BAB 36

Humor Completed 411630

Lelaki yang sudah dibawa masuk dan kini berada di dalam biliknya itu ditenung tajam. Pengantin baru paling sedih pernah dilihat setakat ini. Wajah mendung, mata suram tak bercahaya! Lana membuang sebuah keluhan kecil.

“Tahniah…Kau dah bagi aku madu paling cantik di dunia.”

Ryu Rozzan meraup wajah. Wajah yang bercelaru, penuh dengan kekesalan.

“Lana sayang…Abang…”

“Jangan panggil aku sayang Ryu Rozzan! Semua syarat-syarat kau dah tak terpakai sekarang! Why Ryu? Kalau betul kau cintakan perempuan tu, why not kau just bagitahu aku? Aku takkan halang. Kenapa perlu buat perkara tak senonoh itu? Kau buat aku jijik dengan kaum lelaki!”

“Sayang!” Ryu cuba memaut lengan Lana namun segera ditepis kasar. Badan dipaling, membelakangi Ryu. Sakit hati sampaikan nak pandang lelaki itupun dia tak sudi.

“Jangan buat abang macam ni sayang…Abang takkan mampu teruskan hidup tanpa sayang!” Ryu peluk Lana dari arah belakang. Tangan melingkar erat di pinggang, wajah disembam di bahu. Terasa nafas hangat Ryu menyapa tengkuk, menghadirkan getar dalam sanubari.

“Apa kurangnya Lana? Adakah kerana tiadanya hubungan kelamin hingga abang sanggup meniduri perempuan lain?” Tak sedar, air mata bercucuran jatuh mengiringi kata.

“No Lana…No!!! Abang sayangkan Lana, terlalu sayang!” Bahu terasa hangat dan basah. Ryu Rozzan…Menangis?

“Maafkan Lana abang…Lana dah sedar kesilapan Lana selama ini…” Perlahan, badan dipusing menghadap Ryu. Bola mata merah basah Ryu Rozzan ditenung dalam-dalam. Pipi putih bersih yang basah dek air mata itu Lana seka dengan lembut. Sesungguhnya, dalam hati hadir rasa simpati pada sang suami.

“Abang…” Pipi Ryu dibelai perlahan. Ryu menutup mata, bergolekan butiran air mata jantan menuruni pipi.

“Ya sayang…” Lirih suara Ryu menjawab.

Lana merapatkan wajah hingga dahi menyentuh dahi Ryu.

“Izinkan Lana jadi isteri solehah abang. Malam ini…Izinkan Lana tunaikan tanggungjawab Lana. Biarlah malam ini menjadi malam terakhir yang terindah untuk Lana kenang sepanjang hidup nanti.”

“No sayang…Please…” Bahu sasa itu mulai terhenjut, menahan esakan. Kepala tergeleng laju!

“Izinkan Lana abang…Buat kali yang terakhir…” Seraya berkata, jemari naik ke dada, mula menanggalkan satu-persatu butang baju tidurnya.

Ryu Rozzan terus menggeleng, bola mata basah digenangi air mata itu dibuang ke arah lain. Tidak sanggup merenung Lisa Alana yang mulai melorotkan pakaian yang membaluti diri.

“Look at me Ryu!”

“Noo Lana! Please don’t do this to me…I love you…Please…”

Terdengar esakan halus dari bibir Lana.

“Kau memang tak sudi sentuh aku kan? Of course…Qarlisa si cantik itu pasti sangat hebat di ranjang. Kau dah tak perlukan aku kan?” Terasa bagai nak meletup dada dengar kata-kata Lana.

Pakaian yang hampir melorot ke bawah itu segera Ryu tarik lalu dibalut semula ke tubuh Lana. Kemudian, Lana ditarik masuk ke dalam pelukan.

“Please…Don’t say that sayang. I love you so much.”

Lana teresak-esak menangis dalam pelukan Ryu. Sedih bila Ryu langsung tak nak pandang tubuhnya.

Bukankah itu yang dimahukan oleh setiap lelaki? Lalu mengapa Ryu Rozzan menolak? Di manakah silap dia? Tak cukup cantikkah dia, tak cukup menggiurkankah tubuhnya hingga Ryu tak sudi nak pandang?

“Then do it…Make love with me…”

“No Lana…Please don’t do this to me…” Ryu menangis pilu lalu membenam wajah di pangkal leher Lana. Sedu sedan yang tertahan-tahan terlepas jua dari bibir Ryu.

“Aku mahu jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri Ryu…Tolong beri aku kesempatan walaupun kau mungkin sudah tak perlukan aku untuk tanggungjawab yang satu itu kerana ada dia yang lebih hebat beraksi dan lebih menggiurkan dari aku.”

“No Lana! Please don’t say that…” Tangisan Ryu menyukarkan dia meneruskan kata. Tersengguk-sengguk menahan tangisan.

“You’re all I want Lisa Alana!” Akhirnya berjaya dihabiskan kata yang berselang seli dengan senggukan. Pilu hati melihat, bertimpa-timpa rasa simpati pada Ryu Rozzan. Sesungguhnya Lana faham yang Ryu sebenarnya mangsa keadaan, tersepit antara kemahuan sendiri dan kemahuan ibunya.

“Make love with me Ryu…” Ikhlas, dia mahu berikan semua yang dia miliki pada lelaki yang sudah memiliki sekeping hatinya itu. Mungkin selepas ini, dia sudah tidak mampu melakukannya…

Tangan yang melingkar di pinggang cuba dilonggarkan. Ryu berkeras tidak mahu melepaskan.

“Lana…” Lana bertegas dan akhirnya Ryu melepaskan pelukan.

Bola mata bertaut. Masing-masing basah digenangi air mata. Lana mula membuka satu persatu pakaian yang membaluti tubuh. Ryu tunduk lalu menggeleng-geleng kepala sambil menyeka air mata.

“Don’t do this Lana…” Ryu merayu dengan lirih.

“Ryu…” Jemari Lana naik ke dada Ryu lalu mula menanggalkan satu persatu butang kemeja yang dipakai.

“I won’t do it sayang…” Pergelangan tangan Lana Ryu genggam erat, mahu menghentikan perbuatan Lana.

“Please jangan tolak aku Ryu…”

“Tak Lana..Tak! Kau akan pergi tinggalkan aku selepas ni bukan? Don’t do it Lana…I can’t live without you…” Akhirnya, Ryu tewas, menangis teresak-esak dengan wajah tertunduk menekur lantai.

“Aku bukan wanita sempurna Ryu. Aku takkan mampu menjadi seperti Seroja, rela diduakan oleh lelaki yang dicintai. Aku… Cintakan kau Ryu Rozzan. Demi cinta yang mulai berputik, aku takkan paksa kau buat pilihan kerana aku tahu, kau takkan mampu melakukannya. Aku sayangkan kau dan aku tak mahu terus jadi beban dalam hidup kau…”

“Lisa Alana! Please stop!!!” Ryu menerpa. Tapak tangan lebar Ryu naik lalu mencekup mulut Lana. Terkebil-kebil sekejap Lana akibat terkejut.

“Kau buat aku rasa nak mati Lana…Setiap kata-kata kau umpama bilah pedang tajam, menghiris-hiris hati aku… Sakitnya ya Allah, aku tak mampu…Aku hampir kecundang Lana! Hentikan kata-kata yang menyakitkan itu. Aku dah tak kuat nak hadapi semua ini…” Rintih Ryu dalam sedu sedan. Lana menarik tangan Ryu lalu digenggam, mahu memberi sokongan pada lelaki itu.

“There’s no turning back Ryu. Kau dah pilih jalan ini, teruskan. Aku takkan bersuara kerana kalau aku di tempat kau pun, aku takkan sanggup buang keluarga demi cinta.” Tapi aku akan perjuangkan cinta aku habis-habisan, takkan biar diri terlihat lemah dan diambil kesempatan… Yang itu cuma terluah dalam hati, tak sanggup melihat Ryu terus dipukul rasa bersalah.

Teringat peristiwa di mana dia hampir mati dikapak bapak gara-gara mahu pertahankan cinta matinya pada Aizaff Nafees. Darah muda, cinta mengatasi ketakutan pada bapak. Kenapa dia tidak berbuat seperti begitu pada Ryu Rozzan? Cuba pertahankan Ryu sebagai miliknya di depan ibu Ryu?

Entahlah…Mungkin pengalaman lalu telah mematangkan seorang Lisa Alana. Kalau hanya sebelah pihak berusaha bermati-matian sedangkan sebelah pihak lagi anggap perkara itu tidak penting dan kurang bertegas, pengakhirannya tetap sama… Terluka!

“Give me time sayang…That’s all I ask…”

“Time?” Lana menyoal lirih. Anak mata Ryu ditenung dalam-dalam.

“I gave you plenty of time Ryu. Kau kata kau akan selesaikan semuanya, siapa tahu rupanya kau duakan aku! Kau nak aku buat apa Ryu? Pasrah dan terima semuanya dengan reda? Aku terluka Ryu, aku menderita… Macamana aku nak pujuk hati aku untuk reda pada semua yang berlaku? Tak mungkin! Aku perlu pergi, kau kena lepaskan aku. Itu penyelesaian terbaik. Bertahan cuma akan buat kita berdua semakin terluka, kau faham tak?”
Ryu menangis teresak-esak. Walaupun suara tangisan hanya kedengaran halus kerana berusaha ditahan, namun senggukan dan bahu yang terhenjut-henjut tidak mampu disembunyikan.

“Aku sayangkan kau Lisa Alana.” Tersentuh hati dengar suara lirih Ryu Rozzan. Wajah yang tertunduk sayu itu Lana dongakkan sedikit. Air mata Ryu Lana lap perlahan hingga kering.

“Jangan menangis…Lana cintakan abang…Lana sayangkan abang…” Ryu geleng. Jemari Lana digenggam erat.

“Kau cakap macam tu, pasti sebab lepas ni kau akan pergi dari aku kan?”

“Psyytt…” Jari telunjuk Lana melekat di bibir Ryu, menyuruh lelaki itu mengunci bibir. Lana merenung wajah tampan itu buat seketika sebelum bibir didaratkan di atas bibir Ryu.

“I said I love you Ryu Rozzan.. I want you…” Lengan naik lalu melingkar di bahu dan belakang tengkuk Ryu.

Lana sudah bertekad, malam ini dia akan serahkan segala-galanya. Bila perpisahan terjadi, sekurang-kurangnya tiada penyesalan dalam diri, dia sudah tunaikan tanggungjawab yang satu itu. Tak rela jadi janda virgin huhu…

Ryu membuat penolakan halus pada mulanya, namun bila Lana mulai bertindak lebih liar…Ryu tewas dan menarik Lana ke dalam pelukan. Satu persatu pakaian terlorot.

Tubuh terdorong ke arah katil. Lana menghempas tubuh di atas tilam sambil menarik Ryu bersama. Jatuh bertindihan, Ryu berada di atas tubuh Lana. Saling berbalas tatapan buat seketika sebelum melanjutkan semula ciuman yang semakin hangat.

Malam yang terasa begitu sepi. Hanya bunyi cengkerik dan serangga yang sesekali kedengaran bersahut-sahutan di luar rumah. Setiap kali malam menjelang, sejuk mulai mengulit hingga terasa menyucuk-nyucuk sampai ke dasar tulang.

Kesunyian yang begitu mendamaikan, tiba-tiba dipecahkan oleh jeritan nyaring Lisa Alana hingga bertonggengan segala keturunan cengkerik di luar rumah akibat serangan jantung!

“Ryu Rozzannn!!!”

“Ya Allah Lisa Alana! Maafkan abang sayang…Maaf sangat-sangat! Abang betul-betul tak sengaja…Are you okay?” Wajah Ryu tersembul dari atas katil, memandang Lana yang sedang terlentang di bawah katil. Senyum penjahat cuba disembunyikan, tapi di layar mata helang Lana semuanya terpampang jelas. Dasar lelaki tak guna!

Tangan yang dihulur oleh Ryu Lana tepis sekuat hati. Wajah masam mencuka sampai lalat pun tak berani nak lalu di depan.

“Abang jahatt uwaaa… Kalau tak nak Lana pun, tak perlulah sampai tolak Lana hingga jatuh tergolek macam nangka busuk!”

Ryu melompat turun dari katil bila lihat Lana mula melolong siap hempas-hempas kaki di atas lantai. Kalau boleh, nak bergolek-golek keliling bilik macam zaman kanak-kanak setiap kali tantrum depan emak.

“I’m so sorry sayang…Abang tak sengaja!”

“Abang memang sengaja, jangan nak tipu Lana!” Badan bingkas bangun. Baju tidur yang bertempiaran atas lantai dipungut lalu disarungkan semula ke tubuh sambil nangis-nangis.

“Lana tak sedap kan? Tak macam Qarlisa buah hati pegarang jantung abang tu kan? Sampai hati abang tolak Lana mentah-mentah. Abang buat macam Lana ni tak layak disentuh oleh mana-mana lelaki pun!”

“Sayang! Jangan cakap macam tu.” Laju Ryu merapat lantas memaut bahu Lana.

“Abang nak sangat sayang. Kalau saja sayang bisa menyelami isi hati abang, setiap waktu abang mendambakan saat macam ni, sampai mimpi basah! Tapi…Abang tak percayakan sayang! Jom kita buat perjanjian sebelum kita teruskan….”

“No!!! Lana dah takde mood! Abang tidurlah sorang-sorang. Lana akan tidur di bilik Adib!”

“Sayang!!!”

Dan demikianlah berakhirnya malam hangat antara Lana dan Ryu. Lana keluar bilik sambil hentak-hentak kaki meninggalkan Ryu yang tercengang, terkelu lidah! Terus menepuk dahi, menyesali keterlanjuran diri. Niat cuma mahu menghentikan Lana yang semakin sukar dikawal. Siapa tahu tolakan itu terlebih tenaga sampai Lana terjatuh dari atas katil.

Pakaian yang berselerakan atas lantai diambil lalu cepat-cepat dipakai. Kemudian, langkah diatur laju mahu mendapatkan Lana dan memujuk kembali gadis itu. Keluar sahaja dari bilik, bertembung empat mata dengan pak Samad yang sedang melangkah masuk.

“Eh? Dah datang anak menantu bapak!”

Bala datang bertimpa!

Ryu paksa diri untuk ukir senyum termanis, walhal hati tengah galau.

“Apa khabar bapak?” Segera disalam tangan yang dihulur pak Samad.

“Bila sampai? Dah lewat macam ni kenapa belum tidur? Tunggu bapak ke?”

“Err…Tak…Haus, nak ambil air dekat dapur.”

Bola mata pak Samad melilau, mencari seseorang.

“Lana mana?” Senyuman Ryu terus menyenget. Aduh! Sekarang dia harus jawab apa? Berkata jujur pasti sampai kesianganlah hadap ceramah bapak.

“Err…Ada pak, dalam bilik.” Terpaksa berbohong demi kenyamanan telinga.

“Mari temankan bapak berborak sekejap Ryu. Lama kita tak jumpa. Banyak ilmu yang bapak nak perturunkan pada kau. Ni… Tak teringinke nak dengar suara bayi menangis Ryu?”

Ryu ketap bibir. Sekarang, macamana nak mengelak?

“Meliana! Buatkan kopi extra kaw! Aku dan anak menantu kita ni nak berbual!”

Ryu hanya mampu membuang keluh. Habis semua niat yang berkobar-kobar sebentar tadi sirna! Akhirnya, hampir dinihari baru bapak lepaskan Ryu. Melangkah longlai masuk ke dalam bilik. Bertambah bengkak bernanah hati bila tiada pujaan hati di situ.

Bijaknya seketul Lisa Alana, bangun ketika yang lain masih lena diulit mimpi, bergegas masuk ke dalam bilik dan membersihkan diri kemudian keluar ke dapur menyediakan sarapan buat seisi keluarga.

“Laki kau tak bangun lagi ke Lana?” Bapak muncul lalu bersuara.

“Biarlah dia rehat dulu bapaknya…Kan semalam berbual hingga kepagian?” Emak menyampuk, siap pamer wajah sebal. Lana hanya mendengar, malas mahu mencelah. Hati masih sakit dengan perbuatan Ryu!

“Good morning emak… Bapak… Sayang!” Tiba-tiba muncul dengan rambut masih basah dan wajah segar bugar. Selamba mengambil tempat duduk di sebelah Lana lalu satu kucupan hangat singgah di pipi Lana. Tak malu betul! Berani sungguh buat macam tu di depan emak dan bapak!

Lana menarik nafas dalam-dalam, cuba mengawal kemarahan. Tersenyum-senyum emak melihat. Bapak tiba-tiba menyenggol pinggang emak.

“Meliana, kau nak aku buat kau macam tu tak? Nampak mesra pula aku tengok…” Amboi bapaknya! Tajam jelingan yang bapak terima dari emak.

“Makan kenyang-kenyang bapaknya. Tak cukup zat, satgi mula komplen sakit uratlah, sakit pingganglah…Sedarlah bapaknya, umur kita ni dah senja!” Pedas sungguh perlian emak, hingga terbiut-biut bibir bapak.

“Hari ni nak ikut ke bendang tak?” Bola mata bapak terus berkalih ke arah Lana dan Ryu, tak betah nak teruskan topik perbualan dengan emak, asyik dia je terkena!

“Boleh juga bapak!” Ryu jawab dengan penuh bersemangat. Lana menjeling. Kemain! Lupa ke mamat ni tentang belut bendang yang buat dia pengsan seharian?

“Baju kau tak sesuai, mahal sangat…Sayang kalau bersalut lumpur. Nanti bapak pinjamkan baju kebun bapak.”

Ryu sengih sumbing. Dia tak kisah sebenarnya, namun hanya mendiamkan diri dan angguk. Kata-kata bapak lebih baik jangan dibantah, buruk padahnya!

“Basikal?” Ryu renung tidak percaya ketika Lana menyorong keluar sebuah basikal dari stor luar rumah.

“Ha’ah…Ke kau nak bawa kereta mahal kau tu?” Laju kepala Ryu tergeleng. Senyum miang diukir.

“Basikal lebih romantis sayang, boleh peluk-peluk!”

Ryu merampas basikal tersebut dari tangan Lana. Terus menunggang lalu berpaling menatap Lana.

“Naiklah sayang, peluk abang kuat-kuat tau.”

Malas mahu bertekak, Lana memanjat naik di belakang Ryu. Mula-mula hanya memegang hujung baju Ryu, tak nak dipeluk pinggang lelaki itu. Dia masih marah tau! Silap menilai kelicikan otak seorang Ryu Rozzan. Bila Ryu mengayuh seperti basikal itu mampu terbang dibuatnya, laju lengan Lana melingkar dan memeluk erat pinggang Ryu. Sengih sampai telinga Ryu Rozzan.

Sengihan mati mendadak bila mereka mulai masuk ke laluan bendang. Jalan tanah merah yang tidak rata dan berlubang sana sini.

“Sa…Sayang!” Ryu mulai hilang kawalan. Panik, brek ditekan mengejut!

“Arghhh!!!”

Splash!!!

Mereka berdua jatuh tergolek lalu masuk ke dalam lumpur sawah.

“Ryu Rozzan!!!”

“So…sorry sayang!” Ryu bingkas berdiri. Seluruh tubuh dan wajah disaluti lumpur. Lana terpempan sebentar.

Hati bagai digeletek melihat si tampan yang sentiasa tampil bergaya sakan dalam keadaan seperti itu… Rare tau, jarang-jarang berlaku! Tak tahan, Lana ketawa berdekah-dekah sampai terkeluar air mata.

BUK!

Terus jatuh terlentang tubuh Lana akibat dilempar segumpal lumpur tanah.

“Ryu Rozzan!”

“Ketawa lagi! Hambikmu!” Tak sempat elak, sekali lagi segumpal lumpur tanah mengena tepat di dada Lana.

Geram, menggigil jemari Lana menyauk seberapa banyak lumpur sawah yang becak itu lalu dilempar sekuat hati ke arah Ryu. Malangnya, dengan mudah Ryu mengelak lalu menjelir lidah.

Belum sempat serangan kedua dilakukan, sekali lagi Lana diserang. Kali ini habis kepala dipenuhi lumpur.

“Uwaaaa!!! Abang jahat! Tak acilah macam ni…Waaaaa…” Menangis-nangis dengan tak malunya! Mujurlah tiada orang lain di situ.

“Aduh sayang…Sorry! Abang tak aim dekat situ tau, silap landing tu…Maafkan abang…” Laju je jemari Ryu membersihkan sisa-sisa lumpur yang memenuhi rambut dan wajah Lana. Laju pula tangan Lana menepis. Sakit hati betul dengan Ryu!

“Tepi!!! Jangan dekat Lana! Jangan sentuh Lana! Abang jahat!” Merenggek-renggek macam budak kecil. Ryu tahan gelak, kepala tergeleng-geleng.

“Abang tak jahat sayang. Abang sayaaang sangat isteri abang sorang ni tau. Here…Abang serah diri, sayang boleh kerjakan abang cukup-cukup atas perbuatan abang.”

Kemain laju tangan Lana menyauk lumpur lalu ditempel ke wajah Ryu. Pasrah, Ryu hanya diam menutup mata. Sampai terduduk dalam lumpur Ryu dikerjakan oleh Lana.

“Ya Allah budak berdua ni! Patutlah tak sampai-sampai! Habis sawah orang korang kerjakan! Keluar dari situ sekarang sebelum bapak kubur korang berdua di situ… Sekarang!” Tak tunggu lama, Ryu menarik tangan Lana dan terkocoh-kocoh naik ke darat.

“Apalah nak dengan korang berdua ni? Banyak-banyak tempat, dekat lumpur bendang tu juga korang pilih nak bermesra-mesraan ke? Tak paham betul bapak dengan anak muda zaman sekarang ni! Dahh, pergi bersihkan diri dekat sungai di hujung sana.”

Tergeleng-geleng kepala bapak melihat keadaan Lana dan Ryu.

“Baik pak!” Laju je Ryu tarik Lana untuk pergi. Tak mungkinlah dia mahu berlama-lama lagi nak hadap leteran bapak, cukuplah semalam sampai menguap-nguap menahan kantuk mendengar ceramah bapak.

“Abang…” Lana buka bicara ketika dalam perjalanan.

“Ya sayang…” Jemari Lana tak dilepaskan.

“Abang bagi apa pada bapak?”

Ryu mengoyakkan senyum sumbing.

“Abang cuma bantu sayang, abang tak berniat jahat. Abang kesian dekat bapak tu, asyik-asyik mengeluh. Sekurang-kurangnya benda tu mampu mengubah situasi.”

“Mak puji perbuatan abang. Dia ucap terima kasih pada abang.”

“Laa, perkara kecil je…Entahlah sayang, abang mungkin mampu selesaikan masalah orang lain.. Tapi masalah abang sendiri? Abang harus bagaimana sayang?”

Lana melepaskan jemarinya dari genggaman Ryu bila mereka sudah berada di tebing sungai. Tak sabar mahu berendam dan bersihkan diri. Ryu ditinggalkan tanpa diberi jawapan. Terkebil-kebil Ryu memandang Lana yang sudah terjun ke dalam air.

“Sayang! Kau reti berenang ke?” Ryu jerit, wajah kelihatan sedikit risau.

Lana timbul lalu melambai-lambai memanggil Ryu. Terukir senyum bahagia di wajah Ryu. Terus terjun, mengejar Lana.

“Follow your heart Ryu Rozzan. The rest, serahkan pada Yang Maha Esa. It’s the best answer I can give you.”

Ryu terus menarik Lana masuk ke dalam pelukan. Bibir sempat menyinggah sebentar di bibir Lana sebelum badan ditolak oleh Lana.

“Kita balik sekarang. Nanti bapak bising!” Usai berkata, Lana bergerak ke tebing. Ryu telan air liur sebaik sahaja Lana keluar dari dalam air. Seksa mata melihat. Arghh! Sampai bila dia harus bertahan?

Malam itu, Ryu mendekati Lana yang sedang santai berbaring di atas katil, sedang khusyuk membaca novel.

“Sayang…” Lana menoleh. Berkerut dahi lihat wajah suram Ryu.

“Mummy ditahan di hospital.” Lana bingkas bangun.

“Pergilah abang, Puan Sri perlukan abang.”

“Abang takut…”

“Puan Sri pasti akan sembuh abang, kita doa yang baik-baik ya.”

“Tak sayang. Bukan pasal tu… Abang takut sayang. Jika abang pergi…Abang takut takkan jumpa sayang lagi. Janji pada abang sayang…Janji pada abang yang sayang akan tunggu hingga abang kembali. Promise me Lisa Alana!”

Lana tenung dalam ke dasar anak mata Ryu Rozzan. Sayu hati mendengar luahan Ryu. Wajah tampan itu dibelai perlahan. Menghafal setiap lekuk wajah itu, supaya mampu dilukis semula di dalam kanvas hati andai suatu saat perpisahan terjadi.

“I give you everything sayang, all you want…Just promise me you will wait so that I can come back to you.” Hampir menitis air mata namun ditahan sedaya upaya.

“Aku nak…Jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri kau, Ryu Rozzan.” Ryu merenung lama, bola mata redup diselubungi kesayuan. Sesungguhnya dia cukup kenal Lisa Alana. Kesanggupan gadis itu mahu melakukan perkara tersebut, pasti punya sebab tertentu dan itu sangat meresahkan seketul Ryu Rozzan.

Ryu merapatkan wajah lalu mencium isteri tercinta. Dan malam itu, buat pertama kalinya mereka melayari bahtera kasih di lautan asmara yang tenang, tanpa diganggu oleh badai ombak.

Keesokan harinya, Ryu terbangun akibat deringan dari telefon bimbitnya. Sekali lagi, panggilan dari hospital. Kelam kabut bangun, membersihkan diri dan bersiap secepatnya. Kemudian, kelam kabut keluar mencari isteri tercinta.

“Laa..Lana tak bagitau ke? Awal pagi lagi dia dah keluar. Budak Adib tu ada masalah sikit, biasalah hal perempuan. Kata Lana kau nak balik hari ini kan?” Tertunduk Ryu mendengar penerangan pak Samad.

Lisa Alanaaa!! Batin menjerit pilu…

“Lana ke mana pak? Tempat Adib tu kat mana?” Ryu mulai tidak keruan.

“Kau baliklah Ryu, mak kau tu kan tengah sakit. Jangan risau pasal Lana, ni ada bapak tolong tengok-tengokkan bini kau tu. Sekarang yang lebih penting, jaga ibu kau dahulu.”

Argh!!!

Hati takkan senang selagi tak jumpa Lisa Alana. Naluri hati buat Ryu semakin gelisah. Telefon bimbit berdering sekali lagi.

“Ryu! Kau di mana sekarang? Dah gerak ke belum? Mummy… Sekarang dah dibawa masuk ke ICU!”

Ya Allah!

Hampir terduduk Ryu! Bapak kelam kabut menghampiri.

“Ryu..Ok tak ni?” Terkejut pak Samad bila lihat Ryu merenung sayu padanya. Air mata bergenang di tubir mata.

“Pak…Tolong saya pak! Tolong pujuk Lana. Saya terlalu sayangkan Lana pak! Saya tak boleh hidup tanpa Lana!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience