BAB 49

Humor Completed 411630

“Urghhh!!!” Aizaff tergolek jatuh ke bawah katil bila Lana menghentak kepala lutut tepat di area ulat bulu Aizaff.

Berguling-guling Aizaff menahan sakit sambil memegang kawasan sensitifnya itu. Lana bingkas bangun dan berlari ke arah pintu.

“Lanaaa!!!” Aizaff jerit sekuat hati, terkulat-kulat bangun untuk mengejar.

Pergelangan kaki Lana disambar lalu Aizaff tarik sekuat hati. Lana sempat memaut dinding, mengelak supaya tidak jatuh terhempas. Tangan Aizaff dipijak sekuat hati. Aizaff terjerit lalu melepaskan cengkaman. Lana terus menyerang Aizaff dengan tendangan bertubi-tubi di bahagian sensitif lelaki itu!

Melihat Aizaff menggelupur kesakitan, Lana berlari semula ke arah pintu. Baru hendak menarik daun pintu, Aizaff menerpa lalu menarik baju yang dipakai. Terkoyak hingga hampir menampakkan separuh tubuh Lana. Aizaff terus memeluk Lana sekuat hati.

Lana meronta sehabis daya dan cuba menolak tubuh Aizaff menjauhi. Aizaff hilang keseimbangan lantas menarik Lana jatuh bersamanya. Mereka berdua jatuh terlentang di atas lantai dengan kedudukan Lana berada di atas Aizaff. Pelukan Aizaff makin dipereratkan.

“Lisa Alana…”

Tersentak hingga terbang semangat saat dengar suara lirih dari arah pintu. Hampir serentak Lana dan Aizaff menoleh.

Ryu Rozzan!

Tercengat di muka pintu dengan wajah redup diselaputi awan hitam. Renungan setajam bilah samurai bapak, menatap tubuh Lana yang sudah separuh bogel dalam dakapan Aizaff Nafees yang sememangnya hanya memakai boxer saja ketika itu. Siapapun yang melihat pasti berfikiran sama seperti Ryu Rozzan ketika itu.

Lisa Alana curang depan mata. Melakukan maksiat di dalam bilik hotel bersama kekasih hati sejak di alam persekolahan lagi. Maklum, first love memang terlalu sukar untuk dilepaskan!

Ryu Rozzan membuang pandangan. Mungkin ada hikmah dia hilang ingatan tentang seorang Lisa Alana. Mungkin ianya amaran awal bahawa dia akan berpisah dengan gadis itu. Jadi sakitnya tidaklah terlalu menyengat kerana memori bersama sebelum ini langsung tidak diingat.

Eya, itu kata hati Ryu saat menyaksikan kecurangan Lana di depan mata. Sungguhpun begitu, jiwa terasa benar-benar kosong! Mengapa? Bukankah dia langsung tidak punya apa-apa perasaan pada Lana sejak kehilangan ingatan?

“Lana milik aku Ryu Rozzan. Dulu, sekarang dan di masa hadapan sehinggalah roh terpisah dari jasad. Lisa Alana akan tetap jadi milik aku sampai bila-bila!” Aizaff menjerit seperti orang kesurupan. Langsung tak dilepaskan Lana di dalam dakapan.

“Aku cuma orang ketiga yang hadir untuk menguji sejauh mana cinta kau berdua, begitukah wahai Lisa Alana?”

Lana kesat air mata. Perlukah dia jelaskan lagi? Bukankah jelas Ryu Rozzan langsung tidak mempercayai dia?

“That’s why kau nak sangat aku lepaskan kau bukan?” Ryu terus menyoal. Suaranya tenang sekali, sukar untuk Lana tebak apa yang dirasai oleh Ryu saat itu.

“Tell me Lana…what should I do? Aku jijik lihat kau sekarang! Sama seperti seorang perempuan murahan, begitu mudah disentuh oleh mana-mana lelaki!”

“Ceraikan aku kalau kau dah jijik dengan aku Ryu Rozzan!” Lana terus jawab tanpa fikir panjang. Hatinya sudah penat dilukai hingga sakitnya sudah tak mampu dirasai!

“Lisa Alana…aku cera…”

“Tunggu!” Entah dari mana Haraees Reza dan Fiona tiba-tiba muncul.

“Lana!”Haraees terjerit kuat bila terpandang Lana yang sedang meronta-ronta dipeluk kejap oleh Aizaff.

Haraees menerpa lantas menyepak Aizaff sekuat hati. Aizaff mengerang, pelukan terlepas. Pantas Haraees menarik Lana. Kot yang membaluti tubuh kelam kabut dibuka lalu dibalut ke tubuh Lana yang terdedah.

Lana terus menangis teresak-esak. Akhirnya ada juga manusia yang sudi melindungi maruahnya tanpa terus mengadili melalui apa yang dilihat seperti yang dilakukan oleh Ryu Rozzan.

“Bodoh!!!” Marah Fiona lantas menyepak tubuh Aizaff.

“Nama je doktor, kau pergi balun air bercampur dadah tu pehal Aizaff?!!! Mudahnya kau dipergunakan oleh perempuan setan tu!” Sambil membebel, Fiona menyuntik sesuatu ke dalam tubuh Aizaff melalui lengan.

Aizaff mendecit, tidak pula menolak perbuatan Fiona. Mungkin dia juga sedar diri di bawah pengaruh sesuatu. Perlahan, mata Aizaff mulai tertutup rapat.

“Settle! Aku dah bagi ubat tidur hihi…biar Aizaff mimpi basah dulu! Now back to the situation.” Fiona terus memusing badan, bercekak pinggang memandang Ryu Rozzan.

“Ulang semula Ryu Rozzan. Lafazkan talak depan aku. Biar aku jadi saksi, ingat! Tak boleh tarik balik! Cepat!!!”

Ryu renung mereka bertiga silih berganti. Melihat Aizaff ditidurkan, hati mulai ragu-ragu. Apa masalah lelaki itu sampai ditidurkan oleh Fiona? Something is wrong!

“Aik! Konfiden Ryu! Mana perginya konfiden kau tadi? Lepaskan Lana Ryu Rozzan! Kau tak layak untuk perempuan sebaik Lana. Kau dan mak kau sama saja! Pergi kahwin dengan calon menantu pilihan mak kau yang sama level syaitannya macam kau! Tak habis-habis nak buat hal!” Fiona terus menyembur. Tak kisah dah! Bagi dia Ryu memang tidak pantas untuk Lisa Alana.

“Apa maksud kau Fiona?” Ryu menyoal dengan riak wajah bingung.

“Kau tak tahu? Of course sebab kau tak pernah kisah! Qarlisa perdayakan Aizaff, bagi Aizaff minum air bercampur dadah. Mujur ada rakan sekerja nampak terus dia sampaikan pada aku. Aku harap benar kau akan datang menyelamatkan Lana! Kau buat apa Ryu Rozzan? Kau malah tuduh Lana buat maksiat! Aku dan Raees kelam kabut datang kerana risau terlambat untuk selamatkan Lana dari Aizaff, rupa-rupanya kau sampai dulu bukan untuk selamatkan tetapi menambah luka Lana. Lelaki apa kau ini Ryu?”

Ryu tertunduk lemah. Tewas dengan keegoan sendiri. Kini, mahu membela diri saja dia sudah tidak mampu lakukan. Rasa bersalah benar-benar menghimpit jiwa. Bola mata melirik Lana yang sedang menangis sedih.

“Maafkan aku…” Lemah suara terlontar. Bola mata masih terpaku pada Lana.

“Maaf? Tak perlu. Sambung je lafaz cerai kau yang terbantut tadi. Aku ada untuk jaga Lana! Kau boleh blah, pergi mampus lagi bagus!” Fiona dengan mulut berbisanya terusan menghentam Ryu. Makin marak bola mata Fiona bila Ryu masih mengunci mulut.

“Come on Ryu Rozzan. Be a man of his words!” Desakan demi desakan semakin buat Ryu sukar untuk bernafas. Dada benar-benar terasa sempit.

Ryu terus berpaling, mahu pergi dari situ. Mahu tenangkan diri. Mahu lenyap buat seketika. Separuh jiwa tiba-tiba mati!

“A man of his words Ryu Rozzan! Apa barang blah begitu saja hah? Dayus!!!” Fiona menempelak, benar-benar geram lihat perangai Ryu Rozzan. Langsung mata serigalanya terhala pada Haraees Reza.

“Ni semua kau punya pasal tau! Aku dah kata biar Ryu habiskan dulu talak dia baru kau menyampuk!” Giliran Haraees ditempelak oleh Fiona. Rasa mahu dicekik-cekik saja pakcik tua yang taklah terlalu tua itu!

Terketap rahang Haraees. Mentang-mentang dia biarkan saja Fiona handle Ryu Rozzan, kini dia pula disalahkan? Kecil je dia lihat Fiona saat itu!

“Aku cuba nak selamatkan rumahtangga mereka. Ini semua cuma salah faham, tak perlu sampai bercerai-berai. Benda boleh settle kan?”

“Tak! Lana tak perlukan lelaki macam Ryu Rozzan. Selama aku bersama Lana, tak pernah sekalipun Ryu tidak menyakitkan hati Lana tau tak? Korang kaum adam apa tahu? Hanya perempuan memahami kaum sejenis!”

Terbiut bibir Haraees menahan geram. Fiona ni tak sah kalau tak salahkan kaum adam! Macamlah dia boleh lahir kalau kaum adam tak wujud! Pasal tu sampai sekarang tak laku-laku.

“Lisa Alana…” Semua terus terdiam lalu memaku pandangan ke arah pintu. Kelihatan Ryu Rozzan menghentikan langkah di muka pintu sambil merenung Lana dengan sayu.

“Ryu!” Haraees bersuara kaget. Kepala digeleng beberapa kali.

“Aku ceraikan kau talak satu!”

“Ryu Rozzan!” Haraees menjerit. Ryu membuang wajah lalu melangkah pergi.

Lana tunduk, merenung perutnya buat seketika sebelum tangan naik mengusap perut yang kelihatan sedikit buncit perlahan-lahan. Dia tahu, hanya selepas bayi itu lahir barulah mereka sah bercerai. Segalanya boleh berubah dalam tempoh iddah itu.

“It’s okay Lana, I’m with you. Kita jaga bayi ni sama-sama huh?” Fiona datang memeluk Lana, cuba menyalurkan sedikit kekuatan.

“Aku okay je, sakit memang sakit tapi aku reda Fiona. Now, aku cuma perlu fikirkan anak ni. Aku pasti akan bahagia.” Fiona angguk, kagum sungguh melihat bertapa tenangnya Lana hadapi situasi itu.

Bola mata Fiona bergolek mencari Haraees. Hilang! Rupanya Haraees berlari mengejar Ryu Rozzan. Terketap rahang Fiona. Geram! Jangan pula pakcik tua tu pandai-pandai memujuk Ryu untuk melakukan perkara gila pulak! Takkan dia biarkan. Cukuplah hati Lana dilukai oleh lelaki tak guna itu.

“Jom kita pergi dari sini Lana. Biarkan je Aizaff, agaknya esok baru dia sedar.” Lana buang wajah, benci mahu memandang wajah Aizaff!

Aizaff hampir memusnahkan maruah dia. Biarpun di bawah pengaruh dadah, Aizaff tetap bersalah! Teringat Seroja dan baby comelnya di kampung yang langsung tak dipedulikan oleh Aizaff, bertambah benci Lana pada lelaki itu.

“Betulkah Lisa bubuh dadah dalam minuman Aizaff? Hairan, sejak bila mereka jadi rapat?”

Terjuih bibir Fiona mendengar nama Qarlisa disebut.

“Perempuan tu memang jahat tau. Ada seorang staff dengar perbualan dia dalam telefon. Lisa mengamuk bila bapa bayi yang dikandungnya tidak mahu bertanggungjawab pada Lisa. Aizaff jadi mangsa. Lisa goda Aizaff tapi tak berjaya. Jadi dia gunakan kau sebagai umpan. Aizaff terpedaya dan tu hah… pengakhiran si bodoh Aizaff tu!” Muncung bibir Fiona terarah pada Aizaff yang terbaring di atas lantai bilik hotel.

“Lisa di mana sekarang? Aku teringin nak jumpa perempuan tu dah kerjakan dia kaw-kaw!” Lana bersuara penuh geram.

“Aku tahu ke mana tujuan Lisa. Lepas dia bayar pekerja hotel untuk perdayakan kau dan Ryu Rozzan, dia ada hubungi rakan aku kerana mahu bunuh bayi dia. Rakan aku tak nak buat. Lisa merayu minta maklumat klinik yang sanggup buat dengan bayaran murah. Kerana kasihan, kawan aku pun bagilah nama seorang doktor ni. Dia ni takde lesen sebenarnya, sebab tu bayaran yang dikenakan murah. Lisa kata dia sanggup asalkan bayi itu digugurkan.”

Lana menggeleng. Kejamnya Aileen Qarlisa! Apa dosa bayi tersebut? Kalau tak sanggup nak besarkan, apa salahnya bagi pasangan yang tak mampu daripada dibunuh?

“Di mana tempat tu Fiona? Jom kita pergi. Lisa dah gila agaknya! Anak sendiri mahu dibunuh.”

“Biasanya dia akan sewa sebuah motel murah untuk melakukan pengguguran. Aku tahu motel tu. Jom kita pergi sekarang. Tapi aku rasa kau perlu tukar pakaian kau tu dulu Lana.”

Mereka beriringan keluar dari hotel. Ketika melintasi kaunter meja depan, gadis yang menyambut Lana awal tadi sudah tidak kelihatan. Lana memandang sekeliling, cuba mencari kelibat gadis itu di mana-mana. Fiona menyedari lalu menyiku lengan Lana.

“Tak payah cari perempuan mata duitan tu. Polis dah bawa dah tadi!” Lahai, baru nak bagi pelempang dari neraka…getus hati kecil Lana!

“Thank you Fiona!” Lana memaut lengan Fiona lalu melekapkan pipi di pipi Fiona sebentar. Fiona tersenyum lebar.

“Well, bukan kerja aku sorang. Aku minta bantuan Raees. Pakcik tua bujang terlajak aku tu yang suruh orang ekori dan siasat Lisa tu. Aku risaukan kau dan baby ni.” Terus diusap perut Lana. Serius, Fiona dah jatuh sayang pada bayi tersebut.

“Be a good baby ya…” Seru Fiona. Mereka saling berbalas senyuman.

Fiona memandu masuk ke sebuah kawasan pinggir kota. Kawasan yang agak sunyi dan kurang sibuk berbanding dengan kawasan lain di kota raya. Kereta diparkir di hadapan sebuah bangunan yang agak usang. Sebuah papan tanda yang sedikit senget tertulis Motel Anggerik terlekat di atas pintu masuk.

“Jom masuk. Biar aku tanya dekat kaunter dulu.” Fiona melangkah mendahului Lana menuju ke kaunter pendaftaran.

Tidak lama kemudian, Fiona kembali mendapatkan Lana.

“Dia ada check in, bilik 301. Jom!” Lana memandang kagum ketika Fiona menarik lengannya menuju ke lift. Dah macam penyiasat pula Fiona ni!

“Macamana kau boleh senang-senang je dapat maklumat sulit tu?” Lana bertanya hairan. Fiona tergelak kecil.

“Bilal tu memang terkenal kat sini. Orang panggil doktor Bilal padahal lesen terbang! Aku just menyamar jadi customer dia.”

“Ohhh…” Terangguk-angguk kepala Lana dengar penjelasan Fiona.

Sesampainya di bilik yang dimaksudkan, Fiona terus mengetuk daun pintu tanpa rasa ragu. Lana pula yang rasa seram. Mereka cuma berdua, perempuan lagi! Kalau berlaku sesuatu macamana agaknya nak melarikan diri?

“Yuhuuu! Doktor Bilal! Are you in there?!” Fiona cuba memanggil bila ketukannya tidak mendapat respon dari penghuni bilik.

Lana pula yang rasa berdebar-debar. Fiona ni tak takut ke? Lana renung gadis itu dengan riak wajah tidak percaya. Macam kuat je minah ni! Pemegang pintu ditarik perlahan-lahan. Daun pintu terkuak! Mereka berbalas pandangan.

“Tak kunci…” Bisik Fiona. Lana angguk. Fiona menjengahkan kepala, cuba mengintai.

“Macam takde orang.” Bisik Fiona lagi sebelum mengorak langkah ke dalam. Lana mengekori di belakang. Sudah bersedia untuk segala kemungkinan. Bola mata meliar dengan laju.

“Ya tuhan! Aileen Qarlisa!!!” Langkah Fiona tiba-tiba terhenti. Jeritan terperanjat meletus dari bibir! Lana cepat-cepat mendekati. Mulut yang terbuka luas segera ditekap dengan tangan.

“Lisa!” Lana mahu mendekati namun segera ditahan oleh Fiona.

“Jangan sentuh apa-apa Lana. Lebih baik kita call polis dan ambulan!” Usai berkata, Fiona terus menarik henfon lantas membuat panggilan.

Lana mendekati sekujur tubuh dipenuhi darah yang terbaring kaku di atas katil itu. Apa terjadi pada Aileen Qarlisa? Sekujur tubuh berwajah pucat lesi itu diteliti. Tiada kesan tikaman mahupun tembakan. Darah yang mengalir berpunca dari alat sulit.

“Aku syak Lisa mengalami tumpah darah. Bilal dah lari bersama janin tu.”

“Adakah Lisa masih hidup?” Tanya Lana sambil mendekatkan telinga di dada Qarlisa.

“Nyawa-nyawa ikan.” Jawab Fiona pendek. Lana pandang Fiona yang buat acuh tak acuh pada Qarlisa.

“Kau doktor kan? Buatlah sesuatu.” Desak Lana panik. Fiona mencebik.

“Minah ni sendiri cari penyakit bukan? Dah diterangkan bahaya, dia nak juga buat. Hah, tanggunglah. Kalaupun dia selamat, kemungkinan untuk tak mengandung adalah 80%, so lebih baik mati je!” Terpegun Lana mendengarnya. Rasa simpati mulai terbit buat Aileen Qarlisa.

“Dahlah, aku takkan sentuh perempuan jahat itu apatah lagi mahu selamatkan dia! Kita tunggu je polis dan ambulan datang.” Putus Fiona dengan wajah takde perasaannya. Tergeleng kepala Lana.

Usai memberi keterangan pada pihak polis, Lana dan Fiona akhirnya beredar meninggalkan motel tersebut. Qarlisa terus dibawa ke hospital oleh ambulan. Masih bernyawa cuma kehilangan banyak darah. Tidak pasti Qarlisa mampu bertahan ataupun tidak.

Tiba di rumah, Lana sudah terlalu letih. Fiona pula bergegas mandi kemudian keluar bekerja. Tinggallah Lana seorang di dalam rumah. Lana terus tertidur akibat kepenatan.

Ketika bangun esok harinya, Lana mulai mengemas pakaian dan barang-barang miliknya. Dia tidak bercadang mahu tinggal lama-lama di situ. Dia bercadang mahu balik ke kampung, bertenang seketika dan memikirkan apa yang mahu dia lakukan selepas bercerai.

Dia perlu mencari pekerjaan. Teringat yang dia bakal menjadi ibu, pasti belanja lebih besar kerana dia bukan lagi seorang tetapi bakal jadi berdua. Apapun yang terjadi, hidup perlu diteruskan bukan? Bercerai bukan bererti dunia bakal kiamat. Anggap positif, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Lana! Are you in there?” Suara serak basah penuh maskulin menyapa pendengaran, ketika Lana sedang menarik beg besarnya menuju ke pintu.

Lana segera melepaskan lock pintu lalu menarik daun pintu. Haraees Reza terpacak di muka pintu, kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek. Bola mata menatap Lana buat seketika sebelum turun memandang beg besar di tangan Lana.

“Where are you going?” Laju bibir melontar pertanyaan. Bola mata naik menatap Lana penuh tanda tanya dan curiga.

“I don’t belong here. Aku tak mahu susahkan sesiapa.” Lemah nada suara terlontar. Rasa sebak mulai membelit hati. Dia sudah berusaha sedaya mungkin untuk tidak memikirkan kesakitan akibat kehancuran hatinya, tapi bila melihat Haraees…terus rasa sebak, terus mahu menangis! Sesungguhnya memendam itu teramatlah sakit.

“Let’s fly far far away from this place Lana. Kau pasti boleh melupakan semuanya dan kembali menjadi seperti dahulu. Offer aku masih terbuka tau.”

Lana membungkam. Minda mencongak. Kemudian bola mata ternaik dan berlaga dengan mata Haraees. Penuh keyakinan, Lana mengangguk.

“Really? Once aku confirm dekat main office, tak boleh cancel tau.”

“Tak, aku serius mahu pergi dari sini. Hati aku takkan berubah!”

Haraees angguk lalu mengeluarkan henfon dari dalam poket seluar. Haraees membuat panggilan. Seketika kemudian, Haraees berpaling memandang Lana.

“Deal! The flight is tomorrow morning.”

Lana hanya mengangguk lemah. This is it! No turning back Lisa Alana.

Lana is back hihi, sorry korang lama bercuti. WARNING! Next chapter is...jeng jeng jeng! Mohon skip bg yg x suke suprise. Jgn marah kita tau...ini semua rekaan semata-mata kikiki love u muaahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience