BAB 23

Humor Completed 411630

Bunyi lonceng yang ditekan berulang-ulang semakin membuatkan Ryu panik..Mundar mandir di depan Lana dengan kening hampir bercantum.

"Siapa datang abang?" Lana semakin curiga, tambah penasaran bila Ryu biarkan soalannya seperti angin lalu.

"Abang!! Lana tanya ni..Siapa yang datang tu?" Sekali lagi diulang, kali ini suara naik seoktaf.

"Tak penting Lisa Alana, yang penting sekarang sayang harus sembunyi dulu. Nanti abang terangkan..Err...sayang boleh muat dalam almari tu..Eh tak! Hurm..Bawah katil kot! Ahh.. Bahaya! Urm...Urm..." Ryu terus berfikir sambil bola mata bergolek-golek ke sekitar ruang bilik.

Benci!

Lana buang wajah penuh jengkelnya. Malas nak ambil port dah kalau macam ni..Dia bukan penting pun dalam urusan Ryu Rozzan, nampak sangat Ryu memang mengenepikan dia!

Bola mata meninjau sekeliling.

"Lana kat situ je!" Usai berkata, Lana melangkah menuju ke balkoni bilik.

"Kat luar tu? Sejuk!"

Lana menjuih bibir.

"Tetamu tu nak bermalam kat sini ke?" Sinis!

Cepat-cepat Ryu geleng kepala. Melihat respon tersebut, Lana meneruskan langkah. Ikut logik, mana ada tetamu yang sampai masuk ke dalam bilik tuan rumah kan? Bersungguh-sungguh Ryu nak dia bersembunyi pehal? Hati dah merajuk ni..

"Sekejap ya sayang, bertahan dulu..Abang turun sekarang.."

Lana meneruskan langkah tanpa menoleh. Benci! Siapa yang datang sebenarnya? Ex girlfriend? Datang sampai ke rumah? Arghh!! Hentak-hentak kaki menuju ke balkoni..Nak sembunyi kat mana? Lana pandang sekeliling. Ada sebuah pasu besar berisi pokok hiasan rumah yang sangat rimbun daunnya di sudut hujung. Lana menolak perlahan pasu tersebut supaya ada ruang untuknya masuk dan bersembunyi. Sekiranya seseorang keluar ke balkoni itu, pasti tidak akan nampak dia di sebalik pasu dan daun rimbun.

Terus duduk menghempas punggung sambil merenung langit yang gelap gelita. Bulan bersinar malap, cuma sedikit taburan bintang kelihatan menghiasi langit yang kelam, sekelam hatinya saat itu. Hati kecil kuat mendesak dia keluar dan mengintip sebenarnya, cuma ego wanitanya menahan. Kononnya tak kisah apa playboy tu nak buat, tapi hati merintih pilu huhu.. Lisa Alana..Kau memang dah tewas dengan pesona Mr Playboy tu..Hati berdetak!

Lana menggosok-gosok lengan, sejuk mulai menusuk hingga ke tulang sumsum walaupun dia memakai baju T Shirt cotton oversize dan seluar panjang juga dari kain cotton agak tebal. Rasa mengantuk menambah rasa sebal. Adui.. Bila agaknya tetamu Ryu nak balik ni? Dahlah rasa letih dan mengantuk, seorang diri lagi kesejukan di luar rumah..Adakah yang lebih malang darinya? Ada Lana, ada jer..

Arghh!! Cuba mengosongkan fikiran kerana tidak mahu terusan bermonolog dengan diri sendiri..Lama-lama kacau jiwa bila saling bercakaran akal dan hati.

PANG!!

Hampir terlompat Lana bila dengar daun pintu bilik Ryu dihempas kuat. Cuping telinga terus menegak, sungguh-sungguh dia pasang telinga! Nak mengintip di sebalik kaca, takut pula kenampakan seperti kuntilanak!

"Where is the girl Ryu Rozzan?!!"

"Mummy!! Told you there's nobody in this house except me!!"

"Then kasut tinggi tu siapa punya? Kau?!! Jangan nak buat lawak ya!!"

Lana terus cekup mulut..Aduh, asal boleh lupa tentang kasut tinggi dia tu? Mampus!! Cemas menyelubungi bila tahu yang datang rupa-rupanya mak dan mungkin juga bapak Ryu Rozzan pun ada. Mati-mati menahan nafas, dengan harapan badan boleh mengecil huhu..

"Mummy!!"

SREETT!!!

Kedengaran bunyi roda menggelonsor bila pintu kaca ditarik ke tepi. Terkejut bukan kepalang Lana, terus mengesot hingga badan melekat di dinding kaca.

"Mummy! Takde siapa dekat sini..Masuklah, sejuk ni!"

Lana terus menahan nafas, seolah hembusan nafas bisa didengar oleh mak Ryu.

"Mummy dah bagi warning kan? Hentikan sikap berfoya-foya kau Ryu Rozzan. Dah berapa banyak perempuan kau bawa balik rumah ni sampai kasut boleh tertinggal bagai? Tu..Dalam almari kau tu..Ntah-ntah penuh dengan pakaian perempuan.."

"Takde mum..Dah check tadi kan? Kasut tinggi tu kepunyaan PA aku agaknya, dia memang selalu aku suruh ambil fail atau dokumen yang tertinggal. Dahlah mum, lewat malam dah ni. Aku penat...Mum balik dulu huh?"

"Jadi macamana dengan cadangan mummy tu? Sebelah sana dah mulai mendesak. Kau pun bukannya muda lagi Ryu..Elok sangat dah nak berkeluarga."

"Mum, told you I'm not interested!"

"Maafkanlah dia Ryu. Mummy dan papa kau dah lama maafkan dia. Korang masih muda masa tu, dia juga punya cita-cita..Lupakan kekhilafan dia. Mum tengok dia dah matang sekarang dan sudah lebih dari bersedia untuk memikul tanggungjawab."

"No mum..And it's final!"

"Ryu Rozzan!!"

"Ahh dahlah mum! Tolonglah..Aku penat gila sekarang..Lebih baik mum balik dulu, kemudian saja kita bincangkan hal ni huh?"

TING TING!!

"Hahh..Dialah tu!"

"Mummy!!!"

Wanita separuh umur itu bergegas keluar dikejar Ryu Rozzan. Tinggallah Lana seorang diri terkebil-kebil di situ. Masih cuba mencerna setiap butir bicara antara Ryu dan mak dia tadi. Mereka sedang berbicara tentang seseorang kan? Seseorang yang punya peranan penting dalam hidup Ryu? Cinta pertama yang mengecewakan Ryu hingga Ryu jadi seperti sekarang? Teringin nak bangun dan jadi pengintip tak bertauliah untuk mengintai siapa yang datang..Tapi keberanian cuma sejemput..Mak ayah Ryu tu dekat bawah..Kalau kedapatan, tak berani nak bayangkan apa yang bakal dihadapi.

Aduh!!

Rasa sejuk semakin mencengkam. Lana memeluk lutut erat-erat. Bilakah semua ini berakhir dan dia bisa berbaring dengan selesa di atas tilam empuk? Menguap saja entah sudah beberapa belas kali. Mata hampir tak mampu dah nak dibuka. Letih seharian memandu tak hilang lagi, sekarang ditambah lagi dengan rasa lenguh akibat berada dalam kedudukan tak selesa, kena lagi sejuk yang teramat sampai sakit tulang temulang.. Rasa hampir tak mampu nak bertahan.

Sedang asyik berfikir, tiba-tiba kedengaran pintu balkoni dilock dari dalam. Biar betul! Lana bingkas bangun, hampir tak manpu meluruskan kaki akibat rasa lenguh dan kesemutan. Berjengket menghampiri pintu. Sempat dilihat kelibat mak Ryu keluar dari bilik..Pintu cuba ditarik..Arghh!! Pehal nak kunci bagai ni?!! Kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan. Lana bergegas mengintai. Kereta Ryu dan sebuah kereta mewah mulai bergerak meninggalkan halaman rumah.

Seriously?

Jadi dia macamana? Kalau pintu balkoni tak dikunci takpelah jugak! Lana termangu sesaat. Kemudian, mengintai laluan yang pernah Ryu guna untuk ke balkoni bilik dia. Telan air liur lalu pandang ke bawah. Tinggi juga, boleh cacat kalau jatuh! Nak buat ke tak? Kalau berjaya, dia dah pasti dapat baring dengan selesa tanpa perlu menggigil kesejukan. Pintu balkoni dia tu tak berkunci. Tapi..Seram tu!

Lana melabuhkan punggung, kali ini di kerusi rotan yang tersedia, selesa sikit dari tadi. Badan yang menggigil dipeluk erat. Bertahan dulu duhai Lisa Alana..Agaknya Ryu pergi tak lama. Kepala dilentokkan di penyandar. Hanya beberapa minit, mata tertutup rapat dan dengkuran halus mulai kedengaran.

-

-

-

Berat sungguh rasanya mahu membuka mata..Bunyi bising dari suara berbual dan bunyi dentingan mesin menyedarkan Lisa Alana dari tidur yang panjang. Terkejut hingga hampir melompat bangun bila bola mata menangkap kelibat seseorang yang cukup dikenali berdiri bersebelahan dengan katil, sedang serius berbual dengan dua wanita berpakaian serba putih.

Di mana? Seingat dia bukankah kali terakhir dia berada di beranda bilik Ryu? Kepala terasa berat dan berdenyut-denyut, Badan begitu lemah, nak angkat tangan untuk memanggil pun tak mampu. Pergelangan tangan dicucuk jarum panjang dan disambung infusion hose.. What happened?

"Lana, you're awake.." Figura berpakaian serba putih dan berwajah sangat tampan itu menerpa. Lana tenung tidak mengerti.

"Kau berada di hospital Lana. Badan kau sangat lemah disebabkan demam dan hampir dehidrasi."

Terkebil-kebil kebingungan..

"Suhu badan kau terlalu tinggi Lana."

Oh macam tu, sedikit sebanyak dia mulai memahami mengapa dia tiba-tiba boleh berada di situ. Tapi..Bola mata berguling-guling memerhati sekeliling..Mana laki aku? Hati berdetak..

"Cari siapa? Laki tak guna kau tu? Tak payah Lana..Selepas dia hantar kau subuh tadi, sampai sekarang laki kau tu tak timbul-timbul. Aku dah agak dah..That's why awal-awal dulu aku suruh kau minta cerai. Lelaki macam Ryu Rozzan tu Lana...Tak mungkin mampu setia!"

"Zaff..Please..Aku taknak dengar apa-apa buat masa sekarang. Bagi aku rehat please?"

Aizaff Nafees mengukir senyum tawar lalu mengangguk perlahan.

"Rehatlah Lana..You know I still love you right? You can always turn to me..Aku tetap akan menerima kau Lana.."

Lana menutup mata..Fikiran bukan lagi di situ sebenarnya, sudah menerawang jauh memikirkan tentang seseorang.

Ryu Rozzan!

Dimanakah lelaki itu? Betulkah kata-kata Aizaff bahawa Ryu langsung tidak muncul menjenguk selepas menghantarnya ke hospital? Ahh, mungkin saja Ryu sibuk melayan orang tuanya. Kejap lagi datanglah tu...Hati dipujuk..Beberapa minit kemudian, Lana hilang kesedaran..

"Lana!!! Lanaaa!! Bangun!! Lanaa!!! Lanaaa!!"

Terasa badan digoncang kuat, pipi ditampar halus. Mengapa kecoh sangat? Ingin buka mata tapi kelopak mata terasa berat sungguh, seolah bertan-tan batu digantung di bawah kelopak mata.

"Lanaaa!! Bangunn!! Buka mata kau dan lihat aku!! Lanaaa!!!" Suasana kecoh dan bunyi bising mesin dan jeritan betul-betul membingitkan telinga. Berusaha sekali lagi menguak kelopak mata..Cahaya terang menerobos masuk, menyilaukan mata!

"Good Lana...Terus buka mata tu dan jangan tidur! Badan kau terlalu panas!!"

"Tengok aku Lana! Sini!!" Jemari dikibas-kibas di depan wajah.

"Kenal siapa aku? Angguk atau geleng.."

Eya eyalah, kenal sangat! Soalan apakah itu? Macam dibuat dia hilang ingatan pulak!

"Lana..Kenal aku tak? Angguk atau geleng.." Sekali lagi soalan diulang.

Lana angguk lemah.

"Good! Now say my name.."

Apa ni? Lana renung lelaki yang berpakaian seragam serba putih itu.

"Say my name Lisa Alana!"

"Ai...rrrrr...Ai...rrrr..." Laa...Pehal lidah ni?

"Lana..Again..Say my name.."

"A...rrrr...Ai...rrrrr...."

Doktor kacak yang mulai kelihatan panik itu segera berpaling ke arah dua wanita yang juga memakai seragam putih. Percakapan kurang jelas didengar. Setelah itu, sesuatu disuntik masuk ke dalam salur hose Lana.

"It's okay Lana..I'm here..I won't let anything happen to you.."

Sempat didengar kata-kata itu sebelum kesedaran hilang semula dan hanya gelap menyelubungi.

Tersedar semula bila badan digoncang dengan lembut. Kali ini tiada kesukaran dialami untuk membuka mata. Terpampang jelas wajah doktor maha tampan di depan mata, siap ukir senyuman paling manis lagi buatnya.

"Morning Lana..Feel better now?"

Lana hanya mampu mengangguk. Aizaff Nafees duduk di birai katil. Lengan disilang di dada.

"You might get discharge today..I'm sad.."

Lana cuba bangun untuk menyandar. Aizaff cepat-cepat membantu tanpa dipinta.

"Last night keadaan kau sangat membimbangkan..Demam panas, tekanan darah rendah hingga oksigen tak sampai ke otak..That's why kau tak boleh bercakap.. Mujurlah hari ini kau dah okay, demam pun dah kebah..Thank me later okay?"

Eh, ngada! Dah memang kerja dia pulak tu..Lana herot bibir penuh sebal.

"Lepas ni, kau tak boleh kata tidak kalau aku nak jumpa..Kau terhutang nyawa dengan aku tau..Aku pajak locum disebabkan kau."

"Ucapan terima kasih tak cukup ke?"

"Tak..Aku nak tawan balik hati kau Lana.. Aku yakin kau dan suami tak guna kau tu takkan bertahan lama. Kau nak aku bantu mudahkan urusan penceraian korang?"

Lana tunduk merenung selimut putih yang membalut separuh tubuhnya.

"Ryu...Dia ada datang tak?" Hampir tak keluar suara.

Laju je Aizaff menggeleng. Riak wajah jengkel dipamerkan.

"Tak ada Lana! Kau masih mengharap ke? Baik, biar aku ceritakan..Aku nampak dia makan berdua-duaan dengan seorang gadis cantik dalam sebuah restoran Lana. Dia tak pedulikan kau pun selama tiga hari kau dekat sini.. Langsung tak datang, langsung tak bertanyapun tentang kau..Laki apa macam tu Lana? Ni kalau aku bagitahu bapak kau, pasti dah lama kau dipaksa bercerai."

Lana diam menekur jemari. Nampak selamba, tapi dalam hati menangis pilu. Sampai hati kau Ryu Rozzan. Kau penyebab semua ini bukan? Gara-gara kau, aku terkunci di luar rumah lewat malam..Gara-gara kau, aku sakit dan masuk hospital. Mudahnya kau buang tanggungjawab kau pada Aizaff! Lelaki jenis apakah kau? Hati merintih..

"Aizaff..Bila aku boleh discharge?"

"Setelah selesai dokumen. Kau kena banyak berehat Lana, sebaiknya kau minta cuti sehari dua supaya badan kau betul-betul dah pulih. Kalau kau jadi isteri aku, aku tak bagi kau kerja.. Biar kau urus anak-anak kita je..Kalau tak larat, kita ambil pembantu..Aku nak anak ramai tau, mengandung tiap-tiap tahun kalau kau larat. Macam?"

Huishh..Kembang segala anak bulu roma mendengarnya..Aizaff ni betul-betul tak tahu malu ke apa? Main lajak je cakap tak pandang-pandang..Meluat pun ada dengan mamat ni!

"Aizaff..Selagi tiada hitam putih dari Ryu, aku masih sah isteri dia dan aku akan setia pada Ryu."

"Lana..Jangan jadi bodoh!"

"It's my decision and it's final..Full stop!"

Aizaff terkedu. Bola mata mengecil.

"Okay..We'll see about that.." Mengalah lalu bingkas bangun dengan wajah sebal.

"Take a rest Lana, kejap lagi jururawat akan bagi dokumen pelepasan kau. Tak perlu ke kaunter, aku dah settlekan bil tu."

"Aizaff! Kau tak perlu bayar, aku ada duit." Kurang setuju dengan tindakan Aizaff. Dia tak mahu terhutang budi pada lelaki itu.

"It's okay Lana..Aku ikhlas..Anggap je aku tunaikan janji yang pernah aku lafazkan dahulu, bahawa aku akan jaga kau seperti menjaga nyawa aku sendiri.."

Arghh! Mengapa perlu diungkit cerita lama? Buat orang terkedu sampai hilang kosa kata je!

Seperti yang dikata oleh Aizaff, tidak lama kemudian seorang jururawat masuk dan menyerahkan beberapa dokumen kepada Lana termasuklah bil hospital yang telah Aizaff lunaskan. Tak tunggu lama, Lana segera bersiap-siap..Sempat ditanya dimanakah Aizaff pada seorang jururawat yang kebetulan lalu. Saja nak jumpa dan ucap terima kasih sebelum keluar. Malangnya Aizaff sedang membuat lawatan rutin ke wad pesakit. Jadi Lana terus mengorak langkah menuju ke luar bangunan.

Menahan sebuah teksi dan meminta untuk menghantarnya ke rumah Ryu. Dia masih isteri Ryu bukan? Walaupun selama tiga hari terlantar Ryu langsung tak datang menjenguk, dia cuba berfikiran positif. Mungkin Ryu terlalu sibuk dengan urusan syarikat ditambah lagi dengan kedatangan mak bapak Ryu tu kan. Mungkin Ryu anggap dia demam biasa dan tak perlu dikhuatiri kerana kejap lagi demam pasti kebah. Segalanya mungkin!

Apapun, dia masih perlu penjelasan dari mulut Ryu sendiri. Sebagai seorang lelaki, Ryu harus berhadapan dengannya dan menjelaskan segala-galanya, biar semuanya jadi terang lagi bersuluh. Bukan tinggalkan dia begitu sahaja terkapar-kapar mencari jawapan. Itu kejam namanya, seolah dia tidak punya perasaan.

Dalam hati doa dipanjatkan supaya Ryu berada di rumah. Tak larat rasanya nak tunggu lama untuk dapatkan jawapan. Hati perlu dijaga.. Tak nak tersungkur sekali lagi kerana lelaki!

Ketika teksi yang membawa Lana memasuki kawasan perumahan mewah tersebut, dari kejauhan dia sudah melihat ada sebuah kereta asing yang terparkir di halaman rumah Ryu. Cepat-cepat Lana meminta pemandu teksi memperlahankan kereta lalu meminta si pemandu berhenti tidak jauh dari rumah Ryu.

Mengintai dengan bersungguh-sungguh di dalam perut teksi. Siapa pemilik kereta itu? Ibubapa Ryu ka? Adakah mereka tinggal di rumah itu sekarang? Lalu bagaimana dengan dia? Arghh..Kalau macam ni balik kampung jelaa, buat bisnes online je..Hati berkira-kira..

Sedang khusyuk memerhati, daun pintu rumah Ryu terkuak. Siapa? Lana menjegilkan bola mata supaya dapat dilihat dengan jelas figura-figura yang bakal keluar dari dalam perut banglo mewah itu.

Hati terus tersentap bila lihat rupanya Ryu Rozzan yang keluar diapit mesra oleh seorang gadis tinggi lampai berwajah sangat cantik persis seorang model. Cuba untuk mengawal diri..Tak!! Tak mungkin dia cemburu..Bukankah sejak awal perkahwinan dia sudah cukup masak dengan sikap playboy Ryu Rozzan?

Lalu mengapa hati bagai tersayat-sayat dan air mata terus merembes keluar tanpa dipinta? Ya! Dia menangis menyaksikan kecurangan Ryu di depan mata. Ryu bawa perempuan lain masuk ke dalam rumah ketika dia sedang bertarung nyawa di hospital! Patutlah dia dibuang pada Aizaff, nyata Ryu sedang bermain cinta di belakangnya...Dia patut percayakan Aizaff! Sekurang-kurangnya hati tak terlalu sakit bila menyaksikan sendiri kecurangan itu di depan mata.

Lana buang wajah, tak sanggup lagi melihat dua manusia tak guna yang sedang beriringan menuju ke kereta. Air mata diseka laju. Cukuplah duhai Lisa Alana..Cukuplah hati kau dilukai..

Lana menarik nafas dalam-dalam, cuba mengusir kesedihan yang bertandang. Jika dia bisa bangkit ketika menyaksikan kecurangan Aizaff dulu, tidak mustahil dia pasti mampu bangkit dari kesakitan yang dirasai sekarang.

Lisa Alana seorang wanita yang kuat!

Bola mata mengiring sayu pemergian dua ketul manusia yang sedang mabuk asmara itu. Sebaik sahaja kereta mewah itu hilang dari pandangan mata, Lana menyerahkan duit bayaran kepada pemandu teksi lalu bergegas keluar. Rasa jijik mahu masuk ke dalam rumah yang baru ditinggalkan oleh dua sejoli itu tadi, namun digagahkan diri kerana mahu mengambil barang-barangnya dan juga kereta yang Ryu sembunyikan di garaj bawah rumah.

Selesai memasukkan barang ke dalam bonet kereta, punat pintu garaj automatik ditekan. Kereta Viva Lana bergerak laju keluar dari halaman rumah Ryu Rozzan. Belum sampai separuh jalan, berpapasan dengan kereta mewah tadi. Terperanjat beruk Lisa Alana bila kereta tersebut tiba-tiba melintang di tengah jalan, cuba menghalang laluan Lana..Brek dipijak secara mengejut, hampir berlanggar depan kereta.

"Lana!!!" Pemandu kereta mewah itu meluru keluar namun Lana sudah masuk gear reverse lalu mengundurkan kereta dengan laju sebelum masuk gear D dan memecut laju meninggalkan lelaki yang sedaya upaya cuba mengejar.

I will never forgive an idiot who toyed with my heart..NEVER!!

Yelaa tu Lisa Alana..Kita tengok nanti sejauh mana mampu kau elak pesona Mr Playboy tu huhu..Arghh..Diam kau duhai hati!!

TONNN!!!

Terkejut dengar bunyi hon bertalu-talu yang membingitkan telinga, bola mata pantas memandang cermin pandang belakang.

Oh dear!!

Lana gigit bibir bawah.

Bugatti Chiron vs Viva 1.3....Tak perlu kata apa-apa..Hanya mampu tekan pedal sampai melekat di lantai kereta dengan penuh pasrah! Manalah tau tiba-tiba keluar sayap dan terbang kan..

Doc Aizaff maii dahh..doktor hensem ni ekeke

Share this novel

Nur Azlina
2022-09-14 18:53:00 

tqvm update nak lagi xpuas baca klau boleh update hari- hari.


NovelPlus Premium

The best ads free experience