Lana melangkah longlai masuk ke dalam banglo mewah milik Fiona. Tak dinafikan, dia benar-benar terasa dengan sikap Ryu Rozzan. Mengapa perlu melayannya melebih-lebih kalau di akhir cerita ternyata lelaki itu mencurigai dia?
“Lana!” Terkejut dengar sergahan dari arah ruang tamu. Kepala dipusing serta merta. Kelihatan Fiona mengangkat tangan, memanggil Lana.
Saat itu mood memang ke laut. Tapi bila lihat Fiona kelihatan luar biasa semangatnya, Lana cekalkan hati untuk memenuhi kemahuan Fiona.
“See? I’ve got these for my little angel.” Terbeliak mata bila beberapa bakul kertas Fiona letak atas coffee table.
Lana menarik salah satu bakul kertas mendekati lalu mengintai isi di dalam. Mulut yang terlopong segera ditekup dengan tapak tangan.
“Barangan baby? Pink? Masih terlalu awallah Fiona, jantina pun tak nampak lagi.”
“Aku yakin seratus peratus it’s a girl Lana! Kalau boy pun kisah apa, ramai je boy sekarang pakai baju pink. Kan baby kan? Aunty tak sabar nak tunggu si comel ni keluar tau.”
Melebih-lebih ah Fiona ni! Dia dah siap lantik diri jadi makcik okay.
“Ah, kau dah pergi daftar kat klinik ibu dan anak ke?” Tercengang Lana bila disoal oleh Fiona. Serius, apa benda tu? Klinik ibu dan anak? Tergeleng kepala Fiona bila lihat wajah bingung-bingung Lana.
“Kau tak tahu kan? Tsk tsk! Dah masuk berapa bulan usia kandungan kau ni?”
“Tiga bulan kot!”
“Hah, cantiklah tu! Kau kena daftar di klinik kesihatan ibu dan anak berdekatan Lana. Ke kau bercadang mahu bersalin di hospital swasta? Kalau nak, kau datang je jumpa aku esok. Cuma aku bukan doktor pakar ibu mengandung. Itu bahagian Dr Aizaff, ex bf kau tu!”
Serius? Mengapa asyik-asyik nama lelaki itu yang kena up hah? Sakit jiwa Lana!
“Takpelah, aku ke klinik kerajaan je.” Cepat-cepat Lana memutuskan, tak rela dia dirawat oleh Aizaff.
“Boleh je. Tapi klinik kerajaan ni strict sikitlah, untuk pendaftaran lebih baik kalau kau dan Ryu datang sekali. Anak pertama ni memang cerewet sikit.”
“Serius?”
“Of courselah, ada nampak aku sengih? Napa? Ryu tak nak temankan kau ke? Takut kedapatan tak lama lagi dah nak sandang gelaran bapak budak?”
Lana tidak dapat menahan gelak. Terkekek-kekek kelucuan. Terfikir terus… mahukah Ryu menemani dia? Bukankah Ryu meragui dia? Ah, daripada tambah dalam luka torehan di hati, lebih baik dia uruskan semuanya sendiri saja.
“Jangan risau Lana, serahkan je semua pada aku. Datang jumpa aku esok, biar aku berehkan!”
“Yela, nanti aku fikirkan ya. Aku nak mandi dan rehat kejap. Penat.”
“Jangan lupa barang-barang baby tu. Nanti bila baby dah nak keluar kita gi shopping lagi ya Lana. Tak sabar nak dengar baby nangis.” Lana hanya mampu angguk dengan wajah reda.
Sedih pula lihat keterujaan Fiona. Sedangkan Lana sendiri tidak pasti sama ada mahu terus bertahan di situ atau pergi sahaja. Asalnya, dia memang mahu pergi jauh-jauh demi keselamatan bayi yang dikandungnya.
Tapi kini, rasa jauh hati pada Ryu buat dia ingin lesap dari hidup lelaki itu buat selama-lamanya. Malangnya, ada sesuatu menghalang. Cintanya pada lelaki itu. Untuk buang perasaan itu, bukannya semudah membuang air besar, masuk tandas buang terus lega!
Ada yang sampai mati bawa perasaan cinta yang terpendam. Orang kata masa merawat, ya memang betul. Masa akan menyembuhkan tapi tidak mampu memudarkan dan menghilangkan parut yang ditinggalkan.
Keesokan harinya, Lana hanya menghantar pesanan ringkas pada Ryu Rozzan mengatakan dia tidak dapat hadir bekerja kerana ada urusan penting. Ryu hanya blue tick, tak balas pun!
Ketika keluar, kereta Fiona sudah tiada dalam garaj. Bagus jugalah, Kalau gadis itu ada pasti terus huru hara rancangan Lana hari ini. Lana memandu ke klinik kesihatan ibu dan anak yang berdekatan. Semua dah dia google semalam.
Tentang prosedur, pendaftaran dan dokumen yang diperlukan. Alasan juga sudah siap direka tentang mengapa dia datang berseorangan.
Senyuman serta wajah penuh keyakinan Lana segera sirna bila tiba di klinik. Jatuh rahang! Rasa nak nangis je bila lihat ruang menunggu penuh! Semua mereka ni nak mendaftar juga ke?
Lana mencari kerusi kosong lalu duduk. Cuba bersabar menunggu nombor tiga angka ditangan dipanggil. Sejam berlalu, nombornya tak sampai-sampai. Lenguh dah tulang belakang dan pinggul. Terfikir tentang tawaran Fiona. Kalaulah dia ke situ, pasti sekarang dia dah lenggang-lenggang masuk kerja huhu. Tapi teringat Aizaff Nafees…nope!
Terus dipujuk hati. Bersabar selagi mampu duhai Lana, hari ni je! Bila dah hampir masuk dua jam duduk nombor tak juga dipanggil-panggil, Lana mulai panas punggung. Dia sudah jenuh menunggu.
Beep!
Henfon berdenting menandakan ada pesanan masuk. Lana menarik keluar henfon di dalam beg.
“Where are you? Share location now.”
Tercengang! Apa mahunya lelaki ini sekarang? Tak faham betul! Lana biarkan, malas mahu melayan. Dia sekarang tengah memanas. Rasanya nak putus asa dan balik je sekarang ni. Telefon tiba-tiba berdering. Dapat diagak siapa pemanggilnya, Lana biarkan.
Deringan bersambung-sambung hingga beberapa ibu mengandung berdekatan mulai menjeling sebal padanya. Laju je Lana tarik keluar telefon.
“Lisa Alana! Where are you dammit!”
See? Nampaknya keputusan dia untuk tak sambut fon itu tepat bukan? Kalau sambut hanya sakit hati dapat buat apa kan? Benci!
“On the way to heaven!” Sebal, Lana jawab penuh sarkastik.
“Susah sangat ke nak send location kat aku hah?!”
“Ah, heaven takde dalam gps Ryu. Sorry!”
“Lisa Alana!!!” Dah meneriak dah orang di hujung talian tu, marah sangat ler tu.
“The number you’ve dialed cannot be reached at this moment because the owner is on the way to heaven tut tut tut…” Seronok pula rasanya menaikkan darah Ryu Rozzan.
“Ten minutes Lana! If I can find you within ten minutes I’ll give you a kaw-kaw lesson!”
TUT!
Terpinga Lana bila panggilan Ryu tamatkan. Bibir bawah terus digigit. Takkanlah…bibir menguntum senyum mengejek. Ryu bukan malaikat mahupun dewa kesaktian, tak mungkinlah lelaki itu mampu mencarinya. Even Fiona teman serumah pun tak tahu di mana dia berada.
Lana kembali menghenyak punggung di salah sebuah kerusi kosong. Kaki dilipatkan dan digoyang-goyang, bahagia sungguh nampak gayanya. Tak mengharap sangat, tapi bola mata berkali-kali melirik jam yang melilit di pergelangan tangan tu apa maksud? Huhu…
Dua minit lagi untuk genap sepuluh minit seperti yang dikatakan oleh Ryu, nombor Lana dijerit kuat dari kaunter pendaftaran. Dia bingkas berdiri lalu mengatur langkah menuju ke kaunter. Tak sampai beberapa langkah, tangannya tiba-tiba disambar kasar dari belakang.
“My dearly wife, how could you left me behind?”
Sh*t!!!
Betul-betul cari pasal ah bakal bapak budak ni! Dia punya jeritan, satu bangunan klinik boleh bergegar tau! Lana terus ditarik kasar. Bila tubuh hampir merempuh tubuh sasa itu, bahunya dipaut dan terus dipusingkan ke belakang, menghadap jejaka yang berwajah tegang hingga terkeluar urat besar di dahi.
Rahang Lana dicengkam kuat lalu ditarik merapat. Tanpa segan silu, Ryu baham bibir Lana dengan rakus, macam datuk tenaga sejemput terlebih semangat akibat overdose pil viagra! Memang cari pasal!
Lana terus meronta kuat. Ryu mengetatkan pelukan, hingga tubuh terasa terpicit saat itu. Sukar untuk bernafas. Ibu-ibu mengandung juga suami-suami bakal bapa yang menemani isteri-isteri jatuh rahang memandang. Buat drama tak kena tempat betul!
“Buuu!” Makan kau, kena buu hidup-hidup!
Tapi Ryu Rozzan memang jenis muka tebal. Kerana marah, semua diketepikan! Lisa Alana benar-benar mencabar ego lelakinya! Tak habis-habis menyakitkan hati. Perempuan itu harus diajar sikit.
Tapi Lisa Alana juga bukan seorang yang pendek akalnya. Takkan dia menyerah gitu-gitu aje, terutama pada lelaki jenis tubal macam Ryu Rozzan. Ikut sedap hati lukakan hati orang, lepas tu datang balik dengan seribu kemanisan untuk menundukkan orang tu balik. Tak! Lana juga punya cara kenakan Ryu balik.
“Aduh!” Hambekmu! Ryu kelam kabut menarik wajah menjauhi Lana. Sebuah senyuman tersangatlah sinis tersungging di bibir Lana. Bola mata terpancar cahaya kegelapan.
Darah merah pekat mulai menitis keluar dari bibir yang terkoyak.
“Lana…” Getus Ryu perlahan sambil menyentuh luka di bibir.
“Ooops!” Lana tergelak sinis sambil menutup mulut dengan kedua tangan. Betul-betul bikin panas!
“211!” Jururawat di kaunter melaung sekali lagi, lebih kuat dari tadi.
Lana bergegas menuju ke kaunter, meninggalkan Ryu yang masih mengesat darah di bibir. Setelah memberikan semua maklumat yang diperlukan, sehelai borang diberikan pada Lana.
“Boleh ke makmal untuk ambil darah. Suami ada kan? Suami pun perlu diambil darah sekali ya.”
Ambil darah? Sekali dengan Ryu Rozzan? Lana terpinga-pinga sebentar sebelum tangannya ditarik oleh Ryu Rozzan.
“Berangan tak sudah. Susah sangat ke nak faham arahan mudah macam tu duhai Lisa Alana?” Ryu bisik kata-kata menyakitkan hati itu di telinga Lana.
Tercebik terus dua ulas bibir merah merekah itu. Lana terpaksa membuka langkah besar-besar untuk menyaingi langkah kaki Ryu. Usai darah mereka berdua diambil, henfon Ryu berbunyi. Ryu keluar untuk menyambut panggilan. Sejurus kemudian, Ryu masuk semula ke ruangan menunggu mendapatkan Lana.
“Tak selesai lagi? Lepas ni kita kena ke suatu tempat pula.” Masuk-masuk je terus pot pet mulut Ryu. Buat sakit hati je!
“Kita kena tunggu keputusan sekejap lepas tu serahkan kembali borang di kaunter.”
“Leceh juga prosesnya ya.”
Tau takpe! Sebuah jelingan tajam diberikan sebagai balasan. Ryu senyum sumbing. Lana bangkit dari tempat duduk bila namanya dipanggil. Usai mengambil kertas yang dihulurkan, mereka keluar dan kembali semula ke kaunter.
“Ini tarikh temujanji yang seterusnya ya mama.” Lana angguk lalu mengucapkan terima kasih.
Ryu terusan mengekori hingga mereka berada di luar klinik. Lana jeling tajam.
“Dah selesai Ryu Rozzan. Kau boleh balik!” Ganasnya bakal mama ni!
“I told you kan…ikut aku sekarang, kita dah lewat setengah jam tau. Rugi aku bayar nanti.”
Bingung terus Lana dibuatnya. Ryu tarik tangan Lana lalu dibawa masuk ke dalam keretanya.
“Kereta aku?”
“Nanti aku hantar kau balik kat sini bila selesai.” Lana terus terdiam. Nak bantah macamana lagi kan kalau kereta dah mulai bergerak laju menuju ke lebuh raya.
Jatuh rahang Lana bila mereka tiba di tempat yang dimaksudkan oleh Ryu Rozzan. Kelas Antenatal? Seriously Ryu Rozzan?! Senyuman kian melebar di wajah tampan Ryu bila lihat reaksi terkejut Lana.
“Encik Ryu dan isteri, welcome to the class. Sila ambil tempat di situ ya.” Ryu terus menarik Lana menuju ke tempat kosong yang ditunjukkan.
“Baik, kita ke pergerakan selanjutnya. Pergerakan ini akan membantu isteri untuk merasa lebih tenang sepanjang tempoh mengandung. Suami boleh bergerak sekarang dan duduk di belakang isteri.”
Ah sudah! Sempat Lana menangkap senyuman licik tersungging di bibir Ryu Rozzan.
“Peluk isteri perlahan-lahan, bisikkan kata-kata cinta untuk menenangkan isteri yang mungkin sedang kelelahan atau sedang menahan kesakitan.”
Merinding bulu roma bila Ryu merapatkan badan di belakang. Nafas hangat menyebarkan haruman mint segar terasa menerpa di cuping telinga.
“Nak dengar kata-kata cinta sweet and sour tak?”
Celaka punya Ryu Rozzan! Sirna terus feel macam di surga!
“Urut perlahan bahu isteri, perlahan turun ke tulang belakang hingga ke tulang pinggul. Lakukan perlahan-lahan dan penuh kasih sayang.”
Lana gigit bibir. Lain macam perasaan saat Ryu mulai melakukan seperti yang disuruh oleh instructor berlesen di depan. Kembang kuncup hati Lana saat itu. Nak menghalang jemari Ryu yang rancak merayap di belakang, rasa segan pula. Nanti jadi perhatian, malu! Akhirnya dibiarkan. Seronok pula bila diurut. Rasa ringan terus badan.
“Para isteri pasti merasa senang bila dibelai penuh kasih sayang oleh suami kan? Kita sudah tiba di penghujung kelas. Para isteri boleh pusingkan badan menghadap suami masing-masing sekarang.”
Aduh! Lana tak yakin sebenarnya dengan instructor yang macam dah syok sendiri pun ada di penglihatannya saat itu. Ragu-ragu mahu melakukan seperti yang diarahkan. Ryu tanpa kesabaran memaut bahu Lana lantas memusingkan tubuh Lana menghadapnya. Sebuah senyuman raja segala syaitan terukir di wajah.
“Sekarang para suami, ciumlah isteri anda dengam penuh rasa cinta. Ucapkan I love you pada isteri tersayang.”
Dah agak dah!
Ryu tersengih gatal, bibir dimuncungkan sambil berdecit halus. Benci betul! Bagi penampar kang baru tahu…tapi tula, Lana tak sampai hatilah pulak!
Ryu merapatkan wajah. Ketika atas bibir menyentuh bibir Lana, Ryu berhenti lalu menjuruskan renungan tajam menikam kalbu pada Lana.
“Don’t bite huh…” Bibir Lana bergerak mahu menjawab. Tak sempat bila Ryu menekan bibir Lana dengan bibirnya. Blank terus otak Lana!
Ciuman Ryu berbeza berbanding semasa di klinik tadi. Lebih lembut, lebih mengasyikkan. Mungkinkah kerana urutan itu? Ah tiber!
“Dah! Tamat dah! Boleh bersurai!” Terkejut bila instructor dengan tag nama dr Dianne sudah berdiri di depan mereka berdua sambil tepuk tangan. Argh! Terbabas ke?
Laju bola mata Lana berguling memandang sekeliling. Peserta sudah mulai beredar. Hanya tinggal mereka berdua terleka dengan dunia sendiri huhu… bikin malu!
Ryu sengih dengan tak malunya. Bingkas bangun lantas menarik Lana. Ketika menghampiri kereta, henfon Ryu berdering. Ryu menyuruh Lana masuk ke dalam kereta sementara dia menyambut panggilan tersebut.
Tidak lama kemudian, Ryu masuk ke perut kereta lalu memandang Lana dengan wajah serius.
“Aku kena bertemu dengan klien penting dari luar negara sekarang. Aku hantar kau ke kereta dan kau terus balik, faham?” Lana angguk.
Selepas menurunkan Lana di depan kereta Vivanya, Ryu terus bergerak pergi. Tergesa-gesa! Takut rugi projek berjuta-juta ler tu!
Lana memandu keluar dari perkarangan klinik dengan tenang. Dia bercadang mahu terus balik dan berehat. Usai membersihkan diri, tubuh terus dihempaskan di atas tilam. Baru saja mata hendak ditutup, henfon menjerit nyaring.
“Lana! Aku nak kau pergi ke ofis sekarang, ambil fail Tyson & Ramon dan bawa ke bilik mesyuarat Grand Hotel sekarang. Dalam masa setengah jam. Cepat sikit!”
Tut!
Panggilan ditamatkan tanpa sempat Lana respon. Diktator! Laju Lana bangun dan menukar pakaian. Usai mengambil fail yang dimaksudkan di atas meja Ryu, Lana bergegas menuju ke hotel di mana Ryu sedang menunggu.
“Oh, encik Ryu ya? Dia berada di bilik 505. Lift sebelah sana ya.” Si gadis kaunter tersenyum manis ketika Lana menghampiri untuk bertanya.
Lana bergegas ke lift selepas mengucapkan terima kasih. Bilik? Biar betul perjumpaan dengan klien penting diadakan di dalam sebuah bilik hotel? Kalau tak silap dengar tadi Ryu kata bilik mesyuarat hotel, bukannya bilik hotel. Hati mulai dipagut rasa curiga namun segera ditepis.
Lama Lana terpacak di depan bilik 505 sebelum tangan naik dan mengetuk daun pintu. Bila tiada respon diterima, pemegang diturunkan. Tak berkunci! Lana tolak daun pintu perlahan-lahan. Kepala menjengah ke dalam. Sunyi sepi! Biar betul.
Lana melangkah masuk. Bola mata melilau memerhati sekeliling.
BRAK!
Terkejut bila daun pintu ditutup. Belum sempat menoleh, tubuh Lana dipeluk dari arah belakang. Terasa seluruh leher diserang bertubi-tubi oleh bibir seseorang. Haruman yang terbit sangat familiar di rongga hidung.
Tubuh Lana didorong kuat hingga jatuh terlentang di atas tilam. Lana terus meronta bila sekujur tubuh sasa kini sedang menghimpit tubuhnya.
“Stop! Jangan buat begini. Please!” Lana menjerit ketakutan.
“Jangannn!!!” Pakaian Lana direntap hingga koyak rabak. Seluruh tubuh kini menggigil ketakutan. Air mata seperti hujan lebat turun memenuhi wajah.
Wajah lelaki bermata merah seperti di bawah pengaruh dadah itu dipandang dalam deraian air mata.
“Aku tahu kau masih menunggu aku datang Lana. Kau masih cintakan aku!”
“Nooo!!! Tolong hentikan! Lepaskan aku Zaff!”
Mengapa Aizaff Nafees tiba-tiba boleh berada di dalam bilik tersebut? Dan lebih mengejutkan, keadaan Aizaff yang kelihatan bengis dan tidak berperasaan. Aizaff…ambil benda terlarang ke?
“I want you Lana. Aku dah lama bayangkan saat seperti ini. Saat kau berada dalam dakapan aku, saat kehangatan tubuh kita bersatu!”
“No Aizaff!!! Tolong jangan lakukan! Nooo!!!”
“Diam!!!”
PANG!
Terpercik darah dari bibir Lana akibat tamparan deras di pipi. Terus berpinar-pinar pandangan!
Share this novel