“Mummy buat apa?!” Ryu ulang tanya, mengharap sungguh bahawa dia hanya tersilap dengar.
“Aku kata mummy kau serang hospital dengan membawa serombongan polis. Dia mahu dakwa papa aku Ryu!” Haraees ulang suara dalam nada sebal penuh menyampah.
Ryu tertunduk dengan kening hampir bertaut. Otak ligat berfikir.
“Raees, dapatkan aku Grab. Aku akan ke hospital sendirian.” Putus Ryu dengan riak wajah tertekan. Lana mencuri pandang, sayu hati melihat wajah Ryu saat itu. Ada suara di sudut hati mendesaknya untuk membantu menenangkan lelaki itu, namun terfikir dia mungkin bakal membahayakan nyawa seseorang, Lana terus diam membatu.
“Tak salah kita menegur ibubapa sekiranya mereka melakukan kesalahan, itu bukan derhaka namanya Ryu. Lumrah manusia akan melakukan kesilapan. Jangan asyik mengalah, tula pasal mummy kau tu dah semakin keterlaluan!” Fiona yang berdiri di samping Lana menyampuk. Haraees menjeling Fiona dengan tajam, mahu menyuruh gadis itu tutup mulut rapat-rapat.
“Fiona, tolong bawa Lana balik sekarang. Raees kau pun sama. Maaf semua, aku dah menyusahkan korang.” Ryu bersuara lirih.
Hati Lana benar-benar tersentuh ketika itu. Hanya merenung wajah putus asa Ryu tanpa mampu berbuat apa-apa.
“Hah! Tau takp…urghhh…” Tak sempat dihabiskan, tapak tangan lebar Haraees naik mencekup mulut Fiona.
“Balik! Tak usah jadi makcik bawang membebel menyakitkan telinga!” Haraees tarik Fiona. Bola mata dilontar ke arah Lana, memberi isyarat melalui mata supaya mengekori mereka. Lana angguk.
Perlahan, langkah diatur menghampiri Ryu. Dia mahu bercakap sebentar dengan lelaki itu sebelum pergi.
“Ryu…Aku…”
“Please Lana. I need time. Bagi aku masa untuk ingat semula, bagi aku masa untuk settlekan hal keluarga. Sementara itu, tolong jaga diri dan bayi ni…” Perut Lana disentuh lalu diusap perlahan.
“Aku tak ingat tapi aku dah jatuh sayang kat baby ni.” Ryu merapatkan wajah lalu mencium perut Lana.
“Tolong jauhkan diri dari aku dan mummy buat sementara waktu. Jangan minta aku ceraikan kau dalam keadaan aku macam ni, aku perlu tahu sedalam mana perasaan aku pada kau. Until that time comes, I won’t let you go.” Lana membuang wajah kerana air mata sudah mulai merintik ke pipi mulus bak telur dikupas itu.
“Ryu, aku…” Terpempan sekali lagi bila Ryu memeluk pinggang Lana lalu membenam wajah di perut Lana yang sudah kelihatan timbul sedikit itu.
“Go now Lana!” Usai berkata, Ryu melepaskan pelukan lalu menolak tubuh Lana dengan halus. Lana pusing badan, terus melangkah laju diiringi esakan halus keluar meninggalkan Ryu.
Lana tidak melihat Fiona mahupun Haraees di mana-mana pelusuk bangunan jadi dia beranggapan mereka pasti menunggu di ruangan parking khas. Kerana terlupa arah mana laluan ke parkir khas tersebut, Lana bergegas ke kaunter bertentangan pintu masuk.
“Hai, parkir khas dekat mana laluannya ya?” Gadis penjaga kaunter mendongakkan wajah.
“Owh, awak teman cik Fiona kan? Just keluar ikut pintu utama ya, cik Fiona pesan tadi dia akan tunggu dekat luar.” Lana tersenyum manis lalu mengucapkan terima kasih.
Langkah kaki mula diatur tenang menuju ke pintu utama. Tiba-tiba dia terdengar derap kasut tumit tinggi kelatak keletuk menghampiri dengan laju di belakang. Belum sempat menoleh, rambut panjangnya ditarik kuat hingga kepala turut terundur ke belakang.
“I should’ve known it! Kau memang tak jera-jera!!!” Tersentak sungguh Lana bila suara nyaring itu melengking, hingga bergegar corong telinga!
Puan Sri Helena!
Rambut Lana diganyang sekuat hati. Tak cukup, Puan Sri memusingkan kepala Lana menghadapnya hingga badan Lana turut ikut terpusing. Kedua belah lengan terus dia lingkarkan di perut, mahu melindungi bayi yang dikandungnya. Melihat Puan Sri mengangkat sebelah tangan tinggi ke udara, Lana sudah tidak mampu menahan diri.
Laju pergelangan tangan Puan Sri dia tangkap. Terperanjat sungguh Puan Sri. Tambah terkejut bila Lana merenungnya dengan bola mata marak berapi.
“Enough puan!!!” Jeritan lantang Lana bergema sampai ke pelosok bangunan. Menggigil tangan ketika mencengkam sekuat hati lengan wanita yang telah membunuh satu janin yang tidak berdosa itu.
“Kurang ajar!” Puan Sri bertempik. Tak sempat mara mahu menyerang dengan sebelah tangan yang masih bebas, Lana menolak kuat tubuh Helena. Hilang keseimbangan kerana terpeleot kasut tumit tinggi yang dipakai, punggung Helena terhempas di atas lantai.
“Lanaaa!!!” Lana terus menoleh bila namanya dijerit lantang oleh seseorang. Nafas lega dihembus kuat.
“Kau tak apa-apa?” Fiona terus meneliti seluruh tubuh Lana sebelum bola mata dibuang ke arah Puan Sri Helena. Gigi bergeser, benci yang teramat melihat wanita yang telah menyusahkan satu kerabat keluarganya itu.
“Aunty jangan melampau ek! Ini tempat awam. Aunty boleh didakwa menganggu ketenteraman!” Fiona sedaya upaya cuba mengawal suara lantaran masih ada sedikit rasa hormat pada wanita itu.
“Dakwa?! Korang nak dakwa aku selepas culik anak aku? Aku akan pastikan satu keturunan kau dan perempuan tak tahu malu itu sekali mereput dalam penjara!” Seraya menjawab, Helena susah payah bangun. Fiona mahupun Lana hanya melihat, tak sudi mahu membantu!
“Tiada siapa culik Ryu!” Lana menegaskan bila bola mata Helena tercerlung padanya, jelas sungguh bahawa di mata Helena, dialah dalang utama kehilangan Ryu. Helena menatapnya macam serigala nak menelan mangsa!
“Hah tula pasal! Macamlah anak dia tu jongkong emas ke intan berlian ke, kalau culik tiba-tiba kaya raya! Ini dahlah cacat, berlagak nak mampus, menyusahkan orang lagi!” Terdiam sebentar bila Lana menyiku keras lengan gadis di sebelah yang tetiba menyampuk dengan suara tinggi itu. Fiona terus menjeling.
“Ryu tak cacat okay!” Bisik Lana dengan kening hampir bertaut. Terherot bibir Fiona mendengar!
“Perempuan setan! Berani kau tolak aku?!” Helena nampaknya masih tidak puas hati pada Lana. Kembali meluru mahu menyerang Lana. Tak semudah itu kerana Lana sudah bersedia. Dah lama dia menyimpan dendam, yakni semenjak dia kehilangan seorang dari kembarnya.
“Pass me first witch!” Tiba-tiba Fiona menghalang laluan. Helena yang sudah dikuasai amarah terus angkat tangan, mahu menampar. Tendangan 60 darjah Lana tepat mengena lengan Helena. Terteleng badan Helena lalu terundur jauh ke belakang.
“Hoi! Kau dah gila ke? Kalau berlaku sesuatu…” Pantas Lana menekap bibir Fiona guna tapak tangan lalu menjeling Helena. Fiona angguk faham.
“Sorry. But seriously Lana…don’t ever do that, ever again!” Marah Fiona sambil pamer wajah serius. Bola mata turun merenung perut Lana.
“Kurang ajar!!!” Puan Seri Helena memang jenis kebal dan tak kenal erti putus asa. Kali ini beg tangan jenama terkemuka yang diperbuat dari kulit buaya pula dijulang ke udara, mahu dijadikan senjata untuk menyerang Lana dan Fiona.
“I got this, kau ke tepi Lana!” Sempat Fiona pasang kuda-kuda macam pro di depan Helena. Lana memandang curiga. Orang bandar macam Fiona ni tahu ke ilmu pertahanan diri? Macam tak caya je…
“Mampus kau! Menyusahkan orang betul! Kurang ajar, tak reti hormat orang langsung! Berani sungguh kau pukul aku?!” Helena menyerang dengan pantas, dua-dua tangan terayun memukul Fiona. Kelam kabut Fiona dibuatnya. Sampai terjerit-jerit!
Lana maju, takkan dia biarkan Fiona dikerjakan oleh wanita berhati busuk itu! Bersedia mahu mengangkat kaki namun terbantut bila ingat amaran Fiona. Lana berundur agak jauh, kemudian berlari sekuat hati lalu dirempuh tubuh Helena.
“Arghhh!!!” Helena terbuang semeter jauhnya lalu tergolek seperti buah kelapa di lantai.
“Lana!!! Don’t ever do that! Are you crazy?!” Sekali lagi Fiona menjerit!
Lana terpinga! Wajah mulai cemberut. Itu tak boleh, ini tak boleh…jadi dia harus diam berdiri tegak seperti sedang menyanyikan lagu Negaraku ke apa?
“Arghhh! Aku akan pastikan kau berdua meringkuk dalam penjara sampai mereput!!!” Puan Sri Helena terkulat-kulat bangun. Wajah merah terbakar, anehnya masih semangat mahu menyerang! Begitu ke penghidap penyakit kronik?
“I’ve got this Lana. Kau diam-diam di belakang aku!” Lana menggeleng sambil memutar bola mata. Memang dia tak menaruh harapan tinggi pada Fiona selepas lihat Fiona hampir tewas diganyang Puan Sri tadi.
Sekali lagi Fiona pasang kuda-kuda, kalau gaya memang menang trofi besar Fiona ni, macam pro! Tapi lembik. Dengan wanita berusia macam Puan Sri pun Fiona hampir tertewas.
Sekali lagi Helena meluru lalu mencengkam rambut Fiona. Jeritan memekakkan telinga mulai memenuhi setiap ruang di kawasan tersebut.
“Nak mampus sangat kan? Hambik kau!!!”
“Lepaskan rambut aku perempuan tua! Arghhh!!!”
Lana tercengang, tidak tahu harus buat apa. Bola mata berputar-putar memerhati! Melihat Fiona terjerit-jerit kesakitan, Lana mara lalu menangkap pergelangan tangan Helena. Tanpa fikir panjang, Lana benamkan gigi di lengan wanita itu lalu digigitnya sekuat hati.
“Adoi! Sakit bodohhh!!!” Sebelah tangan Helena terangkat, mahu melibas Lana namun segera ditangkap oleh Fiona.
“Don’t touch my friend witch!” Sebelah kaki Fiona diangkat lalu ditusuk deras ke perut Helena.
“Urghh!” Terus terbongkok tubuh Helena!
Sebelah tangan Helena dipulas oleh Fiona manakala sebelah lagi dipegang oleh Lana. Mereka berdua saling berbalas pandangan lalu mengangguk. Tangan Helena ditarik ke belakang badannya. Terjerit-jerit Helena akibat kesakitan.
“Kau dah banyak menyusahkan orang! Kali ini biar kita susahkan kau.” Tali beg kulit Helena ditanggalkan lalu Fiona ikat pergelangan tangan wanita itu.
“Aku akan pastikan kau meringkuk…”
“Shut up witch! Sebelum kau mampu buat itu, aku akan pastikan kau mampus di dalam pool, tak pun badan kau hancur berkecai jatuh dari bumbung bangunan ni!”
Terbelalak bola mata Helena mendengar kata-kata Fiona! Laju diguling-gulingkan bola mata melihat sekeliling.
“Tolonggg!!! Perempuan-perempuan gila ni nak bunuh aku!!!”
Fiona tergelak sinis. Siapa yang berani? Tempat itu milik keluarganya!
“Fiona Ariffah, stop right there!!!” Suara tegas yang bisa mengegarkan kalbu tiba-tiba bergema, menghadirkan rasa gentar pada siapapun yang mendengar kerana aura merbahaya yang ada pada suara tersebut.
Lana dan Fiona yang kini sedang berkerjasama mengheret Helena menuju ke lift terus terkejung, diam tidak bergerak. Masing-masing bergeming menekur lantai. Bunyi derap tapak kasut menghampiri, laju dan sangat kasar, seolah cerminan tentang perasaan membara sang pemilik saat itu.
“What do think you are doing girls?!” Tiada seorangpun antara mereka berdua berani angkat wajah.
“Baguslah kau datang Raees! Ni, dua perempuan tak guna ni berniat nak bunuh aku! Aku takkan berdiam diri. Aku akan saman semuanya! Aku akan saman hospital dan bangunan ni! Biar semua keturuan Dato Mukhriz Reza lenyap di muka bumi!” Puan Sri Helena menyembur laju. Bola mata marak menyala. Yakin sungguh melontar kata.
“Mummy!” Laju leher Helena dipanjangkan, mencari pemilik suara dalam dan lirih terlontar itu.
Tersentak kaget Helena bila melihat Ryu Rozzan disorong oleh Tan Sri Daniel, sang suami yang langsung tidak mempedulikan dia sejak akhir-akhir ini. Hati mulai was-was! Apa rancangan dua beranak itu? Mengapa cara mereka merenungnya lain macam?
“Ryu sayang. Tolong mummy nak…perempuan tak guna tu dera mummy. Ni hah, sakit tau tangan mummy kena ikat macam ni! Cepat sayang, lepaskan mummy!” Suara jadi semerdu burung kenari.
“Hentikan semua ini mummy. Cukuplah, jangan berbuat onar dan menyusahkan semua orang.” Ryu merayu dengan lirihnya. Renungan sayu dilempar ke arah Helena. Terketap rahang Helena. Dia pula disalahkan sedangkan terang-terang dia yang mangsa sekarang?! Sakit betul hati saat itu!
“Apa kau buta ke Ryu? Mummy buat onar? Tak nampak ke keadaan mummy sekarang hah?” Berteriak nyaring terus Helena akibat rasa marah yang membuak-buak.
“Dahlah mummy. Jangan apa-apakan Lana. Please mummy, dia dah banyak menderita kerana aku, kerana perbuatan mummy dan Qarlisa. Cukuplah mummy. Biarkan Lana bahagia.” Ryu terusan merayu dengan bola mata merah berkaca-kaca. Terpempan sebentar Helena melihat keadaan anak kesayangannya itu. Tak mungkin!
“Apa kau dah gila ke? Perempuan tu pasti dah ilmu-ilmukan kau! Ingat sikit Ryu Rozzan, Lisa tengah mengandungkan anak kau. Kau nak kembali pada perempuan tak guna tu? Ni hah! Kau langkah mayat mummy dulu!” Tergeleng kepala Ryu mendengar ugutan Helena. Tawa sinis terletus dari bibir.
“Haha! Hoi aunty, kau je yang tak tahu perempuan yang kau junjung macam puteri kayangan tula iblis sebenar, sama sekutu dengan kau! Anak yang dia kandung tu bukan cucu kaulah bodoh!” Tak tahan lagi, Fiona tiba-tiba menyampuk! Haraees mendecit kasar sambil memandang Fiona dengan renungan seorang pembunuh!
“Fiona!” Tinggi suara Haraees menegur! Fiona mencebik.
“What?! Rasanya aunty ni seorang je tak tahu siapa Aileen Qarlisa tu!” Seraya berkata, henfon Fiona keluarkan dari poket jeans. Rakaman yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi itu dimainkan di depan semua orang.
Semua tercengang! Keadaan terus jadi sunyi sepi, seolah malaikat maut sedang melintas di depan mereka. Hanya suara gedik Qarlisa kedengaran, sedang berbual dengan seseorang dalam telefon. Helena terus pegang dada. Nafas mulai jadi semput.
“Kau sebenarnya mati-mati melindungi anak haram Qarlisa hingga tak sedar kau dah bunuh cucu kau, darah daging kau sendiri aunty! Lanalah sebenarnya yang mengandungkan darah daging kau, bukan Lisa perempuan kabaret tu!”
“Tak mungkin!” Kepala Helena terus tergeleng-geleng. Air mata berjujuran jatuh.
“Papa akan hantar sayang ke sebuah pusat pemulihan akhlak wanita di Indonesia selama setahun. Papa harap sayang dapat menyucikan hati dan belajar sesuatu di sana nanti.” Tan Sri Daniel menoleh ke belakang, memberi signal pada dua orang lelaki berpakaian seragam yang pada asalnya dibawa oleh Helena untuk menyerbu bangunan itu.
“Tidak! Jangan lakukan ini pada aku abang!” Helena terus meronta bila dua orang polis menghampiri lantas mengari pergelangan tangan Helena.
“Kau dah banyak menipu Lena. Doktor cuma mengesan yang denyutan jantung kau abnormal, kau claim yang kau ada sakit jantung, siap berkomplot dengan doktor untuk menipu. I’ve enough of this. Memang silap papa kerana terlalu berlembut. Tapi papa takkan biarkan Ryu dan Lana menderita disebabkan kau lagi Lena. Cukuplah! Bawa dia pergi sekarang!”
“Abang!!!” Helena terpekik-pekik bila dia diheret pergi oleh dua abam polis yang gagah perkasa.
Semua yang ada di situ tercengang-cengang! Tak sangka sungguh Tan Sri Daniel akan bertindak sedrastik itu!
“Papa dah lakukan apa yang sepatutnya papa lakukan sejak dulu lagi tapi papa tak lakukan kerana tak sanggup lukakan hati mummy. Now it’s up to you Ryu Rozzan.” Tan Sri berbisik di telinga Ryu sambil bola mata mengerling Lisa Alana. Ryu berdehem halus!
few chapters left gais, dah nak melabuhkan tirai huhu...sedeyy ai :'(
Share this novel