BAB 17

Humor Completed 411630

Sebaik mata terkuak luas, Lana melompat keluar dari katil sambil menjerit nyaring. Otak nyata belum dapat mencerna dengan baik, layar minda masih memainkan peristiwa celaka itu. Masih terasa tangan kasar meraba-raba seluruh tubuh dan bibir yang menghembus nafas berbau tembakau paip yang sangat kuat menjelajah seluruh wajah dan leher.

"Jangaaan!!!" Menjerit-jerit lalu cuba melarikan diri.

Tiang kantung air infus rebah menyembah lantai bila Lana berlari menuju ke pintu. Terkejut melihat jarum di tangan. Apa ni?

"Lanaa!!"

Badan Lana yang menggigil dipeluk kuat. Lana menjerit sekuat hati, meronta seperti orang hilang akal.

"Tenang Lana..Tenang!! Kau selamat..Tengok.. Ini aku.."

Berkerut dahi Lana melihat wajah yang sedang cuba menenangkan dia. Macamana lelaki itu boleh berada di sini? Lana menolak tubuh lelaki itu menjauhinya lantas memandang sekeliling.

"Aku dekat mana?"

"Hospital Lana, kau ditemui pengsan oleh pekerja tandas. Katanya kau mungkin dirompak semasa pergi ke tandas. Kau ingat tak?"

Dirompak?!!

Aku hampir dirogol setannnn!!! Hanya mampu menjerit dalam hati. Masih ngeri, terasa ngilu menusuk-nusuk isi daging bila ingat peristiwa itu. Air mata merembes keluar, tak mampu nak tahan dah..Persetan, tak kisah apa tanggapan lelaki di depannya yang nampak terkejut melihat dia berkeadaan seperti itu.

"Kau nampak takut Lana. Aku akan sarankan kau untuk jumpa doktor kaunseling. Kau nak tak?"

Lana berundur sambil kesat air mata. Jelas kelihatan tangan serta jemari yang masih hebat menggigil. Macam berada di puncak gunung Everest!

"Ma..Macamana kau boleh ada dekat sini?"

Pertanyaan lelaki itu langsung tak diendahkan bila perasaan hairan lebih menebal. Lana merenung lelaki yang sedang mengenakan seragam serba putih itu. Mengapa di sini?

"Aku dipindahkan, terpaksa repeat satu semester kerana masalah disiplin. Mujur tak dibuang terus." Doktor yang sememangnya kacak itu terus menjawab, wajah terhias dengan senyum senget.

"Kat sini?" Masih hairan campur curiga sebenarnya. Banyak-banyak tempat, mengapa di bandar yang sama?

"Elok sangatlah, kita lebih dekat. Kau sakit datang je kat sini, aku akan rawat kau Lana. Macam sekarang, aku request kau jadi patient aku. Malangnya, jap lagi kau discharge..Kau okay je, cuma badan kau letih. Kena banyak berehat lepas ni. Now I'm here, aku akan jaga kau Lana."

Yakin sungguh doktor ni kan!

Lana buang wajah, rasa meluat mencanak naik.

"Aku risaukan kau Lana. Kau cuma seorang diri, keluarga jauh di kampung. Kalau ada apa-apa, siapa nak tengok-tengokkan kau? Ni macam hari ni, mujur makcik tu nampak kau tau, kalau tak entah apa jadi dekat kau. Henfon dan duit kau semua tiada, mujur dompet kau tak kena angkut sekali."

Terkejut, Lana pantas mencari beg tangannya. Dalam restoran mewah macam tu pun ada pencuri? Boleh percaya ke? Takkan tiada cctv? Atau semua memang dah dirancang oleh si tua gatal tu untuk melepaskan diri? Lana kancing rahang, teringat wajah setan bertopengkan manusia tu, terasa macam nak meletup dada!

"Kau masih nak pertahankan perkahwinan kau dengan lelaki tu ke Lana? Tengoklah, mana laki tak guna kau tu? Langsung tak dicarinya kau! Kau minta cerai cepat, tak perlu fikir lagi. Ni dah nampak dengan jelas tau bertapa dayusnya laki kau tu."

Arghh, semak!!

Aizaff Nafees tak henti-henti membebel tau, sebijik macam mak dia! Hampir je Lana sumbat beg tangan ke dalam mulut tongkeng ayam tu. Orang tengah sibuk memeriksa beg, Aizaff pulak sibuk pot pet pot pet macam makcik-makcik di kampung semasa bergotong royong menyediakan juadah di rumah kenduri.

"Lana..Aku masih sayangkan kau. Aku tak kisah, aku sudi terima kau seadanya..Aku janji lepas kau bercerai, aku akan masuk meminang."

Lana langsung tidak beri perhatian, sibuk benar dia menyelongkar beg. Tak guna betul, habis kosong dompet, hanya syiling yang ditinggalkan. Mujur kad bank, kad pengenalan serta kad-kad penting yang lain tak terusik. Mustahil ada pencuri, dia syak pasti kerja Amir Khan si miang keladi tu.

"Aku nak buat laporan polis Zaff. Bila aku boleh discharge?"

Wajah Aizaff kelihatan kecewa bila Lana langsung tak mengendahkan kata-katanya. Namun tetap mengukir senyum..Takpe, slowly but surely..

"Syif aku tamat dua jam lagi. Apa kata kita pergi sama-sama? Lepas tu aku hantar kau balik. Aku risau biarkan kau jalan seorang-seorang dalam keadaan kau macam ni." Tak putus asa, Aizaff terus memujuk.

"Tak perlu, aku ada laki Zaff. Sebagai isteri, aku kenalah ajar laki tak guna aku tu kan?" Perlian tu, harap Aizaff fahamlah.

Jauh di sudut hati, sungguh Lana terasa betul dengan Ryu Rozzan. Ada rajuk dan dendam tertanam dalam hati. Mengapa dia diam dan langsung tidak membidas bebelan Aizaff? Kerana hati turut mengiyakan kata-kata Aizaff. Seharusnya Ryu jadi pelindung, bukan meninggalkan dia dan langsung tak muncul-muncul hingga saat ini. Tak tahu? Ryu boleh je tanya pekerja di restoran tersebut bukan? Tiada alasan, bukankah seorang suami bertanggungjawab menjaga dan melindungi isteri?

Lana kesat air mata yang jatuh tanpa disedari. Rajuk yang menguasai buat hati jadi bengkak. Ryu Rozzan nyata belum bersedia untuk membina mahligai perkahwinan. Jadi suami saja sudah fail! Bukan main hebat kalau pasal menawan hati seseorang, tapi part menjaga hati memang ke laut..Patutkah dia ikut cadangan Aizaff untuk meminta cerai sebelum dia jatuh lebih dalam dan tidak mampu untuk mencari jalan keluar?

"Laki? Mana laki kau masa kau perlukan dia Lana?" Tempelak Aizaff dengan sebal.

Lana terdiam..Dia juga tidak punya jawapan untuk soalan itu. Tapi rasanya juga tak perlu dilayan Aizaff yang sama tidak punya kepentingan dalam hidup dia kan?

Lana ambil keputusan untuk diam. Badan dibaringkan semula atas katil. Kalau belum boleh keluar, lebih baik tidur dari dengar carutan Aizaff. Buat-buat menguap depan Aizaff, mulut sengaja dinganga luas-luas. Harap orang tu fahamlah apa maksudnya kan.

"Rehatlah Lana. Sejam kemudian aku akan datang balik untuk periksa kau."

Lana pura-pura tutup mata. Sebaik sahaja dengar bunyi daun pintu ditutup perlahan, mata tercelik luas. Baru aman damai rasanya. Sebentar saja dirasai, semua sirna bila daun pintu tiba-tiba ditolak agak kuat. Celaka! Beruk terlepas dari zoo ke tu? Tiada gaya manusia langsung! Ni orang sakit pun boleh terus terbalik dan jumpa pintu ke alam barzakh tau!

Lana yang sudah menegakkan badan akibat terkejut pantas membuang wajah sebaik saja bola mata bertaut dengan sepasang mata beriris coklat jernih. Dengan riak wajah selamba, lelaki itu menghampiri.

"What happened Lisa?"

Ahh..Tak nak layan!! Orang tengah merajuk, bengkak hati tak surut-surut lagi tau! Muncul juga mamat ni ya, ingatkan dah tersesat masuk ke dalam kubur!

"Minah-minah tu kerjakan kau dengan teruk eh?"

Celaka punya lelaki!!

Betullah Ryu ni langsung tak ambil berat, tak kisah langsung apa terjadi pada dia huhu.. Rajuk makin menebal, sampai bergenang air mata menahan sakit di hati.

"Macamana tahu aku dekat sini? Tak perlu datang, kau kan sibuk memanjang. Aku taulah urus diri sendiri.." Ahh, Lana dah betul-betul merajuk.

Ryu duduk di birai katil, membaca sebentar kad laporan yang tergantung di hujung katil.

"Light symptoms of trauma? Kau dipukul dengan teruk ke Lana? Aku tak nampak luka or bruises pun.."

Sakitnya hati!

Lana terus baring, haram satu patahpun tak dijawabnya. Selimut ditarik hingga menutup wajah. Dalam diam, menangis tanpa suara. Dia benar-benar sakit hati!

Ryu tercengang. Terus digaru dahi dengan bingung. Lahaii..Minah ni dah kenapa? Dahlah sakit hati belum hilang pada Lana yang tiba-tiba menghilang tak bagitahu!

"Lisa..Kenapa ni? Aku macam orang gila tau cari kau dekat restoran tadi. Hilang tiba-tiba, fon dimatikan..Tup-tup aku dapat berita kau masuk hospital. Tu pun aku tak pasti kau ke tidak, pekerja kat situ cuma bagitahu ada perempuan muda pengsan dekat tandas dan dibawa oleh ambulans. Kau diam macam ni, aku harus buat apa? Aku bukan Tuhan yang maha mengetahui Lisa.." Memerli ke tu? Teruk tahap melepasi neraka!!

Lana gigit bibir bawah. Wajah sudah basah kerana air mata. Ryu memang tak perasan pun yang Lana sedang menangis di sebalik selimut. Ingatkan Lana mahu mengelak darinya dan memaksa diri untuk tidur..Perempuan kan, macam tulaa!

"Sayang..Cakaplah...Jangan macam ni.. Sayang marahkan abang ke? Abang takde apa-apa hubungan pun dengan mereka tu. Ya, abang memang pernah keluar makan-makan dan pergi shopping, tapi takat tu je."

Ryu menyentuh lembut bahu Lana yang sedang baring mengiring, membelakangi Ryu. Masih diam..Betul-betul mahu tunjuk perasaan.

"Lisa..Abang minta maaf kalau abang dah sakitkan hati Lisa. Maaf makan malam jadi disaster. Abang janji, perkara itu takkan berulang lagi..

"It's Lanaa!!"

Hampir tergelak Ryu mendengarnya, menyempat lagi! Dia tahu, saja je nak menyakat. Suka bila lihat Lana marah, comel je pipi bertompok merah jambu tu di mata Ryu.

"Bila boleh discharge sayang? Abang tengok laporan macam dah boleh discharge dah.."

"Nak discharge lah ni!"

Lana bingkas bangun. Selimut ditolak hingga ke paras pangkal paha. Hampir terlompat Ryu di birai katil sebaik sahaja menatap wajah Lana..Dengan rambut serabai mengerbang dan mata bengkak merah, macam pontianak kena renjatan elektrik!

"Ya Allah Lisa Alana!" Tangan pantas menutup mulut yang terlopong luas!

Lana menjegilkan mata!

Melihat wajah berang Lana, Ryu pantas meleretkan senyuman. Pakaian Lana yang terlipat kemas di atas meja tepi katil Ryu ambil.

"Nak discharge,. kena tukar pakaian dulu."

"Aku boleh buat. Tolong tarik tabir tu." Lana mengambil pakaian dari tangan Ryu.

Ryu menurut, tabir ditarik mengelilingi katil.

"Kenapa masih di sini? Tunggu dekat luarlah.." Terkejut bila Ryu duduk semula di birai katil usai menarik tabir.

"Eh mana boleh, kalau ada apa-apa jadi dekat sayang siapa nak tengok? Dahlah, mari abang tolong." Lana pantas menepis jemari Ryu yang sudah berada di butang paling atas baju hospital yang dipakainya.

"Lana, biar abang buat. Tak payah malu, suatu hari nanti abang akan lihat juga semua milik sayang kan?"

Terkejung terus seketul Lisa Alana!

"Rambut dah macam nenek kebayan berkurun tak jumpa sikat. Ada getah tak?"

Lana geleng sambil menahan sebal dalam hati. Mulut Ryu ni kan..Tak boleh hadap! Tekejut Lana bila Ryu membuka tali lehernya. Rambut mengerbang Lana Ryu kemaskan guna jemari kemudian dia ikat tinggi di atas kepala guna tali leher. Hebat tak hebat? Terpegun sekejap Lana dibuatnya.

Usai rambut, jemari Ryu turun membuka butang baju Lana. Terkejung lagi sekujur tubuh huhu..Pakaian Lana dilorotkan. Malu toksah cakap, hingga menutup mata dengan kedua belah tangan!

"Lisaa..Apa ni? Apa semua ni?! Siapa buat ni hah?!! Kau...Kau curang di belakang aku kan?!!"

Menggeletar sekujur tubuh Lana. Dapat diagak apa maksud Ryu Rozzan. Rasa cemas dan takut mulai menguasai diri semula. Terimbas wajah menyeramkan yang terbenam di leher Lana, hujung misai tajam terasa menyucuk-nyucuk kulit leher. Lana menarik pakaian di tangan Ryu lantas membalut tubuhnya dengan tangan menggigil.

"Lana!!" Terkejut Ryu melihat perubahan mendadak Lana.

Tambah terkejut bila Lana menjerit lalu menolak tubuh Ryu sekuat hati. Hampir je Ryu jatuh tergolek ke bawah katil.

"Lisa Alana!!! What's wrong with you?!" Bahu Lana dicengkam kuat lalu digoncang-goncang. Lana menjerit lagi.

"Don't touch me!!"

Ryu semakin kebingungan melihat seluruh tubuh Lana bergoncang kuat. Wajah Lana basah oleh peluh sejuk dan air mata. Ketakutan! Itu yang jelas terpamer di wajah Lana.

"Lanaaa!!"

Ryu menoleh ke arah suara di muka pintu. Badan terus menegak melihat empunya suara yang terkocoh-kocoh menghampiri Lana.

"Zaff...Zaff....Tolong...." Lana merayu-rayu dalam tangisan. Dia benar-benar ketakutan.

Kemunculan Aizaff sedikit sebanyak membuat perasaan sedikit lega. Dia rasakan Aizaff mampu membantu kerana Aizaff seorang doktor, cukuplah kalau ketakutan yang membelenggu dapat dikurangkan.

Malangnya keadaan itu mengundang curiga di mata Ryu Rozzan.Tak sedar buku lima terkepal erat, bola mata mulai marak dipenuhi percikan api cemburu.

"Jadi sangkaan aku benar!" Otak yang bergeliga mulai main peranan, membuat hipotesis berdasarkan apa yang dilihat.

"Breathe Lana..Just breathe..Slowly..That's it!"

Semakin bengkak hati bila kehadiran Ryu di situ langsung tak dipedulikan, seolah-olah dia tidak wujud!

"Release her now, Aizaff! I'm taking her with me.." Akibat dikuasai cemburu, Ryu Rozzan mulai bertindak tanpa berfikir.

"She's not well Ryu! Can you wait a little bit longer?"

"Hahh!! For what? So korang berdua boleh sambung bermain cinta?"

Merah padam wajah Lana menahan marah. Dia kini lebih tenang berbanding tadi. Segera dipinta supaya Aizaff membuka jarum yang masih tercucuk di kulit. Lana tidak mahu berlaku pertengkaran di dalam bilik hospital. Silap haribulan tidur dalam lokap mereka malam itu.

"Lana, kau belum.."

"It's okay Zaff, bagi aku keluar sekarang.. Please!"

Akhirnya Aizaff melepaskan Lana pergi dibawa oleh Ryu Rozzan. Mahu menghalang, dia tidak mahu punya kes disiplin lagi. Hanya enam bulan lagi, dia perlu bertahan sehingga tiba waktu itu.

"Terus terang dengan aku Lana.. Kau masih cintakan Aizaff bukan? Kau dan Aizaff bermain cinta di belakang aku kan?!! Tell me Lisa Alana!!"

Ryu terus menyembur sebaik sahaja kaki memijak masuk ke dalam rumah. Senak dada menahan segala macam rasa sepanjang perjalanan, sedaya upaya ditahan kerana mahu tumpukan perhatian pada pemanduan.

"Aku takde apa-apa hu....."

"Kau ingat aku bodoh ke Lana..Agak-agaklah, tanda yang penuh di leher kau tu siapa punya kerja? Dracula? Pocong? Kau isteri aku Lana!!!"

"Aku tak buat!"

"Buktikan!!"

Lana terpempan. Belum sempat menjawab, Ryu menarik kasar tangan Lana. Badan mulai menggeletar bila tahu arah tuju Ryu. Kaki hampir tidak mampu bergerak lantaran saraf otot mulai lemah.

Tidakk!!!

Cuba melepaskan cengkaman namun tidak mungkin dia mampu melawan tenaga Ryu.

"Ryu..Jangan lakukan...Aku mohon..."

"Kau kata kau tak buat kan, hanya ada satu cara untuk buktikan Lana!"

Ryu terus menarik Lana menuju ke biliknya. Peluh sejuk semakin rancak mengalir membasahi wajah dan tubuh Lana..Ryu Menolak Lana hingga jatuh di atas tilam. Lana mulai menjerit ketakutan bila Ryu memanjat naik di atas badannya.

"Tolonggg!! Jangaannn!!"

Panas melihat penolakan Lana, Ryu mulai bertindak agresif. Pergerakan Lana dikunci dengan kasar. Dapat dirasakan tubuh Lana yang menggigil teruk, namun dibutakan mata dan hati lantaran rasa marah dan cemburu yang membuak-buak!

"Jangannn..Tolong..." Lana merayu dalam tangisan, dia benar-benar takut.

Di mata Lana saat itu, tubuh gempal berperut buncit sedang menindihnya. Bibir tebal yang dikelilingi kumis tajam sedang memburu bibirnya, dan tangan lebar dan kasar sedang.merayap, menyentuh seluruh tubuhnya. Itu yang sedang berlaku di dalam layar fikiran Lisa Alana saat itu.

Walhal, realitinya..Ryu masih tercengang memerhati. Niat mahu melumat bibir merah ranum Lana terbantut bila melihat sikap Lana yang kelihatan sungguh aneh. Menjerit-jerit seperti orang kerasukan, wajah dipaling ke kiri ke kanan seolah-olah sedang mengelak sesuatu dengan mata tertutup rapat! Kenapa dengan Lisa Alana?

"Lanaa!! Kenapa ni?"

"Jangan tuan!! Tolong jangan buat begini, kasihanilah saya tuan..Tolong..."

"Lana, ini aku..Suami kau sayang.."

"Tolong jangan sentuh saya tuan! Tolong jauhkan tangan tuan dari alat sulit saya..Tolong jauhkan bibir tuan dari kulit saya..Tolong jangan buat saya begini.. Tolonglahh tuan.."

Ya Allah..Kenapa dengan Lisa Alana? Seolah sedang berada di alam fantasi!

Ryu menarik bahu Lana untuk bangun separuh badan.

"Lanaa!!!" Badan Lana digoncang.

"Open your eyes!! Look..It's me..Ryu Rozzan.."

Lana celik mata yang dipenuhi air mata. Ryu mengesat perlahan air mata yang membasahi pipi Lana.

"R..Ryu..." Teresak-esak Lana memanggil nama itu.

Ryu angguk. Ada rasa pilu melihat keadaan Lana ketika itu.

"Yes, Ryu..Suami kau Lana.."

"Ryu..Suami aku.." Ulang Lana perlahan.

"Good girl.." Ryu mengusap lembut kepala Lana, kemudian ditarik merapat lalu Ryu peluk erat. Perlahan, jemari Ryu menggosok-gosok belakang Lana, cuba menenangkan Lana.

Teringat laporan perubatan Lana yang dibaca, showing light symptoms of trauma? Inikah yang dimaksudkan oleh laporan tersebut? Apa terjadi sebenarnya? Kata dirompak, tapi perlakuan Lana seperti bukan dirompak, lebih kepada pencabulan..Atau percubaan merogol. Lihat saja bekas-bekas yang penuh di leher Lana!

"It's okay sayang..I'm here..I'll protect you.." Ubun-ubun Lana dikecup perlahan. Wangi!

Bibir turun mencium dahi. Lana diam tanpa sebarang respon, hanya tersedu-sedu. Wajah Lana didongakkan selaras dengan wajah Ryu. Ryu renung wajah sugul itu. Mata merah, hidung merah, pipi merah..Bibir merah dan basah..Argh!! Mengapa wajah serabai penuh air mata itu tetap kelihatan cantik dan menggoda di mata Ryu?

Tak tahan, bibir merah itu dijamah perlahan. Bila Lana tidak membuat sebarang penolakan, Ryu memperdalamkan ciuman. Mulai meneroka dengan lidah. Mata Lana terkuak luas, seakan baru tersedar dari mimpi.

"Ja..Jangaaannn!!" Tersentak Ryu bila Lana jerit dalam mulut Ryu, lebih tersentak bila kaki Lana naik dan menendang tubuh Ryu.

"Aduhh!!" Kepala sempat menghentak bucu katil sebelum jatuh tergolek ke bawah katil. Berpinar mata, terasa ada bintang mengelilingi kepala.

"Lanaaa!!"

Ekor mata sempat menangkap tubuh Lana yang berlari laju menuju ke pintu.

Bangga awal menjengah ari ni hik hik..Morning dunia tipu², smoga semua baik-baik saja hendaknya..Jgn naik darah dulu ya, perjalanan Lana ni masih jauh hehe..Bnyk lagi watak belum memunculkan diri ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience