PROLOG

Humor Completed 411630

“Lisa Alanaaaa!!!!”

Gadis yang sedang duduk sambil mencuri-curi menonton drama Korea dalam henfon yang disembunyikan di bawah laci meja kerja melompat bangun.

Jeritan yang bukan kaleng-kaleng, bisa bergolek keluar tahi telinga! Mahu apa lagi boss hantu hijau ni? Dapat dia bayangkan wajah di sebalik dinding kaca bewarna gelap pekat itu sedang dipenuhi keriput dengan mata serigala jadian merah menyala sedang mencerlung memerhatikan dia melalui cermin lutsinar dari dalam bilik pejabat yang luas itu.

Wajah dimaniskan sebelum melangkah ke arah pintu. Dua kali diketuk daun pintu sebelum tombol dipulas.

“You did it again kan?!!!” Lelaki yang sedang berdiri bercekak pinggang di sebelah meja kayu buatan luar negara itu terus menyembur dengan suara lantang.

Lisa Alana semakin memaniskan senyuman. Dengan wajah buat-buat tak tahu pulak tu! Memang cari pasal!

“Apa ni boss tuduh-tuduh? Tak baik tau..Saya buat apa pula? Semua kerja dah settle kan?” Senyum semanis gula apong dileretkan.

Licik!

“I clearly said Natasha!! Not Esha or Deena or Sandara!!! Kau ni dah kenapa Lana? Otak kau letak dekat lutut ke apa? Arahan aku susah sangat ke untuk otak lembab kau tu cerna hah?!! Aku kata send flowers and lunch invitation to Natasha Emma kan? Kan?!! Yang kau pergi send dekat semua minah-minah tu pehal hahh?!!! Now mereka semua ada dekat bawah tunggu aku.. Bengang ahh!!!”

Haahh, tau takpe!! Yang kau gatal sangat pasang spare sana sini tu pehal? Hati mati-mati mengutuk. Dasar boss gatal nak mampus!!

“Alaa, susah apa bossku..Rembat jelaa semua lunch semeja dengan boss..Glamer apa? Tak pernah dibuat lagi tau, kalau boss berjaya..Pasti boss masuk Malaysian Book Of Record..The first playboy keluar dating bersama para teman wanitanya..hemm..Pasti havoc satu Malaysia ni!”

Bukk!!!

“Aduhhh!!!”

Lisa Alana gosok dahi yang diketuk kuat oleh bossnya. Kejam! Wajah tampan di depan semakin menyinga, dah macam drakula kehausan darah segar..Menyeramkan!

“Ikut aku!!”

Tangan Lisa Alana disambar lalu ditarik kasar menuju ke arah pintu.

Arghhh!!!

Dah tahu dahh!! Pasti dia bakal dijadikan kambing hitam lagi..Seperti kebiasaan boss hantu hijau tu lakukan bila tersepit dengan girlfriend-girlfriend dia yang tak terkira ramai!

Entahlah, dia sendiri tak faham dengan gadis-gadis cantik yang dengan mudah boleh terpedaya dengan boss buaya dia tu..Kacak memang kacak, tapi sekali imbas dah tahu tahap kebuayaan bossnya melepasi neraka jahanam..!! Kaya? Macho? Sasa? Eya, semua itu milik boss..Setia? Cinta? Ikhlas? Nope!! Itu yang takde dalam diri seorang lelaki bernama Ryu Rozzan!

Kemunculan Lisa Alana bersama Ryu Rozzan di lobi syarikat gah perkasa milik lelaki itu mengundang suasana tegang, terutama buat para gadis yang sedang menunggu lelaki itu.

Malapetaka betul hantu hijau ni!!

“Ryu Rozzan!!!”

Sekelip mata, Ryu dikerumuni hingga Lisa Alana mengesot ke tepi. Berbulu mata lihat Ryu dipeluk, saling bertolak-tolak siapa dulu dapat sentuh mamat tu..huhu, tak sanggup nak tengok..Memalukan kaum wanita jela!!

“Heyy!! Stop!! Are you guys crazy?” Ryu mulai gelabah.

Kah kah kahh!! Padan muka kau Mr playboy!!

“Lisaaa Alanaaa!!!” Terus menjerit panik bila seketul badan sasa itu mulai jadi rebutan, ditarik ke kiri ke kanan, macam menyaksikan pertandingan tarik tali!

Sengaja dibiarkan untuk beberapa ketika, sebelum memanggil sekuriti. Kasi pengajaran sikit playboy tu.. Aktiviti rebut-merebut akhirnya terlerai bila beberapa pengawal keselamatan datang.

“Damn!!!” Maki Ryu Rozzan sambil memperbetulkan kemeja yang senget dan berkedut. Rambut kusut diselak ke belakang, dikemaskan guna jemari.

“Semua ini pasal kaulahh!!” Marah Ryu dengan bola mata menyala tercerlung ganas ke arah Lisa Alana.

“Tenang aje boss, jadi rebutan gadis cantik dan seksi..Okay apa?”

“Kau memang sengaja kenakan aku kan?”

“Ehh mana ada, tak baik tuduh-tuduh tau..”
Ryu tarik tangan Lisa Alana. Dibawa mendekati gadis-gadis yang sedang memandang ke arah mereka dengan wajah menyinga.

“Ladies..I’m so sorry..But I need to tell you this…” Lisa Alana ditarik kuat hingga tubuh merempuh tubuh sasa Ryu Rozzan.

“I’m taken…by this pretty lady!” Tangan Ryu mencengkam belakang kepala Lisa Alana.

Bibir mereka bertaut. Tanpa kerelaan seorang Lisa Alana, tanpa sempat mengelak..Semua berlaku sekelip mata. Membulat bola mata Lisa Alana!

Ryu menarik bibir lalu melakar senyum kecil penuh kepuasan. Lisa Alana masih terpegun, kaku tak bergerak!

“Ladies, meet my wife, Lisa Alana..”

Setan!!!

Bola mata mencerlung mengiringi langkah kaki Ryu Rozzan. Dada dipegang perlahan..Memang celaka!! Mengapa ada getar lain macam dalam hati? Lisa Alanaa!! Get a grip!! Jangan tertewas dengan hanya satu ciuman yang punya maksud jahat dan tak ikhlas itu!

“Perempuan sial!! Berani kau rampas Ryu Rozzan?!!”

Ah sudah!!

Baru tersedar keadaan diri yang terdedah pada bahaya..Arghh!! Boss hantu hijau tu dah lari tinggalkan dia seorang diri! Nak lari dah tak sempat..Pasrah di situ, menunggu malapetaka bergolek datang.

Pemberitahuan: Tajuk asal 'Buruj Cinta Mr playboy' pernah dipub then unpub *~` MandakZ siarkan semula, plot cerita 100% diubah, hanya karakter dikekalkan. Kalau suka, bagi star bebanyak okay hihihi, nak nilai pencapaian diri sendiri ^-^ ~slowly update but surely ya~ MandakZ nk settlekn DILWM dulu Kbai muaaahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience