“Bagi aku masuk… Please Zaff!”
“Untuk apa lagi Ryu? Tak cukup lagike apa yang kau dah buat pada Lana hah?!!! Kau nak hancurkan Lana sampai tahap yang macamana lagi? Kalau tak cinta, lepaskan Lana! Aku akan jaga hati dia sebaik mungkin!”
“Aku takkan lepaskan Lana!”
“Melampau!!! Kau buat maksiat depan Lisa Alana sial!!!”
Buk! Buk! Buk!!!
Bunyi riuh rendah di luar menyebabkan mata terkuak perlahan-lahan. Laju bola mata bergolek memandang sekeliling. Bingkas badan dibangunkan separuh. Di mana? Baju cotton tebal warna hijau taik lembu itu direnung sekejap.
Arghh!!! Not again! Wajah terus diraup kasar. Mata dibuang ke arah pintu bilik hospital, di mana kedengaran bunyi seperti orang bergasak di luar pintu tersebut. Dia tahu apa berlaku dan siapa yang berada di luar. Serabut terus kepala!
“Panggil pengawal keselamatan dan bawa lelaki ini pergi dari sini!”
Lana membuang keluh. Dada yang terasa sempit diusap beberapa kali. Nak nangis? Tersangat ingin dia lakukan, mahu meraung sekuat hati agar bebanan di dada hancur berkecai. Tapi…Lana tidak mahu terlihat lemah, apatah lagi di depan seorang lelaki bernama Ryu Rozzan.
Nafas ditarik dalam-dalam, cuba menenangkan diri dan berfikir apa yang harus dia lakukan sekarang. Nak muntah bila layar minda menayangkan semula apa yang dia lihat di dalam bilik Qiss Khayrani. Menjijikkan!!! Tidur berpelukan dalam keadaan tubuh tanpa seurat benangpun.
Dua kali dikhianati! Dua kali sepasang mata menyaksikan adegan menjijikkan yang lebih kurang sama, cuma pelakunya adalah dua lelaki yang berbeza, persamaannya dua-dua pernah jadi penghuni di hati!
Sakit! Terlalu sakit!!! Luka lama belum sembuh sepenuhnya, kini tertoreh lebih dalam hingga ke dasar. Mampukah lagi disembuhkan? Air mata di pipi cepat-cepat dikesat bila dengar tombol pintu dipulas. Badan pantas dibaringkan. Mata ditutup rapat! Bunyi derap kaki kedengaran menghampiri.
“Lana…”
Diam!
Kedengaran keluhan kecil dilepaskan. Dahi disentuh, denyutan jantung diperiksa. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi pintu dibuka lalu ditutup perlahan. Lana membuang nafas lega. Dia tidak mahu berjumpa sesiapapun ketika itu. Dia cuma mahu mengosongkan fikiran dan bertenang.
Tapi Lana sedar, selagi dia berada di situ tak mungkin ketenangan dia perolehi, bertambah stress adalah! Lana bingkas bangun dan turun dari katil. Pakaian dicari dalam almari kemudian dia bergegas ke bilik air untuk menukar pakaian. Terima kasihlah pada siapapun yang telah membawa dia ke hospital. Siap bawa hand bag dia sekali!
Pintu dikuak perlahan. Sempat meneropong persekitaran sebelum terkocoh-kocoh keluar. Lari dari hospital? Beres!!! Keluar saja dari bangunan hospital, kaki melangkah laju mahu mendapatkan teksi. Kerana mahu cepat takut kedapatan, Lana terus berlari menyeberangi laluan utama masuk ke kawasan drop off only tanpa toleh ke kiri ke kanan dah.
PON!!!
Hampir saja tubuh ditabrak oleh sebuah kereta yang lalu. Lana terjerit nyaring, menutup wajah lalu duduk berteleku dengan tubuh menggigil akibat terperanjat.
“Hoi!!! Kau pergi duduk dekat laluan tu pehal?!!! Tepilah, ke kau ingat kereta ni boleh terbang?!” Dengar saja suara maskulin yang sudah terakam dalam memori semenjak beberapa hari itu, Lana pantas menengadah. Laju badan menegak.
“B…Boss!!!” Terus berkaca-kaca bola mata. Hanya sebentar… Menyusul butiran jernih bak mutiara berguling jatuh ke pipi.
“Eh?! Kau ni kenapa? Aku takde pun langgar kau kan?!” Kepala yang terjengah keluar dari cermin kereta yang diturunkan separuh itu merenung hairan pada Lana. Hampir bersambung kening!
“Boss…” Suara bergetar menahan sendu. Bukan tidak cuba ditahan, tapi entah mengapa rasa sebak terus menerpa sebaik sahaja terlihat wajah tampan mister gorilla tu.
Haraees Reza menarik handbrake lalu keluar dari perut kereta. Duduk mencangkung di depan Lana sambil merenung Lana dengan wajah berkerut-kerut.
“Kau ni kenapa hah? Tak cedera kan? Dah tu asal melolong macam anjing kerebutan tulang?”
“Boss!” Lengan Haraees yang terlentang atas kepala lutut Lana genggam erat. Terkejut beruk si tampan itu dibuatnya.
“Boss pasti datang jemput saya kan? Terima kasih daun keladi kerana sudi datang. Bawa saya pergi boss…Saya nak pergi jauh-jauh, jauh dari tempat ini! Jauh dari kesakitan dan penderitaan…”
Hampir tertonjol keluar biji mata Haraees mendengar kata-kata Lana.
“K…kau cakap apa ni? Aku…”
“Let’s gooo bossku!” Tiba-tiba bingkas bangun sambil kesat air mata, penuh bersemangat!
Apa jadi jadilah! Lepas ni kalau gorilla tu nak goreng sotong cili api dekat dia pun tak kisah, dia reda! Tangan Haraees ditarik kuat. Bingkas Haraees berdiri, merenung tajam pada Lana dengan bola mata hampir tidak kelihatan.
“Kau…Kesurupan roh monyet gila ke?”
Kata-kata menyebalkan, tapi tak beri kesan langsung di hati! Tanpa diundang, siap masuk dan melabuhkan punggung di sofa kereta mewah yang empuk dilapisi kulit bermutu tinggi dan sangat elegan. Haraees yang sudah mengambil tempat di sebelah hanya menjeling dingin.
Suasana dibiarkan sunyi sepi. Tiada seorangpun antara mereka yang mahu membuka mulut. Haraees Reza memandu tanpa arah tujuan. Hanya menyusur lebuh raya yang mulai sibuk, berharap akan ditemui penghujungnya tidak lama lagi.
“Nyet!” Akhirnya, sepenggal perjalanan, Haraees Reza memecahkan keheningan.
“Lisa Alana tuan, panggil Lana bukan Lisa that damn bitc… urm… Pacat anti malu!!!”
Serius? Terlopong Haraees di sebelah. Hanya bola mata mengerling tajam.
“Choose…Laut or hutan?”
Eh? Terbengkok kening. Bola mata dibuang ke arah lelaki di sebelah. Kurang faham maksud Haraees Reza.
“Maksud boss?”
“Kau nak aku buang kau dekat mana nyet? Hutan or laut?! Aku tak bawa perempuan dalam kereta kecuali urusan kerja. Alergik!!!”
Ah ngado betul gorilla seekor ni! Terbiut bibir Lana dengar kata-kata penuh egois itu!
“Ada tempat yang lebih baik boss. Teruskan perjalanan ya.” Semakin kelat wajah tampan Haraees mendengar balasan Lana.
Pedal minyak ditekan hingga menyentuh lantai kereta. Mengaum bunyi enjin membelah lebuh raya. Lana sedar je api kemarahan lelaki di sebelahnya itu semakin marak disimbah dengan kata-katanya. Namun dek hati yang lara, hati dan mata dibutakan. Kali ini biar dia ikut naluri.
Air mata jadi mata air, tak kering-kering! Penat mengesat, akhirnya dia biarkan. Badan yang terlalu letih dengan drama di sekelilingnya disandarkan. Minda cuba dikosongkan, tidak mahu terus memikirkan peristiwa menjijikkan itu.
Entah berapa lama Lana tertidur dengan nyenyak tanpa gangguan, terbangun bila terasa bahu ditolak beberapa kali. Bola mata terus bertaut dengan iris hitam pekat Haraees.
“Which way nyet? Or kita lajak terus jalan lurus dan redah hutan tebal kat depan tu?”
Woah! Terus lurus menegak sekujur tubuh Lisa Alana. Terbelalak mata memerhati persekitaran. Kereta Haraees berhenti betul-betul di sebuah persimpangan dilema, satu ke kiri dan satu lagi ke kanan. Tiada jalan lurus kerana di hadapan mereka hanya terbentang hutan tebal, kalau masuk kompom tak jumpa jalan keluar!
“Now decide nyet! Aku tinggal kau dekat sini kang!”
Lana ketap bibir, merenung tidak percaya pada Haraees. Apake bodoh mamat ni? Lurus bendul? Tak kot! But then why Haraees Reza boleh terlajak sampai ke hujung dunia?
Tak tahu jalan apa salahnya patah balik kan? Nak kenakan dia pun agak-agaknya woi!
“Patah balik boss, mengapa boleh terbabas sampai ke sini? Dua-dua jalan ni adalah jalan menuju ke pintu alam barzakh boss!” Takdelah, dia cuma hentam cakap je, saja mahu menakut-nakutkan Haraees Reza.
“Wah! Sounds good huh, boleh aku hantar kau terus!”
Sebal!
Lana buang muka. Salah sendiri jugak, banyak-banyak manusia… Mengapa nak juga ikut gorilla ni kan?
“Reverse boss, jangan buang masa. Jap lagi keluar manusia-manusia primitif penghuni hutan tebal tu bawa lembing dan sumpit beracun…Kompom mampus boss!”
Semakin menegang otot di wajah Haraees Reza. Pemegang stereng digenggam erat hingga keluar urat hijau di tangan. Nafas dibuang kasar, kepala menoleh ke belakang dan kereta perlahan-lahan mengundur. Masih mampu bersabar walau hati bagai diperah-perah saat itu.
“Jalan lurus je bossku.” Selamba Lana mengarah, macam dia pula boss dan Raees kuli dia. Siap buat muka poyo depan Haraees.
Terketap kuat bibir Haraees hingga rahang kelihatan bergerak-gerak. Marah sangatlah tu! Lana mengerling sebentar. Dia tahu apa perlu dibuat untuk meredakan kemarahan Haraees.
Radio segera dihidupkan. Tak pasti dapat siaran ke tak di tempat terpencil macam ni, dia hanya mencuba. Bola mata Haraees terarah ke jari telunjuk Lana yang laju menekan sembarangan button-button yang terdapat di bahagian bawah dashboard keretanya.
“Jangan sentuh sembarangan! Tepi!!!” Laju jemari Haraees diangkat untuk menepis tangan Lana menjauhi button-button tersebut.
‘Ku menangis…
Membayangkan…
Bertapa kejamnya dirimu atas diriku…
Kau duakan cinta ini… Kau pergi bersamanya…Oohhh…’
Lana terpempan sebentar ketika lagu di radio berkumandang, memenuhi corong telinganya. Seriously? That song?! Uuwaaaa!!! Terkejut seketul Haraees Reza bila Lisa Alana tiba-tiba menangis teresak-esak. Segera dikerling tangan sendiri. Takkan takat tepisan tangan gadis tu dah nangis macam orang tak cukup akal? Terus bermonolog dalam hati.
“Urghh!!! Stop crying will ya?! Sentuh…Dipersilakan… Buatlah macam harta kau! Aku tak kisah…Teruskanlah!” Jangan ditanya apa perasaan Haraees saat itu ketika pandangan diluruskan ke jalan raya. Gadis di sebelah sudah terlihat semakin mengecil hingga kelihatan seperti seekor semut. Satgi dipijak-pijak biar melekat di tapak kasut!
Laju pula jemari runcing itu menekan punat, mahu memindahkan siaran. Siap diiringi tarikan nafas kuat di hidung, menyedut masuk semua cecair yang merembes keluar dari hidung akibat menangis. Haraees menjeling sebal.
‘Atas restu Allah
Ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi
Yang terakhir untukku
Restu Allah
Ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah’
“Ehemm!! Hmm…” Terus menggelabah semacam Haraees Reza, siap berdehem beberapa kali kerana salur kerongkong tiba-tiba seperti tersumbat sesuatu! Laju jari telunjuk menekan punat off. Alunan suara gemersik Rossa dan kumpulan Ungu hilang serta merta.
“Asal matikan pula?!” Bentak Lana sambil menjeling tajam.
“Eh suka hati akulah, harta aku bukan kau!”
Bibir Lana tercebik! Sakit hati dengar jawapan yang diberi.
“Kita nak ke mana ni?” Haraees mulai kelihatan bosan dan keletihan. Lana memerhati sekeliling.
“Ada simpang sebelah kiri dekat depan tu. Masuk simpang tu and just ikut je sampai hujung.” Haraees diam. Melihat pandangan lelaki itu lurus ke depan, jari telunjuk laju diangkat lalu menusuk punat on untuk menghidupkan semula radio.
‘Romeo take me
Somewhere we can be alone
I’ll be waiting
All there’s left to do is run
You’ll be the prince and I’ll be the princess
It’s a love story baby just say yes’
Eh…Lana telan air liur! Asal lain macam feel bila dengar lagu Love Story ni? Perasan je kerlingan maut Haraees, tapi dia buat tak nampak.
‘He knelt to the ground and pulled out a ring and said…
Marry me Juliet you’ll never have to be alone
I love you and that’s all I really know’
TUP!
Terus dimatikan Lana radio tersebut. Haraees menjeling lagi. Kali ini mata dibeliakkan. Lana menyandarkan badan di sofa lalu berdehem perlahan.
“Hmm…Saya selesa begini, sunyi!” Mendecit Haraees di sebelah sambil memutar bola mata. Lana buat tak nampak, malahan keyakinan semakin membukit.
“Hah..Tu, rumah di depan tu… Boss berhenti di halaman rumah tu.” Hati yang dirundung hiba bertukar girang!
Haraees menurut tanpa sepatah kata. Sebaik sahaja dengar bunyi handbrake di tarik, Lana melompat turun tanpa kesabaran. Terkejut Haraees dibuatnya…Dasar monyet kan! Perli lelaki itu dalam hati.
Lana berlari anak menuju ke pintu rumah.
“Makk!!! Bapak!!! Lana datang ni!” Salam entah ke mana, terus terjerit-jerit!
Pintu terkuak luas. Menjengah satu wajah yang sangat dirindui. Lana berlari lalu menerkam sekujur tubuh kurus itu.
“Mak!!! Lana rinduuu…” Tubuh kurus emak dipeluk dengan erat. Terpinga-pinga sang ibu, masih dalam keadaan terkejut dengan kedatangan tiba-tiba Lana!
“Lana?! Ya Allah, pehal datang tiba-tiba ni?” Bapak muncul di muka pintu, memandang hairan dengan hanya berkain pelikat. Lana menghampiri lalu menghulur tangan. Atas tapak tangan berurat besar bapak dicium penuh kasih.
“Apa khabar bapak? Lana saja balik sebab rindu.” Bapak mengusap lembut kepala Lana.
“Lana…Lana…dah kahwin pun masih tak berubah. Ni, asal tak bunting-bunting lagi Lana oi? Mana laki kau, biar bapak perturunkan ilmu…”
“Eh bapaknya, sudah-sudahlah. Lana penat tu, jauh perjalanan. Mari masuk dulu Lana, toksah dengar carutan bapak kau tu.” Tangan Lana ditarik oleh emak.
Bapak menjuih bibir. Membuang pandang ke arah kereta mewah yang terparkir di laman rumah. Laju kaki diorak menuju ke kereta tersebut. Sangkanya menantu kesayangan yang berada di dalam perut kereta.
“Anak menantu kesayangan bapak! Keluarlah, toksah malu-malu! Ni…Bapak nak ucap terima kasih tak terhingga tau. Memang mujarablah benda yang kau bagi dekat bapak hari tu…Licin habis! Tak pernah dah mak kau tu mengadu sakit tau hahahaha… Puas bapak beraksi! Kalau bukan kerana pinggang ni, tiap-tiap malam bapak kerjakan…Eh?!!!” Terus terkunci mulut Pak Samad sebaik sahaja pemilik kereta mewah itu membuka pintu kereta, keluar lalu berdiri di hadapannya sambil menyeluk poket.
“Kau!!!” Pak samad merapat lalu mencengkam kedua belah pipi Haraees Reza. Wajah Pak Samad dirapatkan. Mata dikerlipkan beberapa kali, tak percaya dengan penglihatan!
“Anak menantuku…Apa jadi pada wajah kau? Ya Allah! Kau pergi buat pembedahan plastik di Thailand ke?”
Terkedu seketul Haraees Reza!
“Apalah nak jadi dengan anak muda zaman sekarang ni! Tak reti bersyukur langsung pada pemberian sang pencipta. Wajah sempurna masih mahu diubah-ubah! Apa kau tak ingat dosa ke? Apa lagi yang kurang pada wajah kau?”
“Saya tak ubah apa-apa pakcik. Saya original macam ni sejak dari rahim ibu saya.” Dengar suara maskulin yang tegas dan punya aura tersendiri itu, Pak Samad terus terlopong.
Wajah pantas dibuang ke arah rumah.
“LISA ALANAAAA!!!”
nxt chapter menyusul esok ya, plan nk update 2 chapter sekaligus but mata dh xleh ah, hari ni seharian kita hadap komputer huhu..see u tomorrow muahh
Share this novel