"Good morning sayang.."
Chup!
Hantu jembalang gatal nak mampus! Itu ungkapan paling sesuai untuk Ryu Rozzan. Terbelalak mata Lana bila bibir Ryu pantas hinggap di pipi.
"Dah khatam wajah abang?"
Aduh..Terciduk memerhati penuh khusyuk ke? Pantas pula melarikan wajah, takut kedapatan tompok merah di pipi ler tu.
"Abang...Abang pindahkan Lana kan?" Masih mampu mengawal suara, segan pula kalau awal pagi mak dan adik-adik dah dengar dia terjerit-jerit kan..
Ryu meleretkan senyum lebar. Arghh!! Tak perlu kot nak senyum bagai, saja ler tu nak tunjuk lesung pipit dan bagi jantung kita berdegup lain macam huhu..
"Asal baru abang sedar eh? Best sangat tidur berteman rupanya..Sihat terus abang ..Lepas ni Lana tidurlah sebilik dengan abang ya.." Bukan pula dijawab, makin pula dipeluk erat tubuh Lana.
Sontak tubuh Ryu ditolak menjauh lalu bingkas menegakkan separuh badan. Mencerlung bola mata Lana. Ryu pamer wajah kecewa.
"Abang dah gila ke? Dah ke mana syarat satu buku abang tu?" Suara naik seoktaf.
"Lana isteri solehah abang..Syarat tu abang yang buatkan, means abang boleh cancel bila-bila masa."
"Tak boleh!"
Aik? Melawan?
Ryu mengecilkan mata.
"Ingkar ke? Dah lupa denda kalau ingkar?"
Glup!
Tertelan sedas air liur. Dahlah berdua-duaan dalam bilik. Tak rela! Pantas Lana mengesot ke tepi, mahu jauh-jauh dari Ryu..Bersedia sehabis baik, siap pasang kuda-kuda, kot-kot Ryu menerkam kan..
"Sayang...Tak bolehlah macam ni, sayang masih trauma ke? Sampai bila nak takut pada abang ni?" Lemah je lontaran suara Ryu.
Tersentuh dengar keluhan Ryu, namun apakan daya. Benteng pertahanan dia sangat kukuh, semua demi untuk menjaga sekeping hati. Bukan apa, dia masih tak yakin dengan Ryu Rozzan.
"Lana bukan takut abang..Cuma..Ke arah itu.. Err..Lana belum sedia.."
"Take your time..Abang takkan paksa kalau sayang tak nak. Tapi tolong jangan buat muka takut setiap kali abang nak dekat..Terasa diri ni jahat sangat."
Lana angguk cepat-cepat, wajah terpamer kelegaan. Dia bukan seorang yang naif tentang tanggungjawab sebagai seorang isteri..Cuma.. Ah, bagaimana jika dia jatuh ke lurah paling dalam dan bahaya setelah dia serahkan segala-galanya pada Ryu Rozzan? Bagaimana bisa dia bangkit dan meninggalkan tempat itu andai satu hari Ryu memilih haluan sendiri?
"Lana ohh Lana!!"
Pintu diketuk beberapa kali. Sirna lamunan..Mak!
"Kau dah bangun ke Lana? Cepatlah! Jom cari bapak Lana.."
Pantas Lana menurunkan kaki atas lantai. Aduh! Macamana boleh terlupa tentang bapak? Baru hendak bangun, lengan dipaut oleh Ryu.
"Kenapa bapak?" Ryu bertanya sambil pamer wajah hairan.
"Bapak tak balik dari kemarin."
"Bapak ke mana?"
"Tak pasti.." Tak sanggup pula nak ceritakan kisah yang entahkan betul entahkan tidak tu.
Melihat Ryu diam, Lana bergegas ke kamar mandi. Selesai membersihkan diri dan memakai pakaian di dalam bilik mandi, Lana keluar dan Ryu masuk menggantikannya.
"Lana..Bila masa laki kau datang eh? Mak tak rabun lagi tau, semalam kau datang sorang kan? Kereta besar kat luar tu takde kan?"
"Suami Lana datang awal pagi tadi mak."
"Oh, sayang juga dia dekat kau rupanya.."
Lana buat-buat tak dengar. Tangan sibuk membancuh kopi dalam teko.
"Dah siap ke? Pergi panggil laki kau Lana.."
"Adik-adik mana mak?"
"Dorang kan sekolah, awal pagi tadi dah jalan."
Ah, ya tak ya! Sekarang bukan cuti sekolah.. Rasa lega terbit, mujur juga dia terfikir mahu cepat-cepat balik kampung. Bayangkan kalau mak tinggal sorang-sorang kat rumah..Dengan tekanan perasaan..Ishh..Tak sanggup nak bayangkan apa bakal mak lakukan.
"Yela, jap mak ya, Lana panggil suami dulu.." Lana bergegas menuju ke bilik.
Ryu sedang berdiri menghadap tingkap membelakangi pintu ketika Lana masuk. Gaya jalan terus bertukar jadi berjengket-jengket bila menyedari Ryu sedang bercakap dalam telefon. Siapa? Hati berdetak, curiga menerpa! Macam makcik bawang ranger, terkedek-kedek menghampiri sambil memanjangkan leher, memasang telinga.
"What? Are you guys crazy? Please don't, I'm out of town!"
Siapa? Kekasih jauh nak datang? Ramai sangat ke sampai kecut?
"No! I said noo!! I will not.....Arghh!! Damn!!!" Henfon di tangan hampir je dilempar ke arah dinding.
"Siapa?" Terkejut sampai terlompat seketul Ryu Rozzan. Mencerlung bola mata. Minah ni kan, sejak kapan berada di situ?
Kau...Intip aku eh?" Tengoklah tu, sayang-sayangnya dah hilang dah, bila nak menggatal..Mulailah gedik balik dengan sayang-sayang tu..Tak ikhlas tau!
Kening Lana naik turun memandang Ryu. Sengih senget tersungging di wajah Ryu.
"Panggilan tak penting..Abang tak curang okay.." Jemari Lana dipaut.
"Dah masak ke? Abang laparlah.." Ni mesti nak mengelaklah ni..Lana mencebik sebal.
Badan dikeraskan, nak tunjuk protes ler tu. Tak puas hati bila Ryu tak jawab soalannya.
"Laa..Abang tak curang sayang..Sumpah!" Ryu angkat sebelah tangan paras bahu di depan Lana.
"Dengan nenek Suzy nak cemburu, now dengan mak abang pun nak cemburu ke sayang?"
Cemburu? Dia tak cemburu okay!! Cuma penasaran, bukan cemburu..Ada beza tu rasa ingin tahu dengan rasa cemburu. Nenek Suzy tu lain cerita, dia merajuk sebab Ryu tak bela dia bila terang-terang Suzy tu sengaja nak cederakan dia huhu..Ni mak...Eh?!! Jap..Jap.... MAK?!? Membulat mata Lana menatap Ryu.
"M..Mak?" Terus tergagap-gagap!
"Ya, yang call tadi tu mak abang..Tak penting sangat pun.."
Lain macam debaran di dada. Ya, perkahwinan mereka mungkin cuma buat sementara waktu. Tapi dalam tempoh tersebut, keluarga Ryu tetap jadi keluarga dia kan. Aduh..Bagaimana orangnya mak Ryu tu ya? Adakah sama seperti makcik Murni, mak Aizaff tu? Ish..Seram!
"Sayang..Abang lapar..Kang abang makan sayang ni.."
Dasar!!
Laju Lana menarik Ryu keluar dari bilik, buat-buat tak nampak renungan nakal Ryu padanya. Semasa sedang menyantap hidangan nasi goreng kampung yang mak masak, mak mulai buka cerita mengenai kronologi kehilangan bapak pada Ryu tanpa dipinta. Biasalah orang tua, mungkin cara itu dapat mengurangkan rasa gundah dalam hati kan. Yang tak bestnya, hal dalam kelambu pun diluah pada Ryu Rozzan..Merah padam wajah Lana menahan malu..Mak..Mak...
"Lepas hantar budak-budak ke sekolah kemarin, bapak kau kata nak ke pekan beli pi..pis..ahh entah apa tu..Pasal bunyi motorsikal bapak kau sangat membingitkan telinga. Kalau takde jual kat pekan ni, dia nak ke pekan sebelah kononnya. Tapi lewat tengah hari kemarin si Bedah laki bini singgah bagitau ternampak bapak membonceng dengan dengan Mona, si janda muda dari pekan sebelah tu..Tak guna punya orang tua! Hidup-hidup dia tipu mak ni hah! Patutlah kemain bergaya sakan, minyak rambut si Adib sampai setengah botol dia korek bubuh dekat kepala..perfum si Adib satu botol dia sembur pada badan..Dasar orang tua miang!!"
Ryu Rozzan renung mak tak berkelip. Mulut sedikit terlopong! Biar betul bapak! Tabik springlah kat bapak..Dapat betik muda you, biar dah ditebuk tupai, muda tetap muda... Bergetah gitu haha..Terkejut bila paha dicubit kuat oleh Lana yang duduk di sebelah. Pedas!
"Apaa?" Berbisik dengan suara tertahan-tahan.. Ketam betul! Marah dalam hati jelaa..Kang merajuk, jenuh nak pujuk..Kalau tak lari takpelah jugak..Bahaya minah kat sebelah dia ni! Jinak-jinak merpati, didekati terbang lari huhu..
Lana menjeling mak yang kelihatan hampir mahu menangis. Ryu berdehem perlahan.
"Sabar dulu mak, jangan fikir yang bukan-bukan dulu. Mungkin bapak tak nak perempuan muda tu, tapi yela..Lelaki ni mak, kalau terus-terusan digoda lama-kelamaan akan te...Aww!! Apa ni cubit-cubit abang Lana?"
Ryu Rozzan memang tak boleh diharap langsung!! Terus mengalir laju air mata mak kerana mulut lelaki ni tau. Ryu gosok leher, serba salah jadinya..Dia cuma mengemukakan fakta, salahke?
"Mak..Kita cari bapak dulu ya..Biar bapak je terangkan cerita sebenar nanti. Jangan percaya dulu cakap makcik Bedah tu, mungkin dia salah orang kot.." Lana menghampiri lalu peluk bahu emak.
Ryu diam memerhati. Rasa serba salah semakin menghimpit melihat air mata mak Lana..Dia ke penyebab mak Lana menangis? Takkanlahh huhu..Paha digosok-gosok dengan tapak tangan untuk mengurangkan rasa bersalah.
"Y..Ya mak, jom kita cari bapak sekarang. Kalau takde dekat sini, kita pergi usha kampung sebelah.." Ryu bingkas bangun, sambil merenung Lana dan emak silih berganti.
Baru hendak melangkah ke luar rumah, bunyi deruman motor kedengaran menghampiri. Pantas emak berlari untuk menjenguk. Lana dan Ryu juga kelam kabut mengekori.
"Orang tua tak sedar diri!! Berani kau muncul setelah puas pergi menggatal?!"
Pulak!! Marah sangatlah tu..
Mak sempat menyambar sebatang penyapu sebelum meluru turun, mahu menyerang bapak.
"Ya Allah maakk!!" Lana diserang panik, terkocoh-kocoh berlari turun mengejar mak.
"Ehh!!! Ehhh!!! Ya Allah..Kenapa ni Meliana oii?!!!"
"Dah puas bapaknya menggatal dengan janda muda tu ya?!! Baru reti nak balik??? Ni hahh!!! Makan penyapu ni sekarang!! Makan sampai mampus orang tua tak sedar diri!!!"
"Adoii!!! Meliana..Ya Allah Melianaaa!!"
"Makk!!!"
Berlakulah kejar mengejar keliling rumah. Terkejut juga, laju sungguh mak lari mengejar bapak tau, tak terkejar oleh Lana. Bapak tak hairanlah, dah lali dengar cerita bahawa zaman muda-muda bapaklah raja pecut di kampung itu. Sampai tercungap-cungap Lana mengejar, tak juga berjaya menangkap tubuh kecil emak huhu..
"Lemah!" Ryu yang tiba-tiba sudah berdiri di sisi Lana sempat melemparkan pandangan mengejek sebelum berlari mendapatkan mak yang bersungguh-sungguh mengejar mahu memukul bapak dengan batang penyapu di tangan.
"Ya Allah!! Apa ni makk?!! Bapak?!! Buat malu je!!"
Eh? Pantas kepala Lana terteleng ke sisi.
"Adib!! Tolong kakak cepat!!"
Kemunculan dua jejaka yang pastinya punya tenaga lebih dahsyat dari Lana serta merta berjaya menghentikan perkelahian antara mak dan bapak. Adib menangkap mak sementara Ryu pula menangkap bapak. Mereka berdua segera dijauhkan.
"Dah gila agaknya mak kau ni!! Kerasukan saka si Malik tu agaknya!!" Mulut bapak terus membebel.
"Dasar orang tua tak sedar diri!! Puihh!! Ingat aku kemaruk sangat? Lanaa!! Kemas barang-barang, bawa mak tinggal dekat bandar dengan kau. Mak tak nak dah dekat orang tua tak sedar diri tu!! Huwaaa..." Mak mulai menangis melolong-lolong.
"Mak cakap apa ni mak? Bapak buat apa?" Adib yang masih kebingungan bersuara.
"Bapak kau pergi menggatal dengan Mona, janda di kampung sebelah Adib! Hancur hati mak, mentang-mentang mak dah tua..Dah tak cantik..Sampai hati bapak kau huuu...."
Bapak dan Adib berbalas pandangan. Dua-dua terkedu, terkejut!
"Siapa cakap macam tu mak?" Tanya Adib lagi.
"Makcik Bedah kau nampak! Bapak bawa Mona naik motor.."
"Ya Allah Meliana!! Tula, dengar sangat kata-kata si Bedah tu!! Bukan kau tak tahu dia rakan sekutu si Murni, tukang canang cerita ke serata kampung! Memang bapak tumpangkan Mona, kebetulan bapak memang nak ke pekan kampung sebelah. Kereta kancil Mona rosak. Apa salah bapak tumpangkan? Dia beli keperluan anak dia Meliana oi, susu dan pampers..Bapak tak sampai hati bila ingat anak dia tu..Entah-entah susu dah habis, tengah kelaparan di rumah. Siapa sangka, motor rosak masa kat pekan tu. Mona yang tolong bapak cari Adib tau. Dia hubungi abang dia yang kebetulan berada berdekatan dengan tempat tinggal Adib. Ni, aku terpaksa tidur di rumah Adib sampai motor tu dibaiki! Mona tu tak hinginlah dengan aku yang dah tua ni Meliana oii..Lainlah kalau dengan Adib tu.."
Terhenti terus lolongan emak. Pantas ditoleh ke belakang, merenung tajam pada Adib.
"Betulke apa bapak cakap tu Adib?"
"Betullah mak, bapak tidur dengan Adib semalam. Ni, Adib minta cuti setengah hari pun pasal nak escort bapak kalau-kalau motor bapak rosak lagi di tengah jalan."
"Takk! Bukan itu, betulkah Adib berkenan dengan janda anak satu tu?"
Berubah terus wajah Adib.
"Eh, apa mak cakap ni? Adib masih mudalah, kerja pun tak tentu lagi."
"Bagus! Fikiran macam tu yang mak nak, jangan nak menggatal macam orang tua tu.."
Bapak mendengus kasar.
"Dia yang cemburu buta, kita pulak disalahkan!" Gerutu bapak dengan nada sebal.
Lana geleng kepala. Ni dah mulai saling berbalas tikaman lidah ni..Kalau dah mula, sampai esok pagi pun tak settle.
"Dahlahh tu Mak..Bapak..Semua dah jelas kan, bapak tak buat salah. Semua salah faham je. Dah, jom naik..Nanti jiran-jiran tengok, malu kita.."
Lana memberi isyarat melalui mata pada Adib dan Ryu. Emak dan bapak segera dilepaskan. Dua-dua sudah nampak tenang, beriringan naik ke rumah dengan mulut bapak yang tak henti membebel. Adib pula terus meminta diri, takut lambat pula masuk kerja nanti katanya.
"Psytt..Sayang..Abang nak ke pekan kejap, boleh kan?" Ryu menghampiri lalu berbisik perlahan.
"Nak buat apa?" Lana tenung dengan sinar mata pembunuh.
"Abang nak beli barang kejap je..Abang bukan pergi cari perempuanlah, now abang tahu dari mana sikap cemburu tu menurun.."
Terherot tinggi bibir Lana.
"Abang pergi jap je, bye sayang..muahh.." Siap bagi flying kiss!
-
-
"Jadi balik ni kereta asing-asinglah ya?"
Hampir serentak Lana dan Ryu angguk kepala. Bapak renung wajah mereka berdua silih berganti. Lana yang baru hendak buka pintu kereta mulai rasa tak sedap hati..Kalau bapak dah macam ni, bahaya tau..
"Pehal kereta asing-asing? Macam tak logik bila...."
"Bapak, Lana balik awal nak temankan mak. Abang kena kerja, lepas habis kerja baru abang kejar ke sini.." Kata-kata bapak segera dicantas.
"Bapak..Boleh Ryu cakap sekejap dengan bapak tak?" Ryu tiba-tiba menarik lengan bapak untuk pergi jauh dari Lana.
Pehal? Curiga jadinya..Nak mengintai dan curi dengar, bapak tu! Kang dilipat..Naya! Lana memutar bola mata dengan rasa sebal yang menggunung.
"Mak!! Bapak!! Lana jalan dulu.." Terus meminta diri sambil masuk ke dalam perut kereta.
Bapak nun di sana cuma angkat sebelah tangan, manakala mak yang berdiri berhampiran melambai-lambai.
"Hati-hati Lana."
"Baik mak.." Perlahan, kereta Viva Lana mulai bergerak, meninggalkan perkarangan rumah.
Separuh perjalanan, Lana sudah nampak kereta Ryu dengan laju mengekori di belakang. Mentang-mentang kereta mahal, siap menyucuk-nyucuk di belakang. Lana bagi signal untuk memotong, tak juga dipotongnya.. Menyampah! Memang sengaja cari pasal! Ryu terusan mengekori di belakang sampailah mereka selamat tiba di perkarangan banglo mewah Ryu Rozzan.
"Sayang..Nanti tukar je kereta tu, lambat!" Komen Ryu sebaik sahaja keluar dari perut kereta.
Amboi!!
Bukan kereta yang lambat, dia kan pemandu berhemah..Ryu apa tau! Benci!!
"Ni satu-satunya harta yang Lana beli dengan titik peluh sendiri tau..Tak nak!! Lana akan pakai kereta ni sampai Lana tua berkeriput!"
"Abang tak suruh jual sayang, ni boleh simpan jadi perhiasan..Nak abang belikan kereta sport tak?" Bahu Lana dipaut mesra, kening terangkat-angkat.
"Tak payah, Lana tak reti pakai kereta orang kaya. Lagipun Lana tak nak termakan budi."
Ryu renung Lana buat seketika. Dahi berkerut.
"Serius ah, sayang tak suka ke? Sejak kita kahwin, sayang tak pernah meminta..Aneh! Abang tak pernah jumpa perempuan yang tak meminta-minta macam sayang ni..Abang benar-benar rasa pelik tau. Sayang tak suka ke pakai barangan grand-grand macam artis tu?"
Lana tergelak kecil. Bila difikirkan, betul juga kata-kata Ryu. Dah kahwin kan, sepatutnya dia kikis je harta Ryu Rozzan, sekurang-kurangnya bila bercerai nanti, dia jadi janda kaya..Tak gitu? Tapi entahlah, Lana bukan begitu kot! Dah terbiasa dengan kehidupan sederhana, lagipun dia diajar dengan tegas oleh bapak supaya berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sesuatu, bukan guna jalan mudah dan meminta-minta. Entah, dia bahagia dengan cara dia sendiri dalam memenuhi kehendak.
"Lana tak minat.." Pendek je jawapan diberi.
Ryu renung tak percaya.
"Tak minat eh? Nanti kita pergi shopping, nak?" Nak menguji dia jujur ke tu?
Lana geleng kepala. Kaki dituju ke anak tangga. Letih seharian memandu. Nak mandi kemudian terus tidur! Besok Ryu masuk pejabat tak? Berkira-kira nak ambil cuti..Tak larat nak kerja!Lana kerling Ryu yang masih mengekori hingga ke depan pintu biliknya. Dah kenapa mamat ni? Bilik dia tu kan kat sebelah. Sedar renungan Lana, Ryu ukir sengih nakal.
"Sayang.." Nak mulalah tu!
"Malam ni...Nak tidur dengan abang tak?" Hah, kan dah cakap!!
"Sorry..Not interested!"
Savage!
"Sure?" Uji Ryu. Lana angguk dengan yakin.
Ryu menopang sebelah tangan di dinding. Badan senget sebelah.
"Panas kan?" Sempat mengibas-ngibas baju di badan lalu dibuka di depan Lana.
Terserlah tubuh berketul-ketul yang tak berapa nak jadi six packnya. Lana hampir tertelan air liur di depan Ryu tau..Tak guna! Degupan jantung dia ni hah, macam nak meletup dada tau! Benci betul dengan reaksi diri sendiri.
"Sure sayang tak nak abang malam ni?"
Arghh!!!!
Laju je Lana menyerusup masuk ke dalam lalu menutup pintu sepantas kilat. Fuh!! Ryu Rozzan dah kenapa hah? Semakin hari semakin terserlah kemiangannya..Macamana ni? Bisa tewas seketul Lisa Alana kalau terus-terusan digoda oleh playboy tu!
Usai mandi, Lana terus panjat naik atas katil. Langsung tak bercadang mahu keluar! Pandai-pandailah Ryu cari makan kalau lapar. Tapi tak mungkinlah kot, dua pinggan Ryu baham masa kat kampung sebelum jalan tadi. Baru hendak menutup mata, pintu bilik diketuk bertalu-talu..
"Sayang!! Bangun cepat..Emergency!!!"
Melompat Lana keluar dari katil lalu berlari membuka pintu. Asal panik sangat suara Ryu?
"Sayang..kemas barang-barang sayang cepat.. Sembunyikan kat mana-mana..Jangan ada yang tertinggal tau.. Abang nak pindahkan kereta sayang kejap. Kunci mana kunci?"
"Ta..Tapi kenapa?" Lana bertanya, kebingungan!
"Buat cepat, kita takde masa ni. Nanti je abang explain.."
Kelam kabut jadinya. Mujur barang Lana tak banyak mana, semua disumbat masuk ke dalam satu beg besar lalu dimasukkan ke bawah katil. Ryu muncul semula tidak lama kemudian, sempat memerhati sekeliling sebelum menarik Lana keluar.
"Now..Kat mana nak sembunyikan sayang ni? Ahh..Bilik abang.." Lana ditarik masuk ke dalam bilik. Bola mata melilau lagi.
"Abang..Kenapa ni?"
TING TING TING!!
Lana dan Ryu berbalas pandangan. Ryu tepuk dahi.
"Siapa datang abang?" Curiga mulai menguasai. Yela, selama ni tidak pernah rumah Ryu dikunjungi tetamu.
Ryu Rozzan yang nampak panik dan kelam kabut..Amat mencurigakan!
Share this novel
bab ni paling kelakar...hahaha komedi romantik