BAB 24

Humor Completed 411630

I will never forgive an idiot who toyed with my heart!!!

Seperti player rosak, kata-kata itu bergema berulang-ulang di kepala! Tanpa sedar, bibit-bibit kebencian mulai tersemai dalam jiwa..

Juga seperti yang diduga, sekelip mata kereta Ryu Rozzan sudah berada di hadapan, memotong sambil membunyikan hon panjang. Lana mendengus sebal bila kereta mewah di hadapannya membrek secara tiba-tiba. Dah agak! Lana pijak brek hingga berdecit bunyi tayar kereta menggesel tar.

"Lisa Alana!!!" Sekujur tubuh meluru keluar dari perut kereta mewah tersebut, berlari mendapatkan Lana yang masih kaku di dalam kereta.

Lana diam tidak berkutik. Merenung lurus ke depan tanpa mempedulikan Ryu yang sudah berada di sisi, mengetuk kuat cermin keretanya.

"Where are you going? Let me explain Lana.."

Lana mengeluh dalam hati. Explain what Ryu Rozzan? Dia sedar diri! Dia bukan calon isteri pilihan...Walaupun demikian, dia bukan anak patung tidak berperasaan. Tak selayaknya dia diperlakukan seperti itu! Ryu memang sudah melampau..Bengkak bernanah hati akibat ditoreh berulang kali..

"Lisa Alana!!"

Arghh semak!!

Nak teruskan pemanduan tapi rasa letih dah nak main kejar-kejar ni..Kalau berdua di litar pintas takpelah jugak, ni silap haribulan melibatkan nyawa lain huhu..Lana menurunkan cermin.

"Let's talk over there!" Muncung Lana terarah ke bahu jalan. Kereta bergerak perlahan meninggalkan Ryu yang langsung tak dipandang walau sebelah matapun.

Ryu terkocoh-kocoh mendapatkan keretanya lalu mengekori kereta Lana dengan kelajuan perlahan. Lana meletakkan kereta di bahu jalan diikuti oleh kereta Ryu di belakang. Turun menuju ke ruang pejalan kaki.

"Lisa..I'm sorry.."

"Sorry won't fix anything Ryu! Don't even bother to say that word!" Lana peluk tubuh, memandang lurus ke depan, tak sudi langsung memandang Ryu yang sudah berdiri di sebelah.

"I was..stuck! Semua berlaku secara tiba-tiba...I admit I was lost!"

Huh! Lelaki...Lostlah sangat!! Meluat sungguh dengar..

"Tell me nothing Ryu Rozzan..Men will always be men..Cukup sekali aku terluka, aku takkan benarkan kemunculan kau menambah luka yang sedia ada..Tak! Kehadiran kau sekadar bayang-bayang bagi aku, tak lebih tak kurang! Cuma...Yang buat aku sakit hati, kau buang aku semasa aku dalam keadaan tidak berdaya.. Kau buat aku sama taraf seperti wanita-wanita yang kau permainkan sebelum ini."

"Tak!! Aku tak sengaja Lisa..Aku tak mampu datang lantaran diawasi sepenuhnya oleh keluarga..Dia..Dia muncul dan asyik menempel.. How am I supposed to meet you?"

That's it!!! Lahar kemarahan membuak-buak di dada..Apa punya jenis lelaki di depannya ni? Langsung tak ada pendirian..Dah tua bangka boleh jadi bapak budak masih membiarkan orang lain mengawal dia? Tak bernilai even untuk satu sen berkarat!

"It's okay, aku akan permudahkan segala urusan kau Ryu Rozzan. Lagipun, sejak awal lagi aku bukan calon isteri pilihan pun..Aku Lisa Alana akan ceraikan kau Ryu Rozzan! Go.. Berbahagialah dengan calon isteri pilihan kau tu!"

"Lana!! Kau dah gila? Kau nak ceraikan aku? Not even in your dream! Aku takkan ceraikan kau!! Kuasa di tangan aku!!"

"Habis tu kau nak simpan aku jadi perhiasan ke Ryu? Sembunyikan aku sampai hampir nak mampus bila keluarga kau datang macam hari tu?"

"Tak Lana! Aku akui aku memang silap masa tu. I will fix everything, just please..Give me time Lana.."

Lana tergelak sinis. Mudahkan jadi lelaki? Bila buat silap minta maaf, minta bagi masa untuk perbetulkan semuanya..Mahu buktikan kononnya cinta, sayang..Tapi akhirnya yang menanggung segalanya itu ialah wanita.. Mudah, lihat saja dirinya. Bersungguh-sungguh Ryu mahu pertahankan perkahwinan, tapi dia yang tanggung segalanya..Terpaksa bersembunyi sampai hampir nak mampus. Ryu? Berkepit dengan wanita lain ke hulu ke hilir.

"No Ryu Rozzan!! Lepaskan aku...It's final!" Tegas dan nekad!

Badan dipusing, mahu beredar kerana rasa meluat mulai mencanak! Ryu sambar pergelangan tangan Lana.

"No Lisa Alana..I won't and it"s final!"

Celaka betul!

Akibat rasa marah yang membuak-buak, penumbuk diayun dan tepat mengena wajah Ryu Rozzan. Alangkah terkejutnya Ryu, langsung terpegun dan tidak sempat mengelak serangan yang tak disangka-sangka! Terundur setapak pemilik tubuh sasa sempurna itu akibat serangan bersungguh-sungguh dari Lisa Alana.

"Go to hell Ryu Rozzan!!"

Argh!! Perempuan!!

Tak cukup dengan tumbukan, tendangan pula melayang, menusuk tulang rusuk..Tertunduk sedikit saja badan sasa itu, rambut pula ditarik hingga terheret kepala ke depan. Ryu masih tercengang, tak percaya yang dia diserang oleh Lisa Alana yang kelihatan sungguh lembut di luar tapi nyata monster di dalam!

"Mampusss kau celaka!!!" Ahh, lupa! Lisa Alana juga bermulut longkang ikut musim!

Ryu terduduk atas bahu jalan. Hanya mampu menadah tangan menahan kasut tumit tinggi Lana memijak-mijak seluruh badan. Belum lagi tangan yang menarik-narik rambutnya, hampir tercabut leher..Ganas betul minah sorang ni kalau mengamuk!

"Lana..Bagi aku terangkan dulu!"

"Lelaki macam kau tak perlu dibagi muka sangat Ryu!! Aku dah fed up, muak dengan spesis macam kau ni..Allah kurniakan wajah dan tubuh sesempurna ini bukan untuk menyakitkan hati kaum hawa!! Ni!! Lisa Alana akan cacatkan kesempurnaan kau, biar kau tahu tinggi rendah langit tu!!"

"Lanaa..Aku tak curang!! Hati aku memang dah tertutup buat perempuan tu!!!"

"Ohhh!! Tertutup ya?!! Tak curang ya?!! Habis tu berkepit sampai masuk rumah tu apa Ryu? Memasak? Mengemas rumah kau?!! Ke korang main pondok-pondok?!!"

Makin rancak kaki terayun, sampai terkoyak baju mahal Ryu Rozzan ditoreh hujung tapak kasut tumit tinggi Lana. Padan muka!! Biar mampus je!

"Dia datang sendiri Lana! Aku hantar balik je, sumpah aku tak buat apa-apa..Aku tahu hukum hakam agama!"

Arghh!!!

Lana menyepak deras tubuh Ryu. Dia yang menyerang bersungguh-sungguh, dia juga yang merasa sakit seluruh badan. Tak aci sungguh! Ryu Rozzan yang diserang teruk masih kelihatan gagah perkasa. Calar balar di badan tak sedikitpun beri kesan pada lelaki itu, tak guna betul!! Nampaknya lepas ni dia perlu rajin ke gym!

"Blahh ahh Ryu!! Aku tak nak tengok muka kau lagi!" Bukan apa, dia sudah tercungap-cungap kepenatan.

Rasanya tenaga sudah berada di hujung garis penamat, dahlah baru keluar dari hospital.. Mungkin sebab itu serangan agak lemah. Tunggu kau nanti Ryu, bila tenaga dah pulih sepenuhnya, akan ada bahagian yang kedua. Dia masih tak puas hati lagi sebenarnya!!

"Lanaa..Please..Don't leave..." Memanggil dengan suara sayu.

Langkah kaki Lana terhenti...Sempat menutup mata lalu menarik nafas dalam-dalam..Hati yang terluka teruk, bisakah disembuhkan dalam masa yang singkat? Tak kot, parut yang ditinggalkan oleh Aizaff pun masih terasa denyutan pedihnya..Sesungguhnya luka fizikal jauh lebih baik berbanding luka batin. Biarpun parut yang kelihatan mungkin mencacatkan, namun sakitnya hilang seiring dengan sembuhnya luka. Tapi luka batin? Ada yang dibawa sampai ke hujung nafas, masih berdarah parut torehan batin. Tiada siapa yang tahu kerana ia langsung tak kelihatan..Hanya yang mengalami merasa kesakitannya..

"Lisa Alana..."

Langkah diteruskan tanpa menoleh lagi. Suara mendayu merayu-rayu itu langsung tak dipedulikan.

"I'll never let you go Lisa Alana!! Let me settle things first..If you don't come home by then, I'll come and pick you up.." Siap mengugut!

Langkah terhenti. Penumbuk dikepal erat. Kalau bukan kerana rasa pedih di buku lima, pasti ditumbuk mulut Ryu! Jangan ingat disebabkan Ryu lelaki, dia boleh mengarah dan berbuat sesuka hati.

"Lisa Alana!! Kau dengar tak?!!"

Maaf, tak dengar!

Lana meneruskan langkah. Lepas ni apa nak jadi, jadilah! Dia masih punya keluarga di kampung yang sentiasa menerima tanpa sekelumit pun mengadilinya.

Kali ini ternyata Ryu Rozzan langsung tidak mengejarnya. Namun sepenggal perjalanan, Lana berhenti di bahu jalan. Seram menyelubungi bila teringat wajah bapak kalau dia tiba-tiba muncul..Nak jawab apa? Terfikir lagi andainya Ryu Rozzan datang dan berjaya pujuk bapak supaya dia balik bersama Ryu..Tak mustahil bukan? Ryu Rozzan kan menantu pilihan bapak! Siapa berani menentang arahan dominan bapak? No one..Even bawang-bawang rangers pun bertempiaran lari kalau bapak muncul!

Arghh..Payah macam ni! Lana memandu semula menuju ke U-turn lalu berpatah balik menuju ke satu destinasi yang telah agak lama dia tinggalkan. Jam di pergelangan tangan dikerling. Sudah tamat waktu bekerja, pasti yang mahu ditemui sudah beristirehat di rumah.

Lama daun pintu diketuk, hingga naik lenguh tangan..Hanya sunyi sepi yang menyambutnya! Aduh...Mana minah seekor ni? Malam sudah melabuhkan tirai, tak muncul-muncul..Takkan dah pindah? Jiwa mulai kacau bilau. Sampai bila dia nak tercongak menunggu di apartment kos sederhana itu? Dah kehilangan nombor telefon gadis itu sejak henfonnya hilang hari tu, sampai sekarang masih tak punya masa untuk memohon simkad baru.

Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya Lana ambil keputusan untuk ke hotel saja kerana hari sudah gelap. Dia bercadang mahu cari hotel terdekat kerana badan sudah terlalu letih. Usai memarkir kereta di kawasan parking hotel, Lana keluar untuk mendaftar masuk.

"Lanaaa!!"

Lana mempercepatkan langkah, cam benar dia dengan pemilik suara itu. Asal mamat ni ada je kat mana-mana ya? Disebabkan berjodoh macam tanggapan orang tua zaman dulu-dulu ke? Huishh...Simpang malaikat 44!

"Lana! Tunggulah!!" Sungguh-sungguh pulak tu nak mengejar..Haish!!

"Asal kau ada je kat mana-mana hah? Kau ekori aku eh?!!"

"Eh mana ada! Aku ada talk pasal cancer kat hotel sebelah tu!" Jari telunjuk dituding ke hotel lima bintang yang terletak bersebelahan.

Buat seketika, lelaki itu diam memerhati Lana yang sedang menarik sebuah bagasi besar menuju ke arah bangunan hotel.

"Kau dah cerai ke Lana?" Terjerut sekeping hati mendengar pertanyaan tak bertapis itu.. Kejam!

"Kau takyahlah nak menyibuk tentang hal peribadi aku Zaff."

"Janganlah macam tu Lana, aku masih sayangkan kau tau.."

Lana mengeluh perlahan. Mengapakah dia dikelilingi lelaki tak guna? Harapkan wajah je tampan tahap dewa..Tapi perangai mengalahkan beruk kegersangan di hutan, meluat!!

"Maaf Aizaff, aku tak buntu cinta dari lelaki seperti kau.."

Memang savage, dia kisah apa! Aizaff Nafees orang pertama yang meninggalkan parut terdalam dalam jiwa. Percintaan bertahun-tahun tu..Kalau bukan disebabkan Ryu, pasti dia masih menonggeng sampai ke waktu ini..Argh!! Harapkan pagar, pagar makan padi..Rasa nak gila bila fikirkan bertapa malangnya nasib diri!

"Aku dah insaf Lana.."

"Diam Aizaff!! Ini semua kau punya pasal!!" Melengking suara bila amarah tiba-tiba menguasai diri.

Aizaff cuba memaut tangan Lana namun segera ditepis kasar.

"Aku tahu, maafkan aku Lana. Kalau bukan disebabkan aku, kau takkan kahwin dengan Ryu. Kalau bukan disebabkan aku, kau takkan berada di sini malam-malam macam ni. Ryu.. Usir kau kan? Aku dah agak benda macam ni akan terjadi..Izinkan aku tolong kau Lana..Kau tak punya sesiapa kat bandar ni."

Lana membiarkan kata-kata Aizaff seperti angin lalu, meneruskan langkah tanpa memghiraukan Aizaff.

"Lana..Kebetulan rakan sekerja aku, doktor pakar wanita, Dr Fiona mahu cari penyewa perempuan kerana dia baru berpindah dan tinggal seorang diri..Aku boleh call dia sekarang kalau kau berminat. Dia bagi sewa murah je kerana itu rumah sendiri, dia cuma mahukan teman serumah untuk jaga rumah dia tu.. Faham-fahamlah kerja doktor ni, jarang berada di rumah."

Nyata kata-kata Aizaff mampu menarik minat hingga langkah terhenti serta merta.

"Betul ni? Kalau betul of courselah aku nak dari membazir duit tinggal di hotel."

Aizaff Nafees terus ukir sengih lebar. Gembira bukan kepalang kerana tawarannya kali ini langsung tak ditolak mentah-mentah. Secalit bahagia terbit di sudut hati..

"Baik Lana, aku cuba hubungi dia. Sebentar ya.."

Lana terpacak kaku merenungi nasib diri. Setelah bergolek-golek seorang diri akibat ditendang seperti bola tak berharga, akhirnya Aizaff Nafees, lelaki yang paling dibenci itu yang muncul menghulurkan pertolongan. Sebab apa ya? Bukan Aizaff tidak tahu yang dia sangat benci lelaki itu sejak dari peristiwa hitam itu. Ah, dia harus berhati-hati dengan lelaki itu, jangan terkena buat kedua kalinya.

"Ok Lana..Kau bawa kereta sendiri kan? Kau ikut aku di belakang. Kebetulan Dr Fiona ada di rumah dan dia suruh kau datang sekarang."

Lana angguk lalu menarik bagasi menuju ke kereta semula.

"Jangan risau, Dr Fiona ni baik orangnya. Korang pasti akan jadi akrab dalam masa yang singkat, trust me!"

Lana hanya diam, cuma kepala terangguk-angguk. Perjalanan ke rumah Dr Fiona tidaklah memakan masa yang lama, dalam sepuluh minit, mereka telah tiba di perkarangan rumah sederhana besarnya berkonsepkan moden kotemporari. Seorang wanita lebih kurang usia mereka muncul di muka pintu.

"Hello there, Lisa Alana..I'm Fiona, your housemate.."

Seperti kata Aizaff, Dr Fiona memang peramah orangnya, siap offer nak bantu Lana tarik bagasi keluar dari bonet kereta lagi. Aizaff meminta diri tidak lama kemudian, pandai pulak mamat ni rasa segan bila berada di rumah perempuan..Kalaulah sebelum ni Aizaff jaga perlakuan dan tidak tewas dengan nafsu, pasti sekarang mereka sudah jadi suami isteri yang sangat bahagia..Huish! Lana cepat-cepat geleng kepala, apa dia merepek ni?!!

Sempat menghabiskan sedikit waktu berbual dengan Dr Fiona di ruang tamu sebelum dia naik ke bilik, membersihkan diri dan menghempas badan di atas tilam. Mata yang hampir tertutup terkuak luas bila teringatkan sesuatu. Setelah selesai menaip surat perletakan jawatan, Lana terus baring semula.

Esoknya, selesai menghantar resume ke beberapa syarikat melalui email, Lana berkira-kira mahu emailkan saja surat perletakan jawatannya kepada Ryu tapi macam tak profesionallah pula..Argh! Mengapa pula dia yang harus mengelak bagai kan? Nak larikan diri buat apa? Bukankah dia harus tunjuk yang dia seorang wanita yang kuat? Biar manusia tak guna macam Ryu Rozzan tu tak sesuka hati memandang rendah padanya!

Penuh nekad, Lana bingkas bangun lalu bersiap. Baik..Kalau Ryu Rozzan tak nak ceraikan dia, dia akan buat lelaki itu menceraikan dia!! Tengok jelaa kehebatan seorang Lisa Alana!! Nak dia jadi isteri dari neraka sangatkan? Well..bring it on!!

Aik?! Habis dibongkar satu bagasi takde satupun pakaian yang WOW untuk ditayangkan di depan Ryu Rozzan huhu...Hancus plan! Semuanya office outfits..Ahh..Nampaknya kehidupan kota raya langsung tak mengubah jiwa kekampungan Lisa Alana..Akhirnya Lana rembat je apa yang ada.

Melangkah tanpa secalit pun rasa gentar menuju ke pejabat Ryu. Lana cukup yakin yang time-time macam ni Ryu pasti sudah berada di pejabat kecuali ada meeting dengan klien penting. Tapi seingat Lana tiada outdoor activities sepanjang minggu ni..Dia yang urus jadual Ryu sebelum ini.

"I don't care, aku tetap nak teruskan! Aku akan desak papa dan mama percepatkan majlis tu Ryu..Kita bukannya muda lagi. Cinta boleh je datang kemudian kan?"

Tidak jadi hendak mengetuk daun pintu bila dengar suara seorang wanita melengking dari dalam bilik Ryu. Naluri mami jarum merasuk, cuping telinga terus melekap di daun pintu. Adoi..Gaya tu!

"We were over a long time ago.."

"Let's start over again Ryu."

"Don't do this to me Lisa!"

Lana cekup mulut..Siapa? Now everything makes sense! Baru tersedar selama ini Ryu cuma jadikan dia pengganti..Patutlah berkali-kali cuba diperbetulkan, Ryu tetap juga memanggil dia Lisa..Punya makna mendalam rupanya sebaris nama itu! Kasihan sungguh, terasa diri benar-benar bodoh hingga dipergunakan tanpa dia sedari! Bijak sungguh kau wahai Ryu Rozzan!

Lana menarik nafas, cuba mengawal rasa marah yang membuak-buak. Tenang.. Everything will be okay as long as you calm like a fetus Lisa Alana..Ehh, napa tetiba dia jadi benci dengan nama sendiri huhu.. Tarik nafas sekali lagi lalu dihembus..Pintu ditolak dengan kasar, sengaja tu..Biar terlompat dua beruk dekat dalam tu!

Serentak dua figura yang berdiri begitu rapat antara satu sama lain menoleh. Seperti yang dijangka, keduanya mempamerkan wajah terkejut. Ryu Rozzan paling terkejut, nampak pucat lesi seolah kekeringan darah, mata terbeliak dan mulut hampir melopong. Lana mengalih pandangan ke arah wanita cantik di sebelah. Hampir tertelan air liur...Cantiknya, persis Cindy Crawford zaman muda..Waduh!! Bagai enggang dan pipit jika dibandingkan dengan dia..

"Whoops..Sowryy! Boss ada tetamu ke? Alaa, maaf..Maaf ye..Tak sengaja!" Sinis riak wajah terpamer.

"L..La..naa!" Tau tergagap-gagap!

"Kau siapa? Mengapa kurang ajar sangat ni?!" Gadis persis supermodel itu mencelah, riak wajah kurang senang jelas terpamer.

"Aku tak kurang ajar kalau orang tu tak kurang ajar dengan aku dulu! Aku baik tau, baik sampai diperbodohkan hidup-hidup..Tapi takpe, ini kali terakhir maruah aku dipijak-pijak..Lepas ni.."

Lana sengih lalu mendekati Ryu. Bahu wanita yang menghalang laluan dilanggar kasar hingga terundur ke belakang.

"Hey!!" Melengking terus!

Tak dipedulikan langsung wajah cantik yang mulai bertukar warna itu..Bola mata terpaku lurus ke depan. Ryu balas renungan Lana dengan tajam.

"Ryu Rozzan!!"

"Urgh!" Terkejut bila tapak runcing tumit tinggi Lana menusuk kaki.

"Lana!"

Terjerit dengan suara tertahan-tahan bila tumit runcing itu mulai memblender atas tapak kaki. Bibir diketap, menahan pedih.

"My resignation letter!"

PAP!

Sampul kecil panjang itu ditampal kasar di dahi Ryu Rozzan..Kejam? Tak kisah! Ryu lagi kejam.. Dia cuma ikut rentak, tak salahkan..

"Lanaa!!" Laaa..Kenapa tak panggil Lisa duhai Ryu Rozzan? Takut kedapatan ke?

Senyum sinis tersungging. Peluk tubuh sambil perhati Ryu membongkok mengutip sampul putih yang jatuh atas lantai.

"Application rejected!" Depan wajah, sampul tersebut dikoyakkan hingga menjadi cebisan-cebisan halus.

Lana tergelak, beriak seolah-olah sedang menyaksikan sebuah drama komedi. Bergerak-gerak rahang Ryu Rozzan menahan marah.

"I..don't...care!!"

Badan dipusing, mahu beredar... Ryu kelihatan cuba mengejar, namun tangan segera disambar oleh gadis cantik di sebelah.

"Who's that rude girl Ryu? Macam tu ke perangai pekerja kau? Tak sedar diri betul!"

"Shut up Lisa!" Tinggi suara bentakan akibat menahan rasa!

Lana tergelak dalam hati..Ya! Baik kau diam wahai Cindy Crawford celup! Jangan buat dia patah balik dan ganyang bibir terukir sempurna kau tu!! Hati menggerutu!

"Stop right there Lisa Alana!!!" Bergema satu pejabat dengan suara pekikan Ryu Rozzan.

Ahh..Akhirnya berani juga playboy tu panggil guna fullname dia..Lana sengaja gelak kuat. Hanya kepala menoleh sedikit, cukup sekadar bahagian sipi wajah terlihat.

"What can you do huh?!! Let's see how you're going to stop me!"

Ryu merapatkan rahang. Buku lima dikepal erat. Baru mahu buka langkah, gadis di sebelah berdiri di hadapan, cuba menghalang.

"Ryu! We don't have time for this! Mummy and papa are waiting!! We're having lunch together remember?"

See? Told you!! Ryu Rozzan si pengecut tu takkan mampu buat apa-apa! Macam seekor kerbau tertelan belacan, ikut saja jari telunjuk!!

Ehh, rajin tetiba ekekeke..Korang baca sementara msih ongoing ye, kalau dh complete cite ni ada kmungkinan akan jdi UC huhu..mungkin jer, x psti lg ><

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-09-15 11:43:11 

macam mana nak menulis di novel Plus ni ya....teringin nak luahkan idea macam penulis2 hebat dalam novel Plus ni...cewahhhh..!

husmafiq enterprise
2022-09-15 11:37:37 

rasa hambar la bab 24 ni....tapi hati ku tetap nak tahu keseterusannya ...

Nur Azlina
2022-09-14 22:11:51 

jng la UC kasian la kat kite ni...... huhuhu tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience