BAB 14

Humor Completed 411630

"Aku terima nikahnya Lisa Alana Binti Samad dengan mas kahwin Ringgit Malaysia seratus tunai."

One go dan sahlah bahawa Lisa Alana kini isterinya Ryu Rozzan. Tak jadi nak buat-buat mati bila bapak siap duduk di tengah-tengah mereka berdua sambil pegang samurai kebanggaan dia tu. Lancar dan lurus Ryu Rozzan lafaz akad nikah bila mata serigala bapak tak berkalih pada dia. Moment yang lucu, pasti akan dikenang sampai ke tua..Menjadi bahan cerita dan gelakan untuk generasi akan datang, tu pun kalaulah jodoh mereka berdua berpanjangan kan..

Sayu hati Lana..Dia ni sekarang macam keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Siapa tak kenal dengan boss playboy tu? Lelaki yang sentiasa dikelilingi oleh wanita seksi dan cantik? Penat dah nak nangis, air mata dah kering! Cuma berserah pada nasib dan percaturan yang bapak buat untuk masa depan dia. Bapak lebih dulu makan garam, pasti bapak dah fikir masak-masak kot..Takkanlah bapak nak biarkan satu-satunya anak perempuan dia ni menderita kan? Bertabahlah wahai Lisa Alana..

Majlis yang sepatutnya adalah majlis pertunangan Lana dan Aizaff dah bertukar jadi majlis nikah Lana dan Ryu. Majlis perkahwinan tanpa hantaran dan cincin..Bapak lajak terus, kata semua itu tak pentingpun, kemudian saja pun boleh, yang penting nikah dahulu. Terasa macam acara makan-makan keluarga pulak. Sedih sungguh!

Bukan begini impian Lana untuk tamatkan zaman bujang dia huhu..Biarpun dia bukan artis terkenal, nak juga bersanding dengan pakaian grand kembang berkilau-kilau. Nak pakai crown dan veil macam pengantin lain. Ni? Lana tenung diri sendiri. Baju kurung putih polos dan tudung bawal putih..Tu pun baju nikah mak yang masih mak simpan dan jaga dengan baik. Mujur saiz badan dia dan mak hampir sama!

Ryu? Lana jeling Ryu yang keras kaku dengan senyum sumbing diawasi bapak, takut benar bapak agaknya menantu pilihan dia tu lari balik bandar! Ryu Rozzan memang segak dengan pakaian nikah yang bapak pinjamkan haha.. Bapak..Bapak... Kemain bersungguh-sungguh bapak bongkar almari mencari baju nikah dia dulu. Bangga betul bapak siap cakap dia setampan dan segagah Ryu masa zaman muda, jadi rebutan gadis-gadis di kampung kononnya!

"Bila lihat korang berdua ni, teringat masa bapak nikah dengan mak kamu dulu..Sama cantik, sama padan..Sebijik bapak dan mak!" Ahh, nak mula dah..Nak mula dahh!!

Lana pantas mengerling mak..Mahu memberi isyarat supaya mak menghentikan bapak dari mula cakap merapu-rapu. Malangnya, mak sibuk membawang dengan Makcik sebelah rumah huhu.

"Ingat Lana, Ryu..Korang dah jadi suami isteri. Persefahaman tu penting, selain itu perkahwinan harus berlandaskan kejujuran.. Dan....Hubungan intim suami isteri jangan dipandang remeh.."

Bapakkk!!!!

Lana pantas melarikan wajah yang mulai memerah. Ryu tercengang! Bapak ni memang jenis takde tapis-tapis ke apa?

"Kalau isteri tak kasi, kau kena pandai menggoda..Ah, begitu juga sebaliknya.. Kau nak bapak perturunkan satu rahsia supaya korang cepat dapat anak ke? Benda ni bapak jarang-jarang kongsi dengan orang lain tau.."

"Err..Bapak..Tak kot!" Ryu pantas memintas dengan wajah panik.

"Perempuan ni ada satu titik kelemahan dia. Kau kena pandai car....."

"Bapakk!!" Tak sengaja tertinggi suara! Semua gara-gara panik dan malu.

Bapak toleh ke arah Lana dengan kening terbengkok curam, hampir bertemu hujungnya. Seram!

"M..Mak...Panggil!" Beralasan demi menyelamatkan air muka. Rasa malu pada Ryu tak surut lagi, ni bapak beria-ia nak tambah lagi pehal?

Bapak mengerling sekilas ke arah mak.

"Laa..Nak panggil siang-siang buat apa? Tunggulah malam baru panggil!"

Aduh bapakk!!!

Malu Lanaa bapak oii!! Rasa nak hempas je wajah dekat lantai. Bapak ni dah kenapa? Nak tunjuk dia masih gagah perkasa depan Ryu ke apa? Lana pandang sekeliling, sanak saudara mulai berpulangan bila hari mulai beransur gelap. Mujurlah..Kalau tak malu kita bapak!!

Lana bingkas bangun, mahu membersihkan diri dan membantu mak di dapur. Dia tahu sekejap lagi mak pasti sibuk di dapur menyediakan makan malam. Pantas Ryu sambar tangan Lana.

"Kau nak ke mana?" Bisik Ryu dengan suara tertahan-tahan.

"Aku nak tukar pakaian, nak bantu mak dekat dapur. Nak ikut?"

Ryu mencebik. Dengan hati berat, tangan Lana dilepaskan. Aduh Lana..Tega sungguh kau tinggalkan aku sorang layan bapak huhu..Hati kecil mengeluh.

Lana menghilang di sebalik tabir pintu biliknya. Usai membersihkan diri, Lana terus mengorak langkah menuju ke dapur. Tetamu semua sudah pulang, tinggallah mereka anak beranak di rumah tersebut. Dapur kelihatan kemas, pasti makcik-makcik yang datang tadi dah bereskan semuanya..Orang-orang di kampung Lana memang ringan tulang. Sebelum meninggalkan majlis, mereka akan pastikan semua kerja telah diselesaikan..Mulia sungguh budaya tradisional yang masih diamalkan di sini.

Selepas makan malam dan mengemaskan dapur, Lana terus masuk bilik. Dia terlalu penat, rasanya dah tak larat nak bersembang dengan keluarga di ruang tamu. Dahlah semalaman dia tak tidur lena gara-gara kes dia dengan Aizaff, bersambung lagi seharian hadap perkara mengejut yang berlaku hari ini..Otak pun dah mulai pusing, dah tak boleh nak berfungsi.

Selepas membersihkan wajah dan berus gigi, Lana terus berbaring di atas katil. Baru hendak mematikan lampu, pintu bilik terkuak dan Ryu Rozzan melangkah masuk dengan longlai.

"Aku dah tak tahan nak hadap bapak..Dah kembang cuping telinga aku." Keluh Ryu perlahan lalu dengan selamba membuka baju di hadapan Lana.

Ohhh tak elok!!! Ini merbahaya!!

Lana terlupa yang dia baru je kahwin dengan Mr playboy ni..Arghh!!! Mujur dia tak pakai baju tidur hitam yang agak nipis tu.

"Kau...Kau...Tutup badan tu!! Eiii tak malu betul!!"

Ryu tercengang melihat Lana kelam kabut tutup wajah dengan selimut. Hampir je meletup tawa Ryu. Mengada betul, hari tu habis seluruh badan sasa ni kena ramas oleh jemari runcing gadis tu. Dia tak bunyi lagi pasal kes tu! Kalau tak, mahu terjun bangunan tahap malu gadis tu tau huhu..

"Lana..Aku takde salinan.."

Perlahan, selimut yang menutup wajah diturunkan. Bola mata mereka bertaut.

"Kau tak bawa baju?"

"Mana aku tahu aku bakal dikahwinkan!"

Lana mengeluh perlahan. Dia bingkas bangun lalu melangkah ke arah pintu.

"Pergilah mandi dulu, nanti aku pinjamkan pakaian Adib. Tuala bersih cari dalam almari."

Ryu angguk lalu bergegas menuju ke almari tanpa banyak soal. Pasti lelaki itu dah naik rimas seharian berbaju Melayu. Lana terus keluar mencari Adib. Hampir setengah jam menunggu Adib mencari pakaian di ruang tamu, sampai tersengguk-sengguk akibat mengantuk.

"Kak, ni pakaian Adib paling besar. Harap-harap abang muat."

Lana ambil pakaian yang dihulur. Malas nak periksa, pandai-pandailah Ryu nanti. Setelah mengucapkan terima kasih, Lana masuk semula ke dalam bilik. Ryu sudah menunggu di atas sofa dengan hanya memakai tuala. Pantas Lana melarikan bola mata bila Ryu mahu melepaskan lilitan tuala di pinggangnya.

"Heyy!! Kau boleh tukar dekat dalam tu tak?" Tegur Lana, kurang senang dengan tindakan polos Ryu, tak kisah langsung!

"Laa..Nak malu apa? Kau dah sentuh badan aku dari atas sampai bawah ni hah..Toksah jadi malaikat sangat.."

Lana telan air liur bila Ryu melorotkan tuala. Pantas badan dipusing membelakangi Ryu.

"Thank you...Ryu!" Entah bagaimana kata-kata yang disimpan sejak kemunculan Ryu di majlis yang sepatutnya adalah majlis pertunangan dia dan Aizaff terpacul keluar tanpa sedar.

"Ya! Thank you back, sebab jadikan aku kambing hitam."

Laju badan Lana dipusingkan semula ke kedudukan asal. Ryu yang telah siap berpakaian kini berdiri berpeluk tubuh sambil memandang Lana dengan tajam.

"Minta maaf, aku tak sangka boleh jadi macam ni." Sayu dan lirih, Lana sudah tidak punya tenaga untuk bertekak.

Eya, dia faham! Siapapun yang berada di tempat Ryu Rozzan pasti merasakan seperti yang Ryu rasa saat itu. Marah..Tertipu.. Dipergunakan! Lana tak kisah kalau dia dipersalahkan dan dibenci, sebab dia cukup faham bagaimana rasanya bila dipaksa melakukan sesuatu.

"Kau memang nak sangat kahwin dengan aku kan?" Serkap Ryu dengan nada sinis.

Arghh!! Dia tak punya tenaga untuk bergaduh sekarang. Letih!! Lana buka langkah, mahu kembali semula ke atas katil namun lengan pantas dipaut oleh Ryu.

"Kau buat apa Lisa? Aku tak nak tidur sekatil dengan kau, ikut hati panas aku ni hah..Sebilik pun aku mahu!"

"It's Lana Ryu..Urgh!"

"Suka hati akulah nak panggil guna nama apapun!"

Lana menepis lembut tangan Ryu, whatever! Dia pun bukan kemaruk sangat nak tidur dengan lelaki itu. Malas melanjutkan perbalahan, Lana gerak menuju ke almari, menarik keluar extra comforter lalu membentangkannya di atas lantai. Ryu tercengang memerhati, tak sangka Lana senekad itu, dia tak habis cakap lagi huhu..

Tanpa sepatah kata, Lana terus baring atas comforter tersebut, separuh comforter jadi pengalas lantai dan separuh lagi Lana tarik menutupi tubuh. Ryu pandang tak berkelip.. Serius? Dia boleh tidur macam tu je? Arghh! Lantak kaulah!! Ryu berpaling lalu naik di atas katil. Mata ditutup rapat..

Sedetik..Dua detik...Berdetik-detik...

Gelisah! Badan sekejap pusing ke kiri..Sekejap kemudian berkalih ke sebelah kanan.. Berulang-ulang! Akhirnya, hampir sejam berjuang untuk lelap tak lepas-lepas, Ryu bingkas bangun lalu bersandar di kepala katil. Wajah diraup beberapa kali. Kemudian menjeling ke arah Lana yang kelihatan sudah tertidur pulas.

Arghh!! Why bother Ryu Rozzan?!! Biarkan jelaa perempuan tu tidur dekat situ sampai pagi.. Ryu cuba memujuk hati yang bercelaru. Namun jiwa seakan memberontak, tubuh mengkhianati akal. Langsung bingkas berdiri lalu menghampiri Lana. Perlahan, Ryu cempung tubuh Lana lalu dibaringkan perlahan-lahan di atas tilam. Kasihan, pasti Lana terlalu penat hingga dipindahkan pun langsung tak sedar.

Ryu memanjat atas katil perlahan-lahan lalu berbaring di sebelah Lana..Badan dipusing menghadap Lana yang sedang tidur dengan polosnya. Langsung tak sedar keadaan sekeliling!

"Maaf Lana...Aku takde niat pun nak buat begitu..Aku masih terkejut.. Bagi aku masa untuk mengadaptasi semua ini.." Sambil berbisik perlahan, Ryu mengusap perlahan pipi mulus Lana. Beberapa helai rambut yang menutup wajah diseka perlahan.

-

-

-

BUKK!!!

"Aduhh!!"

"Macamana aku boleh tidur sekatil dengan kau hah?!! Kau..Kau ..Berani kau peluk aku?!!"

Ryu yang terguling jatuh di bawah katil akibat ditendang Lana terpisat-pisat bangun lalu pandang sekeliling. Ahh..Dia tak mimpi rupanya huhu..Menyedari keberadaan mereka, Ryu pantas meletakkan jari telunjuk di bibir.

"Psytt!! Rendahkan sikit suara kau tu boleh tak?" Ryu cuba menenangkan Lana dengan suara tertahan-tahan.

"Apa psytt psytt? Kau ingat aku ni haiwan peliharaan kau ke nak psytt psytt bagai?"

"Bapak Lisa..Bapakk...." Masih mampu mengawal suara walaupun rasa geram mencanak tinggi! Tak rela Ryu nak hadap bapak pepagi buta!

Lana seperti baru tersedar di mana mereka berada, bola mata terus berguling mengarah ke pintu..Aduh..Lupa!! Dia sudah kahwin dengan boss playboy tu rupanya..Wajah berubah pucat!

"Kau nak kita dengar ceramah awal pagi ke?" Sindir Ryu sambil memanjat naik semula ke atas katil. Masih mengantuk, berkira-kira mahu sambung tidur.

"Kau buat apa tu?" Spontan Lana tanya, geram dengan sikap acuh tak acuh Ryu..

"Kau, kau, kau!! Aku ni dah jadi suami kau Lisa. Panggil aku abang ke, abe ke..sayang pun takpe.. Kau kan nak jadi isteri solehah.."

Tak habis-habis nak mengungkit! Lana membuang wajah yang mulai bertompok merah di pipi.

"Aku letih..Nak sambung tidur..Jemputlah join sekali wahai isteri solehah abang."

Arghh! Tak kuasa nak layan. Lana bergegas masuk ke dalam bilik mandi dengan wajah kelat. Usai membersihkan diri, Lana keluar untuk membantu ibu di dapur. Sempat dikerling ke arah katil, Ryu betul-betul sambung tidur, siap berdengkur halus huhu..

"Mana laki kau Lana? Pergilah panggil sarapan bersama. Bukan korang nak balik ke bandar ke hari ni?" Bapak yang baru muncul setelah dipanggil mak melabuhkan punggung di atas tikar mengkuang.

"Baik bapak ." Lana bingkas bangun lalu melangkah menuju ke bilik.

Terkejut Ryu Rozzan yang baru keluar dari kamar mandi bila Lana tiba-tiba muncul. Hampir terlepas tuala yang baru hendak dibalut di pinggang.

"Eiii!!! Kau...Kau bo..bogel dalam bilik aku ni pehal? Tak malu betul!!" Kelam kabut tapak tangan menutup mata.

"Dah kau main terjah tak reti nak ketuk pehal? Aku ni dah biasa tinggal sorang-sorang.." Ishh.. Menjawab dengan selamba pulak tu!

Lain macam debaran di dada! Tak guna betul. Ryu mengambil pakaiannya yang terlipat kemas di atas meja kabinet, dah wangi!

"Aku kena balik hari ni Lisa. Aku ada meeting dengan klien penting."

"Aku tahu, kita sarapan dulu baru gerak. Dorang dah tunggu tu.."

Ryu jeling Lana sambil menyarung kemeja merun lengan panjang yang dipakai kemarin. Yup! Itu pakaian yang biasa Ryu pakai untuk masuk ofis, namun kemarin dia melencong terus ke kampung Lana.

"Sayang..Tolong butangkan baju abang.."

Terbeliak mata Lana! Tak berkelip Lana renung Ryu.

"Cepatlah..Sayang nak jadi isteri solehah kan?"

Arghhh benci!!!

Lana menghampiri. Sedaya upaya berlagak setenang mungkin ketika mulai membuntang kemeja Ryu. Debaran di dada toksah cakap, macam nak melompat keluar jantung! Ketika jemari mencapai butang terakhir, Ryu tiba-tiba memaut pinggang Lana lalu menariknya merapat.

"We should have a good morning kiss, shouldn't we?"

Terbeliak sekali lagi, kali ini dengan mulut sekali terngangga! Buaya tetap buaya..Nak ambil kesempatan ler tu..Belum sempat menjawab, bibir Ryu laju je mendarat di dahi Lana..Ahh, mujur kat dahi..Tapi dahi-dahi pun berjaya buat tempurung lutut Lana hampir bergolek jatuh.. Tak sedar jemari memaut erat lengan Ryu.

"Tak nak lepas? Nak lagi ke?" Pantas Lana larikan tangan lalu berundur setapak ke belakang.

Ryu tergelak kecil melihat gelagat serba canggung Lana..Hati digeletek dalam masa yang sama..Geram! Comel je Lana dengan pipi merah jambu menahan malu!

"Ryuu..Anak menantu ekspress bapak! Tak keluar lagi ke? Nasi dah sejuk..Cukuplah panaskan bilik tu!!"

Bola mata Lana dan Ryu bertaut pantas. Tambah merah wajah Lana menahan malu! Bapak ni kan, main lajak je tau..Malu kita bapak oii!! Lana lebih dulu angkat kaki, meninggalkan Ryu yang sengih memanjang.

Tengah menikmati juadah ala kadar tapi cukup mengenyangkan, tiba-tiba kedengaran nama Lana dilaung kuat dari luar rumah. Kenal benar dengan pemilik suara itu.

"Lanaaa!!" Suara lantang itu kedengaran lagi.

Bapa pandang Lana sebentar lalu geleng kepala.

"Laa..Budak Zaff tu tak putus asa lagi ke?" Keluh bapak, namun wajah nampak tenang.. Tiada penampakan ekspresi marah di wajah itu.

Lana mengerling pintu yang masih tertutup rapat. Aizaff Nafees...Kalau begitu dalam cintamu, mengapa sanggup curang di belakang? Kalau setakat menjalin hubungan cinta, dia mungkin masih mampu memaafkan..Ini sampai berzina! Bagaimana bisa Lana maafkan lelaki itu? Lana tunduk merenung kosong makanan dalam pinggan.

"Lanaa! Tolong jumpa aku sekejap..Please..." Aizaff terusan merayu di luar rumah.

Lana menaikkan bola mata, tak sengaja bertembung dengan bola mata Ryu Rozzan yang sedang marak menyala-nyala. Terkejut Lana! Terus tertelan air liur tanpa sengaja. Playboy ni dah kenapa? Mustahil cemburu pulak kan..

Makin tersentak bila Ryu tiba-tiba bingkas berdiri. Lana cepat-cepat memaut lengan Ryu, cuba menahan lelaki itu. Tak naklah awal pagi dah ada wayang percuma depan rumah kan, malu dengan jiran tetangga.

"Duduk Ryu, takpe..Takpe..Ada bapak! Biar bapak yang uruskan budak Zaff tu.."

Argh! Bapak lagilahh takleh harap...Pantas Lana bangun lalu cuba mengejar bapak.

"Bapak!!"

"Ke tepi Lana. Bapak taulah apa nak buat."

Lana terkedu, terus mati langkah kaki. Siapa berani bantah kata-kata bapak kan? Tiba-tiba tangan Lana ditarik dari arah belakang. Ryu mendekati dengan wajah tegang.

"Kemaskan barang cepat, kita balik sekarang."

Lana terpinga-pinga!

"T..tapi aku..kereta aku.."

"Sayang, kereta tu kemudian boleh ambil. Ke kau nak pergi dating dengan Aizaff tu dulu?"

Pantas Lana pusing badan lalu menonong masuk ke dalam bilik. Tak guna buang air liur cakap dengan Ryu, kepala dia dah terjangkit dengan bapak kot..Main hentam je tuduh-tuduh! Ketika sedang mengemas barang yang tak seberapa banyaknya tu, Lana terdengar pertengkaran bapak dan Aizaff di luar rumah. Hati mulai tak senang. Ada juga risau sebenarnya, risau bapak akan bertindak melulu dan mencederakan Aizaff.

Lana cepat-cepat menyudahkan kerja lalu melangkah dengan laju, mahu mendapatkan bapak dan Aizaff. Kemunculan Ryu di muka pintu mematikan langkah Lana.

"Nak ke mana?" Mendatar lontaran suara!

"Nak tengok bapak, takut dia cederakan Zaff.."

"Oh..Bapak hunus samurai kat aku kau buat tak nampak pulak!"

Adeh..Ke situ pulak!

"Aku cuma tak nak bapak cederakan Aizaff, keluarga Aizaff tu bukan boleh bawa bincang. Silap-silap masuk penjara bapak." Ujar Lana, berterus terang.

Ryu mendengus.

"Bapak tau apa patut dibuat. Kau tak payahlah nak masuk campur. Aku suami kau, mulai hari ni aku tak benarkan kau jumpa Aizaff.."

Berubah terus riak wajah Lana.

"Kau ni dah kenapa Ryu? Pelik tau..Kau dah jatuh cinta kat aku ke?"

Ryu tergelak sinis.

"Kau harus faham Lisa, walaupun perkahwinan ini berlaku secara tiba-tiba tanpa cinta, aku tetap suami kau yang sah. Kau tanggungjawab aku..Kalau kau nak jadi isteri solehah, aku juga nak jadi suami mithali..Baru sepadan!"

Lana terpempan!

"Lana!! Ryuu!! Laa..Berkurung balik? Kata tadi nak cepat balik ke bandar..Keluarlahh..Budak Zaff tu dah balik dahh.."

Wajah Lana mulai bertukar warna!

"Selagi kau bergelar isteri aku, hanya setia pada aku seorang..Jangan pandang lelaki lain Lisa!"

Ohh, ini memang tidak adil!

Kahwin daa hihi

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-08-22 13:26:06 

pagrah la cam ni...kuat ke Lisa nak hadap


NovelPlus Premium

The best ads free experience