"I told you..True love doesn't exist.."
Semakin menjadi-jadi tangisan Lana. Tak kisah dengan tatapan sebal yang diberikan oleh Ryu padanya. Hati orang dah hancur berkecai menjadi puing-puing yang tak mungkin bisa disatukan kembali..Ryu apa tau? Membebel je macam nenek kebayan terlebih baca mantera, benci!!
"Dah..Dahlahh..Stop crying..Macamana kau nak ikut aku dengan mata bengkak wajah macam hantu jerangkung ni?"
Terbelalak mata Lana mendengar sindiran melebih Ryu Rozzan. Terlampau juga sampai disamakan dengan hantu, dahlah tetiba muncul tanpa diundang. Ingatkan datang untuk memujuk, rupanya datang dengan niat tersembunyi huhu..Ryu tetap Ryu..Ryu dengan belenggu perempuan keliling pinggang berpisah tiada!
Munculnya cuma mahu Lana menemaninya ke sebuah majlis korporat. Sanggup terbang ke Kuching semata-mata mahu mengajak Lana? Apa guna teknologi serba canggih kalau tak reti nak guna kan? Tak faham betul dengan boss Shrek hijau angin kus-kus ni!
"Takleh jadi ni, malu aku yang segak bergaya ni nanti nak perkenalkan kau sebagai bini aku."
Hamboi!! Lana terus kerling cermin pandang belakang, menilik wajah sendiri. Tak hodoh sangat okay, masih maintain jelita pula. Cuma mata merah, hidung kembang kempis berair gara-gara banyak menangis. Muka cenggini dikata hantu jerangkung? Ryu ni buta ke apa? Saja cari pasal ler tu! Lana terus memuncungkan bibir, sebal!
"Dah, jom! Hentikan air mata tu dan ikut aku.. Toksah buang air mata untuk lelaki tak guna tu, tak berbaloi!"
Lana diam mengunci mulut. Tak menjawab kerana kata-kata Ryu adalah benar belaka! Lelaki memang tak guna, termasuk yang kat sebelah ni hahh!! Menjeling sebal dengan mulut muncung sedepa.
"Kau nak bawa aku ke mana?" Soal Lana ketika berada di luar perut kereta. Sisa air mata dikesat hingga kering.
Malu bila lihat sekeliling. Ramai manusia berlegar-legar, masing-masing dengan hal sendiri.
"Let's make you a little bit presentable dimbo!"
Urgh!!
Lana putar bola mata. Taulah Ryu Rozzan manusia terkacak di alam maya, tapi tak perlulah nak melebih..Kang Tuhan tarik balik, hah..Nangis tak berlagu! Mereka masuk ke dalam sebuah butik berkonsepkan moden kontemporari. Pekerja yang rata-ratanya kaum wanita menundukkan kepala, tidak kurang yang tersipu-sipu.
"Wow! Playboy terulung datang bawak perempuan lain pulak. Yang hari tu dah buang dekat mana? Pluto?"
Lana menyembunyikan sengih mengejek. Haha.. Kena setepek romeo playboy ni! Terkejut Lana bila seorang lelaki berbadan sasa menghampiri. Dah tegap macho, kacak kulit mulus rambut hitam pekat panjang paras bahu ala iklan Pantene..Tetiba bila pandang wajah penuh tempelan mekap tebal seinci..Waduh!! Apa-apaan ini? Mulut yang melopong pantas Lana tutup dengan tapak tangan..Tak sembunyi langsung riak terkejut tu.
"Pikachu! Tolong aku urus Lana..Cepat sikit, sejam!"
Seriously? Pikachu?!!
Jatuh rahang Lana, tak berkelip menatap mamat tikus yang kini sudah berdiri di hadapannya, meneliti Lana dari atas ke bawah sambil peluk tubuh. Sesekali dagu digosok sambil bibir terherot ke kiri ke kanan.
"Pakej dah cukup mantap, cuma perlu touch up sikit je ni. Dah, serahkan pada aku! Jangan komplen sudah.." Tanpa bertanya mahupun meminta kebenaran, tangan Lana disambar lalu ditarik oleh tikus jingga itu.
Terpinga-pinga Lana dibuatnya! Menoleh ke arah Ryu dengan wajah merah terbakar. Ryu duduk selamba di sofa, buat-buat tak nampak. Benci!
Lana dibawa masuk ke dalam sebuah bilik yang dikelilingi cermin, lengkap dengan meja solek dan kerusi pejabat beroda di kaki. Macam sebuah studio mekap! Lain macam mamat Pikachu ni, pakej lelaki sempurna dah ada..But why?!! Lana kerling wajah jambu melalui cermin di depannya. Kacak memang kacak! Sayang seribu kali sayang..
"Jangan tengok aku macam tu boleh tak? Aku masih berada di landasan yang betul okay, cuma obsesi aku pada benda ni takleh bincang, tu je!'
Senget terus senyuman Lana, ahh..Dia silap menilai ke? Macam orang putih cakap, don't judge a book by its cover..Hah, kan termalu sendiri!
"By the way, I'm Rain Fiqchu..Sepupu Ryu!"
Owh..Sekarang baru Lana faham dari mana munculnya Pikachu tu haha..Adeh! Patutlah pakej dewa-dewa, sebaka dengan Ryu Rozzan rupanya..
"Lisa Alana..Panggil Lana je bukan Lisa.." Siap ditekan perkataan Lana tu.
Terbengkok kening yang terlukis cantik kalah kening Lana. Mengecil bola mata berkanta lekap warna hijau terang itu memandang Lana.
"Why not Lisa? Nama depan kan?"
"Lana means pretty." Selamba beruk Lana jawab.
Rain Pikachu terpempan. Hanya bibir terherot tinggi. Perasan betul minah ni! Rain menyambar box berisi peralatan mekap di atas meja solek. Wajah Lana ditatap sebentar. Kemudian, jari-jemari mulus Rain mulai bekerja.
"Kau nak mekap cantik-cantik ni, ada baju tak? Ke kau nak pakai blouse dengan jeans tu je?"
"Aku ni PA Ryu je pon, tak perlu over kot. Kau jangan mekap tebal sangat, aku tak nak jadi hantu bangkit, bagi aku natural look je tau."
Kelat terus wajah Rain.
"Tak pernah lagi aku mekap orang jadi hantu bangkit Lisa!"
"Urghh!! It's Lana!"
"Lisa sesuai untuk kau, supaya mulut tu jadi kudus sikit, seiring dengan maksud indah di sebalik nama Lisa iaitu pengikut Allah yang setia!"
Amboi! Siap berkhutbah mamat Pikachu ni? Apa salahke kata-kata Lana tadi? Cukup baik tau dia tak bagi contoh bahawa hantu bangkit tu di depan dia sekarang. Rain bingkas bangun lalu keluar. Tidak lama kemudian, masuk semula menjinjing sehelai dress labuh warna kuning cair.
"Nah, tukar pakaian kau!"
Lana meneliti dress yang dihulur. Setuju dengan pakaian simple dan tak keterlaluan tu, Lana ambil dari tangan Rain. Senyuman manis dilakar buat Rain Pikachu.
"Thank you..And sorry Pikachu. Aku tak bermaksud nak komplen kerja kau, cuma aku tak suka mekap yang tebal sangat, maaf ya.."
Rain tenung Lana dengan tajam. Wajah masih kelat, secebis senyum pun tiada.
"Dah, tukar pakaian cepat. Ryu dah membebel macam mak lampir terover makan bawang dekat luar tu, tak larat nak tadah telinga!"
Usai berkata, Rain terus keluar. Geli hati dengar bebelan Rain, mengata orang tak sedar ke perangai mereka berdua sama je? Dah sebaka pula tu..
Usai menukar pakaian, Lana terus meluru keluar. Kelam kabut sampai tak sempat belek wajah depan cermin. Malas nak dengar bebelan Ryu Rozzan. Lagipun, dia yakin je dengan sentuhan Pikachu jingga tu..Dah wajah natural beauty haha..
Ketika keluar, kelihatan Ryu Rozzan sedang mundar mandir di ruang menunggu, wajah kelihatan stress dan sedang bercakap dengan seseorang di dalam henfon. Lana mendekati.
"Kau dah gila ke? I said do not come!! Aku dah kahwin Carol! Tolong jangan ganggu aku lagi!"
Aahh..Masalah perempuan lagi rupanya.. Lana mencebik sambil memutar bola mata..Urgh! Tak insaf-insaf..Bahagia sungguh jadi seketul Ryu Rozzan yang kebal dengan cinta. Bertukar-tukar perempuan macam tukar baju, sedikit pun tak meninggalkan kesan di hati. Lana? Hampir separuh jiwa terasa mati bila dicurangi oleh manusia yang dicintai sepenuh hati.
"Don't come Carol, do you understand?!! We're over!!" Henfon di tangan hampir je dilempar Ryu ke arah dinding.
Lana yang sedari tadi diam memerhati dengan bibir terherot-herot mulai membuka langkah semula yang terhenti sebentar gara-gara jeritan Ryu.
"Bilalah boss nak insaf..Awas kebalikan boss, ingat..Karma tu a.....Aaaahhh!"
Hantu hijau betul!
Marah ke setan peliharaan Ryu Rozzan bila Lana cuba memberi nasihat free of charge hah? Tengah melangkah boleh pula terpijak kain sendiri, hilang keseimbangan dan meluru ke depan bersedia mahu mencium lantai. Ryu Rozzan terbeliak, belum sempat berbuat apa-apa Lana menjunam jatuh ke arahnya.
"Arghh!! Tepii!!!"
Nak ke tepi bagaimana coba bila Lana tiba-tiba meluruh jatuh tepat di atas Ryu? Mereka berdua jatuh terguling dan berakhir dengan kedudukan Lana berada di atas Ryu.
"Lisa Alanaaa!!!" Pekikan Ryu bergema, mengegarkan corong telinga!!
Whoops!
Lana hanya mampu ukir senyum senget.
"Amboii!!! Dah tak sabar ke korang berdua ni? Nak aku panggil tok kadi nikahkan korang sekarang ke apa?" Rain Pikachu muncul sambil bercekak pinggang.
Terkial-kial Lana bangun dengan wajah yang sudah merah seperti udang panggang. Malu yang teramat. Pura-pura mengemaskan kedutan di baju. Langsung tak berani nak angkat wajah dan pandang Ryu Rozzan.
"Kau..Kalau tak buat masalah tak boleh ke Lisa? Dahlah lambat, kita dah terlewat tau tak?!" Ryu terus menyembur dengan suara tinggi.
Menikus terus Lana ditengking oleh Ryu.
"Dah! Jom!!" Tangan Lana disambar lalu ditarik pergi.
Sepanjang jalan, Lana tak berani angkat wajah apatah lagi memandang Ryu yang sedang memandu dengan wajah tegang. Diam lebih baik. Lana rapatkan bibir. Bola mata merenung ke luar jendela.
Ryu Rozzan juga sama, pandangan lurus ke depan. Wajah stress, langsung tak toleh ke arah Lana, juga tak berminat mahu berbual seperti kebiasaan. Kasihan, stress pasal perempuan ler tu. Sendiri cari masalah!
Seperti kebiasaan, majlis korporat tersebut diadakan di dalam sebuah hotel mewah. Lana kelam kabut turun sebaik sahaja Ryu mematikan enjin kereta, tak redha telinga dengar sindiran pedas Ryu kalau lambat keluar. Nanti dikata macam puterilah, macam mak nenek laa..Hairan juga, macamana para girl friend Ryu hadap mulut takde insurans tu?
"Cepat sikit!" Ryu siap mengarah, sambil buka langkah besar-besar, mendahului di hadapan.
Lana berlari anak mengejar, namun cukup berhati-hati. Tak mahu dah kejadian terpeleot kaki berulang, kang disaksikan beribu-ribu pasang mata, malu wei! Mana nak letak muka huhu..Sedang sibuk mahu menyaingi langkah Ryu, henfon dalam beg tangan menjerit-jerit minta diangkat. Pantas Ryu kerling bila Lana hanya membiarkan.
"Asal tak angkat panggilan tu?" Sinis menikam.
Lana terperangah. Nak sibuk pehal? Dijeling kembali Ryu, lebih tajam..Lebih sinis!
"Angkat Lisa! Siapa tahu panggilan penting dari kampung..Jangan biasa biarkan panggilan tak bersambut macam kau buat dekat aku. Kau tak tau kau mungkin dah buat orang panik fikir yang bukan-bukan..Tak baik buat macam tu."
Argh! Dia buat kita rasa bersalahlah pulak huhu..Pantas je tangan menyeluk ke dalam beg, menarik keluar henfon lalu ikon warna hijau dalam skrin ditolak ke atas. Tak tengok pun siapa pemanggilnya gara-gara hati jadi galau.
"Lana sayang..Where are you? Please kita jumpa..Bagi aku peluang Lana..Maafkan aku, tolonglah maafkan aku untuk sekali ini saja. Aku janji aku akan cuba memperbaiki diri..Aku.. Benar-benar sayangkan kau Lana.."
Badan terus jadi beku! Langkah kaki terhenti serta merta. Arghh!! Lana ketap bibir. Baru hendak membina hidup baru, membuka lembaran baru..Mengapa lelaki itu harus muncul kembali dengan rayuan gombalnya? Perlukah diblock saja nombor si bangsat ini supaya dia tidak diganggu lagi?
"Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami. Sila delete nombor ini atau pergi mampus cepat!!"
Suara lantang Lana membuat Ryu Rozzan pantas menoleh, merenungnya dengan riak wajah musykil!
"Please Lana..Aku dekat ibukota sekarang. Kita jumpa ya? Share location kau please..Aku benar-benar menyesal Lana...Aku cintakan kau, please Lana..Bagi aku peluang kedua."
"Peluang kedua?!!! Kau boleh pergi mati Aizaff!! Aku jijik dengan kau, dengar suara kau pun aku nak muntah, kau faham tak?!!" Tak kisah mata-mata yang memandang, jerit itu harus untuk meluahkan rasa marah yang masih menggumpal buat seorang lelaki bernama Aizaff!
Ryu Rozzan mendekatkan wajah. Sebuah senyum kecil tersungging di wajah tampan itu.
"Ahh..Jangan layan jantan tak guna tu Lisa, I is jeles..Suamimu masuk dulu, settlekan hal ni cepat and stay by my side..Understand?" Sarkastik!!
Sengaja volume suara ditinggikan, nak bagi jejaka di corong speaker henfon dengarlah tu. Sempat ukir sengih penjahat sebelum berlalu meninggalkan Lana di luar dewan acara. Lana terperangah, hilang kosa kata! Tiba-tiba hadir getaran halus di dalam dada..Aduh! Gila tak terpesona dengan aura magnetik Ryu Rozzan, bahaya! Pantas Lana melarikan bola mata.
"Siapa tu Lana?! Suami? Kau jangan nak buat lawak dengan aku ya!! Kau bagitau dekat mana kau sekarang Lisa Alana!! Aku takkan mengalah semudah itu, kau jangan harap aku akan biarkan mana-mana lelaki mengorat kau. Kau hanya milik aku Lisa Alana!!"
Hah?!! Perlukah Lana ketawa terbahak-bahak siap pakej berguling-guling atas lantai untuk menunjukkan bertapa lucunya kata-kata Aizaff? Bertapa bencinya Lana, meluat sungguh dengar kata-kata Aizaff. Dasar lelaki jahanam!
"Aku takde masa nak layan lelaki gila macam kau Aizaff, henti hubungi aku!"
"Lana..Please..Bagi aku peluang!"
"Tak mungkin, hati aku dah tertutup buat kau, Aizaff Nafees!"
"Nope!! Aku akan terus berusaha sama ada kau suka atau tidak Lana!"
Urghh!! Lana terus mematikan panggilan. Tak mahu dengar carutan Aizaff. Henfon menjerit lagi. Pantas Lana matikan telefon. Terfikir untuk tukar nombor..Tapi mak bapak dekat kampung macamana pula? Kalau dorang reti nak save nombor baru Lana takpelah juga huhu..
Setelah beberapa saat menenangkan diri, Lana melangkah masuk ke dalam dewan acara. Bola mata terus bergolek, mencari kelibat Ryu. Tu dia, di satu sudut, Ryu sedang berbual dengan seorang gadis seksi. Begitu menonjol di antara semua bunga-bunga yang ada di situ, dengan pakaian sendat dan singkat, berkilau-kilau menyilaukan mata!
Melihat keadaan itu, timbul niat jahat di hati. Ryu Rozzan kenakan dia tadi kan? Apa kata kita kenakan dia balik hahaha...Lana menegakkan lalu memperbaiki postur badan, biar nampak seksi dan menggoda. Langkah dibuka penuh tertib, melenggang lenggok menuju ke arah Ryu. Gelas berkaki panjang yang dihulur oleh gadis seksi itu kepada Ryu Rozzan pantas disambar oleh Lana. koktail jus buah, nampak sedap dengan ceri dan buah kurma.
"Heyy!!" Terjerit kuat gadis seksi itu, terkejut dengan tindakan tiba-tiba Lana.
Ryu terpempan! Melongo memandang Lana yang terus meneguk air berwarna putih di dalam gelas dengan sekali teguk.
"Uhuks!"
Berubah terus wajah Lana bila leher terasa sedikit perit sebaik sahaja air berwarna putih itu turun membasahi tekak. Air apakah? Mengapa ganjil benar rasanya? Ganjil tetapi memang sedap!
"Kau dah gila ke?" Marah Ryu lantas merebut gelas yang sudah kosong dari tangan Lana. Seketika diteliti gelas tersebut..Kosong!
"Kau bedal semua sekali Lisa?" Riak wajah Ryu kelihatan sedikit gusar.
Lana pegang dada yang mulai terasa panas. Gelisah mulai menguasai bila terasa perubahan diri. Aneh!
"A...Air apa tu?" Hah..Padan muka, main bedal lagi sembarangan.
"Air tu untuk Ryu bodoh!! Kau ni pehal hah?!! Bencii!!!" Gadis seksi itu menjerit geram, siap hentak-hentak kaki lalu pergi dari situ dengan wajah hampir mahu menangis. Pehal minah tu? Air je pon!
"Itu koktail Margarita Lana! Yang kau pulun sampai licin tu minuman beralkohol!"
Ya ampun!
Patutlah lain macam badan ni. Lana mengundur setapak. Entah mengapa degup jantung menjadi semakin laju, peluh mulai merembes keluar..Hormon adrenalin melonjak naik! Takkan setakat segelas arak mampu membuatkan badan berubah seaneh itu? Lana gigit bibir bawah..Lain macam feelnya saat itu!
"Kau okay tak ni?" Ryu menghampiri lalu menyentuh tangan Lana dengan lembut.
Aduh!! Pehal macam ada renjatan elektrik pada sentuhan Ryu? Degupan jantung semakin bertambah, macam mahu meletup dada! Lana telan air liur. Gila!! Saat itu juga mahu diratah badan sasa di hadapannya..Nafsu melonjak..
"Lisa!!" Terkejut Ryu bila Lana pusing, lalu berlari anak meninggalkannya.
Jangan dekat wahai Ryu Rozzan!! Hati kecil menjerit, tak berani mahu dikeluarkan. Nanti banyak pulak soal jawabnya!
Lana berlari menuju ke belakang. Nafas sudah tidak teratur, keinginan membuak-buak..Argh!! Mujur Ryu Rozzan tidak mengejar. Takpe Lana, call grab dan terus balik ke rumah. Nafas cuba diatur, jiwa cuba ditenangkan. Semua akan berlalu, dia cuma perlu kuatkan iman dan semangat!
Setelah agak tenang, Lana mengorak langkah menuju ke lobi. Grab! Dia perlu kenderaan. Lana pandang sekeliling. Arghh!! Mengapa semua jantan yang berkeliaran di situ mahu diterkam dan digomol? Dia mahu disentuh dan dibelai.. Dia mahu menikmati persatuan dua tubuh berlainan jantina..Otak mulai meliar, berfantasi tanpa mampu dikawal oleh akal..Tenang Lana..
Lana cengkam kepala dengan kedua-dua belah tangan. Tolong..Jauhkan fikiran berdosa itu!! Dia tak rela..Apa sudah jadi dengan tubuhnya? Mengapa tetiba bertindak liar dan sukar dikawal? Tak tunggu lama, Lana bergegas mahu keluar dari tempat itu.
Menggeletar seluruh tubuh akibat desakan yang membuak-buak. Lana semakin keresahan. Akal mulai terpesong jauh. Mulai berlari anak, air mata juga mulai menitik jatuh..Lana sudah mulai hilang kewarasan diri.
"Argh!"
Akibat kelam kabut, Lana merempuh tubuh seseorang yang kebetulan sedang dalam keadaan tergesa-gesa mahu masuk ke dalam ruangan lobi hotel. Lana mendesah dengan kuat. Sentuhan dua tubuh itu benar-benar menggetarkan naluri kewanitaannya. Mata yang mulai kuyu ternaik ke atas, mahu melihat empunya tubuh sasa dan wangi itu.
"Lana!!"
"Zaff!!"
Hormon adrenalin terus naik hingga ke paras merbahaya!
Share this novel
janganlah Lisa jadi mangsa Aizaff bertambah tambah sedih Lisa nanti mau mental oiii
next. .tq suka jalan cerita tidak merapu