Lisa Alana melangkah keluar menuju ke lobi sambil bola mata tekun memerhati satu-persatu wajah-wajah yang membanjiri kawasan tersebut. Sesekali bola mata melirik pada skrin telefon. Dia tak kenal malahan tak pernah jumpa langsung sepupu Fazura yang bernama Aaraz.
Berada di tempat asing, perempuan dan seorang diri pulak tu, pastilah mengundang resah dan takut kan, namun Lana cuba tepis semuanya..Dicekalkan hati demi mempertahankan mahligai cinta yang telah terbina sekian lama. Bertapa agung cinta Lana, sanggup mengejar cinta, kalau Aizaff tak terharu tak tahu lagilah!
"Lana? Lisa Alana?"
Lana menoleh ke sisi. Seorang jejaka menghampiri sambil tersenyum mesra.
"Aaraz kan? Sepupu Fazura?"
"Yup, aku ler tu!" Balas Aaraz lalu ketawa kecil.
Aaraz menawarkan diri mahu membawa bagasi Lana namun ditolak dengan lembut. Kecik je pun, cuma berisi sehelai dua pakaian dan barangan peribadi yang penting je.
"So, macamana perjalanan? Tak jetlag ke?" Sekadar mencari topik untuk berbual sebenarnya, mahu mengurangkan rasa janggal antara mereka.
"Ada juga sikit, tapi taklah teruk sangat."
"Okaylah macam tu. Aku dah dapatkan hotel berdekatan dengan Hospital Umum. So, tak perlu rushing sangat. Apa kata kita pergi makan dulu? Aku pun tak sempat makan lagi ni."
Timbul pula rasa kasihan, pasti Aaraz kelam kabut menjemput dia usai kerja kan? Perkara yang sepatutnya dibuat oleh kekasih hati, malangnya sampai sekarang tidak dapat dihubungi. Mahu bertanya, segan dan takut menyusahkan pula.
"Tak menyusahkan ke? Aku okay je, dekat hotel nanti boleh je cari makan."
"Eh taklah, aku lebih suka makan berteman dari makan sorang-sorang. Dah, jomlah..Tu hah kereta aku."
Usai makan dan lebih banyak berbual tentang hal-hal kerja, Aaraz menghantar Lana ke sebuah hotel, berjarak lebih kurang satu kilometer dari Hospital Umum.
"Maaf, hotel ni agak mahal..Ada yang lebih murah dan lebih dekat tapi dah full.."
Lana dongak untuk melihat..Citadines Uplands Kuching! Berbaloi, hotel yang cantik dan mewah..
"It's okay Aaraz, kau dah tolong ni pun aku dah bersyukur sangat tau."
"Baik, kalau perlu bantuan ke, apa-apa hal call je aku tau. Kalau tak sambut tu maknanya aku tengah sibuk dengan patient, tapi aku pasti akan call balik..Don't worry!"
"Err..Aaraz!" Lana pantas memanggil, bila Aaraz mahu beredar dari situ.
"Yes Lana?"
Lana diam sekejap, cuba menyusun kata.
"Aizaff Nafees...Err...." Tetiba jadi segan pula.
"Oh, Zaff! Dia ada kot, baru-baru ni dia cuti..Kau datang je esok..Rasanya dia mulai kerja esok."
Wajah Lana jelas berubah.
"Err..Baiklah, terima kasih Aaraz!"
Aaraz angguk sambil tersenyum. Kemudian, Aaraz meminta diri. Lana hampir terduduk di situ. Aizaff cuti? Bukankah ketika terserempak hari tu Aizaff kata dia menghadiri konvensyen? Tak mungkin...Aizaff Nafees berbohong? Tapi kenapa?
Masuk saja ke dalam bilik, Lana terus cuba menghubungi Aizaff. Sepi!! Lana kesat air mata yang mulai bertakung di tubir mata. Masih cuba berfikiran positif, Zaff letih kot! Takpe, esok dah boleh jumpa. Cuba memujuk hati untuk memahami keadaan Aizaff.
Usai bersiap cantik-cantik pagi itu, Lana cuba sekali lagi menghubungi Zaff entahlah untuk kali yang ke berapa, dia sendiri sudah tak larat nak ingat. Berdering okay, namun direjek! Tak puas hati, Lana dail sekali lagi..Operator yang menjawab huhu..Hati mulai panas, curiga sudah memuncak!
Teksi yang berbaris di perkarangan luar hotel segera dihampiri. Hospital Umum Sarawak dituju dengan perasaan yang bercampur baur. Namun Lana masih cuba untuk berfikir positif. Tanpa bukti, tak elok mencurigai pasangan bukan? Boleh jadi racun dalam perhubungan!
"Maaf, nak tanya..Doktor Aizaff masuk kerja tak hari ni?" Sabar menunggu sementara pegawai yang bertugas di kaunter pertanyaan meneliti jadual di dalam komputer.
"Ya cik, sepatutnya Doktor Aizaff bertugas hari ni tapi dia ambil emergency leave, tak sihat."
Lana tersentak!
Zaff sakit? Hati mulai dilanda kerisauan. Kasihan Zaff, dahlah seorang diri. Macamana dengan makan minumnya? Aduh!!
"Boleh bagi alamat rumah Aizaff tak?"
"Cik ni siapa?"
"Saya tunang Aizaff."
Pegawai lelaki itu merenung Lana tidak percaya. Lana segera menunjukkan gambar dia bersama Aizaff yang disimpan di dalam telefon. Pegawai itu kemudiannya menyalin sesuatu di atas sehelai kertas lalu menyerahkannya pada Lana.
Selepas mengucapkan terima kasih, Lana bergegas keluar lalu menahan teksi. Sempat menyinggah di sebuah supermarket berdekatan. Lana bercadang mahu memasak sesuatu untuk Aizaff. Risau pula, entah dah makan ke belum lelaki itu.
Lana pandang sekeliling bila teksi yang dinaiki memasuki sebuah kawasan perumahan rumah berkembar dua tingkat. Kawasan perumahan yang selesa, teratur dan bersih. Seronok juga tinggal di kawasan seperti ini...Teksi yang dinaiki berhenti di depan pintu pagar rumah yang terletak di kawasan tengah. Sebuah kereta buatan luar negara terparkir di dalam garaj.
Itu pastinya milik Aizaff. Mahal kereta..Entah berapa agaknya ansuran tiap bulan. Agaknya sebab tu sampai sekarang Aizaff tak masuk-masuk meminang huhu..Kawasan perumahan pun agak mewah..Lana tercanak di depan pagar buat seketika, leka memerhati sekeliling. Aizaff Nafees...Citarasa lelaki ini nyata sudah jauh berubah!
Pintu pagar yang tak berkunci ditolak perlahan. Suasana rumah sunyi sepi. Aizaff tengah berehat agaknya. Lama Lana perhati lock menggunakan kata laluan di muka pintu. Nak tekan lonceng, takut menganggu istirehat Zaff. Kata laluan? Hemm...Lana berfikir sejenak. Perlahan, keypad ditekan, tarikh lahir Aizaff dimasukkan..Krakk!!
Yes!!
Pintu ditolak perlahan-lahan. Lana bergerak menuju ke dapur untuk meletakkan barang-barang yang dibeli, sebelum bergerak menuju ke tangga. Dia pasti Aizaff sedang tidur di dalam biliknya. Cuma ada tiga bilik di tingkat atas. Disebabkan tidak pasti, satu persatu pintu bilik dihampiri.
Langkah kaki terhenti di depan sebuah bilik. Daun pintu tak tertutup rapat, tak macam dua buah bilik yang dilihat tadi. Pasti ini bilik Zaff! Niat hati mahu mengetuk sebelum masuk, takut pula Aizaff terkejut beruk, dahlah tengah sakit kang pengsan pula kekasih hati dia.
Namun terbantut bila dengar suara seperti berbisik-bisik diselangi gelak tawa dan erangan perlahan dari dalam. Hati berdetak! Dia tak silap bilik ke? Aizaff punya teman serumah? Kalau difikir secara logik, Aizaff takkan mampu bayar kereta dan rumah sekaligus dengan gaji seorang doktor pelatih..Jadi, ada kemungkinan dia tinggal berkongsi dengan kawan kan? Arghh..Lana memang baik, asyik fikir positif!
"Sayangg...I penatlah.."
"Sekali lagilaa sayang..Tak puas.."
Lana berundur, galau mendengar suara renggekan manja penuh berahi itu. Mana Aizaff ni? Argh! Tak pasal-pasal dia jadi macam pengintai tau, kang dituduh gila seks tak ke haru huhu..
"Ah..Sedap..Nak lagi..Ah.."
"Kat mana sayang?"
"Bawah sikit Zaff...ahh..."
Baru hendak beredar, tertangkap di pendengaran satu nama yang tidak asing disebut buat langkah kaki Lana terhenti serta merta. Dia tak salah dengar kan? Z.A.F.F!! Zaff means Aizaff dia ke? Badan menggigil tiba-tiba. Badan terus diputar menghadap ke pintu bilik semula. Tangan menggeletar ketika mahu menolak daun pintu.
Pasangan yang masih berada di bawah selimut langsung tidak sedar akan kehadiran Lana. Masih asyik meneruskan aktiviti panas mereka. Suara erangan dan desahan semakin lama semakin kuat. Mengalir deras air mata Lana bila mendengar suara lelaki yang mendesah kuat di sebalik selimut. Melihat pakaian yang berselerakan di atas lantai, tambah menguatkan kata hati bahawa Aizaff Nafeeslah lelaki di sebalik selimut, sedang asyik melayar bahtera bersama dengan wanita lain.
Pakaian atas lantai itu, adalah pakaian yang sama Aizaff pakai ketika terserempak dengan Lana. Pakaian atas lantai itu juga adalah pakaian yang sama dipakai oleh gadis yang bersama Aizaff. Tak mungkin begitu cepat Lana melupakan semua details tersebut, masih tersemat kukuh dalam kotak memori.
Kuatnya seorang Lisa Alana, diam tidak berganjak menunggu kekasih yang dicintai sepenuh hati sehingga selesai berzina dengan wanita lain. Dia bukan seperti wanita lain, atau dalam cerita klise kebiasaan..Yang mana si perempuan akan lari nangis-nangis meninggalkan si lelaki yang kedapatan curang depan mata. HELL NO!!
Dia bertahan kerana mahu tatap sendiri reaksi Aizaff ketika memandangnya. Dia mahu Aizaff rasa penyesalan yang menggunung saat kedapatan curang depan mata..Kalaulah kan! Dan yang paling penting, dia mahu Aizaff rasa menyesal tak sudah, kerana hari ini...Cinta yang sekian lama begitu subur buat lelaki itu, dah mati disimbah bergelen-gelen racun Gramoxone!! Kalau nak bibitkan semula pun, tak mungkin bersemi sebab tanah sudah tak subur..Kering kontang! Hanya racun memenuhi! Pegi dekat cari mati je..Ahh, gitulah perumpamaan terover akibat rasa marah yang teramat kih kih kih...
Wajah yang basah dilap perlahan-lahan ketika melihat selimut yang melindungi dua tubuh manusia itu diselak ke bawah. Sungguh, saat itu Lana ingin berlari keluar, rasa geli dan nak muntah. Nak pandang lelaki itu pun dia sudah rasa jijik!
"Sayang dahaga tak? I nak ambil air kejap.."
"Nak..Thank you sayang.."
Aizaff bingkas bangun, tanpa seurat benang di tubuh! Lana pantas membuang muka, jijik sungguh melihat keadaan Aizaff ketika itu.
"L...La...Lanaaa!!!"
Aizaff tercengat kaget, hampir tidak mampu menyebut sebaris nama milik dia. Selimut pantas ditarik, lalu Aizaff kelam kabut balut punggung. Kemudian, berlari laju memungut pakaian yang berselerakan atas lantai. Lana menyungging senyum sinis. Tau malu tapi tak takut dosa! Hukuman di akhirat lebih menyiksakan berbanding menanggung malu di dunia Aizaff Nafees!
"Kau siapa hah? Macamana kau masuk? Zaff!! Call polis cepat!!"
Gadis yang masih bermalas-malasan atas katil dalam keadaan bertelanjang bulat tanpa rasa malu menyergah kuat. Wajah masam mencuka, benar-benar tidak suka dengan kehadiran Lana. Tak mungkin gadis itu tak mengecam Lana kan, bukan berbulan..Baru beberapa hari terserempak! Nampak jelas riak cemburu di wajah gadis itu.
"L..Lana! Ikut aku!!" Aizaff cuba menarik tangan Lana untuk keluar dari bilik tersebut namun dengan pantas Lana menepis tangan Aizaff.
Lengan disilang di dada. Bola mata mencerlung, silih berganti ke arah Aizaff dan gadis yang masih masam mencuka di atas katil.
"Kenapa perlu keluar? Lagi elok semua ada kat sini bukan? Sekurang-kurangnya selepas ini semuanya sudah jelas, tidak perlu bersembunyi dan menipu..Dan paling penting, tiada lagi penyesalan.."
"Lana..Aku..."
"Tak perlu jelaskan. Kau cuma perlu jawab soalan aku dengan jujur Zaff. Please, no more lying..Aku cuma nak tahu kebenaran.."
Aizaff terdiam. Merenung kosong pada Lana. Cuba mencari sekelumit penyesalan di mata itu..Namun ianya cuma kosong! Hati... Bertabahlah! Sesungguhnya mendung tak bererti hujan. Kalaupun hujan menimpa, tak semestinya berlanjutan hingga ke petang. Kadang-kadang, hujan cuma singgah sekejap untuk membasahi bumi yang kian gersang. Begitulah juga hidup..
"Sejak bila?" Hanya dua patah yang dituturkan. Kedengaran mudah namun cukup membuat seorang Aizaff resah.
Aizaff membisu, tidak tahu bagaimana harus menjawab soalan mudah itu. Lana ketap bibir bawah, of course Aizaff tidak mampu menjawab. Pasti lelaki itu sendiri tersedar sudah berapa lama penipuan itu berlangsung, kemudian rasa bersalah hingga tidak mampu menjelaskan semuanya huhu..
"Kau dah kenapa Zaff? Bagitahu jela perempuan tu yang kita dah bersekedudukan hampir setahun!" Gadis yang sedari tadi hanya diam memerhati sudah bingkas bangun..
Dengan selamba berjalan tanpa seurat benang pun di hadapan Lana. Memang muka tak malu! Aizaff..Aizaff..Kalaulah mak kau dekat kampung tu tahu beginilah sikap bakal menantunya, pasti gol awal orang tua tu kena serangan jantung.
"Kila!" Tegur Aizaff dengan suara tinggi.
"What?!! Kau dah janji nak kahwin dengan aku kan? Kau patut berterus terang dengan perempuan ni Zaff!"
Gadis itu menyambar tuala lalu membaluti sekujur tubuhnya yang bogel. Berpaling dan melangkah penuh egois menuju ke arah Lana.
"Kau pasti Lisa Alana kan? Gadis yang tergila-gilakan Aizaff sejak kecil tu? Dengar sini wahai perempuan tak tau malu, aku Syakila, bakal isteri Aizaff. Kau boleh berputus asa sekarang dan blah buat selama-lamanya dari hidup Zaff."
Syakila tersenyum sinis, sebelum merapatkan wajah, hampir dengan telinga Lana.
"Selama ini Aizaff berdiam diri bukan kerana mahu jaga hati kau tetapi perhubungan baik antara keluarga korang. Tapi mulai hari ini, aku akan berterus terang Lana!" Syakila tergelak sinis, sebelum menyambung kata..
"Bahawa aku...Takkan biarkan perkara ini berlanjutan lagi...Cukuplah selama ini aku bersabar, terlanjur kau dah tahu...Aku bagi amaran, henti ganggu bakal suami aku Lana!"
Lana menarik nafas dalam-dalam, cuba untuk bertenang. Walaupun hati hancur luluh, wajah tetap mempamerkan ketenangan..Nak nangis-nangis sampai merayu di tapak kaki Aizaff? No, itu bukan gaya seorang Lisa Alana! Nak menangis depan dua manusia jijik ni pun dia tak sudi!! Air matanya bukan semurah itu!
"So..Ceritanya di sini..Aku, Lisa Alana tergila-gilakan kau ya Aizaff Nafees? Sejak kecil ya? Takpe..Takpe..Nanti kau bawa perempuan ni balik kampung ya, tanya je orang kampung siapa tergilakan siapa..Aku malas nak explain. Ah, satu lagi..Hampir pula terlupa! Nak jaga hubungan baik keluarga ya? Sejak kapan Aizaff? Bapak aku memang tak sukakan kau sejak dulu, aku je bersungguh-sungguh yakinkan bapak aku yang kau baik orangnya.." Berhenti sebentar untuk menarik nafas. Aizaff tunduk, harap-harap sedar dirilah ya!
"Setelah begitu banyak rintangan dan cabaran yang kita lalui bersama..Begini cara kau akhiri hubungan kita ya? Bukan sekadar kau tipu aku malah kau buruk-burukkan aku depan perempuan yang baru setahun kau kenal. Bodohnya aku mati-mati mempertahankan kau selama ini, mati-mati setia pada kau..Cinta? Seseorang pernah kata..Cinta sejati dah tak wujud, aku malah ketawakan dia! Padan muka aku kan? Bodoh sangat kerana percaya cinta Aizaff dan Alana begitu utuh, tak mampu diruntuhkan.." Terhenti lagi, kerana air mata mulai bertakung di tubir mata.
Lana gigit bibir bawah, bertahan Lana..Kau tak boleh nangis depan manusia tak guna macam Aizaff! Nanti dia anggap kau tak mampu nak lepaskan dia..Bertambah besar kepala setan tak guna tu nanti!
"Lana...Aku..."
"Aku letak seratus peratus kepercayaan pada kau Aizaff. Seperti orang bodoh, aku tunggu kau tunaikan janji-janji kosong kau tanpa sedar kau sedang sedap berzina dengan perempuan lain. Bertapa menjijikkan seorang Aizaff Nafees.."
"Cukup Lana!! Kau toksah nak berlagak baik depan aku sedangkan kau sendiri bawa lelaki lain balik ke rumah kau! Tak cukup dengan itu, kau siap berpeluk-peluk dengan lelaki di khalayak ramai! Kau juga perempuan yang takde maruah Lisa Alana!!"
Lana tergelak sinis.
"Yup, aku bawa lelaki balik ke rumah mak bapak aku, tapi aku tak berzina Zaff. Lelaki itu cuma tumpangkan aku kerana mahu balas budi. Yup! Aku juga dipeluk oleh lelaki dekat shopping mall, tapi itu juga bukan berzina Zaff. Dia cuma mahu selamatkan aku dari dilanggar troli barang. Bersentuh, tapi beralas..bukan kulit ke kulit..Bersebab, bukan disengajakan! Aku tak sejijik kau, maruah aku masih terjaga rapi.. Satu-satunya mahkota lambang maruah aku, hanya akan aku serah pada suami halal aku..Bukan seperti kau dan perempuan ini! Menjijikkan!!"
"Lana!!!"
"Mulai hari ini, aku tak kenal siapa Aizaff Nafees!" Cincin di jari manis ditarik keluar lalu dilempar tepat ke wajah Aizaff.
Tangan Lana pantas disambar oleh Aizaff.
"Lana..T..Tunggu! Please...Dengar penjelasan aku.."
Aizaff mulai kelihatan gelabah bila lihat Lana sudah bertekad mahu meninggalkannya.
"Jangan sentuh aku dengan tangan jijik kau Aizaff!!" Lana rentap kasar tangannya lalu sengaja dilap dengan hujung baju di depan Aizaff.
Aizaff terpempan sesaat!
"Aku jijik dengan kau Aizaff! Dengar suara kau pun aku dah nak muntah!! Dengar baik-baik ya, jangan pernah muncul depan aku lagi selepas ini. At least, jadikan kenyataan cerita rekaan kau kononnya kau taknak dekat aku, aku je yang tergila-gilakan kau..Don't turn the tables, jangan jilat balik ludah kau!!"
Aizaff terkelu, sekali lagi!! Kata-kata Lisa Alana benar-benar menusuk, pedih terasa sampai ke ulu hati. Lana bergegas pergi tanpa menoleh. Takkan mampu dia menoleh untuk menatap wajah manusia yang pernah dicintai sepenuh hati bila air mata sudah mencurah jatuh, seperti air hujan, memenuhi kelopak mata juga berjuraian ke serata wajah.
Sakit di dada sudah tidak tertanggung akibat terlalu lama menahan rasa. Hingga keluar suara esakan yang kuat, mengiringi langkah kaki yang dibuka besar-besar, supaya cepat dijauhi dua manusia pendosa itu.
"Lisa Alanaaa!! Tunggu!!!!"
Teksi yang kebetulan melintas cepat-cepat ditahan. Meluru masuk ke perut teksi lalu mendesak Pakcik driver untuk segera beredar dari situ. Lana tak sanggup lagi berhadapan dengan Aizaff Nafees, apatah lagi mahu dengar penjelasannya yang pasti lebih banyak rekaan untuk membela diri sendiri, takpun tuduhan yang direka untuk meletakkan kesalahan di bahu Lana.
Cukuplah!!
Tak perlu kata-kata bila mata sudah menjelaskan semuanya. Lisa Alana seorang yang kuat, pasti semuanya mampu dihadapi dengan cekal..Sakit itu pasti...Malah sakitnya lebih pedih berbanding luka di anggota badan. Lana menunduk, hampir duduk mencangkung di kerusi penumpang bahagian belakang, menangis teresak-esak sambil tumbuk-tumbuk dada..Mengapa terlalu sakit di tempat itu?
Sesekali Pakcik driver mengerling melalui cermin pandang belakang, seakan memahami.. Pakcik tu pasang lagu rancak, hampir ke full volume. Kasihan melihat Lana, pasti menanggung kelukaan yang teramat dalam..
Semakin kuat tangisan Lana, seolah mahu melepaskan semua rasa yang terbuku di hati.. Penyesalan yang teramat kerana terlalu mencintai, terlalu mempercayai juga terlalu mengharap..Semua musnah sekelip mata, macam mimpi! Bertahun-tahun, bukan sebulan dua...Bayangkan rasa sakit yang ditanggung.. Akhirnya Lana duduk berteleku lantai kereta, tempat letaknya kaki. Kepala di atas lutut, teresak-esak hingga tersengguk-sengguk.
Ketika teksi berhenti di depan hotel yang dihuni buat sementara, Lana sudah kelihatan sedikit tenang. Henfon yang sedari awal tadi tak berhenti-henti menjerit dibiarkan sepi. Seolah sudah dapat agak siapa pemanggilnya, jika orang lain sekalipun dia memang takde mood even nak tengok fon.
"Kitak jangan sedih-sedih gik, orang empuan kuat! Kitak tau sik, cinta enda buat kitak mati.." Ah..Faham juga Lana sikit-sikit. Tapi ketulusan kata-kata Pakcik itu meresap dalam jiwa, sekaligus menyuntik sedikit ketenangan dalam diri Lana.
"Terima kasih Pakcik.."
Lana tidak bercadang mahu berlama-lama di hotel. Untuk apa? Semua angan-angan ketika dalam perjalanan dah berkecai. Dia mahu cepat-cepat berkemas dan terbang balik. Kad akses dihala ke pengimbas. Daun pintu ditolak kasar.
"Lisa!!! Asal tak angkat call? Hampir gila aku kat sini tau tak?!!!"
Ohh hantu hijau terbalik!!
Terlompat Lisa Alana disergah dengan suara jeritan yang mampu menerbangkan keluar taik telinga!! Gila..Boleh tuli!
Tu dia si kacak Ryu Rozzan dengan wajah merah seperti udang galah bingkas bangun dari sofa sambil bercekak pinggang di hadapan Lana. Asal mamat ni boleh tiba-tiba muncul? Berubah wajah Ryu bila menatap wajah sendu Lana.
"K..kau..Kenapa Lisa?"
"Ryyuu..Huwaaaaa...."
Tak semena-mena, Lana meluru mendapatkan Ryu lantas menangis teresak-esak dalam pelukan Ryu Rozzan yang terkesima, kebingungan!
Eh..rajin haha
Share this novel
tula lana nk bercinta boleh jng letak seratus-peratus kepada orang yang dicintai.rasa sakit tu perit sangat bangun dan buktikan boleh bahagia.