Lana menyusur bahu jalan dengan wajah monyok. Dah penat kepala asyik meneleng ke belakang, mengharap lelaki itu datang mengejar lalu cuba memujuk..Celakanya, lubang hidungpun tak kelihatan!! Sampai hati betul huwaaa..
Seriously?
Dia kalah dengan nenek tu? Pak oh pak..Bapak memang betul, Lana anak dara tua tak laku waaa...Pipi yang dah lama kering digosok perlahan..Ni nak nangis pun air mata dah tak larat nak keluar dah..Merajuklah lagi sampai mereput Lana oii..
Ryu Rozzan pasti tengah busy layan isteri bayangan dia tu..Nak mandikan, ikatkan rambut, suapkan bahkan didodoikan. Dia? Si isteri sah bukan pilihan... Jalan kaki berbatu-batu jauhnya sampai lenguh, macam nak tercabut kaki..Mujurlah matahari tak terik sangat. Lagipun, kawasan pejalan kaki berbumbung, taklah terbakar kulit kena sunburn.
Banyak je pakcik teksi lalu lalang, siap hon lagi menawarkan khidmat. Bodohnya dia je yang over confident bahawa Ryu akan lari lintang pukang mengejarnya...Sekarang agaknya dah lebih sejam dia tabahkan hati menyusur jalan, Ryu yang diharap habuk pun tarak!
Tengah melayan hati yang lara, henfon berbunyi. Terkejut bukan kepalang, habis bertempiaran caci maki yang menggumpal dalan otak. Siapa? Laju je jemari menyeluk handbag. Playboy tu ke? Ahh..Hampir dia terlupa, henfon dia kan hilang..Belum dibuat simkad baru..Yang dalam beg sekarang ni nombor lama, zaman kegemilangan dia bergelar mahasiswi lagi. Hanya keluarga di kampung dan teman-teman sekampus yang tahu!
"Lanaaa...."
Emak?! Asal suara macam sedang menangis? Lana jadi panik dan tak sedap hati.
"Kenapa mak?" Terdengar suara esakan mendayu-dayu di corong speaker henfon.
"Lebih baik mak mati je Lana..Satgi mak pi terjun dekat gaung tu hahhh..."
"Ehh..Napa ni mak? Sabar mak..Ingat Tuhan.. Apa jadi ni mak?"
"Bapak kau Lanaa..Tak sedar diri punya orang tua! Dah tua-tua pun masih ada hati nak menggatal!!"
Lana telan air liur. Bapak? Biar betul!
"Bapak buat apa mak?"
"Bapak kau lari dengan janda muda anak satu dari kampung sebelah Lana uwaaaa.."
"HAAHH?!!!" Hampir terbuang henfon di tangan akibat terkejut.
Aduh bapak..Biar betul!!
"Mak..Jangan bertindak terburu-buru..Tenang dulu okay. Mak nampak ke?"
"Bedah dan laki dia nampak Lana..Perempuan tu membonceng motor dengan bapak kau!! Ni hahh..Dari pagi sampai sekarang bapak kau tak balik-balik! Serata kampung mak cari Lanaa.. Sah bapak kau dah lari dengan perempuan tu!!"
"Ya Allah mak..Sabar dulu..Kita tak tahu cerita sebenar lagi kan. Adib mana mak?"
"Adib dah dua hari tidur tempat kawan dia. Bapa kawan dia dapat kontrak buat rumah, Adib kerja sementara, nak cari pengalaman katanya."
Parah betul ni! Ertinya, hanya mak dan adik-adiknya yang masih bersekolah kat rumah sekarang. Makin galau Lana dibuatnya.
"Mak..Sabar ya, tunggu hingga Lana sampai. Bolehkan? Mak jangan keluar rumah tau, dah petang ni. Nanti Lana sampai kita pergi cari bapak sama-sama ya mak? Tunggu Lana."
"Cepat sikit Lana. Mak dah nak gila ni.."
"Okay mak..Tunggu Lana dekat rumah tau..Lana tutup panggilan dulu ya."
Lana berlari ke tepi jalanraya. Kebetulan sebuah teksi melintas. Pantas tangan dilambai untuk menahan teksi tersebut. Sesampainya di rumah, Ryu Rozzan tidak kelihatan. Garaj kereta hanya ada Viva Lana. Bibir terherot tinggi! Huhh.. Betul-betul quality time dengan nenek Suzy ler tu!!
Lana berkemas ala kadar, hanya membawa keperluan penting sahaja. Kemudian, kereta dipecut membelah jalanraya. Perjalanan bukan dekat, kalau setakat gear lumba jalan kaki, alamat subuh baru nampak tiang rumah Pak Samad tu. Pertama kali seumur hidup, dia memandu meredah kepekatan malam, seorang diri demi kerana emak yang disayangi huhu..
Pandangan lurus ke depan setiap kali melalui kawasan yang cuma dikelilingi hutan belantara, satu biji rumah pun tidak kelihatan. Macam-macam terbayang di kepala, bagaimana kalau tiba-tiba ada benda putih melayang-layang di udara, lalu mendarat di tengah jalanraya sambil ketawa mengilai-ngilai? Argh!! Musik dikuatkan..Benda-benda karut yang bermain di kepala cepat-cepat diusir pergi.
Akhirnya, Lana selamat sampai depan rumah pada tengah malam buta. Lampu di ruang tamu masih marak, lega melihatnya. Sebaik kaki sebelah memijak rumput, pintu depan terkuak, wajah mak tersembul dari celah daun pintu.
"Mak! Tunggu kat dalam je, tak perlu keluar. Sejuk ni, jap lagi Lana masuk..." Lana kelam kabut membuka bonet, mengambil beg kain lalu bergegas naik.
Tersentuh hati melihat wajah berserabut mak, mata bengkak dan merah. Lana menghampiri lalu memeluk mak dengan erat. Dia juga seorang perempuan, apa yang mak rasa saat itu..Dia juga merasainya...Tiada yang lebih sakit dari pengkhianatan, apatah lagi dilakukan oleh orang yang paling dipercayai.
"Bapak kau betul-betul dah lari Lana.." Esakan mulai kedengaran.
"Sabar mak, jangan fikir yang bukan-bukan dulu, benda ni masih samar lagi..Kena siasat betul-betul.." Cuba memujuk sambil menggosok belakang mak.
"Patutlah bapak kau asyik cakap nak buka cawangan baru..Mak nak buat macamana lagi Lana? Mak dah menopause, keinginan tu dah tak ada.."
"Mak..." Otak blank sesaat! Now macamana dia nak bagi nasihat dalam kelambu sedangkan dia sendiri tak pernah melalui semua tu? Dia masih dara kot huhu..
"Mak nak juga layan bapak kau Lana..Tapi ianya sangat menyakitkan, mak tak tahan.."
"Ye mak..Lana faham..Boleh kita cerita benda ni nanti tak? Yang penting sekarang kita kena fikir di mana keberadaan bapak dulu, tak gitu?" Topik bahaya kena elak dulu bukan? Hehe..
"Lana..Tolong cari bapak kau ya, janji dengan mak tau. Kalau misalnya bapak tak mau balik, bagitau dia anak-anak semua rindukan dia.. Amsyar tu..Rapat sangat dengan bapak kau.." Lana angguk, sebak dengar suara sayu separuh merayu mak. Bola mata melilau.
"Adik-adik semua dah tidur ke mak?" Tercari-cari juga kelibat Amsyar, si bungsu yang baru berada di darjah 5.
Mereka adik beradik memang beza umur agak jauh. Adib si nombor dua kini sudah berusia dua puluh tahun. Adik ketiga, Anas berada di tingkatan lima, Azam yang keempat pula tingkatan dua dan Amsyar masih sekolah rendah. Menurut cerita mak, di antara jarak umur mereka, sepatutnya ada lagi yang lain tapi mak ni jenis rahim tak kuat. Kalau jadi semua, maunya lebih sepuluh kot mereka adik beradik. Kemain bangga setiap kali bapak bercerita pasal tu huhu..Bapak...Apa terjadi sebenarnya? Lana mengeluh dalam hati.
Sukar mahu percaya sebenarnya. Bapak adalah seorang lelaki yang sangat penyayang walaupun garang nak mampus. Bertanggungjawab dan tak pernah culas. Jauh di sudut hati, Lana sangat yakin pasti ada sesuatu yang berlaku.
"Mak ada cuba telefon Adib tak?" Setelah lihat mak agak tenang, Lana terus menyoal.
"Tak dapat. Tempat tu memang tiada line, Adib dah bagitau awal-awal, kecuali Adib keluar ke pekan."
"Takpe lah mak, sekarang mak tidur dulu. Esok kita gerak cari bapak ya. Malam-malam buta macam ni memang takleh nak buat apa-apa mak, jumpa hantu adalah.."
Mak angguk pasrah, sempat menampar lembut lengan Lana sambil beri jelingan maut..Mulut tu jangan cabul sangat, agaknya itu amaran yang diberi melalui panahan mata mak. Lana senyum lalu mengelap kering sisa air mata di pipi berkeriput halus mak.
"Mak pergi tidur ya..Nak Lana temankan mak ke malam ni?"
Wajah mak berubah sebaik saja dengar pelawaan Lana..Pantas bola mata berguling-guling, seolah mencari seseorang.
"Ha'aahlah..Mana laki kau Lana?"
Wajah Lana diselaputi awan mendung. Cepat-cepat wajah ditundukkan, tak mahu mak perasaan perubahan tersebut.
"Laki kita kerja mak."
"Jadi, Lana memandu seorang diri tengah-tengah malam macam ni?" Nada suara jadi kurang senang.
"Lana okay je mak..Ni hah, dah selamat depan mak kan?"
"Laki apa macam tu Lana oii? Bapak kau tak pernah biarkan mak jalan sorang-sorang apalagi malam-malam buta tau tak? Tulaa bapak kau tu, Aizaff yang mati-mati nakkan kau, dia kahwinkan pula kau dengan lelaki bandar yang langsung tak dikenali, keluarga laki kau tu pun kita tak pernah jumpa lagi kan.."
Aduh makk! Tak senang duduk jadinya..
"Mak..Jom tidur.."
"Hah, nak mengelaklah tu..Dari air muka kau je, mak dah tahu kau bukannya bahagia dengan laki kau tu kan?"
"Mak..Lana bahagia, dia layan Lana dengan baik. Mak jangan fikir yang bukan-bukan boleh tak? Dah, jom pergi tidur. Lana letih seharian memandu.."
"Tulaa kau, nama je ada laki..Tapi semua kena buat sendiri.." Sempat lagi membebel sebelum angkat punggung dan berlalu ke bilik.
Mak...Mak...
Setelah memastikan mak benar-benar dah masuk ke dalam bilik, Lana memeriksa sekali lagi pintu sama ada dah dikunci ke tak. Kemudian, lampu di ruang tamu Lana tutup sebelum bergerak ke biliknya. Muka dibersihkan, gigi diberus sebelum naik ke atas katil. Badan terlalu letih, pasti kejap lagi dah dibuai mimpi..Tak perlu sesakkan fikiran dengan playboy tu..Biarkan dia bahagia dengan nenek Suzynya tu! Lampu kalimantang di siling bilik ditutup, hanya lampu kecil di atas meja tepi katil dihidupkan.
Baru hendak menutup mata, kedengaran bunyi berdenting dari cermin tingkap bilik. Mula-mula dibiarkan, serangga terlanggar cermin kot! Tapi lama-kelamaan bunyi itu makin kuat..Seperti benda keras melanggar cermin tingkap. Berulang-ulang! Ehh?! Lana tegakkan separuh tubuh..Mata yang sudah hampir tertutup tercelik luas. Apa tu? Jantung berdegup laju. Mampus..Adakah kerana mulut celuparnya tadi? Benda tu benar-benar datang menjenguk.. Makkk!!! Seram hingga semua bulu halus di badan mencanak tegak!
Nak pergi tengok ke atau lari ke bilik mak? Tercongak sekejap di atas katil. Bunyi dentingan hilang sebentar. Lana terus pasang telinga..Dah takde kan? Ahh..Perasaan dia je agaknya. Baru hendak membaringkan badan, tiba-tiba tingkap kaca diketuk bertalu-talu. Disertakan bunyi geseran seolah-olah mahu membuka tingkap.. Terus terlompat Lana dari atas katil sambil mencekup mulut dengan kedua belah tapak tangan.
Betulkah ada hantu?! Badan mulai menggigil...Tak nakk!! Lana berlari laju menuju ke pintu. Tak kisah, dia nak tidur dengan mak jugak! Kalau mak tak kasi, biar dia menyempit di bilik adik-adik lelakinya!!
"Lisaaa.....Lisa Alanaaaa..."
Huwaaa!!! Hantu tu tau pulak nama dia? Semakin laju hayunan kaki, hampir je tersadung gara-gara panik!
"Lisaa buka tingkap..Ni abang.."
Eh?!!
Tak salah dengar kan? Pantas Lana meluru ke arah jendela bilik. Tingkap kaca ditarik ke tepi.
"Ryu Rozzan!!" Hampir terjerit akibat terkejut!
Ryu kelam kabut memanjat naik. Lana yang tengah panik terus menolak tubuh Ryu.
Gedebuk!!
"Arghh Lisaa..."
Ryu bergolek-golek di atas rumput, menahan sakit. Lana terpempan! Aduh, dia dah buat apa? Pantas jemari direnung sesaat. Tak kejam kan? Lelaki tak guna tu harus diberi pengajaran. Takkan mati pun, bukan tinggi sangat. Tanpa memandang ke arah Ryu, jendela ditarik rapat lalu dikunci. Hah!! Padan muka..Pergilah dekat Suzy tu..Nak menyibuk dekat sini buat apa?
Lana bergegas menuju ke katil semula. Kosongkan fikiran dan tidur Lana..Besok ada misi lebih penting dari Ryu Rozzan.. Pandai-pandailah mamat tu balik karang. Takkan tu pun nak kena ajar kan?
Bunyi benda kecil dihumban ke kaca tingkap kedengaran lagi. Lana ambil bantal lalu menutup telinga. Toksah layan playboy gedik tu! Mata mulai tertutup perlahan-lahan.
Sontak Lana terbangun bila dengar bunyi guruh berdentum di langit. Pantas dikerling jam di atas meja. Hampir ke pukul empat pagi. Hujan rintik-rintik mulai kedengaran merempuh bumbung rumah. Lana menegakkan separuh badan lalu menoleh ke arah jendela. Hati mulai rasa tak sedap. Segera ditarik cermin tingkap luas-luas.
Ya Allah!!
Terkejut sampai mulut dicekup bila melihat sekujur tubuh sasa yang sudah basah masih terpacak di bawah, menggigil-gigil! Lelaki ni dah gila ke apa?
"Ryu Rozzan!! Ya Allah..Kau dah gila ke?" Hampir terpekik Lana akibat terkejut.
"Ba..Bagi aku..Ma..Masuk Lisa..Se..Sejukk!!"
"Dah..Cepat naik!"
Lana hulur tangan dari jendela. Susah payah menarik Ryu naik sampai hampir tercabut pangkal lengan. Entahlah apa kejadahnya kan, macamlah pintu takde!
"Nah..Ni tuala, abang pergi mandi dulu..Nanti sakit.."
Ryu menurut. Menggigil-gigil melangkah menuju ke kamar mandi. Lana garu kepala. Ahh, baju mana baju? Bergegas keluar menuju ke bilik Adib. Mujur juga adiknya yang sorang ni suka pakaian besar-besar..Ala-ala Kpop gitu.
Ryu baru selesai mandi ketika Lana masuk semula ke dalam bilik. Pakaian Adib diserahkan pada Ryu. Timbul rasa simpati melihat Ryu tapi segera diusir jauh-jauh. Nanti siapa nak simpati pada dia kan? Jangan bagi muka sangat pada playboy ni! Lana pusing badan bila Ryu mulai melorotkan tuala, mahu memakai pakaian tersebut. Ishh..Tak tutup-tutup! Benci!!
"Lana..Abang rasa macam nak demam.."
Hahh, tau takpe! Yang bodoh sangat macam kebal terpacak dekat bawah tu buat apa? Mengapa tak balik saja? Ishhh geram tau! Dalam hati jelaa kata-kata berupa kutukan tu, nak suarakan tak sampai hatilah pulak.
"Kejap, rasanya Lana ada simpan ubat selesema." Lana bergegas menuju ke meja soleknya. Laci ditarik. Sempat diperiksa tarikh luput sebelum menyerahkan dua biji pil kepada Ryu.
"Lana ambil air kejap.."
Lana..Lana...Kata nak ajar si playboy tu. Ni dah terlebih baik ni pehal?
Usai menelan dua biji pil tersebut, Ryu membaringkan tubuh di atas tilam tanpa disuruh. Amboi, dia buat macam bilik sendirilah pulak..Habis tu Lana ni nak letak kat mana?
"Lana sayang..Jangan buat abang macam ni boleh tak?"
Lana pantas memanjangkan leher. Mata tertutup tapi masih boleh berbicara? Ryu ni meracau ke apa?
"Abang...Hampir gila cari Lana..."
Masih berbicara? Biar betul.. Berjengket-jengket Lana menghampiri lalu berdiri di samping Ryu. Tapak tangan dilibas-libas di depan wajah Ryu. Tiada respon..Ehh...Betul-betul meracau ke mamat yang semakin terserlah kesempurnaan wajahnya bila berada dalam keadaan macam ni?
Terpegun seketul Lisa Alana! Terleka seketika merenung kesempurnaan wajah Ryu Rozzan. Apatah lagi melihat wajah sedikit merah, ada tompokan merah di pipi dan hidung. Bibir merah menyala..Fuhh!! Cairr you..
"Abang...Sayang..isteri abang..Lisa Alana.."
Terus terundur setapak!
Ohhh..Ini tak baik!! Mengundang bala kalau terus didengar...Tak mungkin!!
"Abang....Nak...."
Lana pantas tutup telinga lalu bergegas menjauhi Ryu Rozzan..Tak nak dengar..Bala pada hati yang semakin rapuh!! No..Never!!
Lana tarik selimut dan sebiji bantal bersih dari dalam almari lalu cepat-cepat berbaring di atas sofa. Wajah ditutup dengan bantal. Tak nak dengar carutan Ryu Rozzan..Tak mahu hati terbuai dengan kata-kata yang meniti dari bibir seorang playboy! Tembok pertahanan harus kuat, jangan tewas Lisa Alana...You can do it, don't give up!!
Malangnya..Sebaik mata dicelik pagi-pagi, wajah Ryu Rozzan yang sedang tidur nyenyak terpampang depan mata. Begitu hampir, hingga hujung hidung bersentuhan. Nafas hangat Ryu menerpa..Seakan membelai-belai kulit wajah Lana. Badan terasa hangat, kehangatan yang menyatu bersama hangatnya tubuh Ryu yang menghimpit tubuhnya..Lengan dan kaki Ryu bukan main bersenang lenang membelit tubuh Lana..Arghhh!!! Setan amat!!!
Logikkah dia sleep walking dan landing dengan cantiknya di sebelah Ryu Rozzan..Hell no!! Pasti playboy gatal ni yang angkat tubuh dia masa dia langsung tak sedarkan diri..Benciii!!!!
Ok, Pak Samad buwat hal dohh
Share this novel