BAB 52

Humor Completed 411630

Satu minggu bersamaan tujuh hari dia tidak keluar rumah. Berkurung terus dalam bilik. Hanya biskut dan air mineral mengisi perut. Selera makan dah lama hilang. Badan susut teruk, muka cengkung dan keadaan diri tak terurus langsung. Masa dihabiskan dengan tidur. Hampir habis sebotol ubat tidur akibat ditelan hari-hari.

Dia dengar semuanya. Bunyi lonceng pintu ditekan bertubi-tubi. Bunyi ketukan daun pintu tak henti-henti membingitkan telinga. Juga jeritan lantang Haraees Reza memanggil namanya. Semuanya jelas di pendengaran.

Cuma dia langsung tak ada mood untuk bertemu apatah lagi bercakap dengan seseorang. Dia cuma mahu menyendiri, mahu bertenang, mahu tidur dan melupakan semuanya. Malangnya, sebaik saja mata terkuak wajah itu pasti akan muncul. Wajah yang menatapnya penuh kesedihan. Wajah yang basah dipenuhi air mata.

Sungguh, dia tidak mampu mengusir wajah itu dari kotak minda, dari layar mata. Sebab itu dia mahu tidur dan terus tidur. Malangnya, genap seminggu seseorang muncul di muka pintu bilik.

“What happens to you Ryu Rozzan?!” Suara kasar dan tegas menempelak, mengejutkan Ryu dari lena.

Terpisat-pisat Ryu membuka mata. Melihat figura yang sudah berdiri di birai katil, Ryu cuba bangun. Namun badannya sudah terlalu lemah akibat kekurangan air dan nutrisi. Ryu jatuh terlentang semula di atas tilam.

“Are you trying to kill yourself?” Figura itu menghampiri sambil memeriksa keadaan Ryu Rozzan. Kepala tergeleng. Pantas henfon ditarik keluar dari dalam kocek seluar lalu membuat panggilan.

“What happened Ryu? Masa papa tinggalkan kau hari tu, papa benar-benar yakin kau akan bahagia. Where is your wife?”

Ryu menekap wajah dengan kedua-dua belah tapak tangan.

“Ryu dah ceraikan Lana papa.” Terundur setapak Tan Sri Daniel akibat tersentak kaget.

“What?! Are you out of your mind? Bukankah Lana tu tengah mengandung? How could you do that Ryu?” Marah Tan Sri. Tak sangka sungguh, teganya anak tunggal kesayangannya menceraikan isteri yang tengah mengandung.

“Ryu bodoh papa!” Akui Ryu dengan penuh hiba.

Tan Sri menggeleng kepala. Sekarang nak bising pun tak guna, semua dah terjadi.

“Di mana Lana sekarang?” Tanya Tan Sri dengan wajah serius. Ryu menggeleng.

“I don’t know papa.” Rahang Tan Sri terketap rapat. Kalau saja tak difikirkan keadaan Ryu yang sangat lemah ketika itu, pasti dah dibelasah anak tak reti diuntung itu. Dah dapat isteri cantik, pandai memasak pula tu dibuang begitu sahaja!

“Kau tak tahu di mana Lana sekarang? Habis tu kau nak lepaskan begitu je tanggungjawab kau pada anak kau yang bakal lahir tu? Ryu Rozzan! Papa nak kau pujuk balik Lana, rujuk semula dengan dia! Lana gadis yang baik Ryu. Dia tengah mengandungkan anak kau, cucu papa!” Arah Tan Sri dengan tegas.

“Ryu nak sangat papa! Tapi Ryu tak mampu nak berhadapan semula dengan Lana. Ryu benar-benar berdosa pada Lana papa!” Ryu memalingkan badan, membelakangi Tan Sri. Bahu mulai terhinjut-hinjut.

Tan Sri Daniel terus menggeleng kepala. Dah macam bukan Ryu Rozzan lelaki yang dilihatnya saat itu. Bukan tak pernah dikecewakan sebelum ini. Ryu pernah cinta mati suatu ketika dahulu dengan Aileen Qarlisa, pernah frust menonggeng ketika gadis itu pergi mengejar impian dan tinggalkan Ryu walaupun separuh mati dihalang oleh Ryu.

Tapi cara Ryu menangani rasa kecewa masa tu berbeza betul dengan sekarang. Masa frust dengan Lisa dulu, Ryu menghabiskan masa dengan berfoya-foya. Bertukar-tukar teman wanita. Bangga betul dengan jawatan playboy yang disandang hingga akhirnya Ryu melarikan diri bila isterinya, Puan Sri Helena menegur dan mula mengawal pergerakan anak tunggal mereka.

Tergeleng kepala Tan Sri. Apa yang membuatkan Ryu hanya mengurungkan diri dan mengabaikan kesihatan? Apa yang membezakan Aileen Qarlisa dan Lisa Alana di hati Ryu Rozzan? Persoalan yang bermain di minda sirna dengan kedatangan medik dan ambulan.

Ryu Rozzan yang kelihatan terlalu lemah diangkat lalu dibawa masuk ke dalam ambulan. Tan Sri Daniel mengekori dari belakang menggunakan kereta sendiri.

Selepas dua hari, Ryu beransur pulih. Wajah hampir kembali seperti sediakala, sudah cerah dan tidak lagi kelihatan terlalu cengkung seperti ketika mula-mula dia ditemui di dalam bilik. Cuma wajah yang sentiasa tampil kemas dan terjaga itu kelihatan tidak terurus. Rambut mulai panjang dan berserabut, misai juga mulai berceracakan tumbuh.

“How are you today Ryu?”

Ryu yang sedang merenung jauh ke arah luar jendela menoleh ke pintu. Aizaff Nafees melangkah masuk, memakai kot warna putih. Ryu mengalihkan pandangan. Jadi, Aizaff yang merawatnya? Hati menggerutu sebal!

“Is everything okay? Ada rasa sakit dekat mana-mana?” Sambil memeriksa degupan jantung dan tekanan darah Ryu, Aizaff mengajukan soalan. Ryu menggeleng.

“Cuma hati aku luka parah Aizaff. Dekat sini…” Entah mengapa, teringin mahu luahkan isi hati pada seseorang. Aizaff pun Aizafflah! Seraya berkata, dada disentuh perlahan.

“…Kosong!” Lirih! Aizaff merenung redup, lalu membuang nafas sesal.

“Aku minta maaf Ryu. Aku tahu Lana dah tak cintakan aku. Cuma hati aku ni masih tak boleh terima. Rasanya kau tahu bertapa sukarnya nak buang rasa cinta yang dah berputik sejak zaman kanak-kanak lagi.” Luah Aizaff perlahan. Ryu tenung bola mata Aizaff sedalamnya. Cuba mencari keikhlasan di mata itu.

“Lana cintakan kau Ryu.” Sambung Aizaff lagi, lebih perlahan dalam getaran. Tak sanggup nak cakap, tapi dia sedar salah faham itu harus diperbetulkan.

“Dan aku cintakan Lana.” Balas Ryu dengan sayu. Aizaff angguk perlahan. Hati terasa dicucuk-cucuk sembilu tajam, tapi dia harus reda kerana Lana bukan miliknya lagi. Semuanya sudah berubah kerana kesilapan diri sendiri, tewas dengan godaan nafsu.

“What are you planning to do now?” Tanya Aizaff sambil menulis sesuatu dalam laporan kesihatan Ryu.

“I should find her and tell her how I feel.” Luah Ryu. Aizaff angguk lagi.

“Yup! Do everything to get her back. She’s one in a million Ryu. Once terlepas, buatlah apapun, dia takkan pandang kau semula. Lihatlah aku. Menyesal pun tak guna.” Ryu kembali merenung Aizaff. Kata-kata Aizaff membuat dia rasa terpukul. Rasa cuak mulai membelit diri.

“Lana ni jenis setia nak mampus, dia takkan curang Ryu. Apa yang kau lihat dalam bilik hotel tu semua adalah salah aku. Lana tak pernah merelakan aku sentuh dia. Aku harap kau jaga Lana baik-baik. Jaga hati dia. Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan Lana.” Aizaff bersuara lirih, sebelum melangkah keluar dari bilik Ryu.

Ryu mengiringi pemergian Aizaff dengan perasaan bercampur baur. Wajah diraup beberapa kali. Kesal tak sudah, namun nasi sudah menjadi bubur. Dia telah melukakan gadis sebaik Lisa Alana. Bagaimana sekarang? Ryu menekap wajah yang dipenuhi sejuta penyesalan itu dengan tapak tangan.

Di mana harus dia cari Lisa Alana? Semua memori tentang gadis itu masih samar-samar. Dia tahu Lana berasal dari kampung, tapi kampung tu dekat mana dia langsung tak ingat. Mungkinkah Raees atau Fiona tahu? Tapi mahukah mereka menolongnya setelah apa yang dia telah lakukan pada Lana? Ryu gosok wajah dengan keras. Bingung!

Selepas seminggu, Ryu akhirnya dibebaskan dari hospital. Penampilan kembali seperti sediakala. Dah segak, dah hensem sempurna seperti dewa kayangan hingga kemunculannya di lobi hospital menjadi perhatian. Sampai ada jururawat tak kurang orang awam terutama gadis sunti curi-curi mengambil gambar.

Tempat pertama yang dituju ialah pejabat Haraees memandangkan sepanjang berada di hospital, Fiona langsung mengelak dari berjumpa dengannya. Dia sendiri sebenarnya ngeri nak hadap Fiona. Pasti teruk dia dihentam oleh minah mulut laser tu.

Haraees Reza masuk lewat kerana baru kembali dari ibu pejabat di luar negara. Ryu menunggu dengan sabar di dalam bilik pejabat Haraees. Hampir sejam menunggu, Haraees akhirnya muncul. Tenang dan langsung tidak terkejut melihat Ryu Rozzan kerana sudah dimaklumkan awal-awal oleh setiausahanya.

“What do you want Ryu?” Tanya Haraees dengan tenang. Punggung dihenyak di kerusi kerja lantas meneliti fail-fail yang tersusun tinggi di atas meja kerjanya.

“I want to meet her Raees.” Luah Ryu sambil merenung tajam pada Haraees.

“Then go and meet her. Why are you here? To ask my permission?” Perli Haraees tanpa mengangkat wajah. Ryu bingkas berdiri. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

“You know where is she. Tell me Raees.” Haraees akhirnya mendongak, bota mata mereka bertembung. Sebuah keluhan kasar terletus dari bibir Haraees.

Belum sempat menjawab, pintu bilik diketuk. Masuk setiausaha Haraees membawa dua cawan kopi pekat bersama sepinggan kuih muih. Malu-malu setiausaha Haraees menyusun juadah di atas coffee table. Sekali sekali, bola mata mencuri pandang Ryu Rozzan kemudian berkalih pada Haraees Reza. Gila! Ni manusia lagi ke bidadara kayangan? Kacak gila wei! Macam sedang berada di antara dua dewa kekacakan.

Dua-dua punya ukiran sempurna! Bezanya Haraees Reza ni more masculine, macam model Spanish or Italian manakala Ryu lebih kepada Asian man, putih melepak berbanding Haraees yang berkulit sedikit sawo matang. Tak hairan sebab Haraees ni selalu turun ke site.

Macho and cute itu semestinya Ryu Rozzan sebab punya lesung pipit dalam di kedua belah pipi but macho segak itu adalah Haraees Reza. Done explain!

“Out now Misha!” Jerkah Haraees bila setiausahanya itu masih tercengat, memandang mereka berdua penuh terpesona. Kelam kabut gadis itu mengorak langkah menuju ke pintu.

Selepas pintu tertutup rapat, Haraees memaku pandangan tajam pada Ryu. Badan disandarkan di penyandar dan lengan disilangkan di dada.

“How should I know where is she Ryu? Who’s closer to her actually, me…or you?” Ryu terkesima. Terpukul dengan kata-kata pedas Haraees. Kepala jatuh menekur lantai. Rasa bersalah di wajah tidak mampu disembunyikan lagi.

Melihat keadaan Ryu, Haraees mulai bersimpati. Haraees melepaskan keluhan lalu bingkas berdiri. Dihampiri Ryu Rozzan.

“Lemme ask you something Ryu Rozzan. Where are you when I was calling you outside your home a week before?”

“I was inside. I heard you, but I was not in the mood to meet anyone.”

“Nice answer. Sorry dude, I can’t help you now.” Haraees angkat bahu, meninggalkan Ryu lalu menghenyak punggung di atas sofa. Air kopi yang masih berasap dalam cawan diambil lalu dihirup perlahan. He once had his chance but he let it slipped away…served him right! Bisik hati kecil Haraees sambil menjeling tajam pada Ryu.

“Please Raees…” Rayu Ryu lirih. Haraees membuang pandang. Tidak mahu lihat wajah haru biru Ryu ketika itu. Seperti kucing hilang anak!

“You…did not find anything outside your house?” Tanya Haraees dengan dahi sedikit berkerut. Ryu menggeleng.

“Kampung Lana. Apa nama kampung Lana Raees? Just tell me that. Aku akan cari Lana biar sampai ke lubang cacing.” Langsung tak diendahkan pertanyaan Haraees. Ryu tak sedar bertapa pentingnya hal itu lantaran desakan untuk mencari Lana menghimpit jiwa!

Haraees menyungging senyum senget mendengar permintaan Ryu. Dalam otak, timbul satu pertanyaan. Betulkah Ryu langsung tak ingat? Berani ke nak hadap pak Samad tu?

“Aku tak ingat nama kampung tu. Tapi aku ada save dalam location aku. Kejap aku send pada kau.” Haraees mengeluarkan henfon lantas menekan-nekan skrin telefonnya.

“Thank you Raees.” Usai berkata, Ryu bergegas mahu pergi. Haraees bingkas bangun.

“Good luck!” Seru Haraees sambil menyungging senyum sinis. Banyak maksud tersirat sebenarnya kata-kata itu.

Ryu terus memandu berpandukan arah yang diberi oleh Haraees. Tak kisah lagi tentang nasihat doktor bahawa dia harus banyakkan berehat kerana baru sembuh.

Perjalanan sehari suntuk itu sememangnya meletihkan. Namun sesuatu yang menakjubkan berlaku. Jalan yang dilalui seolah-olah pernah dilalui oleh Ryu. Kawasan dimana keretanya terbabas juga dia ingat.

Bagaimana boleh terbabas? Ingatan mulai kembali sedikit demi sedikit. Kerana terlalu letih dan terlelap semasa sedang memandu. Why? Kerana semalaman dia tak tidur kerjakan Lisa Alana! Kenangan pada malam itu mulai tertayang di layar mata.

Lisa Alana merayu supaya disetubuhi. Dan mereka melakukannya, bukan sekali. Entah berapa kali! Sampai kedengaran ayam berkokok dan bunyi kelentang kelentung di dapur menandakan orang tua Lana dah bangun baru aktiviti atas ranjang itu terhenti.

Air mata terus bergenang di pelupuk mata. Pandangan jadi kabur. Hilang konsentrasi, Ryu memarkirkan kereta di bahu jalan. Kepala tergeleng sambil jemari mengesat air mata.

“Maafkan abang Lisa Alana…” Esakan halus mengiringi suara yang tersekat-sekat. Penyesalan demi penyesalan menghimpit jiwa bila satu-persatu kenangan bersama Lisa Alana dimainkan di layar matanya.

Sesungguhnya Lisa Alana telah banyak menderita sejak berkahwin dengan dia. Betul apa kata Fiona, dia tidak pernah membahagiakan Lana, dia cuma menambah luka di hati gadis itu. Ryu menghentak dahi di stereng dan mulai menangis teresak-esak.

“Lana sayang…adakah kau sedang berbahagia sekarang selepas aku lafazkan talak? Maafkan abang sayang. Sesungguhnya tujuan sebenar abang bersetuju mahu berkahwin dengan kau asalnya adalah untuk menyelamatkan maruah kau dan menjauhkan Aizaff dari kau. Abang langsung tak sedar yang kau keluar dari mulut buaya masuk pula ke mulut harimau. Abang cuma menambah masalah, kau hampir kehilangan nyawa kerana mummy, hampir dinodai oleh Aizaf…abang langsung tak mampu melindungi kau sayang.” Ryu terus bergumam sambil menangis sayu.

“What should I do now Lana sayang? I need to know how you feel, so I can choose whether to get you back in my arms or let you go. I won’t be selfish anymore sayang. Just let me know what you really want…Lisa Alana…I love you sayang, and I miss you so damn crazy!” Ryu terus melolong-lolong, mencurahkan semua isi hati yang membuat dada terasa berat dan sesak.

“Damn it sayang! Now my memory is slowly coming back to me, I miss you even more and more. This is insane! What should I do now sayang?”

Ryu memanggung kepala, mengesat air mata lalu meluruskan pandangan ke arah jalan raya. Air mata dikesat hingga kering. Kemudian tali pinggang keledar dipasang semula. Ryu meneruskan pemanduan. Dia sudah tak perlukan Waze kerana jalan menuju ke kampung Lana kembali segar dalam kotak memorinya.

Degup jantung menjadi laju sebaik sahaja lihat kereta Viva Lana terparkir di halaman rumah pak Samad. Nafas lega dibuang. Cuba menenangkan diri buat seketika sebelum mematikan enjin dan keluar dari perut kereta. Kepala terjenguk-jenguk cuba mengintai.

“L…Lana!” Tergagap-gagap dengan suara hampir tidak kedengaran dia cuba memanggil. Bagaimanalah orang dalam rumah tu mampu mendengarnya kan?

Bola mata bergolek-golek melihat sekeliling. Dah lewat petang, takkan mentua serta ipar-iparnya masih berada di kebun kan? Lagi satu, Lana tu tengah mengandung. Mustahil dia ikut ke kebun. Pasti ibu mentuanya tak membenarkan.

“Assalamualaikum… bapak! Mak!” Kali ini suara terlontar lebih lantang berbanding tadi. Barulah terdengar bunyi tapak kaki menghampiri pintu. Ryu terus tarik nafas dalam-dalam.

“Waalaikumsalam… eh?! Anak menantu bapak!” Pak Samad tersembul di muka pintu, terus tersengih lebar sampai ke telinga sebaik sahaja melihat Ryu terpacak berdekatan tangga.

“Ya bapak…err…saya datang ni nak jumpa Lana.”

Mati senyuman pak Samad. Dahi terus berkerut seribu. Pandangan kehairanan dilempar pada Ryu Rozzan.

“Cari Lana?” Pak Samad ulang, mahu kepastian kalau-kalau dia tersalah dengar tadi. Melihat Ryu mengangguk dengan canggung sambil tersengih senget, fahamlah pak Samad apa yang berlaku.

“Masuk dulu Ryu. Nanti kita cerita dekat dalam. Hari dah nak gelap dah ni.” Pelawaan pak Samad tak ditolak. Ryu masuk dan mengekori pak Samad menuju ke ruang tamu. Mereka duduk bertentangan.

“Kau bergaduh dengan Lana ke?” Duga pak Samad setelah masing-masing duduk dengan selesa. Ryu berdehem halus. Nak menipu mata pak Samad ni mata helang! Kang terciduk, kompom mampus dibelasah. Perlahan, Ryu angguk dengan wajah tergaris kesal teramat.

“Pasal apa Ryu? Kau masih bersama perempuan tu ke? Atau mak kau jadi batu api? Berterus terang dengan bapak.” Suara tegas dan keras itu buat Ryu mulai menggelabah. Namun dicekalkan hati, alang-alang dah sampai…mati dibelasah pun dia tak kisah asal dapat bertemu Lana.

”Saya yang silap bapak. Perempuan itu perangkap Aizaff dan Lana dalam bilik hotel. Saya salah sangka dan tuduh Lana yang bukan-bukan. Lantaran dikuasai marah dan cemburu, saya…saya ceraikan Lana bapak.” Lirih suara terlontar. Sedaya upaya menahan empangan air mata daripada pecah dan meluruh ke pipi.

Pak Samad merenung Ryu buat seketika sebelum menggeleng kepala. Ryu sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Dia terus berlutut di hadapan pak Samad.

“Ampuni Ryu bapak! Ryu bersalah dan benar-benar menyesal. Ryu datang nak pujuk Lana. Ryu tak berniat nak ceraikan Lana bapak.” Ryu merayu sambil berlutut di depan pak Samad. Tak kisah dah dengan ego dan maruah diri.

“Bapak sebagai lelaki tak salahkan kau Ryu. Ya! Kalau bapak di tempat kau mungkin bapak pun buat benda yang sama. Kita lelaki jangan jadi dayus Ryu. Perempuan ni kena ajar sikit, kalau tak dia takkan taat pada suami.” Terkedu seketul Ryu mendengar jawapan balas pak Samad. Seriously? Dia tak menjangkakan itu. Pak Samad menarik Ryu untuk duduk semula.

“Cuma saja bapak memang tak dapat nak bantu kau. Lana ni sejenis mak dia, keras kepala keras hatinya. Jenuh bapak nak pujuk bila mak kau tu merajuk. Bapak ingatkan kau Ryu, jangan berani cuba tips yang diberi dalam media sosial tu. Letak duit depan bini konon, bapak buat dekat mak kau tak jalan. Dahlah duit dia koyak depan mata bapak, satu malam bapak tidur dekat pangkin bawah pokok berangan tu gara-gara kena halau mak kau.” Ryu terus terangguk-angguk, hilang rasa sedih bila dengar ceramah bapak.

“Satu lagi, jangan kau percaya budak Aizaff tu Ryu. Dalam diam, dia dah kahwin dengan Seroja anak Haji Salleh, imam kampung ni. Kemain mak dia war-warkan sampai kampung sebelah yang anak dia seorang doktor bekerja di kotaraya kahwin dengan anak imam. Padahal Aizaff tu tak pernah sekalipun balik ke kampung jenguk anak isteri dia. Cuma tahu buntingkan Seroja! Siapa yang urus Seroja masa bersalin hari tu? Lana Ryu! Nasib baik Lana ada di kampung. Yang mengazankan anak Aizaff tu bapak mentua dia, Aizaff tak balik langsung!”

Ryu telan air liur. Teringat Lana dan bayi dalam kandungan. Hati berdesis sebak. Dia nak sambut kelahiran anaknya, nak melaungkan azan di telinga anaknya. Dia nak buat semua itu! Sentiasa berada di sisi Lana sepanjang kehamilannya! Mengurut belakang Lana bila perut Lana mulai memboyot dan sering merasa lenguh. Membelai perut bulat yang bergerak-gerak. Dia mahu mendengar denyutan jantung bayi, melihat jantina bayi bersama Lana. Dia tidak mahu terlepas semua itu!

“Bapak…” Air mata mulai bergulingan turun ke pipi, tak mampu dibendung lagi bila teringat Lana dan anaknya.

“Izinkan Ryu bertemu dengan Lana. Ryu ingin memperbetulkan semuanya sebelum terlambat bapak. Ryu takut Lana akan tawar hati dan mulai membenci Ryu sebagaimana nasib Aizaff. Tolong Ryu bapak…” Ryu menerpa lalu memeluk lutut pak Samad sambil menangis teresak-esak. Terkejut pak Samad hingga terbuntang luas mata.

“Maknya!!! Lana ada bagi alamatnya dekat ob…obserber… eh! Obsee…macam tak betul bunyinya…ob…”

“Oversea bapak!” Si bungsu muncul dari dalam bilik lantas menyampuk.

“Hah, betullah bapak sebut tadi tu. Obsee! Nilah Ryu, bapak ni kena belajar juga cakap omputeh tu. Ni budak-budak ni hah, bila ada kerja rumah bahasa omputeh tu terus cari bapak. Bukanlah nak cakap bapak ni terrer, tak! Tapi bapak ni macam tempat rujukan orang kampung jugalah kalau bab-bab bahasa Inggeris ni.” Sempat lagi pak Samad mendabik dada.

“Bukan bapak bang, abang Adib yang selalu jadi rujukan orang kampung.” Si bungsu menyampuk lagi. Pak Samad membeliakkan mata, lari terus si bungsu masuk semula ke dalam bilik.

“Iya pak, Ryu faham. Alamat Lana pak, Ryu perlukan alamat Lana.” Ryu cuba mengembalikan topik asal. Pak Samad asyik melalut dan terbabas dari topik.

“Ya tak ya, bapak hampir terlupa! Maknya!!! Alamat Lana mana?” Puan Meliana muncul dari arah dapur sambil mengelap tangan di baju kurung kedah dipadankan dengan kain batik yang sudah agak lusuh warnanya.

“Apa bapaknya?" Tanya Puan Meliana. Tak jelas dia dengar tadi masa berada di dapur.

"Alamat Lana maknya. Ni hah, menantu kita nak alamat Lana dekat obersee tu."

Ryu menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri. Sungguh, dia benar-benar sudah tidak sabar menunggu lebih lama!

Ai is sedey dgn Ryu sbnrnya, tapi pak Samad ni hah...enter-frame bethol! rusak mood sedey ai >.<

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-12-22 07:32:40 

pak Samad dah sayang Ryu xnaik antu dan marahkan...xlama lagi dapat cucu .moga jodoh Ryu dan Lana berpanjangan.


NovelPlus Premium

The best ads free experience