"Mulai hari ini, kau akan tinggal di rumah aku. Barang-barang kau kemudian saja aku suruh orang punggah masuk."
Lana diam, langsung tidak beri perhatian pada Ryu kerana bola mata masih meneroka penuh kagum dengan kemewahan banglo umpama istana raja Arab Ryu Rozzan. Bezanya, banglo serta perhiasan dalaman tidaklah diperbuat daripada emas tulen, faham-fahamlah kat sini kan..Siang-siang pun geng kangkang boleh datang mencuri..Bukan macam dekat Arab!
"Kau dengar tak ni?" Ryu goncang lengan Lana dengan kuat.
Terpinga-pinga dibuatnya. Haram satu patah pun dia tak dengar lantaran terlalu sibuk mengagumi keindahan istana kayangan milik lelaki itu.
"Tak..Aku tak bercadang nak tinggal serumah dengan kau. Perkahwinan ni cuma atas kertas je kan? Kau boleh buat apa yang kau suka dan aku...."
"Siapa kata Lisa Alana?" Huishh..Orang tak habis cakap lagi dah dicantas! Lana kecilkan bola mata, mulai tunjuk riak tidak puas hati.
"Perkahwinan kita sah! Kau adalah isteri aku dan aku suamimu. Aku berhak atas kau dan kau adalah tanggungjawab aku, full stop!" Tegas dan serius!
Lana terus buang muka, benci!!
Apa selepas berkahwin dia tiada hak untuk bersuara ke? Tiada hak untuk memilih ikut kemahuan sendiri? Perkahwinan mereka terjadi secara tiba-tiba, tanpa rasa..Kosong! Jadi mengapa Ryu berperangai menyebalkan seperti itu? Mengalahkan bapak!
"Duduk dulu. Aku dah senaraikan list yang kau perlu lakukan sebagai isteri solehah."
Melongo!
Gila mamat ni, siap ada list! Takleh jadi macam ni..Otak ligat berfikir...Biar list dia lebih panjang dari Ryu, tak mahu kalah wei! Ryu lantas berdecit sambil memberi isyarat melalui ekor mata, menyuruh Lana duduk bila dilihat Lana masih tegak berdiri tak bergerak-gerak.
"Masih bingung? Ke kau ingat kau tengah bermimpi? Ini realiti Lisa Alana..Aku dan kau dah nikah dah..Buka mata tu, kembalilah ke alam nyata.." Siap petik jari di depan wajah Lana.
Cari pasal betul!
Lana menghempas punggung dengan kasar di hadapan Ryu. Wajah berkeriput menahan perasaan.
"Laa..Senyumlah, monyok depan suami tak solehah tau.."
Arghh!!!
Jap lagi aku cop bontot pasu bunga kat tepi dinding tu dekat muka tampan kau Ryu Rozzan! Hati kecil menggerutu, mulai memanas dengan perangai Ryu Rozzan.
"Kau dah sedia nak dengar?" Walaupun muncung sudah naik sedepa, kepala tetap juga diangguk.
Ryu tersenyum, menampakkan lekuk yang dalam di kedua-dua belah pipi. Pantas bola mata dilarikan, oh tidak! Ini bahaya pada hati!
"Sebagai isteri solehah, mulai hari ini sebaik sahaja kaki menginjak masuk ke dalam rumah, tiada lagi panggilan aku kau Ryu..Abang.. A.B.A.N.G! Tak suka boleh je tukar..Sayang ke, darling ke..Cinta ke..Kau boleh pilih mana satu.."
"Hantu hijau!"
Ryu membeliakkan mata mendengar jawapan spontan Lana.
"Setiap kali kau langgar syarat aku, kau kena serahkan tubuh kau pada aku Lisa Alana!" Siap kenyit mata, macam macho je ish!
What?!!!
Tak masuk akal!!! Lana bingkas bangun. Tak rela mahu dengar carutan ntah apa-apa Ryu Rozzan! Ingat dia ni patung Barbie ke?
"Ah, nak call bapaklah..Nak lapor perangai anak perempuan dia ni..Awal-awal lagi dah derhaka pada suami!"
Pantas Lana duduk semula. Celaka!! Ryu memang sengaja mengugut kan? Mentang-mentanglah Lana memang takut gila dengan bapak huhu..
"Macam tulaa baru boleh jadi isteri solehah. Next, keluar je dari rumah ni..Aku adalah boss dan kau tetap akan jadi pembantu peribadi aku. So, kau kena panggil aku boss. Jangan tersasul pulak, aku nak perkahwinan kita dirahsiakan. Kau faham kan?"
Lana hanya mampu gigit bibir..Takpe Lana, biarkan hantu hijau ni habiskan kata-katanya dulu. Tenang dan atur strategi untuk balas balik!
"Sebagai isteri solehah, aku nak kau urus suamimu dari hujung rambut ke hujung kaki. Setiap pagi sediakan pakaian dan sarapan, makan bersama, pergi kerja bersama, balik bersama..Ingat..Bersama! Aku tak benarkan kau bawa kereta kecuali atas hal yang tidak dapat dielakkan. Kau adalah tanggungjawab aku. Aku nak kau sentiasa di sisi aku."
Kembang cuping telinga, namun masih tabah menadah kerana gerun bila terbayang wajah bengis bapak.
"Any questions?" Hamboi..Siap bertanya konon, mengada betul!
Lana cebik bibir, langsung tak disembunyikan riak wajah meluatnya.
"Aku cuma nak kepastian. Adakah kita akan teruskan perkahwinan tanpa cinta ni? Atau dalam tempoh tertentu, kita bubarkan dan bawa haluan masing-masing?"
Ryu merenung Lana tak berkerdip.
"Kau nak kahwin cerai kemudian kahwin sekali lagi ke Lisa? Aku tak terfikir nak buat macam tu, bagi aku cukuplah sekali je kahwin."
Sekali lagi bibir Lana terherot tinggi. Boleh percaya ke kata-kata playboy terkenal satu negara ni? Tak yakin!
"For your information Mr Playboy, I don't trust you..Jap lagi kau pasti bawa pulang bakal madu aku."
Ryu tergelak kecil. Dagu diusap perlahan.
"Aku okey je kalau bapak benarkan Lisa.."
Kann..Dah cakap! Ryu memang ada hati nak cukupkan empat kuota tu!! Benciii!!!! Lana bingkas bangun, tak guna cakap lama-lama dengan buaya jembalang hijau ni..Buat sakit hati je!
Tergeletek hati Ryu lihat gelagat Lana. Pantas dipaut lengan gadis itu lalu ditarik mendekat.
"Kau nak ke mana sayang? Aku belum habis cakap lagi.."
"Eii..Lepaslahh! Jangan sentuh aku!!"
Malangnya Ryu Rozzan jenis buaya jembalang yang tak makan saman, bukan pula dilepaskan, malahan pinggang Lana dipaut lalu ditarik hingga Lana jatuh terduduk di riba Ryu. Merah seperti tomato ranum wajah Lana menahan marah bercampur malu. Tak pernah dia serapat itu dengan lelaki termasuklah dengan Aizaff. Bertahun-tahun menjalin cinta, sentuhan setakat peluk dan cium dahi atau pipi. Lana jaga diri, dan Aizaff memahaminya.
Anehnya dengan Ryu dia tewas..Di Awal-awal pertemuan mereka lagi Lana sudah jatuh ke dalam pelukan Ryu tanpa sengaja! Dan saat itu, ketika Ryu merapatkan wajah hingga nafas hangat lelaki itu menyapa belakang tengkuk, Lana kaku mengejung tanpa mampu berbuat apa-apa..Memang aneh! Malah, tangan Ryu yang melilit pinggang ke perut pun tidak mampu dia alihkan.
"We're home sayang...Call me abang, ingkar aku angkut kau masuk bilik.."
Bergetar jiwa raga, celaka!
"One..."
Makkk!!! Bapak takleh..Bahaya!
"Two..."
"A..Abang..Lepaskan Lana boleh tak? Nak mandi kemudian masak, hari dah nak gelap ni.. Kita tak dinner lagi.." Tak percaya sungguh bahawa dia mampu melontar suara semerdu si burung perindu.
"Ah..Macam tulah isteri solehah abang...Sayang Lisa Alana anaknya Pak Samad pemilik samurai berkilat kalau macam ni hari-hari.." Pipi Lana dicium pantas.
Tambah merah wajah Lana..Panas!! Macam kena panggang! Lana melompat bangun sebaik saja Ryu melepaskan pelukan. Menonong pergi tanpa tahu arah tujuan. Akhirnya langkah terhenti lalu pandang sekeliling. Eh? Dia nak ke mana sebenarnya? Rumah ni besar, sesat kang!
"Sini sayang. Nak mandi kan? Bilik tingkat atas. Jom abang tunjukkan."
Entah bila masa Ryu berada di belakang, jemari Lana digenggam lalu ditarik menuju ke arah tangga yang letaknya di belakang sedikit, agak terlindung. Lana diam, cuba menenangkan dada yang terasa hampir nak meletup.
"Master bedroom, which is of course mine.." Beritahu Ryu ketika menguak daun pintu. Lana dibawa masuk ke dalam.
Mulut yang melongo segera dikatup rapat. Gila! Mengalahkan bilik raja! Betul-betul high tastelah mamat ni! Katil siap bertabir bagai, king size, warna dari rona gelap menjadi pilihan. Belum masuk perhiasan mewah, betul-betul macam berada di istana kayangan.
"Bilik airnya mana?" Ryu memuncungkan bibir ke satu arah.
"Tu..kat hujung sana."
Lana angguk perlahan. Beg pakaiannya dicari serata arah. Dah kemana pembantu Ryu bawa begnya tadi? Hairan!
"Cari apa tu?" Ryu mulai perasan bila lihat wajah Lana yang resah memerhati sekeliling, seolah mencari sesuatu.
"Beg pakaian aku mana?"
"Oh..Yang tu! Jom..." Tangan Lana ditarik sekali lagi menuju ke arah pintu.
Dahi berkerut kehairanan. Ryu membawanya ke bilik sebelah.
"One more thing sayang..Aku dah biasa tinggal seorang, tidur seorang..Aku tak sedia lagi nak akhiri kehidupan seperti itu..Kau faham kan? Kita akan tidur di bilik berasingan hingga masing-masing sudah bersedia. Slowly but..."
"I agree! Thank you.."
Rasa mahu melonjak-lonjak je depan Ryu, namun ditahan. Berkerut dahi Ryu bila kata-katanya dipotong dengan laju oleh Lana.
"Amboi! Sukanya dia!!" Perli Ryu dengan riak wajah kurang senang.
"Lana nak mandi sebelum masak, see you at dinner..Urm...A..Abang.." Janggal sungguh, namun terpaksa juga guna panggilan itu.
Wajah tetiba bertukar warna, malu! Pantas Lana menyusup masuk lalu menutup pintu bilik rapat-rapat. Fuhh..Bahaya betul pesona Mr Playboy ni tau..Buat dia jadi galau!
Usai membersihkan diri, Lana turun lalu mulai memasak. Simple je, asal mengenyangkan! Lagipun beberapa hari bersama Ryu di kampung, Lana dapat agak yang lelaki itu tak cerewet pasal makan. Apa je yang terhidang, Ryu baham tanpa banyak songeh.
"Masak apa tu? Wangii.."
Celaka! Hampir terlepas sudip di tangan bila Ryu tiba-tiba muncul memeluk pinggang Lana dari belakang. Eiii!! Dasar buaya, nak ambil kesempatanlah tu..Tak sedar sudip Lana angkat lalu ketuk atas kepala Ryu. Gedebak bunyinya!
"Aduhh!!" Berkeriput wajah tampan Ryu Rozzan, terkejut dengan tindakan Lana.
Pantas sudip ditarik lalu Lana sembunyikan di belakang badan. Mampus!
"Dosa buat suami macam ni Lisa!" Sembur Ryu sambil gosok-gosok kepala.
"Maaf abang, tindakan refleks..Lana tak sengaja.." Siap ukir senyum paling cute.
"Main kasar lagi abang bagi hadiah!" Ugut Ryu lalu menyungging sengih penjahat.
Pantas Lana pusing badan, pura-pura menggaul lauk dalam periuk.
"Masak apa?" Ryu merapat semula hingga tubuh mereka bersentuhan.
Lana gigit bibir bawah. Memang sengajalah tu, nak menggatal!
"Sayur londeh.." Menahan hati sambil menjawab.
"Nak abang tolong?"
"Takpe, dah siap pun. Abang pergi duduk, jap lagi Lana hidangkan."
Ryu angguk. Tanpa banyak songeh melangkah menuju ke meja makan. Lapar ler tu! Lana memang cekap kalau hal-hal dapur ni, sekejap kemudian, semua dah dihidang atas meja. Usai mengaminkan doa, Ryu tak tunggu lama, terus melahap dengan bahagia. Lana memang pandai masak, ketika berada di kampung, semua masakan Lana memang kena di tekak Ryu.
"Sayang..Abang nak ke bilik kerja, nak periksa beberapa kertas kerja projek syarikat. Sayang tidurlah dulu. Jangan lupa kejutkan abang esok pagi, pintu bilik abang tak kunci."
Usai membantu Lana mengemas dapur, Ryu bersuara. Lana angguk sahaja. Ryu menghampiri lalu memeluk Lana.
"Every night before sleep, lets hug each other sayang, ucap selamat malam and a good night kiss is perfect to end the day." Seraya berkata, bibir Ryu mendarat di dahi Lana.
"Maafkan segala salah silap abang hari ni ya sayang."
Lana kejung tidak bergerak!
Ryu Rozzan betul-betul mengotakan kata ke? Dah macam suami mithali huhu..
"Lana...Juga minta maaf sekiranya ada sakitkan hati abang hari ini.." Banyak tu..Tak terkira huhu!
"Abang maafkan..Good night sayang!"
Terkebil-kebil Lana ditinggalkan seorang diri di dapur. Dengan perasaan bercelaru, Lana masuk ke dalam bilik, berbaring lalu cuba untuk tidur walaupun layar minda tak henti-henti ulang tayang peristiwa tadi!
Mujur pagi itu Lana tidak terlewat bangun. Turun menyiapkan sarapan kemudian mengejutkan Ryu sebelum bergegas mandi dan bersiap. Masuk semula ke dalam bilik Ryu bila dengar namanya dilaung kuat.
"Tolong pakaikan abang tali leher ni."
Lana tercengang! terjerit-jerit hanya kerana mahu dia pakaikan tali leher? Menyampah!
"Maaf abang..Lana tak reti.." Dia orang kampung, nak buat apa bapak pakai tali leher dekat bendang kan?
"Àbang ajarkan. Lepas ni tanggungjawab sayang pakaikan abang tali leher tau." Ahh, ikut jelaa..
Lana tak ambil masa lama untuk belajar. Tidak lama kemudian, tali leher sudah tergantung kemas. Bangga pula melihat hasil tangan sendiri.
"Amboi..Tenung abang macam tu, dah jatuh cinta kat abang ke sayang?"
Lana terkedu. Timbul tompok merah di kedua-dua belah pipi. Ryu renung wajah Lana buat seketika..Lahaii..Comel pulak Lana bila malu-malu..Ryu tarik Lana lalu dipeluk, bibir singgah di dahi Lana. Lana? Biasalah, malar kekejungan!
"Every morning, a hug and a good morning kiss to start the day.."
Berapa punya banyaklah to do list Ryu Rozzan ni? Dan seperti yang dikata, Lana digesa masuk ke dalam kereta Ryu. Mujur jela Ryu punya tempat khas untuk park kereta, letaknya di bawah bangunan, jadi kemunculan mereka berdua-duaan taklah menjadi tatapan umum. Lift berdekatan membawa mereka terus ke tingkat paling atas, tepatnya tingkat presiden bagi pekerja di situ.
"Lisaaa!!"
Tak jadi melabuhkan punggung di kerusi kerja bila namanya dijerit lantang oleh Ryu dari dalam bilik pejabat lelaki itu. Mau apa lagi boss hijau ni? Lana merungut dalam hati. Langkah diorak menuju ke pintu pejabat Ryu.
"Ya boss?" Terkejut sendiri bila kata-kata itu keluar secara natural. Dah terbiasa kot!
"Ambilkan fail Lion Holdings di meja receptionist." Arah Ryu tanpa memandang Lana yang tercengat di muka pintu.
"Baik boss!" Tak tunggu lama, Lana terus pusing badan, mahu segera pergi dari situ.
"Lisa..Lepas ni ikut aku jumpa wakil Lion untuk bincangkan projek pembinaan tu."
Lana angguk lalu terus pergi. Tercengang Ryu Rozzan...Seriusnya minah ni, sikit senyum pun tidak! Ryu herot bibir..sebalnya!
Setelah mengambil fail yang dimaksudkan oleh Ryu Rozzan, Lana bergegas mahu naik ke atas semula. Kalau lambat nanti dikutuk lagi.. Siputlah, inilahh..Itulah..Tak larat nak hadap!
"Auchh!!" Akibat kelam kabut, terlanggar seseorang.
Pinggang Lana dipaut pantas. Kalau tidak, pasti menyembah lantai. Hanya fail di tangan yang terlepas jatuh.
"Lana!"
Terkejut bila mata bertentang mata! Pantas Lana menolak tubuh sasa itu menjauhinya.
"Lana..Let's talk!"
"Macamana kau tahu aku kerja kat sini? Pergi Zaff, tiada apa yang perlu dibicarakan..We're over!"
"No!" Pergelangan tangan Lana disambar, menahan Lana dari pergi.
"Lepaskan aku Zaff! Aku dah kahwin!!"
"Tidak Lana! Aku tahu kau dipaksa kahwin... Tak mungkin kau dapat menerima lelaki lain selain aku. Aku kenal kau, tak mungkin kau mampu melupakan aku dengan mudah.."
"Aizaff!! Tolonglah berhenti..Semuanya telah berubah..Aku dah kahwin Zaff, dan selagi aku bergelar seorang isteri..Aku akan tetap setia pada suami aku."
"Suami buaya kau tu?!! Come on Lana, buka mata kau luas-luas. Lelaki seperti itu tak kenal erti setia, kau pasti akan dikecewakan tidak lama lagi!"
Lana terdiam beberapa saat, tidak dinafikan kata-kata Aizaff berjaya mengugat hatinya.. Dia sedar semua itu, dia bukan buta! Dua-dua lelaki ini sebenarnya sama saja...Tak boleh pakai!! Bezanya, sorang tu dah jadi menantu favourite bapak..
"Come on Lana, listen to me..Minta cerai dengan laki kau secepat mungkin. Korang berdua bukannya saling mencintai pun.."
"Tak Aizaff, tapi cinta boleh je datang kemudian. Lagipun, itu menantu pilihan bapak."
Aizaff mendengus sebal.
"Trust me Lana, aku punya cara nak tawan hati bapak semula. Kau tahu aku sangat mencintaimu kan? Kau juga tahu aku sanggup lakukan apapun demi kau? Now listen Lana.."
Lana pasang telinga dalam diam. Nak tahu juga apa yang dirancang oleh hantu jembalang seekor ni!
"Let's get you pregnant..Sleep with me Lana.. Hanya dengan cara itu, kau pasti diceraikan. After that, kahwin dengan aku..Bapak pasti setuju!"
Lana terpempan, hilang terus kosa kata!
Ada yg suka Doc Aizaff x?
Share this novel