Lana berlari keluar, cuba mengejar figura yang dia yakin seratus peratus adalah orang yang sangat dia kenali! Tak mungkin silap..Sejak kecil itulah teman sepermainan, sentiasa bersama hinggalah tamat persekolahan. Dari hujung rambut ke hujung kaki, semua maklumat terperinci tentang lelaki itu tersimpan rapi di kotak memori.
Malangnya...puas dicari namun tidak ditemui. Lana bergegas ke kereta. Teringat hotel di mana lelaki itu menginap, kereta dipandu pada kelajuan maksimum. Bukan tidak ditelefon, berulang kali, hanya dibiarkan sepi! Sampai hati kau Aizaff Nafees, dia macamana sibuk sekalipun kalau panggilan dari orang tersayang, macam lipas kudung disambut!
Betulkah Aizaff sudah berubah?
Lana cepat-cepat geleng sambil kesat air mata. Tak mungkin! Aizaff Nafees cintakan dia, Lisa Alana! Cinta sejati yang membenih dan tersemai subur sejak kecil, mustahil lah berubah sekelip mata kan? Hati yang mulai membengkak dipujuk-pujuk.
Sampai di depan hotel, Lana memarkirkan kereta lantas meluru ke lift lobi. Tak pandang kiri kanan dah! Sampai je tingkat yang dituju, Lana orak langkah besar-besar menuju ke bilik yang dihuni oleh Aizaff. Punat lonceng ditekan beberapa kali.
Hampir lima minit menunggu, baru kedengaran bunyi lock dilepaskan. Lana mengoyakkan senyum, gembira bukan kepalang! Aizaff Nafees ada je, tak ke mana-mana. Mungkin dia cuma salah tengok, kalau betul pun mungkin mereka cuma rakan sekerja, kebetulan makan bersama kemudian balik asing-asing. Lana cuba berfikiran positif.
Lana hampir pengsan sebaik sahaja daun pintu dikuak dari dalam. Satu kepala menjegil di muka pintu.
“K..Kau siapa?” Pantas Lana bertanya. Jiwa mulai bergelora. Gadis yang hanya berkemban itu terpinga-pinga. Turut terkejut disergah tiba-tiba.
Tak tunggu lama, Lana menyerbu masuk. Terundur gadis itu bila dilanggar kasar oleh Lana.
“Hey!! Kau siapa hah?!!” Gadis itu menjerit marah. Terus dikejar Lana yang sudah beberapa langkah di hadapan.
“Sayang..Siapa tu?”
Langkah kaki Lana terhenti serta merta. Menggigil satu badan bila dengar suara maskulin dari arah bilik. Mata mulai berkaca-kaca. Kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri. Resah dan takut hingga hampir tidak dapat bernafas.
Berkerut dahi Lana bila bola mata bertembung dengan bola mata seseorang, juga tidak berbaju. Hanya punggung dililit dengan sehelai tuala berwarna putih.
“Kau siapa?” Tanya lelaki itu hairan, wajah jelas terpamer rasa kurang senang, mungkin terganggu aktiviti atas ranjang kot!
Lana terus meleretkan senyuman paling manis dengan harapan lelaki itu bisa digula-gulakan biar overdose sampai kencing manis. Wajah lelaki itu semakin menegang, marak berapi bola matanya merenung Lana.
“Kau siapa hah? Tetiba menceroboh masuk bilik orang macam ni? Aku akan saman kau!!”
“Ehh sabar Encik! Gini..Saya ni kerja di bahagian kawalan binatang dan serangga perosak. Syarikat saya dapat laporan bahawa bilik ni ada tikus. Tu pasal saya datang membuat pemeriksaan.”
“Abangg!!” Pantas je gadis berkemban itu menerpa lalu memeluk lengan lelaki itu. Wajah keduanya bertukar jadi pucat lesi.
Maaf!! Lana terpaksa huhu..Silap sendiri, tergopoh gapah sampai lupa cek di kaunter receptionist tadi!
“Encik ke yang call syarikat saya tadi?”
“Eh takde, saya dan isteri baru je check in tengah hari tadi.”
“Oh, maaf! Saya keluar buat panggilan dulu, mungkin tersilap bilik.”
Mampus!! Lisa Alana benar-benar cari masalah!! Yang siap fitnah hotel five stars tu dah kenapa? Adehh.. Macamana sekarang? Arghh!!
“Adui…Maaf ya, bangunan sebelah sebenarnya! Tak logik pula hotel terkemuka macam ni ada tikus kan? Maaf sangat-sangat..Salahkan telefon murah ni, dahlah speaker tak cun, kekadang tu boleh dengar suara makhluk dari Marikh..Sowryyy!!”
Terus terkocoh-kocoh Lisa Alana melarikan diri. Tak berani toleh ke belakang lagi. Sempat telinga mendengar dentuman daun pintu dihempas kuat. Marah sangat ler tu, gantung kali haha..
Sepanjang perjalanan, berkali-kali Lana cuba menelefon Aizaff, namun seperti kebiasaan, panggilan Lana tak disambut. Ke mana menghilang kekasih hatinya itu? Dah balik ke Sarawak ke? Sampai hati kau Zaff! Dahlah check out tak bagitahu, takkan time nak balik Sarawak pun pergi begitu saja, tak sudi langsung nak call bagitahu apatah lagi nak jumpa.
Lana sudah tidak mampu menahan rasa sedih. Sampai di luar bangunan, Lana terus duduk berteleku lalu menangis teresak-esak. Langsung tak dipedulikan orang yang lalu lalang. Persetan dengan jelingan dan pandangan mengejek dan menghina yang diterima.
Mereka tidak berada di tempat Lana, tidak mampu rasa bertapa hancurnya hati Lana ketika itu. Sakit yang teramat hingga dada terasa mengembang, hanya tunggu masa untuk meletup! Tegang hingga sukar mahu bernafas. Lana tumbuk-tumbuk dadanya, mahu mengurangkan rasa sakit yang dirasai..
Malangnya, sakit yang dirasai bukan dari fizikalnya..Tumbuklah sampai pecah sekalipun, rasa sakit itu tetap takkan hilang! Dalam kekaburan kerana mata dipenuhi air mata, mata menangkap kelibat seseorang yang tiba-tiba duduk mencangkung di depan Lana.
“Who made my woman shed tears?”
Lana cepat-cepat paling muka sambil melap laju air mata yang membasahi wajah. Lelaki ni…Macamana boleh tiba-tiba muncul di depan Lana? Magik betul!
“Go awal Ryu Rozzan!” Malas mahu melayan, Ryu diusir!
Ryu Rozzan menghulur sehelai sapu tangan kepada Lana. Tersentak dalam masa yang sama, terharu! Terimbas zaman kegemilangan dia dan Zaff..Selalunya bila Lana bersedih, Aizafflah yang selalu di sisi memujuk dan menghulur sapu tangan.
Semakin menjadi-jadi tangisan Lana. Ryu Rozzan terpanik sekejap. Mulai gelabah bila banyak mata mulai memandang serong pada dia. Kulit kepala yang tak gatal digaru perlahan.
"Come Lisa..People are staring.." Ryu mencapai tangan Lana lalu cuba menarik Lana untuk berdiri.
"Lana!" Uishh..Dalam sendu sedan pun masih ada hati mahu betulkan silap Ryu Rozzan eh?
Ryu tergelak kecil. Bingkas bangun sambil menarik Lana. Entah macamana, agaknya memang ada setan ijo yang tolak Lana di belakang kut, tiba-tiba je boleh hilang keseimbangan hingga hampir jatuh tertonggeng. Pantas Ryu tarik Lana ke arahnya.
Bukk!!
Ah sudah! Lana jatuh ke dalam pelukan lelaki bertubuh sasa dan berbau sangat wangi membelai-belai jiwa..ah, terlebih la pulak! Blank terus Lisa Alana..Segala yang menyesakkan kepala hilang entah ke mana..Sempat terbuai sekejap sebelum terkejut bila Ryu menariknya pergi dari situ. Sudah tentu gelabah jadinya bila mereka berdua mulai jadi perhatian, sampai kedengaran siulan nakal dari manusia-manusia yang melintas.
Merah padam wajah Lana bila realiti menampar diri huhu..Pantas dibuka langkah paling besar, hampir mendahului Ryu di depan. Wajah merah seperti udang galah disembunyikan. Tanpa dipelawa, terus meluru masuk ke dalam kereta Ryu. Mati-mati Ryu tahan gelak melihat gelagat Lana, tau pulak malu minah ni ya!
Ryu Rozzan memandu perlahan, menyusur lebuhraya. Pandangan Lana lurus ke depan, tak toleh kiri kanan langsung. Ryu mengerling, terus mengunci mulut bila lihat wajah kelat Lana.
"Jom!"
Jom?!! Lana tak sedarpun bila masa kereta sudah terparkir. Ryu Rozzan sudah membuka pintu di bahagian sebelah pemandu, siap menjemput Lana keluar lagi. Hairan, Lana pandang sekeliling. Di manakah mereka berada? Ryu yang kelihatan mulai bosan terus menarik tangan Lana untuk keluar.
Arghhh!!!
Ryu Rozzan dengan idea licik berpisah tiada. Mahu apa lagi lelaki itu membawanya ke sini?
"Kau nak buat apa ni Ryu?" Tangan Lana terus ditarik oleh Ryu masuk ke dalam perut bangunan besar yang dipenuhi orang ramai itu.
"Temankan aku!'
Tak nak!!! Lana cuba menarik tangan dari genggaman Ryu namun tidak berjaya.
"Aku takde mood!"
"Ohh..Mood kau pasti kembali lepas ni, trust me!"
Argh!!
Ryu Rozzan main paksa pulak!! Orang tak nak, tak naklahh!! Moodnya takkan bisa dikembalikan oleh mister playboy ni!!
"Noo Ryu Rozzan!! Aku..Aku takleh..Hati aku ni.. Sakit! Cinta aku..Cinta sejati aku...."
"Real love doesn't exist anymore Lisa! Without love, you can still be happy.." Ryu mencantas kata-kata Lana.
Lana kesat air mata yang bertakung di pelupuk mata. Tangan yang dihulur Ryu Lana tepis. Segera dia keluar dari perut kereta, malas mahu meneruskan perbicaraan. Takde maknanya! Ryu Rozzan tak mungkin kenal apa itu cinta, setia pada satu je pun lelaki itu tak mampu nak buat. Jadi perlukah dia dengar nasihat lelaki itu tentang cinta? Tak kot!
"I'm happy when I'm in love..Being loved by someone I love is my happiness. Kau tau apa? Bercinta je pun tak pernah!" Protes Lana sambil pamer riak wajah menyampah.
Ryu tergelak kuat, kepala digeleng beberapa kali.
"Lisa..Lisa...Perjalanan kau masih jauh si cantik. Wait until love tears your down. Only then, kau akan faham maksud aku."
Lana mulai rasa tergugat dengan kata-kata Ryu. Takut menyelubungi diri..Takut percintaan yang dibina bertahun-tahun musnah sekelip mata. Saat itu Lana rasa nak nangis meraung-raung! Ryu menghela nafas kasar. Pantas disambar tangan Lana.
"Dah..Jom!! Perasaan sedih kau tu tolong letak tepi dahulu. Kau PA aku kan? Sekarang kau tolong aku pilih beberapa barangan wanita.. Come with me!"
Lana ditarik masuk ke dalam sebuah butik jenama terkemuka dari luar negara.
"Shoes..Kau suka yang mana Lisa?"
Eh?! Menyorot bola mata Lana, terkejut bila Ryu menyoal dengan soalan seperti itu. Macam dia pula yang mahu bershopping..Urgh!
"Kau tanya aku? Betul ni Ryu Rozzan?"
Ryu angguk penuh yakin.
"Semuaa yang ada dekat sini....Aku tak suka!"
Berubah wajah Ryu. Anehnya perempuan sorang ni!
"Pasal?"
"Mahal! Membazir! Plus..Aku memang tak mampu."
"Laa, kau ambik jelaa..Aku bayar!"
Terpinga Lana dibuatnya.
"Tak nak! Aku tak perlukan semua tu. Ni..Aku masih mampu beli kasut walaupun murah. Masih cantik dan kualiti tip top lagi!" Jari siap tunjuk kasut tumit tinggi yang dipakai.
"Takpe calon isteri tak jadi aku Lisa Alana binti Samad, kau pilihlah sepasang ke dua pasang ke, berpasang-pasang ke..Aku tak kisah! Kita sekarang tengah shopping bukan? Takde namanya shopping kalau duit tak keluar sayang. Come on, at least bagilah kerjasama sikit.."
Tambah terpinga-pinga Lana mendengarnya. Boss dia ni dah kenapa? Ada maksud ke? Argh! Jangan terpedaya dengan kaki perempuan yang sangat licik ni! Pasti ada lagi muslihat, jap lagi akan keluarlah arahan menyuruh Lana menyamar lagi huhu.. Memang menjengkelkan!
"Aku tak nak!"
Ryu merengus. Bola mata terus bergolek melihat sekeliling.
"Jadi kita nak buat apa kat sini?" Tempelak Ryu agak kasar.
"Jom kita main masak-masak, main Police and Thief..Paling syiok, jom kita mandi sungai!"
Buk!! Berpinar bila kepala Lana disekeh Ryu Rozzan.
"Kau buat lawak dengan aku ke Lisa?!"
"Tak, itu lirik lagulahh.." Masih berani menjawab!
"Kau pilih kasut..SEKARANG!!!" Naik seoktaf suara Ryu Rozzan menahan berang. Hadap minah senget ni, boleh sakit jiwa!
Hairan, entah dah ke mana sinar mata dipenuhi kesedihan serta wajah mendung dipenuhi awan kelabu yang Ryu lihat masa di luar bangunan hotel tadi. Sirna!! Yang Ryu lihat kini hanya renungan sinis dan wajah mengejek yang sangat menyebalkan!
Melihat wajah ganas seperti singa baru beranak itu, Lana terus kunci mulut. Pantas disambar sebuah kasut yang tersusun kemas di rak pameran kasut.
"Saiz 6.." Pinta Lana dengan sopan pada jurujual yang menghampiri.
Melihat Lana sedang mencuba kasut tersebut, wajah Ryu berubah ceria.
"Done!" Lana menayangkan beg kertas berisi kasut di depan Ryu.
"Good girl! Next.."
Aduh..Apalagi ni?
Ryu menarik Lana memasuki kedai beg tangan pula. Seperti tadi, Lana dipaksa memilih.
"Next!!"
Ryu Rozzan memang sah gila!!
"Ryu..Stop!" Lana menarik tangannya dari genggaman Ryu. Asyik diheret ke hulu ke hilir, sampai kaki pun dah naik lenguh.
"Kata tadi nak beli sesuatu, minta tolong aku pilih..Bila Ryu? Aku dah penat ni!" Keluh Lana, wajah terlihat penat.
"Tu..Dah settle!" Bibir Ryu dimuncungkan ke arah bakul-bakul kertas yang Lana pegang.
"Aah..Beli-beli untuk aku, ni mesti kau nak aku jadi kambing hitam kau lagilah ni kan?" Sinis siap pakej renungan serigala!
"Aku ikhlas..." Balas Ryu spontan.
Ikhlas taik kera! Lana mencebik sebal. Ditenung sekejap barang-barang di dalam beg kertas. Bingung harus letak dekat mana semua tu nanti? Dahlah apartment sempit, beli banyak-banyak bukan terpakai semua.. Membazir! Kalau bapak tahu, alamat bengkak telinga dengar leteran berjela-jela!
"Takde ikhlasnya kalau sekadar nak gula-gulakan aku untuk jadi kambing hitam kau Ryu Rozzan." Sinis setepak mengena Ryu Rozzan!
Ryu mendekatkan wajah tiba-tiba. Begitu serius memerhati Lana dari atas hingga ke bawah. Lana terpaku, terkejut dengan kelakuan Ryu.
"Laa..Aku buta agaknya! Asal aku tak tahu? Kau kambing eh? Dahlah kambing, hitam pulak tu."
Arghhh!! Ryu Rozzan tak guna!!
Berang, Lana pusing badan mahu pergi dari situ.
"Awas Lisa!"
Tiba-tiba bahu Lana ditarik kuat oleh Ryu. Hampir terpeleot kasut tumit tinggi Lana. Hilang keseimbangan, badan Lana hampir jatuh terhempas. Pantas Ryu memeluk pinggang Lana. Sekali lagi okay...Sekali lagi tubuh Lana tersembam di tubuh Ryu. Wajah Lana melekap di dada Ryu. Sebuah troli panjang berisi kotak-kotak besar melintas ditolak oleh dua orang pekerja di situ. Lana mengerling ngeri! Tak dapat dia bayangkan sekiranya dia bertembung dengan kotak-kotak besar itu tadi.
"Are you okay?" Ada kerisauan di situ.
Lana berdehem perlahan, cuba menenangkan gelodak di jiwa.
"Lana!!"
Suara yang menyergah secara tiba-tiba itu menyentakkan kedua-dua mereka. Masing-masing terkejut, seperti baru tersedar dari mimpi! Entah dah ke mana fikiran melayang tadi huhu..
"K..Kau buat apa ni Lana?!!"
Pantas Lana menjauhkan diri dari Ryu Rozzan. Badan terus dipusing menghadap pemilik suara yang melalui nada suaranya jelas sedang menahan marah dan cemburu yang membuak-buak.
"Berpelukan dengan lelaki tanpa sebarang ikatan di khalayak ramai..Inikah sikap sebenar Lisa Alana? Kau sudah jauh berubah Lana!! Aku.. Aku seolah-olah tidak lagi mengenali kau!!"
"Zaff! Zaff!! Let me explain okay..."
Lana mahu berlari menghampiri lalu memeluk Aizaff Nafees seerat-eratnya! Gembiranya Lana bukan kepalang, ternyata Aizaff masih lagi berada di bandar tersebut. Malangnya, niat terbantut bila lihat wajah Aizaff merah padam, bola mata marak menyala!
"Explain?!! Semua berlaku dengan jelas di depan mata aku Lana, kau nak explain apalagi hah?!! Dia lelaki yang sama bukan? Lelaki yang kau bawa balik di hari pertunangan kita?!"
"Zaff!! Dengar dulu..Please..."
"No Lisa Alana! Semua sudah jelas. Aku tak boleh terima semua ini Lana!! Selama ini kau dah bodoh-bodohkan aku!"
"Zaff!! Kau tahu aku bukan seperti itu! Kita bukan baru setahun dua kenal, kau adalah satu-satunya manusia yang paling memahami aku bukan? Kau tahu aku akan terus setia dengan kau Aizaff Nafees!!"
Lana hampir tidak mampu membendung air mata. Tuduhan Aizaff sangat perit untuk diterima. No Aizaff! Kau adalah orang yang paling percayakan aku seperti mana aku percayakan kau...Hati kecil menjerit!
"Zaff..."
Pantas bola mata Lana bergolek mencari pemilik suara lembut dan manja yang tiba-tiba menyampuk di tengah perbalahan sedang memuncak! Aizaff Nafees langsung tidak menoleh ke arah suara tersebut. Bola mata tetap dipaku pada Lana. Jemari dikepal kuat hingga keluar urat biru di lengan.
"Kau benar-benar buat aku kecewa!"
Yup! Kata-kata terakhir Aizaff benar-benar membuat seorang Lisa Alana terjelepok. Seperti belati tajam menghiris-hiris hati. Apatah lagi bila lihat Aizaff menghampiri wanita ayu yang sedang merenung mereka dengan wajah bingung dan hairan. Mahu menjerit, hanya tangisan keluar dari bibir.
Siapa curang sebenarnya sekarang? Lana menangis pilu melihat Aizaff Nafees pergi meninggalkan dia bersama-sama dengan wanita cantik dan ayu di sebelah. Pergi bersama perempuan lain selepas menjatuhkan semua kesalahan di atas bahu Lana? Tanpa mahu dengar penjelasan Lana! Sedangkan Aizaff sendiri sedang berjalan berdua-duaan dengan perempuan lain, adilkah?
"See? True love doesn't exist Lisa!" Ryu yang sedari tadi hanya jadi pemerhati menghampiri.
"Ni semua pasal kau!!"
Ryu terpempan bila diteriak oleh Lana!
"Hey! Lelaki yang kau cinta tu bersama perempuan lain..Kau tak nampak ke? Aku ke yang suruh deorang jalan berdua-duaan? Tak kan? Jadi celah mana aku yang bersalah dalam hal ni?"
"Yang kau peluk aku asal?"
"Habis tu kau nak aku biar kau jatuh digilis troli tu?"
"Pokoknya kau yang salah! Kau harus bertanggungjawab!'
"Tak nak!" Usai berkata, Ryu bergegas mahu pergi dari situ.
Jahanam!!
Sebelah kasut tumit tinggi Lana cabut dari mengalas tapak kaki.
"Kau harus bertanggungjawab Ryu Rozzan!!"
BUK!!!
"Aduhh!!!"
Bila buat chapter ni, tetiba rindu dgn Peony dan Raid huhu #PeonyBuatSiButa
Share this novel
lana masihkah nk setia pergi dan diabaikan