Merasakan diri mulai dikasari, Lana yang sedang membelakangi Haraees terus memusingkan badan. Susah payah dia buat dengan perut memboyot dan sakit yang menyengat. Sebaik saja empat pasang mata itu bertaut, Lana terus terkedu. Jatuh teruk rahang!
“That would never happen!” Kasar dan keras amaran diberi. Wajah yang terukir sempurna itu sudah kelihatan seperti sang dewa jahat pencabut nyawa.
Lana terus merenung wajah yang sudah seperti mahu menelannya hidup-hidup itu. Beberapa kali mengerdipkan mata. Masih kurang yakin, digosok-gosok mata. Tak cukup, pipi ditampar-tampar manja. Mimpi lagi ke? Lelaki itu… macamana boleh tiba-tiba muncul di situ?
“Kau…macamana…”
“Let him in? Are you kidding me?”
Lana betul-betul mati kata. Lidah seolah terkena bius, kebas tak mampu digerakkan! Hanya mampu mengerdipkan mata, buat-buat wajah cute depan lelaki yang sedang mencuka dengan bola mata dipenuhi percikan api kemarahan. Kesakitan yang dia rasakan hilang sekejap gara-gara terkejut.
“Lisa Alana…I forbidden you to…”
“Arghhh!!!” Lengan sasa itu terus dipicit bila sakit mulai menyerang lagi. Sakit yang membuatkan tubuh Lana mengejang hingga merengkok tubuh menahan sakit.
“Lana!” Suara dingin sebentar tadi hilang entah ke mana. Kini hanya kedengaran penuh panik dan cemas.
“Saaakit!!!” Kesakitan sudah mencapai level 10. Lana bingkas duduk. Tidak tahan, hampir mahu melompat turun dari katil. Dalam otaknya saat itu hanya mahu mengeluarkan bayi supaya kesakitan yang semakin tidak tertanggung akan lesap.
“Ya Allah Lana! Bayi!” Mujurlah ada lelaki itu di sisi. Tidak sempat terjun dari katil, badannya dipeluk erat. Seolah lelaki itu dapat membaca apa yang ada dalam fikiran.
“Panggil doktor sekarang! Aku dah tak tahan. Tolong! Suruh mereka keluarkan bayi aku sekarang!” Lana menjerit-jerit diiringi air mata.
Pelukan perlahan dilepaskan. Wajah Lana ditenung seketika. Tidak yakin mahu tinggalkan Lana seorang diri walaupun hanya sekejap. Punat kecemasan segera ditekan.
Buk!
“Aduh!”
“Ini semua salah kau! Argh!” Sakit-sakit pun, masih sempat menghayunkan buku lima tepat ke wajah tampan itu. Terjerit lelaki itu akibat terkejut dan menahan sakit.
“Apa salahku?” Ada nada merajuk di situ.
“Kalau bukan pasal kau, aku takkan rasa sakit macam ni! Aduhhh…” Rasa macam nak tercabut isi bila lengan dipicit dan dipulas oleh Lana. Berkerut-kerut wajah tampan itu menahan sakit.
“Sabar Lana, bayi nak keluar. Memang sakit. Kalau rasa sakit tu boleh dipindahkan, aku rela tanggung semua kesakitan tu. Tapi tak. Itulah kelebihan wanita. Kelebihan yang buat aku sangat kagum. Bertarung nyawa demi sebuah nyawa. Aku akan bersama kau hingga perjuangan kau selesai sayang. Aku takkan tinggalkan kau lagi. Aku dah benar-benar terlanjur sayang pada kau. I want you back! Seperti yang kau pinta dalam surat cinta kau pada aku, now I’m here. I take you back as my wife Lisa Alana.”
Pandainya seketul Ryu Rozzan! Saat-saat macam ni, di mana dia tahu Lana takkan mampu membidas, dia guna kuasa vetonya atas hak mutlak seorang suami.
“Sakit! Tolong aku Ryu Rozzan huhu…” Mengongoi-ngongoi, hampir ke arah meraung kalau saja kepala tak ditarik oleh Ryu dan dibenamkan ke dada sasa itu.
“I know…maafkan aku sayang, tolong bertahan sekejap, little us dah tak sabar tengok mama dan papa dia tu.” Urutan di belakang dah tak memberi kesan. Lana teresak-esak, sudah kelihatan terlalu penat menahan kesakitan.
“Puan, okay lagi tak? Sila baring dulu ya. Kita periksa bukaan rahim dulu.” Doktor wanita yang memeriksa Lana awal tadi muncul semula sambil menyarungkan sarung tangan getah.
Mereka berada di salah sebuah hospital milik keluarga besar Haraees Reza. Walaupun jauh dari bumi kelahiran, kebanyakan staff adalah dari Asia terutama Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia. Jadi, bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi staff-staff di dalam hospital tersebut. Terasa seperti berada di tempat sendiri walaupun kenyataannya mereka berada beribu kilometer jauhnya, terpisah oleh benua dan lautan.
Selepas mendengar arahan doktor, Ryu dan seorang jururawat membantu Lana untuk berbaring semula di atas tilam.
“Hm…8cm dah, boleh dah push untuk keluarkan bayi.”
Lana angkat kepala, mahu memandang wajah doktor itu.
“Maksud doktor, saya dah boleh keluarkan bayi?”
“Yup mama! Jom keluarkan bayi.”
Lana dan Ryu berbalas pandangan. Doktor wanita itu tersenyum. Ryu ditatap sebentar.
“Suami puan kan? Ada ikut kelas ibu mengandung kan?” Ryu senyum senget, tidak tahu harus jawab apa.
Lana jeling. Selama ini kalau bukan Fiona, Haraees yang selalu temankan dia. Tak berani nak membayangkan bagaimana Ryu menghadapi saat-saat itu. Ryu telan air liur perit sambil memerhati jururawat membantu memperbetulkan kedudukan Lana.
“Baik, posisi puan dah betul. Sekarang, saya nak puan tunggu hingga rasa betul-betul sakit baru puan teran. Sedia?”
“Sakittt!!!”
“Teran puan.”
“Arghhh!!!”
Jemari Lana digenggam erat oleh Ryu Rozzan.
“Sikit lagi puan, saya dah nampak kepala bayi.”
“Tak, saya dah tak larat…” Jawab Lana hampir berputus asa.
“Sikit lagi sayang. Baby dah hampir nak keluar tu. Dia dah tak sabar nak lihat wajah cantik mama dia ni.” Lana jeling Ryu Rozzan. Nak pujuk ke nak menyindir tu? Lana sedar diri, tahu bagaimana keadaan dia sekarang. Agaknya nenek kebayan pun boleh pengsan akibat terkejut kalau lalu depan dia sekarang.
“Sikit lagi mama… teran!”
Lana menarik nafas dalam-dalam. Ryu mengenggam kedua belah jari jemari Lana, berharap agar wanita yang dicintai itu terus punya kekuatan untuk mengeluarkan bayi mereka.
“Come on sayang! You can do it.” Menggigil tubuh sasa itu bila dengar Lana menjerit nyaring. Air mata ikut mengalir melihat air mata Lisa Alana.
Ya, air mata jantannya jatuh melihat wanita yang dicintai menanggung kesakitan di depan mata. Tak kisah jika dilemparkan pandangan mengejek dari doktor mahupun jururawat yang berada di situ. Dia percaya, siapapun yang berada di tempatnya sekarang juga pasti akan mengalirkan air mata.
“Come here daddy. Nak sambut baby tak?” Tersentak Ryu Rozzan bila dipanggil oleh doktor wanita itu.
“Cepat sikit, dah keluar dah ni.” Ryu bingkas bangun lalu bergerak menghampiri doktor dan jururawat. Begitu gagah perkasa pergerakannya. Begitu yakin dan penuh berani langkah dibuka. Macam seorang pahlawan yang mahu turun ke medan peperangan lagaknya.
“Dah sedia?” Pertanyaan doktor itu dibalas dengan anggukan penuh keyakinan.
“Push mama!” Sekali lagi nafas ditarik dalam-dalam, ditahan lalu meneran dengan sisa-sisa tenaga yang masih ada.
Bushhh!
Terasa cecair berbau hanyir darah mengalir deras keluar dari celah kelangkang.
“Ya Allah!” Terdengar jeritan panik Ryu Rozzan.
“Waktu kelahiran, tiga suku petang. Bayi lelaki.” Seraya berkata, bergema tangisan kecil yang membuatkan semua yang berada di situ tersenyum lega. Kecuali seseorang.
Ketika bayi sedang dibersihkan oleh jururawat dan Lana masih dipantau selepas melahirkan dan tembuni dikeluarkan, Ryu Rozzan mendekati Lana dengan wajah pucat lesi.
“Lisa Alana…this is your first and last! Jangan minta aku anak lagi.” Menggigil tangan Ryu ketika menggengam jemari Lana.
Lana menatap Ryu buat seketika. Tidak tahu mahu gelak ke mahu marah. Rasa kasihan pun ada melihat keadaan Ryu sekarang. Takkan baru sekali dah trauma? Sia-sia jadi lelaki sasa dan macho!
“Masih ada darah tersisa ke dalam tubuh kau? Penuh darah kau atas tilam dan lantai tu Lana.” Usai berkata dalam keadaan tergagap-gagap, Ryu terus mencekup mulut dengan tangan.
Tiba-tiba Ryu pusing ke belakang, membongkok lalu termuntah-muntah.
“Your baby boy is now ready to meet his mommy.” Jururawat datang sambil mendukung seorang bayi yang dibungkus kemas dengan tuala bayi.
“Boleh mula latih bayi ni untuk minum susu ibu ya. Jangan risau kalau air susu belum ada, lama-kelamaan akan mulai beransur banyak juga. Puan kena sabar tau.” Lana menyambut bayinya sambil mengangguk.
Dia sememangnya sudah terlatih kerana sepanjang tempoh mengandung, Fiona yang paling rajin mendaftarkan dia ke kelas ibu mengandung. Ketika sedang menyusukan bayi yang kelihatan sangat kelaparan itu, Ryu datang mendekati dengan wajah serabai dan kulit seperti barusan dihirup hingga kering kontang darah dalam badan oleh drakula.
“Lana…aku nak keluar sekejap boleh? Aku tak boleh nak tengok darah yang banyak tu.” Tersekat-sekat suara di kerongkong menahan rasa loya.
“Pergilah.” Jawab Lana pendek. Bola mata hanya sekejap bertaut dengan Ryu, kemudian dijatuhkan ke riba menatap si kecil yang tengah rakus menarik air susu masuk ke dalam mulut mungil itu.
Ryu turut menjatuhkan bola mata. Tadi dia sendiri yang menyambut bayi itu keluar, namun wajah bayi tersebut kurang jelas kerana diselaputi lendir dan darah. Ryu merapatkan wajah untuk melihat dengan lebih dekat.
Kini baru dia lihat dengan jelas seraut wajah kecil yang berkulit putih bersih itu. Ada iras Lana, cuma wajah kecil itu lebih menyerupai Adib, adik lelaki Lana. Dahi sedikit berkerut. Asal takde muka dia langsung hah? Adakah kerana bayi itu diproses di kampung halaman Lana? Haip!
Kerana rasa lenguh di belakang, Lana cuba mengesot sedikit ke belakang, mahu menyandarkan tubuh di kepala katil. Akibat pergerakan kecil itu, terasa darah yang banyak merembes keluar dari celah kelangkang. Terkejut Lana! Kain yang menutupi kaki mulai basah semula padahal baru saja digantikan oleh jururawat tadi.
Terbeliak mata Ryu Rozzan melihat. Laju tangan menyentuh hujung kain lalu diselak ke atas. Kepala tunduk mahu mengintai.
“Lana! Ada bayi lagi nak keluar ke?” Terbatuk terus Lana mendengarnya. Tekanan kecil akibat batuk membuat darah memancit keluar sekali lagi. Nampaknya pad wanita yang dipakai tidak mampu menampung darah yang keluar dengan banyaknya itu.
Melihat darah semakin banyak, Ryu terus termuntah-muntah sekali lagi.
“Aku keluar cari doktor. Kalau ada apa-apa kau tekan button merah tu, faham tak ni?” Sempat memberi arahan sebelum memusing badan dan terhuyung hayang melangkah menuju ke pintu.
“Ya Allah, Ryu Rozzan!”
Buk!
Ryu Rozzan rebah di muka pintu. Pengsan!
* * * * * * *
“Sir, we’ve arrived at our destination.”
Terpisat-pisat! Menggeliat sekejap lalu mata digosok perlahan. Sempat lagi bola mata bergolek memerhati keadaan sekeliling.
“Destination? Where exactly?” Masih mamai dan bingung-bingung!
“Sydney, Australia.”
Terkedu sekejap! Mimpi ke? Mengapa terlalu real mimpi itu? Bingkas berdiri, menarik bagasi dari compartment lalu bergegas turun dari perut kapal. Dia tahu destinasi yang bakal dituju, mata-mata yang diupah untuk mengekori lelaki itu telah menghantar semua detail kepadanya.
“Where is my car?” Sebaik sahaja keluar dari perut kapal, nombor seseorang terus didail.
“I’m outside waiting for you sir!” Langkah terus dipercepatkan sebaik sahaja panggilan ditamatkan.
Setelah mendapatkan kereta, dia terus memandu menuju ke destinasi. Mencari parking berdekatan dengan dewan bersalin lalu bergegas keluar untuk mencari kelibat seseorang.
Ketika memasuki dewan bersalin, dua manusia yang sangat dicam itu kelihatan sedang berdiri di hadapan pintu masuk bilik bersalin. Keduanya kelihatan begitu resah dan tidak keruan. Dia hampir berlari anak menghampiri.
“Haraees Reza!” Pekiknya agak kuat. Sedar dia berada di kawasan larangan membuat bising, tapi dia sudah tidak mampu mengawal emosi.
Terkejut, kedua-dua figura itu terus menoleh ke arahnya.
“R...Ryu!” Terjerit kecil Haraees Reza. Memandang Ryu Rozzan yang semakin menghampiri dengan riak wajah tidak percaya. Bagaimana lelaki itu boleh tahu dengan begitu cepat? Tak guna! Pasti dia diekori tanpa sedar. Hati kecil Haraees terus menyumpah sebal.
“Why are you here Ryu Rozzan?” Dingin nada suara terlontar, sama dingin dengan renungan yang dilemparkan.
“To teach you a lesson dammit!” Tendangan sulung Ryu Rozzan tepat menusuk ke tulang rusuk Haraees Reza. Haraees jatuh terduduk di atas lantai.
“What the hell Ryu Rozzan?! Agak-agaklah kalau nak bergaduh, this is the hospital and Lana is still inside risking her own life so that you can be called daddy bodoh!!!”
Ryu Rozzan tercengang. Langkah kaki terus terhenti, tidak jadi mahu menyerang Haraees Reza.
“Let me in!” Ryu terus berlari anak menuju ke pintu. Fiona mara, cuba menghalang dengan mendepakan kedua belah lengan di hadapan Ryu Rozzan.
Terketap rahang Ryu. Marah-marah pun, tak sampai hati juga dilanggar minah seorang yang berlagak macam kuat je tu.
“Ke tepi Fiona! Aku langgar kau kang!” Ugut Ryu dengan wajah bengang.
Fiona tergelak sinis, sengaja mahu mencabar.
“Cuba buat kalau berani Ryu Rozzan! Aku takkan benarkan kau jumpa Lana!” Fiona tetap berkeras, tidak mahu berganjak dari situ.
Di mata Ryu, Fiona sudah semakin kecil dilihat. Pandangan yang dilemparkan seperti seekor serigala yang mahu membaham mangsa.
“Ketepi Fiona!”
“Kau hanya dibenarkan berjumpa dengan anak kau Ryu! Lisa Alana dah berputus asa pada kau. Dia akan berkahwin dengan Raees selepas habis berpantang nanti!”
Terasa luruh hati mendengarnya. Bola mata mencerlung ke arah Haraees Reza. Tak guna! Dia sepatutnya alert dari awal niat jahat Haraees mahu merampas Lisa Alana darinya.
Haraees tersenyum nipis. Perlahan, dia bangun sambil menepuk punggung.
“I think…I can be a better husband for her Ryu Rozzan.” Haraees mencelah sambil pamer wajah penuh konfiden.
Ryu menggeleng. Selagi dia masih bernafas, takkan ada manusia yang boleh merampas Lisa Alana darinya. Takkan dia biarkan! Dia lebih rela kehilangan nyawa dari melihat Lisa Alana jatuh ke tangan lelaki lain.
“Aku akan ambil semula isteri aku Haraees Reza! Aku kembalikan isteri aku Lisa Alana ke alam perkahwinan aku!!!”
Haraees Reza mencengkam bahu Ryu Rozzan.
“Tak guna!!!” Tumbukan deras Haraees hampir meremukkan hidung mancung Ryu Rozzan.
“Kau tak layak untuk Lana Ryu Rozzan! Saat dia memerlukan kau, kau di mana? Berpeleseran dengan perempuan-perempuan gedik di luar sana! Aku yang sentiasa di sisi Lana! Sekarang, kau muncul dan sibuk nak rujuk balik? Kau tak fikir perasaan Lana ke? Ada kau tanya dia samada dia masih mahu bersama kau ataupun tidak? Don’t be a selfish jerk Ryu!”
Remuk hati Ryu mendengar kata-kata Haraees. Wajah ke bawah menekur hujung kasut. Jemari terkepal erat. Nafas naik turun dengan tidak teratur. Cuba bertenang dan mengawal kemarahan. Tapi manakan bisa dia lakukan di saat-saat macam ini!
“Siapa yang buatkan aku jadi lelaki dayus Haraees Reza? It’s you dammit!!! Kau tahu semuanya. Kau sembunyikan Lana dari aku, tak bagitahu aku langsung tentang surat itu. Kau biarkan aku terkapar-kapar seorang diri mencari Lana! Siapa lebih kejam Raees? Kau tahu aku sayang gila pada Lana tapi kau tikam aku dari belakang. Kau, sahabat yang paling aku percayai! Kau khianati aku Haraees Reza!” Ada getar sayu di penghujung kata. Ya, Ryu benar-benar tidak menyangka bahawa Haraees Rezalah yang bertanggungjawab atas kesengsaraannya selama beberapa bulan itu.
Bukan tidak pernah dicari, malah dirayu pada lelaki itu supaya memberitahunya keberadaan Lana. Namun Haraees tetap membatu dan buat tak tahu. Hanya selepas Lana hampir bersalin, baru Haraees buka mulut tentang surat tersebut. Itupun bukan secara terang-terangan. Apakah maksud? Bukankah memang sengaja berniat mahu pisahkan dia dari Lana?
Hancur remuk hati saat itu. Hingga menitis air mata jantan Ryu Rozzan. Haraees mengukir senyum sinis.
“Aku cuma mahu melindungi Lana Ryu. Kau dah banyak buat dia menderita. Katalah aku lelaki kejam, katalah aku tikam kawan baik aku sendiri. But what I did is not wrong. Aku cuma lakukan yang terbaik untuk Lana. Maafkan aku. Lana dah bersetuju mahu berkahwin dengan aku selepas habis tempoh berpantang.”
“Aku tak percaya! Aku nak jumpa Lana!”
“Tak perlu kot! Dia takkan jumpa kau Ryu Rozzan. Aku baru lepas berjumpanya tadi. Ketika dia mengadu sakit, aku urutkan belakangnya. Masa itulah dia meluah pada aku. Dia jawab pertanyaan aku suatu ketika dahulu. Dia mahu dan bersetuju untuk hidup bersama aku Ryu.”
“Tak mungkin!” Ryu mengesat air mata yang mengaburi pandangan. Sakitnya ya Allah!
Hampir tidak mampu melangkah, Ryu tunduk memegang kepala lutut. Teresak-esak menangis tanpa mempedulikan sekeliling.
“Tak mungkin Lana. Adakah ini pengakhiran kisah kita? Aku tak rela sayang.” Ryu terus bermonolog!
“Excuse me, is Lisa Alana’s husband around? Please come inside now!”
Ryu Rozzan mendongak. Bertaut pandangan dengan Haraees Reza. Berapi-api bola mata keduanya!
Ada yang perasan tak? hihi...
Share this novel
jahat gak harrees bawa lari bini orang waktu suaminya hilang ingatan..