“Lisa Alana’s husband, please come inside!” Suara lantang itu bergema sekali lagi.
“You stay away from this Ryu Rozzan!” Haraees memberi amaran keras sebelum membuka langkah.
“No! Aku lebih layak!” Ryu pantas mengejar lalu menolak Haraees ke tepi. Hampir hujung tulang bahu menabrak dinding. Haraees merenung dengan mata pembunuh. Marah sungguh dengan perbuatan Ryu.
“Ryu Rozzan!” Terus melengking dengan bahu naik turun menahan marah.
“You stay away from this Haraees Reza! Kau cuma orang luar!” Takkan sesekali dia mahu mengalah!
Haraees mara sambil menghayun buku lima ke arah Ryu. Dengan mudah serangan itu dielak kerana Ryu sudah bersedia sejak awal tadi.
“Kau cuma watak sampingan yang muncul untuk merosakkan hubungan aku dan Lana Haraees Reza. Pasti kau harap aku akan berundur demi kebaikan Lisa Alana bukan? Di mata kau, aku tak mungkin mampu membahagiakan Lana bukan? No Haraees! Yang kau tak tahu, Lisa Alana setia orangnya. Selagi kau tak khianati cinta dan kepercayaan dia, Lana tetap akan setia. Buktinya? Baca surat ini Raees!” Surat yang ditulis oleh Lana dilempar dan mengena tepat di wajah Haraees.
“Aku masih suami Lisa Alana. Aku dah lafaz rujuk di depan kau dan Fiona dalam keadaan waras dan dengan hati yang ikhlas. Secara automatik, korang akan jadi saksi aku untuk buat pengesahan nanti. Now, I want to meet my wife Raees.”
Haraees membungkam. Tiada kata yang mampu dituturkan sebagai balasan pada kata-kata Ryu Rozzan. Semua yang dikata oleh lelaki itu benar. Sebagaimana hak lafaz talak di lidah suami, hak lafaz rujuk juga hak mutlak suami.
Selagi dalam tempoh iddah, suami boleh pada bila-bila masa merujuk isteri dengan niat dan lafaz yang betul. Lafaz rujuk sah walaupun diucapkan di depan keluarga, sahabat bahkan sesiapapun asalkan pernyataan bahawa suami mahu rujuk semula dengan isteri itu jelas disebut.
Haraees tidak mampu menghalang bila Ryu melangkah masuk ke dalam bilik bersalin. Dalam hati benar-benar berharap yang Lana sudah bersalin dan lafaz itu terlewat supaya dia masih punya harapan. Sebaik sahaja kelibat Ryu menghilang, bola mata turun menatap surat yang Ryu lempar tadi di atas lantai. Haraees tunduk lalu mengutip surat tersebut.
“We need permission to operate your wife sir. Your wife’s cervix dilation is static and the baby’s heartbeat is not good.”
Terkejut hingga tidak mampu bersuara. Hanya mata tidak berkelip menatap wajah doktor di hadapannya.
“Can I meet my wife first?” Setelah ketenangan mulai hadir, Ryu terus meminta kebenaran untuk berjumpa Lisa Alana.
Doktor itu mengangguk lalu menyerahkan beberapa dokumen untuk ditandatangani oleh Ryu.
“You may discuss with your wife first. But make it faster, we need to save the baby.” Ryu terus bergerak menuju ke bilik yang ditunjukkan.
Luruh hati melihat Lana terbaring lesu dengan beberapa jenis wayar yang melekat di badan. Jemari Lana digenggam erat.
“Sayang…”
Perlahan, kelopak mata Lisa Alana terbuka. Membesar iris mata Lana melihat wajah yang terpampang di depannya.
“Aku masih belum terlewat bukan? Maafkanlah aku sayang. Sesungguhnya akulah manusia paling bodoh di dunia. Maaf sayang, aku baru jumpa surat itu. Seperti yang sayang pinta, same goes with me. I want you back, I really want you Lisa Alana.”
Lana merenung Ryu dengan mata yang mulai digenangi air mata.
“Thank you Ryu Rozzan.” Lemah suara terlontar namun jelas di pendengaran.
Jemari Ryu naik ke pipi lalu menyapu air mata yang mulai membasahi seraut wajah pucat dan tak bertenaga itu.
“Can you promise me something?” Seraya berkata, Ryu merapatkan wajah hingga dahinya menyentuh dahi Lana.
“What’s that Ryu?” Balas Lana dengan mata tertutup rapat. Dia sudah terlalu penat hingga tarikan dan hembusan nafas pun kelihatan penuh kelelahan.
“Promise me you will make it Lisa Alana. I will wait, I won’t leave so when you open your eyes, you’ll see me holding our baby. I want you to see us first when you open your eyes instead of the light. Promise me Lisa Alana.” Jemari Lana yang digenggam dengan sebelah tangan dibawa ke bibir lalu dicium penuh cinta kasih.
“Ryu Rozzan…” Semakin lemah, hampir tidak kedengaran.
“Yes Lana…” Ada getar pada suara yang terlontar.
“Am I still your legal wife?” Sayu, menitis air mata Ryu Rozzan mendengarnya. Ryu mengangguk perlahan.
“You are my wife Lisa Alana. Dulu, kini dan selamanya. I take you back as my wife because I love you so much sayang, I can’t breathe without you. You are my oxygen, my life sayang.” Bergetar suara kerana rasa sebak yang mulai menghimpit di dada. Terharu bila lihat Lana mengukir sebuah senyuman paling manis, walaupun mata masih tertutup.
“Terima kasih abang. Lana sayangkan abang, dulu…kini dan selamanya. Abang, sebelum Lana masuk ke bilik pembedahan, maafkanlah segala salah silap Lana selama kita bersama, halalkan makan minum Lana. Doakan Lana dan bayi kita selamat ya.” Ryu sudah tidak mampu menahan air mata, semakin laju menuruni pipi.
“Abang maafkan sayang. Dan abang juga minta maaf atas dosa-dosa abang selama menjadi suami juga dosa keluarga abang. Sesungguhnya abanglah yang terlalu banyak berdosa pada sayang. Maafkanlah abang sayang.”
Ryu menarik Lana ke dalam pelukan. Kedua belah pipi Lana dicium. Air mata mereka menyatu.
“Abang cintakan Lana, benar-benar cinta.”
“Lana juga cintakan abang.” Saling berbalas renungan buat seketika.
“I’m sorry to interrupt, but it’s time to bring her to the operation room.” Doktor yang bercakap dengan Ryu sebentar tadi muncul semula bersama beberapa orang jururawat.
Lana mempereratkan genggaman tangan Ryu. Air mata semakin laju mengalir.
“Abang…tolong sampaikan pada Raees yang Lana minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Raees adalah penyelamat Lana, dan Lana telah terlanjur menyatakan persetujuan Lana untuk terima lamaran Raees habis tempoh iddah Lana. Nampaknya, tiada jodoh antara kami. Lana sayangkan Raees, tapi jujur Lana tak cintakan Raees. Hati Lana telah dimiliki oleh abang seorang.” Ryu angguk, tidak mampu membalas kerana sedang menahan esakan. Tangisan penuh kesyukuran, tangisan penuh terharu.
Tepat seperti yang dijangka, ternyata dia tidak salah menilai. Lisa Alana adalah seorang wanita yang setia. Ternyata cinta Lana padanya masih terlalu kuat dan tak tergugah dengan pesona Haraees Reza. Bertapa dia rasa gembira tak terperi, berkali-kali dipanjatkan doa kesyukuran pada yang Maha Esa.
“Dan Fiona…”
“Puan, kita perlu bergerak sekarang ya. Puan akan diberi bius sekarang.” Kata-kata Lana terhenti bila dicantas oleh salah seorang jururawat. Bola mata Lana masih terpaku ke arah Ryu yang sudah berdiri dan menjauhi katil atas arahan doktor.
“Fiona adalah wanita terhebat yang pernah aku kenal selain emak dan Seroja. Aku sayangkan Fiona seperti sayangnya aku pada emak.” Ryu hanya mampu mengangguk dengan bahu terhinjut-hinjut.
“Be strong my wife, I’m with you always and forever. I’ll be right here waiting for you my love.”
Dan dengan perlahan-lahan, mata Lisa Alana tertutup akibat ubat bius yang diberi. Katil tersebut ditolak menuju ke bilik pembedahan. Ryu mengekori di belakang walaupun dia sebenarnya hampir tidak mampu melangkah.
Helpless! Itu yang dia rasakan sekarang. Membayangkan Lana bertarung nyawa demi anak mereka, buat dia semakin tidak keruan. Air mata tak henti-henti mengalir.
Sesungguhnya penantian adalah suatu penyeksaan. Menunggu di luar bilik pembedahan dengan bermacam-macam andaian yang menyesakkan minda benar-benar menyeksakan. Sudah hampir dua jam menunggu, belum ada tanda-tanda pintu akan terbuka.
Duduknya sudah mulai tidak tenang. Sekejap berdiri dan cuba mengintai di sebalik kaca pintu bilik pembedahan, sekejap lagi berjalan mundar mandir di hadapan pintu bilik tersebut. Apabila penat, dia akan melabuhkan punggung bersebelahan dengan Haraees dan Fiona.
Ryu mengerling ke arah Haraees dan Fiona. Masing-masing kelihatan sangat penat. Tidak mahu bercakap dengannya sejak muncul di situ dan menunggu bersama-sama. Marahkah mereka pada dia? Sudah pasti!
“Urm…” Sempat menyamankan salur tekak yang terasa begitu sempit. Haraees di sebelah buat-buat tak dengar. Hanya Fiona yang menjeling tajam ke arahnya.
“Korang…aku nak minta maaf.” Ryu meluahkan isi hati yang terpendam. Dia sebenarnya mula dibelenggu dengan rasa bersalah setiap kali melihat wajah Haraees dan Fiona.
Ryu membuang keluh bila lihat Haraees dan Fiona masing-masing menjatuhkan wajah menekur lantai.
“Aku tahu perbuatan aku salah dan tidak bertanggungjawab. Korang pasti berharap yang aku takkan muncul dan ganggu hidup Lana semula kan? Tapi… aku tak boleh hidup tanpa Lana korang. Aku dah cuba sedaya upaya untuk lupakan Lana tapi aku tak mampu. Hati aku sungguh tak merelakan perpisahan itu. Aku benar-benar minta maaf korang. Aku takkan mampu lepaskan Lana. Harap korang faham.” Usai berkata, tangan Haraees naik menepuk perlahan belakang bahu Ryu.
“I know buddy. Aku juga salah, begitu juga Fiona. Dalam soal cinta, ada yang menang, ada yang kena mengalah. Dan aku tahu itu aku. Lana tidak mencintai aku Ryu, dia cuma anggap aku tak lebih tak kurang macam ahli keluarga dia. Itu yang buat aku tertarik dengan Lana. Dia satu-satunya perempuan yang begitu selesa aku dampingi. Jodoh korang kuat. Jaga Lana baik-baik.”
Ryu merenung Haraees dengan rasa terharu. Buku lima dilagakan lalu wajah masing-masing tersungging senyum penuh ikhlas.
“Thanks buddy!” Ucap Ryu dengan lega.
“Aku bagi amaran pada kau Ryu Rozzan. Tinggalkan sikap playboy kau tu dan jaga hati Lana baik-baik. Sekali lagi kau sakitkan hati Lana, aku akan pastikan kau jadi gila kerana tak mungkin aku benarkan lagi Lana dan anak kau bertemu dengan kau. Faham tak ni?!”
“Aku akan ingat amaran kau seumur hidup Fiona.”
“Bagus!”
Ryu akhirnya boleh menghela nafas lega. Semua salah faham antara mereka telah diperbetulkan. Kini tinggal menunggu Lisa Alana yang masih berjuang di dalam. Hati kembali berdebar-debar. Dah berapa lama dah, mengapa doktor dan jururawat belum juga keluar-keluar? Merisaukan betul.
Baru hendak mengangkat punggung, lampu yang marak di atas pintu bilik pembedahan tiba-tiba terpadam. Ryu dan Haraees berpandangan. Hampir serentak keduanya berdiri lalu melangkah laju menghampiri pintu tersebut. Daun pintu kemudian terkuak.
“Doc! How’s my wife?” Ryu terus menyerbu sambil menyoal.
“Congratulation! It’s a boy.”
“Alhamdulillah, syukur ya Allah!” Ryu terus menadah tangan, mengucap rasa syukur yang tak terhingga pada sang pencipta.
“How’s my wife doc? She’s doing fine, isn’t she?” Gembira bila sudah memegang title seorang ayah, tetapi hati masih tidak tenang selagi keadaan Lana tidak diketahui.
“About the mother…” Bahu Ryu Rozzan tiba-tiba disentuh oleh doktor tersebut.
Deg!
Jantung mulai berdegup dengan lebih pantas. Tak sedar, jemari mulai menggigil.
“She had epilepsy after giving birth and the oxygen drops to 60. We had to put her into sleep. You can’t visit her for a while as she is now transferred to intense care unit.”
Ryu terkaku. Sawan? Oksigen tinggal 60 dalam badan? Ryu menggeleng kepala.
“Doc! She will be fine right? She is a strong woman! She will make it! Let me meet her doc! Please!” Ryu terus mengejar doktor dan jururawat yang sudah agak jauh dari mereka.
“Sorry sir, you can’t be there. We’ll update her condition from time to time. Right now, I can’t guarantee anything.”
“Wait doc!” Lengan doktor itu disambar pantas.
“She would be alright, wouldn’t she?”
“I hope she can make it sir!”
Hampir pitam mendengar jawapan doktor tersebut.
“Doc…She is strong! She’ll make it!! Lana…please…please…please kau sudah berjanji!” Ryu terus mengejar doktor tersebut. Selagi dia tak dengar dari mulut doktor yang Lana akan sembuh, dia takkan tenang! Hampir gila saat itu.
Haraees menarik tangan Ryu, mahu menghalangnya dari meneruskan perbuatan yang sia-sia itu.
“Ryu, stop!”
“No Raees! Aku nak jumpa Lana. Pasti Lana sedang menunggu aku datang. Aku dah janji aku akan ada di sisi saat dia buka mata. Mana bilik ICU Raees? Ini kan hospital keluarga kau. Benarkan aku masuk dan temankan Lana…please Raees! Aku mohon.”
“Ryu Rozzan!!!” Haraees menjerit lalu menggoncang kuat kedua belah bahu Ryu.
“Bertenang dulu okay! Kau buat semua orang jadi panik!” Ryu mengongoi menangis teresak-esak lalu menghempaskan kepala lutut di atas lantai.
“Lana…kau kena kuat! Kau dah janji.”
Melihat keadaan Ryu, Haraees mengeluarkan henfon dan menelefon seseorang.
“Are you kidding me?!” Tiba-tiba Haraees melengking dalam telefon.
“Nooo!!!” Henfon jatuh terhempas di atas lantai. Haraees terpaku buat seketika sambil menekup wajah. Fiona sudah hilang entah ke mana.
Akhirnya setelah beberapa saat berlalu, Haraees menghampiri lalu duduk mencangkung di hadapan Ryu. Mata Haraees merah basah.
“Keadaan Lana tidak baik, dia ditiarapkan. Peratus oksigen tinggal 40.”
“Nooo Lisa Alana!!! Please… please… please…ya Allah, ku mohon padaMu tolong jangan ambil bidadari surgaku. Aku masih memerlukannya, aku tak siap untuk kehilangannya.” Ryu menadah tangan dan mulai berdoa dengan wajah penuh air mata.
Haraees turut memanjatkan doa bersama-sama Ryu Rozzan. Dia juga sungguh tak mahu Lana pergi begitu sahaja meskipun dia bukan pilihan. Walaupun hanya mampu mencintai tanpa memiliki, itu sudah cukup baginya. Dia rela hanya memandang di kejauhan dari kehilangan kekal di mana dia langsung takkan bisa melihat gadis itu lagi.
Henfon Haraees yang berada di atas lantai tiba-tiba berdering. Ryu dan Haraees saling bertatapan. Wajah masing-masing pucat lesi seolah henfon itu ialah bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja. Bila deringan tidak berhenti, Haraees akhirnya mengambil henfon tersebut. Ragu-ragu mahu ditekap di telinga.
“She’s gone!”
“Nooo!!! Dammit Lisa Alana!!!” Melihat Haraees membuang henfon hingga berkecai bila terhempas di dinding konkrit, Ryu Rozzan terus meraung-raung.
Bingkas Ryu berdiri. Tak peduli pada Haraees yang melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding dan menendang kerusi menunggu berhampiran dengannya.
“Where are you sayang? I’ll come to you as promised. Sayang pasti tengah tunggu abang datang kan? Sekejap sayang, I’m on my way. Bila abang datang, sayang buka mata ya…sayang dah janji kan.” Sambil langkah diorak laju, sambil itu mulut kumat kamit bercakap sendirian.
“Sayang dah tengok wajah baby kita tak? Abang belum tengok lagi tau. Nanti kita tengok sama-sama ya? Lepas tu, kita sama-sama pilihkan nama putera kita. Sama-sama berjaga siang malam bila baby tak nak tidur. Sayang nak macam tu kan? Kita akan sentiasa bersama-sama sayang. Jadi…sayang tunggu abang tau.” Sambil bercakap, air mata yang membanjiri mata dikesat supaya penglihatan lebih jelas.
“Sayang dekat mana? Asal susah sangat nak jumpa bilik sayang ni?”
“Ryu Rozzan!” Itu suara Fiona! Laju bola mata bergolek mencari kelibat Fiona.
“Sini!” Bergetar suara Fiona memanggil lantaran tangisan tak mampu dibendung lagi.
Intensive Care Unit!
Akhirnya! Ryu pantas menyapu kering sisa air mata. Tak mungkin dia mahu Lana lihat dia menangis saat itu.
“Lana mana? Dia tengah tunggu aku kan? Bagi aku masuk Fiona, aku dah janji akan berada di sisi Lana bila dia buka mata nanti.” Ryu menerpa sambil merenung Fiona penuh pengharapan.
Fiona menggeleng dalam esakan.
“Lana kejam! Dia dah janji… sampai hati dia pergi dulu!” Tangis Fiona sayu. Dia masih tidak mahu percaya berita yang disampaikan oleh doktor dekat dalam tadi. Tambah pilu sebaik sahaja melihat kelibat Ryu Rozzan.
“Lana…ada dekat dalam kan?” Tidak mahu menerima semua yang didengar dan dilihat sedangkan jawapan jelas kelihatan di situ! Tak mungkin!
Lisa Alana sungguh mencintai dia. Cinta yang suci dan utuh hanya untuk dirinya. Mana mungkin wanita itu tega meninggalkan dia? Lisa Alana takkan berani meninggalkan Ryu Rozzan, itu pasti!
“Ryu!!!” Tak dipedulikan langsung jeritan Fiona, Ryu terus menerjah masuk ke dalam bilik ICU.
Bola mata meliar lalu terhenti pada sebuah katil di mana ada beberapa orang doktor dan jururawat sedang berkumpul. Entah mengapa, langkah kaki automatik diorak menuju ke situ. Cuba menarik oksigen masuk ke rongga paru-paru dalam keadaan tersekat-sekat. Cuba untuk menepis naluri hati bahawa sekujur tubuh yang ditutupi kain putih di atas katil itu bukanlah seseorang yang dicarinya.
“Sir!” Terkejut doktor yang bertanggungjawab atas pembedahan Lana bila tubuhnya dilanggar kuat oleh Ryu Rozzan.
Ryu Rozzan masih meluruskan pandangan ke atas katil. Perlahan, para doktor dan jururawat mulai berundur dan memberi ruang pada Ryu.
“She has lost the battle sir. She fought, but god loves her more.”
Tak mungkin!
Kain yang menutup wajah itu Ryu selak perlahan.
“Nooo!!!” Jeritan sayu Ryu Rozzan bergema memenuhi ruang bilik. Tubuh kaku itu terus dipeluk dengan erat.
“Wake up Lisa Alana!!! Wake up now…please sayang! Don’t do this to me…Lisa Alanaaa!!!” Tubuh kaku itu terus digoncang-goncang. Mungkin saja Lana masih berada di alam mimpi. Mungkin saja dia terlalu seronok di situ hingga lupa jalan pulang.
“Sir…she’s gone! She has stopped breathing.”
“Nooo! Sayang…katakan pada abang yang doktor tu silap. Sayang sedang tidur kan? Now I’m here, bukalah matamu sayang. Buktikan yang doktor itu silap. Sayang…bangunlah… sayang please…buka matamu dan pandanglah abang.” Tubuh kaku itu terusan digoncang-goncang.
“Ryu Rozzan! Please stop…” Kemunculan Haraees Reza bersama Fiona langsung tidak diendahkan. Tubuh kaku itu masih dipeluk dengan erat. Tangisan bergema, membuatkan semua yang berada di situ tertunduk hiba, tidak sanggup melihat situasi itu.
“Sayang…wake up now…Raees dan Fiona juga dah datang. Apa yang sayang katakan pada abang, sampaikanlah pada mereka sayang. Open your eyes Lana…tolong…jangan pergi tinggalkan abang.”
“Ryu…lepaskanlah Lana, biar dia pergi dengan tenang.” Haraees memaut bahu Ryu yang sedang terhinjut-hinjut.
“Macamana aku nak lepaskan Lana Raees? Dia dah janji pada aku. Sekarang aku harus buat apa Raees? Ya Allah…aku nak Lana aku balik. Tolong kembalikan Lana padaku. Aku… tak boleh teruskan hidup tanpa Lana…tolong aku Raees.”
“Ryu..” Haraees turut menyeka air mata. Bahu Ryu ditepuk perlahan, dengan harapan mampu menenangkan lelaki itu.
“Dia tanya aku Raees…adakah dia masih isteri aku yang sah? Bayangkan apa perasaan aku masa tu. Aku rasa macam nak lari ke lebuh raya minta gilis trailer besar! Aku manusia paling tak berguna di dunia Raees. Aku masih belum sempat tebus semua kesalahan yang telah aku lakukan. Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku tak nak hidup lagi!” Ryu meraung, memeluk jasad Lana yang sudah sejuk beku itu.
“Ryu Rozzan! Jangan macam ni please…kau baru jadi seorang ayah! Bayi tu perlukan kau!” Bergetar suara Fiona menahan sebak. Ryu meraung seperti orang hilang akal.
“Damm it Lana! Kau sudah berjuang selamatkan salah seorang bayi kita akibat kekejaman mummy! Seharusnya kau tunggu mummy datang memohon kemaafan Lana, seharusnya kau lihat mummy terseksa akibat perbuatannya! Kau tak patut pergi sebelum semuanya selesai! Come back Lisa Alana!!!” Jasad kaku itu digoncang lagi.
“Wake up Lana…please… bagaimana aku harus berjuang tanpa kau di sisi?” Wajah dibenam di dada beku itu, meraung menangis semahu-mahunya. Dengarkah dikau tangisan piluku meratap pemergianmu duhai Lisa Alana? Teganya dikau…
"Bagaimana aku harus menjadi papa terbaik pada anak kita tanpa kau di sisi?" Wajah pucat lesi yang tetap kelihatan cantik di matanya dicium bertubi-tubi.
"Paling utama...bagaimana aku mampu bangkit dan terus bernafas tanpa kau di sisi? Aku tahu kau melihat. Tolonglah kembali semula ke jasad yang telah kau tinggalkan ini. Aku masih setia menunggumu sayang. Kembali sekarang Lisa Alana." Suara jeritan semakin lemah juga kedengaran mulai serak.
“Ryu…lepaskan Lana. Mereka akan pindahkan jasad Lana ke bilik mayat untuk diuruskan sebelum dibawa untuk dikebumikan.” Haraees berbisik perlahan.
“No! Jangan bawa Lana aku pergi. Aku tak benarkan!”
“Ryu Rozzan!”
Ryu panjat naik atas katil untuk menghalang.
“Ryu Rozzan! What are you doing? Turun sekarang!!! Kau dah gila ke?”
“Aku tak benarkan!!!”
Ini bukan pengakhiran yang dia harapkan. Tidak sama sekali! Lisa Alana takkan terpisah darinya.
“Ryu Rozzan! Get down! You will hurt…”
BUK!!!
Tersilap langkah, Ryu jatuh terhempas ke bawah katil. Berpusing dunia dirasakan buat seketika lantaran kepala lebih dulu menyembah lantai. Pandangan berbinar. Sebelah tangan diangkat, cuba menghalang ketika melihat jasad Lana dibawa pergi namun badannya seolah tidak mampu digerakkan. Cuba menjerit sekuat hati mahu menghalang namun peti suara tiba-tiba hilang! Akhirnya, mata tertutup perlahan. Dari celah kelopak mata, air mata masih deras bergulingan jatuh ke pipi.
~ THE END ~
Last chapter mmg lagu ni, chapter minta kne kecam wkwkw...but seriously nk tanya, sampai x rase sedih tu? ke author je yg smpi tersumbat hidung msa tulis chapter ni?
Share this novel
sedihnya...Lana pergi selamanya..