Kemunculan Lisa Alana di pejabat Ryu Rozzan tidaklah meributkan pekerja di situ. Hampir semuanya sudah mengenali Lana sebelum ini. Gadis yang selalu dijadikan kambing hitam oleh boss playboy mereka.
“Apa jadi pada Lisa eh? Agaknya boss dah goreng sotong kut, gedik sangatkan. Kita yang melihat pun boleh berbulu mata.” Lana dengar je suara-suara sumbang pekerja di situ, tapi dia buat-buat pekak.
“Wait!” Pintu lift hampir tertutup bila satu tangan kekar berurat menahan. Semua yang berada di dalam lift masing-masing mengesot ke tepi sebaik saja melihat Ryu Rozzan masuk. Hanya Lisa Alana diam tidak bergerak. Buat-buat tak nampak!
Ryu Rozzan sempat mengerling sebelum pandangan diluruskan ke depan. Lift terus bergerak dan memuntahkan penghuni di setiap tingkat hinggalah akhirnya hanya tinggal mereka berdua menuju ke tingkat paling atas, iaitu tingkat presiden.
Lana membiarkan Ryu keluar dahulu. Setelah itu, barulah dia keluar dari perut lift. Langkah terhenti di meja yang suatu ketika dahulu pernah jadi miliknya, sebelum digantikan oleh Aileen Qarlisa. Tercebik terus bibir Lana. Tak sudi nak duduk di bekas kerusi yang pernah Qarlisa duduki!
“Check my schedule for today!” Arah Ryu dingin lalu terus masuk ke dalam biliknya.
Tanpa mempedulikan arahan Ryu, Lana menarik kerusi beroda di kaki itu menuju ke lift. Dia mahu ke stor peralatan di tingkat bawah untuk mengambil sebuah kerusi baru.
“Cik Lana, nak bawa kerusi tu ke mana?” Tegur salah seorang pengawal keselamatan dengan mesra. Lana memang biasa dengan semua pekerja di situ. Hampir semua pekerja di situ pernah Lana paksa jadi rakan sekomplot demi mahu menipu para teman wanita Ryu suatu waktu dahulu.
“Nak ganti baru bang, tayar kerusi ni dah hampir nak tercabut.” Ya, dia menipu demi kesejahteraan jiwa.
“Laa, asal tak minta bantuan? Biar abang tolong tukarkan dengan kerusi baru.”
“Eh takpe bang, tak susah pun. Biar saya je buat.” Lana menolak dengan sopan lalu meneruskan perjalanan. Stor peralatan terletak di bangunan belakang. Memang agak jauh sedikit, tapi dia tak kisah sebenarnya.
Tubuhnya dah dimanjakan oleh Fiona dan Haraees hingga mulai kelihatan montel. Dia perlu keluarkan peluh sekali sekali jugak kan? Mengandung tak semestinya tak boleh exercise, cuma kena hati-hati. Paling baik, tanya pakar sebelum buat. Teringat pula keadaan di kampung, semakin nak bersalin semakin galak pula masuk bendang atau ke kebun, mempermudahkan proses bersalin kata orang tua-tua.
Setelah mengambil sebuah kerusi dari design yang sama dan masih berbungkus plastik, Lana terus keluar dari bangunan stor dan kembali menuju ke lift sambil menarik kerusi beroda tersebut. Tercungap-cungap, semput nafas! Lana pegang perut sambil mengatur nafas. Sejak berbadan dua, dia cepat penat.
Sebaik saja pintu lift terbuka, tersembul wajah seperti harimau kehilangan anak Ryu Rozzan! Terus bercekak pinggang sebaik sahaja bola mata bertaut dengan Lisa Alana!
“Dammit Lana! What are you doing here?!” Tercengang-cengang Lana bila diteriak oleh Ryu Rozzan. Dia salah apa cuba? Ini dikira curi tulang ke? Syukurlah kan dia tak menyusahkan sesiapa dan lakukan semuanya sendiri.
Bernanah-nanah hati bila ada saja kesalahannya di mata Ryu Rozzan.
“Kerusi tu untuk apa hah?! Kau tinggalkan kerja kau kerana kerusi hodoh tu?” Sekali lagi Ryu meneriak, bergema hingga beberapa pasang mata yang ada di situ memaku pandangan ke arah mereka berdua.
Pelupuk mata mulai memberat dengan takungan air mata. Ah! Lana pujuk hati. Takyah nangis untuk lelaki hantu macam Ryu Rozzan. Malangnya, semakin dipujuk semakin pula bergenang hingga empangan akhirnya pecah dan air mata berguguran jatuh ke pipi. Sensitif betul!
Ryu mendengus kasar lalu membuang pandangan bila lihat Lana tunduk sambil mengesat air mata. Punat lift dihentak kuat. Pintu besi itu menggelonsor ke sisi.
“Masuk!” Arah Ryu dengan kasar. Lana hanya bergeming, buat-buat tak dengar. Kembung hati awal-awal lagi dah makan tengkingan Ryu.
“Pekak?!” Sekali lagi Ryu menjerit. Lana pusing lalu ditarik kasar kerusi beroda di kaki warna merun. Sengaja dirempuhnya tubuh Ryu. Menyangkut sekejap, Lana tarik sekuat hati hingga Ryu terjerit nyaring! Padan muka, biar hancur tulang tapak kaki tu.
“Ooops, sorry boss…tak nampak pula! Sejak bila boss ada situ ek?” Lana paling wajah menatap Ryu lalu dilempar sebuah sengih dewa kejahatan.
Ryu Rozzan hampir terlompat-lompat menahan sakit digilis oleh kerusi berkaki besi itu.
“Lanaaa!!!” Pintu lift tertutup tanpa sempat dihalang oleh Ryu.
Sesampainya di tingkat presiden, kaki melangkah laju menuju ke mejanya. Jadual kerja Ryu diteliti sebentar, memeriksa beberapa appointment penting juga menyediakan dokumen yang berkaitan.
Ryu muncul tidak lama kemudian lalu menonong masuk ke dalam pejabat. Lana buat-buat sibuk, tak mahu memandang lelaki tersenget kedudukan otak itu.
“Lana, clearkan semua appointment aku tengah hari nanti. Tempah jambangan ros dan hantarkan ke Grand Itallian masa lunch nanti. Tempah meja di restoran tu, table for two.” Arahan Ryu melalui peti suara interkom dengan pantas disalin semula oleh Lana di atas post it note. Takut terlupa!
“Lana! Tempah table for two untuk dinner jam lapan kat Hilton. Tempah bunga lily untuk dihantar ke situ.” Selang beberapa minit, suara Ryu bergema lagi. Laju jemari Lana menggerakkan pen di atas kertas.
Lana diam sejenak, menunggu arahan selanjutnya kalau ada. Supaya senang, sekali je nanti dia buat kerja.
“Lana! Kau dengar tak ni? Bisu? Tak reti nak jawab?!” Terbiut-biut bibir Lana memaki tanpa suara.
“Itu saja ke boss?” Lana jawab mahu tak mahu!
“Buat appointment dengan Tengku Arianna Dato Mislan untuk lunch dan Jeslina Tan Sri Razman untuk dinner!” Lana gigit bibir bawah. Ini urusan bisnes lagi ke urusan menggatal?
“Baik boss.” Cekalkan hati jela Lana! Setelah semua yang diarahkan oleh Ryu dia selesaikan, Lana mulai menyusun atur semula jadual Ryu. Terpaksa dihubungi beberapa klien penting untuk membuat temu janji baru.
“Lana! Tukar, tak jadi dengan Arianna. Gedik nak mampus! Buat temu janji dengan Puteri Savannah, anak tunggal Armani Group!”
“Lana! Kansel dengan Rosie, pisau cukur! Aku nak…”
“Lanaaa!!! Rejek! Rejek! Rejek!!!”
Nak nangis berguling-guling atas lantai ni hah! Dasar playboy otak senget! Mengapa tak mampus je masa eksiden hari tu? Ni hidup pun hanya menyusahkan orang buat apa.
Baiklah, nak tunjuk sangat diri tu playboy kan? Lana merenung tajam pintu bilik pejabat Ryu. Kalau saja pandangannya itu punya kuasa, pasti dah terbakar daun pintu tu! Biar Lisa Alana anak pak Samad ajar lelaki otak senget tu!
“Lisa Alanaaa!!!”
Hampir terlompat Lana yang sedang curi-curi menonton drama Korea dalam henfon yang disembunyikan di bawah laci meja kerja.
“You did it again kan?!!!” Ryu Rozzan bercekak pinggang, menyembur dengan suara lantang mengegarkan corong telinga.
Lisa Alana memaniskan senyuman. Dengan wajah buat-buat tak tahu pulak tu! Memang cari pasal!
“Apa ni boss tuduh-tuduh? Tak baik tau..Saya buat apa pula? Semua kerja dah settle kan?” Senyum semanis gula apong dileretkan.
Licik!
“I clearly said Natasha! Not Esha or Deena or Sandara!!! Kau ni dah kenapa Lana? Otak kau letak dekat lutut ke apa? Arahan aku susah sangat ke untuk otak lembab kau tu cerna hah?! Aku kata send flowers and lunch invitation to Natasha Emma kan? Kan?! Yang kau pergi send dekat semua minah-minah tu pehal hahh?!!! Now mereka semua ada dekat bawah tunggu aku. Bengang ahh!!!”
Haahh, tau takpe! Yang kau gatal sangat pasang spare sana sini tu pehal? Hati mati-mati mengutuk. Dasar boss gatal nak mampus!!
“Alaa, susah apa bossku, rembat jelaa semua lunch semeja dengan boss. Glamer apa? Tak pernah dibuat lagi tau, kalau boss berjaya pasti boss masuk Malaysian Book Of Record… The first playboy keluar dating bersama para teman wanitanya. Hemm…pasti havoc satu Malaysia ni!”
Bukk!!!
“Aduhhh!!!”
Lisa Alana gosok dahi yang diketuk kuat oleh Ryu Rozzan. Kejam! Wajah tampan di depan semakin menyinga, dah macam drakula kehausan darah segar…menyeramkan!
“Ikut aku!”
Tangan Lisa Alana disambar lalu ditarik kasar menuju ke arah pintu lift.
Arghhh!!! Dapat dia agak niat jahat yang tersembunyi di sebalik seraut wajah tampan itu.
Seperti diduga, kemunculan Lisa Alana bersama Ryu Rozzan di lobi syarikat gah perkasa milik lelaki itu mengundang suasana tegang, terutama buat para gadis yang sedang menunggu lelaki itu.
Malapetaka betul hantu hijau otak senget ni!
“Ryu Rozzan!!!”
Sekelip mata, Ryu dikerumuni hingga Lisa Alana mengesot ke tepi. Berbulu mata lihat Ryu dipeluk, saling bertolak-tolak siapa dulu dapat sentuh mamat tu dulu. Macam budak berebut makanan! Tak sanggup nak tengok. Memalukan kaum wanita je!
“Heyy! Stop! Are you guys crazy?” Ryu mulai gelabah.
Kah kah kahh! Padan muka kau Mr playboy!
“Lisaaa Alanaaa!!!” Terus menjerit panik bila seketul badan sasa itu mulai jadi rebutan, ditarik ke kiri ke kanan, macam menyaksikan pertandingan tarik tali!
Sengaja dibiarkan untuk beberapa ketika, sebelum memanggil sekuriti. Kasi pengajaran sikit playboy tu. Aktiviti rebut-merebut akhirnya terlerai bila beberapa pengawal keselamatan datang.
“Damn!!!” Maki Ryu Rozzan sambil memperbetulkan kemeja yang senget dan berkedut. Rambut kusut diselak ke belakang, dikemaskan guna jemari.
“Semua ini pasal kaulahh!” Marah Ryu dengan bola mata menyala tercerlung ganas ke arah Lisa Alana. Salah dia lagi ke? Salahkan ulat bulu yang asyik memanjat daun tu, siapa suruh gatal sangat kan!
“Tenang aje boss, jadi rebutan gadis cantik dan seksi, okay apa?”
“Kau memang sengaja kenakan aku kan?”
“Ehh mana ada, tak baik tuduh-tuduh tau…”
Ryu tarik tangan Lisa Alana. Dibawa mendekati gadis-gadis yang sedang memandang ke arah mereka dengan wajah menyinga.
“Ladies...I’m so sorry. But I need to tell you this…” Lisa Alana ditarik kuat hingga tubuh merempuh tubuh sasa Ryu Rozzan. Bola mata Lana terkuak luas. Something fishy dengan cara Ryu menatap dia.
“I’m taken…by this pretty lady!” Tangan Ryu mencengkam belakang kepala Lisa Alana.
Chup!
Bibir mereka bertaut. Tanpa kerelaan seorang Lisa Alana, tanpa sempat mengelak! Semua berlaku sekelip mata. Membulat terus bola mata Lisa Alana!
Ryu menarik bibir lalu melakar senyum nipis penuh kepuasan. Lisa Alana masih terpegun, kaku tak bergerak!
“Ladies, meet my wife, Lisa Alana…”
Setan!!!
Bola mata mencerlung mengiringi langkah kaki Ryu Rozzan. Dada yang berombak keras dipegang perlahan. Memang celaka! Mengapa ada getar lain macam dalam hati? Lisa Alana! Get a grip! Jangan tewas dengan hanya satu ciuman yang tak ikhlas itu.
“Perempuan sial! Berani kau rampas Ryu Rozzan?!”
Ah sudah!
Baru tersedar keadaan diri yang terdedah pada bahaya. Arghh! Boss hantu hijau tu dah lari tinggalkan dia seorang diri! Nak lari dah tak sempat. Pasrah di situ, menunggu malapetaka bergolek datang.
Sedar diri dah dikerumuni, takde sikit ruangpun untuk melepaskan diri, Lana terus duduk mencangkung. Apapun terjadi, perut jadi keutamaan untuk dilindungi.
“Ladies!!! Get off her in a count of three or you will ended up in jail! Three…two…”
Dia dia juga muncul jadi penyelamat huhu…
Dua lelaki berpakaian seragam putih yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ datang menyuruh gadis-gadis itu beredar dari situ. Ada yang enggan, terus diheret kasar. Ryu Rozzan berdiri di hadapan Lana sambil bercekak pinggang.
“Yang kau berlagak macam hebat je, macam kuat je menunggu dibelasah tu pehal? Takde kaki nak lari?”
“Tak! Aku tahu boss sayanggg sangat dekat aku. Boss pasti datang selamatkan aku kan?” Sambil meleretkan senyuman manis yang dipaksakan, Lana bangun menegakkan badan.
Terjongket sebelah kening Ryu. Otak tiba-tiba blank! Melihat Lana sudah jauh di hadapan, Ryu mengejar pantas.
“Lana!” Lana menoleh sekilas. Ryu sudah berada di sisi, menyaingi langkah kaki Lana.
“Kita dua jela lunch dan dinner! Sayang pula tempahan yang dah terlanjur dibuat tu!”
Ahhh…Stail baru Ryu Rozzan ke tu?
Share this novel