“Kau dah pasang?...Okay bagus! Terus awasi pergerakan dia. Aku yakin dia pasti kembali mencari perempuan itu…Ok bye!” Telefon bimbit cepat-cepat disembunyikan di bawah bantal. Badan dibaringkan kembali dan mata ditutup rapat.
TOK! TOK!
Beberapa saat selepas bunyi ketukan kedengaran, pintu terkuak perlahan-lahan.
“Keadaan dia dah stabil sekarang sebab tu dipindahkan ke wad biasa.”
Ryu Rozzan mengangguk lemah. Menghampiri katil lalu melabuhkan punggung di birai katil. Wajah mummy ditenung sayu.
“Keadaan Puan Sri pagi tadi sangat kritikal. Tiba-tiba jantung terhenti! Mujur cepat, kalau lambat sikit mungkin berlaku perkara yang tak diingini.”
“Terima kasih doktor.” Lemah saja suara terlontar, kerana hatinya bukan di situ.
“Lepas ni kena pastikan betul-betul Puan Sri jaga makan minum, rehat yang mencukupi dan yang paling penting jangan bagi dia stress.” Ryu angguk seraya meraup wajah yang diselaputi awan kelabu. Tiada serinya langsung!
Sejurus selepas doktor yang diupah khas oleh keluarga Ryu untuk merawat Puan Sri Helena keluar, kedengaran erangan halus terbit dari bibir Puan Sri disertai dengan pergerakan kecil tubuhnya. Ryu mengenggam jemari sang ibu. Hati semakin merundum melihat keadaan ibu.
“Mummy…” Jemari ibu dibawa ke bibir lalu dikucup perlahan.
“Ryu…Bila sampai?” Melihat mummy berusaha bangun dalam kepayahan, Ryu cepat-cepat membantu sehingga mummy nampak selesa setelah badan disandarkan di kepala katil.
“Lisa mana? Mengapa tak ajak datang temankan mummy?”
Ryu membuang keluh. Agak lama berdiam diri, cuba mencari perkataan sesuai agar hati sang ibu tak terluka lagi.
“Mummy…Selama ini Ryu dah cukup berusaha untuk penuhi semua permintaan mummy, cuba bahagiakan mummy walaupun diri sendiri terluka. Tapi…Permintaan mummy yang satu ini…Terus terang, Ryu memang tak mampu nak penuhi mum.”
“Ini bukan permintaan Ryu, ini soal maruah Lisa yang dah tercalar. Ni soal tanggungjawab kau setelah apa yang kau dah lakukan pada Lisa!”
“Ryu tak bersalah mummy! Ryu kenal Aileen Qarlisa. Perempuan itu licik mummy. Dia pasti perangkap Ryu. Buktinya, mengapa Lisa tak nak bila Ryu ajak dia buat pemeriksaan di hospital?” Berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal nada suara walaupun hati sudah marak terbakar.
“Buat pemeriksaan? Kau tahu ke macamana prosedur pemeriksaan tu Ryu? Hanya kaum wanita yang tahu dan merasai semua tu! Kalau mummy di tempat Lisa pun mummy tak rela mahkota kewanitaan mummy dicerobohi! Lainlah kalau mengandung dan bersalin kerana ada nyawa perlu diselamatkan!”
“Kita boleh je aturkan doktor wanita untuk buat pemeriksaan tu mummy.”
“Kau jangan pentingkan diri sendiri Ryu. Kau dah tidur dengan Lisa, dah rosakkan masa depan dia kemudian nak guna cara ni utuk lepaskan diri? Tak kesianke pada Lisa? Lepas kau lari masa majlis akad nikah hari tu, mummy dengar Lisa mengalami kemurungan. Asyik berkurung dalam bilik. Kau harus bertanggungjawab dan cepat-cepat menikahi Lisa! Macamana nanti kalau dia mengandung?”
“Mummy…” Wajah diraup perlahan. Merenung mummy dengan sayu, mengharap cukup hanya secebis pengertian.
“Ryu takkan duakan isteri Ryu. Lana sudah terlalu sempurna, tak mungkin Ryu mampu mencintai wanita lain lagi kerana hati dan jiwa Ryu telah dimiliki sepenuhnya oleh isteri Ryu.”
Puan Sri Helena hampir tidak mampu mengawal kemarahan mendengar pengakuan Ryu. Nafas naik turun dengan laju, dada yang mulai terasa sempit terus dipegang.
“Tidak Ryu! Bagi mummy kau masih anak bujang mummy. Kahwin? Tu bukan kahwin Ryu, bukankah perkahwinan seharusnya disaksikan oleh kedua orang tua di kedua-dua belah pihak? Kau buat macam mummy dan papa dah mati. Kau kahwin senyap-senyap! Mumny takkan merestuinya sampai bila-bila!”
“Perkahwinan itu sah di sisi undang-undang dan agama mummy.” Ryu cuba mempertahankan. Puan Sri mencebik, wajah terpamer penuh meluat.
“Apa perempuan tu dah bagi pada kau hingga kau jadi sebodoh ini Ryu? Perempuan macam tu berlambak dekat mana-mana Ryu, dahlah miskin takde kelas lagi. Perempuan macam tu yang kau nak jadikan menantu dan lahirkan cucu aku? Tolong sikit! Kau tak nampak ke kejahatan yang tersembunyi pada perempuan tu? Dia cuma mahu ambil kesempatan atas kebodohan kau Ryu Rozzan!”
Ryu terus geleng kepala. Ikut hati, dia dah tak sanggup dengar isteri dihina seteruk itu. Kalau orang lain, pasti sudah dia kerjakan hingga bisu seumur hidup. Ini…Penghinaan itu keluar dari mulut wanita yang paling dia sayangi, paling dia hormati. Tegakah dia menyakiti ibu yang bertarung nyawa melahirkan dia ke dunia?
“Macamana mummy tahu yang isteri Ryu tu jahat? Mummy tak pernah cuba berbaik dengan Lana. Isteri Ryu adalah wanita terbaik yang pernah Ryu kenal mummy. Sejak kahwin, dia tak pernah meminta-minta, semua belanja…Makan pakai dia uruskan sendiri guna duit hasil titik peluh dia mummy. Malah, Ryu yang paksa dia kerja dengan Ryu. Dia wanita berdikari mummy, tak harapkan ehsan orang lain jauh sekali nak ambil kesempatan dekat Ryu.”
“Dah!!! Mummy tak nak dengar kau bela perempuan itu! Pokoknya sekarang mummy nak kau pergi pujuk Lisa. Kemudian, langsungkan perkahwinan yang tak jadi tu!”
“No mummy! I’ve enough of this!!!”
“Ryu Rozzan!!!”
Hanya separuh perjalanan, kaki tiba-tiba menjadi terlalu berat untuk meneruskan langkah. Ryu terpacak kaku, wajah turun menekur lantai dan buku lima tergenggam erat. Jeritan lantang mummy buat hati berbelah bagi. Kata-kata doktor sebentar tadi terngiang-ngiang di telinga.
Hati terus mendesak untuk pergi mendapatkan Lisa Alana, tapi akal fikiran menidakkan! Dia cuma punya seorang ibu di dunia. Dan ibu…cuma ada dia! Tersepit, dia benar-benar rasa ingin mati!
“Please mummy…You’re killing me. Can’t you see? I’m so much in pain mummy! You are destroying you own flesh!!!”
Puan Sri terpempan! Sungguh tidak percaya bila lihat air mata mengalir turun di pipi anak kesayangannya itu.
“What did she do to you Ryu Rozzan?! You even shed tears because of her?!!!”
“I love her mummy! I love her so much!!! I can’t even breathe now because I have to leave her after I hurt her! You’re turning me into a beast mummy, an evil beast dammit!!!”
“Ryu Rozzan!!!”
“If I lost her…If I lost her mummy…I’ll stop breathing! You…will…lost me too.”
“Ryuu!!!”
Wajah diraup. Air mata dikesat kasar. Tanpa berpaling ke belakang, kaki dipaksa untuk melangkah.
“R..Ryu…To…long…”
Ryu menoleh. Mummy terkulai di atas katil.
“Mummy!!!”
Ryu mundar mandir di depan pintu bilik kelas 1 itu. Hampir setengah jam berlalu, doktor yang berada di dalam merawat mummy belum muncul-muncul memberi perkhabaran.
“Ryu!”
Tan Sri Danial menghampiri. Wajah terpamer kerisauan.
“Macamana keadaan mummy?”
Ryu hanya mampu menggeleng. Tan Sri membuang keluh. Kepala ikut tergeleng.
“Kesihatan mummy makin merosot sejak balik ke sini. Cuba pujuk mummy untuk pindah balik ke luar negara Ryu. Dekat sini, semua perkara dia nak menyibuk, mana tak stress! Kau tahu kan, mummy bukan nak dengar cakap papa. Mungkin kalau kau, dia akan lembut hati.”
Kalaulah dia mampu dah lama dia buat! Sanggup dia dukung mummy bawa masuk kapal terbang untuk dihantar balik kalau mummy tak mahu. Dia akan buat apa saja asal mummy tak ganggu rumahtangga dia. Kalau saja keadaan mummy mengizinkan…
“Ryu tak yakin, hati mummy keras pa. Ryu tak tahu sampai bila Ryu mampu bersabar dengan mummy. Perlukah Ryu lari sekali lagi ke tempat yang mummy tak mungkin berani jejakkan kaki?”
Papa memandang simpati. Bahu Ryu ditepuk perlahan.
“Kau dah siasat siapa dalang di sebalik kes tangkap basah kau tu?”
“Ubat tidur pa, mujur bukan dadah jenis peransang tu. Aku ada minum air yang diberi oleh Lisa masa dekat hospital. Aku syak mummy ikut bersubahat.”
“Tsk…Sejak mummy kau bergabung dengan Lisa tu, makin menjadi-jadi perangai dia. Papa rasa lepas mummy sihat nanti, papa nak daftarkan mummy ke kelas dan ceramah agamalah, bagi dia busy sepanjang hari.” Tan Sri Danial mula mencongak dalam minda. Dalam kepala sudah tersenarai beberapa penceramah agama yang sangat dia gemari.
Pintu bilik terkuak, buat kedua mereka hampir serentak menoleh.
“Macamana dengan keadaan isteri saya doktor Johar?” Tan Sri terus bertanya.
“Puan Sri dah stabil, tapi denyutan jantung masih kurang stabil. Buat masa sekarang, biarkan dulu Puan Sri bertenang. Jangan beri dia tekanan.” Nasihat doktor Johar pada mereka berdua.
“Nampaknya kau kena mengalah dulu buat masa ni Ryu.” Tan Sri memujuk lembut sambil menepuk belakang Ryu.
Pasrah, Ryu angguk lemah. Dengan hati berat, memaksa diri untuk mengekori papa masuk semula ke dalam bilik hospital.
Dari sehari ke seminggu. Dari seminggu berlanjutan ke dua minggu. Mummy masih tidak dapat dipujuk. Setiap kali dia cuba meluahkan isi hati, mummy tiba-tiba pengsan atau sesak nafas.
Jangan ditanya tentang keadaan batinnya saat itu. Hampir setiap waktu yang terluang, Ryu Rozzan kelihatan seperti manusia yang hampir hilang kewarasan, duduk berteleku di laluan awam luar bilik sambil merenung telefon bimbit.
Lisa Alana tidak pernah sekalipun mengaktifkan telefon bimbit sejak wanita itu melarikan diri dari hospital suatu waktu dulu. Batin meronta-ronta ingin bertemu empat mata, melampiaskan rasa rindu yang sudah tidak mampu dibendung lagi.
Masihkah wanita itu setia menunggu dia di sana? Atau… Mungkinkah wanita itu benar-benar mengotakan kata? Pergi dan terus hilang dari hidup dia? Ryu menutup wajah dengan kedua belah tangan. Tewas dengan perasaan sekali lagi, dia menangis dalam diam.
“Tsk…Old friend! You look horrible!” Laju jemari mengesat air mata hingga benar-benar kering. Ryu berdiri tegak lalu merenung figura yang punya aura tersendiri yang kini sedang berdiri di hadapannya, sedang memaku pandangan dengan tajam ke arah dia.
“Why are you here?” Mendatar suara Ryu bertanya.
“How’s your mum?” Sambil bertanya, tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.
“I don’t know, she’s killing me slowly!” Kaki diatur menuju ke kerusi yang tersusun di tepi dinding. Punggung dilabuhkan di salah sebuah kerusi kosong dan lelaki yang baru muncul itu ikut duduk di sebelah.
“Need my advice huh? Let her go Ryu, your mum is killing you and you’re killing her, tak sedar ke? Benda ni takkan selesai kecuali salah seorang mampus dulu!”
Keluhan kesal terletus dari bibir Ryu. Wajah suram tanpa cahaya itu diraup kasar.
“Kalau ianya semudah buang air liur pasti dah lama aku buat. Kalau kedatangan kau semata-mata nak sakitkan hati aku, tak perlu! Aku memang dah hancur teruk. By the way, thank you sebab bagitahu aku keberadaan isteri aku hari itu.” Usai berkata, Ryu bingkas bangun. Mahu masuk semula ke dalam bilik.
“Ryu Rozzan!” panggilan tegas itu buat Ryu menoleh.
“I mean no harm. I’ll support you and I wish you the best!”
Ryu terusan merenung belakang lelaki yang semakin lama semakin menjauh darinya itu.
“Hey!!!” Jeritan Ryu bergema hingga langkah lelaki itu terhenti lalu memalingkan badan menghadap Ryu Rozzan.
“Can you help me go there and check on her? I can’t leave my mum, just not yet!” Sedar dia bertindak bodoh, tapi cuma itu yang mampu dia fikirkan saat itu.
Sekiranya dia hantar salah seorang pekerjanya ke kampung Lana, pasti akan dibocorkan ke telinga mummy. Dia sedar mummy sedang gigih mengawasi gerak geri dia sekarang.
“Don’t worry. Leave it to me!”
* * * * *
“Kak!!! Kakak!!!”
Jeritan nyaring di luar rumah buat seketul Lisa Alana yang sedang melahap macam anak gajah yang sedang kebulur itu hampir terlompat! Bingkas dia berdiri dengan jemari masih diselaputi nasi dan kuah lalu berlari anak menuju ke pintu.
“Syahdu! Kenapa?” Hampir bercantum dahi Lana ketika anak dara sunti Haji Salleh yang baru berumur enam belas tahun itu terpacak di halaman rumah, masih tercungap-cungap cuba mengatur nafas.
“Kakak…Kakak dah nak bersalin! Ayah dan emak takde dekat rumah. Kakak suruh Syahdu minta pertolongan kak Lana!”
“Haah?!!! Seroja dah nak bersalin?! Laki dia tak reti nak balik tengok bini dia tu ke hah? Celaka punya Aizaff!!!” Sambil mulut pot pet pot pet menyumpah Aizaff Nafees, laju langkah diatur masuk ke bilik lalu menukar pakaian.
Kunci kereta Viva disambar di atas meja solek. Thanks to dr Fiona, kereta kesayangannya itu akhirnya berjaya sampai ke kampung dengan selamat.
“Ehh? Nak ke mana tu Lana? Perangai tu hah, tak sopan tau! Mengapa tinggalkan makanan tu tanpa dihabiskan?!” Emak terjerit-jerit dari arah dapur.
“Seroja dah nak bersalin mak! Lana nak hantar ke hospital dulu. Lana pergi ya!” Lana yang sudah berada di luar rumah menjerit kuat supaya emak mendengar jawapan dia.
“Seroja anak Haji Salleh bininya Zaff ke maksud Lana?” Emak tiba-tiba terpacak di muka pintu.
“Ha’ah mak, seorang je pula yang namanya Seroja di kampung kita ni. Syahdu, masuk kereta! Dah mak, Lana pergi dulu ya…”
“Yela, hati-hati Lana!”
Lana cuba memandu dengan tenang walaupun hati sedikit panik. Yela, dia manalah ada pengalaman tentang hal-hal macam ni.
“Kakak kau dekat mana Syahdu?”
“Kat rumah kak. Dia tengah masak tadi, tiba-tiba terkencing dengan banyak sampai basah lantai dapur. Lepas tu kakak jerit-jerit kesakitan!” Lana menjeling gadis sunti di sebelah dengan sebal.
Terkencing apanya? Tu air ketubanlah. Hish…
“Dah tu, kau pergi rumah kakak ni siapa yang temankan kakak kau di rumah?”
“Ada Fayaz kak!” Lana terus tepuk dahi!
“Fayaz adik bungu kau yang baru berumur sepuluh tahun tu?”
Syahdu angguk. Aduh, kasihan betul dengan Seroja. Aizaff Nafees betul-betul spesis lelaki tak guna! Hanya Seroja sahaja yang siap bagi pujian melangit pada lelaki tak guna tu. Keluarga Aizaff ni sama je tahap kesetannya, dah tahu menantu tunggu hari, satu isi rumah pergi melancong pehal? Berkarung-karung kutukan Lana buat keluarga kejam itu.
“Kakak tengah makan ke tadi? Syahdu minta maaf dah ganggu kakak makan.” Lana sedar bola mata Syahdu yang tertancap pada jemari dia yang kotor dengan sisa makanan. Kelam kabut punya pasal sampai tak sempat nak basuh tangan.
“Takpe, kakak dah makan sebenarnya tapi lapar balik. Tu yang melahap sampai tak ingat dunia tu. Kena lagi masakan mak kakak…Pergh! Tak boleh kata tidak Syahdu!”
Syahdu tergelak. Bola mata turun ke perut Lana yang kelihatan sedikit buncit.
“Ada babylah kat dalam tu kan hehe…Sama macam kak Seroja dulu, kuat makan!” Mendengar kata-kata Syahdu, Lana mengusap perlahan perutnya yang mulai terasa menegang keras itu.
“Tak pasti lagi, kakak belum check lagi. Tapi kalau betul, dah nak masuk tiga bulan dah.” Senyum kebahagiaan terukir di wajah.
“Wahh..Bestnya! Pak Samad dah nak dapat cucu! Apa kata lepas hantar kak Seroja Syahdu temankan kakak buat pemeriksaan? Syahdu tahu tempatnya kak. Hari tu, Syahdu juga yang temankan kak Seroja.”
Senyuman Lana kian melebar. Kepala diangguk. Mereka tiba di perkarangan rumah Haji Salleh tidak lama kemudian. Seroja yang tengah berguling-guling kesakitan di ruang tamu dipapah masuk oleh Lana dan Syahdu ke dalam kereta. Adik bungsu Seroja terpaksa dibawa bersama kerana tiada orang lain di dalam rumah tersebut.
“Arghh!!! Sakitnya ya Allahhh!!!” Sepanjang perjalanan, jeritan nyaring Seroja memenuhi corong telinga.
“Arghhh!!!”
“Tahan dulu Seroja! Jangan teran dulu. Kita dah nak sampai hospital dah ni!”
“Kakk!!! Banyaknya darah keluar!!!” Jeritan Syahdu benar-benar membuatkan tubuh Lana menggigil kepanikan. Kereta segera dibawa ke bahu jalan.
“Ya Allah Seroja! Aku kata jangan teran dulu…kau nak aku jadi bidan terjun ke apa ni?” Lana sudah berkalih ke belakang.
Seroja melorotkan seluar kecil yang dipakai lalu mula meluaskan bukaan kaki.
“Dah tak boleh tunggu Lana. Aku dah terasa kepala baby nak keluar. Tolong aku Lana…Arghhhh!!!”
“Ya Allah! Serojaaa!!!”
Dalam kepanikan, Lana menadah tangan di bawah punggung Seroja. Kedua belah kaki Seroja ditolak ke atas hingga menyentuh dada Seroja.
“Syahdu! Kau boleh drive tak?”
“B..Boleh kak, tapi Syahdu takde lesen!”
“Ini kes emergency! Sekarang, aku nak kau gantikan tempat aku dan drive ke hospital! Cepat sikit!”
“T..Tapi kak…”
“Takde tapi-tapi lagi Syahdu. Baby ni dah nak keluar, aku harus buat apa hah? Kalau masih berselaput, aku harus bagaimana? Aku tak tahu apa-apa Syahdu! Kau drive sekarang!!!”
“Arghhh!!!”
“Serojaaa!!! Kau betul-betul nak aku mati kan!!”
“Arghhhh!!!”
“Ya Allah! Ke…Kepala!”
“Arghhhhh!!!”
Blup!
Lana terkesima! Bayi kecil yang cukup sempurna itu menggeliat kecil di dalam dakapannya.
“Kak!!! Kita dah sampai hospital!!!” Air mata menitis laju, saling berbalas tangisan dengan Seroja.
“Welcome to the world, bayi yang comel!” Lana mencium dahi si kecil sebelum meyerahkan bayi yang masih bertali pusat itu kepada Seroja.
Selepas memastikan semuanya selamat, Lana meminta diri untuk balik ke rumah sebentar dan membersihkan diri. Bertungkus lumus dia membersihkan kereta. Walaupun penat, senyuman tak lekang di bibir. Bertapa berharganya pengalaman itu!
Lana kembali semula ke hospital membawa makanan buat Seroja dan adik-adiknya. Melihat Seroja sedang menyusukan bayinya, Lana cepat-cepat merapat. Wajah bayi yang begitu asyik menelan air susu direnung penuh khusyuk. Tampan memang tampan, sebijik macam bapak tak guna dia tu!
“Kata Syahdu, kau mengandung Lana. Tahniah!”
Lana tergelak kecil.
“Aku belum check lagi, tapi memang aku dah tak datang haid. Betullah agaknya. Dah bagi nama tak bayi yang comel ni?”
Seroja angguk.
“Muhammad Aisy…Sentiasa murah rezeki, kaya bukan sahaja harta dunia tetapi adab dan ilmu keagamaan…”
“Aisy…Anak yang baik dan comel…” Bibir Lana menyentuh lembut jemari si kecil.
“Tak sabar nak tunggu adik Aisy lahir, nanti boleh main sama-sama macam kita waktu kecil-kecil dahulu.” Muncung Seroja terarah ke perut Lana.
Lana tersenyum bahagia. Ya! Dia juga sudah tidak sabar mahu melihat darah daging sendiri. Sedangkan memeluk anak Aizaff saja sudah buat naluri keibuan dia melonjak-lonjak, apatah lagi nanti dengan bayi yang dia lahirkan sendiri.
“Aku nak bayi kita membesar bersama-sama Seroja. Kita akan pastikan mereka bakal mengulangi semula apa yang pernah kita lalui di kampung ini nanti. Cool?”
“Yess Lana!” Dan gelakan mereka memenuhi ruang bilik hospital.
“Kalau bayi kau perempuan kita jodohkan…” Usul Seroja.
“Ehh…Mana boleh macam tu, kita jangan jadi orang tua yang kejam Seroja. Hal tu biar mereka tentukan, kita cuma buka jalan. Amacam?”
“Hahahaha…betul! Aku setuju!”
Lana merenung bayi yang sudah tertidur pulas kerana kekenyangan itu. Pipi mungil itu dielus perlahan.
“Pasti kau dah tak sabar kan?” Duga Seroja sambil senyum simpul.
“Ya…Aku tak sabar nak dukung, nak susukan bayi sendiri. Tak sabar nak jadi ibu.” Seraya berkata, perut dielus perlahan.
“Kalau laki kau tak sempat datang, izinkan aku urus kau bersalin ya Lana. Macam yang kau buat dekat aku. Terima kasih Lana!” Mereka berpelukan, masing-masing dikuasai rasa bahagia ketika itu.
Sepanjang perjalanan balik, senyum mekar menghiasi wajah Lana. Dalam minda sudah terlakar wajah bayi yang bakal dilahirkan nanti. Otak ligat mencari nama buat si kecil kelak.
Ketika sampai di perkarangan rumah, ada sebuah kereta asing terparkir. Lana memandang hairan. Siapa yang datang? Melihat pintu dan tingkap rumah tertutup, pasti tiada di rumah. Emak dan bapak dah ke kebunlah tu.
Lana keluar dari perut kereta. Bola mata tak berkalih dari kereta asing tersebut. Melihat figura yang keluar dari perut kereta mewah itu, Lana terus cekup mulut. Malapetaka dah tiba!
“Di sini rupanya kau bersembunyi ya!”
Lana berundur bila wanita berwajah bengis seperti singa kelaparan itu terus mendekati.
“I warned you wahai perempuan tak sedar diri! Jauhkan diri kau dari anak aku!!! Dekat mana lagi yang kau tak faham hah? Asal bodoh sangat?!!! Aku tak pernah jumpa orang kampung sebodoh kau tau tak!” Bahu Lana ditujah-tujah dengan jari telunjuk.
“Kau manipulasi otak anak aku kononnya dia tak buat hubungan seks dengan Lisa. Kau pengaruhi dia supaya lari di majlis akad nikah dia! Sekarang kau ajar dia supaya melawan aku pulak?!!! Kau ingat kau siapa?! Ryu Rozzan anak aku, darah daging aku! Kau ingat dia akan membelakangi aku semata-mata kerana kau?”
Terkejut Lana dengar kata-kata Puan Sri Helena. Rupanya selama ini dia telah salah sangka pada Ryu Rozzan. Selama ini dia ingat Ryu sedang bahagia menyulam kasih dengan Qarlisa, sebab itu langsung tak muncul menjengah dia di situ.
“Puan Sri…jujur, sejak saya berada di sini saya dah tak berhubung lagi dengan Ryu Rozzan.” Nada suara cuba dikawal.
“Kau ingat aku bodoh? Setakat air liur busuk kau tu tak terpakai buat aku perempuan kampung. Ni!” Sebuah sampul surat Puan Sri Helena tarik keluar dari dalam beg yang dikepitnya.
“Tandatangan! Lepas tu jangan muncul lagi depan aku dan anak aku! Dia bakal berkahwin. Lisa dah mengandungkan anak Ryu, cucu aku!” sampul tersebut dilempar ke wajah Lana.
Menggigil tangan menarik isi sampul keluar. Menggelegak darah, namun berusaha ditahan kerana penyakit Puan Sri. Dia tidak mahu ambil risiko, sabar adalah penyelesaian terbaik buat masa ini.
“Memohon cerai kerana sudah tak menyintai suami? Jatuh cinta pada lelaki lain dan mahu berkahwin dengan lelaki itu? Kahwin dengan suami cuma kerana harta? Apa ni Puan Sri?!” Helaian kertas di tangan dia tayangkan depan wajah Puan Sri.
“Nak letakkan seratus peratus kesalahan pada saya? Saya ada maruah Puan Sri. Saya tak perlu semua ini! Saya dah minta Ryu ceraikan saya dengan cara baik, dah Ryu tak nak, saya tak boleh buat apa-apa!”
“Kurang ajar! Berani kau membantah?!!” Tangan Puan Sri naik lalu melayang deras ke wajah Lana. Belum sempat mendarat, Lana tepis hingga tercondong tubuh Puan Sri.
“Jangan keterlaluan Puan Sri! Walaupun saya cuma perempuan kampung, bukan bererti puan boleh sentuh saya sesuka hati!”
“Sialan!!!” Puan Sri cuba menyerang sekali kali. Pergelangan tangan Puan Sri Lana genggam dengan kuat.
“Lebih baik puan balik sekarang sebelum saya telefon polis!” Tangan Puan Sri Lana tolak kuat, hampir terpusing tubuh Puan Sri.
Tak mahu teruskan pergaduhan, Lana pusing badan, mahu masuk ke dalam rumah.
“Perempuan sial!!!”
BUK!!!
Tertunduk kepala bila satu benda keras menghempuk belakang kepala Lana. Pandangan terus berkunang-kunang. Perlahan, tubuh melorot dan terhempas di atas tanah. Di sebelah, turut terhempas sebiji batu sebesar penumbuk dewasa.
Puan Sri Helena menghampiri. Tanpa sepatah kaki, kaki terus memijak dan menendang-nendang tubuh Lana.
“Ja..Jangan…” Lana berusaha menutup perut dengan kedua belah lengan.
“Baik kau mampus!!! Hidup pun cuma menyusahkan orang lain!!!” Puan Sri Helena semakin bertindak ganas, tak cukup kaki menendang, tangan menarik rambut serta menampar wajah Lana.
“Arghh!!!” Lana menjerit bila bahagian ari-ari terasa seperti dicucuk-cucuk sembilu. Air mata mulai mengalir deras.
“Makkk!!! Bapakkk!!!” Semakin nyaring jeritan Lana bila terasa ada cecair mengalir di pangkal paha.
“Jangan…Tolong jangan…My baby…”
Puan Sri Helena terkedu! Terus berundur menjauhi Lana. Tambah terkejut bila lihat seluar yang dipakai oleh Lana perlahan bertukar warna.
“K..Kau…Me…Mengandung?” Puan Sri mencekup mulut. Wajah berubah jadi panik!
“Ya Allah!! Lanaaa!!!” Emak hampir melompat turun dari motor yang ditunggangi bersama bapak.
“Puan Sri!!! Ya Allah…Apa puan dah buat?”
Haraees Reza!!!
Sian Lana T~T
Share this novel