BAB 42

Humor Completed 411630

“Korang berdua buat apa? Elok-elok pokok mempelam tu tumbuh cantik dekat situ, kenapa dilempar pula? Nak rosakkan ke?”

Lana dan Ryu saling berbalas pandangan. Ryu dengan selambanya menyumbat kasut tersebut ke dalam genggaman Lana. Terus Ryu pandang lelaki yang kelihatan sedikit berusia dari mereka berdua, sedang memakai pakaian seragam pembersihan.

“Tak bang. Perempuan ni yang teringin sangat nak makan mempelam tu, saya cuma tolong jatuhkan beberapa biji buahnya je.”

Tak percaya sungguh Ryu boleh cakap macam tu! Lana terlopong memandang Ryu Rozzan. Ryu membeliakkan mata, seolah memaksa Lana untuk mengakui apa yang dikatakannya itu.

“Ahh, mengidam ke? Dah berapa bulan?” Lelaki itu terus memaku pandangan ke arah perut Lana. Ryu kelihatan sedikit tersentak, lantas turut menggolekkan bola mata ke perut Lana.

Lana senyum sumbing. Dijeling sebentar pada Ryu yang kelihatan begitu tekun merenung perutnya.

“Err…Saya nampak macam mengandung ke bang?” Tawa janggal terletus di bibir Lana. Serius, dia jadi janggal bila diperhatikan dengan tajam oleh kedua-dua lelaki itu.

“Tak kot, mengandung lemak je tu. Dia ni memang kuat makan bang! Letaklah apapun jenis makanan kat depan dia, semua dia balun bang!” Ryu menyampuk sambil pamer wajah yang terhias dengan senyuman penuh mengejek.

Lana ketap rahang. Geram sungguh! Asyik dia je mamat ni kenakan tau. Cari pasal betul!

“Adik ni dah kahwin? Abang dah punya enam orang anak, pandangan abang ni tak mungkin silap.” Sambil berkata, bola mata lelaki itu terus meneliti Lana.

Lana jeling Ryu. Ryu membulatkan mata seolah memberi amaran pada Lana supaya dia tidak dilibatkan. Cis, bedebah!

“Saya memang dah kahwin bang. Tapi laki saya mungkin dah tak mahukan saya, dia dah lupakan saya bang. Jadi, tidak lama lagi saya bakal jadi janda kut.” Sengaja dia kuatkan suara. Sengaja dia tekan perkataan janda tu supaya lelaki di sebelah terasa!

Ryu pantas memandang Lana dengan tajam. Marah ke tu? Kata tak ingat kan?

“Laa, kenapa jadi macam tu? Dah tak boleh diselamatkan lagi ke? Takpelah, adik ni muda lagi, cantik pula tu! Pasti ramai yang datang berebut lepas ni. Tunggu sekejap ya. Ada cara nak ambil buah mempelam tu, jangan dibaling nanti rosak kerimbunan pokok tu.” Usai berkata, lelaki itu terus berpaling lalu berlari anak ke belakang bangunan.

“Kau sengaja sindir aku kan tadi? Akulah laki yang kau kutuk tadi kan?” Ryu terus menyembur. Wajah kelat dan bengang.

“Taklah! Aku kata laki aku, bukan Ryu Rozzan. Kau kan tak kenal aku? Terasa ke? Siapa makan cili dialah terasa pedasnya, tak gitu?” Terbiut-biut bibir Ryu Rozzan mendengar jawapan balas Lana.

“Mana satu buah yang adik nak tadi?” Ryu mengetap bibir, niat untuk menyembur terpaksa ditangguhkan bila lelaki tadi sudah menghampiri dengan sebuah penjolok besi di tangan.

“Yang tu bang. Yang sudah hampir masak tu.” Entah mengapa, tiba-tiba Lana jadi terliur melihat buah yang bergantungan di atas pokok itu. Awal-awal tadi takde rasa tu, tapi bila kerap dipandang keinginan mahu merasa membuak-buak.

Dengan sekali jolok, beberapa buah mangga jatuh ke tanah. Terlompat-lompat Lana kegirangan. Dia terus berlari anak mendapatkan buah-buah mangga tersebut. Lana berlari ke paip yang digunakan untuk menyiram pokok-pokok bunga di taman tersebut yang terletak di tepi bangunan.

Selepas mencuci bersih buah-buah itu, lelaki yang baik hati itu datang memberikan Lana sebilah pisau kecil.

“Jaga kandungan tu elok-elok ya dik, tidak semua wanita bernasib baik mampu melahirkan zuriat sendiri. Masalah sentiasa datang dan pergi, tapi anugerah Tuhan yang satu ini belum tentu akan diberikan lagi pada masa akan datang. Percayalah, bahagia itu pasti. Kita hanya perlu bersabar dan berserah padaNya.” Lana renung lelaki itu dengan mata berkaca-kaca. Ya, dia akan semat nasihat itu di dalam hati.

“Terima kasih bang.”

“Pisau tu nanti letak je kat situ. Abang nak buat kerja yang tertangguh tadi.” Selepas kelibat lelaki itu hilang dari pandangan, Lana terus membuang kulit sebiji mangga. Hampir menitis air liur melihat isi kuning terang yang amat menyelerakan di matanya.

Tak toleh kiri kanan lagi, Lana terus melahap dengan wajah terpamer penuh kebahagiaan. Habis sebiji, diambil lagi sebiji.

“Hoi!!!” Terperanjat sungguh, hampir terbuang buah mangga di tangan gara-gara jeritan nyaring tersebut.

“Kau ke aku yang nak makan buah tu hah?!” Lana renung buah di tangan kemudian bola mata beralih pada Ryu yang terkial-kial menggerakkan kerusi roda menuju ke arahnya.

“Sampai berpeluh ketiak aku menunggu, tak muncul-muncul! Rupanya kau memang berniat nak makan sorang kan? Busuk hati betul! Betullah kot apa yang aku kata tadi, kau memang dasar pelahap!” Terketap rahang bila Ryu terus-terusan mengenakan dirinya! Melampau betul mamat ni sekarang ya, mentang-mentang sana sini berbalut, apa mamat ni ingat dengan keadaan dia seperti itu dia boleh buat ikut sedap hati dia je?

“Ah…Kau nak tengok bagaimana pelahap makan tak?” Habis sebiji isi mangga Lana balun, dikupas lagi sebiji.

“Hey! Aku punya? Bagilah aku yang tu!!!” Lana buat tak dengar, terus disumbat hirisan isi mangga ke dalam mulut. Sampai ada yang tak sempat dikunyah, terus ditelan gara-gara terlalu geram dengan Ryu Rozzan dan tak ingin dia beri walau sehiris pun isi mangga itu pada lelaki bermulut puaka itu.

“Lisa Alanaaa!!!”

Glup!

Hirisan terakhir dari buah yang terakhir kini telah selamat berada di dalam perut Lana. Merah padam wajah Ryu saat itu. Bahu naik turun dengan laju. Lana pusing badan, membasuh tangan dan bibir yang comot gara-gara kelam kabut makan.

Tangan yang basah dilap pada seluar. Kemudian, Lana pusing semula badan menghadap Ryu Rozzan. Sengih lebar sampai ke telinga sambil gosok-gosok perut yang kekenyangan.

“Kau! Kauuu!!!” Ada getar pada suara tempikan Ryu Rozzan. Pasti kemarahan berada di tahap maksima.

“Thanks sayang. Baby kita dah kenyang dah!” Sambil berkata, perut yang sedikit timbul digosok perlahan.

Ryu terdiam sekejap, bola mata turun merenung perut Lana.

“Kau saja nak larikan topik supaya kau dapat lepaskan diri kan?” Duga Ryu dengan wajah berkerut seribu. Lana mencebik. Memang tak guna cakap dengan lelaki otak dah terbalik gara-gara terhantuk aspal ni!

“Aku nak mangga tu Lana! Aku nak mangga tu! Kau pergi jolokkan sekarang! Aku takkan balik selagi aku tak makan buah tu!”

Oh dear!

Why di mata Lana sekarang terlihat Ryu Rozzan tersangatlah mengada-ngada? Wajah masam mencuka, bibir muncung sedepa. Pipi merah sampai hujung hidung mancung tu pun bertompok warna merah. Cute and adorable…eh! Cepat kepala tergeleng. Terbabaslah pulak!

“Ada tangan kan? Tak cacat kan? Kau pergilah jolok sendiri! Aku nak berhibernasi. Perut dah kenyang, hatipun senang! Goodbye Ryu. Akanku tunggu hasil pendapatanmu underneath pokok mangga! Emuaaahhh!” Sebuah flying kiss diberikan pada Ryu. Siap dibagi free kenyitan mata penggoda lagi. Entah apa tujuan, terlebih gula mangga agaknya!

“Lana! Lanaaa!!! Why so kejam? Aku nak…”

“Hadeyyy!!! Dekat sini rupanya menatang dua ekor ni! Lenguh aku cari satu bangunan, korang tau tak?!” Kata-kata Ryu terhenti bila dicuras oleh satu suara maskulin.

Serentak kepala Lana dan Ryu terpaling ke arah suara tersebut. Lelaki yang masih kelihatan sedikit kepenatan itu terus menarik keluar henfon dari dalam kocek.

“Monyet berdua ni ada kat taman belakang hospital!”

Monyet? Ahh…Haraees Reza memang macam tu! Semua dia gelar monyet, tak sedar badan sendiri ditumbuhi bulu lebat! Lihat saja wajah yang dipenuhi bulu yang ditrim dengan kemas, menyerlahkan kekacakan dan kemachoan wajah terukir sempurna itu.

“Raees! Kau boleh memanjat kan?” Hampir terlopong mendengar pertanyaan Ryu. Tak habis lagi mamat ni dengan pokok mangganya tu. Lana terus geleng kepala. Haraees renung Ryu dalam keadaan bingung-bingung.

“Kau nak suruh aku panjat apa dengan seluar slack dan kemeja aku ni Ryu?” Ryu terus meneliti pakaian yang melekat sempurna di tubuh perfect Haraees. Argh! Hati kecil merungut sebal. Yang Raees pakai baju ngam-ngam muat di badan tu pehal? Saja nak tayangkan tubuh berotot tu ke apa? Dasar minta puji ah Haraees ni. Ryu hanya berani mengutuk dalam hati jela. Dia perlukan khidmat tenaga Haraees sekarang.

“Tu…”Jari telunjuk Ryu terus terarah ke pokok mangga. Haraees memandang hairan.

“Kau panjat dan ambilkan buah tu untuk aku!” Haraees terus herot bibir.

“Kau nak aku balik separuh bogel ke apa? Walaupun aku boleh je panjat, aku takkan buat dengan pakaian aku yang macam ni Ryu! Kau nak mangga je kan? Pesan je dekat budak delivery!”

“Aku nak yang tu, buah dari pokok tu kau faham ke tak ni?! Aku cuma mahu buah yang jatuh dari pokok tu bukan dari tempat lain! Tolong aku Raees, aku dah tak tahan ni!” Haraees mendekati lalu disentuh dahi Ryu.

“Kau ni dah kenapa Ryu? Mengalahkan perempuan mengidam tau tak! Ahh…aku faham sekarang, ini pasti pasal Lisa tu dah mengan…erk!” Terhenti bila terpandang Lana.

“Takde penjolok ke?” Cepat-cepat dibabaskan kata-kata. Haraees berdehem halus, sambil menjeling Lana yang buat tak tahu dengan kata-katanya tadi.

“Ada tapi dah dibawa oleh lelaki yang bersihkan kawasan ni tadi!”

“Ahh, itu Bobby! Jap, aku cari lelaki tu dan dapatkan penjolok supaya kau dapat makan mangga yang jatuh hanya dari pokok mangga tu!” Hampir tergelak Lana dengar sindiran bernada sinis Haraees Reza. Terbiut terus bibir Ryu.

“Hah! Kau nak ke mana pula tu? Siapa nak bawa aku naik ke bilik nanti?!” Ryu terus menyergah bila lihat Lana buka langkah, seolah mahu pergi dari situ.

“Nak duduk, lenguh!” Lana jawab pendek lalu meneruskan langkah menuju ke kerusi panjang. Ryu terkulat-kulat mengekori. Lana jeling, biar! Bagi mamat tu exercise sikit, bisik hati kecilnya.

Ryu berhenti di sebelah Lana. Buat seketika, Ryu hanya merenung tanpa bersuara. Lana mulai rasa tidak selesa.

“What Ryu Rozzan?” Akhirnya Lana bersuara bila tidak tahan menerima renungan tajam Ryu.

“Kau mengandung?” Terpacul soalan itu dari bibir Ryu. Lana diam, wajah terus ditundukkan.

“Ia sepatutnya kembar.” Luah Lana dengan suara hampir tidak kedengaran. Bola mata masih menekur hujung kasut, langsung tidak berani diangkat untuk memandang Ryu.

“Ryu Rozzan!!!” Ryu Rozzan membuang keluh. Siapa lagilah yang datang, asyik nak kacau daun! Hati terus merungut.

“Mak kau adalah wanita paling menyusahkan! Kau tau tak apa mak kau tu dah buat hah?!” Doktor Fiona dah terpacak di depan mereka berdua, bercekak pinggang dengan wajah tegang.

“Cuma setengah hari! Mak kau tak jumpa kau cuma setengah hari, dia boleh pergi terjah Biro Pengaduan Awam dan melaporkan kakitangan hospital ni melayan pelanggan dengan teruk? Tak kurang ajar ke macam tu? Adakah kakitangan dekat sini yang mengasari mak kau hah?! Takde kan? Pehal mak kau tu Ryu? Susah sangat kau keluar je dari hospital ni, biar mak kau tu jaga kau dua puluh empat jam!” Menggigil tubuh doktor Fiona ketika menghamburkan semua isi hatinya.

Sekali lagi, Ryu hanya mampu melepaskan keluhan berat. Dahi diurut perlahan. Lana memandang penuh simpati.

“Mummy mana Fiona?” Ryu bertanya dengan suara lemah.

“Tak tahu! Pengarah terus call papa kau sejurus selepas dihubungi oleh BPA. Aku nak kau isi borang minta dikeluarkan dari hospital ni! Aku tak nak berurusan dengan pelanggan macam mak kau tu lagi, faham tak?” Doktor Fiona mengalih mata ke arah Lana.

“Lana! Jom temankan aku. I need a friend now you know, lesen aku mungkin digantung. Nampaknya, aku terpaksa jadi pengemis lepas ni huhu…” Lana bingkas bangun lalu memaut lengan doktor Fiona yang dah macam nak menangis je ketika itu.

“Aku akan temankan kau Fiona. Even kau jadi pengemis pun, aku tetap di sebelah kau, kita mengemis sama-sama lepas tu hasilnya kita bagi dua. Cool?”

“Ish!” Fiona menampar bahu Lana manja-manja gitu.

“Kita nak ke mana?”

“Tempat hiburan paling best di alam semesta dan dipenuhi lelaki kacak dan kaya..Pub!”

Mati terus senyuman Lana. Pub? Tidak jadi mahu melangkah. Lana pandang wajah Fiona dengan ragu-ragu. Seriuske minah ni?

“Lisa Alana! No!!! I forbidden you…”

“Mangga dah jatuh!”

“Ya Allah! Pakcik tua, buat apa atas pokok tu? Tak takut retak tulang temulang yang dah kekurangan kalsium tu ke?!!!”

Ryu mencengkam kuat pemegang kerusi roda di sisi. Terbakar sungguh saat itu. Apatah lagi kata-kata yang terlontar selalu tanpa noktah akibat ada je manusia tak berhati perut mencantas laju.

Haraees Reza yang sedang berdiri di sebatang dahan yang agak besar di atas pokok mengetap rahang. Hampir saja dilempar mulut longkang anak buahnya itu dengan buah mangga di tangan. Menjatuhkan point betul!

“Asal kau gelar Haraees pakcik tua?” Lana berbisik perlahan.

“Sebab perangai menyebalkan dia tula, macam orang tua-tua!”

Serentak mereka berdua terkekek.

“Lisa Alana! I forbidden you to…”

“Ahhh just shut up Ryu! Kau dah hilang ingatan kan? Kau tak ingat siapa Lana ni pada kau kan? So, just zip your mouth and bergembiralah ditemani bakal isteri annoying kau tu! Jom Lana, toksah layan Ryu Rozzan tu!” Fiona terus menarik tangan Lana untuk pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience