BAB 38

Humor Completed 411630

“Ya Allah anakku!!!”

Pak Samad terus melompat dari motor. Tak dipedulikan motor yang belum dimatikan enjin meluncur melanggar batang pokok Berangan di tepi perkarangan rumah.

“Lana!!! Kenapa ni? Ya Allah bapaknya…Darah! Banyaknya darah!”

Lana memeluk lengan emak sambil menangis teresak-esak.

“Bayi…Tolong selamatkan bayi Lana makkk…” Pak Samad yang kelihatan terlalu panik bila melihat darah yang membasahi kaki Lana mundar mandir di depan mereka berdua. Bingung!

Melihat Lana dikerumuni, Puan Sri Helena perlahan-lahan mengorak langkah. Niat hati mahu pergi dari situ tanpa disedari sesiapa. Malangnya, Haraees Reza tampil menghalang laluan.

“Tepilah Raees! Kau jangan nak menyibuk!” Tubuh sasa Haraees ditolak kuat oleh Puan Sri namun sikitpun tak mampu dia gerakkan. Tetap statik di kedudukan!

“Puan Sri!” Pergelangan tangan wanita itu direntap kasar oleh Haraees Reza.

“Tak mudah nak melarikan diri bila Puan Sri dah jumpa keluarga ni…Trust me!” Tangan Puan Sri diheret menuju ke arah Pak Samad yang semakin rancak mundar mandir bila dengar Lana menjerit kesakitan dalam tangisan.

“Apa ni?!!! Lepaslah Raees. Kau pun dah jadi sekutu keluarga miskin tu ke?!” Puan Sri meronta, cuba melepaskan diri.

“Mereka mungkin miskin harta, tetapi kaya budi pekerti dan ilmu akhirat. Insaflah Puan Sri, agaknya kenapa Allah bagi penyakit tu pada Puan Sri? Untuk mengingatkan Puan Sri yang mati itu pasti! Masa tu, semua yang Puan Sri banggakan di dunia ni akan ditinggalkan, jasad akan kembali ke tanah. Jadi jangan riak sangat!” Haraees menghentikan langkah kaki bila Pak Samad sudah berada di depannya.

“Pakcik…Kenalkan, ini ibu Ryu Rozzan. Wanita yang menyebabkan anak pakcik tu cedera. Saya serahkan wanita ni pada pakcik. Izinkan saya bawa anak pakcik ke hospital. Dia perlu dirawat segera.” Pak Samad sempat berbalas pandang dengan isteri dia yang sedang memangku Lana di atas ribanya sebelum mengangguk.

Haraees duduk mencangkung lalu mencempung Lana yang sedang menangis meraung-raung menahan sakit. Tidak lama kemudian, kereta Haraees mulai bergerak meninggalkan halaman runah Pak Samad.

“Meliana! Kau jaga perempuan gila ni sekejap!” Usai beri arahan dengan suara bak guruh di langit, Pak Samad bergegas naik ke rumah.

Puan Sri memandang jijik pada Meliana. Dasar orang kampung takde adab! Dahlah miskin, menjijikkan pula tu. Lihat saja pakaian buruk bersalut lumpur tu, nak muntah! Hati terusan mengutuk.

“Ke tepi kau perempuan busuk! Jangan berani sentuh aku!!!” Puan Sri pantas memusing badan usai berkata, mahu segera pergi dari tempat yang menjijikkan itu.

Meliana meluru lantas menarik beg tangan yang dijinjing oleh Puan Sri Helena.

“Hoiii! Kau buat apa ni? Dasar pencuri! Kurang ajar betul orang miskin ni!!! Pencuri!!!” Berlaku adegan tarik menarik buat seketika yang mana akhirnya beg kulit berkualiti tinggi jenama Prada itu berada dalam genggaman Meliana. Jangan main-main dengan tangan yang setiap hari dibanting di bendang!

“Kurang ajar kau ya! Bagi beg aku balik setan! Aku tak rela kau sentuh barang aku dengan tangan kotor kau tu!!! Bagi balik aku kata!!!” Puan Sri cuba merampas semula beg tangannya namun tidak berjaya.

“Kau nak beg ni?” Meliana memutarkan lengan beberapa kali sebelum melontar sekuat hati beg mahal Puan Sri. Beg tersebut melayang di udara sebelum menghilang di sebalik semak samun belakang rumah.

“Kurang ajar!!!” Tangan melayang, mahu melempang wajah Meliana. Pergelangan tangan direntap lalu Meliana pulas dengan kasar. Terjerit nyaring Puan Sri akibat kesakitan.

“Ikut hati aku, hancur tangan ni aku kerjakan! Apa salah Lana pada kau hah? Kau tahu tak yang Lana tu sedang mengandungkan cucu kau? Kalau benci, suruh saja anak kau tu lafaz talak! Kita tak kemaruk dengan harta keluarga kau!!!”

“Lepas!!! Sakitlah sial! Aku akan saman keluarga ini!!! Aku akan…”

“Diam kau!!!” Pak Samad muncul sambil menjerit lantang. Terbelalak mata Meliana melihat samurai berkilat dalam genggaman Pak Samad.

“Nak saman? Kita tengok siapa masuk penjara dulu! Kau!!! Kalau ada apa-apa berlaku pada anak dan cucu aku…Aku sumpah!!! Leher kau aku kerat dengan samurai ni!!!”

Wajah Puan Sri terus bertukar jadi pucat lesi.

“Kau pegang dia erat-erat Meliana! Aku nak potong kedua belah lengan dia. Lengan itu yang menyebabkan kulit anak aku koyak dan menumpahkan darah. Kurang ajar! Anak yang selama ini aku tatang bagai minyak penuh, tak pernah aku sentuh apatah lagi hingga menumpahkan walau setitik darahpun dari tubuhnya… Kau muncul dan perlakukan dia seperti seekor binatang?!” Pak Samad menghunus samurai. Wajah sudah benar-benar nekad.

“Lana aku anak yang paling baik. Walaupun mulut dia tu macam mak dia, tapi dia taat dan sangat hormat orang tua. Mengapa kau pukul anak aku sampai macam tu? Seumur hidup, dia tak pernah dipukul teruk sampai macam tu…Setakat rotan betis sampai berbirat dan tapak tangan sampai menggelupas kulit pun aku sampai menangis satu malam kerana menyesal! Kau masih manusia lagi ke? Mengapa sekejam itu?” Tersayat hati mengenangkan Lana, Pak Samad menitiskan air mata.

“Aku tak pukul! Perempuan tu jatuh. Kau jangan tuduh sembarangan kalau takde bukti. Aku saman baru tahu!”

“Depan mata aku kau pukul dia kau kata takde bukti?!”

Puan Sri tergelak sinis. Sangkanya dia boleh memanipulasi minda manusia di depannya itu. Setakat orang kampung, apalah yang mereka tahu! Demikian pendapat Puan Sri.

“Kau cubalah buat laporan polis. Hah, kalau kau ada duit bawa kes ni ke mahkamahpun aku tak kisah. Aku tetap tak bersalah! Korang takde bukti nak tuduh aku buat perkara tu. Zaman sekarang ni, semua perlu bukti konkrit, bukan air liur!” Penuh angkuh suara terlontar.

“Rasanya tak perlu! Aku cuma perlu kerat-kerat kau dan bagi musang dekat dalam hutan tu makan. Rasanya kau datang seorang kan? Tiada siapa yang tahu kau datang kan? Jadi, takde bukti konkrit untuk aku disabit kesalahan bunuh kau nanti hahaha!” Keluar ketawa penjahat Pak Samad.

Meliana panik bila lihat samurai diangkat tinggi ke udara. Aduh bapaknya…Biar betul dia nak kotakan apa yang dikata? Takkan dah tua-tua begini nak buat hal lagi?

“Kau nak buat apa? Arghh! Tolong! Tolonggg!!!” Puan Sri menjerit ketakutan bila melihat samurai berkilat Pak Samad itu kini terarah padanya.

“Bapaknya! Sabar dulu… Jangan nak buat hal!” Meliana yang turut panik menegur pantas, risau jika suami bertindak melulu.

“Arghh!!! Tolonggg!!!” Terlalai sekejap kerana risau, pegangan Meliana mengendur. Puan Sri dengan pantas melepaskan diri lalu berlari menuju ke arah jalan.

“Tolong!!! Ada orang gila nak bunuh aku!!!” Puan Sri berlari pantas, langsung tak berani nak toleh ke belakang.

“Kau nak lari ke mana hah?! Di kampung ini, siapa tak kenal Pak Samad dan samurai legend ni? Kau ingat ada ke yang berani tampil tolong kau?! Awas kalau aku dapat kau!!!”

“Bapaknya!!! Tungguuu! Sabar! Bawa mengucap!”

Maka berlakulah kejar mengejar. Puan Sri berlari dikejar Pak Samad dan menyusul di belakang Meliana yang cuba menyabarkan Pak Samad.

Sementara itu, Haraees Reza sedang mundar mandir di hadapan bilik kecemasan, menunggu doktor yang merawat Lana di dalam keluar memberi perkhabaran. Tiba-tiba dia juga terikut panik walhal gadis itu tiada kena mengena pun dengan dirinya. Haraees berhenti bergerak lalu meraup wajah. Setelah rasa lebih tenang, henfon dikeluarkan dari kocek baju kotnya.

“Ya Raees? Dapat jumpa Lana tak?” Suara di hujung talian terus bertanya tanpa kesabaran. Haraees mendengus.

“Ryu! Mummy kau dah discharge ke?”

“Eh takde. Mummy ada appointment dengan pakar kardiologi hari ini. Katanya lama jadi dia suruh aku balik dulu. Aku tunggu mummy call sampai tertidur.”

Haraees hanya mampu geleng kepala. Hidup-hidup Ryu Rozzan dipermainkan oleh Puan Sri! Kasihan tapi ada rasa geram menggumpal!

“Oh, kiranya mummy kau tu masih sedang bercakap dengan pakar kardiologi tula ye? Berjam-jam lamanya, apalah yang dibualkan tu ya? Kau langsung tak syak apa-apa ke?”

“Kenapa ni? Mummy aku tu tengah sakit… Normallah kan kalau mengambil masa yang lama!”

“You stupid moron!!! Mummy kau ekori aku ke sini bodoh!!! Bini kau sekarang dekat hospital, mengalami pendarahan akibat dipukul oleh Puan Sri. Isteri kau mengandung Ryu Rozzan!!!”

TUT!

Panggilan ditamatkan oleh Ryu Rozzan..Tercengang Haraees merenung skrin telefon yang kini bertukar jadi gelap. Telefon disimpan semula ke dalam kocek. Merenung sesaat ke arah pintu kecemasan yang mana lampu amaran di atas pintu masih menyala. Kemudian, Haraees bergerak menuju ke kerusi kosong lalu duduk.

Kepala disandarkan di dinding. Badan mulai rasa letih, mungkin kerana jauh perjalanan, mungkin juga akibat masih terkejut dengan peristiwa yang tak disangka-sangka itu. Hampir terlelap bila pintu bilik kecemasan tiba-tiba terbuka. Haraees bingkas bangun lalu menghampiri doktor yang baru keluar itu.

“Kamu suami pesakit kat dalam tu ya?” Haraees terpempan sesaat!

“Isteri encik mengalami keguguran.”

Haraees memegang dada. Asal dia pula yang terasa bertapa sakitnya tempat yang dipegang sekarang?

“Tapi encik jangan risau, kita berjaya…”

“Boleh saya masuk dan bercakap dengan pesakit sekarang?” Haraees mencantas laju. Dia tidak mahu dengar lebih lanjut lagi, takut memberi kesan pada sekeping hatinya. Doktor tersebut mengangguk.

“Silakan encik.”

Haraees meluru masuk selepas mengucapkan terima kasih. Lisa Alana baring mengiring membelakangi pintu masuk. Bantal ditekupkan di wajah. Bahu terhinjut-hinjut. Haraees terpaku di muka pintu buat seketika.

Sungguh, dia tidak tahu apa harus dia lakukan, apa harus dia perkatakan pada wanita itu. Dia tidak pernah berhadapan dengan situasi seperti ini. Hanya mampu merenung simpati. Tersayat hati bila sekali sekali kedengaran esakan halus yang berusaha ditahan oleh Lisa Alana.

Haraees melangkah perlahan menghampiri. Kerusi pelawat ditarik mendekat ke birai katil. Mendengar bunyi tersebut, Lana melarikan bantal dari wajahnya lalu cepat-cepat mengeringkan air mata.

“Tuan…Maaf, saya tak sedar tuan datang.” Wajah cuba dimaniskan, namun tiada seri. Tak bercahaya langsung!

“Are you okay?” Haraees melabuhkan punggung seraya bertanya.

“Saya pasti akan pulih tuan. Bukankah masa adalah ubat paling mujarab? This shall pass too…” Lana cuba untuk tersenyum, tapi senyuman yang terpamer jelas penuh keterpaksaan hingga kelihatan senget. Sangatlah hodoh di mata Haraees.

“So…what do you plan to do? Still want to work with me?”

Lana diam sebentar. Tubir mata digenangi sekali lagi walau sudah sedaya yang mampu ditahan. Mata dikesat perlahan.

“Number one, bercerai! Cukuplah setakat ini, hari ini darah daging sendiri jadi korban. Anak aku, anak yang tak diberi kesempatan melihat dunia. Huu...huuu…” Kata-kata tak mampu diteruskan, terganti dengan tangisan pilu yang menyayat hati. Haraees membuang pandangan, tak sanggup melihat!

“Number two please!” Mengarah macam boss besar. Terhenti sekejap tangisan Lana. Air mata dikesat laju.

“Number two, saya masih nak kerja dengan tuan please. Tuan dah banyak tolong saya. Izinkan saya mencurahkan tenaga dan berkhidmat di syarikat tuan. Tapi tuan, saya ada satu permintaan.”

Mengecil mata Haraees merenung Lana.

“Apa dia?”

“Bagi saya kerja di syarikat tuan kat luar negara. Saya nak pergi jauh tuan. Saya nak tinggalkan tempat ni dan rawat hati saya. Kalau terusan di sini, saya risau saya akan jadi gila tuan!”

Haraees membuang keluh. Berfikir seketika sebelum mengangguk.

“Lagi satu, biarlah hanya kita berdua yang tahu tuan. Tolong, saya cuma mahu cari ketenangan dan tidak mahu diganggu oleh siapapun.”

Haraees mengangguk lagi. Lana menghembus nafas penuh kelegaan.

“Rehatlah, aku keluar dulu. Urm… aku bukan nak campur tangan urusan peribadi kau, tapi aku rasa kau patut dengar penjelasan Ryu sebelum mengambil keputusan.”

Lana terpempan! Kelu terus lidah. Hanya ekor mata mengiringi pemergian Haraees. Bantal kembali disambar lalu ditekup di wajah. Tiada apa-apa yang dia mahu lakukan buat masa ini selain mengosongkan fikiran dan tidur!

“Lana…” Terasa jemari diramas perlahan. Lana menggeliat kecil. Terlalu berat kelopak mata mahu dibuka. Dia masih mengantuk, geram bila tidur lenanya diganggu.

“Lana sayang…” Jemari mulai terasa basah dengan air hangat. Pantas mata dikuak luas-luas.

Wajah tampan yang kelihatan sangat lesu dan letih terpampang di depan mata! Mata merah basah, diselubungi kesedihan yang teramat.

“Maafkan abang sayang… abang bersalah pada sayang, sangat bersalah. Hukumlah abang. Abang…”

“Keluar Ryu Rozzan! Aku tak sudi tengok wajah kau, jangan muncul lagi depan aku mulai hari ini sampai bila-bila!” Badan terus dipusing membelakangi Ryu.

“Sayang…”

“Ceraikan aku!”

Hanya esakan perlahan menjawab permintaan Lana. Laju bantal ditarik menutup telinga.

“Mummy memang sudah keterlaluan. Ini semua salah abang. Mengapa sembunyikan perkara ni dari abang sayang? Anak kita…hu…huu…”

“Dahlah Ryu, semua dah terjadi bukan? Sekarang tak payah susah-susah nak buang air liur dan air mata tu. Pergi! Kalau kau tetap taknak lafaz talak, kita jumpa dekat mahkamah!” Lana sudah nekad! Hati benar-benar dah mati kerana kehilangan itu.

“Jangan macam tu sayang. Abang tak mahu, abang sayang sangat isteri abang ni.”

“Setakat sayang di mulut Ryu, semua orang boleh buat! Aku macam orang bodoh tunggu kau kat sini. Alih-alih mak kau yang muncul. Kau kata mak kau sakit, tak boleh ditinggalkan! Aku terima dan fikir positif. Dia datang dan serang aku Ryu! Aku sampai terfikir, betulkah wanita tu sakit teruk? Macamana dia boleh memandu seorang diri beribu kilometer jauhnya? Lepas tu masih punya tenaga menyerang?”

“Maafkan aku sayang. Aku bodoh kerana tak sedar semua ini.”

“Kerana kebodohan kau, aku kehilangan...” Tidak mampu diteruskan bila air mata mencurah jatuh ke pipi. Tangisan halus mulai kedengaran.

“Maafkan aku sayang…” Ryu terus merapat lantas memeluk tubuh Lana dengan erat. Saling berbalas tangisan. Masing-masing melepaskan rasa yang terbuku di hati.

“Apa salah bayi yang tak berdosa itu Ryu? Mengapa mummy sekejam itu?” Rintih Lana sambil teresak-esak menangis.

“Maafkan aku sayang, semua salah aku.” Hampir tidak jelas sebutan kerana Ryu juga sedang menangis teresak-esak.

“Aku jera Ryu. Aku jadi semakin takut untuk teruskan perkahwinan ini. Tolong bebaskan aku Ryu, biar aku jalani hidup sendiri.”

Tangisan Ryu semakin kuat kedengaran.

“Abang sayangkan Lana, terlalu sayang! Jangan macam ni, abang pasti akan mati kalau sayang pergi dari hidup abang.”

Lana diam. Tersengguk-sengguk. Rasanya tiada penghujung pada perbualan tersebut. Ryu Rozzan masih berkeras tidak mahu melepaskan dia.

“Jom lari sayang. Kita pergi jauh dari semua orang. Hanya berdua. Abang juga sudah tidak mampu bernafas dengan keadaan persekitaran abang.”

Diam!

“Everywhere, as long as you’re with me.” Tak kisah jika kata-katanya dipandang sepi, Ryu Rozzan terus meluahkan isi hati.

“Abang akan berusaha semampu mungkin untuk melindungi sayang. Biar abang jadi anak derhaka, abang dah tak kisah dah. Cukuplah dengan apa yang mummy dah buat. Abang takkan biarkan lagi sayang.”

Lana masih melancarkan perang dingin dengan terusan mengunci mulut rapat-rapat.

“Abang takkan pinta sayang bersabar lagi, cukuplah pengorbanan sayang selama ini. Kali ini, biar abang yang bertindak.”

Lana menutup mata. Perlukah dia beri peluang untuk kesekian kalinya pada lelaki itu? Kerana peluang yang diberilah, dia kehilangan bayinya! Dia sudah terlalu takut untuk memikirkan apa yang menunggunya di depan sekiranya lelaki itu masih berada di sisi.

“Go Ryu…I’m tired.” Suara lemah Lana akhirnya memaksa Ryu untuk mengalah. Dia keluar dalam keterpaksaan. Sedar keadaan Lana yang masih tidak sihat, dia tidak mahu memaksa buat masa ini.

Keesokan harinya, Lana dibenarkan keluar. Selepas mengambil ubat di kaunter ubat, Ryu Rozzan mendesak mahu menghantar Lana. Dia tidak akan tinggalkan wanita itu. Semalaman dia tidur di kerusi menunggu luar bilik semata-mata mahu berada dekat dengan Lisa Alana.

“Banyaknya ubat. Tambah darah? Sayang kurang darah ke?” Sempat Ryu meneliti ubat yang diberikan.

Lana buang wajah ke luar jendela kereta. Langsung tak berminat mahu bercakap dengan Ryu.

“Lepas ni biar abang jaga sayang sampai sayang sihat dan abang bisa lihat semula senyuman manis sayang tu.” Ada kekecewaan pada suara yang terlontar. Hanya mampu mengeluh dalam hati bila Lana buat endah tak endah padanya.

Ryu memandu dengan kelajuan sederhana. Ketika masuk ke halaman rumah Pak Samad, hati berdebar kencang bila terpandang kereta mummy yang terparkir di depan rumah Pak Samad. Aduh! Dia hampir terlupa tentang itu! Apa khabar dengan mummy? Pak Samad pasti takkan melepaskan mummy dengan mudah. Dahi yang tak gatal digaru perlahan.

“Sayang...” Laju tangan Ryu memegang lengan Lana yang kelihatan sudah mahu keluar dari perut kereta. Lana menoleh.

“Agak-agak…apa bapak buat pada mummy?” Ada resah pada suara Ryu. Lana hanya geleng kepala. Tangannya ditarik dari genggaman Ryu. Kaki laju diturunkan memijak tanah.

Ryu terkocoh-kocoh mengejar Lana. Bulu roma mulai mencanak naik bila mereka tiba di muka pintu. Seram sejuk bila teringat wajah bengis Pak Samad.

Langkah terhenti bila dengar suara yang cukup dikenali sedang tergagap-gagap mengaji dari dalam rumah. Ryu dan Lana berbalas pandangan. Hampir sama besar langkah kaki mereka buka untuk masuk menuju ke ruang tamu.

Jatuh teruk rahang keduanya bila lihat mummy sedang duduk bersimpuh di tengah-tengah ruang tamu, memakai baju kurung kedah emak yang sudah kelihatan lusuh dilengkapi selendang di kepala bertatih-tatih mengaji dijaga oleh emak dan bapak. Samurai yang bapak pegang berdiri tegak di samping bapak.

“M..mak! Bapak!” Tersekat-sekat Lana memanggil.

Ketiga-tiga manusia yang berada di ruang tamu tersebut serentak menoleh.

“Lanaaa!!!” Emak terus menerpa dan memeluk Lana.

“Syukurlah semua telah selamat. Apapun yang terjadi, terima dengan reda ya. Allah maha mengetahui, ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.” Emak berkata sambil menitiskan air mata. Lana hanya angguk. Bola mata dialih ke ruang tengah.

Melihat wajah mummy, bukan hanya Lana bahkan Ryu juga terus dilanda ombak kemarahan. Tapi, entah mengapa kedua-dua mereka tidak mampu memuntahkan lahar kemarahan. Mungkinkah kerana mummy sedang tekun mengaji walaupun berkali-kali Pak Samad menyampuk, mahu memperbetulkan sebutan?

“Lana reda mak.” Bola mata dialih ke wajah emak. Lirih suara menjawab. Tak reda pun harus paksa untuk reda kerana semua telah terjadi, masa takkan mampu diputarkan kembali.

“Lana penat tak?” Pertanyaan emak dijawab dengan gelengan kepala. Emak angguk.

“Kalau macam tu, jom kita ke sana. Bapak ada hal nak bincang dengan Lana. Ni, kebetulan suami kau pun ada. Tepat pada waktunya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience