BAB 29

Humor Completed 411630

Ryu Rozzan bingkas bangun lalu memperbetulkan kedudukan joggers yang terlondeh hingga separuh punggung. Baju T putih yang tersadai di penyandar sofa ditarik lalu dipakai. Kemudian, kunci kereta diambil di penyangkut kunci.

“Gastrik tu, mummy lewat makan tadi kan?” Nada suara kedengaran tenang, setenang kaki melangkah.

“Sayang, bersiaplah. Kita hantar mummy..” Kepala dipusing ke arah Lana yang masih diam tak berkutik di atas katil.

“Ehh!! Nak bawa perempuan tu buat apa?!! Nak bagi aku mati cepat ke?!! Tak payah!! Pasal perempuan tu aku sakit tau tak?”

“Mummy, kalau masakan isteri Ryu tu diletak sesuatu, asal Ryu dan papa takde apa-apa? Dahlah mummy, tak baik fitnah isteri Ryu..Kalau mummy takut sangat, lepas ni Ryu upah tukang masak khas untuk mummy, macam kat restoran..Mum tinggal order je..Macam?”

Hampir tersembur gelak Lana, tak sangka sungguh Ryu akan jawab macam tu dekat ibu dia. Tan Sri Danial tak mampu tahan gelak, berdekah-dekah tawanya. Puan Sri tarik wajah, masam mencuka!

“Hah..Kalau itu papa setuju sangat Ryu. Ringan sikit kerja menantu papa, tak perlu layan sangat songeh mummy tu..Layan papa dan Ryu je kih kih..Papa suka betul masakan Lana, memang terbaik!” Simbol tangan ‘the best’ ditunjukkan pada Lana. Senyum simpul Lana melihatnya.

Terubat sikit rajuk hati hadap perangai Puan Sri melihat gelagat Tan Sri yang sering kali menyebelahi dia.

“Kan..Papa tak rasa lagi masakan mak mertua Ryu…Nasi goreng je pun mau licin seperiuk nasi..Memang sedap papa, takkan jumpa kat mana-mana restoran.”

Bersinar-sinar bola mata Tan Sri menatap Ryu. Terus terbayang-bayang masakan tersebut dalam layar minda. Glup! Air liur ditelan.

“Apa nama kampung Lana?” Bola mata berpindah, mencari sepasang mata Lana.

Lana terpempan sekejap.

“ADUHH!!!” Jeritan nyaring Puan Sri terus membantutkan niat Lana mahu menjawab pertanyaan Tan Sri.

Ryu lebih dulu meluru mendapatkan ibu. Wajah tepampang panik.

“Mum!! Sakit dekat mana?” Terus bertanya dengan cemas.

“Mummy dah hampir mampus korang anak-beranak pula sibuk dengan perempuan tu?!! Siapa lebih penting?! Mummy ke perempuan tu?!” Dah nak mula dah Puan Sri dengan drama tak habis-habis dia tu!

“Mummy boleh jalan tak? Jom ke hospital.” Ryu cuba memujuk, bila melihat ibu terasa hati dengan kelakuan dia dan papa.

Puan Sri mendepa ke arah Ryu, sebagai tanda mahu dipapah oleh anak kesayangannya. Ryu hanya menurut tanpa bantahan, membantu ibu bangun dan bergerak menuju ke tingkat bawah.

“Abang, ikut dekat belakang. Jangan mengada nak tinggal!” Sempat lagi berpaling, memberi arahan pada Tan Sri Danial.

“Eh?! Takkan nak tinggalkan Lana sorang malam-malam buta macam ni? Bahaya tau! Lana, cepat bersiap. Ikut je ke hospital. Bahaya Lana sorang-sorang kat sini.” Tan Sri meluahkan rasa tak puas hati, tergeleng kepala melihat perangai sang isteri. Anak lelakinya tu pun satu hal, ikut je kemahuan mummy dia tu!

“Eh, takpe papa..Lana dah biasa sorang-sorang..” Tersentak bila bola mata Tan Sri menatap dia dengan penuh curiga. Alamak! Terlepas cakap ke?

“Ryu tu..Selalu tinggalkan Lana sorang-sorang kat rumah ni ke?” Nada suara penuh musykil, wajah mulai timbul kerutan.

Lana cuba beriak setenang mungkin, walaupun mulai dilanda rasa cemas. Dalam hati mengutuk keterlanjuran diri sendiri.

“Tak, bukan macam tu papa. Maksud Lana time Lana masih bujang. Sekarang ni taklah, Ryu layan Lana dengan baik papa..” Ah, mujur sel-sel otak berhubung dengan baik.

“Bujang tu lain, semua kena urus sendiri. Sekarang ni Lana dah jadi tanggungjawab Ryu. Maafkan papa ya kalau apa yang papa cakap ni tak betul, tapi Lana kena bertegas sikit. Mummy tu payah orangnya, banyak sangat drama tapi hati dia baik. Kena lagi Ryu ni jenis turutkan je. Papa bukan nak ajar Lana melawan tau, jangan salah sangka dengan papa ya. Maksud papa sesekali tegur kesilapan Ryu tu, jangan biarkan. Tengoklah papa, terlalu manjakan mummy tu. Sekarang papa sendiri dah tak mampu dah nak tegur.”

Terharu sangat! Macam nak peluk papa Ryu sambil nangis-nangis. Ni baru namanya orang tua yang lebih dulu makan garam macam selalu bapak cakap usai ceramah panjang lebar pada Lana adik-beradik dulu-dulu.

“Papa!! Dah siap ke? Mummy dah bising kat kereta tu.” Ryu tiba-tiba muncul semula di muka pintu.

Lana dan Tan Sri saling berbalas pandangan.

“Lana macamana Ryu? Kau nak tinggalkan sorang-sorang ke?” Protes Tan Sri.

“Taklah, cepat siap sayang. Papa tu, turunlah dulu temankan mummy. Takkan Ryu sorang je kena hadap mulut pot pet mummy tu..”

Amboi!! Cemberut terus wajah Tan Sri.

“Yela, jangan lambat tau..Nanti papa pula kena serangan jantung!” Menonong Tan Sri Danial berlalu dengan wajah monyok.

Ryu mengalih mata ke arah Lana yang masih tak bergerak di atas katil.

“Cepatlah sayang..” Desak Ryu sambil beri renungan tajam. Mengecil bola mata bila lihat Lana geleng kepala.

“Tak nak..Mummy dah cakap tadi kan? Lana okay je tinggal sorang, selama ni bukan abang pernah temankan pun. Tak payahlah nak tunjuk sangat kita pasangan…”

“Lisa Alana, get your butt out of the bed now or I’ll take off all your clothes!!”

Automatik badan lurus menegak lalu kedua belah kaki diturunkan ke bawah katil. Langkah dibuka besar-besar, siap hentak-hentak kaki menuju ke cermin, merapikan diri sebentar sebelum berpaling dan menapak laju menuju ke pintu. Melintas di depan Ryu tanpa memandang langsung lelaki itu. Sakit hati hanya Tuhan yang tahu!

“Sayang!” Ryu terus mengejar.

Hampir tergelak melihat bibir Lana muncung berdepa-depa. Macam mulut itik!

“Sayang, janganlah macam ni. Niat abang baik, bukan nak menunjuk-nunjuk depan keluarga.”

Eyalah tu, hati mengutuk! Selama ni ada Ryu kisah? Malahan sampai dia sakit akibat terkurung di luar hari tu, takde pulak Ryu nak menyibuk tunjukkan niat baik dia tu kan! Kenapa sibuk nak tunjuk sekarang? Semakin terbakar pula bila difikirkan!

“Sayang!” Jemari Lana disambar bila Lana terus melangkah, tak peduli langsung dengan Ryu yang sedang berusaha memujuk.

“Abang minta maaf sangat-sangat dengan sikap mummy pada sayang. Beri mummy masa untuk menerima semua ini, bolehkan? Abang tahu sayang terluka dengan kata-kata mummy. Abang harap sangat-sangat yang sayang mampu bertahan untuk sedikit masa..Demi abang, demi perkahwinan kita..Please..”

Langkah terhenti. Sebuah keluhan terlepas dari bibir Lana. Wajah dipaling untuk memandang Ryu.

“Sukar bukan?” Pendek je soalan diajukan.

Ryu angguk lalu mengenggam jemari Lana. Mata redup merenung Lana.

“Jadi..Mengapa mahu teruskan kepura-puraan yang nampak terlalu berat sebelah? Mak Lana layan abang dengan baik kan? Bapak pula sangat sayangkan abang. Bagaimana dengan keluarga abang? Adilkah pada Lana? Abang mungkin tak rasa apa-apa, tapi Lana hari-hari akan makan hati abang. Kalau abang nak kekalkan juga perkahwinan ini, abang kena bertegas, bela isteri abang ni bila dImarahi atas tuduhan tak masuk akal. Jangan diam dan biarkan Lana abang..Lana…Lana juga punya hati, tahu apa itu sakit. Abang fikirlah, macamana Lana nak bertahan kalau hari-hari macam ni?” Segala isi hati Lana keluarkan, biar Ryu tahu.

Bukan bermaksud mahu mengeruhkan keadaan, tapi lebih kepada mahu Ryu mengambil kira perasaan dia selain dari sibuk nak jaga hati Puan Sri. Dia juga berhak untuk dijaga hati dan perasaan bukan?

“Mummy memang macam tu sayang. Bukan tak ditegur, dah jenuh dah papa dan abang tegur, tak makan saman. Macam nilah sayang, bertahan dulu dengan mulut bisa mummy.. Mereka takkan lama kat sini, kejap lagi baliklah tu. Lepas ni abang janji akan upah maid khas untuk layan mummy tu. Sayang tak perlu dah nak hadap mummy setiap hari.”

Lana diam seketika, berfikir! Melihat karakter Puan Sri, berapa lama agaknya maid yang bakal diupah itu bertahan? Urgh! Rasanya tiada seorangpun yang tahan hadap Puan Sri!

“Dahlah sayang, papa dan mummy dah tunggu kat kereta tu.” Bola mata bergolek laju memerhati Lana dari atas ke bawah.

“Sayang dah siap ke? Pakai macam ni je?” Dahi berkerut sedikit!

Lana tunduk memerhati pakaian yang dikata pakaian naik gunung oleh Ryu. Bibir bawah digigit perlahan.

“Taklah, Lana nak tukar ke evening gown. Kita ke hospital kan? Kot-kot dapat jumpa Dr Aizaff..”

Berubah terus wajah Ryu Rozzan. Terketap rahang bila hati terasa seperti dipanggang-panggang. Jeles ke tu Ryu? Ahh..Tak baik!

Pakk!!

“Aduh!” Terjerit kecil Lana bila dahi dijentik dengan jari Ryu. Tak sakit pun, tapi terperanjat!

“Amboi! Gatal ya!”

Lana gosok dahi. Bibir terherot tinggi.

“Mana ada! Hishh..Dahlah!” Lana pusing badan dan terus buka langkah. Malas nak layan, bergurau pun takleh!

Ryu mengejar dengan pantas.

“Lisa Alana! Kau jangan cakap pasal lelaki tu depan aku boleh tak?! Buat hilang mood betul tau!”

“Oh..Abang boleh cakap pasal perempuan lain tapi Lana tak boleh ya? Why? Abang cintakan Lana ke?”

Glup!

Tertelan sedas air liur! Soalan yang mencabar minda, menusuk tembus sampai ke tulang sum sum..fuh! Renungan tajam menusuk kalbu Lisa Alana tambah membuat jiwa kacau bilau.

“Tak kan? So why banyak bunyi? Suatu hari, bila semua ini berakhir Lana juga kena cari kebahagiaan sendiri kan?”

Ryu pegang dada. Wahh..Mengapa kat situ terasa pedih menyucuk-nyucuk? Termangu sebentar untuk mencari jawapan. Tersedar bila Lana sudah menapak di anak tangga terakhir. Ryu bergegas mengejar.

“Lana!!”

Malangnya Lana langsung tak berhenti. Menyebalkan betul perangai minah ni tau! Sabar jelaa..

Sebaik saja pemegang pintu kereta di bahagian belakang pemandu Lana tarik, tersembul wajah masam mencuka Puan Sri, dengan bola mata marak menyala merenung tajam pada Lana.

Terpaku sekejap sekujur tubuh Lana, tidak jadi masuk ke dalam perut kereta. Serius? Dia akan duduk bersebelahan dengan Puan Sri? Adoi! Ini menempah bala namanya..

“Mengapa perempuan ni ikut Ryu? Mummy dah kata tadi kan, kau pekak ke? Hey perempuan!! Sedar diri kau tu, jangan nak memacat dekat aku..Kau tak layak duduk sebumbung apalagi dalam satu kereta dengan aku!! Shushhh!!!” Seraya berkata, pintu. ditarik kasar oleh Puan Sri.

“Mummy!” Pantas tangan Ryu menahan pintu dari tertutup rapat.

“Apa mummy cakap ni? Lana isteri Ryu! Ya Allah mummy..Jangan riak dengan kesenangan dan wang ringgit sampai memandang rendah pada orang lain. Apa yang membezakan mummy dengan Lana? Mummy berdarah emas? Menangis air mata berlian permata? Sudah-sudahlah mummy, kalau mummy tak sudi, takpe..Biar papa bawa mummy. Ryu dan Lana guna kereta lain!” Usai berkata, pintu ditutup kasar. Terbelalak sepasang mata Puan Sri! Menggeletar bibir menahan rasa marah.

“Lena..Lena…Jangan sampai Ryu bawa diri dan langsung tak nak muncul depan kita semula sampai roh meninggalkan jasad kita. Kau tak jera-jera lagi ke? Ni..Mengapa Ryu pilih untuk buka cawangan dekat sini? Pasal tak tahan dengan perangai kau tula!” Tan Sri Danial menyampuk di sebelah tempat duduk pemandu, kepala tergeleng kesal melihat perangai isteri yang tak berubah langsung, itu-itu je!

“Ryu Rozzan!! Berani kau menjawab mummy sekarang?!!” Tak puas hati, Puan Sri Helena meluru keluar dari perut kereta.

“Lena!! Dahlah tu!!” Tan Sri Danial yang kelihatan tersentak melihat juga buru-buru keluar lalu mengejar Puan Sri, mahu menghalang wanita itu dari mengejar Ryu.

“Ryu!! Selama ni kau tak pernah tau nak kurang ajar dengan mummy. Apa yang perempuan tu dah buat dekat kau sayang? Kau melawan wanita yang bertarung nyawa demi untuk kau melihat dunia hanya kerana perempuan itu?”

Langkah Ryu terhenti. Badan dipusing menghadap Puan Sri.

“Ryu bukan melawan mummy, Ryu cuma menegur sikap mummy yang semakin hari semakin keterlaluan. Dahlah, mummy tak sihat kan? Masuk dalam kereta, biar papa drive. Ryu akan kejar di belakang.” Tak mahu perbalahan dipanjangkan, Ryu mengalah. Nada suara mengendur.

“Mummy nak Ryu hantarkan mummy!!” Malangnya Puan Sri tetap dengan kemahuannya.

“Lena..Tak kisahlah siapapun yang hantarkan..Yang penting kita ke hospital dulu kan? Cepat masuk kereta, biar abang je hantarkan. Ke dah sihat?” Tan Sri yang sudah menghampiri mereka berdua menyampuk laju.

“Abang jangan masuk campur!!” Dibentaknya Tan Sri dengan suara nyaring.

Lana hanya diam. Menonton drama keluarga kayangan itu dengan rasa jengkel. Bukan main bertenaga pula Puan Sri, agaknya tadi tu yang siap buat muka hampir nak mampus menahan sakit cuma lakonan semata-mata tak? Memang licik betul!

Agak-agak bila nak siap drama tak semenggah ni? Lana mengeluh dalam hati. Dahlah dia kena kerja esok. Ryu datang lalu mengenggam tangan Lana. Wajah dirapatkan ke cuping telinga Lana.

“Maaf sayang, jangan ambil hati dengan kata-kata mummy tadi tu.. Doakan mummy cepat sembuh.”

Pantas kepala diteleng, memandang tidak mengerti pada Ryu. Malangnya belum sempat menyoal, Ryu sudah menarik tangan Lana untuk beredar.

“Ryuu!!! Berhenti!!” Puan Sri mengejar laju. Semakin terbakar melihat anak yang selama ini ditatang bagai minyak penuh, selama ini selalu menurut kata-katamya.. Tiba-tiba berubah! Sudah mulai berpaling membelakanginya, sudah mulai berani menjawab. Dada mulai sesak dan terasa mengembang.

Lana menoleh bila dengar jeritan Puan Sri. Hati dipagut simpati bila lihat riak wajah Puan Sri. Argh!! Rasa serba salah mulai menerpa. Jemari yang berada dalam genggaman Ryu ditarik menjauh. Langkah kaki juga dihentikan. Ryu menoleh, memandang Lana tidak mengerti.

“Abang..Bukan begini caranya…” Lana bersuara lembut sebelum berpaling menghadap Puan Sri. Ryu terpaku, memandang tanpa bersuara.

“Kau…Kau memang perempuan keji!! Apa yang kau dah buat dengan anak aku hah?!! Ryu bukan begini sebelum ini..” Bola mata marak, dipenuhi rasa benci yang teramat ketika merenung Lana.

Hati, bila sudah dikuasai rasa benci, semua jadi hodoh dan tak ingin dilihat apatah lagi muncul depan mata. Bila itu terjadi, pasti ingin dihapuskan, dihancurkan.. Dimusnahkan!

“Perempuan tak guna!!” Ya, tindakan Puan Sri itu sebenarnya sudah diduga oleh Lana.

Dia sudah bersedia dari awal. Tangan Puan Sri yang terangkat tinggi di udara sebelum dilayangkan menuju ke wajah Lana ditangkap pantas. Terperanjat Puan Sri kerana tindakan pantas Lana. Tak sangka serangan dia kali ini berjaya ditepis, celaka betul!

“Kau!! Lepaskan!! Jangan sentuh aku!!” Berusaha menarik tangan dari cengkaman Lana. Mencerlung bola mata, menikam bola mata Lana dengan pandangan penuh jijik!

Lana melakar senyum semanis madu, cengkaman dilepaskan bila Puan Sri mulai meronta kasar.

“Puan Sri, macam Puan Sri.. Lana juga tak suka orang lain suka-suka nak sentuh wajah Lana. Tenang Puan Sri, marah-marah macam ni tak elok untuk jantung tau. Lana ada penyelesaian. Tak perlu ke hospital pun, habis cerita.”

“Ah, tu niat jahat kau kan? Nak biarkan aku mampus di rumah ini?!! Kau memang perempuan keji!”

Lana masih mampu tersenyum, malah senyuman semakin dilebarkan.

“Taklah, Puan Sri kan ibu Lana jugak… Takkanlah Lana sampai hati nak biarkan perkara tu terjadi kan. Lana selalu doa yang baik-baik tau untuk Puan Sri. Nak tau apa Lana doakan tak?”

“Urgh! Tak payahh!! Aku tak perlukan doa dari manusia macam kau!” Amboi..Sombongnya datin kayangan ni..

“Baiklah kalau macam tu, Lana akan berhenti berdoa buat Puan Sri, Lana doakan mak dan bapak Lana dekat kampung tu jelaa kan.” Sinis!

Puan Sri Helena mengetap rahang. Memang kurang ajar perempuan ni! Dia punya melawan stail makan dalam! Cis, bedebah! Hati mati-mati menyumpah..

“Jap ya Puan Sri..Kita tak perlu ke hospital sebenarnya, Lana punya teman, seorang doktor. Lana boleh panggil dia datang dan periksa Puan Sri..Lagipun, takde kejadian kalau asyik bertelagah macam ni, sampai pagi pun benda takkan settle.. Puan Sri kan tengah sakit, sakit bahagian dalaman ni jangan dibuat main, bahaya Puan Sri. Kena dapatkan rawatan segera, kalau tak takut merosakkan organ dalaman yang berdekatan pula. Tak gitu?”

Terpukul hingga hilang kosa kata dibuatnya! Makin marak menyala sepasang bola mata Puan Sri.

“Hah..Betullah tu..Papa setuju Lana! Sayang, jom masuk dalam dulu. Sejuk dekat luar ni, nanti penyakit lain pula timbul!” Tan Sri datang menyelamatkan keadaan. Terus diheretnya tangan Puan Sri untuk masuk ke dalam rumah.

Lana sedang bercakap dalam telefon ketika Ryu menghampiri. Dicuit kasar bahu Lana. Lana sedar je kehadiran Ryu di situ, cuma dia masih sibuk berbual dalam telefon jadi dibiarkan sahaja, sedikitpun tak menoleh.

“Okay Zaff, aku masih dekat luar rumah ni. Aku tunggu kau sampai. Okay, bye!” panggilan ditamatkan.

“Kenapa perlu Aizaff Nafees Lisa Alana?!!” Okay, suara dah seperti bunyi guruh membelah langit, mujur tak berserta kilat yang membawa bersama api yang memusnahkan tempat yang dipanah.

Lana memusing badan, meghadap Ryu yang sedang merenungnya dengan mata serigala.

“Aizaff tinggal berdekatan, kat sana tu je, sebelah kawasan perumahan ni. Dia on the way balik, kejap lagi sampailah tu.” Lana sengaja tak menjawab soalan Ryu kerana dia rasakan tak penting pun, yang penting baginya Puan Sri perlu diberi rawatan dahulu.

Bola mata beralih ke arah jalan raya. Aizaff kata tadi dia dah masuk ke kawasan perumahan, mungkin bila-bila masa akan sampai. Tiba-tiba bahu Lana ditarik kuat oleh Ryu.

“Apa ni Ryu Rozzan?!!” Lana mulai memanas, macam tak sakit je dibuat begitu! Belum lagi hal terperanjat, boleh kejung kena heart attack tau!

“Kau jawab aku sekarang Lana! Mengapa mesti Aizaff Nafees? Dah takde doktor lain ke yang boleh dihubungi selain lelaki itu hah?!”

“Sebab Aizaff doktor terbaik yang aku kenal Ryu!! Aku cuma nak menolong, korang anak beranak asyik gaduh tak habis-habis! Mummy perlukan rawatan segera kalau benar dia sakit Ryu, dia penghidap sakit jantung, kau faham tak?”

Ryu terpaku! Hanya rahang bergerak-gerak. Nafas semakin laju dan kasar. Lana buang muka, jengkel dengan sikap dua beranak tu!

“Lanaa!!” Lana dan Ryu serentak menoleh ke arah luar pagar.

Aizaff melambai. Sebelah tangan lagi menjinjing sebuah beg hitam berbentuk kotak.

“Lana!” Ryu berbisik keras bila melihat Lana mula buka langkah laju-laju menuju ke arah Aizaff.

Bengkak bernanah hati melihat Lana langsung tak mengendahkan dia. Jemari terkepal erat. Bertambah sakit hati melihat Lana memberikan senyuman paling manis pada Aizaff. Arghhh!!!

“So, macamana keadaan ibu Ryu?” Aizaff terus bertanya bila Lana sudah berdiri di depan lalu membuka kunci pagar.

“Masuklah dulu Zaff, mereka dekat dalam tu. Tadi mummy Ryu mengadu sakit perut.”

“Salah makan kot!”

Kembang lubang telinga Lana mendengar jawapan Aizaff. Hati mulai ragu. Dia masak dengan ikhlas tau, takde pulak dia menyumpah-nyumpah semasa masak tadi..Aduh! Betulkah kerana masakan dia?

Aizaff melintas depan Ryu tanpa pamitan, diikuti oleh Lana di belakang. Lana sempat menjeling Ryu, menyuruh Ryu masuk ke dalam menggunakan isyarat bola mata.

Ryu masih berkeras di situ. Hanya bola mata mencerlung menyoroti dua tubuh yang mulai masuk ke dalam perut banglo mewah itu. Sakit!! Terasa ada benda tajam menyucuk-nyucuk di dada!! Ryu tunduk, merenung dada sendiri. Naik turun dengan laju, seperti sedang dilanda ombak ganas! Dah kenapa jadi macam ni?

“Ryu!” Satu suara lunak dan manja menyergah dari arah luar pagar.

Ryu mengeluh perlahan. Kepala dipusingkan. Mengecil bola mata melihat Aileen Qarlisa berjalan menghampiri dengan lenggok gaya seperti sedang berjalan di atas pentas. Terliuk ke kiri dan ke kanan tubuh langsing gadis itu. Aduhh… Bala lagi!

“Mummy call Lisa tadi. Mengadu sakit dan ajak Lisa datang temankan. Mana mummy Ryu?”

Mummy..mummy..Tak habis-habis nak menyusahkan orang! Ryu hanya mampu mengeluh dalam hati. Semakin muak rasanya nak hadap semua ini! Tak sempat menghalang, Aileen Qarlisa memaut manja lengan Ryu lantas menariknya masuk.

Ryu dh terbakar tue kikiki

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience