Lana jeling tajam wajah Ryu Rozzan, masam mengalahkan lemon! Padan muka, hati mengutuk..Ingat dia mudah tergugat dengan sosok sempurna yang sengaja ditayangkan depan mata ke? Hello! Ini Lisa Alana anak Pak Samad okay..Takat tubuh molek tu, tapi otak senteng..Boleh blah!!
Diperhati dahi yang sedikit merah akibat ciuman botol losyen tangan yang dilempar kerana panik tadi. Laa, setakat botol kecil je pun, macam kena gigit semut je tu bagi Ryu Rozzan!
Dibiarkan je Ryu yang tetiba baik hati dan bertegas mahu keringkan rambut dia walaupun jenuh dilarang. Nak tunjuk baik betul..Mujur bakat dan kemahiran ada..Entah dah berapa ramai kepala gadis yang pernah dikerjakan oleh mamat ni kan, dasar takleh dipercayai!
“Ni, kalau kau buka salun..Kompom orang jera nak datang kedua kali tau. Monyok macam ikan buntal terlebih baja! Pandang je muka kau, terus hilang mood tau tak?!”
Ryu mendengus. Sikat bulat yang awalnya bergerak lembut merapikan rambut tiba-tiba Ryu tarik kasar, sampai tertarik ke belakang kepala Lana. Terasa beberapa helai rambut tercabut dari kulit kepala, sakit!
“Aduh! Apa ni? Sakit tau!” Terjerit kecil akibat kesakitan. Semakin panas hati melihat lagak Ryu seolah tidak bersalah.
“Berapa kali abang nak ingatkan Lana? No kau-kau here! Abang.. A.B.A.N.G!!” Siap dieja lagi! Kemudian, boleh pulak disambung balik aktiviti menyikat rambut Lana dengan selamba, seolah tiada apa berlaku..Cis, bedebah punya Ryu!
“Aku suami kau yang sah, Lisa Alana.. Segala arahan dan kemahuan aku, kau patut turuti, kau yang nak sangat jadi isteri solehah kan? Aku tak suruh kau buat benda yang tak baik sampai menjatuhkan maruah kau kan? Apa salahnya kau ikut? Susah sangat ke permintaan aku tu?” Ah sudah! Lana mengecilkan bola mata. Ryu dah start keluarkan berdas-das serangan pada dia! Bising sangat bila Lana guna aku-kau, tapi lihatlah perangai lelaki tak semenggah ni..Ryu Rozzan ni sedar diri ke tak hah?!
Tapi serius, kata-kata Ryu macam bilah lembing, tertusuk dalam ke dasar hati..Terkesan! Sampai Lana boleh terdiam sekejap, tetiba kepala jadi kosong, otak jem tak mampu menjana apa-apa! Hanya bola mata merenung jemari Ryu yang rancak menyikat rambut panjang Lana yang dah hampir nak kering dah pun. Rancak..Serancak mulut Ryu melontar kata-kata pedas!
“Aku tak suka bila tiada kemesraan antara kita walhal kita halal Lana. Dengan Aizaff boleh pulak siap berpegang, berjeling-jeling manja! Malah, kau bela lelaki itu di depan mata aku Lana! Kau ingat aku takde perasaan? Tunggul?” Ah, sambung lagi membebel!
Hati bagai dipulas-pulas mahu melawan, tapi segan pula kalau didengar penghuni di bilik sebelah. Ryu ni pun satu, banyak-banyak bilik kosong, bilik sebelah juga dia pilih untuk kedua orang tua dia..Ya! Lana faham, ibu Ryu tak sihat..Mungkin saja bila dekat bolehlah dipantau selalu, tapi keburukannya Lana dah mula rasa sesak nafas, dah tak bebas macam sebelum ini.
“Aku geram betul dengan Aizaff tu! Apa dia kata?! Dia boyfriend kau? Dia nak pastikan kau takkan balik dengan aku?! Hahh!! Bila masa kita berpisah Lana? Ya, aku akui..Kau pergi tinggalkan aku..Tapi itu tak bererti kau pergi buat selama-lamanya kan? Kalau kau tak kembali, aku pasti datang dan angkut kau balik! Aku takkan biar Aizaff dapatkan kau semula. Kau jangan jadi bodoh sampai terpedaya dengan lelaki macam Aizaff tu Lana. Kau faham tak ni?” Panas pula hati Ryu melihat Lana sedari tadi hanya mengunci mulut.
Bingung sendiri! Mengapa diam? Selalunya bukan main rancak melawan. Adakah itu bererti Lana menerima dengan hati terbuka setiap patah perkataan yang meniti dari bibir? Terus terlakar sebuah senyum kecil penuh kebanggaan di wajah tampan Ryu.
“Sayang…” Aik? Tiber bertukar angin?! Menakjubkan..
Ternaik terus bola mata Lana mencari sepasang bola mata Ryu. Bertaut seketika. Ryu menyungging sengih lebar hingga terserlah dua lekuk dalam yang terukir begitu indah di pipi.
“Abang nak isteri abang taat pada abang sorang je..Boleh kan?” Jemari Ryu sudah berada di atas kepala, lalu mengusap-usap kepala Lana dengan lembut.
“Lana isteri abang, jadilah isteri solehah abang sampai bila-bila.”
Glup!
Terkejung!
Ryu ni…Tak mengigau kan? Ke Lana yang tengah bermimpi? Memanglah dia pernah berazam suatu waktu dahulu untuk jadi isteri solehah bila dah kahwin, tapi itu tak terpakai buat seorang Ryu Rozzan. Azam itu dibuat untuk seseorang tepatnya buat Aizaff Nafees. Dia cuma terlepas cakap pada Ryu, sampai sekarang tau Ryu tak habis ungkit-ungkit hal tu.
Gatal hati nak perjelaskan tentang fakta tersebut, tapi setiap kali terpandang wajah Ryu, tak sampai hatilah pula! Ketulusan yang terpancar di wajah kacak itu setiap kali mengungkit hal tersebut buat hati Lana terusik.
Hampir jatuh jantung Lana bila tiba-tiba Ryu mendaratkan kucupan di ubun-ubun..Jatuh rahang dibuatnya!
“Wangi..”
Ahh..Takleh jadi macam ni! Bisa cair!! Badan auto menegak, kepala hampir menyondol dagu Ryu. Mujur Ryu pantas berundur setapak.
“Eh..Nak ke mana ni?” Melihat Lana terkocoh-kocoh mengorak langkah, Ryu pantas menegur.
Menonong melintasi Ryu Rozzan, pipi merah jambu..Hati benar-benar terusik hanya kerana kucupan yang biasa-biasa itu.
“Lisa Alana! Nak ke mana? Dah lewat dah ni, tak nak tidur ke?” Suara dinaikkan seoktaf bila tiada respon diberi. Lana memang suka buat acuh tak acuh, sengaja nak didihkan darah seketul Ryu Rozzan agaknya! Dia rindu sebenarnya huhu…Rindu kehangatan dan wangian yang terbit dari tubuh gadis itu.
“Lana nak ambil air basahkan tekak, haus..” Terus hilang di sebalik pintu.. Pergi begitu saja saat Ryu baru nak beromantis..Kejam tak kejam?
Ryu mendengus sebal. Terherot-herot bibir menahan rasa yang terbit di hati. Strategi! Dia perlukan strategi.. Lana ni makin kau dekat makin menjauh, macam burung merpati..Jinak tetapi terbang pergi bila didekati! Bila ada gadis lain menggedik tau pulak nak mengamuk.. Apa punya perangai macam tu?!
Ryu garu kulit kepala yang tak gatal. Semakin difikir semakin sebal rasanya. Badan dibawa ke arah katil. Berbaring dengan jiwa bergelora. Beberapa kali memperbetulkan kedudukan badan. Nak cari angle paling cun supaya nampak menonjol muscle-muscle super seksinya. Biar meleleh air liur Lisa Alana!
Menegang otot-otot wajah bila ekspresi wajah turut diubah-ubah. Nak bagi wajah tampan dia nampak lebih seksi dan menggoda..Biar tertonjol biji mata Lana sebaik saja memandang dia nanti. Ahh, badan bagi mengiring ke arah pintu, nak bagi efek seksi dan menggoda.. Ah gitu! Terasa diri begitu seksi sekarang..
Cuma saja joggers yang masih tersarung di badan..Macam kacau daun pulak! Ryu tunduk merenung seluar cotton yang membalut separuh badan hingga ke pergelangan kaki buat seketika. Agaknya kalau dia tanggalkan akan berjaya goda Lana tak?
Tengah berkira-kira, pintu bilik terkuak. Auto mengeras tubuh Ryu, sebelah tangan menopang kepala manakala sebelah lagi menyilang di dada..Sebelah kaki terbengkok dengan lutut mencanak ke atas. Wajah terpamer semanis madu, bersinar-sinar bola mata menatap Lana yang baru hendak masuk.
Terkejung seketul Lana melihat sekujur tubuh sasa yang sedang terbaring dengan gaya penuh erotik, menayangkan wajah miang gila hingga mencanak tegak semua bulu halus di badan!
K…Kenapa begini?!
Mahu undur dan melarikan diri, takut orang di bilik sebelah terperasan pula, dahlah masa dia keluar tadi kedengaran bunyi berdehem yang agak kuat dari bilik tu, Lana syak orang tua Ryu tak tidur lagi, tengah khusyuk pasang telinga!
“Sayang..Mehlah tidur sebelah abang..”
Oh no no noo!!
Ini bahaya untuk hati. Bola mata pantas bergolek-golek memerhati sekeliling. Tak nak tenung lelaki itu lama-lama..Semakin ditenung semakin miang wajah terpamer, menyeramkan! Laju langkah diatur menuju ke sofa panjang. Badan terus dibaringkan, membelakangi Ryu!
“Lisa Alana..Dalam kiraan tiga, kalau kau tak naik atas katil, aku sendiri akan datang dan angkut kau..Jangan cabar aku!” Terasa darah menggelegak sampai naik atas kepala dengan kelakuan Lana yang langsung tak mengendahkan usaha gigih Ryu.
Cemas, Lana bingkas bangun. Sungguh, dia tak berani memikirkan apa yang bakal dilakukan oleh Ryu kalau dia terusan ingkar, manusia macam Ryu ni bukan boleh dipercayai sangat, apatah lagi dalam keadaan berdua-duaan seperti sekarang. Macam ulat naik daun! Miang memanjang..
“Now, get in the bed Lana..” Wajah terpamer serius, bola mata tajam menikam hati.
Terkulat-kulat Lana bangun, membuka langkah satu-satu, sengaja melangkah lambat-lambat menuju ke katil dengan bibir terherot sumbing. Benci, tapi hanya dipendam. Tidak berani melawan kerana risau Ryu akan bertindak semberono.
Hanya separuh punggung didudukkan di tilam, nampak sungguh memaksa diri untuk mengikut arahan yang diberikan.. Ryu mencebik dengan wajah penuh keriput-keriput halus.
“Jauh sangat..Dekatlah sikit sayang, abang tak makan orang, abang makan nasi je, membesar dengan nasi dan susu..” Kata-kata yang cukup bernas, tapi punya maksud yang sangat mendalam. Celaka Ryu! Merah macam tomato ranum wajah Lana.
Acane ni? Kering otak diperah untuk mencari alasan menjauhi lelaki yang asyik menggeletis di depan Lana. Macam kena sampuk hantu sundel bolong yang sedang dilanda musim mengawan gaya Ryu Rozzan ni tau..
Terlalu menyeramkan! Seram sampai menggeletar tubuh bila terasa lengannya ditarik ke arah lelaki itu. Badan ditegakkan, berkeras tidak mahu berganjak. Ryu tarik lagi, lebih kuat hingga Lana hampir tersembam di tilam.
“Ryuu!!” Terjerit kecil Lana, terkejut dengan kenekadan Ryu.
Ryu pantas mengesot merapati Lana. Kedua-dua belah bahu Lana dipaut lalu badan Lana dipusing menghadapnya.
“Sayang memang sengaja nak didenda kan? What did I tell you? Setiap kali berada di rumah….”
“Abang! Lana ingat..Lana minta maaf, tersasul..Lana nak cakap abang tadi..Abang…Abang okay?” Kata-kata Ryu dicantas, hingga lelaki itu terkebil-kebil merenung Lana.
“Good..Tapi sayang…” Lana ditarik sekali lagi, hingga wajah melekap di dada bidang Ryu. Pantas cuba menarik wajah menjauhi, malangnya tangan Ryu sudah melingkar di belakang badan dan satu lagi di belakang tengkuk Lana.
“Stay still sayang..Abang..Rindu…”
Bergetar si jantung hati! Tewas? Tak mungkin!!
Walaupun bunga-bunga yang hampir layu di taman hati tiba-tiba menegak dan mengelopakkan kuntuman baru yang sungguh cantik, Lana terus mengingatkan diri siapa Ryu Rozzan.. Dia sudah terkena sekali di mana Ryu lebih memilih untuk menghiburkan wanita lain berbanding dirinya yang sedang sakit.
Kemanisan yang dihulurkan, kehangatan yang disalurkan..Itu semua tidak kekal kerana Ryu mungkin akan mengulangi perbuatan yang sama..Lana cuma mahu jaga hati, tak rela terluka untuk kesekian kali..
“Abang…Tolong jangan minta sesuatu yang Lana tak mampu nak beri..” Ah gitu, terus direct to the point tanpa selitan bunga-bunga untuk mengindahkan kata!
Ryu merenung dalam ke anak mata Lana.
“Abang tak minta apa-apa lagi sayang..Cuma jadi isteri solehah, tu je..Ke maksud Lana….Yang..itu?” Seraya berkata, bola mata laju turun ke bawah perut Lana. Terasa semua darah di badan menyirap naik ke wajah. Celaka Ryu!
“Tak! A..Abang tengok apa tu?! Alihkan mata tu!” Ryu tergelak kecil melihat tingkah serba tak kena Lana. Tambah menggelegak darah!
“Rileks Lana..Ini semua….Abang punya..” Ryu siap lakar figura Lana di udara guna kedua belah tangan lalu kenyit mata dengan gediknya.
Arghh!! Lana dah tak sanggup nak hadap lelaki miang ni..Badan dihempas atas tilam, mengiring membelakangi Ryu. Tidur Lana… Jangan layan sangat ulat hijau yang gatal tu!
Lana menutup mata rapat-rapat bila terasa badan Ryu turut dibaringkan di sebelah. Terasa badan sasa itu mengesot merapati tubuh Lana. Bersungguh Lana tutup mata, sampai berlapis-lapis lipatan di dahi dan tepi mata.
“Sayang…” Tak habis menggeletis! Sengaja guna suara dalam supaya kedengaran lebih seksi dan menggoda.
Ryu menggerutu dalam hati bila Lana kaku tak bergerak. Macam biasa, buat-buat tak dengar, dia buat Ryu macam angin lalu..Sakit betul hati!
“Sayang..Tak sejuk ke? Nak abang peluk tak?”
Masih statik seperti tadi..Langsung tiada respon, hanya bahu naik turun ketika menyedut oksigen.
“Sayang..Tak baik tidur membelakangi suami, tak cium bau surga..”
Terjentik hati Lana mendengarnya. Teringat bapak dan mak di kampung. Macamana mak marahkan bapak sekalipun, mak tak pernah membelakangkan bapak apatah lagi mengabaikan bapak. Tetap dilayan walaupun muncung mak berdepa-depa.
Ya, dia memang marah pada Ryu Rozzan. Sakit hati masih berbekas, tapi selagi masih menjadi suami isteri yang sah, dia sedar..Dia masih perlu mentaati suami. At least dalam suasana begitu dia dibesarkan.. Dan ternyata, keluarga mereka masih harmoni sehingga ke hari ini.
Perlahan, badan dipusing. Ryu mengukir senyuman semanis gula saat bola mata mereka bertaut.
“Puas?” Sinis menikam jantung!
“Lana letih abang..Lana tidur dulu..” Tanpa menunggu reaksi Ryu, bola mata ditutup rapat.
“Hurm..Bila Lana dah dekat-dekat abang ni, rasa panaslah pula.” Tangan dikipas-kipas dekat wajah. Riak wajah tu, macam punya maksud tersirat. Lana yang mencelik sedikit mata untuk melihat mengerut dahi.
“Sayang rasa panas tak? Asal pakai baju macam nak pergi naik gunung ni?” Tercebik bibir mendengar sarkas Ryu.
T-shirt oversize dan seluar tidur panjang dan longgar dia kata pakaian naik gunung?
“Abang okay je kalau Lana nak ganti pakaian tu, pakai yang selesa dan tak panas..Baju tidur yang nipis pun abang tak kisah, yang penting dalam bilik ni je tau. Kita berdua je pun, nak malu apa.. Abang cool je..Tak kisah..” Kemain taburan umpan seketul Ryu Rozzan!
Lana yang sudah merah pipi buat-buat tak dengar. Mata ditutup semula.
“Ahh panasnya!” Ryu menggeliat, tertonjol isi pejal di tubuh. Bola mata mengerling Lana, celaka! Lana tak tengok langsung..Hish!!
Ryu berdehem kuat, betul-betul mengemis secebis perhatian Lana. Malangnya, Lana tetap beku. Mata terpejam rapat, ketara dipaksa sampai nampak kedutan di tepi mata.
“Abang biasa tidur bogel Lana..”
Dem!!
Mata automatik tercelik luas! Tajam menikam bola mata Ryu Rozzan.
“Abang jangan nak buat hal! Tidur.. Lana kena kerja esok..”
“Lana..Abang nak Lana kembali jadi PA abang..”
“Tak nak! Lana baru sehari kot kerja di tempat baru. Lana selesa dan tak bercadang nak berhenti dalam masa terdekat. Abang cari je PA baru, susah-susah..Lisa kan ada, lagipun Lisa tu menantu pilihan mak abang.”
Ryu kerut dahi. Wajah terpamer rasa tidak puas hati.
“Jadi selama ni sayang tak selesa kerja dengan abang?”
Lana terdiam sebentar. Kening terbengkok sedikit semasa berfikir. Kalau difikirkan, boss barunya sama je jembalangnya dengan Ryu Rozzan, cuma saja setakat ini dia tak nampak lagi perempuan-perempuan cantik tergedik-gedik datang mendekati boss. Bukan macam Ryu huhu..
“Lana tak kata macam tu abang..”
“Then berhenti kerja dan balik semula ke ofis abang, final! Ganti rugi tu abang bayar..”
“Tak nak! And it’s final..”
“Sayang..”
“Mak abang tak suka, daripada Lana makan hati berulamkan jantung, lebih baik begini..Lana berani jamin abang takkan buat sesuatu untuk bela Lana. Jadi tak perlu banyak cakap! Lana tau jaga diri Lana!”
Terkedu seketul Ryu dibaham tanpa belas kasihan oleh Lisa Alana! Satu keluhan berat terlepas dari bibir Ryu. Wajah terpampang rasa bersalah.
“Sayang..Abang bukan tak nak bela sayang, tapi tolonglah mengerti keadaan abang sekarang. Mummy bukan sihat sangat..Abang pohon pengertian sayang buat sementara waktu, abang janji akan selesaikan hal ini secepat mungkin..Mummy tu, mulut je macam neraka, tapi hati dia baik sayang.”
Lana merenung Ryu buat seketika.
“That’s why Lana buat macam ni abang, sebab Lana mengertilah Lana dengan hati terbuka bersedia mahu undur diri. Lana rasa itu yang terbaik.”
“Abang tak rela sayang.”
“Why abang? Perkahwinan kilat tanpa cinta ini lama-kelamaan akan berakhir juga, abang sendiri yang kata bukan?”
“Itu dulu Lana..Abang tarik balik semua kata-kata abang dulu. Lupakan semua itu, kita buka muka surat baru.”
“Tak nak!”
“Sayang!”
Pandangan berlaga. Masing-masing memancarkan percikan api.
“Lupa hukuman kalau ingkar?” Ugutan Ryu langsung tidak menggentarkan seketul Lana yang sedang diulit amarah. Dia sudah mempersiapkan diri untuk menerima serangan Ryu.
“Dendanya..Sleep with me Lisa Alana!”
Jatuh rahang Lana bila jemari Ryu laju mahu melorotkan joggers yang tersarung di badan. Kaki Lana terangkat lalu menyepak tubuh Ryu.Salahkan tindakan refleks, siapa suruh tiba-tiba buat hal kan. Bukan sengaja, tapi tak menyesal haha..
“Aduh!!” Ryu tergolek jatuh ke bawah katil. Kepala terangkat, mencerlung mata menatap Lana yang berwajah pucat lesi.
Ryu menyumpah dalam hati. Why so serious?! Dia cuma bergurau kot, ada je boxer di sebalik joggers yang dipakai! Tak pasal-pasal benjol dahi terhantuk bucu katil! Belum sempat bangun, kedengaran daun pintu diketuk dua kali. Pintu terkuak laju tanpa sempat mereka berdua memperbetulkan kedudukan.
"Ryu!! Erk?! Pehal korang ni? Bergusti manjah-manjah ke?" Sempat terpempan sekejap Tan Sri Danial melihat permandangan aneh yang tersaji di depan mata. Mana taknya, Ryu kelihatan terduduk di atas lantai dengan seluar terlondeh manakala Lisa Alana di atas katil dengan wajah kusut masai..Hadoilah, tak faham betul anak muda zaman sekarang! Kepala tergeleng-geleng.
"Pehal main terjah masuk je papa?" Rungut Ryu sambil pamer riak kurang senang. Badan ditegakkan.
"Tu hah, mummy..Sejak tadi tak henti-henti bising..." Belum sempat kata-kata dinoktahkan, Puan Sri Helena tiba-tiba tersembul di sebelah, siap pamer wajah cemberut.
"Mummy sakit perut Ryu. Sebelum ni okey je, lepas makan masakan perempuan tu, terus sakit sampai rasa macam nak mati je. Mummy syak perempuan tu bubuh racun kat makanan tu!"
"Ya Allah mengucap Lena.Tak elok tuduh-tuduh macam tu!"
"Aku tak peduli!! Aku yakin aku sakit disebabkan perempuan tu!!"
Lana kerling Ryu. Sangat yakin yang Ryu takkan bela dia, sama seperti sebelum ini, hanya membiarkan Puan Sri menghina Lana sesuka hati.
Hi korang, maaf bebnyk sbb lma x updte si playboy ni hihi..Bz sngt smpi nk lawat rmh merah ni pun x smpt..Hrp korang x pernah putus asa dan bosan menunggu, Mandakz janji akan cuba berikn yg terbaik pd setiap cite Mandakz..Love n hug muaahh..
Share this novel
tq update gerammmm......ngan perangai seketul ryu ni.