BAB 26

Humor Completed 411630

“M..Mum! B..Buat apa kat sini?” Terkejut sampai tergagap-gagap Ryu dibuatnya.

Puan Sri Helena memandang sekeliling dengan wajah hairan. Kemudian, bola mata dipaku pada Ryu.

“Nak masak lauk makan malam.” Bengang!

Terkekek Tan Sri Danial di belakang mendengar jawapan sang isteri. Ryu mendesis penuh sebal.

“Siapa perempuan yang kau bawa ni Ryu? Lisa mana? Bukan korang keluar dating ke?” Bertalu-talu soalan dilontar. Bola mata meneliti gadis yang tunduk menekur lantai di belakang Ryu Rozzan, cantik budaknya..Hati memuji..

Ryu telan air liur. Cuba berlagak setenang mungkin sambil otak giat berfikir harus dijawab apa supaya kedua orang tua tidak merasa curiga nanti.

“Maaf, nama saya Lana. Saya pembantu peribadi Tuan Ryu.” Lana bertindak pantas menyelamatkan keadaan. Ryu menghela nafas lega.

“Oh..Dating pun kena bawa PA ke Ryu? Tak melampau ke buat macam tu pada Lisa?” Panas telinga mendengar perlian pedas Puan Sri.

“Tak, bukan macam tu puan. Tuan Ryu minta saya menghantar fail je. Saya kebetulan dah nak balik dah ni, cuma nak ambil sesuatu dalam kereta tuan Ryu.”

Renungan mendalam Puan Sri benar-benar buat seketul Lisa Alana resah. Sebijik macam emak Aizaff huhu..Bezanya Puan Sri ni macam retis, hanya ada seutas rantai mutiara tulen berbuahkan berlian menghiasi leher manakala mak Aizaff pula macam datin terkejut tiba-tiba jadi kaya, emas penuh di leher dan pergelangan tangan.

“Lisa mana?” Puas menilik, bola mata berkalih ke arah Ryu.

Ryu mendengus perlahan.

“Lana!! Wait for me!!” Jeritan Aizaff dari arah belakang benar-benar membuatkan Lana menghembus nafas lega.

Hanya Ryu yang mulai terasa bahang panas membakar jiwa. Dijeling penuh sebal Aizaff Nafees yang kelihatan berlari anak mendapatkan Lisa Alana.

“Mummy…Papaaaa…” Suara manja Aileen Qarlisa berdengung di corong telinga, membuat perut mulai memulas dan menimbulkan keinginan untuk muntah! Lana pula yang panas hati.

“Lisa..” Puan Sri Helena mengukir senyum lebar.

“Macamana dengan makan malam? Bersunggguh nak jemput mummy dan papa tup-tup Ryu bersama perempuan lain pula dah!” Tak habis-habis lagi nampaknya Puan Sri memerli!

Mati terus senyuman manis Aileen Qarlisa. Lana dan Ryu kelihatan kekok, masing-masing menekur lantai.

"Eh takdelah mummy. Ryu memang bersama Lisa sejak awal lagi. Kebetulan terserempak dengan pekerja Ryu dengan boyfriend dia kat sini, tu je.." Sengaja ditekan kuat perkataan boyfriend tu, nak bagi semua orang dengar kot!

Bengkak hati hingga mencanak naik sumpah seranah dalam dada Lana. Puan Sri mengerutkan dahi. Wajah Ryu dan Aileen Qarlisa ditenung silih berganti. Qarlisa pantas memaut manja lengan Ryu. Mahu berpura-pura kelihatan mesra di depan Puan Sri.

"Haii, tadi kata lain..Sekarang lain pula ceritanya ya..Ada apa-apa ke yang mummy tak tahu Ryu Rozzan?"

Lana menjeling penuh sebal ke arah Ryu yang masih bertegas mahu mengunci mulut. Gatal benar hatinya saat itu mahu menceritakan kebenaran, geram melihat Ryu seperti dibawah kuasa pukau..Bingung-bingung!

"Apa maksud mummy? Betullah apa yang Lisa cakap, tak tipu tau.." Masih bernada manja suara lunak itu dilontar.

Puan Sri nampak tidak puas hati lalu melangkah menghampiri Ryu. Wajah anak tunggalnya itu ditilik agak lama.

"Ryu...Kau masih ke hulu ke hilir dengan anak dara orang ke?"

Berubah terus wajah Ryu Rozzan.

"Apa mummy cakap ni? Ryu tak sekeji itulah mummy.."

Nampaknya jawapan Ryu tidak mampu memuaskan hati Puan Sri. pandangan diarah ke Lisa Alana. Langkah dibuka mendekati Lana dengan mata mencerlung seperti seekor helang.

"Siapa nama cik tadi..Lana eh?"

Lana angguk menahan debar yang memukul kuat dada.

"Cik sukakan anak saya ke?"

Bola mata Lana naik menentang bola mata Puan Sri.

"Seperti yang saya bagitahu, tuan Ryu adalah boss saya. Hubungan kami di luar hanyalah terhad sebagai boss dan pekerja sahaja." Jujur benar Lana menjawab, ayat yang sama pernah meniti di bibir Ryu Rozzan.

"Itu tak menjawab soalan saya Lana." Sinis suara dilontar.

"Saya hormat tuan Ryu sebagai boss, menyukai tuan sebagai boss..Itu sahaja yang dapat saya simpulkan mengenai perasaan saya pada tuan Ryu, puan."

Puan Sri melakar senyum senget. Ada riak puas hati pada wajah.

"Bagus kerana untuk pengetahuan kau, Ryu bakal berkahwin dengan Lisa. Mungkin lepas kahwin nanti, aku akan suruh Ryu pecat kau dan digantikan dengan pekerja lelaki. Aku tak nak ada sesiapa menganggu mereka berdua.. Kau seorang perempuan, kau pasti faham maksud aku kan? Penyondol ada di mana-mana, kena lagi macam anak aku ni.. Bukan reti nak menolak! Asyik melayan je."

Lana tunduk mengigit bibir. Penyondol? Siapa penyondol sebenarnya?!! Sakit sungguh hati, bertambah-tambah sakit bila Ryu memilih untuk berdiam diri terus. Tak terfikir langsungkah lelaki itu untuk bersuara dan cuba membela dia dari terus dicemuh oleh Puan Sri?

"Ya puan, saya faham. Tapi sebagai seorang perempuan yang cukup mendapat didikan dari mak ayah saya di kampung, saya takkan merendahkan maruah sampai mahu menggoda laki orang. Bukankah tidak adil puan terus mengadili saya hanya kerana saya pembantu tuan Ryu?"

Terbeliak bola mata Puan Sri bila dijawab pedas oleh Lisa Alana. Berani sungguh! Puan Sri merapatkan wajah, merenung sinis pada Lana.

"Setiap perempuan mahu kesempurnaan dan aku yakin..Kau juga tak terkecuali Lana!"

Lana menyungging senyum sinis.

"Sempurna? Maksud puan Ryu Rozzan definisi sempurna? Noo puan..Ryu Rozzan adalah definisi dayus yang sebenar!"

"Hahaha..That's it young girl..I second you!!" Gelak tawa bergema, seiring dengan bunyi tepukan tangan.

Lana mengerling. Tan Sri Danial!

Puan Sri Helena memaku pandangan tajam menikam ke arah suaminya. Tan Sri Danial menghabiskan sisa tawa lalu mengenit mata pada Lana. Dalam diam, dia sebenarnya tak setuju dengan tindakan isteri yang sibuk mahu campur urusan anak tunggal mereka, cuma saja dia malas bersuara kerana pastinya bebelan panjang lebar bakal diterima.

"Kau kata anak aku dayus? Lelaki yang memberikan kau sumber pendapatan setiap bulan itu kau kata dayus? Berani sungguh kau kutuk anak aku!"

"Anak puan memang lelaki paling dayus pernah aku jumpa! Hanya berani mempermainkan wanita tetapi tidak berani berhadapan dengan risiko malah melarikan diri! Aku baru sedar, seharusnya sejak dari mula aku tak patut ikut melibatkan diri dalam permainan lelaki dayus itu!" Bila diri mulai dikuasai amarah akibat penghinaan, keberanian membuak-buak entah datang dari mana.

"Stop it Lisa Alana!!"

Ahh..Finally! Akhirnya dia dengar juga suara lelaki itu, tak bisu lagi rupanya! Lana menjeling sinis ke arah Ryu. Pandangan mereka bertaut.

"Or else what? What can you do Ryu Rozzan?! Kedayusan kau semakin lama semakin buat aku meluat!! Sampai bila aku kena bertahan Ryu? Sampai bila aku kena telan penghinaan disebabkan kau?!!" Jeritan nyaring Lana nyata menarik perhatian orang awam yang berada di situ. Masing-masing berbisik sesama sendiri membuat spekulasi.

Puan Sri merasa tercabar bila anak kesayangan dihina sedemikian rupa.

PANG!!

Terteleng kepala Lana menerima tamparan deras tapak tangan Puan Sri. Terus merah menyala sebelah pipi.

"Mummy!!!" Ryu terjerit panik.

"Kurang ajar!!! Berani sungguh kau hina anak aku!"

Lana menengadah, menentang bola mata Puan Sri dengan pandangan marak berapi. Sebelah tangan naik menekup bekas tamparan Puan Sri di pipi.

"Saya takkan kurang ajar kalau tak dihina tanpa usul periksa dahulu puan!! Saya diajar untuk menghormati orang yang lebih tua, tapi tak diajar untuk membiarkan maruah diri dipijak sesuka hati!!""

"Kau!!!" Sebelah tangan naik tinggi, mahu melempang sebelah lagi pipi Lana.

Ryu Rozzan meluru, mahu menghalang!

"Stop it Puan Sri!!!" Sebuah tangan sasa mencengkam keras pergelangan tangan Puan Sri Helena lalu ditolak kasar menjauhi wajah Lana tanpa sempat tapak tangan Puan Sri hinggap di pipi mulus Lana.

Langkah kaki Ryu Rozzan terhenti. Bergerak rahang menahan rasa marah dan cemburu yang datang sekaligus.

"Kau siapa pulak ni?!!" Terjerit kecil Puan Sri, kemarahan semakin membuak-buak bila tidak berjaya dilampiaskan melalui tamparan yang terhalang tadi.

"I'm Lana's boyfriend, Aizaff Nafees! And let me make it clear..What Lana said just now, semuanya benar puan. Ryu Rozzan adalah lelaki terpaling dayus pernah aku jumpa. Jangan risau, Lana dah letak jawatan pun. Dia takkan kembali semula kepada kau Ryu Rozzan. Aku akan pastikan itu!!" Aizaff Nafees berdiri betul-betul membelakangi Lana, cuba melindungi Lana dari terusan diserang oleh Puan Sri Helena. Sempat beradu pandangan berapi dengan Ryu Rozzan yang seolah mahu menelan Aizaff saat itu!

Ya! Tidak dinafikan, Lisa Alana benar-benar sebak dengan tindakan tak terduga dari Aizaff Nafees.

Terus otak dengan lajunya buat kerja, memutarkan kembali kenangan lama di layar kaca mata! Aizaff Nafees adalah orang pertama yang selalu tampil membela dia, termasuklah dari serangan ibu Aizaff sendiri..Ahh, mengapa perlu dikenang memori lama itu? Pantas diusir kenangan itu dari layar minda. Air mata yang bergenang di tubir mata diseka perlahan.

Tanpa mereka semua sedari, ada seseorang yang sedang marak terbakar berhampiran dengan mereka berdua. Merenung tajam silih berganti pada Lana dan Aizaff dengan bola mata dipenuhi percikan api.

"Hahh!! Padan betullah korang berdua ni ya. Saling bersokong-sokong pulak tu. Baiklah, kalau kau bukan pekerja Ryu lagi , mulai hari ini aku tak benarkan kau berada dekat dengan Ryu Rozzan. Anak aku tak perlukan seorang perempuan yang kurang ajar macam kau ni!!"

"Betul tu mummy, perempuan ni memang kurang ajar. Sejak pertama kali Lisa jumpa dia dekat pejabat Ryu hari tu, dia memang berlagak dan suka hati mengherdik Ryu tau.." Aileen Qarlisa tiba-tiba mendekati sambil memaut manja lengan Puan Sri, sengaja menyimbah gasoline pada api yang tengah marak.

Bertambah meluat Puan Sri mendengar kata-kata Aileen Qarlisa. Rasa macam mahu diganyang-gayang perempuan yang bernama Lana itu. Berani betul budaknya, tak padan sungguh dengan wajah cantik penuh ayu itu!

"Mummy!!" Ryu mendekati.

Terkejut Puan Sri melihat wajah tampan anak kesayangannya seperti barusan keluar dari ketuhar. Merah padam!

"Kenapa ni? Kau sakitke Ryu?" Risau nada suara Puan Sri.

Ryu ketap rahang. Ya!! Sakit mummy, sakit hati yang teramat!!! Hati kecil menjerit!

"Ryu takkan pecat Lisa Alana mummy!!" Tegas dan penuh konfiden, tak sedikitpun memandang ibu di sisi, pandangan lurus dan tajam terpaku ke arah Lana yang terlindung di sebalik tubuh sasa Aizaff.

Bertambah bengkak hati bila wajah Lana tidak dapat dilihat. Entah setan apa yang merasuk, tubuh Aizaff ditolak kasar ke arah sisi. Terkejut semua jasad yang berada di situ melihat kelakuan Ryu. Aizaff hampir hilang keseimbangan, mujur tidak sampai jatuh menyembah lantai. Celaka Ryu!

"Aizaff!" Lana menerpa ke arah Aizaff. Sempat menjeling penuh sebal ke arah Ryu, buat seketul Ryu semakin terbakar.

Belum sempat mendekati Aizaff, lengan Lana disambar kasar oleh Ryu.

"Aku tak benarkan kau dekat dengan Aizaff Nafees Lisa Alana!!" Lontaran suara padu dan penuh ketegasan itu membuatkan semua mulut yang ada di situ hampir terlopong.

Lana terus ditarik merapat ke arah Ryu. Aizaff mara lalu menarik sebelah lagi lengan Lana.

"Kau yang tak layak dekat dengan Lana Ryu Rozzan! Lepaskan Lana!! Aku kata..Lepas!!" Aizaff menarik Lana ke arahnya.

Ryu Rozzan semakin berang. Kaki mulai naik menendang tangan Aizaff yang sedang memegang lengan Lana.

"Kau tu yang patut lepaskan Lana Aizaff!!! Kau yang tak layak!! Kau yang dayus dan curang di belakang Lana setan!!!"

"Hoii!!! Korang dah gila ke hahhh?!!" Lana mula menjerit panik bila badan terteleng kejap ke kiri kejap lagi ke kanan. Matilah..Jap lagi pasti tercabut pangkal lengan dia ni!

Malangnya, jeritan Lana langsung tak dipedulikan. Tiada tanda-tanda penampakan bahawa Ryu dan Aizaff akan berhenti menggila.

"Ryu!! Kau buat apa ni? Lepaskan perempuan tu!! Ryu Rozzan!!" Jeritan mengamuk Puan Sri juga seperti angin lalu, langsung tak dipedulikan.

“Kau jangan sentuh Lisa Alana!! Lepaskan Lana aku sekarang Aizaff Nafees!!" Tendangan Ryu berjaya dielak.

Aizaff mulai membalas, mengayun laju kaki ke arah Ryu.

"Don't kidding me!! Lana aku kau kata?!! In your dream Ryu Rozzan!!"

Tendangan Aizaff tepat mengena sasaran. Terbongkok sedikit Ryu akibat tendangan tepat mendarat di tulang rusuk. Sebuah erangan kecil terletus dari bibir. Ryu bingkas menegakkan badan dan bersedia mahu membalas serangan Aizaff.

"STOP IT idiots!! Tak maluke semua orang tergelak tengok?!!" Herdikan dari suara besar dan parau itu ternyata berjaya membuatkan Ryu dan Aizaff terkaku.

Tan Sri Danial yang sedari tadi hanya diam memerhati akhirnya mula mencelah bila melihat keadaan sudah hampir tidak terkawal. Lana terlebih dulu dihampiri lalu lengan Lana ditarik menjauhi dua jejaka yang terus diam membisu itu. Hanya pandangan berlaga dipenuhi percikan api.

"Kau tak apa-apa?" Tan Sri Danial bertanya penuh prihatin, jauh berbeza bagai langit dengan bumi dibandingkan dengan Puan Sri.

"Saya okay tuan, terima kasih." Terus dijawab penuh sopan santun.

Setelah puas hati menilik keadaan Lana, Tan Sri maju merapat ke arah Ryu.

"You need to explain this Ryu Rozzan. Kau tidak pernah bersikap seperti ini! Macam budak-budak berebutkan makanan!! Kita keluarga dikenali Ryu..Kau tak malu ke?" Ketegasan suara penuh dominan Tan Sri Danial bukan sahaja mengecutkan seketul Ryu Rozzan, malahan Aizaff dan Lana turut kecut perut mendengarnya.

"Let's all be seated and talk about this." Arahan Tan Sri seperti punya kuasa magnet, menarik semua yang ada di situ untuk mengekori Tan Sri tanpa sepatah kata.

Akhirnya, semua mereka duduk semeja. Tan Sri Danial, Puan Sri dan Ryu duduk sebaris manakala bertentangan dengan mereka adalah Aileen Qarlisa, Lana dan Aizaff Nafees.

"I want to hear the truth, only the truth..Nothing more, nothing less..You may begin now Ryu Rozzan!"

Ryu telan segumpal air liur. Sempat dikerling ibu di sebelah.

"Mu..Mummy..Are you ready to hear this? Mum ada bawa ubat sakit jantung mum tu tak?"

Puan Sri menjeling sebal. Bertuah punya budak!! Taulah dia lemah jantung, tapi takat hal remeh temeh macam ni dia boleh je hadap! Bibir terherot tinggi..Benar-benar yakin dengan kemampuan diri sendiri.

"Mummy..Papa..Sebenarnya Ryu dan Lana....."

"Jap!! Berhenti dulu Ryu Rozzan..." Lana dengan pantas mencantas, membuat Ryu terus tertelan air liur. Kacau ah minah ni!! Tak tahu ke bertapa susah payah dia bina keberanian untuk menceritakan hal sebenar..Hishh!!

"Puan...Puan ada sakit jantung ke?" Lana mulai dipagut kerisauan.

"Setakat kau, aku takkan mati!" Amboi, kasarnya bahasa!

"Kalau ianya berita mengejutkan, puan boleh terima ke?" Duga Lana lagi.

Puan Sri mencebik. Dipandang Lana dengan wajah penuh meluat.

"Apa je berita mengejutkan setakat gadis kampung macam kau ni? Kau dan Ryu dah kahwin senyap-senyap? Hahahaha...Itu mustahil bukan?!! Dalam mimpi kau pun takkan terjadi!!" Penuh riak suara dilontar, siap jeling Lana atas bawah sambil pamer wajah mengejek.

Lana mengeluh dalam hati. Mak Ryu dan mak Aizaff ni memang sebijik perangai, kalau bertemu pasti jadi geng bawang ranger digeruni!

"Mummy..Ryu dan Lana dah menikah pun, tak mimpi..Ini realiti.."

"Hahaha..Bravo my son! I knew it!! It's so obvious..Mak kau je yang buta.." Tan Sri Danial bingkas berdiri lalu bertepuk tangan.

Terbelalak mata Puan Sri. Tak mampu berkata apa-apa kerana rahang terasa kejung akibat mulut yang ternganga luas! Nafas tiba-tiba jadi semput, dada naik turun dengan laju.

"Mummy!!"

Cian mak Aizaff, asyik disebut² ekekeke

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience