BAB 54

Humor Completed 411630

“Fiona!”

Konsentrasi Fiona terganggu akibat suara sergahan yang agak kuat itu. Frosting yang sedang dibubuh atas cupcake red velvet itu terus senget. Hampir bertaut kening melihat. Argh!!!

Wajah bengang yang terpamer ketika menoleh ke arah pemilik suara itu terus berubah jadi panik bila lihat seraut wajah pucat dan nampak sedang menahan kesakitan. Piping bag berisi frosting cream cheese terus dibuang. Laju Fiona berlari mendapatkan wanita yang baru muncul di dapur itu.

“Oh my god! Oh my god!!!” Terlompat-lompat Fiona di depan wanita itu akibat panik bercampur dengan teruja.

“It’s time, isn’t it?!” Tanya Fiona dalam nada teruja.

“Tak pasti. Takde tanda pun. Cuma perut ni, mengejang sampai macam nak terbelah dua belakang pinggang ni hah! Sakit!” Keluh wanita itu dengan wajah berkerut-kerut menahan kesakitan.

“Ingat tak kelas ibu mengandung tu? Tarik nafas dalam-dalam bila sakit Lana. Tarik…hembus…tarik dan hembus lagi. Tenang okay. Kita akan ke hospital sekarang.” Seraya berkata, lengan Lana dipaut oleh Fiona lalu dibawa ke ruang tamu.

Lana hanya menurut sambil terangguk-angguk. Tidak mampu bersuara kerana sakitnya bila datang ya Allah…macam nak terbelah dua pinggang!

“Fionaaa!” Lengan Fiona dicengkam kuat tanpa disedari. Semua kerana sakit itu menyerang lagi. Berair mata menahan sakit.

“It’s okay…it’s okay! Aku naik ambil beg sekejap. Tahan dulu Lana. You can do it!” Lana angguk lalu menghenyak punggung di sofa. Fiona terus berlari menuju ke tingkat atas.

Lana bingkas bangun lalu berjalan mundar mandir menahan kesakitan. Bila sakit menyerang, Lana berhenti bergerak dan mengeraskan badan. Sakitnya ya tuhan!!! Air mata merembes keluar.

“Lana!” Lana yang sedang tunduk menahan sakit terus menoleh ke arah pintu bila dengar namanya dipanggil. Melihat figura yang menghampiri, Lana terus menangis.

“Tolong Raees! Sakit sangat. Aku tak tahan.”

Haraees yang baru muncul di muka pintu terus berlari mendapatkan Lana. Bahu Lana dipaut lalu dibawa ke sofa. Lana didudukkan dan Haraees melabuhkan punggung di sebelah. Cuba bertenang dengan menarik nafas dalam-dalam. Melihat Lana mengerang kesakitan sambil menangis, dia ikut terpanik!

“Baby dah nak keluar ke? Sakit kat mana Lana?” Laju jari menunjuk perut dan belakang pinggang. Haraees mengusap lembut perut yang memboyot kencang. Sebelah tangan ke belakang, mengurut perlahan belakang Lana.

“Raees!!!” Lana menjerit lantas mencengkam lengan Haraees dengan kuat. Terkedu Haraees! Dia harus buat apa cuba? Ini pertama kali dia berhadapan dengan situasi macam ni!

“Raees!!!”

Blushhh!!!

Haraees pantas berdiri tegak. Wajah pucat lesi! Air membuak keluar dari celah paha Lana. Habis basah gaun mengandung yang dipakai hingga tumpah membasahi lantai dan sofa.

“Lanaaa!!! Baby!!! Dah keluar ke?” Panik, Haraees terus naikkan gaun Lana paras paha. Kot-kot ada kepala baby di celah kelangkang Lana macam yang dilihat dalam dokumentasi wanita bersalin.

Ya! Semenjak dua menjak ni Haraees rajin betul menonton dokumentasi tentang wanita bersalin. Semua kerana Lisa Alana! Tujuan cuma satu, bila tiba saat-saat genting macam ni, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang harus dia lakukan.

Baru kepala mahu diturunkan untuk mengintai di celah kelangkang Lana, tiba-tiba kepala Haraees ditarik kuat oleh seseorang dari arah belakang. Ternaik tinggi kepala dengan wajah menengadah ke langit.

“Buat apa pakcik? Tak baik! Dosa!” Cis, bedebah! Terbiut bibir Haraees menahan sebal. Fiona mendecit sambil menggeleng-geleng kepala.

“Aku cuma nak periksa bodoh! Aku panik gila nampak air membuak-buak keluar!” Bela Haraees dalam gelabah. Nampak benar kepanikan Haraees di situ. Lelaki yang selalu tampil tenang dan rileks, kini bergerak mundar mandir di hadapan mereka, sambil meraup wajah pucat lesinya.

“Itu air ketuban pecah. Lana memang dah nak bersalin. Jom ke hospital.” Seraya berkata, Fiona membantu Lana untuk bangun dari sofa.

Haraees menyambar beg berisi kelengkapan bayi yang dihulur oleh Fiona. Setelah beg tersebut disandang di bahu, dia turut merapat dan membantu Lana. Mereka berdua memapah Lana yang sedang menahan tangisan menuju ke kereta.

“Arghhh…” Lana memusing tubuh ke kiri ke kanan bila rasa sakit datang menyerang. Semakin lama semakin cepat sakit itu menyerang. Saat itu, dia benar-benar rasa seperti nyawa berada di hujung tanduk. Belakang pinggang macam digerudi! Hampir tidak mampu bertahan, dia menangis teresak-esak dalam pelukan Fiona.

“Ya Allah sakit sangat Fiona… aku dah tak tahan!” Lana meraung. Sekejap-sekejap terhenti kerana badan tiba-tiba mengeras bila sakit itu kembali datang.

“Tahan sikit je lagi Lana. Kita dah nak sampai dah ni…” Fiona ikut menggelabah melihat keadaan Lana. Situasi macam ni biasa je buat seorang Fiona, tapi bila bersama orang yang paling rapat, macam dia pula terikut merasa sakit. Bila Lana mengerang sambil mengeraskan badan, Fiona ikut mengeraskan badan!

“Sakitnya ya Allah!” Sampai menggeletar tubuh Lana menahan sakit. Fiona terus mengurut-urut belakang Lana.

“Pakcik! Cepat sikit boleh tak? Lana dah tak tahan ni!” Haraees tempat Fiona lepaskan semua perasaan yang bercampur baur ketika itu. Mujur tepat pada waktu itu, kereta Haraees sudah memasuki perkarangan hospital.

“Kita dah sampai dah.” Beritahu Haraees ketika kereta berhenti di hadapan pintu kecemasan.

Selepas hand brake ditarik, Haraees buru-buru keluar dan membantu Fiona memapah Lana yang sudah hampir tidak mampu berdiri.

“Aduh!!!” Lana hampir duduk di atas lantai bila sakit semakin kerap. Sakit yang bukan alang-alang. Sampai seluruh tubuh mengeras!

Seorang jururawat datang membawa kerusi roda dan mengarahkan Lana duduk. Kemudian dia dibawa menuju ke bilik bersalin. Sepanjang perjalanan, Lana menjerit-jerit. Dia sudah tidak peduli tangan siapa yang dipicit malah digigit bila rasa sakit itu menyerang.

“Arghhh!!! Sakit!!! Mak…bapak! Tolong Lana!!!” Sudah sampai level meraung-raung!

“Ryu Rozzan! Kau memang setan!!!” Ah sudah!

Fiona dan Haraees terus berbalas pandangan.

“Ni semua pasal kau! Arghhh!!!”

“Sabar Lana. Kau kena simpan tenaga untuk keluarkan baby nanti. Ingat tak latihan pernafasan yang kita praktis hari tu? Tarik…hembus…ta…”

“Tarik hembus kepala hotak kau Raees! Tak hilang sakit!!! Argh!!!” Haraees yang cuba memujuk terus terkedu diteriak oleh Lana. Ganas betul! Lengan dia habis dikerjakan, penuh calar balar dan luka bercop gigi Lana. Terpaksa tahan hati!

“Encik dan cik boleh tunggu di luar dulu ya. Lepas pemeriksaan, kita akan panggil suami puan ni atau siapa yang didaftarkan untuk menemani puan ni bersalin nanti.” Fiona dan Haraees menganguk.

Lana dibawa masuk ke dewan bersalin dan di tempatkan dalam sebuah bilik. Seorang doktor wanita diiringi oleh jururawat yang membawa Lana tadi masuk. Doktor tersebut mulai memeriksa Lana.

“Bukaan rahim, 2 cm…” Doktor itu bersuara lantang usai membuat pemeriksaan.

“Belum waktunya baby nak keluar. Puan berehatlah ya. Kalau ada apa-apa puan boleh tekan lonceng dekat atas katil tu.”

Lana yang sedang mengerang kesakitan terkejut mendengarnya. What? Begini punya sakit doktor kata baby belum nak keluar? Nak dia sakit hampir mampus ke baru baby keluar? Waaa…tak sanggup nak tunggu lebih lama! Sakit sekarang ni pun hampir tak tertanggung!

“Saya nak keluarkan baby sekarang doktor! Tolong, saya dah tak tahan!” Lana terus merayu sambil menangis-nangis. Doktor wanita itu hanya tersenyum, menepuk bahu Lana dengan lembut sebelum berlalu keluar.

Makin deras air mata Lana jatuh bergolek ke pipi. Bila sakit menyerang, Lana bergolek ke kiri dan ke kanan. Tak tahan, sampai menonggeng Lana sambil teriak-teriak.

“Where are you? I need you…”

Dalam esakan, isi hati terluah tanpa sengaja. Jauh di sudut hati yang paling dalam, begitu mengharap tangan yang sentiasa hangat itu membelai dan mengurut belakangnya ketika sakit menyerang. Memeluk tubuhnya, menyalurkan kehangatan dan kekuatan supaya dia kuat menghadapi saat itu.

Suara gemersik yang selalu membuat hati bergetar itu, menjadi sebuah melodi yang menenangkan jiwa. Tatapan hangat penuh kasih sayang dari sepasang iris coklat hazelnut yang selalu buat dia tertewas menjadi tunggak kekuatan dia ketika itu! Bertapa saat itu dia benar-benar berharap lelaki itu ada di sisi.

Dia rindu! Terlalu rindu!

Air mata yang mengalir kini bukan sahaja kerana kesakitan yang dia rasai, tetapi juga rasa sebak, rasa rindu…semuanya sudah teraduk menjadi satu! Tangisan bertukar menjadi lolongan.

“Sakitnya…” Lana pusing ke kiri dan ke kanan semula. Jururawat tadi masuk dan memeriksa Lana sekali lagi.

“Kita akan bagi ubat penahan sakit ya. Masih jauh lagi bukaan puan ni, lebih baik puan berehat dulu.” Lana kemudian disuntik di pangkal lengan.

Sakitnya masih terasa, tetapi tidaklah sesakit tadi. Lana kembali tenang. Baru terasa bertapa penatnya dia saat itu. Perlahan, mata mulai tertutup rapat. Entah berapa lama dia tertidur. Tersedar bila kesan ubat mulai berkurangan, Lana mulai berpusing sekejap ke kiri dan sekejap lagi ke kanan.

“Aduh…sakit…” Dia mulai mengerang lagi. Air mata yang dah lama kering mulai mengenangi mata.

Tiba-tiba ada tangan menjalar naik, mengurut belakang Lana dengan lembut. Lana yang masih menutup mata membuang nafas lega. Thank god kali ini dia tidak bersendirian. Tak kisahlah siapa, kalau bukan Haraees pasti Fiona yang masuk menemani.

“Kuat sikit please. Sakit sangat.” Lana mengeluh perlahan. Belakangnya terus diurut. Selesa sungguh rasanya. Bayangkan kena urut dari bahu turun ke pinggang seperti tukang urut profesional. Bahagia sungguh rasanya.

Sekali sekala, perut Lana yang sekejap mengeras sekejap bergerak itu dibelai perlahan oleh tangan sasa itu. Lana menarik nafas dan membuang nafas perlahan-lahan. Sejak bila Haraees pandai mengurut hah? Asal dia tak tahu? Lelaki itu benar-benar mengejutkan Lana sebenarnya. Sejak dia mengandung, banyak benda baru Haraees belajar malah Haraees yang banyak mengajar Lana sepanjang tempoh mengandung.

“Thank you…” Jemari Haraees di atas perut bulat Lana digenggam erat. Hanya sebaris ayat itu yang Lana mampu katakan, malah seringkali diulang-ulang buat Haraees dan Fiona.

“Thank you for always be there for me, lend me a shoulder to cry on, and most important… be my saviour. I’m sorry I didn’t give you the answer back then.” Lana diam sebentar, menarik nafas dalam-dalam lalu menghelanya perlahan.

Peristiwa itu terimbas kembali di layar minda. Ketika Lana dan Haraees berada di dalam perut pesawat. Haraees meluahkan isi hati pada Lana.

“I can be the man who will love you endlessly, unconditionally if you let me in.”

Kata-kata Haraees itu masih segar dalam ingatan Lana. Malangnya, Lana hanya diam membisu ketika itu. Why? Kerana cintanya pada Ryu Rozzan terlalu utuh. Yakin benar dia ketika itu yang Ryu juga mencintai dia, sebanyak cintanya pada lelaki itu walaupun dalam keadaan Ryu yang langsung tak ingat apa-apa tentang dia.

Begitu yakin yang Ryu akan datang mencarinya sebaik sahaja Ryu baca surat yang ditulisnya. Dia tahu Haraees kecewa bila dia hanya mendiamkan diri, semua terpancar jelas di kornea mata beriris coklat jernih itu.

Mujurlah Haraees Reza tidak cepat melatah, masih sudi menemani dia sehingga ke waktu sulit sebegini. Mungkin sudah masanya Lana melepaskan semua tentang Ryu Rozzan dan membuka buku baru dalam hidupnya.

Budi Haraees sudah terlalu banyak ditaburkan pada Lana. Haraees lelaki one in a million yang begitu jelas menunjukkan sifat lelaki idaman juga bapa mithali. Terlalu menjaga Lana kerana risaukan bayi yang dikandungnya. Haraees dan Fiona, keduanya benar-benar telah jatuh sayang pada bayi Lana.

Dia tak perlukan cinta untuk bahagia. Cukuplah jika dia punya seorang teman seumur hidup yang begitu mengambil berat tentang diri, tentang perasaan serta anaknya. Itu sudah cukup! Dua kali mencintai sepenuh hati, dua kali juga kecundang! Apa guna bercinta kalau pengakhirannya begitu menyeksakan bukan?

“I will give you my answer now if it is still valid.” Lana berhenti lagi, cuba mengumpul kekuatan. Terasa jemarinya diramas lalu digenggam erat.

“You asked me if I could let you in, and my answer is yes. You always have a place in my heart even I’m not sure if it is love or not, but I think I always need you Haraees Reza.”

Sunyi sepi! Mengapa? Adakah Haraees sedang memikirkan respon yang harus diberi? Lana gigit bibir bawah. Entah mengapa, tiba-tiba dia rasa rentak urutan Haraees di belakangnya mulai berubah. Dari lembut teratur, mulai jadi kucar kacir dan sangat kasar.

“Aduh!” Lana terpekik bila terasa kulit belakangnya bagai dipulas-pulas! Sentuhan lemah lembut penuh kasih sayang yang dia rasakan tadi tiba-tiba sirna!

Haraees ni dah gila ke apa hah?!

Ada perasan sesuatu ndak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience