"Menikah dengan Lisa Alana!!"
Ryu Rozzan tercengang. Wajah tampan yang masih kelihatan mamai dengan mata separuh terbuka itu kelihatan sangat terperanjat. Terus tercelik luas sepasang mata galak yang sangat menawan itu.
"Pa..Pakcik! Ini kerja gila dan tak masuk akal okay?" Bantah Ryu Rozzan dengan wajah tegang.
"Kerja gila? Oohh..Yang kau siap peluk anak aku, sentuh dia suka hati kau tu bukan kerja gilalah ya?! Hoii!! Yang kau pegang tu anak dara orang!! Ni hah bapaknya, masih hidup dan gagah! Masih mampu buat kau cacat, faham?!! Nak tak nak, kau kena kahwin juga dengan anak aku, faham tak?!!"
Ryu Rozzan bingkas bangun. Rasa mengantuk sudah terbang entah ke mana.
"Aku tak nak! Anak pakcik tu yang goda aku!"
"Apaa?!! Berani kau?!!"
Seraya berkata, kedua pergelangan tangan Ryu dipulas ke belakang oleh Pak Samad. Terkejut hingga terletus jeritan kecil dari bibir Ryu.
"Arghh..Pakcik! Sa..Sakit Pakcik..Sakit!"
"Kau cakap sekali lagi wahai anak muda!!"
"Arghh..tolong pakcik..Sakit!!"
"Kau nak kahwin dengan anak aku ke tidak?! Cuba cakap sekali lagi!!"
"Kah..Kahwin pakcik!"
"Aku tak sudi kahwin dengan kau!! Kau faham soalan ke tidak ni? Sia-sia muka tampan badan sado tapi otak letak kat lutut!!"
Wajah tampan Ryu Rozzan sudah berkerut seribu menahan kesakitan. Dia benar tak menduga lelaki yang nampak agak berumur itu ternyata punya tenaga luar biasa. Mahu patah lengan dibuatnya.
"Ma..Maksud saya kah..kahwin dengan Lisa pakcik!"
Usai berkata, cengkaman kuat Pak Samad dilonggarkan sedikit. Ryu menghela nafas lega. Gila! Kuat sungguh orang tua ni, tak padan betul dengan usia..gerutu hati kecil Ryu. Menikus Ryu Rozzan dibuatnya!
"Keluar sekarang! Pakcik dah panggil tok kadi untuk nikahkan korang berdua."
What?!
Tercengang Ryu Rozzan, tak berkelip mata memandang Pak Samad yang sudah bergegas keluar dari bilik tersebut. Segera bola mata berkalih pada Lisa Alana yang sedari tadi mematung merenung lantai dengan air mata berguguran membasahi pipi.
"Aku takkan kahwin dengan kau! Aku..aku tak puas bujang lagi. Aku..aku..."
"Run Please! Jangan biarkan bapak aku teruskan rancangan gila ni!"
"Aku..aku...tak dapat nak fikir okay, otak aku tengah beku sekarang!"
"Tunggu apa lagi?!! Kamu berdua Keluar sekarang, korang tu belum halal, jangan berdua-duaan dalam bilik!!"
Automatik badan Ryu terpusing menghadap pintu. Langkah dibuka dengan pantas, mengekori Pak Samad dari belakang. Lisa Alana menyapu air mata di pipi. Sedih bila diperlakukan seperti itu, bapak langsung tidak percaya bahkan langsung tidak mahu dengar penjelasannya. Lana memaksa diri untuk melangkah, faham benar dengan sikap bapak.. Kalau itu, itulah! Jangan cuba-cuba membantah, akibatnya sangat menggerunkan. Boleh terbalik dunia huhu.
"Pa..pakcik! Boleh beri saya masa sehari dua tak? Saya perlu berbincang dengan keluarga dan melakukannya dengan penuh beradab, bukankah seeloknya begitu?"
Langkah kaki Pak Samad terhenti. Kepala dipusing ke arah Ryu.
"Oh..Sekarang baru kau nak bercakap pasal adab?!"
Ryu tercengat seketika..Rambut diusap ke belakang bagi mengurangkan rasa gemuruh dalam jiwa.
"Tak..maksud saya..urm..Ikut prosedur yang betul. Saya kena bawa family untuk datang merisik sebelum ke peringkat seterusnya..Itu.. itu maksud sebenar saya pakcik.." Seperti terpotong separuh lidah Ryu melontar suara, bola mata bergolek laju, tidak berani menentang renungan maut Pak Samad.
"Baik, kita bincang dekat luar." Putus Pak Samad tegas.
Seketika, pandangan Ryu Rozzan dan Lisa Alana bertaut. Lana menggeleng halus, masih mengharap Ryu Rozzan akan menolak permintaan bapak.
"Duduk!" Arah Pak Samad dengan wajah serius.
Ryu dan Lana duduk bersebelahan, depan Pak Samad. Masing-masing tunduk merenung lantai, tidak berani menatap sepasang bola mata yang dipenuhi percikan api kemarahan itu.
"Siapa nama kau bakal menantu?"
Lana terbatuk kuat, terkejut dengar butir bicara bapak. Seriously pak? Itu pembuka kata bapak? What a killer start!
"Ryu Rozzan pakcik..panggil Ryu saja.."
Pak Samad angguk faham.
"Asal? Keturunan? Orang tua? Ceritakan tentang dirimu Ryu." Lontaran suara Pak Samad kedengaran lebih tenang kini.
"Err..." Ryu garu kepala, tidak pasti mahu dimulakan dari mana.
"Saya orang biasa-biasa je pakcik, mak ayah orang tempatan tetapi berdarah campuran dah. Anak tunggal, lahir dan membesar di AS, dan sekarang..menetap di ibukota lantaran kerja."
"Ibu dan ayah ada di sini sekarang?"
"Takde pakcik, mereka masih berada di luar negara. Sebab itu saya minta tempoh pakcik. Err..boleh kan?"
Pak Samad menghela nafas panjang. Seketika, bola mata meratah wajah Ryu dan Lana silih berganti.
"Baik, bapak bagi tempoh dua hari Ryu. Bapak akan tunggu rombongan keluarga kau datang. Bapak anggap ini adalah janji kau pada keluarga bapak. Janji dibuat untuk ditepati dan bapak akan letak seratus peratus kepercayaan pada kau, jangan dicabul kepercayaan yang diberi kerana bapak cuma beri satu peluang saja..tiada peluang kedua."
Rentak pernafasan Ryu Rozzan melonjak naik turun dengan laju. Entah mengapa, dia rasa gemuruh dengan kata-kata Pak Samad. Terasa seperti ada beban tersangkut di bahu.
"Dah! Sekarang jom ikut bapak ke kebun, bakal menantu bapak harus tahu buat kerja kampung, bukan hanya tahu duduk belek kertas dalam bilik berhawa dingin!"
Ah sudah!!
Ryu dan Lana berbalas pandangan. Bibir Ryu terkumat kamit, cuba mengatakan sesuatu pada Lana tanpa mengeluarkan suara. Lana angkat bahu, dia sendiri tidak menduga bapak akan bertindak sejauh itu.
"Ta..tapi Pakci..err..ba..bapak..urm.. sa..saya perlu balik sekarang. Mungkin next time?"
"Next time taik kucing!! Adib, kau pergi ambil baju kebun bapa dalam almari..." Kata-kata Pak Samad terhenti sebentar untuk mentelaah Ryu Rozzan dari atas kepala hingga ke hujung kaki.
"....Bapak rasa saiz badan kita ni lebih kurang kot..hurmm...sasa, tegap dan macho!" Sambung Pak Samad sambil urut-urut muscle di lengan dengan wajah penuh riak.
Aduh bapak!!
Lana pura-pura pandang ke sisi..malu bila sedar kerlingan tajam Ryu padanya.
"Baik pak!" Adib segera berlalu dan menghilang di sebalik pintu bilik bapak yang dilitupi tabir.
Tidak lama kemudian, Adib keluar semula membawa sepersalinan baju lalu diserahkan pada Ryu.
"Hah, pergi tukar pakaian mahal kau tu dalam bilik Adib..cepat sikit tau, bapak tak suka buat kerja kalau matahari dah meninggi atas kepala!"
Dengan mimik wajah separuh siap, Ryu mengambil pakaian tersebut lalu bergegas menuju ke bilik Adib.
"Lana, nanti kau hantar makanan ke kebun."
Lana hanya angguk. Banyak lebihan lauk pauk hasil majlis tak jadinya. Hanya perlu panaskan je. Memang ibu bagi-bagikan dekat tetamu dan orang kampung yang hadir, tapi lebihan tu masih ada dan lebih dari cukup untuk mereka anak-beranak.
Lana bingkas bangun lalu menuju ke dapur, tak betah berlama-lama menghadap bapak. Pak Samad masih duduk, menunggu Ryu menukar pakaian. Sedih benar hati Lana. Dia sebenarnya berniat mahu berjumpa dengan kekasih hati, Aizaff Nafees dan menerangkan segala-galanya. Tak mungkin cinta Zaff berubah sekelip mata. Bertahun-tahun mereka menyemai cinta, bukan sebulan dua!
Tak mungkin hanya disebabkan salah faham, Aizaff terus menjatuhkan hukuman dan meninggalkannya. Merintih pilu hati Lana bila mengenangkan cinta yang dibina bersama bakal musnah sekelip mata. Tambahan lagi dengan tindakan bapak yang mahu mengahwini Lana dengan lelaki yang langsung tidak dikenali, kaki perempuan pula tu! Bapak memang mahu masa depan Lana musnah kot huhu..
Sambil memanaskan lauk pauk, Lana mengintai di sebalik tingkap. Sebaik sahaja melihat kelibat bapak dan Ryu meninggalkan rumah menaiki motor, Lana kelam kabut berlari keluar ikut pintu dapur. Dia nekad! Tak mahu cintanya musnah begitu sahaja, Lana berlari sepantas yang mampu menuju ke rumah Aizaff. Jarak rumah mereka agak jauh, rumah Aizaff terletak di hujung kampung, tercungap-cungap Lana dibuatnya.
"Aizaff Nafees!!!"
Ketika sampai di depan rumah Aizaff, Lana yang masih kepenatan terus menjerit kuat. Tiada sudah lagak sopan santun perempuan Malaya terakhirnya, dengan nafas semput Lana tunduk memegang lutut sambil sebelah tangan menepuk-nepuk dada.
"Berani kau muncul depan rumah aku selepas kau malukan kami sekeluarga?!!"
Terjegil kepala ibu Aizaff di balik jendela yang terkuak luas. Wajah ketat masam mencuka dipamer buat tatapan Lana.
"Takk..dengar dulu makcik, semua itu cuma salah faham. Lana cintakan Zaff, makcik kenal Lana sejak kecil bukan? Lana takkan sanggup buat perkara tak senonoh makcik!"
"Tak sanggup buat? Habis tu yang aku nampak depan mata aku tu sekadar lakonan?!! Kau jangan ingat aku ni orang kampung, tak berpelajaran tinggi macam kau, kau boleh bodohkan ke hah?!!"
"Makcik, jangan macam ni..Izinkan Lana jumpa Zaff dan terangkan segala-galanya.."
"Sudahh!! Aku tak nak dengar!! Kau balik sekarang, aku tak sudi nak tengok muka tak tahu malu kau!! Jangan kau berani datang ganggu anak aku lagi, faham?!! Aku akan kahwinkan Zaff dengan Seroja, anak Haji Salleh..Seroja tu jauh lebih baik dari kau!! Pergi!!"
"Makcik! Tolong bagi aku jumpa Zaff!"
"Celakaa!! Tak faham bahasa kau ni ya!!" Ibu Aizaff menghilang sebentar dan muncul semua di jendela lalu menyimpah sebaldi air ke arah Lana.
"Makcik!!" Lana terjerit akibat terkejut.
"Perempuan tak tahu malu!! Kau cuma akan membawa sial kalau aku terima kau masuk dalam keluarga ni!!"
"Makcik!! Sampai hati makcik!" Lana berundur beberapa langkah sambil mengibas bajunya yang basah lencun.
"Kau pergi sekarang! Aku tak sudi tengok muka kau!!"
Lana tetap tidak berganjak walaupun badan mulai menggigil kesejukan. Dia perlu jumpa Aizaff, itu tekadnya!
"Makcik, tolong bagi aku jumpa Zaff..sekejap pun aku tak kisah..tolonglah makcik!"
"Kau ni memang dasar perempuan tak tau malu kan?!! Betina jalang!! Kau tunggu, jap lagi aku seret kau ni keliling kampung. Biar semua orang tahu bertapa tebal muka tembok kau, dah anak aku terang-terang tak mahukan kau, masih ada hati nak menempel!"
Bab seret keliling kampung tu buat Lana mulai jadi gerun. Teringat reaksi bapak kalau sampai menonton di depan mata keadaan itu. Mendengar pintu rumah Aizaff terkuak, Lana terus angkat kaki. Bukan bererti dia berundur, cintanya masih segah dan seagung Taj Mahal, namun kalau sampai bab menjatuhkan air muka bapak, itu memang cari nahas namanya huhu..Merbahaya pada tulang temulang Lana yang lembut dan rapuh huhuhu...
"Lana!! Dah nak jadi bini orang masih merayap ke sana sini kau ya?!!"
Arghh!!
Malang sungguh nasib badan, terserempak pulak dengan bapak di tengah jalan. Habis longgar tempurung lutut Lana sebaik mata bertatapan dengan sepasang mata menyala dipenuhi percikan api milik bapak.
"La..Lana nak..hantar nasi dekat bapaklah, apa pulak merayap.." Tergagap-gagap Lana beralasan.
"Ohh, nak hantar nasi tapi nasinya jatuh kolam ya?"
"Eh..mana ada!"
"Habis tu yang kau lencun sampai nampak apa yang sepatutnya hanya bakal suami kau lihat ni pehal?!! Apa kau berangan-angan nak jadikan semua anak muda di kampung ni menantu bapak ke hah?!!"
Lana genggam penumbuk erat-erat bila lihat Ryu Rozzan yang sedang membonceng motosikal di belakang bapak tersengih miang padanya. Bukan main sepasang mata gatal itu meratah tubuh Lana dari atas hingga ke bawah. Celaka sungguh!
"Kau pergi balik, tukar baju dan hantar makanan ke kebun, sekarang!!"
Arahan bapak umpama halilintar yang mampu mengusir semua hidupan berkaki menjauh, termasuklah Lana. Menikus Lana pergi tanpa toleh ke belakang lagi. Usai membungkus semua lauk pauk dan nasi, Lana kelam kabut bergerak menuju ke kebun bapak.
Di kejauhan, kelihatan Pak Samad sedang memberi tunjuk ajar pada Ryu bagaimana cara mengait buah kelapa sawit. Kebun Pak Samad ada beberapa ekar ditanam kelapa sawit dan selebihnya pula ialah pokok getah. Manakala isterinya pula mengerjakan sawah padi, taklah seluas kebun kelapa sawit dan kebun getah Pak Samad, sekadar cukup untuk bekalan mereka anak beranak, tak perlu buang duit untuk membeli beras.
"Asal bengap sangat ni? Buat malu kumpulan lelaki sasa jelaa! Tuu, yang kau perlu kait batangnya, bukan buah..Tengok tu, habis bertaburan buah sawit aku kau kerjakan..Tak ke membazir?"
Ryu Rozzan hanya mampu menahan rasa mendongkol dalam hati. Dia bukan berasal dari kampung, sudah tentulah kerja-kerja kebun dia memang tak reti.
"Dah..Jom kita rehat dulu. Tu hah, makanan pun dah sampai.."
Pantas Ryu menyerahkan sabit pengait buah sawit pada Pak Samad. Perut memang berkeroncong sejak tadi. Ryu melabuhkan punggung di atas tikar mengkuang agak uzur rupanya yang dibentang oleh Lana sebelum mulai menyusun bekas plastik berisi makanan di atasnya. Lana mengerling sekilas bila Ryu duduk di sebelahnya.
"Jemputlah makan..lepas ni kita ke bendang pula. Bantu bakal ibu mentua kau tu tanam pokok padi."
Tersedak Ryu mendengar kata berupa arahan tegas Pak Samad..Aduh! Jadi bila dia boleh balik sebenarnya ni? Ke Pak Samad memang bertujuan mahu dia terus tinggal di kampung ni dah jadi kuli di kebun?
"Pak, Ryu kan nak balik cepat untuk bincang dengan keluarganya..Tak perlulah bawa dia ke bendang. Lagipun, ibu kan upah beberapa muda mudi di kampung untuk tolong?" Keberanian Lana lari entah ke mana sebaik sahaja menerima renungan membunuh bapak. Kecut perut jadinya.
"Budak ni harus menyesuaikan diri dengan pekerjaan di kampung, dah nak jadi suami kau kan.. Tanggungjawab bapak menurunkan ilmu yang penuh hingga senak dada bapak pada dia. Niat bapak satu saja, biar cukup ilmu di dada supaya walau di mana pun kaki dipijak kelak, dalam apapun keadaan, kamu sekeluarga bisa meneruskan hidup."
Ryu angguk, turut bersetuju dengan kata-kata Pak Samad sambil mulut rancak mengunyah makanan. Dia memang sangat lapar, dahlah semalaman memandu tanpa menjamah apapun, dari pagi dihurung masalah hingga makan pun tak sempat. Malang sungguh nasib bertemu dengan Lisa Alana ni!
"Dah siap? Jom anak muda, tunjukkan keperkasaan kita di depan wanita-wanita dekat bendang tu hahahaha..."
Ya Allah!!
Lana cepat-cepat buang muka bila Ryu kelam kabut toleh ke arahnya dengan wajah bingung. Bapak..Bapak!! Kang tak mengaku bapa kandung, dikata derhaka..Nak mengaku..Malu bapak oii!!! Dengar cik puan Meliana, tidur di pangkin bapak malam ni bertemankan nyamuk dan cengkerik!
"Pa..Pakcik! Saya high taste orangnya..Pakcik jelaa pi, saya..tak berminat!"
Tersentak Ryu bila Pak Samad bingkas bangun..Pantas Ryu mengesot ke belakang, silap haribulan diterajang oleh Pak Samad, tak ke sia-sia?
"Laa..Kau tunjukkanlah kepada bakal isteri kau ni hah! Jangan kau mengada pula depan perempuan-perempuan muda di bendang tu..Aku yang lebih dulu belasah kau nanti, ada faham? Dahh, jom cepat!!"
"Ehh..Tak acilaa gitu bapak! Saya nak juga dikagumi, takkan bapak saja.." Ryu bingkas berdiri bila dengar perempuan-perempuan muda.
"Hahh! Kau dengar tu Lana? Dah nampak dah kemiangan bakal laki kau ni!"
"Aik..Bapak pula yang ajar tu, saya okay je.." Pantas pula Ryu menjawab.
Lana renung dua lelaki perkasa yang sudah bersiap-siap mahu pergi itu silih berganti. Bukan main bersemangat dua lelaki ni tau, sekejap je boleh jadi geng kalau pasal perempuan..emang dasar!!
"Takpe pak, kalau Ryu nak, Lana okay je..Kan lelaki boleh kahwin empat? Tu si Rogayah anak Pak Senin, dah lama teringin nak kahwin lelaki bandar yang kaya raya. Lana okay je kalau Rogayah tu jadi madu Lana."
"Hey..Kau cakap apa ni? Siapa nak kahwin dengan kau? Siapa nak kahwin empat?" Pantas siku Ryu menyenggol lengan Lana sambil berbisik dengan suara tertahan-tahan.
"Kau ingat aku terhingin nak kahwin dengan playboy ke? Aku dah ada kekasih dan bakal tunang, faham? Aku akan setia padanya hingga ke nafas terakhir.."
"Hah..Yakin sungguh kau Lisa Alana..Sure kau takkan jatuh cinta dengan aku?"
"Aku?!! Never Ryu Rozzan..Aku bagi peringatan siap sedia, hati aku ni dah dimiliki oleh lelaki lain. Kau..Jangan sesekali jatuh cinta pulak dengan aku tau..Aku taulah aku ni cantik, seksi..law...."
"Ehhh..stoopp!! Kau kata apa? Aku jatuh cinta pada kau? Jangan mimpi wahai gadis kampung, taste aku bukan macam kau!"
"Sure?!"
"100%, no doubt!"
Bola mata Lana dan Ryu bertaut agak lama, masing-masing memancarkan percikan api. Perang mungkin bakal tercetus!
“Hoiii!! Bapak tahu maksud pandang memandang korang tu!! Jangan nak menggatal di tengah kebun ya, gerak cepat sebelum bapak nikahkan korang kat sini!!”
ARGHHH!!!
So far berjaya ndak menggeleter hati korang? hihi, nk tahu jgk
Share this novel