BAB 12

Humor Completed 411630

"Lisa Alana..Jom nikah!"

Huh! Yakin sungguh kau berkata-kata di situ. Dalam menangis teresak-esak, sempat menjeling penuh meluat ke arah lelaki yang sedang duduk santai di sebelah. Mereka baru saja dibebaskan dengan ikat jamin yang diurus oleh peguam Aizaff.

Lana bingkas bangun. Tak sudi mahu hadap Aizaff lama-lama. Aizaff pantas mengejar lalu menarik tangan Lana.

"Don't make things complicated Lana.. Aku akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku."

Lana merentap kasar tangannya. Tak sudi disentuh oleh Aizaff. Mencerlung bola mata menatap Aizaff.

"Aku takkan kahwin dengan kau Zaff!" Lana terus buka langkah besar-besar, tidak mahu berlama-lamaan menghadap Aizaff.

"Lana!!" Tak putus asa, Aizaff terus mengejar.

"Kau nak kes ni berlanjutan ke? At least fikirkan maruah keluarga kita di kampung!"

Hah!! Bangsat sungguh..Sekarang baru nak berkata tentang maruah?! Rahang mengetat, memandang Aizaff seperti serigala bersedia mahu mengoyak-ngoyakkan isi mangsa.

"Lelaki seperti kau tidak layak bercakap mengenai maruah Zaff!! Kau betul-betul buat aku nak muntah!!"

"Lana, please! Izinkan aku memperbetulkan semuanya..Aku akui aku kalah dengan nafsu, tapi kalau ikutkan kau juga salah dalam hal ini bukan? Kau berkem.."

PANG!!

Terteleng kepala Aizaff Nafees akibat tamparan deras Lisa Alana. Terbeliak Aizaff, terkejut sungguh dengan tindakan Lana! Terus dipegang pipi yang terasa pijar dan pedih. Celaka! Kuat juga minah ni rupanya.

"Kau jangan nak kurang ajar Aizaff!! Aku akui itu kesilapan aku, tapi itu bukan bererti aku merelakan perbuatan terkutuk kau!! Aku takkan maafkan kau, takkan pernah!!"

"Lana!!" Pantas Aizaff menarik tangan Lana, menahan Lana dari pergi.

"Kau kena kahwin dengan aku..Tak kira!! Kes kita akan sampai juga ke pengetahuan keluarga, bapak kau pasti mengamuk gila kalau tahu! Aku ikhlas Lana..Aku cintakan kau, please..Jom balik kampung dan selesaikan hal ni dengan segera sebelum satu kampung tahu.. Kesianlah dekat mak bapak kita Lana.."

Kali ini kata-kata Aizaff berjaya menyentuh hati Lisa Alana. Dia terpempan, kaku tidak bersuara! Soal bapak ni jangan buat memain ya, boleh gila Pak Samad kalau tahu satu-satu anak gadisnya ditangkap khalwat..Silap haribulan cacat seketul Lisa Alana dikerjakan!

Melihat Lana mulai kelihatan ragu-ragu, Aizaff mendekati. Dia sudah bertekad, dia perlu meyakinkan Lana walau dengan apa cara sekalipun.

"Kita balik jumpa mak ayah kau huh? Lebih baik mereka tahu dari mulut kita sendiri berbanding jika mereka tahu dari mulut orang lain kan? Kalau gerak sekarang, kita akan sempat sampai sebelum lewat petang Lana."

Agak lama Lana mendiamkan diri, berfikir dengan gigih sambil sekali sekala mengesat air mata yang tak henti-henti mengalir di pipi. Jauh di sudut hati, Lana turut mengiyakan kata-kata Aizaff, cuma saja..Arghh!! Berdua-duaan dengan Aizaff berjam-jam lamanya dalam satu kereta? Tak mungkin!! Bukan Lana tak tahu, semua itu dapat dibaca dari riak wajah Aizaff, yakin sungguh jantan tak guna tu bahawa dia akan bersetuju menaiki kereta lelaki itu...Sila meninggal Aizaff Nafees!!

"So..Jom ikut aku Lana!" Ahh, begitu yakin! Menyampah!!

Lana buang wajah, tak mahu terus menambah dosa dengan berkarung-karung sumpahan setiap kali melihat wajah Aizaff. Tampan.. Sayangnya..Syaitan!

"Why should I follow you? I'll go with my car Aizaff..You? You can go to hell!!" Lana terus buka kaki dengan langkah paling besar yang mampu dia buat untuk pergi dari situ.

Aizaff tercengang buat seketika. Tak menyangka Lana akan terus-terusan menolaknya. Di sebalik wajah tampan itu, terukir secebis senyuman sinis. Takpe Lisa Alana...Sampai bila kau mampu menolak? Suatu hari nanti kau pasti jatuh ke dalam tanganku juga. Aku bukan baru setahun jagung mengenalimu, malah aku cukup kenal jiwa dan hatimu..Tunggu Lana...Kau akan datang sendiri merayu...Hati berbisik seriring senyum terukir!

Perjalanan balik ke kampung sungguh meletihkan. Beberapa kali Lana berhenti di bahu jalan, keluar sebentar lalu lompat bintang sampai berpeluh-peluh semput hingga sesak nafas untuk menghilangkan rasa mengantuk. Dahlah kepala masih berdenyut-denyut macam nak pecah, ditambah lagi dengan masalah yang mendadak datang, tiba-tiba pulak sesuatu menjengah otak. Oh my, hampir Lana terlupa seseorang!!

Akan dibuang kerjakah dia kerana tidak hadir hari ini? Pantas henfon dalam beg dicari. Alamak! Habis baterilah pulak...Lana garu kepala yang tak gatal..Mampus! Gaji bulan ni tak dapat lagi huhu..Kalau tetiba dipecat, macamana nak bayar sewa rumah dan ansuran kereta? Arghh, masalah lagi!! Ni semua gara-gara Aizaff tak guna tu!! Semakin menebal rasa benci buat lelaki bernama Aizaff Nafees!

Ketika masuk ke simpang rumah, kelihatan kereta Aizaff sudah menunggu di tepi jalan. Aizaff memberi isyarat supaya Lana mendahului dan dia mengekori di belakang. Semakin menghampiri rumahnya, semakin kuat debaran memukul dada. Peluh sejuk yang mulai mengalir di dahi Lana seka perlahan. Dalam kepala, berjela-jela karangan ditulis oleh otak. Harap-haraplah bapak tak menyalahkan dia.

"Eh? Lana?!! Laaa..kenapa tak bagitahu nak balik?" Mak yang sedang membakar daun-daun kering yang dikumpul di laman rumah kelam kabut menghampiri Lana yang baru keluar dari perut kereta.

Lana menghulur tangan, menyalami serta mencium belakang tapak tangan mak.

"Maaf mak, Lana kelam kabut gerak tadi hingga terlupa nak bagitahu. Lagipun, henfon habis bateri. Bapak mana mak?" Bola mata terus melilau, mencari kelibat bapak.

"Bapak kau baru balik dari ladang, tengah mandilah tu..Eh?!..." Bola mata emak tertancap pada sebuah kereta mahal buatan luar negara yang dipandu perlahan menyusur perkarangan rumah lalu diparkir bersebelahan dengan kereta Viva Lana.

"Siapa tu Lana?" Tanya mak sambil bola mata terusan meneliti kereta mahal itu penuh kagum.

Hampir je mak terlompat sebaik sahaja Aizaff Nafees keluar dari perut kereta mewah tersebut. Terbelalak mata mak, siap digosok kuat! Alahaii mak..Setakat kereta mahal je pon, dah macam nampak malaikat lalu huhu..

"Z..Za...Zaff?!!" Siap terbelit lidah bagai!

"Apa khabar mak?"

Mak? Muka tak malu, siapa mak mamat ni? Hishh.. Lana buang muka, meluat tengok Aizaff tersenyum-senyum sambil bersalam dengan mak.

"Wahhh, Zaff bakal menantu mak rupanya.. Dah makin tampan budak ni, kaya raya pulak tu.. Beruntung Lana.."

What? Membuntang mata Lana tenung mak. Kemain! Menantu ya..Kahwinkan je dengan Adib mak oii kalau kemaruk sangat nak bermenantukan syaitan tu..Lana tak sudi!!

"Ya mak..Itulah tujuan Zaff dan Lana balik ni. Nak bincang pasal majlis pertunangan kami tu. Bapak mana mak?"

Semakin panas hati Lana. Jangan mimpi Aizaff!! Lana menjuih bibir lantas menarik mak menjauhi Aizaff.

"Bukan macam tulah mak, jom kita naik dulu. Nanti Lana terangkan." Lana jeling tajam pada Aizaff yang masih tersengih-sengih

Sebaik sahaja masuk ke ruang tamu, kelihatan bapak baru keluar dari bilik, hanya memakai sehelai T-shirt putih yang agak lusuh serta kain pelikat. Rambut yang tinggal sejemput warna hitam masih kelihatan basah. Terkejut bapak melihat Lana dan Aizaff.

"Lana..Zaff..Pehal tiba-tiba muncul berdua tak bagitahu ni? Korang kena tangkap basah ke?"

Aduh bapak!!

Terus pucat lesi wajah Lana. Aizaff pula kelihatan tergagap-gagap. Melihat perubahan Lana dan Aizaff, wajah terkejut bapak berubah jadi bengis. Langsung bercekak pinggang depan mereka berdua.

"Jangan bilang apa yang bapak cakap tu betul pulak ya!! Bagitahu bapak Lana...Apa terjadi?"

"Tak..Bukan macam tu bapaknya..Ishh orang tua ni, tak menyempat! Duduk dulu..Ni, Aizaff datang nak berbincang pasal majlis pertunangannya dengan Lana.." Mak cepat-cepat menyampuk, menyelamatkan keadaan.

Lana terus hembus nafas lega..Fuhhh..Gila! Macamana serkap jarang bapak boleh mengena dengan tepat hah? Ni kalau beli nombor ekor, dah lama kaya raya!

"B..Betul bapak, tujuan Zaff datang nak merisik dan hantar cincin tunang.." Aizaff menyampuk, sedikit tergagap.

Bapak duduk di hadapan mereka berdua. Dikerling sekilas ke atas meja yang kosong, kemudian tajam bola mata dipaku ke arah mak.

"Takde kopi-kopi, kuih-kuih ke maknya? Ish..Adat mana adat? Pergilah korek dapur tu, buat apa yang patut.."

Muncung sedepa bibir mak diperli bapak. Ahh, Lana buat-buat tak nampak...Pak Samad memang lagu tu...Tak pandang kiri kanan, ikut sedap mulut je menyembur huhu..Mak berlalu ke dapur dengan wajah kelat. Kasihan lihat mak, Lana angkat punggung, mahu membantu namun Aizaff pantas memegang tangannya, mata memberi isyarat supaya Lana terus duduk. Lana bungkam, tidak jadi meneruskan niat.

"Bapak, saya bercadang mahu percepatkan majlis, kalau boleh dalam sehari dua ni. Tempoh pertunangan juga tak perlu lama sangat, maklumlah saya kerja jauh, waktu kerja pula tak menentu. Lepas kahwin saya bercadang nak bawa Lana ikut saya di menetap di Kuching."

Pandai-pandai!

Lana tepis kasar tangan Aizaff dari menindih tangannya. Aizaff kerling sekilas..

"Bapak tak kisah Zaff, tapi kau dah bincang ke dengan keluarga kau? Mak kau tu bukan berkenaan sangat dengan Lana sejak peristiwa tunang tak jadi tu. Habis dicanang satu kampung ni, malah sampai kampung-kampung sebelah keburukan Lana.. Kalau betul takpe lah jugak, ni sampai ke tahap lari dengan lelaki lain dan mengandung anak luar nikah. Kau bagitahu mak kau, mulut tu kena jaga sikit, jangan sampai Pak Samad bawa sebaldi cili api tahap 10 berapinya kasi sumbat dalam mulut dia tu.."

Aizaff terkedu!

Lana buat-buat tak nampak jelingan Aizaff padanya. Betullah tu, mujur mak sabarkan.. Kalau tidak, dah lama bapak bawa samurai legend dia tu pergi serang mak Aizaff.

"Ma..Maaf bapak..Saya benar-benar minta maaf bagi pihak mak saya.." Nada suara kedengaran kesal.

"Bapak tak salahkan kau Zaff, bapak tau kau tidak tahu menahu hal ni. Dah, berbalik pada tujuan asal korang..Semua dah tersedia ke? Barang-barang hantaran, cincin, semua tu dah ada ke?"

"Dah ada bapak, semua hantaran masa tunang hari tu saya masih simpan, termasuklah cincin. Saya memang berniat mahu teruskan pertunangan ni.."

"Kalau macam tu, eloklah dipercepatkan. Lembu bapak tu boleh sembelih esok pagi, cuma perlu telefon Ijam untuk sewa kanopi.."

"Eh, kita tak bercadang nak buat besar-besaran bapak, yang penting direstui.."

Pak Samad mengerut dahi memikirkan kata-kata Aizaff sebelum mengangguk tanda setuju. Betul juga, lebih baik dihadiri ahli keluarga saja, kang jadi pulak macam hari tu.. Entah dekat mana dah nak sorok muka.. monolog Pak Samad.

"Baiklah, kalau macam tu..Kau datanglah dengan rombongan menunang esok Zaff, benda baik macam ni eloklah dipercepatkan."

Terkejut, sontak Lana berdiri tegak. Merenung wajah bapak dan Aizaff silih berganti. Aizaff kelihatan terkejut, lalu cuba menarik Lana untuk duduk. Bola mata memberi isyarat supaya Lana diam dan biar dia yang uruskan semua ini. Taik kera!! Lana tepis kasar tangan Aizaff. Sungguh, dia tak rela disentuh oleh lelaki keparat yang hampir saja merenggut kesuciannya!

"Lana tak setuju!!" Tinggi suara membantah!

"Lana!" Aizaff bersuara tertahan, cuba menghentikan Lana dari meneruskan kata.

Bulat mata bapak memandang Lana.

"Aik?! Kenapa pulak?" Bapak bertanya hairan.

"Tujuan Lana balik bukan kerana mahu bertunang dengan Zaff bapak. Lana..Lana ditangkap basah dengan Zaff!! Tapi Lana tak buat benda terku...."

"Apaaa?!!!! Korang kena tangkap basah?!!"

Badan bapak auto menegak. Buku lima tergenggam erat hingga keluar urat besar di lengan. Lana terus telan air liur. Air mata mulai menitik satu persatu menuruni pipi.

"Bapak, tolong dengar dulu penjelasan Lana. Sumpah! Lana tak buat apa-apa dengan Zaff! Lana memang tidur seorang diri dalam bilik hotel...."

"Anak bertuah!! Kau pergi tidur sorang-sorang dekat hotel buat apa Lana?!!"

"Tak bapak, Lana tiba-tiba pening dan tak larat nak balik selepas temankan boss Lana dalam satu majlis korporat. Bapak dengar dulu boleh, tolong bagi Lana habiskan penjelasan dulu.."

Badan mulai menggeletar bila lihat bapak sudah bercekak pinggang dengan nafas dan dada naik turun dengan laju.

"Betul bapak, semua ini cuma kesilapan. Saya datang esoknya untuk membawa Lana keluar malangnya Pegawai Pencegah Maksiat serbu bilik hotel. Sebab tu saya datang, memang saya ikhlas mahu mengahwini Lana bapak." Pantas Aizaff menyampuk. Masih berlagak macam malaikat, tak sentuh langsung tentang perbuatan jahatnya itu!

"Aizaff datang dan hampir merogol Lana bapak!! Aizaff lelaki keji, Lana tak nak kahwin dengan Aizaff!!"

Aizaff terperangah, memandang tidak percaya ke arah Lana. Bapak meluru ke arah Aizaff.

"Lelaki tak guna!!!"

Aizaff lari lintang pukang keliling rumah.

"Maaf bapak..Saya salah!!! Saya datang mahu bertanggungjawab pada Lana!!"

"Berani kau buat tak tentu pada anak gadis aku Zaff?!! Kau ingat aku yang dah senja ni tak mampu nak tewaskan kau?!!" Tangkas sungguh bapak, hampir berjaya mengejar Aizaff.

Aizaff tak tunggu lama, terus berlari keluar ke halaman rumah. Bapak pula tak reti putus asa, terus dikejarnya Aizaff keliling rumah.

"Melianaaa!!! Kau ambik samurai aku tu!! Biar aku ajar sikit anak si Murni ni!! Bukan main perempuan bibiran tu mengata anak kita, anak sendiri perangai mengalahkan syaitan!!"

""Ya Allah!! Sudah-sudahlah bapaknya oii!! Malu dekat jiran tetangga!!" Mak menjerit-jerit, kelam kabut turun ke tanah cuba meleraikan aktiviti kejar mengejar itu.

Akibat kepenatan, akhirnya Aizaff berhenti dan melutut depan bapak.

"Saya benar-benar minta maaf bapak..Izinkan saya perbetulkan semuanya, izinkan saya berkahwin dengan Lana.."

Bapak juga sudah termengah-mengah mengatur nafas.

"Kau balik sekarang Zaff!! Esok, pastikan kau datang hantar cincin..Kalau tidak, kau akan cium bilah samurai aku!!" Aizaff angguk, kelam kabut bangun lalu bergegas menuju ke kereta.

Lana berlari mendekati bapak. Tangan bapak dipegang.

"Pak, Lana tak nak kahwin dengan Aizaff. Tolong pak, Lana mohon jangan teruskan pertunangan ni!!" Lana mulai menangis sambil merayu.

Mencerlung bola mata bapak. Rahang mengetat hingga timbul urat besar di dahi.

"Kau jangan nak buat hal Lana. Kau nak malukan bapak dan mak kau sekali lagi ke hah? Kes hari tu pun masih jadi ejekan orang kampung, ni kau nak tambah lagi dengan kes tangkap basah tu? Kau nak mak dan bapak lari keluar dari kampung ni dan menetap dalam hutan rimba ke Lana?"

"Tak pak..Lana tak buat apa-apa kesalahan.. Lana tak nak perjudikan masa depan Lana bersama lelaki keji tu semata-mata mahu tutup malu..Tolonglah bapak!"

"Lelaki keji? Aizaff yang kau puja-puja macam malaikat kiriman surga sampai sanggup melawan bapak dulu sekarang kau kata keji?! Kau dah kenapa Lana? Ke kau ni dah tercurang dengan lelaki lain dekat bandar tu hah?!"

Lana terpempan sekejap...Eh, bapak ni kan!

"Bapak cakap apa ni? Tak elok tuduh Lana macam tu huhu...Pokoknya, Lana tak nak kahwin dengan Aizaff!"

"Kau nak makan pelempang aku ke Lana?!!"

"Bapak!!"

"Kau masuk sekarang!! Kau bunyi lagi bapak patahkan tulang tengkuk kau!!"

Terketar-ketar Lana melangkah masuk dalam juraian air mata. Bapak memang kejam! Lana mendapatkan mak yang hanya diam memerhati.

"Makk!!" Terus dipeluk tubuh kurus mak.

"Tolong Lana mak, pujuk bapak supaya batalkan majlis besok..Lana tak nak Aizaff mak.."

"Hishh...Dah dahh..Pergi masuk bilik."

"Makk.."

"Kau tak nampak wajah serigala bapak tu?"

Lana nangis-nangis masuk bilik. Langsung tak keluar-keluar sampai keesokan harinya tanda protes terhadap tindakan Firaun bapak.

Walau bagaimanapun, pagi itu Lana terpaksa buka pintu bila bapak mengugut mahu pecahkan daun pintu. Mak andam dah bersedia di muka pintu, mahu menyiapkan Lana untuk majlisnya nanti. Mahu tak mahu, dengan wajah tegang penuh cemberut, Lana berlalu ke kamar mandi.

Sejak semalam tidak dapat tidur memikirkan cara untuk mengelak dari majlis tersebut. Buntu, tapi tidak punya cara. Selain itu, hati tidak sanggup menderhaka sekaligus melukai kedua orang tersayang..Tidak sekali lagi! Dia sedar bertapa keluarga dipandang rendah oleh orang kampung selepas majlis pertunangan tak jadinya.

Semalaman nangis, mata jadi sembap. Bising mulut mak andam semasa merias wajah Lana. Lana buat tak dengar, jangan jadi hantu bangkit sudah. Setelah dipersiapkan, Lana dibawa ke ruang depan dan didudukkan di samping mak. Wajah mendung tak bercahaya walaupun terhias dengan cantik sekali.

"Hahh...Rombongan dah sampai pun.."

Tak guna Aizaff!! Air mata mulai bergenang, hairan sungguh..Dari semalam mengalir, tak reti nak kering! Lana tunduk menekur ke lantai, tak sanggup memandang ke depan. Tak sudi memandang wajah Aizaff.

"Semua dah ada..Eloklah dimulakan majlis ni.."

Lana sudah tidak betah duduk. Rasa ingin lari je saat itu, mengerling mak di sebelah dengan sayu...Tolong Lana mak...

"Seperti yang dimaklumi, kami datang dengan hajat besar, mahu menyunting Lana untuk anak kami, Aizaff." Mendatar suara bapak Aizaff, langsung tiada riak kegembiraan mahupun teruja.

Nampak sungguh keluarga Aizaff tidak berkenaan dengan Lana. Mengapa Aizaff masih mendesak?

"Mak..Lana nak ke tandas kejap.." Lana mahu bangun, namun mak segera menahan bahu Lana dengan kuat.

"Duduk Lana." Arah mak tegas, sambil bola mata mengerling ke arah bapak.

Makkk!!

Hampir melompat keluar jantung sebaik sahaja bola mata Lana bertembung dengan bola mata berapi bapak. Mencanak bulu roma! Mata bapak je pun boleh membunuh huhu..Hampir terhenti degupan jantung!

"Pak Samad, kalau tiada halangan..Bawa Lana ke sini untuk acara bertukar cincin.."

Lana pandang mak, cuba meraih simpati. Malangnya, mak terus bangun dan menarik tangan Lana. Lana mengeraskan badan. Tak nakkk!!!

"Lana.." Panggil mak dengan suara tertahan-tahan.

"Berhentiii!!! Tolong berhentii!!!!"

Air mata yang sedari tadi Lana tahan akhirnya merembes keluar lalu menuruni pipi mulusnya dengan laju seiring bola mata dipaku ke arah pintu masuk. Bukan hanya Lana, semua mata yang ada di situ turut dipaku pada pemilik suara yang tiba-tiba muncul di muka pintu!

Akan ada sinar kegembiraankah dengan kemunculan manusia di muka pintu itu? Bola mata mereka bertaut..Dan Lana merasakannya.. Kehangatan sinar mata itu!

Free sikit hari ni..terajinlah pulak hehe.. Kalau best, bagilah star bebanyak ye muaahh

Share this novel

sayang su
2023-04-26 01:13:08 

Agak keliru sikit, bukan ke dia orang kat Sarawak? Lepas tu tiba-tiba ada kat semenanjung. Ke saya yang salah baca?


NovelPlus Premium

The best ads free experience