BAB 4

Humor Completed 412741

Ryu Rozzan termangu di tepi batas sawah padi yang terbentang luas. Garu kepala buat seketika, hanya bola mata terbuka luas memerhati Pak Samad dan Lisa Alana menggulung seluar hingga paras lutut sebelum masuk ke dalam air sawah. Seumur hidup, ini kali pertama Ryu nampak depan mata rupa sawah padi yang sebenar.

"Anak muda, jangan bikin malu kumpulan! Cepat turun!!"

Bukan kaleng-kaleng jeritan Pak Samad, hingga semua mata yang berada di kawasan sekitar menoleh ke arah mereka. Ryu Rozzan mulai hilang tingkah, terus melompat masuk ke dalam sawah tanpa fikir panjang.

"Urghhh!!" Kembang bulu roma bila terasa kaki tenggelam ke dasar lumpur becak.

"Lisa!! Lisaaa!! Lisa Alanaaa!!"

Lana yang sudah bergerak jauh ke depan menoleh pada Ryu yang terjerit-jerit memanggil namanya.

"T..Tolong aku..Ada..Ada sesuatu yang bergerak di celah jari kaki aku..Ewww!! Lisaa..Tolonggg! Arghhh!!"

Lana ketawa terbahak-bahak melihat Ryu Rozzan mengeras di situ, wajah terdesak dalam keadaan pucat lesi dengan mata terkebil-kebil memandang Lana.

"Ular kot!"

"Lisa..tolong aku! Aku tak nak mati dipatuk ular.. Aku tak kahwin lagi ni, takde keturunan lagi..damn Lisa!! Ia bergerak dan belit kaki aku huarghhh!!"

"Setakat kena patuk ular tak mati Ryu!"

"Tak mati? Mati Lisa..mati!! Cepatlaa tolong aku..Lisaa!!"

"Panggil aku Lana!"

"Lanaaa!! Lanaaa!!! Aduii, saat genting macam ni nama pun kau nak kepoh ke.. hishh!!"

"Mestilah..Lana tu buat aku rasa cantik, ayu, manis dan menawan tau. Lisa tu okay je, cuma pada pendapat akulah..Lana lagi cun hehe.. Tengoklah orangnya..cun melecun!"

Lana buat-buat tak nampak wajah menyampah Ryu siap herot-herot bibir lagi depan Lana. Lana menghampiri lalu tunduk di depan Ryu. Sebelah tangan menyerusup masuk ke dalam air sawah yang berwarna kelabu.

"La...Lana! Kau..Kau buat apa tu?! Ular tu.. Kau kena patuk kang..mampus Lana!"

"Takpe, kau kan bakal suami aku..Kau pasti akan selamatkan aku kan?"

Terlopong sebentar Ryu diusik oleh Lana. Tak malu betul, menggedik ler tu!..Ryu siap kutuk dalam hati. Tiba-tiba Lana menunjukkan sesuatu tepat di depan muka Ryu. Menatang apa ntah, panjang dan sebesar dua ibu jari, siap membelit tangan Lana. Terpekik seperti orang kerasukan Ryu dibuatnya.

"Arghhh!! Jauhkan ular tu dari aku!" Ryu melompat ke belakang, hilang keseimbangan lantas jatuh terduduk dalam lumpur. Tambah riuh bila Ryu melalak-lalak menyuruh Lana jauhkan binatang itu darinya.

"Kasihann..Belut dan ular pun kau tak dapat beza ke? Sedap ni goreng kering kemudian masak bersama lada kering!"

"Lisaa!! Arghh Lanaaa!!!! Buang benda tu!!"

"Ehh mana boleh, lauk ni! Jom..bantu aku cari lagi..Kita kenduri makan belut malam ni.."

"Arghhh!! Bapakk!!! Tengoklaa anak bapak ni!!"

Tubuh badan Ryu habis disaluti lumpur sawah ketika cubaan melarikan diri dari Lana yang semakin galak mengacu-acukan belut yang turut berusaha melepaskan diri dari cengkaman Lana. Sampai tergelincir dan siap buat aksi kuak lentang di bendang Ryu dikerjakan Lana. Separuh mati Lana gelakkan Ryu. Nama je badan sado nak mampus, menatang kecik ni pun takut ke? Adui!!

"Ya Allah Lanaa!! Sampai bersalut lumpur bakal laki kau tu kau kerjakan?! Tak baik Lana oii! Bangun anak muda, jangan bikin malu kumpulan lelaki kacak dan sado! Benda kecil macam tu pun kau dah takut separuh mati? Kau..bukan lelaki celup kan?" Entah dari mana Pak Samad muncul langsung menegur perbuatan Lana.

Tergopoh gapah Ryu Rozzan berdiri dan menegakkan badan. Wajah tampan itu terselindung di sebalik lumpur tebal. Hancur kemachoan Ryu Rozzan! Title Mr Playboy yang disandang bertahun-tahun macam dah tak terpakai buat Ryu ketika ini, penampilannya mengalahkan orang kampung! Takdenya pesawah bersalut lumpur sampai atas kepala macam Ryu Rozzan!

"Tak pak..Saya sejati! Bukan takut pak, geliii!" Yakin sungguh Ryu menjawab.

Pak Samad geleng kepala.

"Dah dahh!! Korang berdua pergi balik dan bersihkan diri tu dulu. Lama sikit di sini, ibu kau pasti kejar bapak dengan parang pasal korang dah rosakkan sawah ni."

"Yelaa pak." Lana akur lalu kaki dibawa menapak atas batas sawah.

Ryu Rozzan kelam kabut mengejar di belakang.

"Eww! Lepaskanlah menatang tu, kau nak bawak benda tu balik ke apa?" Tegur Ryu sambil pamer riak wajah geli geleman.

"Opkoslaa, nak goreng dengan cili kering..sodappp!"

Ryu mencebik. Lana jeling sekilas. Timbul niat jahat mahu menyakat, Lana pusing badan menghadap Ryu lalu disua belut yang masih berjuang mahu melepaskan diri itu tepat di depan wajah Ryu.

"Lisa Alanaaa!!" Terkejut, tangan bergerak secara refleks menolak Lana menjauhi.

Lana hilang keseimbangan badan lantas jatuh ke dalam air sawah. Habis seluruh wajah dan tubuh disaluti lumpur sawah. Belut dalam genggaman juga turut terlepas.

"Kah kah kahh!!" Separuh mati Ryu gelak sambil pegang perut.

Terkial-kial Lana cuba bangun, belut yang cuba melarikan diri kebetulan melintas depan mata. Laju je tangan Lana menangkap belut tersebut. Susah payah tau Lana bangun menegakkan badan. Bola mata terus mencerlung ke arah Ryu Rozzan.

Dengan wajah penjahat, Lana lempar belut tersebut ke arah Ryu. Tepat mengena badan dan belut itu terus membelit leher Ryu.

“Arghhhh!!!”

Ryu Rozzan jatuh pengsan!

* * * * *

“Selamat tinggal pak, aku pergi dulu..” Lebar sungguh senyuman terpamer di wajah Ryu Rozzan ketika bersalaman dengan Pak Samad.

Memang dia sudah tak sabar untuk meninggalkan kampung tersebut. Kerana belut celaka itu, dia pengsan tak bangun-bangun sampai keesokan harinya. Tekejut plus tak cukup tidur. Dua hari dia terperuk di sebuah kampung terpencil! Tak pernah berlaku sebelum ini, pecah rekod seorang playboy teragung huhu..

“Jangan lupa janji tau, bapak tunggu kedatangan kau wahai bakal menantu..Kita orang lelaki, kena pegang pada janji, jangan buat malu kumpulan, faham tak ni?”

Ryu Rozzan senyum sumbing lalu angguk perlahan.

“Iya pak, aku faham..” Rasa bersalah ditepis jauh-jauh. Seingat Ryu, takde pula dia berjanji mahu kembali bukan? Takde okay…Sebuah senyum kecil terukir di wajah.

“Adib!! Panggil Lana keluar..Ni hah, bakal laki dia dah nak balik dah ni..”

“Eh, tak payah pak! Lana pasti sibuk bantu mak dekat dapur tu. Nanti aku boleh telefon je..Aku pergi dulu ya pak..”

Ryu Rozzan cepat-cepat bangun lalu bergegas keluar. Tak hingin mahu bertentang empat mata dengan Lisa Alana, pasti dia dijadikan bahan ejekan tak berpenghujung, semua gara-gara belut celaka tu!

Ryu melangkah laju menuju ke kereta yang sememangnya terparkir agak jauh dari rumah Pak Samad, sengaja dia letak di bawah pokok Berangan yang sangat rimbun, supaya tak berjemur cinta hatinya itu.

Tiba-tiba langkah Ryu terhenti bila lihat dua manusia sedang serius berbual di sebalik pokok Berangan, kalau dari rumah Pak Samad memang kawasan tersebut agak terlindung. Pantas Ryu bersembunyi di sebalik kereta. Entah apa yang menarik, mahu juga mengintip dan curi dengar perbualan.

“Maafkan aku Lana, aku terlalu kecewa dan bertindak terburu-buru.. Aku..sangat sayangkan kau, sebab itu aku jadi gila bila ada lelaki lain di samping kau.”

“Aku faham Zaff, tapi kau kena percayakan aku. Aku cuma setia pada kau seorang, dari dulu hingga kini..hanya Aizaff Nafees di hati Lisa Alana..”

“Terima kasih sayang..” Lana ditarik masuk ke dalam pelukan Aizaff Nafees.

“Aku janji akan pujuk keluarga aku untuk teruskan rancangan pertunangan kita. Tapi, buat masa sekarang mungkin dah tak sempat. Aku dah kena lapor di di salah sebuah hospital di Kuching, Lana.”

“Aku akan setia menunggu kau Zaff.”

Aizaff menyeluk poket, mengeluarkan sebentuk cincin yang sepatutnya disarungkan ke jari manis Lisa Alana.

“Sudikah kau jadi tunang aku, Lisa Alana?”

Lana angguk dengan mata berkaca-kaca. Aizaff menyarungkan cincin tersebut ke jari manis Lana. Air mata yang mengalir di pipi Lana Aizaff kesat perlahan.

“Dah..Jangan nangis, giliran kau sarungkan cincin pada jari aku Lana..”

Lana mengambil cincin yang dihulurkan. Jari manis Aizaff kini terhias sebentuk cincin emas. Pandangan mereka bertaut buat seketika.

“I love you Lisa Alana..”

“I love you too, Aizaff Nafees..”

URGHH!!

Berkunang bola mata Ryu Rozzan melihat dua sejoli itu. Kembang cuping telinga, rasa nak muntah balik je nasi lemak yang dimakan pagi tadi di depan dua sejoli itu. Love lahh sangat! Setia lahh sangat!! Dua benda tu dah tak terpakai di zaman serba moden ni Lana oii!!

Ryu Rozzan memperbetulkan postur badan. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Melangkah selamba menghampiri Lana dan Aizaff yang sedang renung-merenung penuh rasa cinta itu.

“Ahh, dekat sini rupanya bakal isteri aku..Sayangg, you buat apa berdua-duaan dengan lelaki lain kat sini? You curang di belakang I ya?”

Celakaaa!!!

Marak menyala bola mata Lana ketika bertaut dengan bola mata Ryu Rozzan. Dia panggil apa? Sayang?!! Nak mampus ke mamat ni?

“Kau..Kau kata kau takde hubungan dengan lelaki ni? Apa semua ni Lana?!!” Aizaff mulai menyinga, buku lima dikepal erat, api cemburu marak tanpa mampu dikawal.

“Kau buat apa ni?” Masih mampu mengawal perasaan, Lana sembur Ryu dengan suara tertahan-tahan.

“Kau yang patut ditanya soalan tu, Lisa Alana! Kau bakal jadi isteri aku tak lama lagi..Sanggup kau buat begini? Sekarang, aku dah tahu perangai sebenar kau. Aku nak bincang balik dengan bapak kau, bagitahu dia segala-galanya..”

Lisa Alana terpempan kaget!

Nak nangis huwaaaa…..Mengapa nasib semalang ini? Dia sayangkan Aizaff, dalam masa yang sama, gerun pada bapak!

“Zaff, do you trust me?”

Bingung-bingung, Aizaff Nafees mengangguk.

“Good, let me settle this one okay. Kau balik dulu please..Nanti aku hubungi kau..I love you Zaff..Dan aku bersumpah atas nyawa aku sendiri, bahawa aku akan terus setia dan menunggu kau datang dan jadikan aku isteri seumur hidupmu..This I promise you!”

Melihat Aizaff Nafees mengangguk, Lana terus berlari anak mengejar Ryu Rozzan yang sudah jauh mendahului di depan, menuju ke rumah.

“Ryu Rozzan!!” Lana jerit dengan lantang.

Semakin laju pulak Ryu buka langkah, memang cari pasal betul!

“Ryu Rozzan berhenti!!!”

Sebuah senyuman penjahat terukir di wajah tampan Ryu. Badan dipusing menghadap Lana. Timbul sedikit rasa belas melihat Lana tunduk dalam keadaan tercungap-cungap, cuba mengatur semula pernafasan.

“Kau tak serius kan?” Masih termengah-mengah, Lana bertanya.

“Ada nampak aku ketawa terbahak-bahak?”

Amboi, mamat ni memang nak kena ah!! Dia loyar buruk pulak!

“Ryu!! Kau tak cukup gila mahu teruskan rancangan tak masuk akal bapak tu kan?”

Ryu menayangkan sebuah senyuman sinis.

“Aku suka bapak kau, sekaligus rancangan gila dia tu..Well, tak rugi sebenarnya..Dapat bini, siapa tak suka kan?”

Arghh!!!!

Siapa yang mati-mati membantah kemarin? Siap wajah pucat lesi macam ayam terberak kapur! Ryu Rozzan ni memang sengaja kan?

“Kau balik sekarang Ryu Rozzan dan jangan berani kau muncul semula di sini!!”

Ryu Rozzan pegang dada.

“Ah, itu balasan aku dapat setelah susah payah hantar kau?”

“We made a deal Ryu Rozzan!”

“Kau dengar bunyi tu tak?”

Lana terpempan, bola mata auto bergolek, mengikut gerak bola mata Ryu.. Memandang sekeliling dengan bingung.

“Bu..Bunyi apa?”

Siang hari kot, pehal meremang bulu roma ni..Hish!! Belakang tengkuk Lana gosok perlahan.

“Bunyi hatiku yang kau patah-patahkan!”

Setan!!!

“Blahh!!!”

Badan sasa itu ditolak kasar menuju ke kereta. Makin dilayan makin gila jadinya!

“I hope we never meet again!” Yakinnya Lana berkata ketika Ryu menarik pintu kereta.

Ryu angkat wajah, lalu menghadiahkan sebuah senyuman manis. Arghh! Terserlah lesung pipit di kedua belah pipi. Berdebar lain macam di dada!

“Harap aku tak tersesat!” Jawab Ryu pendek.

Lana kerut dahi. Sesat? Perasan budak kecik ke, dah boleh jadi bapa budak pulak! Menjengkelkan!

“Ke mana je sesatnya Ryu? Pusing-pusing situ-situ juga. Tempat ni bukan besar mana!”

“Takut sesat termasuk jalan ke hatimu, bahaya! Melekat terus tak nampak jalan keluar, lemas dalam lautan asmaradana!”

Arghhhh!!!

Lana menyepak kuat tayar kereta Ryu! Terbahak-bahak Ryu mentertawakan Lana. Kelam kabut masuk ke perut kereta bila Lana tunduk menarik selipar dari kaki sebelah. Dasar playboy!!!

Ryu melayangkan sebuah flying kiss sebelum kereta mewah itu bergerak perlahan.

“Ryu Rozzan!!! Kalau kau berani muncul depan aku lagi, aku sumpah kau jadi Shrek!!!!”

“Not even in your dream Lisaa!!!”

“Arghhh!!! It’s LANA!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience