Lisa Alana terpaksa menurut bila Haraees Reza menolak kasar belakangnya, mendorongnya untuk terus bergerak menuju ke lift. Sedar mereka bakal melintas di depan Ryu dan Aizaff, rasa serba salah segera diusir jauh-jauh. Opkos, dia tidak buat salah kan? Semua berlaku tak disengajakan!
Hairannya ketika melintas, Ryu mahupun Aizaff masing-masing hanya merenung tajam, tak seorangpun membuka mulut untuk menegur. Lega sikit rasanya, risau juga kalau tiba-tiba salah seorang dari dua jejaka itu meletuskan pergaduhan, di hospital pulak tu. Entah di mana dia nak sembunyikan wajah kelak.
“Kau tak boleh jalan laju sikit ke nyet? Terkedek-kedek…Macam nenek tua! Asal berat sangat punggung tu? Nak aku sepak?”
Celaka punya gorila terlebih serum pelebat bulu! Kalau bukan kerana lelaki itu sekarang adalah sumber kewangan Lana, dah lama dicili mulut longkang tu! Tak pernah tak bengkak hati dengan tutur kata setajam bilah sembilu mamat sorang ni…Benci betul!
Lana memperlajukan langkah, mahu menjarakkan diri jauh dari Haraees. Keluar saja dari perut lift, sebuah troli yang sarat dengan barangan dan hamper Haraees tolak ke arah Lana.
“Ni kerja kau, bukan lenggang kangkung mengalahkan boss! Bawa benda ni masuk ke dalam wad dan pastikan setiap pesakit dapat!”
Arghh!! Sabarlah duhai Lisa Alana…
Lana menolak troli tersebut dengan senyuman yang dipaksakan. Bertapa menggunung kutukan dalam hati bila sepasang mata menyaksikan sendiri kepura-puraan Haraees melayan karenah setiap pesakit yang mereka lawati. Senyuman semanis lautan madu. Kata-kata yang terlontar mengalahkan ahli surga!
Ya ampun!!!
Lana sampai buang muka jauh-jauh, tak sanggup nak menonton kemunafikan Haraees Reza. Agaknya, hantu jembalang yang sentiasa mengekori Lana turut menyampah melihat aksi melampau Haraees. Ketika menuangkan jus oren ke dalam cawan untuk diberikan pada seorang nenek, jus oren tertumpah ke dada Haraees.
Terkejut, Haraees bingkas berdiri. Kotak berisi jus itu terpelanting jatuh ke lantai. Kebetulan Lana sedang menyorong troli menuju ke sebelah katil. Roda troli memijak kotak jus tersebut. Air jus menyembur, menembak tepat ke wajah Haraees.
Mujurlah dengan pantas jemari naik mencekup mulut. Kalau tidak, pasti keluar tawa berdekah-dekah Lisa Alana. Badan terus dipusing membelakangi Haraees, tidak mahu lelaki itu lihat bertapa setengah mati dia mentertawakan Haraees tanpa suara. Tak sedar bahu terhenjut-henjut! Tak kedapatanlah sangat!
“Omg Raees! You look horrible kah kah kah…” Doktor Fiona tidak mampu menahan gelak, berdekah-dekah! Riuh satu wad ikut mentertawakan Haraees!
“Yeah, aku macam badut! Takpe, yang penting korang gembira…Aku pergi bersihkan diri dulu. Korang boleh beralih ke wad sebelah. Cepat sikit!” Kagum Lana lihat Haraees masih kelihatan begitu tenang malah masih mampu ukir senyum manis. Ke dia yang silap menilai lelaki itu? Ah, mustahil!
Selepas Haraees pergi, doktor Fiona menghampiri lalu menarik tangan Lana.
“Jom, kita ke sebelah.”
Lana dan beberapa pekerja di syarikat Haraees kembali menolak troli menuju ke wad bersebelahan. Wad kelas 1, wad untuk golongan kayangan. Wad di bahagian ini agak berbeza, di mana setiap pesakit ditempatkan dalam bilik-bilik. Lebih privacy berbanding wad yang lain.
Terkejut Lana bila membaca nama yang tertera di pintu bilik pesakit yang bakal mereka masuk. Puan Sri Helena? Langkah kaki terus terhenti. Hati sedikit lega, syukurlah tiada apa-apa!
“Eh, why berhenti?” Doktor Fiona kehairanan bila Lana hanya tercengat di muka pintu yang masih tertutup rapat itu.
“Doktor, Lana kenal pesakit ni. Keadaan dia…Tak membimbangkan bukan?”
Doktor Fiona terus tersenyum.
“Oh..Wanita ni okay je, memang ada sedikit kesan lebam akibat jatuh di tubuh dia, tapi itu normal. Dia sepatutnya dah boleh discharge selepas keputusan Xray dia keluar, tapi dia tak nak. I rasalah kan, dia ni buat drama depan anak dan menantu dia tu.”
Lana merenung doktor Fiona dengan riak wajah kurang mengerti.
“Anak dan menantu?”
“Anak dia lelaki handsome tu kan? Menantu dia pulak perempuan yang selalu berkepit dengan anak lelaki dia tu kan? Tak betul ke? Dia pulak yang kata macam tu kat semua staff di sini…Siap perkenalkan pada semua staff di sini lagi, malah siap memuji bertapa sepadan kononnya pasangan tu.”
Tercalar sungguh hati Lana saat itu. Ya, Lana cukup maklum bahawa dia bukan menantu pilihan, tapi tak bolehkah sekurang-kurangnya Ryu Rozzan cuba memperbetulkan pembohongan itu? Membiarkan benda yang tak betul, bukankah sama seperti bersubahat dan merelakan itu terjadi?
“Lana…Hey! Okay tak ni? Asal muka tu macam nak nangis je I tengok?”
Cepat-cepat Lana geleng lalu cuba mengukir senyum manis.
“Aku baik-baik je, cuma rasa gembira pesakit ni sihat walafiat.”
Doktor Fiona menepuk lembut belakang Lana.
“Kalau macam tu, jom kita masuk.”
“Doktor, Lana dan team yang lain ke bilik sebelah saja. Hubungan Lana dan pesakit ni tak berapa baik. Lana risau nanti mengamuk wanita tu bila nampak Lana. Doktor jela masuk ya. Jangan bagitahu apa-apa tentang Lana pada pesakit tu ya, please…”
“Yela, I faham. You pergilah kat sebelah. Biar I je yang urus bilik ni.”
Lega bila doktor Fiona bersetuju tanpa banyak songeh. Setelah berada di wad paling akhir, barulah Haraees Reza muncul. Siap bertukar pakaian, dah segak kembali! Lana mengerling jam ketika mereka berada di lobi hospital. Dah tamat dah waktu bekerja! Takkan dia nak ikut kereta Haraees balik pulak kan? Tercengat seketika, cuba merangka kata-kata yang sesuai.
Usai bercakap dengan pengarah hospital, Haraees menonong pergi. Langsung tak bercakap mahupun memandang Lana yang masih tercengat di situ. Ah, itu pasti petanda yang dia sudah boleh balik kan? Lana garu kulit kepala yang tak gatal. Takpe, dia akan tunggu hingga kereta Haraees hilang dari pandangan barulah dipanggil Grab kerana keretanya masih terparkir di tempat kerja.
Seperti yang dijangka, Haraees Reza terus memecut pergi tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Tercebik bibir Lana. Boss setan! Langsung tak dipedulikan kebajikan pekerjanya! Mujur di pusat bandar. Hari tu dia ditinggalkan di kawasan terpencil, nasib baik ada yang sudi menumpangkan dia. Lepas ni entah di mana lagi dia bakal ditinggalkan…Dasar gorilla berbulu!!!
“Lisa Alana!!!”
Terketap rahang Lana mendengar suara yang menjerit memanggil namanya. Hati yang sedia memanas tambah terbakar! Belum sempat memalingkan badan, tangannya direntap kasar dari arah belakang. Terundur terus, hampir saja terhempas tubuh di atas lantai. Kurang asam betul!
“Now I understand why kau nak sangat pertahankan kerja baru kau!!! So, he’s the reason kan? Haraees Reza? Seriously Lana?”
Tak sempat kedudukan badan diperbetulkan, malah tak sempat tarik nafaspun, Ryu Rozzan dah menyembur. Wajah merah terbakar. Lana merentap tangan sekuat hati lalu memusing badan menghadap Ryu.
“Aku bukan macam kau Ryu! Aku ni siapa hah? Masih isteri kau ke? Atau hanya isteri bayangan? Kalau aku ni isteri kau, mengapa si gedik tu juga yang kau usung ke sana sini? Kau anggap aku ni apa? Patung ke? Takde perasaan? At least Ryu Rozzan…Aku bersama Haraees di sini atas urusan kerja, bukan hanya kami berdua, bersama-sama pekerja yang lain juga. Aku tak berkepit dan menggedik depan Haraees yang boleh menimbulkan fitnah hingga orang sangka kami ni suami isteri. Cermin diri kau Ryu. Aku tak larang kau nak kahwin dengan bekas kau tu, tapi syaratnya lepaskan aku!”
Lana mahu terus beredar, sakit hati teramat sangat buatkan dia tidak mahu hadap Ryu lama-lama. Henfon dikeluarkan, mahu memanggil Grab.
“Lana!!” Lengan Lana disambar semula.
“How many times should I tell you yang aku dan Lisa tiada apa-apa hubungan istimewa? Aku tak layan dia lebih-lebih Lana. If you wanted things to work out between us, you have to trust me!”
Tawa sinis terletus dari bibir Lana. Sekarang Ryu salahkan dia pula? Percaya? Tak cukup lagi ke kepercayaan yang dia beri selama ini?
“Ryu Rozzan…Things will never work out between us selagi kau terus bersikap seperti ini. Trust me, kelemahan kau pasti akan diambil kesempatan nanti. Think about it Ryu, kau tahu jawapannya, siapa yang patut kau pertahankan…Aku dah penat dengan drama keluarga kau. Aku akan pindah keluar Ryu…Aku tak mahu kehadiran aku di situ jadi penyebab ibu kau sakit pula nanti. Maafkan aku kerana gagal jadi isteri solehah untuk kau.”
Ryu geleng kepala. Benar-benar terpukul dengan kata-kata Lisa Alana!
“Lana, aku tak salahkan kau atas apa yang berlaku pada mummy. Lagipun, mummy takde apa-apa. Tolong jangan pindah keluar.”
Ryu cuba memegang bahu Lana namun pantas ditepis. Lana berundur setapak.
“Aku tak boleh Ryu. Kesabaran aku semakin lama semakin menipis, aku bukan nak kurang ajar. Aku cukup terdidik supaya menghormati orang yang lebih tua. Tapi Puan Sri…Aku semakin hilang sabar dengan tuduhan tak berasas dia tu, ditokok tambah pula oleh Qarlisa. Aku benar-benar tak sanggup nak hadap!”
“Think about me Lana!”
Tawa sinis sekali lagi terletus di bibir Lana.
“Then who’s going to think about me Ryu? My feeling? You? I doubt it! Let’s stop Ryu, jangan buat keadaan semakin kusut. Bagi masa untuk diri kita memikirkan arah tuju perkahwinan ini.”
“Lana…” Langkah yang baru diorak terhenti. Ryu mengenggam erat jemari Lana, bola mata merenung sayu pada Lana.
“Don’t leave me…”
Tersentuh hati Lana. Mulai sebak bila lihat wajah sedih Ryu Rozzan. Kejamkah keputusan yang dia ambil? Tapi kalau dia tidak bertegas, sampai bila dia harus makan hati berulam jantung? Dia risau kalau dia terus bertahan, bukan hanya diri bakal terluka, malah nyawa Puan Sri mungkin dalam bahaya.
Kejadian Puan Sri jatuh tangga benar-benar buat Lana trauma dan takut mahu bertindak sembarangan. Masalahnya dia bukan jenis biarkan je diri dibuli, tu yang buat dia risau. Suatu saat bila kesabaran sampai ke noktah, pasti dia dan Puan Sri perang besar. Dibuatnya wanita tu terkejung beku tidak bernafas…Tak ke free-free menyandang gelaran pembunuh?
“I’m not leaving you Ryu…Aku cuma bagi ruang untuk kita berfikir lebih tenang sebelum mengambil apa-apa keputusan mengenai hubungan kita.”
“Lana…” Mendayu suara Ryu merayu.
Lana keraskan hati yang hampir cair dengar suara mengusik kalbu Ryu Rozzan. Kepala diluruskan, tak mahu memandang Ryu yang macam dah nak menangis di depan Lana. Baru selangkah dua menapak, sebuah kereta yang sangat dikenali meluncur laju dan brek mengejut, betul-betul di hadapan Lana. Sampai terlompat ke belakang Lana akibat terkejut. Celaka betullah gorila seekor ni!
Cermin gelap penumpang sebelah pemandu diturunkan.
“Get inside! I need you!!!”
Seriousnya? At this time? Jatuh rahang Lana!
“Lana!!!” Ryu terus menjerit lantang.
Melihat Ryu melangkah laju mahu menghampiri, tak fikir panjang Lana terus melompat masuk ke dalam kereta Haraees.
“Itu Ryu Rozzan kan?”
Terkejut Lana dengar pertanyaan Haraees. Mereka saling mengenali ke? Tak hairan kot, mereka berdua kan berada di arena yang sama! Lana sempat mengerling cermin sisi untuk melihat Ryu bila kereta Haraees bergerak meninggalkan kawasan tersebut.
Ryu Rozzan tercengat memerhati. Lana mulai diterpa rasa bersalah. Dia cuma mahu Ryu bertegas mengenai kedudukan dia sebagai seorang isteri. Dan dia juga sedar, perbuatan dia lari ikut lelaki lain memang salah dan tak patut. Kalau saja bapak tahu, dah lama putus tengkuk dia dilibas samurai!
Lana mengerling lelaki berwajah serius di sebelah yang sedang tekun memandu. Ah, tak salah kan? Haraees Reza tu cuma boss dia, lagipun memang patut Haraees tumpangkan dia kerana tadi dia datang dengan lelaki itu. Lana cuba sedapkan hati sendiri.
Kening hampir bertaut bila lihat jalan yang dilalui oleh Haraees. Ini bukan jalan balik ke office! Pantas Lana menoleh ke arah Haraees.
“Tuan nak ke mana ni?”
“I need your help!”
Lana gigit bibir bawah. Help? What kind of help? Lelaki super sempurna, miliki segala-galanya yang diimpikan oleh setiap manusia di muka bumi… Perlukan pertolongan dari seorang Lisa Alana yang masih terumbang ambing hidup segan mati tak mau ini?
“Setengah jam, I’ll pay you!” Lana telan air liur. Siapa tak mahu duit kan? Tapi tula, dia kena tahu apa perlu dia lakukan. Kalau sampai melibatkan maruah…Hell no!
“Tuan nak saya buat apa ya?”
“Just follow me and be quiet. Do not talk and everything will be perfect!”
Terherot sumbing bibir Lana mendengar jawapan Haraees. Ya, gorila tetap gorila…Tak mungkin bertukar jadi beruk! Bikin panas!
“Kalau buat benda yang bukan-bukan, maaf tuan! Saya tak bersetuju.” Terletus tawa sinis Haraees. Dijeling Lana dengan riak wajah terpamer sebal.
“Nyet...nyet…What do you expect? Am I a womanizer to you? I am not like Ryu Rozzan! I clearly said I need your help… H.E.L.P! Bukan buat benda tak senonoh, otak tu…Rajin-rajinlah basuh nyet…Dah kuning berkarat dah tu!”
Celaka!! Memang bajingan tahap lumpur longkang busuk ah mamat seekor ni! Lana cuma berhati-hati kot, dia boleh kata otak Lana kuning berkarat?!!! Arghh…Benci betul! Rasa nak cekik je mamat ni biar mampus!
“Orangkan cuma nak tahu. Salahke kalau fikir yang bukan-bukan? Dah kau tu lelaki aku ni perempuan! Lainlah kalau kau beruk, takdelah aku nak fikir bukan-bukan!”
Haraees mengerling. Amboi, menjawab! Bibir terherot tinggi. Kereta berhenti di hadapan pintu masuk sebuah hotel terkemuka. Terus pucat lesi wajah Lana. Terkejung sekujur tubuh bila lihat Haraees sudah bergegas keluar. Haraees yang sudah menghampiri pintu masuk hotel berpatah balik bila menyedari Lana tiada di samping. Pintu penumpang di sebelah pemandu Haraees tarik kasar.
“Keluarlah nyet! Nak kena buka pintu dijemput bagai ke? Aku boss kan? Kau cuma pekerja kan? Lambat macam siput sekali lagi besok tak payah datang kerja!” Haraees terus meninggalkan Lana terkebil-kebil di situ.
Ugutan Haraees berjaya membuatkan Lisa Alana melompat keluar dari kereta lalu mengejar laju Haraees yang sudah jauh meninggalkannya.
“Tuan, tunggu!” Tercungap-cungap Lana cuba menyaingi langkah besar-besar Haraees.
Pandangan Haraees Reza lurus ke depan, melintasi lobi lalu membelok masuk ke restoran mewah dalam hotel.
Sebuah meja yang dihuni oleh dua pasang suami isteri dan seorang gadis manis berpakaian sopan dihampiri.
“Raees!” Lana memanjangkan leher di belakang Haraees untuk mengintai.
Tubuh sasa Haraees menghalang permandangan Lana. Benci betul! Kening hampir bertaut bila melihat wajah lelaki hampir separuh usia yang menegur Haraees sebentar tadi. Bukankah lelaki itulah pengarah hospital tempat mereka beramal sampai basah ketiak Lana round berpuluh-puluh wad tadi?
“Pa!” Haraees menundukkan sedikit wajah untuk memberi hormat.
Sikit lagi jatuh rahang Lana. Pa? Papa ke? Ahh...Anak pengarah hospital rupanya. Habis tu di sebelah tuan pengarah tu pasti ibu Raees kan? Lana mengintai lagi, macam mak cik bawang!
“Duduk dulu Raees. Eh, siapa kat belakang tu? Pembantu ke?” Wanita separuh abad yang punya ciri wanita Melayu terakhir dengan senyuman tak lekang di bibir memanjangkan leher, mahu melihat Lana yang terselindung di sebalik tubuh sasa Haraees.
Sedar diri jadi perhatian, Lana cepat-cepat bergerak ke depan sedikit. Badan ditundukkan. Senyuman mekar di wajah.
“Ya, saya! Nama saya…” Belumpun habis dialog memperkenalkan diri, tapak tangan lebar Haraees melekat di mulut Lana sekaligus menolak tubuh Lana ke belakang semula. Tak guna betul gorila ni!
“Raees sibuk pa..ma! Kalau takde hal penting, Raees pergi dulu.”
“Sit down Haraees Reza. At least hormat sikit pada tetamu kita.” Suara bernada tinggi tuan pengarah berjaya buat Haraees terkaku. Lana mengerling. Ah, tau takut! Padan muka, tak padan dengan kejam! Tua-tua masih dikawal oleh ibubapa… Bohooo!!! Kemain hati mengejek.
Haraees akhirnya akur, melabuhkan punggung di sebelah gadis manis yang sedari tadi Lana tengok asyik tersipu-sipu mencuri pandang pada Haraees. Kini hanya Lana masih terpacak seperti tiang lampu. Nak duduk memang kerusi cukup-cukup enam buah sahaja, dan semuanya telah terisi. Lana tunduk bila perasan ibu Haraees asyik merenung penuh khusyuk padanya.
“Raees…Masih ingat pak Haji Busu tak? Sejak kau kecil pak Haji bekerja sebagai pemandu papa sampailah kau sambung belajar di luar negara. Tu pun kalau bukan sebab masalah kesihatan, papa memang tak nak lepaskan pak Haji ni.”
Haraees hanya membisu.
“Masih ingat anak dara pak Haji? Suraya…Korang memang rapat masa kecil-kecil dulu. Kau pasti mengamuk bila pak Haji tak bawa Suraya bersama.”
Lana yang tekun mendengar berdecit halus. Ah, program jejak kasih rupanya. Yang dia tak faham, kenapa dengan dia-dia sekali Haraees angkut ke situ. Pertolongan apa yang lelaki itu maksudkan? Jadi saksi? Hish... Awaslah kalau bayaran tak setimpal Haraees beri, dahlah dia kena kerja overtime!
“Apa khabar abang?” Aduh, merdu sekali suaranya, sesuai betul dengan wajah manis itu. Dalam diam, Lana turut memuji gadis yang bernama Suraya.
Haraees si dingin itu hanya angguk, tak jawab dan tak pandang sikitpun ke arah gadis itu. Bola mata hanya terarah pada tab di tangan.
“Raees. Boleh jangan fikirkan tentang hal pejabat tak sekarang? Papa ada hal penting nak bincang.”
Haraees mendongak. Perlahan, tab diletakkan di atas meja. Wajah tuan pengarah yang kelihatan kurang senang dengan kelakuannya direnung tenang.
“Papa nak jodohkan kau dengan Suraya.”
Semua yang berada di situ kelihatan tenang, hanya Lisa Alana yang hampir jatuh tertonggeng mendengarnya. Sedikit sebanyak mulai menangkap tujuan utama Haraees membawanya ke situ bila bola mata mereka bertembung buat seketika.
“Papa tahu ianya terlalu mengejut. Tapi kau tahu kan, papa dah lama berusaha menjejak semula pak Haji. Dah terlanjur sayang ni, why not kita perkukuhkan hubungan dengan ikatan perkahwinan? Suraya pun dah bersetuju.”
Lana sudah mahu berkira-kira blah dari situ. Otak mulai ligat mencari alasan.
“Maaf pa, ma…Pak Haji, mak Haji…Suraya, abang minta maaf. Selama ini abang anggap Suraya macam adik abang, tak lebih tak kurang. Abang terpaksa tolak. Bukan kerana tiadanya sayang, cuma untuk berkahwin, bukan hanya sayang dan cinta. Persefahaman, tanggungjawab, pengorbanan…Semua itu kena ada. Terus terang, buat masa ni abang tak bersedia untuk buat semua tu. Maaf!” Haraees bingkas berdiri.
“Raees!” Melengking suara tuan pengarah bila Haraees dengan tegas menolak mentah-mentah keinginannya.
“Takpe tuan Azman, jangan dipaksa. Serahkan semuanya pada Allah. Kalau berjodoh, takkan ke mana.” Pak Haji Busu mencelah, tenang wajahnya.
Lana sedari tadi hanya jadi perhiasan di situ tersentak bila Haraees menghampiri dia. Aduh, Haraees nak buat apa? Mohon jangan libatkan dia pulak ya, masalah sendiri tak settle-settle lagi ni!
“Raees, berhenti!!!” Teguran pak Haji tidak memberi kesanpun pada ayah Haraees. Semakin terbakar melihat keberanian Haraees, langsung tak menunjukkan rasa hornat pada pak Haji, manusia yang dia sanjungi kerana keperibadian yang sungguh mulia.
“I’m sorry papa…If I have to get married, aku akan pilih wanita yang tak mencintai aku, seperti perempuan ni!” Terperanjat seketul Lana bila pelipis ditujah dengan jari telunjuk Haraees. Kuat pula tu!
“Kahwin sekejap, gaduh dan cerai. Simple as that, tak menyesakkan fikiran!”
Berang, tak semena-mena tangan Lana naik di pinggang lalu dicubit sekuat hati kulit di pinggang Haraees Reza. Persetan dengan kedudukan lelaki itu, ada dia kisah?! Mulut longkang itu perlu diajar! Tak pasal-pasal dia dilibatkan sama.
“Aduhh!!!” Terpekik Haraees. Mencerlung mata serigalanya terarah ke Lana, macam mahu dibahamnya sekujur tubuh itu, biar lenyap di muka bumi.
“Kau jangan pepandai nak libatkan aku dalam permasalahan kau ya, mentang-mentang aku cuma makan gaji kau buat ikut sedap kepala otak senget kau tu tanpa fikir perasaan aku? Hambik kau…” Suara masih mampu direndahkan kerana tak mahu orang tua Haraees mendengar, walau hati marak terbakar.
Kaki Haraees terus dipijak dengan kasut tumit tinggi Lana. Bercantum terus kening Haraees menahan kesakitan. Tercengang semua yang ada di situ, hanya mampu memerhati Haraees dibuli di depan mata. Lana paksa diri menyeringai depan semua yang memandang.
“Maaf, kita memang suka bergurau kasar. Mohon teruskan perbincangan tadi ya. Sebelum pergi, suka saya jelaskan yang saya…” Tak sempat menoktahkan kata, mulut Lana dicekup sekali lagi dengan tangan Haraees lalu ditarik dengan kasar untuk pergi dari situ.
Semua yang melihat terus jatuh rahang!
Haraees ni mcm sweet jer hihi, tsuka pula watak mamat ni
Share this novel
ya suka watak raees ni n dia tegas x playboy