BAB 51

Humor Completed 411630

“Lana! Wake up! Kita dah sampai airport dah ni.” Bahu terasa digoncang-goncang perlahan. Terpisat-pisat Lana buka mata lalu memandang sekeliling.

“Kat mana?” Tanya Lana dengan wajah bingung-bingung.

“Helo! Kau dan Raees akan berlepas ke luar negara sebentar lagi. Tak ingat?” Fiona siap petik jari depan wajah Lana.

Dada yang berdebar kencang perlahan menyurut. Ahh, mereka baru tiba di lapangan terbang. Belum naik kapal! Ertinya semua yang berlaku, kemunculan Ryu Rozzan dan Aizaff Nafees tu cuma mimpi sahaja, bukan realiti. Lana tampar halus kedua belah pipinya. Kali ini bukan mimpi kan? Tak puas hati, dia cubit dengan kuat pipi sendiri. Sakit sangat sampai berkerut dahi. 100 percent sure bukan mimpi!

“Ryu Rozzan…dia takde kan?” Hampir bersambung kening Fiona sebaik sahaja dengar Lana menyebut nama lelaki itu. Lana telan air liur.

“I mean…lelaki itu wujud kan? Aku baru diceraikan, sekarang aku ni tengah mengandung. Iya kan?” Fiona membuang nafas kuat. Merenung Lana dengan mata terbuntang luas buat beberapa saat.

“Kau cakap apa ni Lana? Tell me, kau mimpi apa tadi?”

“Tak Fiona! Sekarang aku cuma mahu kepastian. Aku benar-benar bingung sekarang. Tolong bagitahu aku, what happened Fiona? Apa yang aku cakap tu… betul atau cuma ilusi aku saja?”

“Pehal pula tetiba jadi ilusi? Betullah tu. Lelaki durjana tu dah buang kau dalam hidup dia. Tak payah dah kau nak sesakkan fikiran kau tentang dia. Aku dah kata aku akan jaga kau. Kita tak perlukan lelaki dalam hidup! Wanita sebenarnya lebih kuat dari lelaki Lana. Selama ini kaum lelaki selalu fikir yang wanita tak boleh hidup tanpa mereka. Tapi itu zaman dulu! Now they can kiss my as*!”

“Ehem!!!” Deheman kasar itu membuatkan Lana dan Fiona serentak paling wajah. Kemain kelat wajah tampan Haraees memandang silih berganti pada mereka berdua melalui cermin pandang belakang.

“Have you heard the phrase no women no cry? Bukan hanya wanita pandai terluka, kami kaum adam juga sama. Sering tersakiti, sering mengalah dan paling malang…sering disalahkan! Sikit-sikit ini semua salah lelaki, lelaki semua gatal! Buaya! Babun! Asyik-asyik lelaki! Kau orang ingat kita ni takde perasaan?” Haraees menyembur pedas. Nanar terus mendengar kata-kata itu!

Lana dan Fiona berpandangan. Masing-masing kehilangan kosa kata. Tiada yang berani bersuara kerana apa yang dikatakan oleh Haraees itu ada benarnya.

“Apa korang ingat semua lelaki sama ke? Macam juga kaum hawa. Bukan semua boleh dipercayai. Zaman sekarang, dua-dua spesis ni sama saja! Tak perlu asyik salahkan satu pihak saja. Tak adil bukan? Kerana setitik nila, satu belanga susu rosak! Kalau nak salahkan Ryu, salahkan jela dia sorang, tak perlu nak kutuk semua lelaki! Aku asyik makan hati tau dengan korang berdua, tak habis-habis nak kutuk spesis aku. Macamlah kau tu baik sangat!”

Lana menyenggol lengan Fiona. Ni semua pasal mulut celupar minah ni lah, tak pasal-pasal dia pun kena hentam sekali oleh Haraees.

“Lepas tu yang mengata ni spesis tak laku! Takde lelaki berani nak dekat! Tapi kalau bercakap pasal lelaki, terlebih pronya! Macamlah dia dah khatam satu kamus tebal pasal lelaki.”

“Hoiii! Mengata tu elok sikit ya pakcik tua!” Fiona mulai terbakar. Tak laku katanya? Ni bukan spesis tak laku, cuma lelaki kiriman surga belum muncul! J&T silap pos kot! Tibeh!

“For your information my child fruit, lelaki tua umur 70 tahun ke atas pun masih laku okay, bukan macam perempuan. Kau dah tak laku Fiona, mengaku jela!”

Celaka pakcik tua ni! Taulah pakcik ni jenis terhangat di pasaran, makin berumur makin meletop! Fiona gigit bibir bawah. Jemari terkepal erat. Ini pertama kali dia kehilangan kata-kata. Haraees Reza makin bijak membidas!

“Dahlah tu. Tak payah dipanjangkan. Jom keluar.” Lana yang tersepit di tengah, tidak tahu harus menangkan siapa kelam kabut menolak pintu kereta. Diheret bersama lengan Fiona. Mahu tak mahu, Fiona terpaksa menurut walaupun keinginan untuk meneruskan perbalahan masih begitu kuat.

Ketika menunggu di balai menunggu, Lana mulai kelihatan tidak tenang. Mimpi itu begitu menganggu hingga dia mulai rasa berbelah bagi. Berkali-kali bola mata memandang ke pintu utama. Begitu mengharap bahawa mimpi itu jadi kenyataan. Sesungguhnya cintanya buat seorang Ryu Rozzan masih utuh.

“Flight delayed for two hours atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.” Haraees menghampiri dengan wajah terpamer geram. Bola mata terarah pada Lana yang nampak tak fokus dan kelihatan begitu terganggu.

“What’s wrong Lana?” Haraees berdiri di hadapan Lana, merenung tajam, hairan dan juga curiga.

Lana tunduk sambil memintal-mintal hujung blouse yang dipakai. Bibir bawah digigit perlahan.

“Gais!” Tiba-tiba Lana bingkas berdiri. Haraees dan Fiona memandang terkejut.

“Before I go, before I really go… I need to find out about something. Can you help me?” Haraees meletuskan keluhan halus manakala Fiona mencebik sebal. Keduanya seolah dapat mengagak apa yang mahu dilakukan oleh Lana.

“I’ll support you Lana.” Haraees menyatakan persetujuan sambil tersenyum nipis. Lana mengalihkan bola mata, menatap Fiona penuh mengharap. Walaupun wajah yang terpamer kurang bersetuju namun akhirnya Fiona turut mengangguk.

“Consider the baby was his, I give him a second chance.” Putus Fiona akhirnya. Terharu benar dengan dua jiwa setulus malaikat surgawi yang hadir sebagai penyelamatnya itu. Rasa nak nangis saja saat itu.

“Let’s move. We only have two hours guys.” Ajak Haraees. Mereka terus bergerak menuju ke luar bangunan mendapatkan kereta Haraees.

Haraees memandu dengan tenang walaupun kelajuan kereta menghampiri level merbahaya. Lana terus merenung ke luar jendela. Cuba mencari kekuatan. Jemarinya digenggam erat oleh Fiona yang duduk di sebelah.

“Tenang Lana… aku ada. Aku akan bela kau sehabis daya.” Fiona cuba memberi kata-kata semangat bila lihat Lana kelihatan runsing. Lana angguk perlahan.

Haraees cuba menghubungi Ryu tetapi nombor Ryu tidak aktif. Dihubungi pejabat dan staff di situ mengatakan Ryu Rozzan sudah beberapa hari tidak masuk pejabat. Hanya ada satu tempat yang menerpa di minda iaitu rumah agam Ryu Rozzan.

Melihat kereta Ryu terparkir di dalam garaj ketika memasuki perkarangan rumah, Haraees membuang nafas lega. Memandang Lana melalui cermin pandang belakang. Bola mata mereka bertaut. Haraees memberi signal melalui ekor mata. Lana angguk mengerti.

Perlahan, tubuh keluar dari perut kereta. Menarik nafas dalam-dalam dan dihembus keluar dengan laju. Dia lakukan beberapa kali, cuba mencari ketenangan sekaligus kekuatan dengan berbuat demikian.

“Go Lana! Chaiyok!” Fiona bersuara kuat.

Lana meneruskan langkah menuju ke pintu. Sempat mengerling sekilas kereta yang selalu digunakan oleh Ryu, terparkir kemas di dalam garaj. Lonceng pintu ditekan. Menunggu dengan sabar.

Setelah hampir seminit masih tiada respon, Lana menekan punat sekali lagi, kali ini ditekan beberapa kali. Menunggu lagi. Hanya sepi jawapan yang diterima dari dalam rumah. Tak puas hati, daun pintu diketuk kuat sambil sebelah tangan menekan bertubi-tubi punat lonceng.

“Ryu belum muncul? Tertidur kot!” Entah bila masa Haraees dan Fiona berada di belakang, Lana tak sedar langsung.

Haraees berundur beberapa langkah.

“Ryu Rozzan!!! Open the door!!!” Jeritan super lantang yang membuatkan corong telinga berdengung!

“Ryu Rozzan!!!” Sekali lagi nama itu bergema dengan lantangnya. Terketap rahang bila tiada respon langsung dari dalam rumah. Henfon ditarik keluar. Nombor Ryu didail sekali lagi. Masih tidak aktif!

“Ryu keluar agaknya!” Putus asa, Haraees kembali mendapatkan Lana dan Fiona yang masih berdiri di depan pintu, masih berusaha mengetuk dan menekan lonceng pintu.

“Kau takde kunci pendua ke?” Tanya Fiona. Lana geleng.

“Semuanya aku dah kembalikan pada Ryu.” Jawab Lana dalam nada kecewa. Wajah ke bawah menekur lantai.

“Then we’re done here! Anggap jela kau dan Ryu dah over. Move on Lana…Ryu Rozzan tercipta bukan untuk kau. Pemilik tulang rusuk kau pasti orang lain.” Selamba beruk Fiona melontar keluar apa yang ada dalam fikiran, tak fikir langsung perasaan Lana. Baginya, Lana harus disedarkan supaya tidak terus menaruh harapan pada Ryu Rozzan.

“Korang ada kertas tak?” Pinta Lana.

“Ada kot dalam kereta. Kejap aku ambilkan.” Haraees berlalu. Fiona terusan memaku pandangan tajam.

“Now kau nak buat apa? Tulis surat cinta pulak?”

“Ini kali terakhir Fiona. Aku nak Ryu tahu isi hati aku and that’s it. Aku takkan menaruh harapan selepas ini. Aku cuma taknak ada penyesalan di kemudian hari. Perasaan terpendam harus diluahkan supaya ada ketenangan bukan?” Fiona terangguk-angguk, mengiyakan kata-kata Lana.

Tidak lama kemudian, Haraees datang bersama sekeping kertas dan sebatang pen. Lana terus duduk di lantai dan mulai menulis dengan begitu tekun. Usai menoktahkan karangan berjela luahan dari hati yang tulus mencintai, kertas putih bersaiz A4 itu Lana lipat kemas-kemas.

“Nak sembur perfume tak? Bagi dia wangi sikit macam surat cinta dulu-dulu, penuh bedak badan. Sekali buka lipatan, dengan muka-muka sekali putih macam hantu pocong dalam wayang cina!” Perli Fiona sambil tergelak. Lana ikut tergelak. Kepala tergeleng. Ada-ada sajalah minah kepoh sorang ni.

Setelah terlipat kemas, Lana menyisipkan surat tersebut di celah-celah belahan pintu. Betul-betul berhampiran dengan pemegang pintu. Sebaik sahaja pintu terkuak, pasti jatuh dan senang dinampak oleh Ryu kelak. Begitu tinggi harapan Lana supaya Ryu nampak surat tersebut dan membaca isi kandungannya.

“Tak nak cium-cium surat tu dulu ke? Nak bagi feel tu sampai pada si penerimalah katakan.” Hish…minah kepoh ni kan, tak habis-habis dengan mulut pot petnya!

Lana tak jawab, terus ditarik lengan Fiona untuk pergi dari situ.

“Jom gerak. Nanti terlewat melepas flight!” Fiona memandang Lana dengan kening hampir bercantum. Lain macam aura Lana ni tau lepas selesai tulis surat cinta. Lebih bersemangat! Kuasa cinta memang hebat!

Mereka tiba di lapangan terbang ketika pengumuman pertama dibuat. Fiona dan Lana saling berpelukan, masing-masing rasa keberatan untuk berpisah.

“Wait for me Lana. Aku akan paksa papa untuk transferkan aku ke situ secepat mungkin.” Lana tergelak walaupun diri dihurung sedih, sebak melihat kesungguhan Fiona. Air mata dibiarkan jatuh membasahi pipi.

“Dahlah tu…jom gerak sekarang Lana.” Haraees menyampuk dalam nada kebosanan. Penat melihat drama depan mata. Kaki diatur menuju ke balai pelepasan.

Lana melepaskan pelukan. Fiona mulai teresak-esak. Air mata di pipi Fiona Lana lap perlahan.

“See you soon Fiona.” Itulah kata-kata terakhir yang Lana lafazkan, sebelum mengorak langkah mengekori Haraees.

Fiona angguk laju sambil mengangkat tangan, melambai sayu pada Lana yang semakin lama semakin menjauh sehinggalah kelibat Lana hilang dari pandangan. Fiona melangkah longlai meninggalkan ruangan tersebut. Dialah yang bakal membawa pulang kereta Haraees.

Buat kesekian kali, Lana menoleh ke belakang. Sejujurnya, bukan Fiona yang dicari. Masih berharap bahawa mimpi itu menjadi kenyataan. Malangnya, sehingga mereka tiba di pintu masuk, bayang-bayang yang diharapkan muncul saat-saat terakhir macam klise drama cinta cintun langsung tak kelihatan. Terluka berkali-kali masih tak jera-jera. Akhirnya diri sendiri juga disalahkan. Dikutuk berkali-kali kerana masih mengharap pada yang tak sudi. Sakitnya hanya tuhan yang tahu.

“Lana…” Panggil Haraees lembut ketika mereka sudah duduk di dalam perut pesawat.

Lana memaling wajah, bola mata bertembung dengan bola mata coklat jernih Haraees di sebelah. Warna iris yang sangat mempersonakan, begitu tenang memandangnya.

“I can be the man who will love you endlessly, unconditionally if you let me in.”

Terbuntang luas mata Lana. Merenung tidak percaya pada wajah tampan di depannya. Like seriously? Haraees Reza lelaki one in a million mahukan wanita yang baru diceraikan dan sedang mengandung? Ini pasti mimpi lagi! Lana terus menampar-nampar pipinya agak kuat. Sedar! Sedarlah wahai Lisa Alana…mimpi kali ini sangat tidak masuk akal!

Ryu or Raees? Hurm...

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-12-20 23:43:48 

Ryu la kan xadillah kan Ryu otaknya masih mereng dan jam...hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience