.
“Masih tidur agaknya. Biar saya periksa dulu.” Tombol pintu dipulas.
“Eh, tak berkunci!” Suara sengaja dikuatkan.
Puan Sri lebih dulu masuk. Keadaan bilik gelap kerana tabir blackout menutupi semua tingkap. Melihat rombongan satu persatu masuk mengekori Puan Sri, Lana turut menjengah ke dalam. Suis lampu dihidupkan.
“Ya Allah!!! Ryu…Lisa!!!”
Dunia Lana terus jadi gelap gelita!
Hurm..
Share this novel