BAB 6

Humor Completed 411630

Apa sudah jadi?!!

Lana kuak mata luas-luas lalu pandang sekeliling. Di manakah dia berada? Oh damn!!

Lana bingkas bangun sebaik sahaja teringat bos tua miang keladi itu! Ya Tuhan!! Janganlah sampai terjadi apa yang sedang bermain di minda saat itu.

Lana terus memeriksa diri sendiri. Selimut yang membaluti tubuh segera dilorotkan. Ah..Masih juga lengkap berpakaian. Syukur! Tapi mengapa dia berada dalam sebuah bilik mewah, sebuah bilik hotel lebih tepatnya!

Lana mulai panik bila dengar bunyi air jatuh membasahi lantai di dalam bilik mandi. Siapa? Lana melompat bangun, dia harus pergi bukan? Namun belum sempat kaki pijak lantai, pintu kamar mandi terkuak, serentak dengan bunyi deringan henfon di atas meja bilik hotel.

Ishhh!! Lana pantas baring semula lalu pura-pura tidur. Rasa seram sejuk sampai mahu celik mata sedikit untuk mengintai pun dia tak berani nak buat..Tak sanggup membayangkan siapakah manusia yang keluar dari kamar mandi tersebut.

“Hello…Ha'ah, tak sedar lagi….Maaf, terpaksa cancel last minute….Ya, terima kasih kerana memahami… Yup, promise after this we’ll meet okay…Take care, bye!”

Terbuntang luas mata Lana mendengar suara maskulin itu. Terus Lana melompat bangun tanpa fikir panjang. Terkejut lelaki yang sedang berdiri membelakangi Lana, tubuh hanya dibaluti sehelai tuala putih, melilit di punggung. Lelaki itu pantas pusing badan. Bola mata mereka bertaut buat seketika.

Lana bergegas menghampiri. Adakah dia bermimpi saat itu? Lidah digigit kuat. Aduhh!! Sakit!!! Tak mimpi kan? Hanya berjarak tinggal beberapa inci, kedua belah tapak tangan Lana tempel di kedua belah pipi lelaki itu. Hangat! Jemari mulai memicit-micit kulit pipi hingga berkerut wajah tampan di hadapannya.

“L…Lana!”

Masih tak puas hati, badan Lana menempel di badan sasa tanpa baju itu. Telinga menekap di dada, ahh.. Dengupan jantung jelas kedengaran.. Semakin lama semakin laju! Lana tak mimpi! Lelaki itu betul-betul berada di depan matanya, yes!!

“Lana!!”

“Cubit aku, cepat!”

Arahan apakah itu? Terbengkok terus kening yang terukir sempurna pada wajah tampan di depan Lana.

“Cepat!!”

Pipi Lana dicubit kuat. Kejam!! Orang bukan suruh cubit kuat-kuat, ni cubitan nak bagi kita mampus ke apa? Kang berbekas, siapa yang tanggung? Menjengkelkan! Lana gosok pipi dengan wajah kelat.

“Sakit! Aku tak mimpi kan?”

“Tak kot! Aku ler ni, Aizaff Nafees..”

Aahhh….Pandangan mulai berbinar-binar semula bila dengar sebaris nama itu! Hampir tak mampu berdiri..Alamak, bahaya kuasa cinta ni tau..Lemah sampai ke tulang sum-sum!

“Ehhh!!” Pantas Aizaff menyambar pinggang Lana bila Lana hampir melorot ke lantai.

“Please jangan pengsan lagi Lana oii! Jenuh aku angkat..”

Laaa..Kita bukan sengaja! Ni namanya penangan kuasa cinta, tak tahu ke? Lana mencebik, sebalnya!

"Kita jadi cenggini pasal awak tau tak?" huish, marah!

Aizaff tergelak kecil melihat Lana sudah tarik muka masam. Lana ditarik masuk ke dalam pelukan.

"I miss you Lisa Alana!"

Cair terus seketul Lisa Alana!

"I thought you didn't want me anymore Zaff. Kau seolah-olah menjauhkan diri dari aku tau."

"Aku sibuk Lana. Kebetulan aku dihantar ke sini selama tiga hari untuk menghadiri sebuah persidangan."

"Why tak bagitahu aku Zaff?"

"Sorry sayang, semua berlaku secara tiba-tiba. Aku kelam kabut sampai terlupa."

Kasihan..Kerja adalah nombor satu bagi seorang Aizaff Nafees...Agak-agaklah, Lana ni berada di kedudukan yang ke berapa?

Sedaya upaya hati yang terasa dipujuk, Lana mahu jadi girlfriend yang terbaik, sentiasa cuba memahami kerjaya Aizaff yang pastinya menuntut lebih masa lelaki itu.

Pelukan terlerai bila henfon Aizaff menjerit nyaring. Aizaff pandang Lana dengan wajah serba salah.

"Sekejap ya Lana, aku kena sambut panggilan ni!" Aizaff terus bergegas ke beranda bilik.

Lana pandang dengan curiga. Tak pernah tau Aizaff main sorok-sorok ketika sambut panggilan telefon sebelum ni..Hati mulai rasa curiga, namun segera dia tepis jauh-jauh. Yup! Cinta Aizaff Nafees padanya seutuh Tembok China, seagung Taj Mahal..Takkan berubah, dia sangat pasti kerana dia juga masih sama, mencintai Aizaff sepenuh hati!

Tidak lama kemudian, Aizaff masuk lalu menuju ke almari pakaian.

"Maaf Lana, aku terpaksa keluar atas urusan kerja." Aizaff kelam kabut memakai pakaian, wajah nampak sedikit cemas..Aneh!

"Jom aku hantar kau balik." Usai berpakaian, Aizaff menyambar kunci kereta di atas meja.

"Tak perlu, kereta aku kat bawah je."

Yup! Lana masih berada di hotel yang sama sebenarnya. Dia nampak nama hotel tertulis di katalog kecil yang terletak di atas meja.

"Okay, I'll leave you then.."

Arghh!! Begitu je Zaff akhiri pertemuan mereka selepas setahun tak bertemu?

"Zaff!!"

Langkah kaki Aizaff terhenti di muka pintu. Menoleh lalu bertaut pandangan dengan Lana.

"Bila kita boleh jumpa lagi?" Sayu nada suara Lana, seakan merayu pun ada.

Aizaff kelihatan serba salah. Diam buat seketika!

"I'll call you Lana..I must go now...Take care!"

Dan begitulah berakhirnya pertemuan mereka! Aizaff pergi tinggalkan Lana terkulat-kulat seorang diri di situ. Setitik air mata jatuh menuruni pipi...Naluri kuat mengatakan Aizaff sudah tidak seperti dahulu, seorang Aizaff yang sentiasa mencari waktu untuk meluangkan masa bersama-sama, walau sesibuk mana pun mereka sewaktu masih bergelar pelajar.

Tidak!! Mana mungkin hati Aizaff berubah.. Hati terusan menidakkan! Mungkin disebabkan kerja, Aizaff berubah sedikit. Tak mustahil bukan? Hati dipujuk lagi. Lana seorang wanita kuat, dia akan tetap bertahan sehingga tiba waktu itu, waktu di mana dia dan Aizaff menjadi satu dalam sebuah ikatan yang halal.

-

-

Lana masuk ke pejabat kerjanya seperti biasa. Dia memang selalu tiba awal setengah jam dari waktu bekerja. Walaupun mood ke laut bila semalaman dia tunggu panggilan Aizaff, namun sampai tertidur dengan henfon di telinga panggilan yang dinanti tak kunjung tiba huhu.. Aizaff sibuk sangat sampai lupa janji ke? Sedih hati Lana..

"Lana!! Tuan Amir minta kau siapkan bilik mesyuarat. Ada mesyuarat tergempar jam 8.30 nanti. Oh ya! Tuan Amir suruh kau bancuh siap-siap kopi pekat tanpa gula, pastikan masih dalam keadaan panas bila mesyuarat bermula dan letak di meja pengerusi."

"Mesyuarat apa Mila? Tiba-tiba je.." Lana kelam kabut bangun dari kerusi.

"Entah Tuan Amir, mesyuarat semua staff katanya..Ni, fotostat semua laporan untuk bulan ni dan letak di setiap kerusi."

Lana angguk dan mulai bergerak pantas menuju ke mesin fotostat. Siap membuat salinan, Lana masuk ke bilik mesyuarat dan melakukan seperti yang diarahkan. Kemudian, dia bergegas ke bilik pantry untuk membuat minuman seperti yang diberitahu oleh Mila. Hairan juga, Tuan Amir suka kopi pekat tanpa gula? Tak pahit ke? Lain benar taste orang tua tu huhu..

Semua staff sudah berkumpul di dalam bilik mesyuarat ketika Lana melangkah masuk. Jam dikerling, ahh..Dah tiba masanya! Tepat sungguh perkiraan Lana. Kopi yang masih panas diletak di meja pengerusi dengan senyuman meleret-leret. Bangga dengan kehebatan diri sendiri ler tu!

Beberapa minit kemudian, Tuan Amir melangkah masuk dengan wajah super serius, menggerunkan! Nampak sungguh anginnya tidak baik hari itu.Tuan Amir menghempas punggung di kerusi pengerusi. Bola mata terus tertancap ke arah Lana. Kelam kabut Lana melarikan wajah..Cis, bedebah!

"Cik Lana! Kertas laporan sudah diedar?!" Kasar sungguh nada suara Tuan Amir!

"Sudah tuan!"

"Ada lagi yang belum masuk?!" Masih bernada kasar!

Masing-masing menoleh, melihat sekeliling.

"Takde lagi tuan, semua dah ada.." Salah seorang staff menjawab, mewakili yang lain.

"Baiklah! Kita akan mulakan...." Kata-kata Tuan Amir terhenti bila pintu ditolak dari arah luar.

Semua mata tertumpu ke arah muka pintu. Lana turut memandang hairan. Siapakah gerangan yang berani datang lewat itu? Tak takut singa tua tu menerkam ke?

"I told you we're over Stacy!! Why kau kejar aku sampai kat sini hah?!! Are you crazy?!" Daun pintu dihentak kuat!

Tercengang semua yang ada di dalam bilik mesyuarat termasuklah Tuan Amir! Masing-masing diam membisu. Begitu juga dengan Tuan Amir. Semua beku! Lana je yang mulai tak senang duduk, terasa panas punggung tiba-tiba...Alamak!! Asal suara tu macam kenal banget ya?

"Kau tunggu dekat restoran sebelah tu, jangan berani kau datang kat sini, faham tak ni? Aku datang jap lagi!"

Debaran di dada Lana masa menunggu kemunculan pemuda misteri tu, fuhh!!! Mantap menggila beb! Macam nak terlondeh si jantung hati!! Nyata naluri perempuannya benar belaka! Lelaki itu masuk dengan selamba, sambil kedua belah tangan di dalam kocek seluar. Cuma saja wajah tampan terukir sempurna itu nampak cemberut, keriput jelas timbul di kulit wajah.

Entah apa yang Lana fikirkan, gara-gara tidak mahu dilihat, pantas Lana menyusup masuk di bawah meja.

"Perkenalkan, pemilik syarikat ni..Tuan Ryu Rozzan..Ini sebenarnya cuma salah satu cawangan, sebab itu Tuan Ryu jarang berada di sini." Tuan Amir bergegas bangun dari kerusi pengerusi lalu mempersilakan Ryu Rozzan untuk duduk di situ.

Ryu melabuhkan punggung. Tali leher dilonggarkan sedikit. Dia benar-benar panas! Payah bila berhadapan dengan perempuan yang tak reti bahasa huhu! Kopi di depan segera dihirup.

"Uhuk!! Uhukk!!!!" Habis tersembur keluar!

Makin tercengang semua yang berada di situ!!

"Celaka!!! Siapa buat kopi mayat ni hahh?!!" Ryu menghentak meja dengan kuat!

"L...La..na T...Tuan!" Terketar-ketar Tuan Amir menjawab!

"La..Lana? Lisa Alana?!" Terbengkok kening super sempurna milik Ryu Rozzan sebaik saja melihat Amir Khan mengangguk laju. Segera bola mata berguling memerhati sekeliling.

Ahhh..Ryu Rozzan pantas mengukir senyum penjahat bila melihat ada satu kerusi yang kosong. Inikah yang dikatakan andai sudah jodoh pasti bertemu? Ryu bingkas bangun lalu menghampiri kerusi kosong tersebut.

Hampir je Ryu ketawa terbahak-bahak melihat seorang gadis sedang duduk berteleku di bawah meja, diam tidak berkutik. Apa perempuan ni ingat dia halimunan ke? Hadoi!!

"Hey you!!"

Lana tersentak. Ehh!! Mengapa suara mamat tu boleh berada hampir dengan dia pulak?!

"Hoii!! Girl under the table..Look here!!"

Pantas Lana menoleh, bila bola mata mereka bertaut terus terduduk atas lantai Lana akibat terperanjat! Ryu tergelak kuat, terhibur sungguh mamat ni tau.. Tak guna betul! Ryu hulur tangan selepas puas gelakkan Lana.

"Buat apa kat situ wahai calon isteri aku yang comel!"

Urghhh!!!

Perlukah cakap tentang hal yang dah lama berlalu tu? Kuat pula, sengaja nak bagi orang dengar ke? Lana tepis kuat tangan Ryu, tak sudi okay!!

"Tengah kilatkan kasut!" Selamba badak Lana jawab dengan mimik wajah konfiden terlebih.

"Dah berkilau pulak tu sampai silau mata aku! Keluarlah sayang..."

Urghhh!!! Ryu Rozzan memang betul cari pasal!

Lana terkedek-kedek keluar dari bawah meja. Muka terpaksa ditebalkan bila semua mata memandang hairan! Ryu berdiri di depan Lana, siap peluk tubuh sambil memerhati Lana dari atas hingga ke bawah. Ada kekaguman pada wajah Ryu..Dasar gatal, puih! Lana mencebik, meluat sungguh berhadapan dengan playboy yang ntah bila insafnya itu!

"Lisa Alana!! Kau makin cantik ah aku tengok.."

Celaka! Apa selama ini dia tak cantik ke? Dia gadis rebutan di kampung tau, malangnya itu semua sebelum kemunculan jantan tak guna nilah! Sekarang, dia malar jadi cemuhan, asyik dikata anak dara tua tak laku huhu!

"I need your help!"

Ahh sudah! Dah agak dah, pujian yang diberi bukan sebarang pujian, tu pujian berisi!

"Tak nak!" Selamba beruk Lana menolak!

Ternganga mulut Tuan Amir dan semua staff yang berada di situ dengan keberanian Lana.

"Really?! Amir Khan..Fire this young girl immediately!"

Ryu Rozzan memang manusia jahanam!!

"Lisa Alana, you are fired!" Berdengung corong telinga Lana mendengar suara bernada tegas Tuan Amir! Huhu...Gaji tak dapat lagi...

"Seriously Ryu Rozzan?" Tak segan silu Lana sebut fullname Ryu di depan pekerja-pekerja lelaki itu, semua kerana diri telah dikuasai rasa marah yang teramat.

"Yes, I am Lisa! Now follow me!!"

"Urghhh!!! It's Lana Ryu Rozzan!!" Ryu mana lagi kisah, tangan Lana sudah ditarik untuk pergi dari situ.

"Lepaslah! Ada aku cakap nak tolong kau ke hah?!!"

"Kau perlukan duit bukan? I'll double your salary..Work with me Lisa Alana!"

Lana buang muka!

"Triple!"

Oh dear! Terus Lana renung wajah Ryu penuh minat.

"What kind of job?"

"My Personal Assistant!"

Belum sempat Lana menjawab, Ryu kembali menarik tangan Lana sehinggalah mereka tiba di luar bangunan.

"As usual, jadi isteri sementara aku Lisa."

Lana mengeluh perlahan. Tapi bila ingat gaji lumayan yang ditawarkan, Lana terus diam. Ikutkan, dia tak rugi apapun sebenarnya, cuma saja berada di sisi lelaki menyebalkan yang suka hati je mempermainkan hati perempuan, Lana jadi menyampah! Terasa diri ikut bersubahat pulak!

Mereka masuk ke sebuah restoran berkonsepkan barat yang terletak bersebelahan dengan bangunan tempat Lana bekerja, malangnya sekarang dah jadi bekas tempat dia bekerja huhu..

Seorang gadis seksi dan cantik rupawan terus menerpa sebaik sahaja mereka berdua muncul di muka pintu. Uh! Takde kesabaran betul!

"Ryu sayang...I knew it wasn't over yet!" Ryu dipeluk dengan erat, di depan khayalak ramai.

Lana memaling wajah, buat-buat tak kenal okay. Tak menyempat tau, agak-agaknya nak buat drama ..Ni dengan dia-dia sekali dipandang serong huhu..

"You buat apa ni Stacy? Lepaskan aku dulu okay..Tak manis dipandang orang!"

Hahh! Tau takpe!!

Lana buat-buat tak perasan isyarat yang diberi oleh Ryu melalui ekor mata. Nak minta tolong ler tu!

Marak bola mata Ryu bila Lana buat-buat tak endahkannya. Kaki segera menyepak kaki Lana. Terkejut beruk Lana dibuatnya! Oh..Main kasar ya? Lana sepak balik kaki Ryu, kuat pula tu!

"Lisa Alana!!" Ryu terpekik dengan suara tertahan-tahan.

Padan muka!

"Excuse me lady! Boleh jauhkan diri dari suami aku tak?" Yup! Akhirnya Lana mulai beraksi. Mimik wajah berubah seratus peratus, kelihatan lebih bengis dan brutal.

"Ryu sayang..Jangan macam ni huh? Aku dan Zoey cuma rakan sekerja. Aku cintakan kau Ryu. Tolong bagi aku peluang kedua.." Perempuan bernama Stacy tu langsung tak mengendahkan Lana. Macam Lana tak wujud tau dekat situ.

Lana kerut kening. Ni kes curang atas curang kan? Dua-dua dah tak betul! Arghhh... Mengapalah dia boleh terserempak dengan manusia macam ni? Takdir memang kejam.. Tak patut bukan? Lana seorang manusia yang paling setia wujud di muka bumi tau!

"It doesn't matter Stacy. Didn't I tell you? Semua ini cuma kesilapan. Aku dah berkahwin atas pilihan keluarga. Let me go Stacy!"

Semakin Ryu meronta mahu melepaskan diri, semakin pula Stacy mengeratkan pelukan. Siap nangis tersedu sedan di dada bidang Ryu.. Drama!

"Ehh..Zoeyyyy!!! Sinii!!!!" Let's play a trick kih kih kih..

Stacy kelam kabut menolak tubuh Ryu menjauhinya. Wajah yang basah dek air mata pantas dilap hingga kering. Urgh!! Sama-sama biul..

Sebaik terlepas, Ryu pantas pula menarik Lana lalu memeluk bahunya. Takut digomol Stacy lagi ke? Ryu ni memang tak serik-seriklah..

"Mana Zoey?" Berguling-guling bola mata Stacy mencari kelibat manusia yang dimaksudkan.

Tak selindung langsung huhu..

"Kau boleh cari perempuan yang ada kelas sikit ke next time? Malu aku tengok sebagai perempuan eh.." Kutuk Lana, separuh berbisik pada Ryu.

Ryu mendengus, sebal!

"Bukan salah aku, deorang yang terkejar-kejar."

Lana mencebik, alasan basi!

Ryu menarik tangan Lana, mahu segera pergi dari situ.

"Ryu!! Please don't leave me.." Stacy pantas mengejar, merayu-rayu!

"Stacy..Aku dah kahwin! Meet my isteri solehah, Lisa Alana.."

Arghh!!! Ryu Rozzan menyindir kan kan? Memang jahanam!!

Ketika Lana berpaling, mahu memberi amaran melalui renungan berapinya pada Ryu, sudut peripheral mata menangkap satu kelibat manusia yang sangat dikenali, melintas tidak jauh dari mereka, menuju ke pintu utama. Begitu khusyuk berbual sambil bergelak ketawa dengan wanita di sebelah.

Hati berdetak! Curiga mulai menerpa dalam dada. Mengapa lelaki itu boleh ada di sini? Berdua-duaan dengan perempuan pulak tu! Itukah yang dimaksudkan dengan sibuk sampai tak punya masa buat Lana?

Rahang dikancing kuat. Langkah pantas dibuka untuk mengejar!

"Lisa!"

Ryu Rozzan mencengkam pergelangan tangannya. Dia ingat Lana mahu melarikan diri. Lana menentang bola mata Ryu dengan mata berkaca-kaca. Hampir tidak mampu ditahan air mata yang mulai bergenang di pelupuk mata.

Ryu Rozzan terus tercengang!

Ni bru nk mula mkn twister hehe..

Share this novel

Nur Azlina
2022-08-03 15:43:05 

baru nk buka mata bila nampak kecurangan.nk setia sampai hujung nyawa ke.


NovelPlus Premium

The best ads free experience