BAB 20

Humor Completed 411630

"Sayang..Abang hantar sayang balik ya.." Wajah serba salah jelas terpamer.

Lana makin penasaran jadinya. Kata nak saling mengenali, mengapa perlu berahsia bagai?

"Abang nak ke mana?" Sengaja ditinggikan suara.

Ryu gosok belakang tengkuk, semakin serba salah jadinya.

"Abang perlu ke satu tempat..maaf sayang.. Abang janji akan balik secepat mungkin." Ryu beralasan, siap pamer wajah minta dikasihani.

"Nak ikut boleh? Lana kan isteri abang, kata nak saling mengenali kan?" Saja memancing, curiga sebenarnya...

Ryu menyungging sengih senget. Riak wajah nampak keberatan, namun tiada sepatah perkataan yang meniti di bibir untuk membantah. Ryu Rozzan kelihatan tenang, memandu dengan kelajuan sederhana.

"Abang..." Akhirnya Lana memecah kesunyian, dia benar-benar rasa kekok bila Ryu memilih untuk mengunci mulut.

Ryu mengerling sekilas.

"Lana tak sengaja dengar perbualan abang tadi. Siapa yang nak bunuh diri?" Soalan itu yang sedari tadi memenuhi kotak fikiran. Menyesakkan!

"Ahh..Itu isteri bayangan abang!" Selamba, Ryu menjawab.

Lana terkesima..Isteri bayangan? Seriously? Jadi dia menyandang jawatan apa? Calon isteri bukan pilihan? Huhu....

"Sayang..." Ryu pantas menyambar jemari Lana lalu menggenggam erat jemari runcing tersebut.

"Abang tak selingkuh tau..Kalau sayang nak ikut, abang okay je..Cuma, abang mohon pengertian sayang..Tolong..Jangan terlepas cakap masa kat situ nanti okay..Abang tak nak sakitkan hati siapa-siapa..Janji tau?" Jemari Lana dibawa ke bibir lalu dikucup sebentar. Sebentar pun, mampu menghadirkan getaran dalam jiwa!

Argh!! Mr Playboy ni kan..Betul buat jiwa jadi kacau tau! Lana mengalihkan pandangan, pura-pura melihat ke luar jendela kereta. Lana bukan jenis manusia yang cemburu nak mampus, dia boleh je balik dan biarkan Ryu menemui isteri bayangan dia tu..Tak kisah sebenarnya.. Cuma saja, Lana mahu menguji sejauh mana keikhlasan kata-kata Ryu Rozzan. Ah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan..Tak gitu?

Tak cemburu konon...Hati berdenyut-denyut sakit tu pehal Lana oiii?!! Toksah mengular sangat plez huhu...

"Baik..Lana janji takkan cakap apa-apa.." Mudah sungguh melafaz janji, mahu menunaikan tu entah mampuke tidak!

Ryu mengerling, nampak tak yakin jer riak wajah tu!

"Okay.." Pendek je jawapan diberi.

Ryu menghadiahkan senyum kecil. Kemudian menumpukan perhatian ke arah jalanraya. Langsung tak buka mulut sepanjang perjalanan. Hanya bola mata sesekali mengerling ke sebelah.

"Abang..."

"Hmm..." Menyahut tapi pandangan masih lurus ke hadapan.

"Dalam tempoh enam bulan ni..." Lana terhenti sebentar lalu menarik nafas dalam-dalam, cuba meredakan rasa cuak yang tiba-tiba menerpa.

Ryu mengerling bila terasa Lana mengambil masa agak lama untuk menghabiskan kata-kata.. Panjang sangat kot..Tak pun nak selit bunga-bungaan untuk kebahagiaan telinga yang menyantap? Perempuan...

"Teruskan sayang.." Tak tahan, terus didesak dengan nada yang masih terkawal.

"Abang akan setia dengan Lana tak? Sebab Lana kan..Lana jenis setia abang..Lana nak setia dengan abang. Sebab kan..Lana nak jadi isteri yang solehah..Biar perkahwinan ini mungkin cuma sekerat jalan, biar Lana cuma calon isteri bukan pilihan abang..Tapi Lana..Itu impian Lana selama ini. Mungkin lepas cerai, Lana tak punya peluang lagi untuk jadi seorang isteri.." Lana terus buang muka ke arah luar jendela usai berkata, menyembunyikan wajah yang sudah berubah rona..Malu! Tapi nak juga luahkan..Macam ada yang tak beres selagi disimpan dalam hati.

Ryu Rozzan terus terkedu! Tersentap dengan kata-kata Lana. Mengapa ada getar halus yang hadir dalam jiwa? Ryu berdehem perlahan, cuba mengusir rasa aneh itu..

"Lana...Abang...." Ahh..Sayang-sayang tu dah terbang entah ke mana!

"Abang setia Lana..Abang tak main perempuan. Cuma abang tak mampu nak elak desakan mereka. Wanita-wanita yang tak lelah mahukan perhatian abang."

"Tu yang sampai nak bunuh diri?" Pantas diaju soalan.

"Yang tu special case. Kejap lagi sayang.. Kita dah nak sampai ni..Semua akan terjawab sebentar saja lagi.."

Habis berkata, kereta Ryu memasuki perkarangan sebuah bangunan yang sederhana besarnya, juga kelihatan sedikit usang kerana cat yang membaluti bangunan nampak sudah pudar. Reka bentuk bangunan pun kelihatan agak ketinggalan zaman. Di mana? Tekun Lana perhati sekeliling. Melongo sekejap bila ternampak papan tanda di depan bangunan.

Rumah Orang Tua De Lente?

Pantas bola mata Lana mencari bola mata Ryu Rozzan. Like seriously?!!

"Jom kita jumpa isteri bayangan abang. Ingat, Lana sekarang adalah PA abang tau."

Lana angguk. Pintu kereta ditolak. Keluar dan mengekori Ryu di belakang. Sebaik sahaja mereka berdua masuk di ruang lobi, seorang lelaki pertengahan umur menyambut mereka dengan senyuman manis.

"Tuan dah sampai.." Terus menyapa mesra sambil menundukkan kepala.

"Bagaimana keadaan Suzy, Uncle Sam?"

"Suzy dah stabil tuan. Tapi masih tak nak makan, berkeras nak tunggu tuan datang."

Ryu angguk lalu meneruskan langkah menuju ke tangga untuk ke tingkat atas. Mereka tiba di sebuah bilik. Ryu menghampiri katil di mana sekujur tubuh terbaring, membelakangi pintu.

"Suzy my darling...Abang dah pesan jangan nakal-nakal kan?"

Lana buang wajah, seram dan meluat dengar! Dasar miang!!

Tubuh yang terbaring bingkas bangun..Pantas sungguh, seolah suara Ryu menyuntik tenaga luar biasa pada tubuh tersebut.

"Ehh..Suami kite dah datanggg..yeayy yeayy!!"

Pantas Lana memanjangkan leher, mahu mengintai di sebalik tubuh sasa Ryu, mahu lihat siapakah pemilik suara gedik yang buat hati bagai dipulas-pulas. Bola mata bertaut dengan pemilik suara itu. Ada percikan api cemburu pada dua pasang mata itu..

"Sayaanngg..Siapa perempuan tu? Tak suka.. Tak sukaaa!!" Tangan memukul-mukul tilam, sepasang kaki tu pula dihentak-hentak di atas tilam..

Mengada betul! Terherot tinggi bibir Lisa Alana! Cemburu? Takkanlaahhh...

"Ini PA abang sayang..Lisa Alana..Lisa, ni Suzy.. Wanita yang paling saya sayang kat sini.." Ryu memperkenalkan mereka berdua walaupun dia cukup sedar ada ketegangan di situ.

"Tak nakkk tahu!! Suruh perempuan hodoh tu keluar sekarang!!!"

Amboii!!

Lana sudah bercekak pinggang. Ni memang sengaja nak cari pasal kan? Ryu mengerling sebal.

"Sabar sikit Lana..Suzy dah nyanyuk okay, tak perlu nak emo sangat please.."

"Dia hina kita tau..Boss tak dengar ke?"

Ryu mengeluh perlahan. Kulit kepala yang tak gatal digaru.

"Dahh..Diam dekat situ.." Arah Ryu dengan tegas sebelum melangkah menghampiri Suzy. Punggung dilabuhkan di birai katil.

Suzy bangun lalu menyandarkan badan di kepala katil. Berpeluk tubuh lalu memalingkan badan ke sisi, tak nak tengok Ryu konon.. Mengada betul! Mati-mati Lana mengutuk dalam hati. Sabar duhai hati...Lana genggam buku lima, menahan rasa geram yang mulai mencanak!

"Mengapa nak Lisa keluar sayang? Dia tukan PA abang..Kena selalu ikut abang..Dah, jangan merajuk lagi. Ni abang dah datang kan? Sayang tak makan lagi kan? Meh abang suapkan ya.. Sayang kena makan tau, sayang taukan abang tak suka yang kurus cekeding..Tak cantik.." Pujuk Ryu lembut, macam sedang memujuk bini..Real habis tau.

Lana yang berbulu mendengar. Dengan kita tak pulak Ryu buat macam tu..Argh!! Menjengkelkan betul!

Ryu mengambil mangkuk berisi bubur yang masih kelihatan berasap sedikit di atas meja tepi katil. Ditiup-tiup sebentar lalu sudu berisi bubur itu disua ke bibir Suzy.

"Laa..Bukalah mulut tu besar sikit..Nak malu-malu pulak sayang abang ni ya? Tengok, dah comot tu.." Jemari Ryu naik di wajah Suzy, mengelap sisa bubur yang terpalit di tepi bibir.

Makin marak bola mata Lana melihat..Eii!!! Dua manusia ni memang sengaja kot..Yang sorang tergedik-gedik, yang sorang pula melayan bersungguh-sungguh. Jadi dia? Penonton yang hanya mampu telan air liur? Bodoh ke apa? Dah tahu menyakitkan mata, masih tercongak macam tertelan nasi kangkang kat situ.. Menyampah!!

Lana pusing badan, mahu segera beredar. Bengkak bernanah hati kalau terusan berada di situ. Dengan warga emas pun nak cemburu ke Lana oii? Opkos! Warga emas tu perempuan kot, lepas tu dilayan melebih-lebih pulak oleh si playboy tu huhu..Dia si isteri yang sah pun tak dapat layanan istimewa macam tu..Siapa tak sakit hati kan!

Terserempak dengan Uncle Sam ketika berada di luar. Uncle Sam terus mengajak Lana ke ruang menunggu. Lana dihidangkan dengan secawan kopi dan kuih muih.

"Jemputlah Cik...er.."

"Lana uncle..Saya PA Tuan Ryu.."

"Ahh..Ya, Cik Lana..Jemput minum.."

Lana angguk sambil tersenyum..Cawan disua ke mulut.

"Suzy memang macam tu cik Lana. Sejak syarikat tuan Ryu menjadi sponsor utama rumah orang tua ni, Suzy dah cop tuan sebagai suami dia.." Uncle Sam mulai bercerita tanpa dipinta, agaknya tercuit hati melihat wajah monyok Lana.

"Tuan Ryu pertama kali muncul ketika majlis ulangtahun rumah orang tua ni, sekaligus merayakan harijadi Suzy yang masa itu genap 80 tahun. Masa tu tuan datang membawa kek harijadi buat Suzy..Menyanyikan lagu dan menari dengan Suzy..Selepas itu, Suzy asyik mencari tuan..Bila lama tuan tak datang menjengah, Suzy akan buat hal. Macam semalam, Suzy hampir terjun dari balkoni. Mujur pak guard berjaya tangkap pergelangan kaki dia."

"Suzy takde keluarga ke uncle?" Entah mengapa, terjentik hati ingin tahu kisah hidup Suzy.

"Dia pernah berkahwin semasa muda, tapi bercerai. Punya seorang anak, tapi dibawa oleh suami dan keluarga mertua. Diselamatkan oleh pihak berkuasa, hidup sebatang kara di bawah jambatan. Terus ditempatkan di sini sehingga sekarang."

Sedikit terpukul mendengar penjelasan uncle Sam. Aduh...Rasa bersalah pula memarahi Suzy lantaran rasa cemburu. Siapa suruh gedik sangat dengan laki kita kan huhu...

"Nama sebenar Puan Sujiyah..Mati-mati mintak dipanggil Suzy, glamer katanya hehe..Suka berhias macam orang muda..Mengamuk bila dipanggil nenek..Mulut berbisa tapi hatinya baik. Maaf ya kalau Suzy sudah menyakitkan hati cik. Dia memang alah dengan wanita muda, apalagi kalau secantik cik ni..Mulailah dia nak cemburu.."

Lana angguk. Sekarang baru dia faham mengapa Suzy mengusirnya tadi. Tapi rasa marah dan cemburu pada wanita warga emas tu masih bersisa.

"Lana faham uncle.." Saja nak menyedapkan hati sendiri.

Sisa air kopi di dalam cawan diteguk hingga habis. Kemudian Lana meminta diri, mahu menjenguk Ryu. Macam tak sedap hati pula tinggalkan dua ketul tu berdua-duaan dalam bilik lama-lama. Macam-macam perkara tak elok bermain di fikiran. Aduh Lana... Agak-agaklah nak cemburu pun huhu.. Faham! Tapi hati ni..Tak merelakan!

Laju je kaki dibuka menuju ke bilik Suzy. Pintu ditolak agak kasar. Terkejung sekujur tubuh bila lihat Ryu sedang menyikat rambut sejemput Suzy, baru hendak diikat dengan getah rambut bereben pink. Ahh, dari sini rupanya Ryu belajar mengikat rambut perempuan..

Bukan main marak menyala-nyala bola mata Suzy merenung Lana. Lama bola mata mereka bertaut..Jelas penampakan api cemburu di situ!

"Abang...Usir perempuan hodoh tu..Tak suka.."

Lana ketap rahang. Entah mengapa dia benar-benar rasa tercabar dengan Suzy. Tak kisah warga emas ke apa ke, yang penting kehadiran Suzy mengugat kedudukan Lana di sisi Ryu Rozzan!

"Ishh..Tu kan PA abang.." Ryu cuba memujuk.

Hati bagai diperah-perah!

"Ab..Eh..Boss!! Bossku yang dihormati, uncle Sam panggil! Biar saya je uruskan Suzy yang secantik bidadari kena buang dari kayangan ni!" Sarkastik!!

Tak kisah dengan ungkapan jaga hati warga emas, dah warga emas tu tak jaga hati kita kan..Savage!

"Takk nakkk!! Abang jangan tinggalkan Suzy dengan perempuan hodoh ni..Suzy tak nakk.. Tak nakk!!!" Rengekan gedik ditayangkan.

Berbulu mata!

Terherot-herot bibir Lana menahan rasa meluat. Suzy ni memang sengaja nak cari pasal.

"It's okay Suzy..Saya hodoh pun saya makan nasi, tak makan orang.." Lana cuba memujuk walau hati macam mahu meletup, dihampiri Suzy yang masih merengek-rengek macam budak kecil.

"Jangan dekat aku perempuan hodoh!!"

BUK!!

Hampir pitam Lana bila paddle brush diperbuat dari kayu yang Ryu guna untuk menyikat rambut Suzy melekat di dahi, akibat dilempar oleh Suzy. Bergenang air mata menahan sakit. Bukan sakit di kepala yang membuat Lana rasa nak nangis sebenarnya. Lebih kepada sakit hati.. Nak membalas, tak sampai hatilah pulak.. Takkan Orang tua tu nak dibawa bergaduh pulak kan..Akibatnya, terpaksa makan hati!

"Lana!" Ryu bergegas bangun lalu mendapatkan Lana yang sudah berkaca-kaca bola matanya.

"Okay tak ni?" Laju dibelek dahi Lana.

"Abangg!!! Jangan sentuh perempuan hodoh tu!! Tak suka..Tak sukaaa!!! Arghhhh!!!!" Suzy mulai mengamuk, menjerit-jerit lalu melempar semua benda yang ada berhampiran ke arah mereka berdua.

Ryu pantas menarik Lana ke belakangnya, cuba melindungi Lana dari benda-benda yang melayang deras ke arah mereka.

"Suzy sayang..That's not nice..Be a good girl okay? Abang tak sukalah macam ni.. Mana si comel abang yang ayu dan lemah lembut tu?"

Automatik terhenti tantrum Suzy. Lenggok tubuh bertukar jadi lemah gemalai. Semakin tinggi herotan bibir Lana. Drama betul!

"Tengok ni..Tangan abang dah calar.. Sayang nak abang mati cepat eh? Nanti takde lagi yang nak datang manjakan sayang, suapkan sayang.. Ikat rambut sayang..Bacakan cerita hingga sayang tertidur..Sayang nak macam tu ke?"

"Tak nakk!!"

"Kalau tak nak, behave sayang. Abang nak keluar jumpa uncle Sam kejap. Lisa akan temankan sayang sekejap okay..Jangan nakal tau.."

Pantas belakang baju Ryu Lana sentap.

"Nak tinggalkan Lana dengan dia? Serius?" Lana berbisik perlahan.

"Ha'ahlaa..Kan Lana beria nak temankan dia tadi? Dah..Abang keluar jap..Jangan gaduh sudah..Berlembut sikit dengan Suzy tau.." Sempat melempar senyum mengejek sebelum Ryu melangkah keluar.

Lana terpempan!

Mencerlung mata Suzy, merenung Lana dari atas ke bawah seperti mahu membunuhnya. Lana senyum senget.

"Suzy yang manis...Nak Lana cantikkan Suzy supaya tuan Ryu semakin jatuh cinta dengan Suzy tak?"

Terus bersinar penuh ceria bola mata Suzy. Laju je kepala terangguk-angguk. Lana ketawa dalam hati. Senang je rupanya nak tawan nenek ni.. Suzy menarik sebuah beg kecil dari dalam laci meja di tepi katil. Beg yang berisi alat solekan serta aksesori kecantikan. Suzy..Suzy.. Nenek ni memang suka berhias, peralatan mekap dia ni kan lebih lengkap dari apa yang ada di meja solek Lana tau.

Lana duduk di samping Suzy. Melihat tiada sebarang reaksi penolakan dari Suzy, Lana mulai memilih beberapa alat solekan yang dirasakan bersesuaian.

"Suzy sayangkan boss tak?" Sambil jemari ligat bekerja, mulut mulai becok bertanya.

"Sayanglaa..Dah laki kite.." Amboi!

"Bagaimana kalau boss tu dah kahwin?" Masih mahu menguji.

"Abang sayangkan kite tau..Hanya kite sorang isteri abang.."

"Boss baik pada Suzy tak?"

"Abang baik sangat..Semua keinginan kite abang turutkan.."

Lana diam. Sedikit sebanyak hati tersentuh bila membayangkan kehidupan Suzy sebelum itu. Melihat parut-parut bekas torehan yang terpamer di lengan, leher dan wajah Suzy...Hati menjadi hiba.. Pasti sukar hidup Suzy suatu waktu dahulu.. Tabahnya wanita di depan dia ini!

"Suzy....Lana minta maaf.." Terus dipeluk sekujur tubuh kering yang jelas nampak tulang temulang tertonjol keluar itu.

"Ehh..Jangan sentuh kite!! Kau hodoh!!"

BUK!!

Lana tergolek jatuh di bawah katil akibat ditolak dengan kuat.

"Aduhh!!"

Kena lagi dahi!

Pening terus kepala. Berpinar-pinar pandangan. Lana gosok dahi yang mulai membengkak, pedih dan berdenyut-denyut.

"Kite tak suka awak!! Awak hodoh sangat!! Jangan dekat-dekat suami kite lagi tau.. Jangan ganggu laki kita!! Pelakorr!!"

Lana bingkas bangun. Memanas pula bila dituduh yang bukan-bukan. Siapa pelakor? Itu laki kita pulak..Benci!!!

"Heyy!!! Cakap elok-elok sikit nenek!! Ingat aku ni kemaruk sangat ke dengan lelaki tu? Nenek ambik je Ryu, lipat kemas-kemas dan simpan dalam poket. Aku tak hingin pun!"

"Apaa? Nenek?!!! Siapa nenek?!! Arghhh!!!!" Habis segala bantal selimut dilempar ke arah Lana.

"Kaulah nenek!!" Tak akun kalah! Dengan warga emas pun nak gaduh ke Lana oii!

Sakit sungguh hati bila bantal yang dilempar Suzy tepat menghempuk wajah. Pantas Lana kutip bantal yang jatuh atas lantai lalu dilempar semula ke arah Suzy.

"Uwaaaa!!!" Bergema jeritan nyaring Suzy bila bantal tersebut tepat mengena muka.

Tepat pada waktu itu, Ryu Rozzan melangkah masuk. Terkejut Ryu melihat suasana tegang dan dingin dalam bilik tersebut.

"Lisa Alana!! Are you crazy?!!"

Lana yang baru mahu mengutip sebiji lagi bantal di atas lantai terus menegakkan badan. Serius? Ryu menjerit padanya disebabkan warga emas bermulut jahat itu?

"Kau pukul Suzy ke hah?!!" Ryu terus mengherdik dengan suara tinggi.

Semakin menjadi-jadi raungan Suzy..Betul-betul drama queen! Ryu merentap pergelangan tangan Lana dengan kasar.

"Kau buat apa pada Suzy Lisa Alana?"

Berkaca-kaca bola mata Lana. Sakit sungguh hatinya saat itu. Sampai hati Ryu Rozzan menangkan wanita lain..Lana menarik kasar tangannya dari cengkaman Ryu. Merajuk betul dengan sikap Ryu..Apa beza dia dengan Suzy? Mengapa Suzy dilayan seperti puteri dan dia seperti musuh? Tak aci!!

"Aku cuma balas balik apa dia buat dekat aku!"

"Dia dah senja Lisa..Tak perlu nak kasar sangat.." Ryu cuba mengawal suara, takut didengar oleh Suzy agaknya.

"Fine!!! Biar Lana cacat dikerjakan, macam tu yang kau mahu kan?! Ni.." Jari telunjuk diarah ke dahi.

"Dua kali Suzy kerjakan..Lana kena mengalah kan?!! Baik, kau uruskan je bini kau tu Ryu Rozzan!! I'm out!!! Tempoh enam bulan tu...Kensel!! Kau faham kan? Kensel!!! Pulangkan je aku ke rumah orang tuaku!!!"

Marah sangatlah tu sampai merapu ntah apa-apa ntah!

Ryu tercengang!

Hanya terkedu melihat Lana berlari keluar sambil mengesat air mata..

3rd attempt hihaa.. bab kali ni mcm hambar pulak huhu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience