Pak Samad sedari tadi gigih membeliakkan mata sampai berair-air bola mata ke arah Lana sambil sekali sekali mengosok-gosok bilah pedang samurai yang berkilat di depan Lana pantas mengangkat punggung. Wajah sudah beralih dari Lana. Mata tak berkalih terarah ke pintu merenung tak berkelip pada pemuda tampan yang masih termengah-mengah, macam baru habis acara pecut level Olimpik!
"Ohh..Bakal menantu tak jadi aku rupanya!! Berani kau memunculkan diri selepas mungkir janji ya?!! Apaa?? Hentikan majlis ni? Siapa wali Lana, kau ke aku?!!" Bergema satu rumah bila Pak Samad melengking!
"Bapak..Kejap! Bagi aku bernafas dulu.." Masih cuba mengatur nafas, sampai suara hampir tak keluar.
Pak Samad bukan jenis penyabar, terus mendekati lalu bercekak pinggang di muka pintu, tepatnya di depan pemuda tampan itu.
"Siapa bapak kau?!!" Melengking lagi, boleh berselerak jatuh taik telinga!
"Bapaknya!! Orang dah tunggu ni..Selesaikan apa yang patut dulu!!" Puan Meliana menegur bila menyedari keluarga Aizaff mulai berbisik-bisik sesama mereka.
Manakala Aizaff Nafees hanya kaku merenung ke arah pemuda yang baru muncul itu. Bola mata mulai marak dengan api cemburu. Buku lima tergenggam erat. Jahanam!! Dia sudah hampir berjaya mengikat si gadis pujaan.. Mengapa muncul saat-saat genting macam ni?
"Bapak..Tolong dengarkan aku dulu sebelum teruskan majlis ini!" Suara separuh merayu!
Wajah Pak Samad berubah. Dah macam serigala jadian!
"Kau nak suruh aku dengar kata-kata dari penipu macam kau ke hah?!! Kau jangan ingat orang kampung macam aku ni senang diperbodoh-bodohkan! Lebih baik kau berambus!! Tempoh aku menunggu janji-janji manis kau dah tamat anak muda... Kau tak berambus sekarang, kejab lagi hirup darahlah samurai dahaga aku tu!!"
"Tapi bapak, ini penting untuk Lisa! Bapak ada tanya ke mengapa Lisa tak nak diikat dengan Aizaff tu?"
"Bapak!! Kita dah lama tunggu ni.." Pak Samad dan pemuda itu serentak menoleh ke arah Aizaff yang tiba-tiba menyampuk, nampak sungguh sudah tidak sabar mahu selesaikan acara seterusnya.
Lana yang masih statik dengan punggung terhenyak atas lantai akibat terkejut dengan kemunculan lelaki itu turut menoleh penuh meluat ke arah Aizaff sambil seka air mata. Itu bukan air mata sedih. Saat itu, Lana benar-benar terharu..Tak sangka, lelaki yang selalu dikutuknya itu, akhirnya menjadi satu-satunya manusia yang tampil untuk menolongnya. Mungkin sebab itu, air mata tak henti-henti mengalir.
Puan Meliana menarik tangan Lana bila mendapat isyarat mata dari Pak Samad. Lana terus pandang sayu pada mak, mengharap belas kasihan. Mak melarikan bola mata, faham maksud pandangan Lana namun siapa berani melawan singa tua yang sedang merenung dia macam mahu menelan dia hidup-hidup itu!
"Mak...Tolonglahh..Lana tak nak.." Merayu sambil menahan esakan.
"Jangan buat hal Lana, malu kita nak.." Mak balas dengan suara sayu.
Lana biarkan mak mengesat air mata di wajahnya sehingga kering. Kemudian, mak tarik tangan Lana untuk berdiri. Melihat semua mata memandang ke arah mereka, Lana menurut dalam keterpaksaan. Mak membawa Lana ke ruangan tengah, di mana Aizaff sedang duduk menunggu.
Bola mata Lana berguling-guling memandang satu-persatu wajah yang ada di situ. Sedih! Rata-rata memandang Lana dengan sinis, malah ada yang jijik! Tetamu rata-ratanya ahli keluarga Aizaff, bayangkan kehidupan yang menanti Lana sekiranya dia berkahwin dengan Aizaff kelak. Seram!! Lana memaling wajah, bertembung pula bola mata dengan sang jejaka yang masih sedang berusaha memujuk bapak. Lana memandang sayu, hampir putus harapan! Lelaki itu mengangguk dengan keyakinan setinggi gunung Kinabalu, lalu mengukir senyum kecil.
"Bapak, tunggu!!"
"Kau tak blah lagi rupanya!!"
"Bapak..Saya bawa sedikit ole-ole untuk bapak." Kocek seluar diseluk.
"Bapak nilai sendiri bakal anak hantu bapak tu!" Sesuatu dihulur kepada bapak.
Aizaff yang mulai tidak senang duduk pantas berdiri. Darah menggelegak!
"Kau jangan melampau Ryu Rozzan!!" Tempik Aizaff. Wajah merah padam menahan marah.
Bapak menyambar beberapa keping gambar yang dihulur oleh Ryu Rozzan. Bola mata terbelalak sebaik sahaja menatap gambar-gambar tersebut.
"Apa semua ini?!!" Tempelak bapak dengan wajah menyinga.
Aizaff terkedu!
Ryu Rozzan meleretkan sengih. Ingat dia datang bawa air liur je ke?! Arghh!! Entah mengapa dia perlu susahkan diri..
"Aizaff bukan lelaki yang baik bapak! Itu bukti apa yang Aizaff dah buat di belakang Lana. Bapak dah dibutakan dengan lakonan hebat lelaki itu!!"
Ahh..Lana pandang tak berkelip! Terasa macam dalam drama Korealah pulak..Tetiba datang hero super duper kacak untuk menyelamatkan heroin dari dibuli..Haipp!!
"Tu gambar kecurangan Aizaff bersama seorang MA yang bekerja bersamanya di Hospital Umum Kuching bernama Syakila!"
"Bapak!!" Aizaff meluru lalu memeluk kaki bapak.
"Jangan percaya bapak, Zaff tak buat semua tu. Ni semua taktik kotor Ryu untuk pisahkan Zaff dengan Lana bapak!" Tak mahu mengalah, Aizaff mulai mencipta helah belah diri!
"Hah! Dah agak kau akan mengular Aizaff!" Ryu mengeluarkan henfon dari dalam kocek lalu memainkan sebuah rakaman suara.
"Aizaff Nafees, kau memang lelaki jahanam!! Dah kau buat aku macam bini kau..Bila puas kau buang aku macam tu je?!! Kau ingat aku akan berdiam diri?!! Kau dengar sini Aizaff.. Aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup. Bukan setakat gambar..Aku juga tidak akan teragak-agak untuk sebarkan video intim kita biar satu dunia tahu bertapa jijiknya kau, setan!!!" Ryu menamatkan rakaman suara tersebut lalu mengukir senyuman mengejek pada Aizaff.
Aizaff kepal penumbuk lalu meluru ke arah Ryu. Penumbuk diayun dan dihalakan tepat ke wajah Ryu. Tindakan pantas yang tak dijangka itu tidak sempat dielak, Ryu terundur ke belakang sebelum punggung terhenyak atas lantai. Tepi bibir pecah akibat tumbukan deras Aizaff Nafees.
"Kau lelaki keji Aizaff! Aku tinggalkan Lana dekat hotel bukan untuk kau datang menceroboh dan buat perkara terkutuk tu!!" Sambil bangun mahu membalas serangan, Ryu menjerit kuat!
Semakin riuh suasana di ruangan rumah. Memandang Aizaff dengan riak wajah tidak percaya. Semua terpedaya dengan lakonan mantap Aizaff, kalau di kampung pijak semutpun tak mati! Tapi macam kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Hanya Lana yang pamer ekspresi berbeda. Kata-kata Ryu benar-benar buat dia tersentak. Bersungguh cuba mengingat peristiwa malang itu..Mati-mati Lana ingat Aizafflah yang bertanggungjawab hingga dia boleh berakhir di dalam bilik hotel. Tak terfikir langsung tentang Ryu...Ingatan terakhir Lana ialah ketika bertembung dengan Aizaff...How come tetiba Ryu Rozzan?! Celah mana lelaki itu menyisip? Tak faham!!
"Apa maksud kata-kata kau wahai anak muda? Jadi, kaulah sebenarnya dalang di sebalik semua ini ya? Kau yang perangkap Lana hingga ditangkap basah bersama Zaff?!!"
Aduh!!
Ryu pantas berundur ke belakang bila Pak Samad bergegas mendapatkan samurai yang dia letak atas lantai. Mampus!! Lana turut terkejut mendengar tuduhan melulu bapak. Pantas Lana berlari mendapatkan bapak bila lihat pedang samurai sudah tergenggam erat.
"Bapak..Jangann!!!" Entahlah dari mana Lana dapat keberanian. Dengan yakin dia meluru mendekati Ryu lantas berdiri di hadapan Ryu, cuba melindungi lelaki itu dari dilibas oleh samurai bapak.
"Ryu tak buat apa-apa kesalahan bapak! Yang patut bapak tetak tu adalah Aizaff!! Dia hampir merenggut kesucian Lana!!" Dan entahlah dari mana lagi Lana kutip kekuatan untuk meluahkan perkara yang amat memalukan itu, di hadapan keluarga Aizaff pulak tu!
Bapak terpempan, tidak jadi meneruskan serangan. Perlahan, samurai yang menjulang langit itu diturunkan. Melihat perubahan pada wajah bapak seperti langit yang diselubungi awan kelabu, Lana mahu menangis! Tak terniat walau sekelumit pun mahu melukai hati kedua orang tua yang sangat disayangi sepenuh hati itu. Namun, Lana perlu pertahankan diri. Tak mahu masa depan jadi taruhan, semoga bapak faham isi hatinya.
"Bapaknya Aizaff serta rombongan, nampaknya saya selaku wali Lisa Alana terpaksa menolak niat suci Aizaff untuk menyunting satu-satunya bunga di taman kami." Nada suara lemah, tiada kekerasan..Tiada ketegasan seperti kebiasaan.
Lana tunduk merenung lantai. Sedih..Bapak pasti sangat terluka saat itu. Air mata menitis ke pipi.
"Bapak!! Perkahwinan harus diteruskan. Bagaimana dengan kes tangkap basah kami?" Aizaff masih berusaha membantah.
"Bapak jangan risau, saya dah settlekan hal itu, kes digugurkan! Ikutkan Aizaff boleh didakwa menceroboh dan cuba berbuat jahat pada Lana." Ryu tiba-tiba menyampuk.
Ayah, emak serta ahli keluarga Aizaff yang lain tergesa-gesa bangun, mahu beredar segera lantaran rasa malu yang teramat.
"Zaff!! Tunggu apa lagi? Mari pergi nak!! Sah-sah orang tu tak nakkan kau, mengapa masih terhegeh-hegeh kat situ? Masih ramai gadis yang tergila-gilakan kau Zaff, tu hah.. Budak Seroja anak ustaz dah lama sukakan kau. Nanti mak pinangkan untuk kau..Mari balik!!" Tangan Aizaff ditarik kasar oleh ibunya.
"Tapi bapak..Zaff benar-benar cintakan Lana.." Aizaff mulai merayu, bola mata mulai berkaca-kaca.
Puan Murni mengancing rahang, geram melihat anak kesayangan sanggup merendahkan diri demi seorang perempuan tak sedar diri seperti Lisa Alana.
"Aizaff!! Kau tu seorang doktor, bangun!! Jangan sesekali merayu pada orang kampung yang tak sedar diri tu!! Jangan malukan keluarga Zaff.. Kita ni keturunan baik-baik, tak sama dengan orang tu! Setakat kerja entah apa-apa dekat bandar dah berlagak nak mampus macamlah duit berkepuk-kepuk dekat bank. Puihhh!!"
"Kau sindir anak aku ke tu Murni?!! Kau blah sekarang, jap lagi terbelah dua leher kau aku libas dengan samurai ni hah!! Keturunan baik-baiklah sangat, anak berzina dengan perempuan entah dari mana..Perogol pulak tu!! Kau belalah anak syaitan kau tu Murni!!"
Puan Murni beserta rombongan tergesa-gesa meninggalkan rumah bila bapak mulai menghunus samurai ke arah mereka. Bapak sempat mengerling ke arah Lana dan Ryu sebelum memanggil Juman, adik lelaki bapak untuk menghampirinya. Bapak membisikkan sesuatu di telinga Juman. Lelaki itu terangguk-angguk, sebelum berlalu dan keluar dari rumah.
Bila bapak memusing semula badan menghadap Lana dan Ryu, serentak mereka berdua telan air liur. Gila! Tak terketar kau bila bilah samurai yang berkilat-kilat itu ditayangkan di hadapan wajah mereka berdua! Sampai berlaga tempurung lutut.
"Korang berdua! Pergi duduk kat depan tu.. Sekarang!!"
Serentak Lana dan Ryu buka langkah dalam keadaan kelam kabut tanpa banyak soal. Bapak mengekori dari belakang. Setelah duduk di ruangan tengah di mana bapak duduk di antara mereka berdua, bapak pandang Lana dan Ryu silih berganti. Macam hakim pencen yang mahu mengumumkan keputusan mahkamah!
"Cerita pada bapak dengan jujur apa sebenarnya yang terjadi wahai anak muda." Kali ini suara bapak kedengaran lebih tenang.
Ryu menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan-lahan. Berdebar pula menentang mata serigala jadian bapak, macam nak terkam dan menelan orang!
"Begini bapak. Saya dan Lana menghadiri satu majlis berkaitan kerja. Salah seorang kawan mahu kenakan saya dan sabotaj minuman yang sepatutnya untuk saya tetapi dirampas dan diminum oleh Lana. Minuman tu dicampur sejenis dadah yang membuat kita khayal. Sebaik saja saya dapat tahu, saya mencari Lana. Mujurlah saya sempat lihat Lana menaiki kereta Aizaff. Saya terus kejar dan membawa Lana pergi. Aizaff bawa Lana ke hotel bapak, hotel yang dia sewa selama beberapa hari."
Bapak ketap rahang. Merah wajah menahan amarah!
"Saya tak tahu rumah Lana, jadi saya bawa dia ke hotel."
"Celaka! Kau pun nak ambil kesempatan?!"
Arghh!! Lana tunduk dengan wajah merah seperti tomato..Bapak ni kan..Adui!!! Ryu masih kelihatan tenang.
"Tak bapak...Saya...." Terhenti lalu menjeling Lana yang masih menekur lantai.
"Kau cakap terus terang..Kau sentuh Lana?"
Lana mengesat air mata..Dia benar-benar malu dengan kelancangan mulut bapak. Mujurlah hanya ahli keluarga yang ada di situ.
"Tak bapak..Takk!"
"Habis tu..Yang kau tergagap-gagap pehal?"
Ryu telan air liur. Apa yang buat dia tergagap hingga fikiran jadi blank? Peristiwa itu huhu... Tubuh menggiurkan itu...Arghhh!!!! Ryu raup wajah beberapa kali...Mengucap Ryu.. Mengucap!!! Sekali lagi dikerling Lisa Alana di depan. Jahanam! Bahagianya kau Lana.. Kau tak sedar bertapa sengsara aku nak singkirkan memori itu dari kotak fikiran..Hati menggerutu!
"Siapa nama kau anak muda?" Tenang bertanya, sambil cuba mengingat nama lelaki muda yang sangat tampan orangnya itu. Pernah dibagi tahu, tapi faham-fahamlah otak yang mula menginjak ke senja kan..
"Ryu Rozzan bapak."
"Ryu Rozzan ya..Hurmm..Ryu..Ni bapak nak tanya ni..Ryu ada sentuh Lana tak? Kalau tersentuh sekalipun jujurlah bagitau bapak.."
Lana semakin panas punggung, ikutkan hati mahu saja dia berlari masuk bilik dan berkurung. Malu!!
"Tak bapak! Lana...Lana hampir mencabul saya!"
Ya Tuhan Ryu Rozzan!!!
Mahu jatuh tertonggeng Lana mendengarnya! Melotot biji mata bapak..
Seriously Ryu Rozzan?!!
Marak menyala dipenuhi percikan api bola mata Lana. Rasanya masih ada cili api level 10 out of 10 bapak tu.. Elok juga disumbat ke dalam mulut Ryu! Bercakap tak pandang-pandang, macamlah Lana kemaruk sangat..Ciss, bedebah!!
"Maksud kau Lana ni nak rogol kaulah?"
Lana tutup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Dah tak tahu nak letak muka dekat mana!
"Bukan salah Lana bapak, Lana dibawah pengaruh dadah. Sebab tu saya lari dan tinggalkan Lana seorang diri dalam bilik hotel tu. Saya tak sentuh Lana walaupun saya dah nampak semuanya bapak..Sumpah!!"
Lana gigit bibir bawah. Now semuanya dah jelas! Bagaimana dia boleh berakhir di atas ranjang dalam keadaan bogel. Tuhan... Bagilah hujan lebat beserta petir sekarang juga. Dan petir, sambarlah sekujur tubuh ini biar hangus terbakar..Lana tak sanggup hidup lagi, apatah lagi nak hadap boss tampan itu setelah semuanya terbongkar..Dia malu, malu yang teramat!
"Baik..Sekarang bapak faham. Pasti Aizaff muncul kemudian bukan?"
"Saya dah lihat CCTV. Memang Aizaff mengekori kami hingga ke hotel. Tiga kali Aizaff datang namun Lana tidur mati. Aizaff tunggu esok hari. Akhirnya Lana buka pintu. Menurut salah seorang staff cleaner, dia memang ada terdengar suara jeritan dari bilik Lana. Saya bawa beberapa saksi serta salinan CCTV dan meminta kes dakwaan digugurkan."
"Lalu kau bergegas ke sini?"
"Saya tahu Aizaff pasti berkeras menyatakan dia tak salah. Jadi saya hubungi kawan di Kuching untuk pujuk perempuan itu. Setelah berjaya dapat bukti..Yes, saya terus ke sini."
Bapak terangguk-angguk sambil sekali sekala mengusap dagu yang licin tanpa janggut.
"Sekarang bapak faham..Macam orang putih kata..I ondestant..." Bola mata sempat mengerling ke arah Adib, si anak teruna yang duduk tidak jauh darinya.
"Adib..Apa betul sebutan bapak?"
Adib terpinga-pinga lalu cepat-cepat angguk kemudian geleng balik.
"Iya..Eh tak! Un..der..stand bapak!" Perbetul Adib, bingung-bingung dengan kelakuan pelik bapak. Apa sebenarnya nak ditunjukkan oleh bapak di depan lelaki dari bandar tu? Keluh Adib dalam hati.
Kepala bapak naik turun, dagu diusap sekali lagi. Betul-betul macam YB sedang memantau aktiviti kampung semasa kempen pilihanraya huhu..
"Mengapa Ryu? Sanggup susah payah lindungi Lana dari Zaff...Bapak musykil ni!"
Kali ini giliran Ryu Rozzan terpempan!
Mata terkuak luas, terkaku seperti baru terkena renjatan elektrik! Soalan bapak memang dia tak mampu nak jawab, sedari semalam difikirkan, hingga sakit kepala..Tak jumpa-jumpa jawapan yang dimahukan.
"Kau suka anak gadis bapak ke Ryu?"
Huish!! Mengapa terasa ada something memanah masuk ke dalam hati? Ryu terus pegang dada..Berdebar tiba-tiba..Aik!! Pehal?
"Bu..Bukan macam tu bapak...Saya...Saya..." Berhenti lantaran degupan jantung semakin laju hingga dia terasa cuak. Cuba menarik lalu menghembus nafas perlahan..Tenang kau di situ Ryu!
Bapak terus menyerang dengan renungan membunuhnya. Aduh..Ryu yang sedang duduk bersila gosok paha, sekejap-sekejap menampar paha dengan kedua-dua belah tapak tangan. Tenang...Tenang...
"Saya rasa bertanggungjawab..Semua ini takkan berlaku kalau saya tak ajak Lana ke majlis itu. Maafkan saya bapak..." Bola mata berkalih ke arah Lana.
"Maafkan saya ..Lisa Alana.."
Sesuatu menyentuh hingga ke dasar hati Lana. Keikhlasan Ryu Rozzan. Keikhlasan yang jelas terpancar dari sinar mata itu. Bukan tipu-tipu, bukan juga berpura-pura...Lana pantas tunduk bila ada getar halus yang hadir di sudut hati.. Argh!! Tak boleh Lana!! Ryu Rozzan umpama bom jangka, bila tiba masanya..pasti kau akan hancur berkecai!
"Mad..Oh Mad!! Ni hah, aku dah bawa tetamu seperti yang kau suruh!!"
Pak Samad memanjangkan leher, cuba melihat ke bawah melalui pintu depan yang terkuak luas. Lana mengerut dahi, memandang bapak dengan curiga. Apa lagi muslihat bapak ni agaknya?
"Hahh, eloklah tu! Bawa tetamu kita naik Juman. Dah terlanjur ni, lebih baik kita teruskan majlis yang asyik-asyik tertangguh kan.."
Ah sudah!!
Lana mula tak senang duduk. Sempat berbalas pandang dengan Ryu yang mempamerkan wajah bingung. Lana terus memaku pandangan ke arah pintu dengan debaran yang lain macam.
"Assalamualaikum Pak Samad..Maaf, kelam kabut sikit tadi sebab tak dibagitahu awal..Urm, nampaknya kedua-dua mempelai dah bersedia ya Mad...Bolehlah diteruskan ke acara akad nikahnya!"
To...Tok Kadi!!!
Lana tiba-tiba semput, dada naik turun dengan laju. Okay..Tenang Lisa Alana...You know what to do!! Nak pura-pura mati ke tidak?!!
Share this novel
Lisa ni keluar mulut rimau masuk mulut buaya 2 2 pun bahaya ganas