EPILOG (ii)

Humor Completed 411630

Ketika mata terkuak, tilam di sebelah kosong tidak berpenghuni. Lana bingkas duduk lalu memandang sekeliling. Awal pagi dah hilang, ke mana? Bingkas dia bangun lalu membersihkan diri. Bergegas keluar mencari.

Dari ruang tamu sampai ke halaman rumah, seorang pun tidak dia temui. Akhirnya dia menapak ke dapur bila dengar bunyi pinggan dibasuh.

“Mak! Mana semua orang?” Emak berpaling sekejap kemudian meneruskan kerjanya.

“Mancing di sungai.”

“Ryu bawak Ayash sekali ke?”

“Ha’ah…budak tu nangis-nangis nak ikut.” Lana ketap rahang, sampai berbunyi gigi geraham menahan geram.

“Dengan bapak dan adik?”

“Bapak kaulah kepala Lana. Yang lain tu ikut je.”

“Mak...jenuh Lana rendam berus rendam berus pakaian Ayash kemarin gara-gara bapak bawa ke bendang. Grrr! Ryu ni pun satu, tau mak bapak dia nak datang hari ni asal nak juga bawa Ayash ikut bapak? Kalau reti jaga takpelah jugak. Hishhh… mak tahu kan mulut mak mentua Lana tu macamana? Teruk Lana dikutuk nanti kalau nampak Ayash bergelumang dengan lumpur.” Emak hanya tergelak mendengar rungutan Lana.

“Bagi mak, bapak kau tu lebih menggerunkan Lana oiii! Arahan dia tiada siapa berani kata tidak. Biarkan jela Ayash tu, dah namanya budak.”

Lana menggerutu dalam hati. Rasa geramnya pada Ryu Rozzan menebal di dada. Sambil menolong emak menyiapkan juadah untuk tetamu yang tak diundang kelak, hati terusan memarahi Ryu. Siaplah kau malam ni Ryu Rozzan. Dia sudah punya plan cantik! Kehadiran mentuanya pasti akan memudahkan dia menjalankan plan liciknya.

Lelaki itu perlu diajar sekali sekala. Ryu memang sengaja nak elak bertemu dengan mummy dia tu kan? Tengoklah perangai buruk Ryu, awal-awal dah cabut bersama anak dia tu. Tinggalkan Lana dan emak melayan wanita cerewet tu nanti. Benci betul!

Hampir menjelang tengah hari, mereka berdua akhirnya selesai menyiapkan beberapa jenis masakan untuk dijamu pada tetamu. Lana terus masuk ke dalam bilik, membersihkan diri dan berpakaian kemas. Begitu juga dengan emak.

Ketika keluar dari bilik, sebuah kereta besar memasuki perkarangan rumah. Dah boleh agak dah siapa yang datang. Ironinya, hanya mereka berdua di situ. Yang benar-benar mahu dilihat oleh si tetamu sampai sekarang tak muncul-muncul.

Mendengar salam diberi, emak cepat-cepat menyahut lalu membuka pintu. Di bawah tangga, terpacak Tan Sri Danial dan Puan Sri Helena dengan tangan penuh menjinjing bakul kertas. Lana cepat-cepat membantu mak bila semua bakul tersebut dihulurkan kepada mak.

“Eh banyak sangat ni, buat susah je.” Kata mak merendah diri.

“Tak susah mana, maknya Lana.” Tan Sri menjawab sambil bola mata meliar memerhati sekeliling.

“Jemputlah masuk.” Pelawa mak dengan ramah.

“Cucu mummy mana Lana? Sunyi je rumah ni.” Puan Sri terus bertanya sebaik sahaja melabuhkan punggung di ruang tamu.

Lana yang sedang menghidangkan air terus telan segumpal air liur.

“Ada mummy, kejap lagi baliklah tu. Dia ikut Ryu meneroka kampung.” Emak terus jeling Lana.

“Lama lagi ke? Mummy dah rindu sangat dah ni.” Kepala Puan Sri ternaik, menjengah ke luar.

Belum sempat dijawab, kedengaran bunyi motor buruk macam ekzos nak terbelah empat itu menghampiri. Jantung Lana mulai berdegup kencang. Tak sanggup membayangkan keadaan Ayash. Boleh pengsan mak Ryu kalau Ayash muncul seperti kemarin, penuh lumpur!

“Mummy! Mummy!!! Yayash dapat ikan besar!!!”

Ayash yang sudah hampir mencecah umur empat tahun itu muncul di muka pintu sambil menjinjing seekor ikan sebesar tiga jari.

“Ya Allah cucu nenek!” Puan Sri terjerit sambil pegang dada.

Lana tunduk. Dah agak dah! Ryu Rozzan dan bapak memang sekepala! Seperti kemarin, hanya bola mata Ayash sahaja kelihatan putih, dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya berwarna coklat lumpur.

“Nenek? Yeayyy! Nenek dan atuk dah datang!” Ayash terus berlari, mahu memeluk Puan Sri.

“Ayash! Yayashhh!” Nak menghalang, tak sampai hatilah pulak. Berkerut seribu wajah Puan Sri bila dipeluk oleh Ayash bersama ikan sungai di tangan. Semua kotoran dan bau hanyir ikan terus melekat di pakaian mahal Puan Sri.

“Yayash, nenek mandikan nak?” Laju kepala Ayash terangguk.

Lana dan emak berbalas pandangan. Baik hati pulak Puan Sri. Yela, cucu kesayangan. Nak marah pun tak sanggup kot!

Lana jeling Ryu Rozzan yang tersengih-sengih macam kerang busuk. Ryu semakin melebarkan sengihan bila bola mata mereka bertaut. Langsung takde rasa bersalah!

“Abang mandi dulu sayang.” Sempat kenyit mata sebelum berlalu. Nyampah!

Mereka berkumpul semula di ruang makan. Semuanya duduk bersimpuh di atas tikar mengkuang. Puan Sri Helena, yang selama ini terkenal dengan sikap berlagaknya kelihatan tak kekok langsung.

Ianya bukan perkara baru bagi Puan Sri, beberapa tahun tinggal di Indonesia, dia telah belajar hidup sederhana. Kena kerja keras mencari duit. Wanita-wanita di situ menghasilkan barangan kraftangan seperti beg, dompet, pasu dan bakul dari rotan, kertas dan plastik untuk dijual.

Mula-mula dihantar ke situ, saban waktu dia menangis. Lama-kelamaan, dia mulai menyesuaikan diri dan akhirnya, kehidupan mewah sebelum ini hampir dilupakan.

“Masak apa sayang? Nak abang tolong?” Ryu muncul di dapur lantas memeluk Lana dari belakang. Sempat dijamah kedua belah pipi Lana dengan bibirnya. Nak memujuklah katakan.

“Dah siap dah, tolong angkat je.” Dingin!

“Boleh…boleh. Tolong angkat sayang pun boleh!” Lana terus berlalu tanpa mempedulikan Ryu. Garu kepala seketul Ryu Rozzan!

“Wahhh…dah lama tak makan masakan Lana tau.” Bersinar bola mata Tan Sri melihat lauk pauk yang tersusun kemas di tengah-tengah mereka.

“Pehal nasi ni warna warni maknya?” Tanya bapak sambil merenung hairan nasi di pinggannya.

“Tu namanya nasi pelangi bapaknya. Lana masak khas untuk Puan Sri, katanya dulu Puan Sri pernah minta Lana masakkan, tapi Lana tak larat nak buat. Tu hah…setik… urm…sitik…eh pe tu Lana oiii!”

“Steak kambing mak.” Lana menyampuk.

“Hah tulah, Lana masak khas buat Puan Sri.”

Puan Sri Helena merenung lauk yang diperkatakan. Bola mata mulai berkaca-kaca. Terharu bila Lisa Alana masih ingat tentang itu.

“Jemputlah makan.” Pelawa bapak selesai mengaminkan doa makan.

“Sedap tak air tangan menantu kita?” Tanya Tan Sri Daniel pada isteri di sebelah.

“Tawar…”

Menegak cuping telinga burung hantu bapak.

“Dah tua-tua ni, semua kenalah dikurangkan. Maklumlah, penyakit cepat datang. Tak gitu?” Puan Sri Helena berdehem halus. Terpukul dengan kata-kata pedas bapak.

Malam itu, Ayash dibawa oleh Puan Sri untuk tidur bersama. Ryu, bapak dan Tan Sri masih berbual kosong di ruang tamu. Emak dan Lana juga sudah masuk ke dalam bilik. Hampir ke tengah malam, barulah cerita panjang lebar bapak tamat. Masing-masing sudah menguap.

Ryu mengerakkan kepala untuk menghilang rasa lenguh di pangkal leher. Belakang tengkuk dipicit sambil menapak menuju ke bilik. Daun pintu ditolak perlahan-lahan.

“Ya Allah!” Hampir terlompat Ryu bila lihat Lana sedang duduk di birai katil dengan rambut mengerbang ditiup kipas berkelajuan paling tinggi. Macam pontianak versi cantik nak mampus berpakaian serba putih!

“Abang…” Gedik namatey! Pehal bini dia ni? Ryu terus pegang belakang tengkuk.

Lana mengangkat punggung. Pijamas yang membalut tubuh dilorotkan dengan gaya penuh sensual. Ryu telan air liur. Hanya tinggal baju tidur nipis yang mendedahkan bahu dan separuh dada. Meliuk-liuk punggung ketika melangkah menghampiri Ryu.

“Lana dah fikir masak-masak…”

“Apa dia sayang?” Tergagap-gagap Ryu jawab.

“Jom tambah anak…” Dengan tak malu, lancar je kata-kata itu meluncur keluar dari bibir Lisa Alana.

Jemari mulai bermain-main di dada bidang Ryu sebelum naik memaut belakang tengkuk Ryu Rozzan.

“No Lisa Alana. I clearly said…”

“Yes Ryu Rozzan. Tak kasihan dekat Ayash? Asyik jadi rebutan.” Kepala Lana yang mula merapat segera ditahan oleh tangan Ryu. Atas kepala Lana dipegang lalu ditolak perlahan-lahan menjauhi wajah Ryu.

“Aku takkan benarkan kau mengandung lagi!” Tegas suara dilontar. Dia benar-benar trauma kerana mimpi ngeri itu.

“Tapi Lana tak nak punya cuma seorang anak abang. Keluarga Lana besar, Lana nak situasi macam tu.” Badan Ryu ditolak kasar, berpaling lalu hentak-hentak kaki menuju ke katil.

Tergeleng kepala Ryu melihat. Dihampiri sang isteri yang sudah menghenyak punggung di birai katil sambil berpeluk tubuh. Muncung panjang sedepa.

“Sayang…” Bahu Lana dipaut lalu diurut perlahan.

“Kita boleh ambil anak angkat. Takpun suruh Adib tu kahwin cepat-cepat, nanti boleh kita pinjam anak-anak Adib.”

Mencerlung bola mata Lana. Apa Ryu ingat anak ni macam mainan? Boleh pinjam-pinjam?

“Sayang…” Ryu merapatkan wajah ke telinga.

“Sayang dah makan pil tak?” Laju kepala terangguk.

Teringat rancangan jahat yang bermain di kepala sejak siang tadi. Tak sedar, bibir menyungging senyum nipis yang sangat licik. Ryu membengkokkan kening melihat respon pantas Lana. Lain macam je!

“Tak makan pun takpe, muka macam ni memang takleh percaya. Abang takkan tabur benih dalam rahim sayang.” Ryu menarik Lana merapat lalu dicium bibir Lana penuh nikmat.

“Abang.” Lana yang sudah terbaring di atas tilam cepat-cepat menolak tubuh Ryu yang mulai menindihnya. Plan pertama tak jalan, dia harus ke plan kedua.

“Lana haus. Nak ambil air. Abang nak tak?” Kening Ryu hampir bertaut.

“Haus? Saat-saat macam ni? Alahai Lisa Alana…” Ryu bingkas duduk, mengerling Lana yang tergopoh-gapah turun dari katil.

“Pakai pijamas tu sayang, seksi tu aummm!” Lana kelam kabut menyambar pijamas di atas lantai, membalut tubuh lalu keluar.

Tidak lama kemudian, Lana kembali bersama segelas air sirap. Gelas tersebut dihulur kepada Ryu Rozzan.

“Abang tak minta air. Sayang dah minum? Jom teruskan.” Pinggang Lana segera dipeluk. Dah tak sabar!

“Alaa, minumlah dulu abang. Penat Lana buat. Lana dah minum tadi.”

“Yela.” Mengalah, Ryu terus meneguk air sirap tersebut hingga kering. Gelas kosong diletak di meja tepi katil.

“Come here baby.” Tubuh Lana diterkam lantas dibaringkan di atas tilam.

“Kita buat anak kan?” Sekali lagi Lana bertanya dengan nada gedik.

“No, we’re making love sayang…no baby included.”

“Sure?”

“Hundred percent…uhhh…” Ryu pegang dada. Bibir bawah digigit perlahan.

“Lana…what did…”

“Just a small amount of pil perangsang won’t hurt Ryu Rozzan. Sukatan tepat hasil tunjuk ajar doktor Fiona. Now let’s make a baby with full blast of love sayang.”

“Damn you Lisa Alana!”

“But you’re crazy about me Ryu Rozzan.”

Bertahan Ryu Rozzan. Hati berbisik.

“Go and take your pil.” Lana hanya tersenyum sinis sambil menggeleng kepala.

“Lisa Alana!”

“Shut up and kiss me Ryu Rozzan!”

double epilogue sbg tnda minta maaf sebab dh kucar kacirkan perasaan korang hihi. Amacam, happy x? Kalau happy jom laga pipi dan berdamai kikiki...salam 0-0 semua, love uolls muahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience