Ryu Rozzan merenung Lana dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki dengan tajam. Riak wajah terlihat dingin dan dipenuhi kehairanan. Sedih hati lihat bola mata yang dingin dan tak berperasaan itu. Tiada lagi kehangatan dan tatapan penuh cinta.
“Siapa kau hah? Kalau kau bukan upahan mummy, macamana kau boleh masuk ke sini? Kau tahu siapa aku tapi aku tak kenal pun siapa kau! Kau pasti punya niat yang tak baik kan?” Tebak Ryu sambil pamer wajah dipenuhi rasa curiga.
“Aku Lisa Alana Ryu Rozzan… Lana, Laaa…naaa!” Berkerut dahi Ryu bila Lana siap menyebut suku kata namanya dalam leretan panjang.
“Tengok wajah aku betul-betul.” Tiba-tiba Lana mara, merapatkan wajah hingga nafas mereka hampir bersatu.
“Wajah nilah yang terlukis dengan pena berdakwat kekal dalam kanvas hatimu. It’s okay kalau kepala kau ni dah terhantuk hingga aku terpadam dalam kotak memori. Tapi ni…” Dada Ryu disentuh dengan lembut.
“Hati tak pernah menipu Ryu Rozzan!” Lana terus membongkokkan badan. Tanpa sepatah kata, bibir Ryu dicium lembut. Badan Ryu mengeras. Pemegang kerusi roda dicengkam kuat. Anehnya, tiada sedikitpun pergerakan dibuat untuk membantah tindakan Lana.
Terdetik di hati. Adakah lelaki itu juga merindui dia seperti mana dia sangat-sangat merindui lelaki itu? Walaupun reaksi yang diterima sangat dingin, Lana tetap tidak mahu berputus asa. Bibir Ryu dikulum perlahan. Ketika itulah, Ryu mulai bergerak dan menarik wajah mahu menjauhi.
“What’s that kiss for? Do you love me?” Lana menyentuh bibirnya yang masih basah. Perlahan, bibir bawah digigit. Terasa kehangatan bibir Ryu masih melekat di bibir.
Walaupun kini Ryu Rozzan terlihat begitu beku dan dingin, tapi bibir itu masih hangat dan mengasyikkan.
“Yes, I do..In fact, I am crazy about you Ryu Rozzan.” Ryu mendecit sambil buang wajah. Bola mata kembali tertancap ke luar jendela.
“You know what? You make me want it more…damn!” Kata-kata Ryu buat seketul Lisa Alana terus tersipu-sipu.
Macam-macam perkara terbayang di layar mata. Hati mulai berdebar kencang. Diri jadi tak keruan.
“Tolong bawa aku keluar, sekarang!”
Tercengang Lana dengar permintaan Ryu. Seriously? Dia renung Ryu tidak mengerti.
“Cepatlah! Yang kau tengok aku macam tu pehal? Tak faham apa yang aku cakap ke?” Jerkahan Ryu buat Lana kelam kabut ke belakang lalu menolak kerusi roda tersebut menuju ke pintu.
Sempat jua kepala mengintai di luar bilik sebelum kelam kabut menolak Ryu dengan selaju yang bisa menuju ke pintu lift. Kalau saja mereka terserempak dengan Puan Sri, pasti mampus! Lana jeling Ryu. Adakah Ryu yang baru ini akan mempertahankan dia?
“Hey! Slow sikit tak boleh ke? Aku ni pesakit tau tak?! Kau nak bagi aku cepat mampus ke apa ni?” Bising mulut Ryu Rozzan bila Lana suka hati menolak laju kerusi roda yang dinaiki, ada masa tu pulak tiba-tiba brek mengejut tanpa sebarang amaran hingga hampir terbuang badan ke depan.
“Sorry!” Mulut menjawab hanya sepatah kerana bola mata sibuk melilau ke serata arah, dia perlu berwaspada dengan segala kemungkinan yang ada.
Ryu terus bergumam dengan sebutan yang kurang jelas didengar. Nak mengutuk dialah tu! Keluar saja dari pintu lift di ruangan lobi, Lana cepat-cepat menolak kerusi roda itu menuju ke pintu belakang. Tak mahu melalui pintu utama kerana dia risau sekiranya Puan Sri dan Qarlisa masih berlegar-legar di situ.
Lana membuang nafas lega bila mereka tiba di pintu belakang tanpa sebarang halangan. Ketika separuh badan Ryu berada di luar bangunan, bola mata Lana tertancap pada sekujur tubuh yang masih kelihatan ramping dari arah belakang, memakai baju singkat yang melekat di tubuh.
Gara-gara terperanjat yang amat sangat, Lana terus tolak kerusi roda dengan laju menuju ke tiang berdekatan. Mereka pasti tidak dapat dilihat kerana terlindung oleh tiang konkrit tersebut. Gadis yang berdiri tidak jauh dari mereka langsung tidak sedar dan sedang rancak berbual dalam telefon. Lana pasang telinga. Kepala dirapatkan hingga wajah hampir melekat di tiang.
“I know sayang. Aku pun dah penat dah ni, ikut hati aku nak blah je tapi perempuan tua tu hah! Berkeras juga nak jumpa anak dia tu.” Lana terus memandang Ryu Rozzan yang kelihatan tenang. Hanya bola mata merenung Lana dengan tajam.
Asal tenang je mamat ni? Hati menggerutu. Dia tak pekak kan? Pasti dia juga dengar perbualan Qarlisa dengan seseorang di dalam telefon tu. Dah tu kenapa wajah tampan itu terlihat tak sedikitpun berkocak?
“Aku takleh nak buat apa-apa. Aku kenalah tunjuk yang aku ni baik hati kan? Barulah orang tua tu semakin sayang dan ikut je cakap aku nanti.” Perbualan diteruskan. Tak peduli renungan tajam Ryu Rozzan, Lana terus memasang telinga semula.
“Ok sayang, I love you and I miss you too. Baby kita ni pun rindu pada daddy dia tau...Ya sayang, ok bye…”
Lana berpaling lalu cepat-cepat menarik pemegang kerusi roda yang diduduki Ryu ke bahagian yang agak terlindung bila dengar derap kaki menghampiri pintu. Gara-gara panik, Lana cuba melindungi Ryu dengan badan kurus dia. Kedua belah lengan dia topangkan ke tiang konkrit, badan terbongkok sedikit.
Terasa deru nafas Ryu Rozzan semakin melaju mengena dada hingga terbuai-buai kain blouse yang dipakai. Lana tunduk bila rasa ada sesuatu yang tak kena dengan kedudukan mereka berdua.
Terbelalak terus seketul Lisa Alana bila sedar yang wajah Ryu betul-betul berada di depan dua buah bukit pejal Lana. Tak berkelip bola mata Ryu Rozzan merenung aset kewanitaan Lana. Nasib baik air liur tak meleleh keluar. Lana terus berundur ke belakang. Wajah merah menahan malu.
“Kau…gunakan implan silikon ke kat situ? Sejak bila jadi sebesar itu?” Seraya berkata, muncung Ryu terarah ke dada Lana.
Argh! Benci!!!
Mana lagi malu, mana lagi sakit hati pada diri sendiri kerana bertindak tanpa fikir dahulu, sekarang nak hadap kata-kata sinis Ryu Rozzan lagi! Stress! Tanpa menjawab, Lana terus tolak kerusi Ryu menuju ke taman yang terletak di belakang bangunan hospital.
“Dulu tak besar macam tu kan?” Tak habis-habis lagi nampaknya mamat ni!
“Ah, dah ingat ke siapa aku Ryu Rozzan?” Terus diperli. Awaslah kalau dia kedapatan yang mamat ni cuma berpura-pura, alamat masuk longkanglah Ryu Rozzan sekali dengan kerusi roda ni!
“Tak! Aku cuma membayangkan je.”
Kurang hajor! Ada pula begitu ya? Lana ketap bibir.
“Stop playing Ryu! Tell me honestly…kau tahu siapa aku sebenarnya kan?”
Ryu mengukir senyum sinis lalu menggeleng kepala perlahan.
“Aku tak ingat. Aku cuma ingat Aileen Qarlisa, kekasih aku. Mummy cerita yang aku dan Lisa sedang merancang untuk berkahwin secepat mungkin kerana Lisa dah mengandungkan anak aku. Malangnya, aku kemalangan dan mereka terpaksa tangguhkan perkahwinan tu.”
Lana membuang keluh kesal. Apalah yang diharapkan dari manusia berhati jahat seperti Puan Sri Helena tu kan? Dia sudah agak ibu Ryu pasti akan memutar belitkan cerita. Cuma yang menghairankan, otak mana otak? Bukankah Ryu sudah dengar dengan jelas pengakuan Aileen Qarlisa dalam telefon tadi?
Takkanlah Ryu masih mahu teruskan niat ibu dia tu kan? Ke otak Ryu ni dah tinggal sesuku lepas kemalangan tu, sebab tu tak mampu berfikir dengan efektif.
“What do you plan to do now Ryu Rozzan? Nak teruskan perkahwinan tu?” Hati mendesak untuk bertanya walaupun dia tahu dia tak siap untuk terluka sekali lagi.
“Aku tahu maksud renungan mata kau tu. Pasti kau pun anggap aku bodoh kan? Tak sweetheart! Aku tahu siapa Aileen Qarlisa. Aku dan dia membesar bersama. Seorang gadis cantik yang sangat polos dan baik hati. Sebab tu aku jatuh cinta, aku cinta gila pada Lisa.”
Hati tersayat-sayat dengan setiap patah perkataan yang Ryu tuturkan. Jemari mencengkam erat pemegang kerusi roda dengan harapan rasa sakit yang menyucuk-nyucuk itu dapat dikurangkan.
“Malangnya, Lisa ketagih dengan dunia glamour. Dia putuskan untuk pergi dan mengembangkan kariernya di luar negara. Aku relakan walaupun aku tak sanggup berpisah.” Ryu menarik nafas sambil merenung jauh. Wajah beku tanpa perasaan.
“Suatu hari aku datang mengunjungi Lisa tanpa pengetahuannya. Dia dan pengurusnya asyik berkepit, sukar untuk aku dekati. Aku ekori hingga selesai show Lisa yang terakhir. Dia dan pengurusnya itu keluar bergandingan lalu masuk ke dalam sebuah hotel untuk bermalam bersama.”
Langkah kaki Lana terhenti. Kerusi roda tersebut turut berhenti bergerak.
“Seriously Ryu Rozzan?” Lana terus bertanya untuk dapatkan kepastian tentang apa yang didengar.
“Sejak itu, aku putuskan hubungan dan tak pernah jumpa Lisa lagi.” Ryu langsung tak layan soalan yang diajukan, bersungguh-sungguh nampaknya lelaki itu mahu habiskan ceritanya.
“I have short term memory loss yang bukan bersifat kekal. Mereka ingat aku mudah diperbodohkan ke? Perempuan tu ingat aku dah lupa semua perbuatan menjijikkan dia tu? When they told me she was pregnant with my child, I was like…seriously Ryu Rozzan? You slept with that slut? Aku playboy berkualiti tinggi bukan cap pasar malam! Tak mungkin aku akan sentuh perempuan tu!”
Lana cepat-cepat berkalih. Berdiri di hadapan Ryu sebelum duduk mencangkung lalu merapatkan wajah sambil merenung dalam ke anak mata Ryu Rozzan.
“Look at me Ryu Rozzan. Ada nampak wajah aku terselit ke dekat mana-mana bahagian memori kau?” Tapak tangan Ryu ditempek di wajah Lana lalu ditolak menjauh hingga punggung Lana terhempas manja-manja di hamparan rumput menghijau.
“Takde aku kata! Tolong jaga jarak tu, aku tak suka kau dekat-dekat aku!” Eh sombong nak mampus! Lana menjeling sebal.
“Kau tak faham ke apa itu short term memory loss? Ia merujuk kepada kehilangan memori pada peristiwa yang baru atau sedang berlaku, bukan yang dah lama berlaku. Kau ni siapa sebenarnya? Pasti bukan orang penting! Ah, kau pasti salah seorang peminat aku kan?”
“Peminat taik kucing!” Suara mulai naik setingkat. Jelingan juga sudah setajam bilah samurai bapak. Menyampah! Jap lagi dia tolak juga Ryu ni masuk ke dalam longkang busuk tu tau!
Lana bingkas bangun. Dengan muncung sedepa, tangan memegang pemegang kerusi lantas ditolak dengan kasar menuju ke arah sebuah kerusi panjang berhampiran sebuah pokok mangga yang tengah lebat berbuah.
“Jadi kau siapa?” Lana kunci mulut. Pertanyaan Ryu dibiarkan sepi.
“Logiknya, kau takkan berada di sini tanpa sebab. Erm… adakah kau heroin itu?” Lana jeling sebal. Otak mamat ni dah tak betul, sah tak betul!
“Heroin yang muncul menyelamatkan aku dari seorang ibu yang menganaktirikan darah daging sendiri dan juga dari seorang perempuan jalang yang cuma mahukan harta aku. kau pasti akan merampas aku dari mereka, kemudian ajak aku kahwin and we will live happily ever after. Tak gitu?” Lana hanya mampu senyum sumbing. Blank terus otak cerdiknya!
Punggung dilabuhkan di kerusi panjang selepas kerusi roda Ryu berada bersebelahan dengan kerusi panjang tersebut.
“Ryu, kau memang hensem gila tapi sayang otak kau dah tak betul.”
Ryu tergelak kuat. Mata lurus memandang ke depan. Entah apalah yang menarik sangat tentang pokok mangga itu di mata Ryu Rozzan.
“Laaa, tak betul ke?” Keluh Ryu perlahan. Lana tenung Ryu dengan riak wajah terpamer sebal.
“Kau tak berminat ke nak jadi isteri segera aku? Selamatkan aku dari witch gila harta tu?”
Oh my Gucci limited edition!
Ryu Rozzan lagi ke tu? Pehal mamat ni berlagak macam Rapunzel yang dikurung oleh ahli sihir yang jahat dan hanya menunggu untuk diselamatkan? Hilang kosa kata, tak tahu nak jawab apa!
“Ryu Rozzan, aku Lisa Alana isteri kau yang sah dan sampai sekarang kau masih belum ceraikan. Kau mungkin lupa, tapi realiti tidak mampu ditidakkan.”
Ryu mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan. Gembira pun bukan, sinis pun bukan! Yang jelas, ianya sebuah senyum licik dan penuh muslihat!
“If you said so! A wife, a good wife will do everything for her husband, doesn’t she? So…I need you to do something for me.” Terjongket tinggi kening mendengar kata-kata bermuslihat Ryu Rozzan. Hati mulai tak senang.
“Come closer my wife.” Panggil Ryu seraya menggamit tangan. Ragu-ragu, Lana mengesot punggung untuk merapat.
“You see that?” Bola mata Lana berguling mengekori jari telunjuk Ryu. What the…
“Panjat dan ambilkan buah mangga tu untuk aku.”
Jatuh teruk rahang mendengar permintaan tersebut. Ryu nak dia buat apa? Panjat pokok mangga tu? Apa ke biul mamat ni? Ya! Dia memang orang kampung. Tapi seumur hidup, dia cuma pernah panjat pokok jambu hutan di belakang sekolah. Tu pun habis betis dia dilibas bapak gara-gara Adib buat laporan lengkap pada bapak.
Pantang bagi bapak anak perempuan dia buat kerja-kerja lelaki. Sanggup bapak kerah tenaga seorang diri atau adik-adik Lana yang masa tu masih kecil-kecil untuk membantu bapak walaupun cuma mahu mengambil buah mempelam di luar pagar. Pasal tu sampai sekarang Lana langsung tak reti panjat pokok.
“Hoi!” Bahu Lana ditolak lembut. Terkejut dibuatnya!
“Yang kau masih termenung tu pehal? Pergilah ambilkan aku buah mangga tu. Sebiji pun cukup. Dah lama aku kepingin nak makan buah tu.”
Laju Lana menggeleng.
“Apa kata aku belikan untuk kau? Tak payah susah-susah nak panjat, banyak je jual buah ni dekat luar tu.”
“Tak nak! Aku nak buah dari pokok ni. Tuuu hah! Yang sedang ranum tu! Aku nak yang tu. Kau pergilah panjat cepat sikit! Aku dah tak tahan dah ni.”
“Tak nak! Aku tak reti panjat pokok!”
Ryu ketap bibir. Diam sekejap untuk mengerah otak.
“Jolokkan!”
“Pakai apa? Tangan kau?”
Marak bola mata Ryu memandang Lana. Sakit betul hati bila ada saja jawapan yang gadis tu berikan. Dasar tongkeng ayam!
“Then pergi cari batu dan baling. Aku tak kira! Pastikan ada buah untuk aku. Takde batu kau guna kasut kau tu!” Tercebik bibir Lana. Mulut kumat kamit memaki tanpa suara. Mujur cedera, kalau tak dah lama dia hempuk dengan wedges satu setengah inci dia ni!
Mata terus meliar mencari kalau-kalau ada batu atau ranting kayu yang boleh digunakan. Dengan kesal, sebelah kasut yang membungkus kaki ditanggalkan.
Lana bergerak mencari kedudukan paling strategik sebelum sebelah mata dipejam untuk menumpukan perhatian pada sasaran sebelum melempar sekuat hati kasut jenis wedges di tangan. Hanya beberapa helai daun yang jatuh. Bedebah!
Sebelah lagi kasut diambil. Bersungguh-sungguh Lana melaraskan tangan supaya tepat mengena sasaran. Sekali lagi dilempar dengan sekuat hati. Kali ini wedges hanya melalui bawah pokok. Sia-sia!
“Aaah! Lembik! Pergi ambil kasut kau tu. Biar aku yang buat!” Terherot-herot bibir Lana ketika bergerak untuk memungut semula kasutnya. Benci betul! Mengapa tak offer diri sejak awal tadi? Ryu ni memang sengaja nak menyusahkan dia!
“Bak sini kasut tu!” Ryu merampas kasut tersebut dari tangan Lana.
Sampai terkeluar urat di lengan ketika Ryu melontar kasut Lana ke arah pokok mangga tersebut. Tepat mengena setompok buah mangga yang kelihatan mulai berubah warna, menandakan hampir masak! Berdesis bunyinya ketika kasut itu melanggar dedaun mangga. Malang, yang jatuh cumalah kasut dan dedaun hijau! Ryu Rozzan berdecit geram.
Sebelah lagi kasut di tangan Lana dirampas oleh Ryu. Tangan ditarik hingga hampir menyentuh belakang bahu.
“Hey! Korang buat apa tu?!” Terkejut beruk Lisa Alana dan Ryu Rozzan!
Saling berbalas pandangan buat seketika sebelum kepala keduanya menoleh pada pemilik suara yang menyergah kasar itu.
Share this novel