BAB 2

Humor Completed 411630

Suasana di rumah kayu sederhana besarnya itu kelihatan sungguh meriah. Dua buah kanopi besar yang dipasang di halaman luar rumah nyata masih tidak mampu memuatkan tetamu yang tak henti berkunjung tiba. Para wanita, tak kira tua muda berkumpul di belakang rumah, masing-masing kelihatan sangat sibuk. Ada yang tak henti-henti menggaul lauk dalam kawah, menambah kayu api di bawah kawah, tidak kurang juga yang sibuk membasuh periuk belanga dan pinggan mangkuk. Berpeluh-peluh, sampai berkepuk-kepuk bedak di wajah.

Begitulah suasana di kampung bila ada majlis ataupun kenduri. Masyarakat di sini masih kekal mengamalkan adat tradisi yang diwarisi turun temurun, sentiasa ringan tulang datang membantu menyumbangkan tenaga seikhlas hati, tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Suasana bertambah riuh bila tetamu yang dinanti datang. Tiga buah kereta keluaran tempatan terparkir di luar pagar, memuntahkan manusia-manusia berpakaian kemas, segak dan bergaya. Di tangan masing-masing menjinjing bakul rotan yang dihias indah. Kemunculan seorang pemuda berpakaian kemas, kemeja satin warna putih bersih dengan seluar slack warna hitam pekat mulai menjadi perhatian ribuan mata yang ada di situ.

Jejaka yang menjadi rebutan gadis, nyata telah mematahkan ribuan hati yang mengharap bila memilih untuk bertunang dengan gadis yang dicintai. Tinggi, berbadan sasa dan wajah terukir sempurna..Bakal doktor lagi, siapa tak nak kan? Malangnya, cinta yang telah lama bersemi dalam jiwa tidak mampu digoyahkan oleh mana-mana gadis yang cuba mendekati.

Itu adalah penerangan terbaik mengenai suasana di luar rumah. Namun, berbeza pula suasana di dalam rumah. Keriuhan di luar langsung tidak mampu mengalihkan perhatian manusia-manusia yang sedang berkumpul di ruang tamu. Malahan, dapur juga hampir kosong bila semua yang ada di situ berpindah ke ruang tamu.

Semua mata terpaku ke satu arah di mana duduknya seorang jejaka berparas sempurna, elok rupawan. Wajah yang kelihatan sangat letih bahkan sudah beberapa kali menguap. Sedar diri jadi perhatian, dia cuma buat tak kisah. Bantal, itu yang sangat diperlukan saat ini. Sudah penat menjawab soalan, nak balik rasa tak larat. Arghh!! Tak sangka dia sanggup menyusahkan diri sendiri!

"Tu! Rombongan dah datang!! Kau nak aku jawab apa pada mereka hahh? Kau muncul bawa lelaki lain Lana!! Di majlis pertunangan kau!! Mana bapa nak letak muka hah?!!" Suara jeritan Pak Samad memenuhi rumah.

Lisa Alana tunduk. Hujung baju digenggam erat. Takut! Malu!! Ngeri!! Segala macam rasa berbaur dalam jiwa. Celakanya Ryu Rozzan hanya mendiamkan diri, sedari tadi asyik tersengguk-sengguk menahan rasa kantuk.

"Meliana, awak pergi tahan dulu rombongan tu. Minta mereka tunggu sebentar dekat bawah. Pandai-pandailah awak pujuk, bagi rasuah minum kopi dan makan kuih-muih. Pergi cepat!!"

Seorang wanita dalam lingkungan 40an bergegas bangun dari tempat duduknya. Aktiviti bisik-berbisik dengan rakan di sebelah terpaksa dihentikan serta merta bila sang suami menyergah dengan wajah singa. Gerun!! Sang suami pesara tentera, bayangkan jelaa bagaimana sikap dan ketegasannya! Setiap kata-kata yang ditutur merupakan satu arahan yang wajib dipatuhi, kalau tak..bernanah telinga dengar ceramah berjela-jela, tak habis hari ni, besok akan ada sambungan, fuh! Takleh nak hadap..

"Sekarang kau cakap dengan aku Lana. Kau nak tunang dengan Aizaff Nafees ke dengan mamat tu?"

"Bapak..Lana cintakan Zaff!"

"Ohh cinta? Habis tu bawa lelaki lain?!"

"Tak pak! Dia cuma tumpangkan Lana."

"Cuma tumpangkan? Apa hubungan kau dengan dia sampai sanggup dia tumpangkan kau beratus-ratus kilometer jauhnya?"

"Pak!! Dia cuma...dia...." Lana terdiam buat seketika. Nak terangkan macamana supaya bapak faham situasi sebenar? Kalau Lana ceritakan hal sebenar, tak pasal-pasal nanti bapak suruh Ryu terus masuk meminang, mampus!

Bapak ni fikirannya konservatif dan kolot sikit. Susah lagi terima pendapat orang lain, sentiasa dominan! Payah nak berunding. Lana rasa nak nangis je saat tu. Dia tak mahu kehilangan Aizaff Nafees.. Noo!!

"Pak, tolong teruskan pertunangan ni pak..Lana merayu sangat pada bapak..Tolong jangan malukan Aizaff dan keluarganya, tolong jangan buat Zaff kecewa dan tak percayakan Lana pak!" Lana terus merayu sambil peluk kaki Pak Samad.

Tak sedar air mata sudah turun ke pipi. Malangnya, Pak Samad sejenis manusia yang hatinya sekeras batu. Bagi seorang bekas askar itu, adat dan hukum dijunjung hingga ke hujung nyawa. Lana sudah mencemari hukum yang satu itu, berdua-duaaan dengan lelaki tanpa ikatan sah. Dia sebagai bapa, harus menjalankan tanggungjawab, tak mungkin dia akan menutup sebelah mata semata-mata mahu menjaga air muka. Baginya, itu tidak adil kepada bakal besan dan juga bakal suami Lana.

"Baik, kalau macam tu.... Adib, bagitau mak kau suruh jemput rombongan naik ke atas." Arah Pak Samad kepada anak keduanya, iaitu adik kepada Lana.

Segera budak remaja berusia 17 tahun itu berlari anak menuju ke luar. Menggeletar seluruh tubuh badan Lana. Dia seolah sudah dapat meneka apa yang bakal berlaku selepas itu. Hanya mampu berharap semoga Aizaff Nafees akan mempercayai dirinya. Bukankah selama ini mereka saling mempercayai walaupun terpisah jauh semasa menyambung pengajian?

Tidak lama kemudian, Adib muncul semula bersama rombongan keluarga Aizaff. Pandangan Lana bertaut dengan Aizaff Nafees yang jelas kelihatan bingung. Rasa nak nangis je lihat keadaan Aizaff Nafees ketika itu. Setelah semuanya sudah duduk, Pak Samad bingkas bangun. Tolong pak, Lana mohon jangan kecewakan Aizaff...Itu pinta Lana dalam hati, sambil merenung sayu pada bapak yang berwajah ketat ketika itu.

"Terlebih dahulu, saya sangat terharu dengan kesudian Encik Najib dan rombongan datang bagi mempersatukan Zaff dengan anak saya, Lisa Alana." Pak Samad menghela nafas berat, dicerlung bola mata ke arah Lana buat seketika. Lana segera tunduk, gerun!

"Malangnya, ada berita tak baik yang perlu saya sampaikan sebelum pihak rombongan meneruskan niat suci ini."

"Pak..." Lana bersuara, cuba memujuk agar bapak tidak merosakkan hubungan baik keluarga mereka dan keluarga Aizaff.

"Panggil anak muda itu kemari Adib!"

Lana sudah tidak betah duduk. Sakit hatinya dengan sikap bapak yang langsung tidak mahu dengar penjelasannya, bapak bertindak seolah dia dan Ryu Rozzan sudah melakukan zina huhu..Ryu Rozzan menghampiri dengan longlai, siap menguap beberapa kali, mata yang separuh terbuka merenung bingung pada Lana.

"Dah selesai majlis ke? Aku mengantuk ah, Lisa..Bagi aku tidur dalam bilik kau! Aku dah tak tahan ni!"

Pandangan Lana terus berkunang-kunang, seolah kepala tiba-tiba dihempuk sebuah batu besar! Ya Allahh!!! Ryu Rozzan memang celaka!! Aizaff Nafees bingkas bangun. Menyala bola mata Aizaff ketika bertatapan dengan Lana.

"Apa semua ni Lana? Siapa lelaki ni?!!" Tempik Aizaff dengan suara bergetar.

Keluarga Aizaff Nafees turut sama berdiri. Pak Samad tunduk sambil urut tulang pelipis dengan lemah.

"Aku..aku..."

"Begini sajalah Zaff. Pakcik mohon bertenang dulu. Pakcik akan terangkan."

Kata-kata Lana dicantas dengan pantas oleh bapak. Lana terkebil-kebil menahan air mata yang semakin memberat di pelupuk mata.

"Lana datang bersama lelaki ini..Pakcik takkan bela anak pakcik Zaff, yang salah tetap salah. Pakcik tahu anak pakcik dah langgar hukum agama, sekarang terserah pada Zaff sama ada mahu meneruskan niat Zaff atau sebaliknya, pakcik akan terima semua keputusan Zaff dengan hati yang terbuka."

"Dahlah Zaff, jom balik! Perempuan murahan macam tu ibu takkan benarkan jadi menantu ibu!! Kau bakal doktor, pasti kau akan dapat yang lebih baik kelak!" Puan Murni, ibu Aizaff pantas menarik tangan anak lelakinya untuk beredar dari situ.

Lana tunduk, sedaya upaya menahan esakan. Dia tidak sanggup memandang Aizaff yang jelas kelihatan teramat kecewa ketika itu.

"Tell me Lana!! Kau cintakan lelaki itu? Hubungan kita bukan setahun dua terjalin Lana, sejak sekolah menengah hinggalah tamat pengajian tinggi! How could you do this to me Lisa Alana?!!" Aizaff meluahkan kekecewaan, matanya kelihatan berkaca-kaca ketika merenung Lana.

Gadis yang dicintai sepenuh hati, ternyata berpaling pada lelaki lain..lebih parah, semua diketahui di saat hati sedang teruja untuk menyunting bunga pujaan..Terasa diri benar-benar dayus saat itu!

"Zaff! Tolong dengar penjelasan aku...sumpah! Aku dan lelaki ini....." Lana terdiam sebentar bila kelibat Ryu Rozzan sudah tidak kelihatan di mana-mana.

Aik?! Dah kemana pulak mamat yang hanya sehari muncul dalam hidup Lana, sudah menterbalikkan kehidupan Lana 360 darjah?!! Arghh! Persetan dengan Ryu! Lana pantas memandang Aizaff semula.

"Zaff..aku hanya mencintaimu, tiada lelaki lain yang akan mampu memiliki sekeping hati aku selain kau Zaff..Please, percayakan aku.."

"Kau tuntut aku untuk percayakan kau bila lelaki itu sendiri sudah menjelaskan semuanya? Kau ingat aku bodoh ke Lana?"

"Zaff!"

"Lisa Alana..mulai hari ini, hubungan cinta kita tamat!"

"Aizaff Nafees!!!!"

Tanpa menunggu lebih lama, Aizaff bergegas pergi bersama rombongan, sedikitpun tak dihiraukan jeritan pilu seorang Lisa Alana yang nyata terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Aizaff.

Lana menangis meraung tanpa mempedulikan manusia-manusia yang berada di sekelilingnya. Dia tahu saat ini, pelbagai tohmahan dan cacian yang dilontar ke arahnya dan keluarga. Satu persatu tetamu mulai angkat kaki, termasuk sanak saudara. Lana tidak lagi betah memandang, esok pasti cerita tentangnya tersebar sampai ke kampung sebelah menyebelah.

"Puas hati kau Lana? Selama ini bapa tatang kau bagai minyak yang penuh. Ini balasan kau beri untuk bapa?" Keluh Pak Samad dengan suara dalam yang lemah.

Wajah tua itu walaupun kelihatan sangat tegang, jelas terpancar kesayuan dan kecewa yang teramat. Pertanyaan galak menghurung jiwa, di mana silap diri hingga anak yang cukup didikan itu boleh menconteng arang di wajahnya?

"Mana lelaki itu Lana? Pergi panggilkan. Dia harus bertanggungjawab ke atas kamu. Selepas ini, pasti tiada yang sudi menyunting kamu sebagai isteri."

"Tidak pak! Lana tidak melakukan perbuatan yang melanggar hukum, Lana dan lelaki itu tiada hubungan..Sumpah pak!"

"Sudah!! Pergi panggilkan lelaki itu sekarang Lana!!"

Mulut Lana terkunci serta merta bila ditengking bapa dengan suara lantang. Badan bingkas tercanak, langkah diorak besar-besar tanpa tahu arah tujuan. Itu kerana Lana sendiri tidak tahu di mana keberadaan Ryu Rozzan.. Kalau sudah blah lagi bagus, selesai masalah!

"Kak, abang tu Adib bagi tidur dekat dalam bilik Adib." Adik lelaki Lana menghampiri lalu berbisik perlahan di telinga Lana.

Patutlah menghilang tiba-tiba. Mamat tu boleh tidur saat-saat kritikal macam ni? Sungguh tak bertimbang rasa! Walaupun yang terjadi ketika itu bukan masalah besar bagi Ryu, sekurang-kurangnya bagi penjelasan pada bapak kan, hal ini terjadi kerana kemunculan Ryu..Ni tidak, Ryu boleh buat dek dan pergi tidur dengan bahagia? Sangat bikin panas!

Lana menerpa masuk ke dalam bilik Adib dengan wajah mencuka. Darah betul-betul mendidih dengan sikap ketidakpedulian Ryu. Ryu Rozzan sedang baring membelakangi pintu bilik. Bahu sasa itu naik turun dengan teratur, aman sungguh mamat ni diulit mimpi!

Malangnya, rasa marah terganti dengan rasa kagum sebaik sahaja wajah yang sedang tidur pulas itu menjamu mata dari jarak dekat. Lana terpegun buat seketika, memuja kesempurnaan ukiran wajah di depannya. Selama ini bagi Lana Aizaff Nafees lelaki pemilik rupa elok terukir sempurna. Rupanya kesempurnaan sebenar ialah lelaki di depannya, raja segala raja kekacakan, kemaskulinan.. semualah!

"No Jenny..I don't love you..mm.."

Urghh!! Seriously?

Dasar playboy! Trisha la..Jenny la.. Sampai dalam mimpi kau ya?!!

Lana ketap bibir yang mulai menggigil, menahan geram yang amat sangat sampai menggeletar seluruh badan. Dengan pusingan 90 darjah, flying kick Lana dengan deras terlayang menyasar tepat ke perut Ryu. Satu sengihan penjahat terukir di bibir comel Lana. Kali ini pembalasan si Pitung akan dibuat, rasakan Ryu! Kerana mamat ni, Lana kehilangan.... Argghhh!!

Saat-saat akhir, Lana hilang keseimbangan badan, entah macamana boleh silap step dan kaki terpeleot. Agaknya ada makhluk halus di belakang dengan sengaja tolak Lana kot!

Gedebuk!

Lebih pelik, Lana boleh jatuh tepat ketika Ryu menggeliat lalu melentangkan badan. Badan Lana menghempap tepat atas tubuh sasa Ryu. Mampus!! Lana terkocoh-kocoh bangun, malangnya tangan Ryu sudah melingkar di pinggang. Setan!

"Sayang..."

Dia panggil Lana sayang? Gila ke? Lana dongak wajah. Mata Ryu Rozzan masih tertutup rapat.

"Lepaslah!" Lana meronta dengan suara tertahan-tahan.

"Sayang..." Ryu terus memanggil.

Tidak semena-mena, Ryu memusingkan kedudukan mereka. Lana tersentak kaget. Merah padam wajahnya. Bola mata dicerlung pada wajah tampan yang sudah hampir dengan wajahnya.

"K..Kau buat apa ni Ryu?!" Lana masih cuba mengawal suara, tidak mahu mengundang curiga pada manusia-manusia yang berada di dalam rumah.

"Ryu Rozzan!"

Wajah Ryu tersembam di dada Lana, siap kedengaran dengkuran halus terbit dari bibir merah lembut lelaki itu. A..apa semua ni?

"Ya Allahhh!! Lanaa!!!"

Ah sudah!!!!

Lana tutup mata erat-erat! Tidak berani menatap wajah bapak yang sudah tercengat di muka pintu!

Share this novel

sayang su
2023-04-24 23:12:13 

Apa yang kolot sangat tu, kata bekas askar. Biasanya tegas je


NovelPlus Premium

The best ads free experience