Lisa Alana buat tak nampak bila Ryu bergandingan masuk bersama Aileen Qarlisa. Terlalu jelas penampakan ketidakselesaan di raut wajah Ryu, juga kepura-puraan Aileen Qarlisa yang jelas mahu menunjuk-nunjuk pada semua orang yang ada di situ bertapa mesranya mereka berdua. Bersungguh-sungguh Qarlisa peluk lengan Ryu, seolah Ryu akan melayang ke udara kalau dilepaskan.
Lana dengar semuanya tadi semasa Ryu masih berada di luar. Puan Sri sengaja bercakap kuat dalam telefon, memang sengaja nak bagi dia dengar perbualan Puan Sri dengan Qarlisa. Nampak betul Puan Sri nak sakitkan hati dia. Tapi tula, yang Puan Sri tak tahu, anak terunanya tu bukanlah satu-satunya lelaki ukiran sempurna yang wujud di muka bumi..Banyak lagi, yang penting kenalah rajin menjelajah ke seluruh pelusuk kan. Tak pernah dengar pepatah Melayu ‘Patah tumbuh hilang berganti?’
Sakit hati? Ya, Lana akui dia memang tengah sakit hati, apatah lagi bila lihat Qarlisa memeluk Ryu dengan erat. Isteri mana yang tak sakit hati kan? Ryu Rozzan tu suami dia yang sah, mereka diijabkabul oleh tok kadi depan keluarga Lana! Isteri mana yang rela suami disentuh oleh wanita lain? Isteri mana yang rela ibu mertua memanggil bekas teman wanita anaknya ke rumah yang dihuni oleh anaknya bersama isteri?
Mujurlah Lana bukan bodoh! Awal-awal lagi dia dah dapat baca niat jahat Puan Sri. Lana sedar Ryu takkan mampu melawan. Puan Sri memang bijak gunakan diri yang kononnya lemah untuk mengawal anak. Puan Sri tak sedarke dia bakal menyiksa anak sendiri? Lana mengeluh dalam hati.
“Mummy…Mummy okay tak ni? Wajah mummy nampak pucat tau. Kesian mummy, pasti mummy tengah stress sekarang ni kan? Nak Lisa urutkan tak?” Amboi, bukan main mengada Qarlisa menawarkan diri, tapi nampak sungguh tak ikhlas! Buktinya, Qarlisa masih tercongak di sebelah Ryu. Pelukan langsung tak dilonggarkan. Hanya air liur dibazirkan, tindakan hanya di angin lalu.
Ryu sedari tadi cuma mengunci mulut. Mood sudah lama ke laut, ditambah lagi dengan kemunculan Aileen Qarlisa..Dia benar-benar rasa letih untuk bertekak. Aileen Qarlisa dan mummy punya perangai lebih kurang sama, keras kepala dan tak makan saman! Ryu membuang wajah. Tak sengaja bola mata bertembung dengan Lisa Alana. Terus tertelan segumpal air liur!
“Lisa..Pindahlah kat sini buat sementara waktu untuk temankan mummy…Hanya Lisa sorang je yang faham mummy. Lisa sayangkan mummy kan?”
Lana pantas merenung Puan Sri dengan kening terbengkok. Bengkak hati saat itu. Puan Sri menjeling benci. Jelas riak wajah sedang mentertawakan Lana.
“Mummy!! Are you out of your mind?! Dah, kau balik sekarang Lisa. Lupakan kata-kata mummy!” Ryu pantas menegah.
Lengan yang dipeluk erat oleh Aileen Qarlisa cuba dilepaskan. Belakang Qarlisa ditolak menuju ke arah pintu. Pendapatnya, bila gadis itu pergi semuanya akan selesai. Malangnya, Aileen Qarlisa bukan mudah dikawal.
“Laa..Aku tak kisah! Aku boleh mula pindah malam ni jugak..” Qarlisa menepis tangan Ryu lalu berlari anak mendapatkan Puan Sri.
“Don’t worry mummy. Nanti Lisa call assistant Lisa untuk hantar barang-barang Lisa ke rumah ni. Lisa janji, Lisa akan jaga mummy dengan baik. Tapi mummy kenalah kuat supaya cepat sembuh..”
Lana buang wajah, sebal dengan kepura-puraan yang cuba dipamerkan oleh Aileen Qarlisa. Entahlah, Puan Sri ni buta agaknya.. Aizaff yang sudah selesai memeriksa Puan Sri mengemaskan peralatan yang digunakan.
“Jangan risau, Puan Sri tak apa-apa. Tiada racun ataupun perbuatan khianat. Semuanya okay je, cuma gastrik kerana lewat makan. Kalau tak nak benda ni berulang, cuba makan ikut masa. Maklumlah bila badan dah mulai menginjak ke senja ni, pertahanan badan pun semakin berkurangan. Saya dah listkan ubat serta sukatan yang perlu diambil. Nanti boleh beli dekat farmasi.” Usai berkata, Aizaff menghampiri Lana. Bola mata menatap Lana penuh simpati. Terusik hati Lana. Terus ditundukkan kepala, tidak mahu dikasihani oleh Aizaff.
“Lana..Selama ini aku ingat kaulah wanita paling bijak. But now, aku rasa kau bertindak bodoh kalau masih terus berada di sini. Fikir baik-baik Lana..Kau bukan buta, semua dah jelas.. If it's hard, turn to me, you know I’m a good listener right? Aku masih menunggu dan sudi terima kau seadanya.. Aku pergi dulu..”
Celaka Aizaff! Kata-kata lelaki itu berjaya meruntun sukma. Buku lima terkepal erat, berusaha sedaya upaya menahan air mata dari bergenang di tubir mata. Tak Lana, kau tak boleh tewas dengan perasaan sekarang! Takkan semudah itu dia mengundur diri dan lihat senyuman kemenangan terlakar di wajah Puan Sri dan Aileen Qarlisa.
Ryu Rozzan pantas mendekati sebaik sahaja Aizaff berlalu pergi. Wajah kelat dan tegang. Mata mencerlung memandang Lana.
“Aizaff kata apa tadi?” Terus melontar soalan. Riak cemburu tak mampu disembunyikan lagi.
“Dia suruh aku tinggalkan kau kalau kau tak kawal keadaan teruk ni. Bekas kekasih tinggal serumah? Masuk akal ke Ryu Rozzan? Why not aku ajak Aizaff tinggal sekali dalam rumah ni, meriah sikit kan..”
“Aku harus buat apa Lana? Itu kerja gila mummy, bukan aku..Aku juga tak setuju!”
“Then say it Ryu Rozzan! Say it right in front of their faces, bukan hanya diam mematung! Kau ketua keluarga bukan? Jangan jadi dayus dan biar orang lain tentukan semuanya.. Kau faham tak ni? Dahlah, aku penat nak bertekak..Aku naik dulu, pandai-pandailah kau settlekan hal ini!”
“Lana!”
Langsung tak menoleh lagi. Penatlah nak hadap semua ni! Selagi Ryu tak bertegas, pengakhirannya tetap sama. Dia harus bersedia dan persiapkan hati..Kemungkinan perpisahan bahkan penceraian bakal terjadi bila-bila masa. Hubungan suami isteri jika ada campurtangan dari ahli keluarga, pasti ada yang makan hati berulamkan jantung. Lama-kelamaan menjadi racun yang merosakkan perhubungan. Penyelesaian akhir pasti penceraian!
Lana masuk ke dalam bilik Ryu lalu berbaring di atas sofa. Tak sudi mahu tidur sekatil dengan Ryu. Hati sudah bengkak bernanah dek sikap Ryu Rozzan yang terlalu mengikut kemahuan Puan Sri. Mata ditutup rapat, cuba memujuk hati untuk tidur dan lupakan semuanya buat sementara waktu.
Entah bila masa Lana tertidur, dia sendiri tidak sedar. Terbangun bila terasa ada pergerakan halus di sebelah. Pantas kelopak mata terbuntang luas lalu menoleh ke sisi. Ryu terbaring di sisi, begitu nyenyak tidur lelaki itu dengan tangan melingkar erat di pinggang Lana.
Argh! Rasanya soalan seperti bila masa dia berpindah ke atas katil atau siapa yang pandai-pandai alihkan tubuhnya dari atas sofa tak perlulah dikemukakan..Dah terang lagi bersuluh pulak! Benci betul dengan perangai Ryu Rozzan. Tidur sekatil tu okaylah lagi, ni dah berani nak sentuh-sentuh dia pehal? Mahu saja ditendang sekujur tubuh sasa itu biar jatuh bergolek di bawah katil! Tapi tak sampai hatilah pulak bila lihat wajah letih yang sedang lena itu.
Perlahan, lengan Ryu dialihkan. Sempat bola mata terarah ke jam di dinding sebelum berjengket turun lalu menapak ke bilik mandi. Dia tidak mahu lewat sampai ke tempat kerja. Boss baru dia tu perangai macam jembalang..Pasti teruk dia dikenakan kalau terlihat di mata boss walau sekecil hama pun kesilapan!
Keluar dari bilik mandi siap berpakaian dan terus dituju ke meja solek. Bola mata melirik ke arah katil. Ryu masih nyenyak tidur. Timbul pula rasa simpati, entah jam berapa agaknya Ryu masuk tidur semalam. Puan Sri pasti kerjakan Ryu dengan teruk gara-gara mungkin tidak mahu Ryu masuk ke dalam bilik. Hurm..
Kasihan pula dengan Ryu, tersepit sebenarnya lelaki itu..Tapi Lana sendiri tak mampu nak buat apa-apa bukan? Ini hal keluarga Ryu, jadi dia kenalah selesaikan sendiri. Lana cuma mampu beri nasihat jela.
“Kau tetap tak nak balik ke pejabat?”
Terkejut Lana bila Ryu tiba-tiba bersuara. Eh! Dah bangun rupanya.. Sejak kapan? Lana meneruskan menghias wajah tanpa menoleh.
“Lana baru sehari kerja. Takkan nak berhenti tiba-tiba? Rosaklah reputasi Lana.”
Kedengaran keluhan kasar terletus dari bibir Ryu.
“Abang perlukan Lana. Abang tak nak mummy suruh Lisa pulak jadi PA abang..Tolonglah fikirkan tentang abang Lana.. Abang benar-benar tersepit sekarang. Mummy tu bukannya boleh dibawa bincang.”
Hati sedikit terusik sebenarnya bila dengar keluhan sayu Ryu Rozzan. Lana bingkas bangun dari kerusi. Badan dipusing menghadap Ryu yang masih bersandar di kepala katil.
“Bagi Lana masa seminggu untuk settlekan hal ni boleh? Lana tak boleh berhenti tiba-tiba. Kasihan dekat kawan Lana yang sungguh-sungguh cuba bantu Lana dapatkan kerja ni. Lagipun, abangkan boleh tolak je permintaan mummy abang tu kalau abang tak nak Lisa tu kerja dengan abang.”
“Masalahnya mummy bukan nak dengar pun.”
“Abang kena bertegas! Abang dah ada kehidupan sendiri kan? Kalau ianya benda yang membawa kebaikan, tak salah abang menurut. Tapi apa yang Lana nampak, mummy cuba nak kawal hidup abang ikut kemahuan dia, itu tak baik abang. Kecuali abang setuju dengan rancangan mummy abang tu.” Semua isi hati diluahkan.
Wajah tampan Ryu berubah jadi mendung. Ryu menatap Lana buat seketika.
“Abang tahu, tapi abang tak sampai hati Lana. Abang takut sekiranya berlaku sesuatu pada mummy, abang akan menyesal seumur hidup.”
Lana mengangguk. Ya, dia faham dilema Ryu! Siapa tak sayangkan ibu bapa kan? Merekalah penyebab kita wujud di dunia. Apatah lagi insan yang bergelar ibu, bertarung nyawa melahirkan kita ke dunia, bersengkang mata siang malam demi melihat kita membesar dengan sempurna.
Lana menyambar beg tangan dan kunci kereta. Tidak mahu memanjangkan hal tersebut. Lagipun, dia tidak mahu terlewat.
“Lana!”
Ryu melompat turun dari katil lalu mengejar Lana yang sudah mengorak langkah menuju ke pintu. Lengan Lana segera dipaut.
“Beri abang masa Lana..” Ryu merayu dengan suara lirih.
Langkah kaki Lana terhenti. Perlahan, kepala dipaling untuk memburu bola mata Ryu.
“Buat masa sekarang, Lana masih mampu bertahan abang.”
“Tolong bertahan demi abang sayang.. Abang tak nak kehilangan Lana..”
Terkejung sekujur tubuh bila Ryu menarik Lana ke dalam pelukan hangatnya. Ahh..Ini tak baik untuk hati! Bagaimana nanti sekiranya takdir tertulis bahawa tiada jodoh antara mereka? Mampukah hati menerimanya?
“Abang dah…abang dah…” Tersekat-sekat Ryu di situ..
PANG!
Pintu bilik tiba-tiba terkuak tanpa ketukan, tanpa salam! Memang spesis babun tak bertamadun betul..
“Morning Sayang!! Lisa dah ready nak ikut ke ofis!!” Aileen Qarlisa meluru masuk, buat-buat tak nampak pasangan suami isteri yang sedang berpelukan itu. Dihampiri Ryu Rozzan lalu ditarik menjauhi Lisa Alana. Lengan Ryu dipeluk erat.
Ryu memandang jelek. Cengkaman Aileen Qarlisa cuba dilepaskan.
“Kau dah kenapa Lisa? Tak malu ke masuk bilik aku? Keluar sekarang!!” Hampir menjerit Ryu kerana berang dengan perangai tak semenggah Aileen Qarlisa.
“Mulai hari ini, Lisa akan panggil abang tau..Lebih mesra macam tu kan? Kitakan dah tinggal serumah.. Tak salah pun, mummy juga dah setuju. Dahlah, jom pergi kerja. Mulai hari ini juga, Lisa tak nak memandu, abang jadi driver hantar dan ambil Lisa. Tak menyusahkan pun, kitakan kerja bersama..”
Qarlisa boleh buat seolah Lisa Alana tidak wujud di situ tau. Lana betul-betul rasa tercabar hingga menggeletar seluruh tubuh.
“Lisa!! Hentikan semua ini.. Tolonglah pergi dari hidup aku. Kau dan mummy sama je, betul-betul menyulitkan hidup aku!” Ryu menolak kasar tubuh Qarlisa menjauhinya.
Melihat Lana seolah mahu pergi dari situ, Ryu pantas mengejar.
“Sayang!!” Pergelangan tangan Lana disambar. Jemari Lana digenggam erat.
“Jon pergi sayang..Bawa abang pergi jauh..Abang dah tak tahan!”
Aik?! Bolehke macam tu? Seharusnya dia yang cakap macam tu dekat Ryu kan? Seharusnya Ryu yang melindungi dia kan? Mengapa macam dah terbalik pula ni? Nampaknya Ryu yang meminta perlindungan darinya sekarang, betul kan?
Tak sempat menjawab, Ryu menarik tangan Lana untuk pergi. Jeritan Aileen Qarlisa tak dipedulikan langsung. Puan Sri yang kebetulan baru keluar dari bilik kerana bunyi bising turut menjerit memanggil Ryu.
Ryu semakin memperbesarkan langkah kaki hingga terlari-lari Lana mengejar. Lana ditolak masuk ke dalam kereta Ryu. Bergegas Ryu masuk ke bahagian pemandu lalu memandu laju meninggalkan perkarangan banglo mewahnya.
Lana menjeling. Ryu nak ke mana sebenarnya? Dahlah tak mandi, muka tak berbasuh lagi..Bangun-bangun terus ajak dia lari. Terdesak sangatke Ryu sekarang? Lana berdehem perlahan, cuba meluaskan salur kerongkong.
“Kita nak ke mana abang?” Lana tahu Ryu sedang bercelaru sekarang, tapi soalan yang menyesakkan minda tak mampu disimpan lagi dah.. Lana juga ikut stress sekarang!
“Sayang…Abang rela tinggal di kampung bersama bapak dan mak, belajar menombak sawit dan bersawah..Kita balik kampung nak tak?”
Hampir terbalik sekujur tubuh Lana mendengar kata-kata Ryu. Tertelan air liur tanpa sedar!
“Sayang nak ke tak? Abang drive terus ke kampung kalau sayang diam. Diam tu tanda setuju kan?”
“Aabanggg….Jangan bertindak melulu okay. Yang kita kena hadap tu bapak. Fikiran bapak ni konservatif sikit. Abang berani ke nak hadap bapak dengan samurai legend dia tu nanti?”
Ryu diam sebentar. Dahi berkerut sedikit memikirkan kata-kata Lana.
“Bapak takde penyakit jantung kan?”
Lana geleng. Mohonlah dijauhkan! Ryu ni pun, main cakap lepas je tau!
“Then, no hal punyalah! Kita balik kampung seminggu dua.”
Laju Lana geleng.
“Abang, Lana kena kerja. Tak kerja duit kereta duit belanja mak bapak adik beradik Lana macamana? Janganlah fikirkan tentang abang je..”
“Abang tanggung semuanya. Abang kan suami sayang.”
Semakin laju Lana menggeleng.
“Tak bolehlah macam tu abang.. Lana masih mampu menanggung keluarga Lana, lagipun itukan tanggungjawab Lana.”
“Sayang, abang lebih dari mampu kan? Janganlah berkira sangat dengan abang. Duit boleh dicari.. Kebahagiaan tu, sekali terlepas sukar mendapatkan semula..”
Lana mengeluh. Masih tetap tidak bersetuju dengan Ryu. Arghh!! Kenapalah minah ni keras kepala betul?! Benda mudah mahu disusahkan..Bengang!! Ryu menjeling tajam, sebal betul dengan perangai seketul Lisa Alana.
“Bukan begini caranya abang. Melarikan diri takkan menyelesaikan masalah. Cuba abang fikir, bila kita kembali nanti..Keadaan akan kembali seperti sediakala ke? Tak kan? Mungkin akan jadi lebih teruk, siapa tahu. Mahu tak mahu abang kena selesaikan. Beri kata putus pada mummy abang! Berbincang dengan papa untuk selesaikan hal ini. Niat yang baik selalunya akan berakhir dengan kesuksesan. Yang penting abang kena yakin.” Panjang lebar Lana berceramah, dengan harapan akan terbukalah hati Ryu mendengar sekaligus menurut seperti yang diusulkan olehnya.
Ryu hanya mendiamkan diri. Bola mata lurus ke arah lebuh raya. Seketika kemudian, Ryu memberhentikan kereta di bahu jalan. Selepas menarik handbrake, wajah dipaling memandang Lana.
“Promise me something Lisa Alana..” Bahu Lana dipaut lembut.
Lain macam debaran yang melanda dada saat bola mata Ryu menusuk dalam ke anak mata Lana. Seolah terpukau, Lana renung anak mata Ryu tak berkelip…Indahnya sinar mata Ryu saat itu, sampai nak mengerdipkan mata pun Lana tak sanggup nak buat.
“Cakaplah..” Ryu mulai mendesak bila Lana diam tak bersuara.
“Lana kena dengar dulu apa penyebabnya Lana kena berjanji.” Dalih Lana, termalu sendiri bila Ryu menyedari bertapa khusyuknya Lana merenung. Ryu melakar senyum yang mampu menghadirkan getaran aneh di jiwa, lesung pipit di kedua belah pipi Ryu benar-benar menggoncang jiwa raga..Fuh! Bahaya betul..
“Never leave me Lana..Whatever happen after this..Don’t ever leave me..’
Terpempan seketul Lisa Alana! Ini perkara baru yang Ryu ucapkan. Takde dalam list panjang lebar Ryu sebelum ini..Aneh! Hati mulai dilanda curiga.
“Why Ryu Rozzan? Bukankah kau sendiri telah meletakkan jurang antara kita?”
Ryu mengeluh perlahan. Jemari mulai menggosok-gosok tulang bahu Lana dengan perlahan.
“Told you semua syarat bodoh aku tu dah tak terpakai Lana. Aku akui, aku yang meletakkan syarat tu, aku juga tertewas akhirnya..Masalahnya sekarang…Lisa Alana..Aku dah sayang gila pada kau..Aku tak sanggup kehilangan kau..Aku sayang kan kau..”
Ahh..Tak baik!! Tak baik macam ni!! Mr Playboy dah luah isi hati..Dia harus bagaimana sekarang? Bagaimana dengan syarat-syarat yang dia letak pada diri sendiri? Nak tiru macam Ryu buat semuanya invalid ke atau macamana?
“Abang dah jatuh cinta dengan isteri solehah abang ni..” Belum sempat berfikir, badannya ditarik lalu dipeluk dengan erat.
Kejung lagilah jawabnya!
Tiba-tiba Ryu menarik badan, lalu merenung semula Lana dengan tajam. Wajah dirapatkan hingga hujung hidung bersentuh.
Lana hampir tidak mampu menarik nafas. Jemari menggengam erat hujung baju. Ryu nak buat apa? Dia harus bertindak bagaimana? Takkan pura-pura pengsan kan? Ke pura-pura kena serangan jantung! Adeh.. Otak bergeliganya tiba-tiba tidak memberi kerjasama.
“Lisa Alana…I love you..”
Woahh..Rasa separuh semangat terbang pergi. Sampai tak sedar bila masa Ryu mendaratkan bibir di atas bibirnya. Tak terasa langsung! Cuma kelembutan bibir serta kehangatan ciuman itu meresap hingga ke dasar jiwa. Anehnya rasa itu.. Hairannya.. Mengasyikkan!
Share this novel
wow.. teruskan..x sabar mnnti next chapter..