BAB 18

Humor Completed 411630

Kaki berlari dan terus berlari tanpa arah tuju. Ketakutan yang menguasai membangkitkan keinginan yang kuat untuk menyelamatkan diri, entah dari siapa dia sendiri sudah tidak mampu untuk berfikir secara rasional. Yang pasti, sekarang dia tengah meredah kepekatan malam, mujur ada lampu-lampu yang menerangi di sepanjang jalan yang dilalui.

Lebih malang, di tengah jalan tiba-tiba guntur berdentum hebat, diselangi hujan yang mulanya cuma rintik-rintik, kemudian jadi lebat selebat-lebatnya. Seriously? Lana tercongak memandang langit yang gelap gelita. Adakah yang lebih malang dari dirinya saat itu?

Bila sekujur tubuh mulai menggigil tanpa henti, kesedaran seakan kembali. Terpinga-pinga Lisa Alana memerhati sekeliling. Mencanak kutukan buat diri sendiri. Apa kejadahnya dia lari? Mengalahkan remaja yang lari dari rumah! Sehelai sepinggang, mujur berpakaian lengkap. Wajah ditundukkan untuk melihat kaki.

Tertonjol biji mata! Ibu jari kaki digerak-gerakkan. Lahaiii Lana..Apa kejadahnya kau pakai selipar berlainan rupa dan saiz ni? Mujurlah masa berlari tadi tak tersadung selipar besar sebelah, kalau tak tidak ke sia-sia. Adui, betul-betul cari penyakit!

Lana pandang sekeliling. Dia dah berada jauh dari kawasan perumahan. Entah di mana dia sendiri tidak pasti disebabkan suasana malam pekat. Ketakutan mulai menguasai semula. Baru terfikir tentang orang jahat ke, orang gila ke, takpun hantu jembalang tiba-tiba muncul dan menyerang..Mampus!

Terus Lana ketuk kepala sendiri, memaki diri dengan penuh kesal! Teringat Ryu Rozzan yang pastinya sedang mengamuk sekarang ni akibat ditolak hingga tergolek macam bola sepak di atas lantai. Pasti Ryu masih sedang melayan amarah dan tak kisah langsung tentang kehilangan dia huhu..

Telanlah bodoh kau sekarang Lana oii!! Diri terusan dimaki. Nak nangis rasa dah terlalu penat, dahlah sejuk nak mampus. Akhirnya Lana duduk berteleku di bahu jalan. Badan sudah teruk menggeletar. Nak redah hujan dan kepekatan malam juga sudah tak larat, entah dah kemana semangatnya masa melarikan diri tadi haishh...Tak habis-habislah nak menyusahkan diri sendiri kan.

"Astagaa Lana!! Kau ke tu?!!"

Aik?!! Siapa?

Pantas Lana dongakkan wajah, bola mata terus berguling mencari empunya suara yang menyergah.

Eh? Dia-dia ni lagi! Dah takde orang lain ke kat dunia ni? Asyik-asyik mamat ni yang timbul!

"Apa kau buat dekat sini sorang-sorang? Bahaya betul tau tak?" Tangan Lana ditarik untuk berdiri.

Bahu Lana dipaut untuk mendekati, supaya badan berada di bawah payung yang dipegang.

"K..Kau..Ma..Macamana boleh ada kat sini?"

"Aku menyewa kat situ.." Jari ditunjuk ke satu arah.

Lana ikut menoleh. Yup! Ada beberapa flat perumahan di kawasan tersebut. Ertinya rumah sewa Aizaff Nafees dengan kawasan perumahan Ryu Rozzan taklah jauh sangat, jiran rupanya!

"Ya Allah Lana, kau menggigil tau tak? Boleh sakit tau macam ni, Dah..Jom aku hantar kau balik..Kau tinggal dekat mana?" Tanpa meminta persetujuan, Aizaff menarik Lana masuk ke dalam pelukan.

Tercengang Lana, terkejung otot buat seketika!

Poonnnnn!!!

Terlompat Lana akibat bunyi hon dari sebuah kereta yang tiba-tiba melintas laju entah muncul dari mana. Habis tubuh mereka berdua disimbah air bertakung yang terpercik akibat dilanggar oleh kereta tersebut.

"Kau tak apa-apa? Kurang ajar betul pemandu tu!" Marah Aizaff sambil mengelap wajah Lana dengan jarinya.

Lana yang masih terkejut cepat-cepat menolak Aizaff menjauhinya. Sedar kelalaian diri sehingga membiarkan Aizaff menyentuhnya, Lana mati-mati mengutuk diri sendiri di dalam hati. Aizaff ni pun satu, menjengkelkan betul! Tak perlu kot sampai mahu peluk-peluk bagai!

"Jangan sentuh aku Aizaff, aku dah jadi bini orang!" Tegas nada suara dilontar.

"Lana, sekarang bukan masa yang sesuai untuk bincang pasal tu. Aku cuma bertindak dari perspektif seorang doktor. Badan kau perlu segera dihangatkan, kau faham tak? Kau mungkin akan sakit!" Aizaff cuba menerangkan supaya Lana tidak terusan salah faham pada tindakannya tadi.

"Aku takkan sakit, badan aku kebal!" Hah, yakin sungguh dia jawab hingga Aizaff tercengang, hilang terus kosa kata!

"Dahh dahh..Jom aku hantar kau balik. Yang kau duduk macam sedang buat ritual menyembah hujan dekat sini pehal Lana? Ryu dah tak nak kat kau ke? Dia bawa perempuan lain balik rumah?"

Tak guna betul mulut Aizaff ni! Betul like mother like son..Asal dulu dia tak perasan semua tu eh? Betullah kata orang, zaman bercinta bau kentut pun wangi bunga..Bila dah putus, lubang hidungpun kau benci nak tengok huhu..Tapi... Aizaff Nafees ni kacak orangnya! Lubang hidungnya tak besar mana, mancung dan terbentuk dengan cantik..

"Asal tengok aku macam tu?"

Arghh!! Terciduk pulak..Lana cepat-cepat paling wajah.

"Lubang hidung kau hodoh!" Terpacul kata-kata itu tanpa sedar!

"Adui..Apa salah lubang hidung aku tetiba kena kutuk Lana oii?"

Lana tak jawab, terus buka langkah besar-besar meninggalkan Aizaff.

"Hey!! Tunggulah..Biar aku hantar kau balik! Kau tinggal bersama Ryu kan? Bagi aku hantar kau balik Lana..Aku risau ni biarkan kau jalan sorang-sorang. Aku berani jamin Ryu tak kisah punyalaa, dia kan dikelilingi perempuan cantik.."

Tengoklah mulut tongkeng ayam Aizaff ni..Tak henti-henti mengutuk!

"Kau jangan kutuk laki aku Zaff, seburuk-buruk Ryu, dia tak pernah berzina!" Hah, hambek kau sedas!

Tergelak perit Aizaff mendengarnya.

"Asal kau yakin sangat tentang itu hah? Hanya lelaki jadian yang tak bernafsu bila dikelilingi wanita cantik dan seksi tau. Ya, aku akui aku berzina dengan Syakila. Tapi ia berlaku atas kemahuan bersama, tiada paksaan. Dan yes, aku lelaki sejati..Takkan bisa menolak kalau terus-terusan digoda. Apa yang menyebabkan kau yakin benar yang Ryu bukan seperti aku Lana?"

Lana terdiam. Hati seakan mengakui kata-kata Aizaff. Lelaki seperti Ryu Rozzan takkan mampu menolak bila terus-terusan digoda, itu pasti! Adakah Ryu cuma menipu dia selama ini? Arghh, serabut!!!

"Aku nak balik!" Putus Lana, hati mulai galau. Sedikit sebanyak mulai teracun dengan kata-kata Aizaff.

"Aku hantar okay?"

Lana sudah malas bertekak, jadinya dia hanya angguk perlahan. Gara-gara kepekatan malam plus tidak ingat jalan, beberapa kali Aizaff berpusing-pusing di kawasan yang sama sebelum akhirnya mereka berjaya menemui banglo mewah milik Ryu Rozzan.

"Ryu ada dekat rumah tak? Ke sedang berpeleseran dengan gadis cantik?" Tak habis-habis!

"Entah! Kau pergilah siasat kalau nak tahu sangat!" Pintu kereta Aizaff terus ditutup usai berkata.

"Hey!! Sampai rumah terus mandi, kalau ada ubat selesema atau aspirin terus telan sebelum tidur. Pakai baju tebal okay?" Sempat Aizaff berpesan sebelum Lana mengorak langkah.

Lana hanya angguk, memerhati sekejap kereta Aizaff yang bergerak perlahan meninggalkan halaman rumah sebelum melangkah masuk. Sampai muka pintu, Lana sudah mulai terbersin-bersin. Jacket yang Aizaff pinjamkan masa dalam kereta tadi sudah tidak mampu menghangatkan tubuh kerana turut basah lencun bila terkena pakaian Lana yang memang sudah sedia basah.

Lana terus berlari anak menuju ke arah tangga. Teringat pesan Aizaff bahawa dia perlu segera mandi dan memakai pakaian tebal untuk menghangatkan badan.

"Lisa Alana Binti Samad!!! Stop right there!!!"

Langkah kaki serta merta terhenti, terkejung di situ seperti barusan dipanah kilat! Omo! Masih celik rupanya..Ingatkan mamat ni dah bahagia dibuai mimpi-mimpi indah huhu..Ryu berdiri betul-betul di hadapan Lana, memerhati dia dari atas ke bawah dengan riak wajah seperti singa baru terberanak. Lana renung dahi yang bertempel plaster luka, rasa bersalah mulai menggigit tangkai hati.

"Dahi tu...Okay tak?" Bertanya penuh prihatin.

"Kau ke mana tadi? Jawab dengan jujur Lana..". Dah ke mana sayang-sayang Ryu Rozzan tu? Sendiri buat peraturan sendiri juga melanggar huhu..

"Aku..Err...Lana urm...Lana..." Bingung, tidak tahu harus jawab apa kerana dia sendiri tidak tahu mengapa dia tiba-tiba bertindak di luar kewarasan.

Ryu mendengus, wajah semakin menyinga. Dah kenapa mamat ni?

"Susah payah aku bangun dengan kepala masih pusing akibat tendangan kau Lana. Aku turun dan cari kau serata rumah macam orang gila. Aku kejar kau Lisa Alana!! Apa aku dapat?!! Kau dan Aizaff tak guna tu sedang hangat memadu asmara!!! Kau perempuan apa sebenarnya Lisa Alana?!! Kalau kau masih cintakan Aizaff just bagitahu aku, tak perlu buat benda tak senonoh di belakang aku! Aku bukan lelaki dayus Lana!!"

Lana benar-benar tersentak. Jadi Ryu nampak semuanya? Bila masa? Arghh..Adakah kereta yang dipandu macam berada di perlumbaan F1 tu adalah Ryu Rozzan? Celaka kau Aizaff!! Tapi kalau bukan disebabkan Aizaff, dia pasti takkan selamat sampai ke rumah huhu..

"Aku..Tak buat benda tak senonoh.."

"Tak buat? Habis tu yang berpeluk sakan tu apa Lana?!! Ni.." Jaket Aizaff disentap oleh Ryu dengan kasar lalu dibaling dengan kuat hingga jatuh terhempas atas lantai. Hampir terteleng badan Lana dibuatnya.

"Kau siap pakai baju lelaki lain depan laki kau Lana!! Aku ni apa di mata kau?! Patung perhiasan? Hanya kaku beku tak bergerak takde feeling bila nampak kau dengan lelaki lain, begitu?"

Lana kesat air mata yang mencurah jatuh. Tuduhan Ryu sangat berat, seolah dia dan Aizaff berzina! Langsung tak nak dengar penjelasan Lana.

"Kau memang dah berjanji untuk berjumpa dengan Aizaff kan? Tak sangka kau sama macam perempuan di luar sana, Lisa Alana! I thought you were different...Aku setuju kahwin dengan kau sebab kau satu-satunya perempuan yang langsung tak menunjukkan minat pada aku. Nyata aku silap! Kau perempuan tak bermaruah Lisa Alana!!"

Oh Tuhan!

Lana terus terduduk di atas lantai!

"Aku..Tak buat benda tak senonoh..Aku jaga maruah aku selama ini...Aku tak buat...Bukan salah aku bila lelaki tua miang tu mencabul dan hampir merogol aku...Bukan salah aku bila Aizaff tak putus asa kejar aku...Aku...Cuma mahu hidup aman damai...Aku tak perlukan lelaki...Tak gadai maruah kerana lelaki.." Tersekat-sekat bila suara berselang seli dengan esakan.

Lana cuma seorang wanita, mana-mana perempuan juga pasti akan terluka mendengar kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Ryu Rozzan. Sekebal-kebal manusia, akan tiba masa bila mencapai satu titik tertentu, akan jatuh terduduk dan mengalirkan air mata. Begitulah dirinya saat itu.

Nyata kata-kata Lana menusuk hingga ke ulu hati seketul Ryu Rozzan. Terperangah bagai terkena renjatan elektrik dia di situ, cuba mencerna kata-kata Lana!

"Kau cakap apa ni Lana?" Ryu terus duduk mencangkung di depan Lana. Kedua belah bahu Lana dicengkam perlahan.

"Kita tak perlu teruskan perkahwinan ini Ryu.. Perkahwinan tanpa kepercayaan cuma buat kita berdua semakin terluka. Ceraikan aku!" Lana menepis tangan Ryu.

Walaupun seluruh badan mulai terasa lemah dan kepala sedikit pusing, Lana kuatkan semangat untuk bangun. Tak perlu berlama-lama hadap lelaki yang cuma tahu jaga perasaan sendiri, dia juga mahu jaga perasaan diri sendiri. Cukuplah! Biarlah dia terus buruk di mata Ryu Rozzan, sudah penat mempertahankan diri. Sampai bila Ryu asyik nak kaitkan dia dengan Aizaff? Benda ni akan terus berpanjangan dan menjadi duri dalam isi selagi Ryu tidak mempercayai dirinya.

"Lana!!" Ryu cuba memaut tangan Lana namun segera Lana tepis.

"Tolong berhenti sekarang Ryu Rozzan. Aku benar-benar dah penat.."

Lana melangkah tanpa menoleh lagi. Bilik tidur dituju dengan tujuan mahu mengemaskan barang-barang. Ya! Nekad, malam itu juga dia mahu keluar dari rumah Ryu.

"Lanaa!!" Ryu mengetuk kuat pintu bilik yang Lana kunci dari dalam.

Lana sudah mulai bersin. Hidung jadi panas, leher juga mulai perit. Usai berkemas, sempat lagi mandi dan menelan dua biji Panadol Soluble. Beg tangan diselongkar untuk mencari sesuatu..Ah, lupa yang henfon dia hilang. Lana menyelongkar beg besarnya lalu menarik keluar sebuah kotak. Dia masih simpan telefon lama dan nombor yang digunakan masa masih menuntut di universiti juga masih aktif cuma jarang dia gunakan sekarang.

Usai memberitahu Adib di kampung mengenai kehilangan henfon dan nombor yang dia gunakan, Lana melabuhkan punggung di sofa. Kepala semakin terasa berat. Tapi dia perlu tunggu sehingga Ryu beredar dari pintu bilik. Beberapa minit kemudian, ketukan sudah tidak kedengaran. Mata yang hampir tertutup terus tercelik luas. Perlahan, Lana bangun lalu menghampiri pintu. Telinga ditekap ke daun pintu. Ryu Rozzan dah blah ke? Atau cuma satu perangkap supaya dia buka pintu?

Lana menyandarkan badan di daun pintu sambil ligat berfikir. Mungkin kesenyapan Ryu cuma satu muslihat bukan? Pasti lelaki itu masih berada di luar. Ahh, dia takkan terpedaya. Nampaknya dia perlu tunggu mungkin dalam sejam dua lagi. Lana bergegas untuk duduk semula.

Baru hendak melabuhkan punggung, sliding door di beranda rumah ditarik ke tepi. Terlompat seketul Lana akibat terkejut. Sempat berteriak sebelum berlari penuh ketakutan menuju ke pintu. Kalau bukan pencuri pasti hantu!!

"Heyy! It's me Lisa!"

Whyyy Ryu Rozzan!!!! Arghhhh!!!

Hampir je dia mati kena serangan jantung! Tak guna betul Ryu Rozzan, betul-betul sukar dijangkalah mamat sorang ni!! Macamana dari pintu tetiba boleh berada di beranda bilik pulak dahh?!!

Tak puas hati, Lana bergegas menuju ke beranda bilik lalu memerhati sekeliling. Tak mungkinlah Ryu memanjat dari bawah..Lana toleh ke arah Ryu.

"Macamana kau buat?"

"Tu..Dari beranda bilik aku!" Muncung Ryu diarah ke sebelah.

Lana toleh. Gila! Jauh juga jarak antara dua beranda tu.

"Kau nampak bucu tepi dinding yang terkeluar tu? Aku bertarung nyawa lalu dekat situ tadi tau. Kalau jatuh kompom cacat!"

Ryu Rozzan memang sah-sah dah gila!!

"Why did you do that?" Marah Lana, tak percaya sungguh yang Ryu senekad itu!

"Dah aku ketuk sampai naik lenguh tangan ni kau tak nak buka. Aku risau kau sakit ke, pengsan ke dekat dalam ni. Aku tengok kau macam tak sihat Lana. Kena hujan tadi kan?"

So..He does care!

Terharu tau, tapi berusaha sedaya upaya untuk tahan hati. Lana tak nak Ryu nampak usaha dia tu nyata memberi kesan di hati Lana... Lelaki macam Ryu ni patut diajar sikit, jangan suka-suka bercakap ikut sedap mulut tanpa siasat terlebih dahulu..Walaupun sekadar perkataan, namun tajamnya bisa menghiris sekeping hati!

"Kau okay tak? Wajah kau nampak merah. Dah makan ubat?" Dahi Lana disentuh perlahan, mahu cek suhu seperti kebiasaan dilakukan bila demam.

Lana diam tak menjawab, cuma tangan je pantas menepis tangan Ryu menjauhi dahinya. Ryu mengeluh perlahan. Keras sungguh hati minah ni!

"Tell me what happened Lana. I heard everything. Siapa yang kau maksudkan tu? Lelaki yang cuba berbuat onar pada kau?"

Lana geleng, seram sejuk bila teringat peristiwa itu. Ryu menghampiri lalu memeluk tubuh Lana.

"It's okay, I'm here..I'll protect you Lisa Alana."

Ahh..Mengapa Lana rasa selamat dan tenang bila berada dalam pelukan Ryu? Bibir bawah diketap. Tak Lisa Alana!! Jangan biarkan diri kau tewas pada pesona Mr Playboy ni! Tersedar, Lana cuba melepaskan diri. Sia-sia!

"Who did that to you Lana? Aizaff?"

Arghh!! Tak habis-habis Aizaff!! Rontaan Lana semakin menjadi-jadi. Rahang Ryu bergerak, menahan rasa marah yang membuku di hati! Masa Aizaff peluk Lana, tidak pula gadis itu membuat penolakan seperti yang dibuat sekarang. Siapa tak sakit hati kan? Nampak sungguh Lana tak suka disentuh olehnya!

Itu isi hati Ryu Rozzan. Berbeza dengan Lisa Alana. Bukan menolak sebenarnya, ianya lebih kepada tanda protes kerana diri asyik dikaitkan dengan Aizaff..Sikit-sikit Aizaff..Aizaff Aizaff Aizaff!! Ryu ni dah kenapa sebenarnya? Cemburu? Mustahil! Ke Ryu rasa tercabar dengan kemunculan Aizaff, yelaa..Aizaff segak, doktor pulak tu! Tak mustahil Ryu Rozzan si penyandang dewa kekacakan di mata para wanita rasa tercabar bukan?

"Let me go!! Let me go Ryu Rozzan!!" Rasa takut mulai menguasai bila Ryu semakin memperketatkan pelukan.

Dada naik turun dengan laju, nafas seakan tersekat! Semakin Lana meronta, semakin membuak-buak rasa marah Ryu Rozzan. Kalau dengan Aizaff kemain...Dia yang sedang terbakar memerhati pun langsung Lana tak nampak! Tercabar ego lelaki seorang Ryu Rozzan setiap kali berhadapan dengan Lisa Alana. Satu-satunya gadis yang tak lut dengan aura pesona yang dimiliki. Tidak pernah tidak menolak, malah riak wajah penolakan tu langsung tak disembunyikan...Benci!!!

"Tuan...Jangan..."

Dahi Ryu berkerut. Siapa tuan? Lana biasa panggil dia boss bukan tuan! Takkan Tuan Aizaff? Sejak kapan hantu jembalang tu jadi tuan?

"Tolong Tuan Amir..Jangan lakukan..Saya merayu.."

Bola mata Ryu Rozzan terbuntang luas! Pelukan segera dilepaskan. Kedua belah bahu Lana dicengkam perlahan lalu digoncang oleh Ryu.

"Lana..Si Amir Khan tua keparat tu ke yang telah berbuat onar pada kau?!"

Oh dear!

Apa yang telah dia lakukan? Lantaran cemburu, Lana dituduh dengan macam-macam perkara yang tak masuk akal! Tersedar keterlanjuran, sekali lagi tubuh Lana dipeluk, kali ini lebih lembut, lebih hangat!

"Lanaaa!!!"

Terkejut bila tubuh Lisa Alana terkulai di dalam pelukan!

Doc Aizaff smkin menonjol, ada yg suka x? hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience