“Nak makan apa?” Dengan selamba, Ryu hulur menu pada Lana.
Walaupun hati masih sakit bila dipaksa menggantikan tempat wanita lain yang sepatutnya keluar lunch dengan boss playboy itu, bila bola mata melirik menu yang terdapat di restoran mewah tersebut, air liur hampir menitis jatuh. Tak guna!
Laju je tangan Lana mengambil menu yang dihulurkan. Lancar mulut menyebut menu pilihan. Main course dua jenis, sup dua dan dessert tiga. Minuman satu jug! Semua untuk dia seorang. Hah, kasi bangkrupt jangan alang-alang boss berlagak tu.
Tergeleng kepala Ryu Rozzan. Menu bertukar tangan. Ryu meneliti sekejap menu di tangan. Hanya satu main course dipesan. Selepas pelayan itu beredar, Ryu memaku pandangan tajam.
“Kau boleh habis ke semua tu?” Perli Ryu dengan sinis. Lana sengaja gelak kuat.
“Aku makan berdua, kau lupa yang anak kau ni pun nak makan juga!”
Ryu membuang pandangan. Wajah nampak sedikit berubah.
“Anak aku?” Ulang Ryu dengan suara dalam.
Lana menatap Ryu dengan mata serigala. Inilah lelaki kan, dah sedap buat lepas tu buat muka macam tak nak mengaku dia punya! Hati mulai membengkak semula.
“Apa maksud kau Ryu? Kau nak kata anak ni bukan anak kau, macam tu?” Lana terus menyembur. Bola mata mulai berkaca. Ah, sensitif betul dia sejak akhir-akhir ni. Sikit-sikit nak nangis, lepas tu tak kira tempat. Kalau nak jatuh terus jatuh macam air hujan. Benci betul!
“No Lana! Jangan sensitif sangat boleh tak? Dahlah, tukar topik!” Ryu membentak sebal. Tambah bengkak hati Lana bila Ryu jawab dengan suara tinggi. Hampir jatuh menitik air mata. Ryu mendecit halus.
“Jangan buat muka macam tu boleh tak? Aku minta maaf kalau aku silap cakap. Kita datang sini nak makan kan?” Ryu menarik sehelai tisu dari kotak tisu. Punggung terangkat sedikit ketika tangan dilunjurkan untuk mengelap air mata di pipi Lana.
“Memang kau macam ni eh masa kita bercinta dulu? Sikit-sikit nak nangis, cengeng! Aku musykil betul, macamana aku bertahan sampai kahwin dengan kau ek?” Mungkin Ryu anggap kata-katanya itu biasa-biasa je, tapi Lana yang mendengar benar-benar rasa hati terhiris sembilu tajam. Air mata berjujuran jatuh. Ryu mulai panik.
“Kau ni kenapa Lana? Dah, jangan nangis please. Orang tengok tu. Malu kita! Nanti mereka sangka aku buli kau pulak.” Bukan tak ditahan, tapi nak jatuh juga!
Lana terus tunduk menyembunyikan wajah. Malu memanglah malu bila diri jadi perhatian, tapi nak buat macamana. Takkan nak korek biji mata ni pula kan? Terkejut sungguh bila Ryu berkalih tempat duduk. Dari duduk bertentangan Ryu pindah dan duduk di sebelah Lana.
Tangan Ryu melingkar di bahu kemudian ditarik Lana bersandar di tubuh sasanya. Kepala Lana juga Ryu tarik dan direbahkan di bahu kekarnya. Terbuntang terus bola mata Lana. Kepala Lana diusap perlahan. Ryu buat macam mahu menenangkan kanak-kanak tantrum.
“Psyttt…it’s okay Lana. Tak payah nangis, aku takkan tinggalkan kau.” Pantas kepala cuba dibangunkan untuk memandang Ryu. Dia mahu jawab kata-kata mencarut Ryu. Macamlah dia nangis kerana tak mahu Ryu tinggalkan dia!
Malangnya, Ryu pegang kepala Lana. Langsung tak boleh digerakkan. Celaka betul playboy ni!
“Aku akan cuba terima kau dan bayi tu dalam hidup aku walaupun aku langsung tak ingat apa-apa. Kau dah jadi isteri aku yang sah. Ertinya aku memang cintakan kau bukan? Kalau tak takkanlah aku setuju nak kahwin dengan kau.”
Lana gigit bibir bawah. Semakin sakit hati! Ryu ni sebenarnya cuba nak memujuk ke cuba nak meranapkan sekeping hatinya?
“Your food is ready sir…” Kehadiran pelayan membawa makanan akhirnya berjaya membuatkan Ryu melepaskan Lana.
“Enjoy your meal. You guys are a great match, perfect couple.” Ryu mengangguk tenang, bola mata mengiringi pemergian si pelayan dengan tatapan tajam. Selepas kelibat gadis itu tidak lagi kelihatan, Ryu membuang nafas kuat.
“Did you hear that? She must be blinded…Lana!” Tidak jadi meneruskan kata bila lihat Lana sudah melahap laju, seolah takut je makanan di atas meja itu direbut orang. Lebih menyebalkan…makanan yang sudah tinggal separuh di pinggan itu sepatutnya untuk dia, bukan untuk Lana!
Nak cakap pun dah tak guna, tinggal sejemput dibaham oleh raksasa betina di depannya itu. Ryu menghenyak tubuh di penyandar, lengan naik berlipat di dada. Sedar diri jadi perhatian, Lana menghentikan suapan lalu menentang bola mata Ryu Rozzan.
“Kau tak makan ke?” Ryu geleng. Dah dibaham yang dipesan, mati terus selera dia.
“Then…aku habiskan eh?” Macam mata kucing parsi, bulat kelip-kelip menatap Ryu. Tak sedar Ryu telan air liur. Ehh minah ni asal comel begitu?
“Teruskan Lana…” Seraya berkata, bola mata dilarikan. Tak mahu menatap Lana lama-lama, lain macam getar yang hadir menggoncang jiwa.
Sengih sampai telinga Lana mendengar kata-kata Ryu. Sedang asyik membaham, tiba-tiba Lana berhenti lalu menegakkan badan. Ryu pandang hairan. Mulut terketap rapat. Dada ditumbuk-tumbuk dengan buku lima.
“Kenapa Lana?” Panik bila lihat Lana diam. Hanya bola mata hampir tertonjol keluar.
“Kau…kau tersedak kan?!” Ryu memusingkan tubuh Lana menghadapnya. Lana terus geleng. Wajah mulai pucat lesi. Ryu semakin panik. Wajah dirapatkan. Kononnya mahu meneliti keadaan Lana sebelum bertindak jadi sang penyelamat.
“Bueakkk!!!”
“Sh*t!!!”
“Buek! Uwek! Wek!”
“Lisa Alana…” Lembik dan pasrah je suara Ryu ketika menyebut sebaris nama itu.
Habis isi perut dimuntah keluar. Ryu hanya mampu menggeleng. Wajah dan seluruh badan dipenuhi muntah Lana. Nak bising pun tak berguna! Beberapa orang cleaner datang bersama setroli alat pembersihan setelah dipanggil oleh Ryu.
Ryu terpaksa menebalkan muka ketika membawa Lana ke tandas untuk membersihkan diri. Ketika dia keluar dari tandas lelaki, Lana masih tak muncul-muncul dari tandas perempuan. Badan mulai menggigil. Baju basah lencun, kena lagi kawasan berhawa dingin. Macam berada di kawasan berais!
“Dear Lisa Alana! Are you okay in there?” Sambil mengetuk-ngetuk daun pintu tandas, Ryu bersuara kuat.
Selepas lebih kurang lima minit, baru daun pintu terbuka. Lana muncul dengan wajah pucat lesi. Timbul pula rasa kasihan melihat wajah kelelahan itu.
“Okay tak ni?” Ryu bertanya dengan suara lebih lembut. Lana geleng kepala.
“Rasanya aku tak mampulah nak kerja hari ni boss. Aku nak balik boleh?” Lemah suara terlontar.
“Aku hantar kau balik.” Putus Ryu laju. Bahu Lana segera dipaut bila lihat gadis itu hampir rebah ketika mahu melangkah.
-
-
-
“Huarghhh!” Segar bugar! Menggeliat dengan penuh rasa bahagia. Menguap dengan mulut ternganga luas boleh muat bola tennis.
“Kau tahu tak berapa lama kau tertidur?”
Huish! Pantas Lana menegakkan badan. Bola mata bergolek laju dan bertaut dengan Ryu Rozzan yang sedang duduk dengan kaki bersilang di sofa dalam bilik. Lana pandang sekeliling. Bilik Ryu Rozzan. Di rumah agam milik Ryu Rozzan!
“Dari aku bawa kau balik lebih kurang pukul dua petang kemarin, kau tidur sampai jam sebelas pagi ini. Kalau saja mummy ada, pasti teruk kau dibaham!” Lana garu dahi. Serius? Begitu lama dia tidur? Agaknya makanan di restoran tu kena bubuh ubat tidur tak?
Teringat makanan, perut terus berkeroncong. Berdondang sayang si gendang gendut dengan kuatnya, mungkin sampai ke pendengaran Ryu Rozzan. Lana meleretkan senyum sumbing.
“Kau dengar bunyi tu tak?” Tanya Lana sambil usap perut. Ryu hanya memandang tajam. Bibir terherot.
“Baby dah lapar.” Sambung Lana tanpa rasa malu. Lapar punya pasal, hilang malu. Ryu buang nafas keras lalu bingkas berdiri.
“Pergi mandi, busuk!” Seraya berkata, Ryu menonong keluar.
Yes! Pasti Ryu turun untuk order makanan yang sedap-sedap untuknya. Girang, Lana buang selimut yang menutup badan. Jatuh rahang bila sedar dia memakai baju tidur tanpa lengan kain satin berkualiti tinggi. Seksi! Lana terus melompat turun akibat terperanjat.
Bercampur baur perasaannya saat itu. Ya! Siapa lagi yang menukar pakaiannya kalau bukan Ryu kan? Yang itu dia taklah kisah sangat, Ryu masih suaminya, masih halal menyentuh dia. Yang bikin panas hati, baju tidur seksi itu bukan milik dia!
Ya, bukan milik Lisa Alana! Dia tak pernah beli mahupun diberikan baju tidur seseksi itu! Terasa hati benar-benar dipulas-pulas saat itu. Hanya seorang yang dia yakin sanggup dan berani memakai baju seksi dan gedik macam tu!
Dengan hati meruap-ruap, Lana turun mengejar Ryu Rozzan. Mencari seketika kelibat lelaki itu yang mana akhirnya dia jumpa di dalam ruang dapur sedang memanaskan sesuatu di dalam microwave. Mendengar derap kaki kasar seolah sengaja dihentak-hentak menghampiri, Ryu segera menoleh.
Terpegun sebentar melihat Lana bercekak pinggang di hadapannya dengan rambut mengerbang macam kuntilanak baru keluar dari kubur. Bola mata turun melihat separuh dada putih mulus yang terdedah hingga menampakkan lurah dendam super dangerous. Terus tertelan sedas air liur!
“Kau buat apa ni Ryu Rozzan?” Ryu cuba mengalihkan bola mata bila Lana merenung tajam padanya. Terasa begitu janggal reaksinya. Serba tak kena!
Cuba berpeluk tubuh, ah tak jadi. Macam tak best. Sebelah tangan yang bersilang naik menggosok janggal pipi. Ah, tak macho…macam koyak je depan Lisa Alana argh!!!
“Answer me Ryu Rozzan!” Hampir bergolek jatuh taik telinga dengar jeritan nyaring Lana.
“Can’t you see?” Sebelah tangan terus menunjuk ke arah microwave.
“I’m trying to cook something for you. Tak cukup baik lagi ke aku? Tak reti berterima kasih langsung…” Ryu ni, macam bergumam dengan diri sendiri tapi suara sengaja dikuatkan. Nak bagi orang dengarlah tu! Saja nak simbah minyak pada api yang memang sedia marak.
“Baik? Kau rasa kau baik? Ni, baju ni! Kenapa kau pakaikan aku baju ni?” Ryu merenung sebentar baju yang melekat di badan Lana. Hampir menitis air liur dari celah bibir, celaka!
“Kira okaylah dari aku biarkan kau telan…erk! Tak berpakaian!”
Makin marak bola mata Lana. Ryu tersengih beruk. Terlanjur perahu boleh diundur, terlanjur kata…buat muka tak bersalah jela kan.
“Masalahnya Ryu Rozzan, ini bukan baju aku! Kau bagi aku pakai baju perempuan gedik tak tahu malu tu! Aku tak suka!” Ryu membesarkan mata. Mulut sedikit terbuka.
“Perempuan? Mana ada perempuan lain kat sini selain kau?”
“Aileen Qarlisa Ryu!” Ahhh… baru dia faham. Kepala terangguk-angguk.
“Tak Lana. Aku rasa baju tu untuk kau. Ianya masih baru dan tersimpan di kotak cantik di dalam almari pakaian. Aku beli untuk kau kot, tapi tak terbagi. Ada kad tertulis dear my wife… kaulah tu, takkan Lisa pula kan?”
Lana terperangah! Hilang kosa kata. Untuk dia? Baju seseksi tu? Lana tunduk merenung diri. Baru tersedar bertapa seksinya dia saat itu. Patutlah mata Ryu tak berkalih malah tak berkelip memandang! Cis, bedebah! Lana pusing badan, berlari anak naik ke atas semula tanpa pamitan. Tercengang-cengang Ryu dibuatnya.
Setengah jam menunggu, akhirnya Lana muncul semula. Dah wangi! Ryu memaku pandangan dengan mulut terkunci rapat.
“Aku lapar Ryu.” Keluh Lana perlahan sambil pegang perut. Ryu yang sedari tadi duduk di kerusi makan mengangkat punggung.
“Duduklah, aku dah masak.” Bersinar-sinar bola mata Lana menatap Ryu. Senyum manis tersungging. Pantas punggung dihenyak atas kerusi.
Lana telan air liur bila lihat mangkuk yang masih berasap Ryu letak di atas dulang. Leher dipanjangkan untuk mengintai. Haruman yang terbit mengundang selera. Sebaik saja mangkuk berisi makanan itu diletak di depan Lana, wajah terus berubah.
“Bubur?” Ryu angguk sambil melebarkan senyuman.
“Kau rasa aku kenyang ke makan ni?” Mati senyum lebar di wajah Ryu. Punggung terus dihempas atas tempat duduk bertentangan Lana.
“Aku penat masak tau, sampai tengok youtube nak masak benda alah ni untuk kau.”
“Siapa suruh kau masak? Order makanan luar kan senang? Pizza ke, McD ke, KFC…anything! Tak nak bubur!” Ryu membeliakkan mata.
“Itu semua tak berkhasiat untuk baby! Tak payah. Makan ni je.”
“Tak nak!” Lana buang muka. Bergerak-gerak rahang Ryu menahan geram.
“Tak nak sudah, aku buang!” Ryu bingkas bangun, mahu mengangkat mangkuk berisi bubur untuk dibuang ke dalam tong sampah. Melihat wajah bengang Ryu, laju tangan Lana menahan.
“Okay okayyy aku makan. Tak elok membazir. Nanti rezeki jadi sempit.” Lana tarik semula mangkuk mendekatinya. Perlahan, sudu terisi penuh disua ke mulut. Ryu peluk tubuh sambil merenung tajam.
“Sedap!” Keluar pujian dari bibir. Wajah kembali ceria. Terus terukir senyum semanis madu di wajah tampan Ryu. Badan ditarik merapat ke arah Lana.
“Sedap kan? First time aku masak tau. Nak aku masak lagi tak?” Ceria sungguh nada suara.
“Tak nak!” Jawapan yang memusnahkan kebahagian yang baru mulai menapak. Wajah kembali kelat.
“Why? Kau kata sedap kan?”
“Aku tak nak bubur Ryu. Aku nak pizza yang penuh dengan cheese meleleh, nak burger nak ayam goreng.” Ryu merengus kuat. Bibir terherot-herot.
“Itu semua…aku tak reti masak!” Giliran Lana mencebik.
“Tak payah masak Ryu. Kita order…ajum!” Lana bingkas bangun, semangat sungguh bila ingat semua makanan yang menyelerakan dari restoran segera.
“Habiskan dulu bubur tu Lana. Penat aku masak.” Lana cepat-cepat duduk dan mulai makan dengan laju. Dia telan terus tanpa dikunyah, memang tak payah kunyah pun.
Mangkuk kosong ditunjukkan pada Ryu dengan senyum meleret di wajah. Ryu geleng kepala lalu bingkas bangun. Lana cepat-cepag mengekori di belakang.
“Pizza with extra cheese dua, any type of pizza yang penting thin crust aku and large size. Erm…nak sushi boleh? Dan ayam goreng. Erm…”
“Shut up!” Kata-kata terbantut bila Ryu tekap mulut Lana dengan tapak tangan. Kepala Lana ditarik hingga tersembam di dada Ryu.
“Kau banyak bunyi aku tak nak order!” Nak bunyi macamana lagi kalau wajah dia dah terang-terang Ryu gamkan di dada sasa yang berbau sangat harum dan… Eh, tak! Cepat-cepat Lana usir pergi fikiran yang bukan-bukan itu.
Sampai selesai urusan memesan makanan, Ryu masih tak lepaskan Lana. Badan sudah disandarkan di badan Ryu kerana leher dah mulai lenguh asyik terteleng.
“Ryu, boleh lepaskan tangan kau sekarang tak? Aku takkan bunyi, promise!” Ryu menaikkan bola mata buat seketika untuk menatap Lana. Kemudian jatuh semula memandang skrin telefon.
“Aku terlepas meeting penting hari ni Lana.” Keluh Ryu perlahan.
“Aku kena pujuk semula klien untuk buat temujanji baru. Bagi aku sedikit masa untuk selesaikan kerja.” Lana terus diam walaupun dalam hati sangat-sangat tak puas hati.
Buatlah kerja tu, dia bukan kacau pun. Ni masih tak nak lepaskan kepala dia pehal? Mau patah tengkuk ni tau! Hati terusan merungut-rungut tapi tak berani bunyi.
“Lana…” Ryu tiba-tiba memanggil lembut. Lana terus memaku pandangan.
“Sebelum aku…kau punya boyfriend tak?” Lana pandang curiga. Ah, nampaknya Ryu dan mulai berminat nak tahu tentang latar belakang dialah ni.
“Yup, first love aku. Bercinta sejak zaman persekolahan. Tapi takde jodoh sebab lelaki itu curang di depan mata aku.”
“Kau masih berhubung dengan dia?”
“Berhubung tu tak, tapi sekali sekali pernahlah terserempak. Mengapa kau tiba-tiba bertanya?” Ryu geleng kepala. Bola mata tidak berkalih dari skrin henfon.
“Andai suatu hari, aku tetap tak ingat siapa kau…adakah kau akan berputus asa dan kembali pada lelaki itu?”
Lana terpempan sebentar. Tak sangka Ryu akan mengutarakan soalan tersebut.
“Lelaki itu…masih setia menunggu kau kan?”
Tersentak! Teringat pertemuan tak disengajakan dengan Aizaff di hospital. Adakah Ryu melihatnya? Cuak! Mengapa ada rasa itu? Dia tak curang kan?
Share this novel