“Are you ready?”
Lana memeriksa beg dan dokumen dalam fail sekali lagi. Setelah berpuas hati, dia mengangguk sambil tersenyum.
“Good! Sampai dekat airport nanti, Astica akan jemput kau dan uruskan segala-galanya termasuk tempat tinggal, kenderaan dan hospital untuk memantau tumbesaran si kecil tu. Bagi aku tempoh tiga bulan untuk uruskan perpindahan aku. Lepas tu, I’ll come and take care of you and the baby.” Fiona membantu menarik bagasi besar Lana menuju ke kereta Haraees.
“Thank you Fiona.” Hanya itu mampu Lana katakan, berulang-ulang ayat yang sama hingga naik muak agaknya Fiona mendengarnya.
Budi Fiona dan Haraees sudah terlalu banyak tak terkira, entah macamana Lana mahu membalasnya. Dia benar-benar bersyukur dipertemukan dengan manusia sebaik Fiona dan Haraees. Semuanya disebabkan oleh Aizaff Nafees. Kalau bukan lelaki itu yang menolongnya suatu ketika dahulu, tak mungkin dia akan bertemu dengan Fiona. Ada juga kebaikan Aizaff sebenarnya.
“Kau sudah hubungi orang tua kau bukan?”
“Dah. Aku kata aku dihantar bekerja di luar negara selama setahun dan mungkin lebih. Aku terpaksa tipu mereka, aku akan jelaskan perlahan-lahan nanti. Aku risau kalau aku terus ceritakan perkara yang sebenar, bapak aku datang menyerang Ryu. Nanti lain masalah pula yang timbul.”
Fiona angguk mengerti. Haraees hanya sengih senget. Faham benar dengan perangai pak Samad walaupun cuma sekali dua bertemu. Dalam diam, Haraees turut menyokong tindakan Lana. Boleh bergegar kota ni kalau bapak Lana tiba-tiba muncul dengan samurai berkilatnya itu.
Fiona yang melihat sengih senget yang tersungging di wajah super hot Haraees terus menghampiri lalu menyenggol lengan Haraees. Kepala dirapatkan ke telinga Haraees.
“Kau tak bagitahu lelaki durjana tu kan? Kau dah janji akan kunci mulut sampai hujung nafas. Jangan mungkir pula.” Haraees menjeling dengan wajah terpamer jengkel.
“I’m a man of his words…” Dengan suara tegas tertahan-tahan Haraees melontar suara. Geram benar dia dengan mulut jenis jalan terus takde brek-brek Fiona.
“Awas kalau si durjana tu tahu, tak lain tak bukan mesti dari kau.” Sebal, Haraees melangkah laju meninggalkan Fiona usai memasukkan semua bagasi ke dalam bonet kereta. Dia terus masuk ke perut kereta. Lebih baik tunggu di dalam dari dengar bebelan minah kepoh jenis kalau tutup mulut itu ertinya kiamat dah tiba.
Lana dan Fiona beriringan masuk ke dalam perut kereta. Mereka berdua duduk di bahagian penumpang belakang, membiarkan Haraees seorang di depan. Haraees hanya menjeling melalui cermin pandang belakang.
Sepanjang perjalanan, jenuh Lana melayan mulut Fiona yang tak henti-henti menasihati Lana supaya jaga makan, pastikan mengambil makanan bernutrisi, jaga kesihatan dan macam-macam lagilah. Dah namanya doktor kan, pasrah je Lana tadah telinga.
Setelah tiba di lapangan terbang, Haraees memarkir kereta. Kemudian, dia bergerak ke bahagian bonet dan mengeluarkan bagasi miliknya dan juga Lana. Haraees mengambil keputusan untuk pergi bersama Lana. Kebetulan dia juga punya urusan di syarikat induknya itu.
Di samping urusan rasmi, dapatlah juga dia membantu Lana untuk menyesuaikan diri di tempat baru tu nanti. Cadangan awal cuma seminggu kerana Haraees perlu beri perhatian lebih pada syarikatnya di sini yang mana ianya baru mulai bertapak.
Melihat kecekalan Lisa Alana, Haraees tahu yang gadis itu pasti dengan mudah mampu menyesuaikan diri nanti. Cuma yang merisaukan dia dan Fiona adalah Lana sekarang sedang berbadan dua. Sebab itu Fiona kelam kabut minta dipindahkan. Fionalah yang paling risaukan Lana.
Tidak lama kemudian, pengumuman mengarahkan semua penumpang ke balai berlepas kedengaran dari corong speaker. Bola mata Fiona mulai berkaca-kaca ketika menatap Lana. Lama mereka berpelukan.
“Jaga diri baik-baik tau. Apa-apa masalah just call aku atau Raees. Jangan berani nak hadap sorang-sorang. Ingat, kau ada aku Lana. Aku akan sentiasa ada untuk kau. Faham tak ni?” Lana angguk sambil kesat air mata.
“Everything is gonna be okay Lana. Time heals.” Lana angguk lagi. Sudah tak mampu bersuara lantaran rasa sebak yang teramat.
“Kau juga, jaga diri baik-baik Fiona.”
“Of courselah. Don’t worry about me Lana.” Berpelukan sekali lagi. Haraees yang kelihatan mulai bosan menunggu sengaja berdehem dengan kuat. Moga difahami maksud deheman tersebut.
“I’m gonna miss you and the baby.”
“Me too. Aku pasti kesunyian tanpa kau Fiona.” Sekali lagi, mereka berpelukan dengan erat. Haraees memutar bola mata. Wajah terpamer sebal.
“Dah! Tiga bulan lagi korang akan reunion balik. Tak perlulah nak drama sangat. Jom Lana, nanti terlewat pula.” Haraees terus atur langkah menuju ke balai berlepas. Kedua-dua belah tangan menarik bagasi milik dia dan bagasi milik Lana.
“Take care Lana!” Fiona menjerit sayu. Air mata mencurah jatuh ke pipi. Lana angguk sambil cuba mengejar langkah kaki Haraees.
Fiona beredar bila kelibat Haraees dan Lana sudah hilang dari pandangan. Lana meluruskan pandangan bila Fiona sudah tidak kelihatan. Haraees mendahului di depannya. Lana memperlajukan langkah kaki, tidak mahu terlalu jauh tertinggal. Tiba-tiba tangannya ditarik dari arah belakang.
“Wait!” Serentak Lana dan Haraees memalingkan wajah bila dengar suara tersebut. Terbeliak mata Haraees.
“Kau! Ma…macamana kau tahu?” Haraees terus bertanya kebingungan. Terkejut punya pasal sampai tergagap-gagap!
Lana merentap kasar tangannya dari cengkaman lelaki yang baru muncul itu. Melihat lelaki berwajah bidadara kayangan itu, darah terus menggelegak hingga naik berkumpul di wajah.
“Raees, give me a minute. I need to talk to her…please!” Tanpa menunggu persetujuan Haraees mahupun Lana, lelaki itu terus menarik Lana ke satu sudut.
Lana cuba melepaskan cengkaman lelaki itu. Dia tidak mahu bercakap dengan lelaki itu. Untuk apa? Semuanya sudah berakhir!
“Lana…please…” Lelaki itu merayu dengan suara hiba. Lana merenung tajam.
“We’re over Ryu Rozzan! So jangan sentuh aku!”
“Okay! But please…” Ryu Rozzan melepaskan tangan Lana lalu kedua belah tangan diangkat paras bahu.
“I need to talk to you Lana. All these are driving me crazy! I can’t breathe, I can’t sleep…I’m going insane Lana! I can’t hold it anymore.” Terketap rahang mendengar luahan Ryu. Kasihan? Tidak sama sekali. Dia benar-benar tidak boleh terima kata-kata itu.
Ryu Rozzan ni manusia jenis apa sebenarnya? Terang-terang maruah dia diperkotak-katikkan, sudah dihina kaw-kaw hingga dikata setaraf dengan perempuan murahan, tiba-tiba datang kata dah nak gila? So what? Gilalah! Who cares?!
“So? What do you want from this perempuan murahan yang terciduk curang dengan first love dia ni? What can I do for you Ryu Rozzan?”
Semakin mendung wajah Ryu Rozzan. Berkaca bola matanya ketika menatap Lana.
“I’m sorry Lana. Aku tahu kata maaf takkan mampu menghilangkan rasa sakit dan kecewa akibat dari kata-kata aku hari tu. Aku memang bodoh. Aku yakin yang aku akan mampu hadapi semua ini kerana kehilangan ingatan tentang kau. Tapi aku silap Lana! Tolong beri aku peluang kedua…”
Mudahnya jadi seorang Ryu Rozzan! Lana tergelak sinis. Lengan bersilang di dada. Bola mata mencerlung. Sakit hati hingga terasa kembang dada.
“Peluang kedua kau kata? Mudah bukan, buat silap then minta peluang kedua. Malangnya Ryu Rozzan, aku dah penat menderita.” Usai berkata, Lana pusing badan, mahu segera beredar. Laju lengannya dipaut oleh Ryu.
“Lana, please…I need you.” Lana menarik tangannya dengan kasar. Wajah mulai menyinga.
“Need me? Seriously Ryu Rozzan? You need me? Perempuan murahan macam aku? Why? Tak malu ke? Tak terkoyak ke ego tu nanti?”
“Lana…I need you. I want you and the baby. I’m so sorry Lisa Alana. Give me a chance, please Lana.”
“No, we’re over Ryu Rozzan! Accept it and move on.” Lana buka langkah, mahu cepat-cepat pergi tinggalkan Ryu Rozzan. Semakin berhadapan dengan Ryu, semakin muak rasanya.
“Wait Lana!” Ryu mengejar pantas lalu menyambar tangan Lana.
“I said don’t touch me Ryu Rozzan!” Berang, Lana merentap tangan sekuat hati. Marak menyala bola mata menatap Ryu. Kalau saja tak diingat mereka kini berada di kawasan sesak dengan manusia, pasti dia dah belasah Ryu Rozzan. Tak kisahlah kalau sampai bertarik rambut bagai, yang penting rasa marah dan bencinya pada lelaki itu dapat dilepaskan.
“Lana! I love you…”
DEG!
Bulat macam bulan mengambang penuh bola mata Lana bila Ryu membisikkan kata-kata keramat itu!
“Aku tak tahu sejak bila aku mulai jatuh cinta dengan kau Lana. Aku tak ingatpun siapa kau. Bila kau muncul di hospital, you’re just a stranger to me. Anehnya, aku mahu kau sentiasa ada di sisi aku. Rasa itu…kau buat aku selesa dan selamat Lana. You know the phrase ‘rumahku surgaku’…that’s you Lana. Aku mungkin pernah mencintai kau suatu waktu dulu dan rasa itu hilang bila aku kemalangan. Bila kau muncul kembali, aku jatuh cinta sekali lagi Lana. I guess whatever happened, I’ll always have a place for you in my heart because my heart belongs to you.”
Ryu merapat semula. Tak kisah biar berkali-kali ditolak oleh Lisa Alana. Bahu Lana dipaut.
“Lana…I can’t live without you. Please don’t go. I really need you and my baby…” Tangan Ryu turun lalu menyentuh lembut perut Lana.
“Needs me…” Akhiri Ryu sambil melekapkan dahi ke dahi Lana.
Buat seketika, masing-masing mendiamkan diri. Membiarkan mereka berkeadaan seperti itu. Hanya bila pengumuman terakhir supaya semua penumpang masuk ke balai berlepas dibuat, Lana angkat wajah dan merenung Ryu buat seketika.
“Be a man of his words Ryu Rozzan. Let me go and move on…”
“Lana!” Jemari Lana digenggam erat.
Lana melarikan bola mata. Tak mahu terusan menatap wajah sayu Ryu Rozzan. Wajah yang hampir mahu menangis, merenungnya penuh mengharap. Lana mahu teruskan melangkah, tetapi Ryu semakin mengeratkan genggaman, tidak mahu melepaskan Lana pergi.
“Let me go Ryu Rozzan!”
Ryu menggeleng laju. Genggaman makin dipereratkan.
“No Lisa Alana. I won’t let you go! Jangan paksa aku bertindak keji. Kuasa talak dan rujuk di tangan suami Lana.”
Naik turun nafas Lana mendengarnya. Bola mata tercerlung. Hati bagai dipulas-pulas saat itu.
“Jangan lakukan Ryu! Kau dah lafaz talak, just let me go!”
“No Lisa Alana! Aku takkan lepaskan kau! Aku tuntut kau kembali taat pada aku. Aku kembalikan isteri aku di dalam perkahwinan aku!”
Gelap gelita dunia Lana rasakan saat itu. Tak kisah dah keadaan sekeliling atau mata-mata yang sedang memerhati, Lana terduduk lemas lalu menangis tersedu-sedu.
Ryu Rozzan ikut duduk mencangkung di depan Lana. Tersayat hati melihat tangisan Lana, namun ia tidak mampu mengubah keputusannya. Kelebihan seorang lelaki ialah kuasa rujuk adalah hak mutlak suami sepanjang tempoh iddah. Mahu tidak mahu, isteri kena akur dan kembali taat pada suami.
“Kau adalah isteri aku Lisa Alana, dahulu…kini dan selamanya! Aku takkan lepaskan kau kerana hati aku…jiwa aku kosong bila kau tiada di sisi aku. Maafkan abang sayang. Abang janji abang akan jaga dan cuba sedaya upaya untuk bahagiakan sayang. Just give me a chance to do that.” Air mata yang membasahi pipi Lana diseka perlahan oleh Ryu Rozzan. Lana memaling wajah, hati benar-benar sakit hingga tak rela disentuh oleh Ryu.
“Kau kejam Ryu Rozzan…” Lana bersuara dalam tangisan. Ryu geleng kepala.
“Yes, aku kejam kerana cinta. This love is driving me insane.” Jawab Ryu tegas namun sayu kedengaran nada suaranya. Lana tak perlu tahu bertapa hancurnya hati saat melihat Lana dalam pelukan lelaki lain dalam keadaan aurat terdedah. Separuh jiwa pergi saat talak dilafazkan, hampir gila melalui hari-hari seterusnya tanpa Lisa Alana di sisi.
“I really really really hate you Ryu Rozzan!” Seraya jeritan terlontar, tubuh Ryu ditolak sekuat hati. Ryu rebah, hampir terlentang di atas lantai.
Lana bingkas berdiri, air mata dikesat kasar kerana pandangan semakin kabur. Hampir berlari anak Lana tinggalkan tempat tersebut.
“Lisa Alana!” Ryu jerit sekuat hati.
“I forbidden you…”
“Shut up Ryu Rozzan! Give her some time you idiot! Dia tengah mengandung!”
Haraees yang sedari tadi hanya diam memerhati tiba-tiba menjerkah keras. Terdiam terus Ryu Rozzan dibuatnya. Lana menghampiri Haraees.
“Bawa aku pergi dari sini… please!” Tak tunggu lama, Haraees menarik lengan Lana masuk ke balai berlepas.
“Lana!!!” Jeritan Ryu dibiarkan sepi. Lana langsung tak menoleh, dia benar-benar tidak dapat terima semua yang berlaku. Ianya terlalu mendadak!
“Are you okay?” Haraees tanya pula soalan bonus ketika mereka sudah berada di atas awan biru.
Lana menyandarkan kepala di penyandar lalu menutup mata rapat-rapat.
“Tak okay…this is the worst Raees. I hope it’s only a dream. I need to sleep. When I wake up, I hope everything will be back to normal. Back to where I haven’t met Ryu Rozzan yet.” Lana bergumam perlahan namun jelas di pendengaran Haraees.
“Really?” Kening yang terbentuk cantik dan kemas milik Haraees hampir bercantum.
“That includes me right? Without Ryu, means I’m out too.” Getus Haraees dalam nada kesal.
“No Raees, I hope I meet you first…not Aizaff, not Ryu! I might never shed tears if I met you first.”
Haraees terdiam. Hanya deheman halus kedengaran. Terus meluruskan pandangan sambil gosok belakang tengkuk penuh canggung. Bergetar jiwa raga, sayangnya si dia milik orang!
Suasana mulai sepi. Hanya sekali sekala terasa gegaran dalam pesawat akibat pergerakan atmosfera yang tidak teratur. Kebanyakan penumpang memilih untuk tidur, tidak kurang juga yang sibuk menghadap laptop atau tab, mungkin mencari hiburan ataupun sedang bekerja.
“Lana…wake up my baby boo. kita dah sampai.”
Lana menggeliat kecil. Seluruh badan terasa lenguh kerana tertidur dalam keadaan badan meneleng ke sisi. Berkali-kali juga orang di sebelah memperbetulkan kedudukan tubuh Lana, namun hanya sekejap tubuh itu perlahan menyendeng ke sisi semula.
“Urghhh…” Sambil menggeliat, Lana terpisat-pisat bangun lalu menguap dengan ngangaan yang hampir mengoyakkan mulut. Tak reti nak tutup mulut langsung!
“Sayang...tak sopan tau.” Mulut Lana tiba-tiba ditekap dengan sebuah tapak tangan. Terbeliak terus bola mata Lana kerana terperanjat.
Sayang?
Kepala terus meneleng ke sebelah. Hampir terhenti degupan jantung bila bola mata bertaut dengan jejaka di sebelah.
“A…Aizaff!”
“Helo…of course it’s me. Asal tengok aku macam aku ni nak culik kau?” Aizaff mengibas tangan di depan wajah Lana. Tak berkelip mata Lana merenung Aizaff Nafees.
“W…what happened?” Gumam Lana perlahan. Aizaff terus menggeleng kepala.
“Seronok tidur dalam pesawat sampai hilang ingatan ek sayang I ni?” Pipi Lana dicuit manja.
“Tak ingat? Family kita dah tunggu kat kampung sayang. Esok adalah hari pertunangan kita. Nervous sangat ke sampai terlupa?”
Lana telan air liur. Seriously? Bola mata terkelip-kelip. Bingung-bingung merenung Aizaff Nafees yang sedang merapikan rambut kusut Lana menggunakan jemarinya.
Ada yg marah? kikiki
Share this novel
hahahaaaaaaaaaaa...what's is going on...sampai melatah akak