“Lana belum bagi lagilah bapaknya. Dia kata dia akan telefon bila keadaannya sudah stabil di tempat baru tu.” Maklumat yang diterima dari emak Lana buat Ryu tertunduk hiba.
“Mak, Lana ada bagi nombor telefon tak?” Melihat Puan Meliana menggeleng kepala, seluruh tubuh menjadi lemas.
“Lana ke mana sebenarnya?” Ryu bertanya penuh mengharap. Tak! Dia takkan berputus asa. Walau macamana sekalipun, Lana perlu dijejaki.
“Katanya dia dapat tawaran kerja dengan gaji lumayan di luar negara selama setahun.” Puan Meliana menjawab.
“Ada Lana sebut nama tempat tu tak?” Kecewa sekali lagi bila melihat puan Meliana menggeleng kepala.
Now what Ryu Rozzan? Nampak jelas yang Lana tidak mahu siapapun mengetahui di mana dia berada. Pada siapa harus dia dapatkan maklumat sekarang? Akhirnya, Ryu menjatuhkan bola mata, menekur lantai. Air mata menitis jatuh, membasahi lantai.
Masa berlalu. Bagi sesetengah orang, ianya terlalu pantas berlalu hingga langsung tak disedari. Semua kerana kesibukan demi mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan. Hidup di zaman ini keras. Lambat pasti kebuluran!
Kata orang masa mampu mengubah seseorang. Dan itu adalah kebenaran yang tak mampu disangkal! Selepas beberapa bulan cuba menjejaki Lisa Alana tidak berhasil, Ryu Rozzan berhenti berharap. Semuanya berubah selepas itu.
Ryu Rozzan, jejaka pujaan bukan saja gadis sunti, janda, bini orang malahan nenek-nenek… kini sedang duduk di dalam bilik pejabatnya, begitu tekun meneliti fail di atas meja dengan wajah serius dan kening terbengkok hampir bercantum. Workaholic? Not really!
Keseriusan terhenti bila henfon di atas meja berdering nyaring. Lebar sengihan terukir di wajah tampan itu sebaik sahaja melihat nama yang terpampang di skrin henfon.
“Yes honey? Are you ready? Okay, I’ll be there soon.” Bingkas bangun dengan penuh bersemangat, henfon dimasukkan ke dalam kocek. Kot yang tergantung kemas di kayu penggantung kot disambar lalu dibalut ke tubuh sasa itu. Sempat menilik wajah di cermin sebelum bersiul-siul keluar dari bilik pejabat.
Memandu dengan begitu tenang menuju ke destinasi. Kereta memasuki kawasan mall yang terkenal di kota tersebut. Usai meletakkan kereta di kotak parking, Ryu keluar lalu terus masuk ke dalam. Kaki diatur menuju ke sebuah restoran francais dari luar negara yang sangat terkenal.
“Sayang!” Satu tangan terangkat tinggi, melambai-lambai Ryu Rozzan. Ryu menghampiri lalu menghenyak punggung bertentangan dengan gadis tersebut.
Ryu bersandar sambil memeluk tubuh. Bola mata meneliti gadis itu dari hujung rambut ke hujung kaki.
“I said be pretty, didn’t I?” Kurang senang nada suara. Dahi berkerut seribu. Pandangan terus dibuang.
“I dah sehabis usaha untuk tampil cantik depan you. Apa lagi yang kurang pada I ni hah?”
“You’re ugly Elaine!”
“It’s Delailah Ryu Rozzan!” Eh, silap ke? Ryu membengkokkan kening. Whatever! Dia bingkas bangun, sakit mata melihat gadis bermekap tebal di depannya itu. Melihat bulu mata palsu tebal itu je pun sudah menggerunkan Ryu.
“Ryu Rozzan!” Lengan Ryu dipaut pantas. Gadis itu menerpa, tidak mahu Ryu pergi.
“Let me go!” Ryu menarik lengannya dengan kasar.
“Please Ryu, give me a chance… I can be the prettiest among all! One more chance huh?”
“Nope! Go away Delailah!” Hati mulai memanas bila Delailah semakin mempereratkan pelukan di lengan Ryu.
“Ryu Rozzan! Is that you?’ Argh, Not again! Ryu buat-buat tak dengar suara nyaring yang entah dari mana muncul itu, berusaha melepaskan diri dari cengkaman Delailah.
“It’s you!” Gadis bersuara tajam yang menegur tadi kini sudah terpacak di depan mereka berdua, siap cekak pinggang.
“Who’s she Ryu Rozzan? You said I’m the only girl!” Ryu sengih senget sambil gosok belakang tengkuk dengan wajah tak bersalah langsung.
“Err…Meena? Alisya? Erk…Kathy perhaps?” Cuba untuk kelihatan berusaha mengingat, walhal memang dia tak ingat dan tak kisah langsung. Malangnya wajah cantik di hadapannya semakin cemberut.
“Tengku Ameera Ryu Rozzan!” Ahhh…Ryu melebarkan sengihan.
“Go away from my man!” Tengku Ameena terus menolak tubuh Delailah menjauhi Ryu.
“Your man? He is my man!” Tak mahu mengalah, Delailah membalas. Mereka saling bertolak-tolakan. Melihat diri dilupakan sekejap, Ryu melepaskan diri dengan pantas.
Laju berlari anak keluar dari restoran tersebut. Sampai di luar pintu, terlanggar tubuh seseorang yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Tuan badan yang dilanggar menoleh, pandangan bertaut.
“Ryu?”
“Raees!”
“Ryu Rozzan!!!” Jeritan nyaring dari arah belakang membuatkan Ryu sedikit menggelabah. Haraees memanjangkan leher untuk melihat. Kepala terus tergeleng.
“Again Ryu Rozzan? Sampai bila kau nak jadi macam ni?” Haraees menatap Ryu dengan jengkel.
Ryu tenung dalam ke anak mata Haraees.
“Sampai separuh jiwa aku yang pergi kembali Raees!” Jawab Ryu sebelum berlalu meninggalkan Haraees.
“Ryu!” Kepala menoleh, memandang Haraees yang masih tercengat di situ.
“Kau dah jumpa benda tu?” Terangkat kening Ryu Rozzan.
“Jumpa apa?” Haraees angkat bahu. Malangnya nasib Ryu Rozzan, surat yang Lana karang sepenuh hati itu pasti dah hilang.
“Nothing!” Haraees meneruskan langkah, membiarkan Ryu terpinga-pinga kehairanan.
Ryu yang mulai rasa terganggu hanya memerhati dengan tajam.
“Ryu Rozzan!!!” Argh, hampir terlupa! Kelam kabut Ryu melarikan diri.
Sepanjang jalan, fikiran tidak tenang. Kata-kata Haraees begitu menganggu. Jumpa apa? Otak ligat berfikir. Teringat kembali perbualannya dengan Haraees Reza suatu ketika dahulu. Ryu terus mengubah arah. Memandu dengan kelajuan maksima menuju ke rumah.
Outside the house? Apa maksud Haraees Reza? Ryu berjalan mengelilingi rumah. Bola mata melilau, dia sendiri tidak tahu apa yang patut dicari. Dua tiga kali mengelilingi rumah, Ryu akhirnya berhenti di depan pintu rumah. Bingung sendiri. Henfon segera ditarik keluar. Nombor Haraees didail.
“What do you want?” Nada suara terdengar jengkel. Ryu merengus perlahan.
“Raees. Kau ada rahsiakan sesuatu dari aku ke?”
“What do you mean? I am very busy Ryu. Dah, aku tak nak terlepas flight!”
“Where are you going?”
“None of your business Ryu!” Mahu tak mahu suara menjawab.
“Ada sesuatu yang ditinggalkan di rumah masa kau datang hari tu bukan? Tell me, what is that Haraees Reza? Kau buat aku tak tenang!” Tak kisah dengan rungutan Haraees, Ryu terus mendesak. Terdengar keluhan keras di corong talian.
“Lupakan saja Ryu. Ianya dah lama pun. Dah hilang kot! Sebenarnya benda tu tersisip di celah pintu rumah kau. Dah terbang agaknya. Tak penting pun sekarang. Dahlah, aku nak naik kapal. Bye!”
Dan Haraees menamatkan panggilan. Dia tak tahu bertapa gelisahnya Ryu Rozzan selepas mendengar penerangannya. Ryu terus mundar mandir depan pintu rumahnya. Terbang? Apa? Kertas? Dokumen? Gambar?
Teringat sesuatu, henfon dipegang semula. Terus mendail nombor seseorang.
“Papa…masa papa mula-mula datang ketika Ryu tak keluar rumah seminggu hari tu, papa ada nampak sesuatu ke tersisip di celah pintu rumah sebelum papa masuk hari tu?” Tanpa salam, Ryu terus melemparkan pertanyaan. Kalau saja papa di depan mata, pasti terpinga-pinga orang tua itu.
“Oh kertas putih tu ke?”
Deg!
Jantung terus berdegup dengan luar biasa. Kertas putih?
“Ada papa nampak. Apa benda tu? Papa tak buka. Macam flyer advertisement pun ada papa tengok.”
Dahi Ryu berkerut. Flyer advertisement? Biar betul! Takkanlah Haraees nak dia melabur dalam projek syarikatnya pulak kan? Ke saja nak promote produk keluaran baru syarikatnya, nak tunjuk dia hebat dan lebih produktif gitu! Haraees Reza? Tak logik pulak!
“Mana kertas tu? Papa dan buang ke?” Tak sabar langsung!
“Papa letak di atas meja perhiasan bulat tepi pintu tu. Dah lama dah tu. Apa penting sangat ke kertas tu?” Hairan betul Tan Sri Daniel. Dah berapa bulan berlalu, baru si anak teruna sibuk bertanya mengenai kertas putih yang terlipat kemas itu. Dia pun silap sebenarnya. Terlupa nak bagitahu lantaran terkejut lihat keadaan Ryu ketika itu.
“Thank you papa!” Ryu terus matikan panggilan. Bertuah punya anak!
Ryu berlari anak masuk ke dalam rumah. Meja perhiasan di tepi pintu dihampiri dengan dada berombak ganas. Jantung hampir berhenti berdegup bila lihat ada sekeping kertas putih terlipat begitu kemas dan cantik di atas meja. Menggeletar jemari ketika menyentuh kertas tersebut. Diteliti sebentar. Papa… papa… ini bukan flyer tapi surat!
Buka…jangan buka! Buka…eh takut pula! Lama Ryu tercengat dan hanya memerhati. Berbelah bagi sebenarnya. Bagaimana kalau isi kandungannya bakal meranapkan lagi hati yang hanya tinggal sesuku lagi berbaki? Ryu membuang nafas berat. Kertas berlipat itu dibawa ke hidung lantas dihidu.
Kening terbengkok lalu terbatuk kecil. Celaka! Apa tujuan dia buat begitu? Habis habuk masuk ke dalam paru-paru! Kertas itu dilibas-libas. Berterbangan habuk naik ke udara. Nampak sangat dah lama terperap tak dikacau dekat situ. Lipatan dibuka perlahan-lahan. Jelas terketar-ketar jari jemari.
Kening hampir bertaut. Cantik tulisan. Neat and clean cursive writing. Sempat memuji sebelum mula membaca isi kandungannya.
“Abang…izinkan Lana panggil abang untuk kali yang terakhir. Susah kan jadi seorang Ryu Rozzan? Walaupun punya segalanya, dicemburui oleh seluruh alam semesta namun perjalanan hidup tidak seindah mimpi. Lana tahu abang tak ingat siapa Lana. Kalau Lana nak cerita dari A to Z, pasti berlembar-lembar kertas terguna so Lana skip bab tu.
Lana cuma nak luahkan isi hati Lana. Jujur, Lana sayangkan abang. Lana cintakan abang. Dan Lana nak abang tahu, Lana tak rela diceraikan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Lana tengah mengandung sekarang di mana seorang isteri sangat perlukan sokongan suami. Ya, Lana memang sakit hati, terlalu sakit abang. Semua yang berlaku buat Lana hilang rasa kerana terlalu penat disakiti. Saat abang lafazkan talak, terasa ringan bahu Lana. Memang Lana lega kerana waktu itu Lana rasa Lana bebas dan takkan terbeban dengan masalah lagi.
Tapi Lana silap! Lana ingat Lana akan kuat hadapi perpisahan, ternyata Lana tak sanggup abang. Hati Lana merintih mahu bersama abang. Sampai saat ini pun, Lana benar-benar berharap abang akan muncul. Seperti sebelum-sebelum ini, di mana abang tiba-tiba datang dan selamatkan Lana dari Aizaff, dari tuan Amir Khan! Serius, saat itu Lana rasa seperti berada dalam movie, di mana hero muncul dan membawa heroin pergi.
Cuma keadaan kali ini berbeza, tiada orang jahat. Lana umpama Rapunzel, terkurung dalam ruang sempit dan gelap. Menunggu abang datang dan bawa Lana pergi. So, Lana dengan tak malunya akan berterus terang dengan abang. Lana mahukan abang kembali. Come back to me Ryu Rozzan. Lana akan tunggu dan terus setia dengan abang sehingga habis iddah.
Sekiranya abang tak muncul sehingga tempoh itu tamat, Lana beranggapan yang kisah kita telah berakhir. Lana akan buka lembaran baru dalam hidup dan akan lupakan abang. Bila masa itu telah tamat, Lana mohon abang jangan muncul lagi dalam hidup Lana. Terus lupakan Lana ya! Biarlah kita jadi orang asing dan teruskan kehidupan seperti biasa. Love, Lisa Alana.”
Gelap dunia buat seketika! Punggung terhenyak atas lantai berjubin keras, sakitnya tak setanding dengan sakit yang ditanggung oleh jiwa! Tak sedar, surat Lana sudah renyuk dan basah dalam genggaman.
Haraees Reza!!!
Kejamnya lelaki itu! Langsung tidak dibagitahu bahawa dia datang bersama-sama Lana ketika itu. Mengapa? Terasa ditikam dari belakang! Jaga kau Raees, akan ada perhitungan buat kau nanti! Hati bergumam.
Nombor Haraees didail sekali lagi, malangnya sudah tidak aktif. Ryu segera mendail nombor seseorang. Usai menyampaikan pesan, Ryu merenung sekali lagi surat di tangan. Basah dek air mata!
Sepanjang tempoh iddah? Itu adalah sehingga Lana bersalin bukan? Ryu terus melihat kalendar dalam henfon. Mulai mengira…Damn it! Sudah sembilan bulan! Bukankah usia kandungan mencapai sembilan bulan sebelum melahirkan? Dia harus buat apa sekarang? Ryu bingkas berdiri, berlari keluar mendapatkan kereta dalam deraian air mata.
Finally jumpa jgk surat hihi
Share this novel
lembab nya Playboy...hihihi