BAB 45

Humor Completed 411630

Satu persatu berlalu meninggalkan tempat itu. Mula-mula Tan Sri Daniel, mengekori di belakang dua orang polis yang sedang membawa Puan Sri Helena.

Kemudian, Haraees segera menarik lengan Fiona untuk pergi dari situ. Sempat lagi Fiona melemparkan kunci keretanya kepada Lana. Sebelah mata dikenyitkan, sambil melempar sebuah senyuman nakal kepada Lana.

“Awas Lana, lain aura orang tengah mengandung ni.” Tercengang Lana dengar bisikan yang taklah macam berbisik suaranya, sampai Haraees pun meneleng kepala, memandang mereka berdua dengan pandangan ganjil. Fiona tergelak-gelak lalu menarik lengan Haraees untuk meninggalkan tempat tersebut.

Lana pandang sekeliling. Why oh why dia ditinggalkan berdua-duaan dengan Ryu Rozzan? Lana pandang Ryu. Ryu pandang Lana. Lana beliakkan mata, Ryu mengherot senget bibir atasnya.

“Ryu Rozzan!”

“Lisa Alana!”

Serentak, senada tapi perkataan yang berbeza! Terus tercengang keduanya. Ryu senyum nipis lalu menggosok dahi.

“You first!” Sekali lagi. Cuma kali ini serentak, senada dan sefrasa. Macam berjanji, perfect timing! Ah, ngado... Macam dalam filem cinta, terus tersipu-sipu sambil berbalas jelingan manja.

Lana menghampiri lalu memegang pemegang kerusi roda Ryu. Kalau terus dilayan bunga-bunga cinta yang sedang berkembang dengan rancaknya, alamat sampai ke hari esok pun mereka masih saling berjeling-jeling di situ!

“Ryu…” Sambil menolak Ryu menuju ke luar bangunan, Lana bersuara.

“Ya Lana.”

“Betul ke Tan Sri nak hantar Puan Sri ke Indonesia?”

“Betullah kot. Papa dan lama dah bersabar dengan mummy.” Kepala Lana terangguk-angguk.

“Ryu…”

“Ya Lana.”

“Bagaimana dengan Aileen Qarlisa?” Kedengaran dengusan kasar Ryu Rozzan.

“How am I suppose to know Lana? Pergi cari bapak bayi tu dan kahwinlah kot!” Tercebik bibir Lana bila ditempelak oleh Ryu. Tanya je pun nak marah, mengalahkan perangai perempuan datang bulan!

Lana menolak kasar kerusi roda Ryu. Menyampah betul! Rasanya Ryu Rozzan ni boleh je jalan, banyak pula dia lihat pesakit bersimen kaki berjalan ke hulu ke hilir walaupun selow-selow. Dasar anak manja dan mengada!

Kereta Fiona memang sudah sedia terparkir di depan pintu masuk bangunan itu. Selepas membantu Ryu masuk ke dalam kereta, Lana mulai memandu meninggalkan kawasan tersebut.

“Balik ke hospital ke?” Tanya Lana sambil bola mata terpaku lurus ke lebuh raya.

“Papa dah uruskan supaya aku dirawat di rumah saja.” Lana sekadar mengangguk bila dengar jawapan Ryu.

“Tapi kan Lana, aku tertinggal sesuatu dekat hospital. Kita ke sana kejap.”

“Aye yay bossku!” Berkerut dahi Ryu. Laju kepala dipusing menghadap Lana.

“Sebelum ni kau pernah kerja dengan aku ke Lana?”

“Tak ingat? Kau ugut aku kerja dengan kau?”

“Really?” Ryu menggosok dagu.

“Then aku nak kau kerja balik dengan aku!”

“Nope!”

“Lana! Aku rasa itu akan bantu pulihkan ingatan aku dengan lebih cepat. Bila kau panggil aku boss tadi, rasanya aku pernah lalui keadaan yang sama suatu ketika dahulu.” Lana diam, berfikir sejenak.

“Kau bayar gaji aku tak? Aku nak dua kali ganda dari gaji yang Haraees bayar aku. Sanggup tak?” Ryu jeling sebal. Dasar mata duitan! Kutuk Ryu dalam hati.

“Whatever! Kau minta cek kosong pun aku sanggup je.”

Lebar sampai telinga senyuman yang terpampang di wajah Lana. Selepas memarkirkan kereta di perkarangan hospital, Lana membantu Ryu naik semula di atas kerusi roda.

“Tak! Bukan naik atas. Ke situ, situ ah Lana!” Terpinga-pinga Lana dijerkah oleh Ryu. Lana menolak kasar kerusi Ryu. Geram sungguh bila diarah-arah macam orang gaji.

Lana berdecit bila sedar arah tuju Ryu Rozzan. Apa kena dengan lelaki ni sebenarnya? Hati merungut-rungut.

“I still haven’t eat those Lana. I want it now!” Ah sudah! Gaya dia ni kan, kalau tak menyusahkan orang memang tak sah. Lana bercekak pinggang sambil memerhati sekeliling. Si tukang kebun yang punya penjolok besi itu tidak kelihatan di mana-mana.

“Lana!” Ryu terus mendesak sambil menggoncang lengan Lana dengan perlahan. Lana mendecit kuat.

“Kau nak aku panjat pokok tu ke Ryu?” Cabar Lana dengan geram. Laju kepala Ryu tergeleng.

“Tak! Kau pergilah cari abang tu. Minta penjolok. Sebiji pun cukup, aku nak sangat rasa buah tu.” Melihat Ryu berkali-kali telan air liur bila memandang buah mempelam yang bergantungan di atas pokok, Lana mulai rasa simpati.

“Yela, tunggu sekejap. Aku ke belakang cari abang tu.” Mengalah, akhirnya Lana mengatur langkah ke belakang bangunan.

Puas dicari, tiada seorangpun yang dia temui. Lana menolak daun pintu belakang, cuba mengintai di dalam kot-kot ada orang untuk dia bertanya di manakah abang penjolok itu berada.

“Lana!” Bola mata bertaut dengan seseorang. Terperangah sekejap! Tak sangka bertemu empat mata dengan manusia sorang ni.

“Dah lama aku cari kau.” Berlari anak menghampiri Lana dengan senyuman kegembiraan mekar di wajah. Takde rasa bersalah langsung! Sakit betul hati lihat wajah selamba itu.

“Aizaff Nafees! Aku pun dah lama cari kau.” Lana cekak pinggang. Wajah ditarik kelat.

Aizaff tiba-tiba menarik bahu Lana lantas memeluknya.

“I really miss you.”

Laju tubuh Aizaff ditolak menjauh. Dah gila ke apa Aizaff ni?

“Do not touch me…ever again Aizaff Nafees!” Menggeletar suara akibat rasa marah. Aizaff dengan selambanya tergelak kecil.

“Macam tak biasa. Dulu okay je pun. Walau apapun yang terjadi, kau harus tahu yang perasaan aku pada kau tak pernah berubah Lana. I know what happened to you. Kalau kau sudi, aku rela bertanggungjawab…”

“Shut up Aizaff!” Lana pantas mencantas sebelum Aizaff sempat menoktahkan kata-kata.

“Baliklah Aizaff, jangan biarkan seseorang yang tulus mencintai kau menderita. Jangan ulang kesilapan kau, seperti yang kau lakukan pada aku. Kau dah punya anak Zaff, bertanggungjawablah atas perbuatan kau.” Usai berkata, Lana terus pusing badan, mahu pergi dari situ kerana tidak mahu menatap wajah tak tahu malu Aizaff, meluat sungguh!

“Lana, aku kata aku akan bertanggungjawab pada kau!”Laung Aizaff kuat. Lana memperlajukan langkah sambil memutar bola mata.

Semakin mengenali keperibadian Aizaff, semakin benci jadinya. Hairan betul, bila difikirkan semula entah apalah yang buat dia tergila-gilakan Aizaff suatu ketika dahulu huhu…

“Eh? Jumpa lagi…” Di luar pintu, akhirnya Lana terserempak dengan lelaki yang dicari-carinya.

“Abang! Thank god. Puasa Lana cari. Nak pinjam penjolok boleh?”

“Haih, tak habis lagi pasal buah mempelam tu?” Lana angguk sambil sengih senget. Nak buat macamana, ada yang siap ugut taknak balik!

“Jom, biar abang je jolokkan.” Dengan senang hati, Lana mengekori lelaki yang menggelar dirinya abang itu.

Wajah mendung Ryu bersinar seperti bulan purnama bila beberapa biji buah mempelam diletakkan di ribanya. Lana mengupas sebiji lalu diserahkan pada Ryu. Hairan bila lihat Ryu macam takde mood nak makan. Tadi kemain beria-ia!

Sejurus kemudian, Ryu mengarahkan Lana untuk membawanya pulang. Lana menurut tanpa banyak soal walaupun dia rasa pelik dengan sikap Ryu. Sepanjang perjalanan, Ryu hanya mendiamkan diri. Kepala disandarkan di penyandar dan mata tertutup rapat.

Sesampainya di depan rumah agam, Ryu menolak untuk dibantu. Beberapa orang lelaki berpakaian uniform warna putih sudah sedia menunggu di depan pintu. Melihat kemunculan Ryu, mereka datang membantu.

“Aku akan hubungi kau dalam seminggu dua ni. Kau akan kembali bekerja bersama aku di syarikat untuk bantu aku memulihkan ingatan. Kau boleh pergi.”

Terpinga-pinga Lana ditinggalkan begitu sahaja. Serius, dia tak faham! Adakah Ryu memang anggap dia orang luar kerana dia tiada dalam memori lelaki itu? Lalu, kenapa perlu bertindak gila dan kelihatan seperti tidak mahu melepaskan dia hingga hampir menyusahkan semua orang?

Sedar diri tidak diperlukan, kaki melangkah longlai menuju ke kereta. Lama Lana mencongak di dalam kereta, berfikir perlukah dia terus berada di kota itu atau balik ke kampung sahaja? Rasanya dia memang sudah tak diperlukan lagi. Agaknya yang membuatkan Ryu rasa terikat dengan dia kini cumalah bayi di dalam kandungannya.

Namun teringat permintaan Ryu, Lana akhirnya memutuskan untuk menetap buat sementara waktu di situ. Dia tetap berharap agar lelaki itu sembuh walaupun kemungkinan untuk dia dilupakan terus itu tetap ada.

“Tawaran masih terbuka kalau kau berminat.” Lana dongakkan wajah, merenung wajah tampan yang sedang duduk dengan selambanya di atas meja kerja Lana.

Ya! Lana kembali bekerja di syarikat Haraees Reza buat sementara waktu. Dia jadi segan tinggal secara percuma dan dilayan seperti seorang puteri di rumah Fiona.

Sampul berwarna coklat yang Haraees hulur segera diambil. Dokumen yang dikeluarkan dari dalam sampul tersebut dibaca.

“Kau pernah minta aku hantar kau bekerja di luar negara, jauh dari tempat ni kan? Aku dah sediakan satu jawatan untuk kau. Tu pun kalau kau masih berminatlah.” Lana termenung sejenak. Menopang dagu atas tangan. Pipi mulai kelihatan tembam sedikit dan berwarna kemerah-merahan.

“Aku simpan dulu boleh tak? Aku ingin sangat nak pergi, tapi aku kena fikir betul-betul. Kau tahukan keadaan aku sekarang macamana.”

“Take your time, no rush. Dah, kau boleh balik. Aku nak keluar!” Haraees angkat punggung. Lana kerling jam di pergelangan tangan. Ah, awal sangat! Dia nak buat apa sorang-sorang dekat rumah Fiona?

“Boss! Taklehlah macam ni, dari pagi boss tak bagi aku buat apa-apa. Now boss halau aku balik! Aku masih mampu buat kerja walaupun tengah berbadan dua!”

Haraees menjeling tajam. Kening terbengkok dan hampir bertaut.

“Kau bancuh kopi aku pagi tadi kan?” Lana angguk.

“Kerjalah tu! Dah, takyah banyak bunyi. Aku nak ke site. Kau cuma menyusahkan aku kalau kau ikut. Kang terberanak kau kat situ siapa susah? Aku kan?”

“Aku baru cecah tiga bulan boss.”

“So? Ada aku tanya? Please, pulang…aku tak perlukan kau buat masa ini.”

Lana ketap bibir bila lihat Haraees menonong pergi. Dan begitulah hari-hari seterusnya. Kebosanan melampau sampai kerja cleaner pun Lana buat. Pernah sekali kedapatan oleh Haraees, bergegar satu bangunan dek amukan sang gorilla. Hampir je Lana digoreng sotong.

Pagi itu, seperti biasa selesai menyediakan kopi untuk Haraees, Lana terus ke meja kerja yang terletak di luar bilik Haraees. Tengah sibuk menunggu paparan di skrin komputer, mejanya dihampiri seseorang.

“Lisa Alana!” Sontak tubuh berdiri tegak, setegak bulu halus di tengkuk berceracakan sebaik sahaja dengar suara itu. Bola mata mereka bertaut buat seketika.

Kemudian, bola mata Lana berkalih, merenung tubuh sasa yang kini bebas dari balutan simen. Ah, dah hensem perkasa balik rupanya!

“Come back and work with me.” Takde tanya khabar, takde bunga-bunga, terus direct to the point! Tak dinafikan, hati dirundum hiba. Mereka dah macam orang asing.

“Kau dah sihat?” Permintaan Ryu diabaikan. Lana terus tukar topik. Lama juga Ryu Rozzan menyepi, langsung tak menghubungi dia. Rindu memang rindu, tapi hanya mampu dipendam.

“As you can see, I am fine. Kau boleh mula datang kerja esok. Three months, macam yang doktor suggest, by then my lost memories should return. Selepas tiga bulan, sama ada ingatan aku kembali atau tidak, kau boleh pergi. Aku takkan halang.”

Lana renung Ryu dengan mata terbuntang luas. Tak percaya sungguh dengan apa yang dia dengar. What happened to ‘aku takkan lepaskan kau’, ‘aku perlu tahu sedalam mana perasaan aku pada kau’ dan yang paling dia tak boleh terima ‘aku dah start sayangkan baby ni’… damn Ryu Rozzan! Kepala jantan ni dah terhantuk sekali lagi ke apa?

“This is an empty cheque. Tulislah berapapun jumlah kau nak.” Sekeping cek kosong Ryu letak di atas meja Lana.

“I’ll see you tomorrow!” Dan Ryu Rozzan pergi begitu sahaja. Terkebil-kebil Lana perhati hinggalah kelibat Ryu hilang dari pandangan.

Tidak lama selepas itu, Haraees Reza muncul. Merenung Lana dengan hairan. Macam ternampak hantu gaya Lana di mata Haraees.

“Kau kenapa?” Haraees mengibas-ngibas tangan di depan wajah Lana.

“Raees!” Terkejut bila Lana dengan selambanya memanggil dia dengan hanya guna nama singkatan. Boss-boss yang sering meniti di bibir Lana hilang entah ke mana.

“Lelaki semua memang tak guna kan? Kalaulah aku Tuhan, dah lama aku pupuskan kaum adam di muka bumi!”

Haraees tertelan segumpal air liur. Pelik! Otak dikerah, memikirkan apa silapnya hingga tiba-tiba Lana terfikir mahu hapuskan kaum adam. Hampir Haraees jatuh tertonggeng bila Lana tiba-tiba menangis. Dah kenapa dah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience